Wednesday, May 26, 2010

Dalam hati kata, saya nak macam nie boleh tak?

Distance is not a problem. It is just a practice for us to keep reminding each other. (:

So, even though you are far away,
You're always in my thoughts,
My love for you will never fade,
You'll always have my heart .

Yesss! Cakap dalam hati, jarak itu 5 km sajerr, boleh pergi jalan kaki. Kita cuti same same, nanti boleh jumpe. (.^_^.)

Tuesday, May 25, 2010

Ini bukan Tumblr.com entri kedua (2).

Kempen Derma Dadah Darah.


Siapa laah penganjurnya program nieh..?
Dari benda baaik terus jaadi benda tak baik. =.="
Memang tak patut!

Monday, May 24, 2010

Entri aku dan jiran kuu memang ceria.

Andaa kenal sama itu Herman Tino? Penyanyi laah. Yela. Budak budak zaman zaman aku nieh mane laa kenal sangat kot. Kalau yang zaman zaman abah kuu, pak long dan pak ngah ku mungkin kenal.

Uncle Herman Tino nieh rumah dia depan rumah aku. Serius. Nieh aku taakk tipuu. Betol betol depan rumah aku. Petang petang selalu beliau jogging pusing pusing kawasan rumah nieh.

Sedang aku baru keluar rumah nak on the way ke kedai, beliau melambai lambai aku dari depan rumahnya. Ingat kan suruh ajak datang rumah ke ape. Sekaali beliau keluar dengan berkain pelekat. Tampak macho what. Berlaku laah perbualan antara Herman Tino dan aku.

Herman Tino : Hye! (ceewaah, hye ahhh). Then, school macam mane?

* aku membayangkan school tuh merefer kepada tempat kite belajar sekarang dan bukannya SEKOLAH.

Aku : Owhh! Alhamdulillah. Okay jerr. :)

Herman Tino : Owhh! Sekarang dah tingkatan berapa?

*Hahhh?? baruu lah aku paham, school yang dikatakan oleh Uncle Herman tadi adalah SEKOLAH dan bukan tempat kite belajar sekarang.

Aku : Eyhh, tak laa. Sekarang dah dekat UIA.

Herman Tino : Owh. Amek corse ape?

Aku : Corse pergigian.

Herman Tino : Hahh? Ape?

Aku : Dentistry..Dentistry.

Herman Tino : Owhh, bagus bagus! *sambil thumb up.

Dan aku pun meminta izin untuk bergerak ke kedai nak beli mee ibu aku suruh. Dan sempat pulak tuh Uncle Herman cakap dekat aku sambil senyum senyum on the way pergi post box beliau, "Nieh mesti klik Khir Toyo nieh.."

Hahh? Sepanjang jalan ke kedai aku fikir, Khir Toyo duluu amek corse Pergigian jugak ker? Owhh. nanti kitaa Google.

Kalian,

Maaf atas sebab terlampau agresif memasukkan entri buat masa ini.
Takpe. Tak lame jer laagi.
Mungkin lagi seminggu. Lepas itu, aku akan pergi.
Meninggalkan blog ini sepi sunyi sendiri.
Lepas ini, tiada laagi dah entri entri Nurul Izzani Zulkifle.
Sebab Izzani Zulkifle akan pulang.
Pulang ke mana? Pulang ke UIA laahhh.
Seminggu laagi yer. Kejap tau. HEHE.

p/s : kalau dah balik UIA pun ter agresif jugak "publish post", mintak maaf laagi yer. :)

Sila perlu kena dengar the only exception.

















Siapa boleh bagi aku cara lain untuk mengadap laptop selain meniarap?

Okayy. Aku sedang duduk sementara melayan laagu;

Cara lain okaayy. Cara lain. Tanak meniarap dah. Sakit pinggang.

Itu saje. Terima kasih. :)

Tahan bersin ketika mulut anda sedang terbuka.

"Tutup mulut anda ketika anda sedang bersin..", kata budak dalam TV.

Tahuu kan pasal wabak yang sedang melanda duniaa. Ayat nak gempak. Dunia haa. Tapi betol laa kan, wabak tuh memang menyerang satu duniaa. Wabak ape? Haa, yang tuh kite tak tau. (Maaf, ter loyaa buruk sikiit.)

Ala, wabak tuh laa. Wabak satu molecule Hydrogen dan satu molecule Nitrogen. H1N1. Tak. Yang tuh aku tipu. Aku main hentam jer Hydrogen dan Nitrogen tuuh. Sape suruh formulaa die same macam Chemistry.

Dah Dah. Nanti aku merapuu lagi.

Wabak H1N1 atau dalam name tak berape cantik nyee, selesema bab* sangat bahaya. Yerr. Tuh semua orang tauu. Adik sedaraa aku 2 tahun pun tauu. Takk. Tuh tipu laagi. 2 tahun belum tahu laagi. Up sikit. Adik sedare aku yang 4 tahun tuuh pun tauu. Baru sesuai.

Macam nie, taadi dalam kereta, berjalan laah seorang aku dan seorang abah ku pergi ke Tesco.Sebab ape pergi Tesco? Aih, tuh pun nak tau ker. Pergi beli ayam laa. Buat ape beli ayam? Nak tauu jugak? Sebab ayam dekat rumah aku dah habis. Dah. Cukup. Jangan tanye laagi. Nanti aku meraapuu lagi.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, saya dan abah saya sedang mendengar radio di stesen KL.fm. Kenapakah ayat ini sangat skema? Sukaati saya. Dah. Penat jadi skema. Transform.

Mase on the way balik tuh, radio tuuh berkata-kata;

"Surat khabar hari ini melaporkan seorang maut kerana wabak H1N1. Dilaporkan seramai 500 orang sedang mendapat rawatan di hospital dan 75 orang daripada mereka iaitu 13.5% disahkan positif H1N1. Orang ramai yang mempunyai sanak saudara yang baru pulang dari negara negara yang dijangkiti wabak ini dinasihati agar tidak bergaul rapat sesama ahli keluarga dan juga orang lain dalam tempoh 7 hari. Sekiranya terdapat tanda tanda anda dijangkiti, sila dapatkan rawatan yang segera.."

Silap! Aku mempunyai satu penyakit iaitu malas nak tekan Backspace lame lame. Terdapat kesilapan dalam skrip radio di atas pada baris yang terakhir. Bukan  sila dapatkan rawatan yang segera. Tapi, sila dapatkan rawatan dengan segera. Rawatan yang segera buat ape. Macam maggi.

Hebat jugaak aku boleh hafal skrip radio tuh. Secara tak sengaja. Terhafal.

Seorang aku dan seorang abah ku mula laah melakukan perbincangan tentang kes ini dalam kereta tuh. Serius, keadaan menjadi begitu serius pada mase itu. Yela, membincangkan isu semasa dengan cikgu BM memang laa kenaa serius en.

Dan dengan spontannye abah kuu berkata, begini yerr;

"Patutnye kene matikan jer semua bab* tuuhh. Yang bab*-bab* tuh asik selesemaa jer kenapaa..?"

Aku? -___-"

Abah ku memang suke buat lawak lawak spontan beliau. Tapi yang ini aku tak tau. Lawak beliau atau tidak. Rasaa macam nak gelak, tapi jeling jeling kat abah, abah tak gelak puun. Jadi aku senyum pisang sajeerr. Seraye dengan spontan juge berkate;

"Nak buat macam mane abah, dah takdir die..".

Keadaan kembali seperti biasa. Cool cool sajer. :)

Sunday, May 23, 2010

Ini bukan Tumblr.com entri kesatu (1).

Bila satu duniaa dah demam demam sebab gilaa blog, macam macam ragam boleh jaadi. HAHA.

Pertanyaan tak patut sebab aku butaa IT.

Hari ini baru aku sedar yang bahawasanya aku memang butaa IT, sedikit. Sebab ape? Sebab aku baru tau perkataan "STALKER" tuuhh ape maksud diaa.

Bilaa orang selalu sebut, aku selalu buat buat faham. Kalau orang cerita tentang stalker stalker tuh aku selalu angguk dan cakap, "owhh. yeker.." saje. Memang tuh pun cara orang yang tak paham tapi buat buat paham jawab soalan kan.

Taapi, kesabaran aku telah hilang. Tak puas hati sebab kenapa semua orang paham stalker tuh ape bende. Pertanyaan berani mati telaah keluar dekat kepalaa aku yang menyebabkan aku post pertanyaan tuh dekat wall pertanyaan Facebook.

Agak agak orang orang orang yang baca wall post aku nieh ade tak keluar ayat macam nieh,,

"Ape laa zany nieh. Tanye soalaan bod*h..!"

Maaf laa korang korang korang. Taapi serius aku tak tau ape jadah stalker tuh selama nieh. Mungkin kebod*han aku tuh terselaah sebab kenapa tak selak kamus duluu sebelum post dekat FB.

Sorryy laa. Untuk pengetahuan umum, aku memang tak rajin bukak kamus, unless kamus tuh ade betol betol bersebelahan dengan aku. Alasaan, malas nak jalan pergi bilik belajar. Sebab tuh markah BI aku selalu rendah. Aihhh. Menyesal tak rajin bukak kamuss. =.="

Memang orang naif macam aku nieh selalu kene buli kaan? Tigaa orang sahabat handai telah mengenakan aku dengan menjawab stalker itu adalah,
*seseorang yang amek berat.
*seseorang yang sangat caring.
*orang yang main saham tuuhh.

Dengan selambaa nye aku mempercayai kata kata merekaa. Kalau difikirkan mengikut maksud tigaa orang sahabat handai nieh, stalker ialah orang yang amek berat dan sangat caring dalam mase yang same suke main saham. Masuk akal jugak.

Nasib baik, sahabat handai yang tergolong dalam tigaa orang yang mengenakan aku nieh baik. HEHE. Thank youu Nur Fatin Che Mat. Dekat Zulhilmi Izazu dan Irsyad Rosde; korang belanjaa aku pasar malam dulu baru aku nak kawan korang balik. Siapaa suruh tipuu aku. AHAHA.

Baaruu laah aku tau, stalker itu ialah orang yang sukaa intai orang tanpa izin. Intai orang? Hahh?. Bukaan intai yang tuuh. Tengok laa picture tuh Nur Fatin Che Mat siap bagi contoh laagi.

Dan aku sekali laagi mengajukaan soalan yang agak bod*h.

Macam mana nak jaadi stalker?

Sengaal tak soalan aku? Aku baaru sedar soalan itu sengal mase mandi tadi. Mase mandi adalah mase terbaik untuk aku berfikir sebab suasana yang sejuk sejuk menyegarkan gituu. Dah stalker tuh tak bagus, pergi tanyaa lagi macam mane nak jadi sape suruh. -__-"

Aku dah menyesal. Lepass nie aku nak bukak kamus dulu sebelum ape ape hal. Boleh dapat markah BI tinggi tinggi pulak lepas nie.

Jangaan risau. Aku tak jaadi stalker laah. Tak sempat tau pun macam mane nak jadi.

Saturday, May 22, 2010

Memang budak budak suke buat macam tuh ea?

Aku mengakuu aku memang jarang pegi jogging. Sebab tuh aku jaadi sangat comel macam nieh. Hahh? -___-"

Taapi, itu tak bermaksud saya tak pergi beriadah. Cewaah! Dulu yer laa. Dekat maktab. Seyes malas nak beriadah. Bilaa orang tanye buat ape? Tengah riadah. Haa. Yela. Riadah duduk dekat DS (Dewan Selera) gosip gosip. Aiihh.

Tapi petang taadi lain tau. Dah lama sangat dah terperap macam anak dara dekat rumah. Heyy! Itu tak bermaksud aku anak terunaa tau. Tak Tak. Maksudnye di situ ialah, orang orang orang kaan selalu guna cakap dekat anak anak lelaki mereka, kalau asik duduk terperap jer dekat rumah macam anak dara. Untuk yang memang anak dara tak boleh guna ayat tuhh ea sebagai perumpamaan?

Okayy. Kalau tak boleh saya tukar.

Tapi petang taadi lain tau. Dah lama sangat dah terperap macam anak teruna (direfekan kepada anak teruna yang jarang keluar rumah) dekat rumah. Aku taknak laa orang cakap jadi katak bawah tempurung. Nak jugak tau dunia luar kan.

Jaadi, aku dengan secara tak sengaja telah mengajak adik adik aku keluar untuk lepak lepak dekat taman. Kenapa aku cakap secara tak sengaja? Sebab bilaa dah ajak rase macam malas laa pulak. Tapi tak baik tarik balik kata-kata, terpaksa setuju jugak.

"Kaklong, kitaa keluar pukul 6.00 tau..", adik aku cakap.

"Erm. Erm. 6.15 laa, tau tau..", aku cakap. Sebab saje saje melambatkan sikit. Takyah keluar lama lama. Bijak taakk?

Pukul 6.15.

Disebabkan perasaan yang malas, memang saya tak siap siap pun laagi. Tudung tak iron ape semua. Adik saya mulaa naik berang. Aku jugak yang cool. Kenapa? Sebab saje jer nak siap lambat lambat. HEE.

Tepat jam 6.40 baru laah aku selesai bersiap. Pukul 7.00 dah kene balik rumah dah. Keluar lepak lepak ape jadahnye macam tuh, 20 minit jer. Sukati laaahh! HAHA.

Dan melepak di taman tengok budak budak main badminton, main gelongsor, main segala haiwan yang ade dekat taman tuh. Kenapa haiwan? Sebab permainan budak budak sekarang semuanya dalam bentuk bentuk haiwan. Kuda laa kambing laa.

Budak budak kan memang suka menjerit jerit. Tak tau apesal. Hobi kot. Di satu sudut hujung taman, ade laa beberapa orang budak budak sedang menjerit yang buat aku ketawa dan tercakap, "Bengong budak nieh..". Tak sengaja laa. Terkeluar sendiri ayat tuhh. Maaf laa dik yer.
Yang adik pergi menjerit macam nieh siapa suruh,

"Seeelamaat pagi petang..!!!" (dalam tone upin dan ipin). Hahhh??

Kelakar laa dik. Bukan upin dan ipin cakap, selamat pagi, cikgu ker? Aisehh. =.="

Ade laagi satu sudut budak budak tengah practice menyanyi. Tuh laagi satu hobi budak budak. Suka menyanyi tak kira tempat, suasana dan keadaan. Aku tak tahan bila lagu dia tuh bunyik macam nieh;

"Bapaku pulaang dari KL, bapaku bawa perempuan seksi...". ♫ ♫ ♫ ♫
Hahhh??

Mak aih! Mane belajar laagu tuh dik. Kenapa "kreatif" sangat edit lagu tuh. Dalam hati aku cakap, suara adik memang sedap dan laagu adik memang menarik, tapi laagi sedap kalau adik tak nyanyi dan kekalkan jer laa lirik lama tuh;

"Bapaku pulaang dari kota, bapaku beli kan keretaa.." ♫ ♫ ♫

Daripada elok elok laagu tuh sopan, teruss jaadi bende negatif bila budak budak tuh nyanyi. Bukan salah mereka pun. Diorang nyanyi bukannye diorang paham ape ape pun. Perempuan seksi tuh ape bende pun bukaan diorang tahu. Semuaa jadi sebab bila sorang kawan nyanyi semua akan ikutt kan sampai tersebak wabak laagu tuh satu sekolah kaann. Erm. -_-"

Moge mereka dipengaruhi oleh fikiran yang baik dan jadi orang yang baik baik saje bilaa besar nanti okayy :))

Dah pukul 7.00. Balik rumah.

Entri menyelesaikan tag.

Tag dari Athirah (Tyra) ; kawan mase sekolah SMKSBS. Rinduu sekolah ini sangat sangat.

3 nama samaran kamu ;
♫ Donut.
♫ Debab.
♫ Bam Bam ; yang merujuk kepada TEMBAM.

5 tarikh penting dalam hidup anda ;
12 Julai ; SAYA telah laahir ke bumi.
20 Julai ; lepas 8 hari umur sayaa, DIA pulaak lahir.
04 Oktober ; lahirnyaa ABAH saya.
20 Oktober ; lahirnyaa IBU saya & ANNIVERSARY ibu dan abah.
29 April ; Termetrai ikatan yang insyaAllah akan kekal. :)

5 perkara yang anda buat semalam ;
♫ Online ; Facebook, Blogging, YM and searching searching.
♫ Meniarap ; atas katil mengadap laptop.
♫ Hirup kuah tomyam dan makan nasik.
♫ Duduk dekat sofa tengok TV.
♫ Mimpi mase tidur.

5 perkara yang buat anda gembira ;
♫ Internet laaju.
♫ Dapat message or call dari Rahman.
♫ Tengok peti ais kek coklat tak habis laagi.
♫ Tengok result Alhamdulillah, on the same time, dapat gembiraakan ibu & abah.
♫ Bilaa datang kegembiraan lepas kesedihan. :)

5 drama kegemaran anda ;
alamak! tak rajin tengok TV laa. erm. erm.
♫ Hagemaru.
♫ Fukuchan.
♫ Kampung Boy.
♫ Detective Conan.
♫ Diari AF.

5 hobi kamu ;
♫ Of corse laa Blogging dan Blogwalking,
♫ Of corse laa jugak habiskan kredit dengan Main Message.
♫ Dengar laagu. Asik asik ulang lagu yang same.
♫ Mandi lewat lewat.
♫ Makan pun lewat lewat tak ikut mase. Lunch mau pukul 5 petang.

5 tempat percutian idaman anda ;
♫ Rumah saya.
♫ Rumah bakal mak mentua saya.
♫ Kampung saya.
♫ Mane mane tempat pun takpe.
♫ Akhir sekali, Syurga. Amiinn. :)

5 sebab kamu jawab soalan ini ;
♫ Saya telah ditagged oleh sahabat saya,
♫ dan saya sukaa bilaa kene tag,
♫ sebab itu tanda ada orang masih ingat dekat kite,
♫ tagged jugaa adalah satu amanah,
♫ jadi, saya sedang menunaikan amanah itu dengan menyelesaikan tag ini. :)

5 orang yang nak di tag ;

-Tugas SELESAI-

Friday, May 21, 2010

Salah coka coki, aku tak puas hati!

Gigi. Taauu ape itu gigi? Nganga mulut, tengok sendiri. :B

Mesti kalian daah bosan kan? Ape saje laa budak perempuan sorang niehh. Tak abis abis masukkan entri entri baru. Kalau menarik takpe jugaak. Nie mengarut ngarut jer lebeyhh. Hati kalian ade cakap macam tuh tak? Kalau ade, bagus laa. Maksudnye masih ade perasaan. Kalau takde, pun bagus jugakk, boleh aku update banyak banyak laagi. HAHA.

Aku saje nak cerita. Aku selalu ade pengalaman buruk tentang gigi. Eiuwww. Oit! Bukaan gigi aku buruk laa, pengalaman tuh jer yang buruk.

Dulu, mase aku kecik, aku selalu takde gigi. Haahh? Tak paham? Dalam erti kata lain, orang orang orang selalu panggil aku budak rongak. Aku tak kisah, sebab bagi aku budak rongak selalu nampak comel. Serious.

Bilaa aku bukak album lama gambar keluargaa aku, aku selalu cakap, "Waah! Comelnyee budak yang takde gigi nieh..".. Eyhh, tak sangkaa pulak yang tuh aku. Weee. Aku tak sengaja weyh terpuji diri sendiri. Mane laa aku cam muka aku mase kecik kecik. Kalau aku tau yang tuh gamba aku sendiri, daah tentu aku puji lebeyhh laagi. :P

Kenapa gigi aku selalu takde mase kecik, takyah tanye laa. Aku kaann berjiwa kanak kanak mase tuuhh. Tipu laa kalau budak budak tak makan manis. Hari hari abah aku bagi duit belanja aku akan simpan siap siap beberape sen untuk gula gula. SETIAP HARI.

Dan, jangan tak tau. Aku mane minum susu susu nieh. Sampai sekarang. Mase umur aku satu bulan, aku dahh cakap awal awal dekat ibu bapa aku, aku nak minum teh ais. Hahh? Tak laa. Yang tuh tipu. Umur satu bulan aku tak reti cakap laagi. Mase kecik minum susu laah weyhh. Mane ade baby minum teh ais.

Tapi bilaa umur aku dah membesar sikit. Aku dah faham erti kehidupan dan kemanisan, aku mulaa inginkan kelainan. Aku tak mintak susu dahh, tapi aku mintak air milo. Tapi still laagi minum pakai botol susu, cuma tuka susu tuh jadi air milo. Mula mula, ibu aku bagi minum milo campur susu Nespray. Okayy laa. Tak tinggal lagi susu tuh. Tapi dah besar sikit, aku mintak milo campur susu pekat manis F&N. Hahh. Amek. Sampai 6 tahun aku nyonyot botol susu tuhh. Nasib aku tak mintak nak bawak botol susu masuk kelas tadika aku jerr.

Disebabkan lama dah pencen minum susu, sebab tuh kebarangkalian aku tak minum susu sampai sekarang. Mane gigi nak kuat. Nak nak tuka dengan susu pekat manis F&N pulak tuh. Habis luruh gigi gigi kuu.

****

Sekarang dah besar. Dah cantik laa gigi. Dah tersusun rapi laa jugak. Dulu mase kecik pun tersusun rapi jugak eyy, cuma tak nampak jer sebab takde gigi.

Dah legaa laa. Jumpa doc gigi jer, doc cakap, "Okayy adik, gigi caanttiikk.."; dalam gaya doc sikh bercakaap. :)

TAPI, kejadian berulang mase aku form 5 dekat MRSM Taiping tuuhh. HAHA. Semua orang mesti tak tau kaan? Pandai tak aku berahsia. AHAA.

Dulu, ade satu trend makan coka coki dalam kelas taauu dekat maktab tuh. Semua bilaa pegi koop dok beli coka coki jerr laa. Aku tak pun. Aku selalu pau orang punye jerr. Kejadian berlaku waktu lepas prep petang, nak balik asrama dah mase tuh. Aku nak makan coka coki sambil jalan, aku mintak gunting takde siapa yang bagi. Sekali aku berusaha untuk bukak coka coki pakai gigi depan aku sendiri. GIGI DEPAN. Kali pertama tak berjaya. Kali kedua, aku tarik laagi kuat, daaann......

Bila aku nganga, coka coki tuh still tak berjaya dibukak laagi, taapi, gigi aku yang jatuh. Waaaaa. Mase tuh rase kelakar pun ade, cuak pun ade, segan pun ade, gelabah pun ade. Aku memang tak tau nak buat reaksi muke macam mane mase tuh terus bagi tau classmate aku (yang perempuan jerr laa).

Yang kelakar, mase malam tuh, disebabkan gelabah yang tak terhingga, aku ajak warden pergi klinik, bukan klinik gigi, tapi KLINIK BIASA. Dengan alasan, aku takut gusi sakit ker pape nanti. Aku paling gembira sebab takde orang dekat klinik tuhh. Ini bermakna aku boleh jumpa doktor cepat cepat. Bilaa masuk, doktor tuh tanya, sakit apa? Aku jawab, "gigi saya patah..". Dan doktor tuh jawab ape tauu, "owhh, saya bukan doktor gigi..". Dah bukan doktor gigi, dia suruh aku nganga laagi tuh, cek cek mulut suluh suluh lampu suluh tuhh. Dan beliau menjawab laagi, "Ouhh, gigi kamu takde pape nieh. Nanti jumpa doktor gigi..". Dalam hati aku, memang laa gigi saya takde pape, sebab dahh patah. Dan terus keluar dari klinik itu dengan hampa.

Rezeki aku jugak sebab hari tuh hari Jumaat. Aku terus call parents aku dan besoknye hari Sabtu family aku datang Taiping, dari KL tauu. Mase prep pagi Sabtu tuuhh, aku tak bercakap pun tau. Aku rase mesti semua orang pelik tiba tiba aku jadi pendiam untuk sehari.

Mase outing, abah ibu aku bawak pergi klinik gigi dekat Taiping tuuhh. Repair repair gigi semua. Takde masalah sangat pun. Sebab gigi depan aku tuh cuma patah separuh jer. Takde laa berkaitan dengan akar ker ape. Tak de jugak pendarahan semua. Cuma, aku memerlukan teknik TANAM GIGI. Maksudnya, gigi aku ditanam balik laa dengan 3 batang skru tertanam dalam gusi aku. HAA. Jangan main main, gigi aku kalau operate, korang boleh jumpa skru taauu.

Tak pasal pasal melayang RM500 untuk repair gigi aku tau, disebabkan oleh coka coki 20 sen tuh jerr. Aiyaa. Dan, untuk pengetahuan korang, tak payah laa nak offer coka coki dekat aku laagi daahh. Sebab aku dah fobia makan coka coki dan takkan makan sampai sekarang.

Sekarang, dahh tak payah jadi pendiam untuk sehari laagi dah. Dah boleh senyum dan cakap TIGEEE. :) Tak caye?

Tengok! Sekaraangg, aku memang suke senyum tayang gigi. :))

Aku kene mangkok haahhh.

Tepat jam 4.45 petang aku bukak website UIA. Semangat naak cek result laa nieh. Plus dengan cuak cuak siket. Kecewanyaa aku bile tak dapat nak tengok result.

Kenapakah? Kenapakah? Tahuu tak aku kecewaa. Paham tak perasaan bile orang yang dah semangat semangat, sekali tak dapat ape yang dihajatkan. Dah 3 haari 2 malam aku bukak tau. Apesal tak dapat dapat laagi nak tengok result aku? Website tuuh memang tak faham perasaan aku. =.="

Tapi, tak boleh laa senang senang jerr aku nak cakap website tuh tak faham perasaan aku kaan. Dalam kepala otak aku, aku membayangkan website tuuh akan cakap macam nie dekat aku setiap kali lepas aku maki hamun die;

"Oi! Memang laa kau tak boleh nak tengok result kau. Kau tak nampak ker da tulis notis besar besar dekat website tuh. Kaan ade tulis, result keluar 21 Mei 2009 pukul 5.00 petang laa, mangkok!.."

Haa. Amek kaau. Hebat tak bayangan aku? HAHA. Tu laa, pegi semangat semangat laagi nak cek result awal 3 hari, sape suruh. Kan daa kene mangkok. HEE.

Disebabkan aku tersangat laah insaf lepas kene panggil mangkok oleh bayangan aku sendiri, aku pun bersabar laah sampai pukul 5.07 petang. Sambil berdebar debar. Tadah tangan berdoa banyak banyak time tengah loading loading tuuh. Kalau ibu aku nampak, confirm beliau pelik, ape jadah anak aku nieh doa tadah tangan depan laptop. Selalu tangan tak lepas dari keyboard tuh puuunn. HAHA.

Daaannn, tengok tengok, result dah boleh tengok selepas beberapa saat berloading.

Senyum :)

Tadah tangan balik, sapu dekat muke, dalam hati cakap, Alhamdulillah. Terima kasih banyak banyak Ya Allah.

Gembiraa. Terus message Encik Zulkifle iaitu abah saya yang sedang mengajar di Pusat Tuisyen Titian Cahaya, Taman Melawati mase tuuh. Sempat pulaak abah reply mase tengah mengajar cakap, Tahniah. Nak jumpa Puan Norziha pulaak laa dekat dapur, ibu saya pulaak laah, mesti ibu suke dan terus potong mangga sedap yang beli dekat tesco semalam. Boleh tumpang makan sekali. HAHA.

Yela. Orang cakap ape ape berita gembira untuk kita, share dengan ibu bapa dulu, sebab semua jasa jasa merekaa laah yang buat kita berjaya kaan. Thanks Encik Zulkifle dan Puan Norziha. Kaklongg sayaaangggg abah ibu. Di kesempatan nie, kaklong ucapkan HAPPY ANNIVERSARY yang ke-20 pada 20 Oktober 2010 nanti. Wish awal awal laagi bagus kaan?

Ustazah Salmiah dan classmate classmate BTQ (basic themes of Al-Qur'an), terimaa kasih banyak banyak. Anda semua sangat sangat saya hargai. Majulaah Basic Themes of Al-Qur'an untuk agama dan negara.

Owhh. Baru aku perasan. Tajuk yang sesuai untuk post nie ialah RESULT, bukaan MANGKOK. =.=

Entri buruk siku.

Huhh?
Baru nak cakap siapa jadi pelawat yang ke 5000, nak baagi hadiah.
Tengok da 5013, erm, tak jaadi laa.
Rugi orang yang 13 sebelum tadi.

Peringatan : Tak baik TIPU di blog sendiri

Entri tengah tengah pagi.

Bermula kisah di malam yang hening dah dekat dekat nak pagi. Bermessage message laa seorang lelaki dan seorang perempuan pada waktu itu. Memang orang orang orang kaan selalu cakap, orang tengah bercintan cintun memang tak reti tengok jam. Jam da tunjuk pukul 2.45 pagi pun, diorang ingat kaan baru 2.45 petang. "Diorang"? Ops! Tumpang terasa jugaak sudaah. HAHA.

Tak perlu explain laagi rasanya kenapa aku ulang orang orang orang sebanyak tiga kali. Untuk yang dah baca post di bawah, empat dari atas nie, sudah tentu faham. Kan?

"Titit..titit..", bunyik handphone kaler biru putih seorang perempuan tadi;(bunyik macam puppet itik kuning banyak saiz yang budak budak selalu bawak pergi masuk sama sama dalam tab mandi tuuhhh).

Aih! Payah laa nak gune seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai kata ganti nama. Panjang sangat. Lebih mudah kalau guna panggilan XpressMusic untuk seorang perempuan, dan E-series untuk seorang lelaki tadi.

*Panggilan XpressMusic dan E-series tidak ada kene mengena dengan ape ape unsur kehidupan pun. Cuma sekadar untuk mengikuti perkembangan arus teknologi moden.

Aiitttt! Beralih tajukk laagi. Sambung Sambung. XpressMusic dan E-series pun berbincang tentang apakah maksud BERSUSAH PAYAH dari segi literal and technical meaning.

E-series : Yela, ape yang _____ cakap pasal bersusah susah tuh is rintangan rintangan dan halangan halangan,, kalau kite buat something, mesti ade rintangan dan halangan en, bermaksud kene bersusah payah laa kan, kalau taknak bersusah payah, tak yah buat pape la en sebab semua bende ade halangan which is bersusah payah laa definition die.

XpressMusic : Hehe. Betol betol. And kalau sesuatu bende tuh takde rintangan, tak de laa kite hargai, sebab senang jerr nak dapat en. Sebab tu laa, ade hikmahnye kenape rintangan or bersusah tuh wujud. Kan _____? Hee.

E-series : Haa, betol betol. Pandai puunnn :)

*Isi tempat kosong dengan kata ganti nama yang orang bercintan cintun selalu guna SAHAJA.

Point aku menonjolkan perbualan E-series dan XpressMusic tadi bukan laah untuk menunjukkan kemanjaan atau kemesraan mereka, tetapi untuk menyatakan bahawa si E-series sangat hebat. Haah? Sebab dia boleh buat ayat satu perenggan dengan satu noktah saje. Kalau aku jadi cikgu BM die, mesti jadi anak murid kesayangan aku punyaa laah. Confirm!

Untuk yang ade penyakit semput or asma, disarankan jangan baca meassage E-series. Kalau nak baca, tomakninah laa dulu dekat mane mane tande koma (,) yang nasib baik E-series ade letak dalam perengganye tadi.

Lagi satu, pasangan E-series dan XpressMusic di atas memang suke gune perkataan "en" dalam ayat ayat mereka, en?

Kisah TAMMAT.

Mohon maaf atas keagresifan pengupdatean blog sejak kebelakangan ini.

Saya sedang menghargai idea idea yang muncul dalam laluan neuron neuron di kepala secara tiba tiba.

Bukan apa. Takut siapa siapa penat nak bacaaa.

Thursday, May 20, 2010

BAS SEKOLAH punye pasal, kepala jadi mangsa.

Pada suatu petang yang biasa biasa saje, seorang adik menyoal seorang kakaknya.

"Cuba sebut BAS SEKOLAH."

Seorang kakak tadi menjawab soalan tadi dengan sopan santun;

"B-A-S--S-E-K-O-L-A-H.."
(sambil baring meniarap mengadap laptop dengan seorang adik tadi)

Seorang adik terus bersuara laagi,,

"Okayy, sekarang cuba sebut bila __________ buang satu satu huruf nieh.."
*isi tempat kosong dengan nama seorang adik tadi.

adik : kalau buang H jadi ape?
kakak : BAS SEKOLA.
adik : kalau buang A jadi?
kakak : BAS SEKOL.
adik : kalau buang L jadi?
kakak : BAS SEKO.
adik : kalau buang O jadi?
kakak : BAS SEK.
adik : kalau buang K jadi?
kakak : BAS SE.
adik : kalau buang E jadi?
kakak : BAS S.
adik : kalau buang S jadi?
kakak : BAS.
adik : kalau buang S jadi?
kakak : BA.
adik : kalau buang A jadi?
kakak : (*terus terdiam sambil berfikir. Lantas mengetuk kepale seorang adik.) Oi! dah dah. Takyah nak menyebut perkataan tak baik kat sini. Tak pasal pasal kene samak mulut tuh dengan cili api kalau abah dengar nanti.

Dua dua yakni seorang adik dan seorang kakak tadi pun tergelak gelak. Tak paham. Ape yang kelakar? Perkataan BAB* tadi kaah?

Satu kepujian untuk seorang kakak tadi kerana sempat berfikir sebelum menyebut BAB* tadi. Satu sangat lemah untuk seorang kakak tadi kerana tersangat sangat laah blurr mase seorang adik tadi bertanya dan membuang satu satu huruf dari belakang tadi.

Nota saje saje takde gune; Saya menggunakan 11 kali perkataan TADI dalam post ini.

Khidmat pesanan ringkas;
Jangan tiru aksi saya mengetuk kepala adik saya di rumah anda. Ini perbuatan yang dilarang kerana agak kekurangan keajaran sikit. Kalau nak ketuk, dengan lemah lembut dan sopan santun je, takpe.

Post takde tajuk.

Aku tau entry entry untuk blog aku tak menarik tak best tak menghiburkaan hati. Tak macam orang orang orang yang lain.

Bila aku gunakan perkataan orang sebanyak tigaa kali, itu maksudnya jamak. Jamak tau jamak. Maksudnya, mostly laa. Sebab kalau aku guna orang itu menunjukkan satu, bila guna orang orang, itu menunjukkan kata nama; bende yang terpacak dekat sawah padi tuh. Dan bilaa aku guna orang orang orang, baru boleh refer sebagai jamak. Kalau dalam bahasa arab, ustaz ajar macam nieh; orang (satu), orangan;tambah alif nuun (dua), orangun;tambah wau nuun (jamak).

Dah dah. Aku mengarut terkeluar tajuk.

Kat mane tadi? Owhh. Aku ulang balik.
Aku tau entry entry untuk blog aku tak menarik tak best tak menghiburkan hati. Tak macam orang orang orang yang lain. Yang kebanyakkannya mengpostkan entry entry yang bermanfaat yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Bagus bagus. Saya suka tuh. Keep it up.

Aiseyh, ter merendah diri pulak. =.="

Sebenarnya, takde kaitan pun ape ape yang aku merapu di perenggan di atas dengan ape yang ingin aku sampaikaan pada tengah hari yang mulia laagi indah yang aku rase macam masih pagi lagi nieh; sebab baru bangun pukul 11.30 PAGI taadi. At least aku tak segan silu malu malu mengaku dan aku bangun masih PAGI taauu. Hee.

Addooii, mengarut laagi. Takde takde, actually aku nak bagi tau aku suke baca blog dia nieh. Sebab ape? Sebab menarik. Tak macam blog aku kaan? Eyh, ter merendah diri laagi. HAHA.

Nah laa. Baca laa sendiri Blog Anak Mat Nor nie. Nescaya, tergeletek sendiri laa perut perut kalian tanpa memerlukan bantuan orang kedua untuk geletek perut kamu sekalian. HAHA. Kalau siapa siapa yang dah lama tak dapat penyakit gelak sampai keluar air mata tuh, boleh laa cuba cuba baca blog beliau.

Blog Anak Mat Nor.

Wednesday, May 19, 2010

jalan jalan Jalan Duta.

Tak tau laa kenape gamba nieh kecik comel macam cik punye blog nieh :)
Kalaau nak besar kaan pakai laa monitor berversi HD yer. HAHA.
-gurauan semata mata-

Seronoook takk jalan jalan Jalan Duta? Best kaan? Best kaan? Tula, cakap Jalan Duta takde tempat best laagi. Haa. Kan banyak tuh. HAHA.

Thanks sebab dataangg okay :) . Happy nieh tau! HAHA. Tahniaah laa sebab baru 1st time sampai daah berjaya mengharungi kesesatan jalan. Hee.

Datang laa lagi lain kaali. Tau tau. Ingat jalan tau. Jangan lupaa dah. Jangan U-turn U-turn banyak kali daah. HAHA. Lepass nie nak datang call awal awal tau. Boleh make up make up duluu. Nasib sempat mandi dulu tadi taauu. AHAHA. Torkojut den call call dah ade depan rumah. HAHA. Surprise laah tuh? Hee. Thank youu. <3

See youu laagi. May Allah bless you in whatever you do, because I always Love You (.^_^.)

Memang tak tau nak tidur.

Kalau tak nampaak, pandai pandai laa zoom ker pakai kanta ker.
Kalau naak lagi senang click jer sini. HAHA.

Jadi, ape yang saya buat malam nie tak tidur tidur laagi. Tadi post dekat facebook nak tidur dah. Tapi belum laagi. HAHA. Tuu laah yang saya tengah buat malam malam buta dah nak dekat pagi pagi celik nieh. (:

Tuesday, May 18, 2010

Senyum bergulaa.

*Ini cerita merepek marapu merapan saja.

Si Ibu : Kaklong buat air teh tuh ker taadi?

Si Kaklong : A'ah. Kenapaa? (dengan perasaan lub dub lub dub bunyik jantong.)

Si Ibu : Sedddaaapp.

Si Kaklong : Owhh. Yekerr. Hee. (:

Bukaan nak berlagak nak menunjuk nak berbangga diri nak berhidung tinggi ker ape. Cume terharu laa dapat penganugerahan buat teh sedap. Hee.

Almaklumlaah,,si Kaklong nie memang jarang sangat sangat buat air. Kalau ikut ranking dalam pape ker boleh dapat top 10 daari bawah laa kot. Gula entah banyak mane nak letak. Bajet bajet sudaa. HAHA. Sekali ibu cakap teh Kaklong buat sedaap daa. Terhaaaruu seyyhhh! :')

Tula, selalu buat air sunquick abah, abah tanak gula. Memang senang laa buat. Ambil cawan paaling besar, taruk air masak, tonggengkaan sunquick secukup warna, kacau kacau, taruk ais. Dah siap.

Kalau abah suruh buat kopi pulaak, 2 sudu gula, 2 sudu susu, 1 sudu kopi, taruk air secukup panas, kacau kacau. Dah siap.

Kalau tetamu datang, harrraaammm aku nak buat air. Tanak aku. Entah ape rasenye entah nanti. Setakat kacau air ker kacau gula kasi larut ker boleh laa. Nak suruh buat air, baik jangaan. Kesian tetamu tuh nanti. HAHA.

Tapi takpe, kite orang perempuan, memang kene biasekan diri laa kan dengan sume keje keje buat air nieh. Saya pun orang kata apa, dalam proses belajar laagi laa. Setakat buat air biase biase tuh boleh laa. Google google sikit dalam internet tengok cara cara buat air yang best. Hee. Kepada encik bakal suami, jangan risau ea. Nanti saya belajar buat air kasi pro punyaa. Orait. HAHA.

Nota sebelum pulang ke laman asal :
Kurangkan manis dalam minuman, Banyakkan manis dalam senyuman :)

Monday, May 17, 2010

Tekak yang banyak songeh!

Tau tak?
Sekarang saya dalam mood ape?
Mood ape? Cepat cepat teka?

Alahaai. Bukaan susah sangat pun. Kalau da namenye Izzani, sekarang mesti laa in mood teringin nak MAKAN something.

Ala, teringin laa. Seyes teringin.

Malam tadi da la in mood nak makan something yang berkuah macam sup sup macam tuh. Bukan nak makan nasik pun. Cuma nak yang mcam tuh laah. Sup panas panas gituu. Maybe sebab cuaca malam tadi sejuk kan. Perut pun rase sebu sebu jerr. Ala, sebu tuh yang macam orang makan ENO tuh rase. Cam tuh laa lebeyh kuraangg. Rase kembang jerr perut. Nasib abah bawak makan luar semalam. Dapat laa rase bihun tomyam sambil saksikan angin kencang kencang sikit bertiup sempoi sempoi bahasa sampai tunggang terbalik pasu pasu bunga dengan payung payung burger.

Siang taadi pulak macam teringin nak makan biskut biskut cookies cookies cam uh. Yang rangup rangup, bila gigit bunyik bunyik krok krak krok krak haa. Kenapa ea? Sebab tengok rancangan masak masak dekat TV tadi kot. Tapi rancangan TV tuh masak udang. Ape kaitan dengan biskut ntah. Teringat kuih raya koott.

Nie malam nie pulaak, tekak rase nak makan yang lembut lembut pulak. Cake coklat. Wah Wah Wah. Sedaapp beb. Yang moist moist sikit atas die tuh. Yang pekat giler giler chocolate die. Yang ade chocolate rice sikit atas die. Favorite tuuhhh.

Ish! Mengade laa blog aku nieh. Saje saje nak wat aku terliur terlapar kat sini. Tengok laa besok or tengah malam nie. Ape pulaak yang tekak aku teringin nieh. Ceyh! Banyak songeh. HAHA.

Sunday, May 16, 2010

160510.

Khas buat GURU-GURU di seluruh Malaysia,,
SELAMAT HARI GURU :)
16.05.10

Terima kasih atas jasa jasa cikgu semua.
Terima kasih atas segala keringat penat lelah untuk kami.
Terima kasih atas semua ilmu yang telah dicurahkan.
InsyaAllah, dengan jasa jasa cikgu semua, kita semua akan berjaya.

Dedicated to ; Cikgu-cikgu & Lecturer-lecturer;
SK Jalan Kuantan 2. SK Desa Pandan. SK Putrajaya 1. SK Putrajaya 3. SMK Putrajaya 3. SMK Kiaramas. SMK Seri Bintang Selatan. MRSM Taiping. Centre For Foundation Studies of International Islamic University Malaysia.

Special dedication untuk;
En. Zulkifle Bin Mohd Sidek.
(Abah)
SMK Datok Lokman.

Selamat Hari Guru abah. Thanks untuk semua jasa jasa abah. InsyaAllah, kaklong akan berusaha untuk jadi insan yang berjaya, dapat mencapai cita-cita. :))



zanybertapak.blogspot.

Eyh2, nasib baik teringat dan teruus check. I'm so sorry kay. Memang saya mengaku saya terlupa. Dulu saya dah cuba untuk ingat, taapi tak tau laa kenape terlupa jugak. Mintak maaf banyak banyak. Jangan laa awak terase hati ker ape kay. Bukan awak tak penting or tak special untuk saya, tapi mungkin terlampau banyak bende yang saya kene simpan dalam kotak memori otak saya nieh. Ingat laah. Awak sentiasa penting pun. Mane laagi tempat yang saya boleh berangan sorang sorang. Tempat yang saya boleh bagi tau dekat semua orang kalau bukan awak. Hari hari (kalau dekat rumah jer laa), saya bangun terus saya jumpa awak kan? Penting kan awak.

So, di hari yang awak sepatutnye gembiraa nie, saya nak cakap kaan sesuatu dekat awak.

HAPPY BIRTHDAY to youu POETRY :))
15 May 2010.

Now you are 1 years old. Moga awak terus melangkah dan bertapak untuk maju jaya ke hadapan. HAHA. (Ape ntah ayat nieh.) Sebagai hadiah, saya jadikan awak PUTIH. Suke tak? Suke tak? HEHE.

Thanks
MY BLOG for everything.

Saturday, May 15, 2010

The Yesterday Memories.

Thank youu semua yang terlibat.
  1. Mohamad Arif Hanif B.Zamri.
  2. Liya Bt Nordin.
  3. Muhammad Fauzan B. Ramli.
  4. Muhammad Firdaus B. Abdul Rahim.
  5. Abdul Rahman B. Mohamad Zahid.
  6. Muhammad Izzat B. Mustamam.
  7. Nur Kamaliah Bt Ahmad Fauzi.
  8. Mohamad Firdaus B. Mohammad Talib.
  9. Ahmad Fathin B. Zainal.
  10. Nurliyana Bt Dzulkifli.
  11. Muhammad Syauqi B. Azuddin.
  12. Amira Safwani Bt Abd. Rahim.
  13. Nur Fatin Bt Che Mat.
  14. Nurul Izzani Bt Zulkifle.
  15. Arif Fitri B. Jamil.
  16. Zafril Amzar B. Mohd Najib.
  17. Amirul Hakim B. Mazlan.
  18. Muhammad Shah B. Zainal Abidin.
  19. Hidayatul Izati Bt Mohd Zuki.
  20. Najwa B. Mohd Shariff.
  21. Ikhsan Adha B. Mhd Isa.








Rakan-rakan sebatch semua, Cikgu Mai jemput semua ke majlis Perkahwinan beliau pada 30 Mei 2010 nie dekat Kota Tinggi Johor. Isi dalam kad tuh akan saya scan kemudian kay. :)

Nak lagi gambar dalam Facebook okay. Hehe.

Jumpa Taiping balik. :)

Orait, here the story is. Picture aku upload dekat next post nanti.

BERTOLAK. Untuk yang dari negeri-neak geri lain saya tak tau macam mane mereka gerak. Tapi kami berempat dari Lembah Klang; Rahman, Zafril, Mira Saf & Izzani, kami gerak naik bas pukul 9.00 pagi dekat Hentian Duta. Punye laa kelam kabut malam tuh macam mane nak sampai Duta sebelum pukul 8.30 pagi sebab dalam tiket tulis 8.30 pagi. Dah ade ker train pagi-pagi bute tuh. Aku of corse laa tak de hal, da stesen tuh depan rumah jerr. Yang due orang dari Shah Alam dan sorang lagi dari Bangi tuh macam mane pulak? Aiyoo. Tapi at last, mesti ade cara. Rahman gerak dengan Saf dari Shah Alam. Abah Rahman anta. And Zaf, pagi-pagi bute aku baru lepas mandi da message suruh amek dekat Putra. Dan sampai laah empat-empat orang dekat Hentian Duta.

NAIK BAS. dan sampai stesen Kemunting dengan selamat. Alhamdulillah. :)

Dekat TAIPING. Mule-mule pergi amek kereta dekat rumah atok Rahman and contact2 katenye budak Seremban dah sampai pagi-pagi lagi. Dyorang pegi melawat cikgu Zila dekat Hospital Columbia Asia. Pelik kaan? Ktorang punye laa fikir kat mane laa hosp tuh? Nie Malaysia, bukaan Columbia. Tak pe laa. Perut lapar, pegi makan dulu. Macam bese, mamak Pelita dekat TS atau nama scientificnye Taiping Sentral. HAHA. Dahh rezeki, takyah penat-penat fikir, rupenye hosp tuh sebelah TS. Senang jer laa. Lepas da kenyang terus pergi hosp.

HOSPITAL. Kelakar laa pemandu-pemandu "berhemah" batch aku nieh. Dok main pusing-pusing dekat hosp tuh. Mase tuh tengah hujan. Nak keluar kang basah. So, pemandu-pemandu nieh asik meng'adjust' kereta masing-masing supaya berada bersebelahan antara satu sama lain. Senang nak bersembang, dalam keta jerr. HAHA. Jadi, untuk penumpang-penumpang kereta Anib & Athin, mereka gerak pergi TS dulu sebab dah jumpa cikgu. Untuk penumpang kereta Rahman, yang terdiri daripada Rahman,Zafril, Saf, Fatin dan Saya,, kami naik pergi hosp jumpa cikgu. Oh Ya! lupa nak cakap. Mase nieh Fatin dah sampai dari Kelantan.

Yang tak tahan buah tangan untuk cikgu laa. Yela. Tak plan nak pergi en, ingat cikgu ade kat skolah. So, tak beli la pape buah tangan. Ape lagi, turun cafe, beli cupcake 5 bijik. Before masuk bilik cikgu tuh, pegang sorang satu bagi dekat cikgu. Ahaha! Laagi satu, melawat cikgu paaling lame kot. Sebab ape? Kami dok layan AdaMaya. Episod last laa katekan. Budak budak dekat TS tuh dah dok call call da. HAHA.

SERI MALAYSIA. Next, cerita pasal penginapan. Budak budak lelaki dah confirm ade penginapan. Free lagi tuh. Dyorang tido dekat rumah atok Rahman. Kami yang perempuan, Saf booking Seri Malaysia. Syok tuh, dapat tido katil Queen dalam air cond, nyenyak giler giler tidur sebab leteyh giler en. Dapat breakfast makan hotel laagi tuh. Makan cam bese bese jer laa. Roti, bihun, bubur, teh panas. Tuh jerr laa. Tapi dapat tido dengan selesanye memang best. Thank youu Saf. :D

TAIPING SENTRAL. Malam khamis tuh, da jumpa kawan-kawan lama yang da lama tak jumpa en, kami pun memusing musing di TS. Buat ape pun, wayang citer tak best. Pape pun, sampai sampai carik Pelita duluu. Lapar en. HAHA. Lepas tuh baru enjoy! Sampai leteyh leteyh giler badan, ngantok ngantok giler mate. Tapi seronok. Nasib tak sambung mandi swiming pool jer malam tuh. Kalau tak, tak tau laa dapat tidur pukul bape. ahaha!

MAKTAB. Bangun pagi pukul 8, pergi breakfast. Dah siap siap sume call budak laki, dalam pukul 9 cam uh, dyorang tengah siap-siap lagi. HAHA. Dan plus minus waktu waktu sume, kami gerak g maktab dalam pukul 10.30 cam uh. Sume kumpul dekat Seri Malaysia mase tuh. Kereta Rahman, Athin & Mirul Hakim. Dah sampai maktab.

JUMPA CIKGU. Cikgu first yang ktorang jumpa cikgu Dollah. Ketua Warden kita dulu. Batch kite memang suke buat bulatan. Mase jumpa cikgu tuh sume buat bulatan. Terharu, cikgu still ingat mostly dari kami semua nieh. HAHA. Dan untuk menunaikan tujuan asal, kami pun pergi pejabat, nak ambil sijil SPM. Dah dapat sijil, baru laa sume berpecah-pecah gerak ikut kelas masing-masing. 507; Aku, Saf, Fatin; masuk bilik guru, tapi mase tuh tak ramai sangat cikgu, ade kelas en. So, ktorang pun berjalan-jalan laa, masuk kelas kitorang dulu, yang sekarang nieh da jadi kelas 506. Tanye junior, kelas 507 dekat bawah da sekarang. Lepas da habis waktu skolah baru laa dapat jumpa cikgu Julia, cikgu Hasleyza dan ramai ramai lagi laah.

MASUK LIBRARY. Haha. Takde keje en. Sampai masuk Library ah. Haha. Tapi mase tuh ade Abang Zul, yang still kenal ktorang lagi. Die laah jadi tour guide kami bertige. HAHA. Dalam Library dapat laa jumpa Ustaz Munawar n Ustaz Syaifuddin. Dah tengah hari, budak budak lelaki pergi sembahyang Jumaat dan kaum wanita buat hal masing-masing. Untuk Aku, Saf n Fatin, kami pergi melawat atok Saf dekat Air Kuning. :)

PELITA. Macam biase, tempat kumpul kite memang laa dekat Restoren Pelita tuh. HAHA. Mase tuh dapat tau dyorang nak pegi mandi Burmese. Ahaha! Kelakar laa. Yela, dalam kereta tadi atok Saf ade cerita, mengikut cuaca sekarang, asik ujan jerr, bahaya mandi dekat Burmese uh. Takut tiba tiba datang Kepala Air. Aku pun bagi laah tahu dyorang pasal tuh. Sampai ke sudah dyorang dok cakap kepala air, kepala air. HAHA. Tapi last last tak jadi pun dyorang nak mandi. Sebab dah hujan satu, lagi satu sebab ramai yang dah nak balik dah petang tuh. Tiket kitorang pun puk 6.50 pm mase tuh. Kesian Zaf, tak dapat tengok Thomas die tuh. HEHE.

BALIK. Dah petang cam uh masing-masing pun bergerak balik ke tempat asal masing-masing. Aku, Saf, Rahman n Zaf, pun tunggu bas dekat Simpang Taiping dan naik laa bas sampai KL. Kami sampai dalam pukul 10.45 dekat-dekat pukul 11.00 malam jugak laa.

Thats all the story. Aku tau nie satu cerita yang sangat panjang. Actually banyak lagi unsur unsur lawak, kelakar, seronok, happy, enjoy sume dalam kisah journey ke Taiping nieh. Tapi tak boleh laa nak cerita semua kaan. Tak muat pulak blog nieh nanti. HAHA.

So, untuk kawan-kawan semua, Thanks a lot. Seyes bangun pagi tadi aku leteyh giler sampai bangun dekat tengah hari. HAHA. Tapi seyes jugak aku puas hati dengan journey nieh. Jumpa laagi. :))

Thursday, May 13, 2010

MRSM Taiping, HERE WE COME!

Woaa. I'm so excited. I'm going to Taiping tomorrow. Wah. Tak sabar sabar. Dah sah sah kene duduk dalam bas uh 4 jam. HAHA. Takpe. Ade kawan-kawan dan teman di sisi, tak boring kot dalam bas nanti. Bawak makanan banyak banyak. HEE. Makkaann jer keje.

So, Abdul Rahman, Amira Safwani and Zafril Amzar; I'll wait for u all dekat Hentian Duta. To Nur Fatin Che Mat, aku tunggu kau dekat Taiping nanti. And kawan-kawan lain yang dah sampai kat Taiping, tunggu kitorang sampai besok. HEHE.

MRSM Taiping, HERE WE COME!
Untuk ambil sijil SPM. HAHA. Dan untuk jumpa cikgu-cikgu, pengetua, HEP dan HEA. :)

Wednesday, May 5, 2010

What I want.

Just remember,
I'll always support you in whatever you do.

If you want to laugh, just laugh.
I'll always be beside of you to support you.

Your laugh is my happiness. If you laugh then, I will be happy :)

I just want to see you,

Smile and Laugh.


Orait..?? HEHE.
Take care.

Tuesday, May 4, 2010

Kisah pinggiran kota.

Credit to :
Monier Mat Din.

Macam mana saya dapat post nie? Macam mana saya dapat link nie? Macam mana saya dapat cerita nie?

Saya dapat cerita nie bila my beloved one, send me an email about this story. He said that, cerita nie boleh kita jadikan iktibar sama-sama and let post this story in my blog, so that we can share that with our friends.

I don't know who is Monier Mat Din actually. Tapi berdasarkan apa yang tercatat, beliau marupakan seorang pemerhati kehidupan yang tersirat di sebalik realiti semasa. Mencatat dan melukis dengan kata-kata. Untuk dijadikan iktibar buat semua.

Jalan-Jalan Masuk Kg : Tazkirah Hari Buruh.

Okay. What have been stated above is tajuk untuk that post. Saya dah cuba dah untuk post sama sebijik macam apa yang ditulis dalam blog Monier Mat Din tuh. Tapi maybe dah ditentukan I'm not as good as him, so that saya tak dibenarkan oleh takdir nak ceritakan cerita tuh dalam blog saya sebijik macam dia. Bila saya copy, tulisan-tulisan, font-font, colour-colour sume bertukar.

Takpe laa. Saya dah pun bagi link untuk blog Monier Mat Din. Maybe my bloge reader boleh baca sendiri dekat blog beliau and maybe akan bagi better impact than if baca dekat blog saya.

Cuma apa yang saya nak ceritakan is about my point of view. Seriously, saya mungkin tak berapa bagus dalam hal-hal menghayati dan mendalami sesuatu cerita. Saya tak mampu nak membaca sambil menitiskan air mata secara tiba-tiba macam mungkin ada antara sesetengah anda dapat buat bila baca post tuh. Ah! Jelesnyee. Bila orang tengok, mesti ingat "tak berperasaannye budak nieh..". Kan? Kan?

Takpe. Takpe. Tuh sume tak penting. Yang penting apa hati masing-masing rasa.

Back to the story.

"Kita dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan bertelanjang bulat, tidak ada apa yang kita bawa hatta sehelai benang sekali pun. Kemudian Tuhan anugerahkan kita pangkat, kedudukan, harta dan kekayaan; maka kenapakah kita tidak mahu menjadi manusia yang bersyukur?"

Satu cerita yang saya terharu bila baca kisah tuh is bila team jelajah nie, bagi Cikedis kat anak-anak seorang ibu tunggal bertudung labuh. Suaminya telah menghadap Ilahi hampir setahun yang lalu dan tinggal beliau lah yang membesarkan 5 orang anak yang semuanya kecik-kecik lagi. Kanak-kanak yang masih di peringkat nak membesar. Yang mane mase peringkat nie laa tumbesaran mereka berlaku dengan cepat. Memerlukan makanan, wang, dan sebagainya dengan secukupnya untuk kemudahan mereka. Ohh! Bila team nie bagi Cikedis kat anak-anak ibu nie, berebut-berebut si 5 beradik nieh makan, dan suap keropok-keropok tuh macam makan pop-corn katenye. Sedeyhkan? Makan pop-corn? Dapat bayangkan tak orang makan pop-corn macam mane. Huhu.

Okayy. Dan team jelajah nie pun pergi ke rumah yang kedua. Lagi sadis tau kehidupan mereka. Tuan rumah suami isteri bekerja di bendang selain membuat tapai. Anak-anak mereka masih kecil lagi. Memerlukan sepenuhnya kemudahan untuk mereka membesar. Tak hairan lah kalau ibu bapa mereka sangat berjimat cermat dalam apa-apa pun. Sehinggakan pampers (lampin pakai buang) yang dah digunakan untuk anak mereka, dibasuh, disidai untuk dikeringkan, dan digunakan semula. Macam mana kita di kota? Kalau dah pakai pampers tuh, gulung-gulung terus masuk tong sampah. Memang laah. Ini untuk keselesaan anak masing-masing kan. Tak ker melecet punggung mereka nanti kalau pakai yang dah digunakan. Tapi tanpa kita sedar, di pinggir rimba tuh, ada yang sangat-sangat menghargai pampers tuh disebabkan kesempitan hidup yang melanda.

Mungkin kita masing-masing ada niat untuk membantu mereka yang memerlukan. Tapi mungkin masih tak dapat peluang sebab kita tak nampak depan kita kan ape sume yang berlaku tuh. Tapi cukup lah dengan kita cuba jadikan ini sebagai iktibar dalam hidup kita. Hargai segala bende yang kita ada. Dan janganlah terlalu sombong sesama manusia sebab kita nie semua sama jer.

Terharukan? Di sebalik membangunnya bangunan-bangunan tinggi di celah-celah kota, kita tak sedar apa yang berlaku di pedalaman desa dan di pinggiran rimba. Renungkan lah. Dan jika anda menitis sedikit air mata semasa membaca post Monier Mat Din tuh, air mata itu adalah atas nama prihatin sesama manusia.