Sunday, June 27, 2010

Permintaan aku logik lagi kan.

Aku ade dua permintaan nak buat dekat sini. Please. Please. Dua jerr. Tak banyak pun.

Yang pertama,
boleh tak saya nak mintak dekat peniaga peniaga kedai runcit (non-Muslim especially), boleh tak kalau letak air minuman yang biasa dengan arak dalam peti ais yang berlainan. Macam tadi aku pergi satu kedai runcit nieh. Aku haus sangat mase tuh. Tanak air ape pun. Bukan nak air coke ker pepsi ker ape, aku nak mineral water jerr. Sekali masuk tengok dalam peti ais, mineral water tuh die letak sebelah air air tin arak. Terus takde selera nak minum. Aku tahan jugak laa haus dari Perak sampai KL.

Cerita semalam pulak. Same laahh mase tuh. Haus sangat rase. Cuaca panas en. Bila haus kita tak mintak air lain dahh. Air mineral jugak yang dicarik. Masuk masuk, same jugak, tengok mineral water tuh sebelah air tin arak. Berkurang da selera nak minum mineral water. Tak pasal pasal tengah haus haus tuh, aku beli air root beer jer sebab air tuh die letak dekat peti ais lain. Aihh. Mengeluh sikit. =.="

Yang kedua,
boleh tak aku nak bagi tau semua peniaga peniaga kedai makan yang, kalau aku datang makan kedai korang, tak yah laa letak banyak sangat sayur dalam makanan aku. Takyah letak langsung pun takpe. Lagi aku bahagia. Bukan ape. Aku tanak membazirkan sayur sayur korang jerr (unless laa kalau sayur yang aku tak makan tuh korang gune balik kaannn. Eiiuuu.) Aku tak makan sayur wehh. Kalau aku tertelan tuh kire untung laa tuh. Takpe, kalau korang tak letak sayur aku takde mintak diskaun nye. Kan korang dah untung di situ.

Lagi satu sebab, aku selalu jadi orang yang last last bile makan. Sebab ape? Sebab aku dah spent banyak mase untuk asingkan sayur sayur tuuhh. Huihh.

Agak agak macam mane yerr pada waktu itu?

Owhh kawan sepermainan, segerombolan, dan sebondong-bondong. Harap maaf, ayat kel*ng (harap2 kel*ng tak bace blog aku) menjadi intro untuk entri kali ini. Kenapa tiba tiba keluar ayat macam kel*ng? Sebab saya aku tengah pening. Ishh, tiap kali tulis jer mesti nak terjadi skema. saya saya saya. Tuh tukar jadi aku jer. Biar tak menarik pun janji sempoi.

Erm. Semakin hari semakin ketandusan idea. Owhh. Nak tulis ape nieh. ______________________________________________________. Speechless buat seketika. Kejap. Rasa macam nak terbuang air kecil sekejap. Skema lagi. Untuk terus terang aku nak pegi toilet lahh nak terkenc***. Tanak jadi rude dowh cakap ayat kasar kasar. Pakai star * sudaahh.

Izzani Zulkifle ke toilet. (Nie pun nak cakap ker? Sukati laahhh)

Waahh. Legaaa. Lepas dah membuang tadi baru rasa ada idea. Perut dah selesa. Takde tertahan tahan macam tadi lagi.

Dah laa. Ade cerita pasal isu membuang urine pulak. Masuk cerita. Siang tadi sekolah abah aku dulu dulu SMK Seri Perak (SEMARAK) buat reunion untuk semua ex-students. Ramai giler giler laahh orang. Sebab die gather kan dari student 1960an, 1970an, 1980an, 1990an, dan 2000an. Teringat pulak sambutan Jubli Perak MRSM Taiping dulu. Syok kot. Tak pasal pasal dapat makan dekat Bukit Merah free free jer. Pasal makan memang Izzani Zulkifle suke. Dah diketahui umum pun. :))

Ya Allah, kau hindari laahh Izzani Zulkifle dari gejala asik merepek jer niehh. amin.

Doa dimakbulkan. Tanak merepek dah.

Lepas tuh, memeang ramai laa orang. Syok jer tengok gelagat gelagat beliau (untuk orang dewasa en, kene laa gune bahase yang hormat n polite sikit) bila jumpe balik lepas 26 tahun. Ade yang, "Aihh, putih dah rambut kau yer..", ade pulak yang, "Aihh, dah PJK dah semua yer..", ade lagi yang, "Lain da kau sekarang yer..", dan ada tuh yang macam macam lagi laa. Tak larat nak tulis semua.

Aku pergi berdua jer dengan abah tadi. Buat ape aku ikut? Saje jer nak menyibuk di situ. Dapat makan free at least pun. See, makan lagi yang ditekankan di sini. :B

Tak de laa. Untung jugak aku ikut. Kene jadi camerawoman bertauliah tadi. Berbanyak-banyak camera kawan-kawan abah punye aku kene pegang tadi. Sampai ade uncle tuh cakap, "Untung jugak anak kau ikut Zul, boleh tolong tangkapkan gambar.." Ahaha. Tergelak aku dengar.

Tibe-tibe aku berkhayal (bukan sebab bende haram tuh ea). Aku terbayang macam mane pulak gaye kite kite, maksudnye kawan kawan aku dan termasuk aku skali laa, bile kitorang buat reunion 26 tahun lagi tuuhh. Teringin nak tau gelagat gelagat kami nanti. Doremon, boleh tak kau datang sini sekarang kasi aku mesin mase depan. Aku nak tengok gelagat tuh jerr. Mesti menarik kan?

Owhh. Bila dah on the way nak balik aku lalu laa banyak kedai emas. Terwonder sekejap. Kenapa kedai emas sepanjang perjalanan tuh ade WAH. Kedai satu, Kedai Emas Wah Cheong. Kedai dua, Kedai Emas Wah Shing. Kedai tiga, Kedai Emas Wah Weng. Mungkin sebab emas berkilau kilau dari dalam kedai, bila orang lalu jer, semua cakap Waaaahhhhh. Begitulah ceritanyaa.

Friday, June 18, 2010

Sebab, itu tetap yang pertama.

Orait. Untuk ke sekali lagi nye aku click lagi butang "New Post". Tak boleh laa tak picit butang tuh bile dah sekian lama lama tak Post something New.

Untuk hari Jumaat yang mulia ini, aku mengambil adik adik ku di kL Sentral tadi. Diorang dari Klang rumah Mak Ngah aku. Aihhh. Malas laa nak citer latar mase tempat dan masyarakat nieh. Panjang sangat. Nie bukan kisah cerita seorang aku dan seorang mereka.

Lets proceed to the cerita sebenar.


Ape yang aku nak bagi tau adalah, tibe tibe hari nie tadi lepas tengok movie The Karate Kid, aku rase terpikat dekat Jaden Smith. Tau sape tuh? Alaa, anak Will Smith. Takpe Takpe. Tak kenal takpe. Yang pasti die tetap hebat (dalam cerita tuh..). Walaupun die tak berapa nak putih (Jaden Smith, aku harap kau tak bace blog aku), tapi die comel (yang nieh takpe, kau boleh bace Jaden Smith).

Nak cerita lebeyh lebeyh pasal budak nie pun tak boleh jugak. Bukannye aku kakak angkat die pun tau macam macam. Tapi ape yang pasti, kalau kau (Jaden Smith) lahir tahun 1991, pastinye kite beza empat hari jerr. Tapi, apekan daye, kau lahir lambat sangat. 1998 baru nak lahir. Kan da beza 7 tahun dengan aku.

Jap. Aku terpikir, kenapa aku post blog nieh macam aku khas tuju bercakap kepada Jaden Smith sedangkan blog aku pun haram die tak pernah jumpa. Tak dapat kot website blog aku nak pergi sampai US sane. Tak famous.

Dah dah. Tanak da citer pasal Jaden Smith lagi walaupun kau yang kedua comel bagi aku. :)

Sehebat dan secomel mane pun, Jaden Smith tetap ranking yang kedua, sebab.


Belum habis cerita laagi laaa. Sebab, ini tetap yang pertama. :))

Akhirnya aku tekan butang Publish Post setelah 2 jam merangka karangan ini. Lama kaan. Jaden Smith punye pasal laa. Tak pasal pasal. HAHA.

Friday, June 11, 2010

Bibir versi roti john episod kedua. Aww.

Dan setelah selesai menyelesaikan tag yang pertama dalam tempoh mase selama satu jam setengah kurang sikit, aku mengambil mase lima belas minit untuk berehat rehat dengan menggeledah dapur terlebih dahulu lantas mengenyangkan perut dengan sepinggan nasik putih berlaukkan sambal, ikan bawal goreng bahagian ekor, telur goreng tinggal sesuku, kicap dan berpencuci mulutkan kuih tart.

Dan sekarang aku nak sambung balik misi tertunda menyelesaikan tag yang kedua. Tag Cinta namanyaa haa!

Tag dari :

"..bukan sebab the person you love itu tidak bernilai, tapi kerana the person you love itu sangat sangat berharga. Jadi don't letak price tag on love supaya no one can take them from youu.. :)"
p/s : Aku tolong sambung ayat You can't put a price tag on love tuh jer supaya lebih terang dan nyata.

1. Thanks and link the person who tag you.
Thank youu sadiq :). Btw, dah tag dah yang dekat atas tuh besar besar lagi. Hee.

2. Tag 10 bloggers that you discovered and think fantastic.
Zulkifle Mohd Sidek.
Norziha Mat Sri.
Nurul Izzani Zulkifle.
Nurul Izzati Zulkifle.
Mohamad Affiq Zulkifle.
Nurul Izzah Zulkifle.
Abdul Rahman Mohamad Zahid.
Hj. Sidek Hj. Arshad.
Hjh. Salmah Hj. Khalid.
Hagemaru Hageda.

Jap jap. Penerangan. Mereka mereka di atas bukan laah blogger, tapi saje nak mengikut tema Tag Cinta nieh. Jadi, mereka semua laah the person that i love. Very very much! Mereka sangat sangat berharga dalam hidup saya. Memberi sinar di waktu siang dan memberi cahaya gemerlipan di waktu malam, mengikut konsep matahari, bulan dan bintang. TAPI, yang nama last sekali tuuh cuma memberi sinar ketawa di waktu petang petang jer di 611 Ceriaaaa.

3. Contact that blog and let's them know they been tag.
Nak contact macam mane, tak jumpa pun blog mereka. Takpe takpe. Tak de hal tuuhh. Nanti aku call jer bagi tau. TAPI, yang nama last sekali tuh tak tau nak contact macam mane.

4. State 7 things about you.
Haahh. Yang tadi suruh 5 interesting facts. Yang nieh suruh 7 things pulokk. Nie yang lama nak pikir nieh.
i - sedang sedang saya tidur sudah pagi saya pun bangun.
ii - saya bangun saya memang suke tengok cermin dulu.
iii - alangkah terkejutnye saya melihat sesuatu yang besar pada bahagian muke saya.
iv - lalu memicit micit bahagian tersebut mengtest tahap kesakitannya.
v - aduh! sakit jugak. saya cuba picit kuat lagi kot kot kurang sakitnye.
vi - haa haa. anda tersilap. bukan jerawat atau bintik hitam yang besar.
vii - tapi bibir saya yang membesar bengkak menjadi versi roti john. cun koottt.

Bibir versi roti john episod pertama. Aww.

Okayy. Aku sekarang dah dekat rumah. Giler gembira riang ria hati dan jiwa balik rumah. Tenang jer rase dapat katil sendiri. Rinduu kot lepas due minggu tak balik. Dalam hati kamu kamu mesti ade yang cakap, "Due minggu jerr kooottt..". Tak kisah laa. Yang penting aku bahagia balik rumah. Itu point utama. HAHA.

Tak laa. Tuh bukan point utama sangat. Point utamanya, macam yang dah dicakap dalam entri yang lepas, aku akan menyelesaikan tag tag yang masih belum bersentuhan. Jadi, kita teruskan dengan tujuan utama.

Tag from :

List 5 interesting facts about the person who tag you.
Cima Haslan. Sangat comel. Comel bukan maksud Comel yang Gem_k atau Comel yang Kec_k,, tapi Comel laa. Macam cute cute gituu. :)
Baik. Baik hati. Baik semuaa laa. Baik Baik Belaka. 
Kite berkenalan dekat myspace jer mule mule dulu. HAHA. Zaman dah canggih. :P
And one fact, kite tak pernah jumpe pun kan Cima, tapi tetap boleh jaadi kawan. HEHE.
And another one fact, thank youu for tagging me. HEE.

5 interesting facts about me and hobies.
Okay. Interesting facts yang sangat sangat interesting buat mase sekarang, bibir aku tengah bengkak macam roti john lepas bangun dari tidur pagi semalam. Erggghh.
Fact yang kedua, aku mengambil mase yang sangat lama untuk berfikir ape yang interesting tentang aku.
Fact yang ketiga, tiap kali aku sedang berfikir, aku akan alih page ini ke facebook untuk mencari idea.
Fact yang keempat, bilaa dah alih page ke facebook, aku terleka dan terlupa yang tag nieh pun belum siap laagi.
Fact yang kelima, dan akhirnya aku sedar bahawa five interesting facts tentang aku sudah pun selesai.

5 lucky recipients & description.
Shahir AF8. Budak UIA yang aku pernah jumpa dalam tv jerr.
Karam Singh Walia. Guru peribahasa daku.
Shinichi Kudo. Orang kedua hensem yang pernah aku kenal.
Hagemaru Hageda. Budak paling comel dan paling bijak aku pernah jumpa.
Angelina Jolie. Teringin nak tanya dia apesal bibir aku dah jadi macam dia. Aww. 

***

Selesai.

Monday, June 7, 2010

Hanya untuk fill in the blank.

Lame dah tak update tak online tak tekan punat punat computer nieh. Tergagap gagap dah nak menaip. HAHA. Buat mase nie nothing to share yet. Banyak sebenarnye, taapi nanti lahh yer. Tunggu dah betol betol jadi blogger tegar bile balik rumah nanti baru boleh activate. Sekarang nieh tengah disactivate kejap menjalani rutin rutin harian seorang pelajar yang tiada connection internet.

Untuk tag tag yang ditag dan belum disettlekan laagi, later akan diuruskan. Thanks by the way.

Okay. See semua soon. So far I'm happy being a second year student semester 4, long sem sebab jadual tak padat dalam erti kata lain, masa kelas is less than mase katil. :)

Aishh. Dah dah. Nanti cerita banyak banyak laagi weh. Dah tak boleh lama dah nieh. Tiada panggilan yang lebih penting dari panggilan Ilahi.

Computer padam.