Thursday, June 30, 2011

Nyamuk pasti lari.

Aku tak tau kalau kulit aku yang sensitip atau nyamuk yang sen-sentap dengan aku. Tapi, aku sangat lah tak boleh terima bila nyamuk datang buat majlis rewang sebelah telinga aku. Sebab apa? Sebab dengan bunyi-bunyi diorang pun kadang-kadang aku dah menggaru-garu. Dan garu itu merosakkan kulit aku. Ohh tidak.

Aku tak tahu kalau ini satu masalah kulit, atau masalah kesihatan yang disebabkan oleh pemakanan atau ape. Tapi serious, once aku garu, nanti mesti pedih dan terluka kecil. Salah satu faktor ialah cara garu aku yang terlalu rakus mungkin.

Yup. Memang aku lahir dekat KL tempat tumpah darahku. Yup. Memang aku membesar dekat KL dengan persekitaran yang korang pun tau macam mana, asap tebal di langit menutupi awan (ceewaaah!). Tapi, aku takde lah KEYY ELL sangat sampai tak boleh kena gigit nyamuk. AHAHA!

Cuma masalahnya bila aku tergaru-garu tuh. Nanti pedih. Nak mandi, kena air, pedih. Sobs! T___T

Jadi, terpaksalah MOSQUITO REPELLENT menjadi penyelamat aku. Bukan lah duapuluhempatjam pun aku pakai. Cuma, bila tiba-tiba aku terdengar nyamuk buat majlis rewang sebelah telinga, terpaksalah aku tampal.

Mosquito Repellent. Dapatkan segera di farmasi-farmasi berhampiran anda!
Rasa macam baby-baby pulak pakai mosquito repellent, tampal-tampal bagai. =.="

Bila cakap dekat ibu, ibu cakap, "Makan lah sayur, baru kulit sihat."

Bila cakap dekat adik, dia jawab, "Tula, tak nak makan sayur lagi."

Bila cakap dekat kawan, dia cakap, "Zany kena makan sayur tau untuk kulit."

Bila cakap dekat diri sendiri, diri sendiri cakap, "Bila nak start makan sayur ntah. Tunggu sampai sayur tuh ada perisa chocolate, vanilla, baru nak makan sayur." Kihkihkih! Demand tinggi.

Tapi serious, mosquito repellent memang berkesan. Nyamuk terus berterbangan lari lintang pukang carik port lain nak buat majlis rewang. HAHA. Tapi korang kena tahan sikit lah dengan bau dia yang macam daun serai ker minyak angin ape ntah.

p/s: Gambar tuh dah lama dah. Gambar enam bulan yang lepas dekat bilik Mahallah Khadijah, UIA. AHAHA. Rindu Xpressmusic tuh. Ape lah khabar kau sekarang. Ape lah juga nasib kau kena curi. Alahaaai. T___T

Hado apo dengan zanybertapak?

Daisypath Friendship tickers

Belog aku pun nak sticker Daisypaith nie jugak, dia cakap. HAHA

Kesian belog aku. Masa birthday dia yang ke-satu tahun, aku wish. Tapi, masa birthday yang ke-dua tahun, aku ter-miss. HEHE. Maap Maap Maap!

"Akak busy laah belog. Serious busy. Tak tipu. HIHIHI" :P

Jadi, ada apa dengan ZANYBERTAPAK nie? URL dah serupe ape ntah. Tak sedap langsung. AHAHA. Biasalah. Retro punya URL wehh. Masa mula-mula nak cipta belog. Konon-kononnya tapak/langkah pertama lah. Tuh yang jadi zanybertapak tuh. Takkan nak buat #ekaubertapak pulak kan. HAHA.

Takpe lah. Kadang-kadang rasa mantap jugak dengan zanybertapak sebab bila blogwalking jumpa Nisa Kay dengan nisamenaip beliau, at least aku ade lah jugak ZANYBERTAPAK. Kau hado? AHAHA.

Walaupun ZANYBERTAPAK dengan NISAMENAIP tuh memang beribu-ribu-ribu kali ganda bezanya. Walaupun entri ZANYBERTAPAK tidak segempak NISAMENAIP. Walaupun follower ZANYBERTAPAK tidak sebanyak NISAMENAIP. Walaupun layout ZANYBERTAPAK tidak secantik NISAMENAIP, tapi aku tetap bersyukur. At least aku ada laman sesawang aku sendiri walaupun bukan .com sendiri, walaupun cuma pinjam dengan blogspot.com saje, at least aku tau bila aku tengah melalui adegan yang memberangsangkan dalam hidup, bila aku tengah ada banyak benda nak cakap, bila tangan aku gatal nak menaip, aku tau dekat ruang mana harus aku tuju. Kan?

Jadi, kalau korang tanya , ada apa dalam zanybertapak? Aku akan jawab, "Tak ada apa-apa". Kerana yang ada cuma cerita aku, cerita aku dan cerita aku. Kalau ada pun, mungkin sedikit (serious sedikit), pengisian yang aku rasa boleh kongsi dengan semua yang di luar sana.


Aku cuma harap aku boleh buat semua orang ketawa :)

Selamat dua-tahun blog. Aku blogging dengan ikhlas, insyaAllah, orang juga akan baca dengan ikhlas.

Kbai! :)

Halwa Telinga.

Entah kenapa semalam, hari bagaikan bersinar-sinar. AHAHA. Ceytt. Intro tak seronok langsung.

Okay. Lain-lain. Entah kenapa semalam, telinga rasa dahaga. Dahagakan bunyi-bunyi merdu, lunak-lunak suara manusia, dan sebagainya. Entah kenapa semalam, telinga terasa seperti sunyi. Sunyi dengan muzik-muzik seantaro dunia. Entah kenapa semalam, telinga terasa kosong. Baru aku sedar, rupanya aku sudah lama tinggalkan dunia hiburan. Dah lama aku tak pasang, dengar dan hayati lagu-lagu dengan semangatnya. Dan dah lama aku tak sumbat earphone dalam telinga. Patutlaah rasa kosong saja.

AHAHA. Pergghh. Ini intro memang mantap habis. Ayat nak canggih jer kan. hee.

Kalau boleh, aku memang tak nak cakap banyak. Serious tak nak cakap banyak.

Bruno Mars - Today My Life Begins

Meet Uncle Hussain ft. Hazama - Pokok

Cromok - Another You

TAMMAT

Nie bukan tak nak cakap banyak. Nie memang tak nak cakap langsung namenye. HAHA. Kesian korang, nanti korang blur, ape jadah yang Zany cube nak cerita, yer dok? HAHA.

Okay. Actually semalam aku tido sangat laah lambat sampai pukul 4.00 pagi sebab aku ada date dengan Uncle-Uncle Youtube nie laah. Telinga aku dah lama tak dengar lagu-lagu, maksud aku through earphone yang dicucukkan ke laptop atau pun handphone sambil pasang volume di tahap #lapanpuluhlima. AHAHA. Gilaaa.

Jadi, mula-mula aku decide nak download semuaaa lagu Bruno Mars dan sumbat dalam laptop aku. Settle download, aku dengar satu per satu dan aku rasa lagu yang paling buat aku rasa nak dengar sambil goyang-goyang tangan ke atas is as stated above. Semangat.

Then, tau lah kan, bila dah bukak Youtube, dia macam satu chain yang non-stop. Lepas bukak video nie, bukak video itu pulak. Ini semua disebabkan banyak-banyak video yang tersusun rapi di side belah kanan itu bukan. HAHA.

Sampai lah aku jumpa lagu POKOK. Dan aku suka :)

Orait. Move to Cromok. HAHA. Tengok lagu pun memang dah berdetik dalam hati kan, "Takkan lah Zany search lagu-lagu macam nie dalam Youtube. Itu lagu budak lelaki okayy". AHAHA. Ade pulak kan lagu budak lelaki budak perempuan?

Yup. Not me. Ini semua angkara Rahman yang sama-sama mengheret aku sehingga ke pukul empat pagi. AHAHA. Dia share banyak video, i mean lagu dekat aku semalam. Kenapa yang aku kata dia mengheret aku sehingga pagi tuh? Sebab, semuaaa video yang dia share BEST BRO! Ikhlas. Aku layan sampai terleka. Thanks bro.

"Kenapa tak tidur lagi, dah pukul berapa dah nieh."

"Ahaha. Tak tau lah kenapa tak tidur lagi. Dok ralit online layan Youtube".

Alamak. Tengok. Tadi siapa kata tak nak cakap banyak. Okay lah. Tak nak cakap dah. Sila play dan dengar. Lepas tuh 4shared macam aku. Kbai!

Wednesday, June 29, 2011

Selamat beroptical illusion.

4.30 pagi. WHAAATTTT? Kenapa aku tak tidur lagi nie? Ohh. Habis laah besok bangun tengah hari. AHAHA. Jangan mimpi. Siapa nak masak nasik nanti. HAHA

Actually aku terleka online laah. Ahh. Terlagha. Niat asal asal asal nye tadi lain. Dah terlain pulak. HAHA. Takpe lah. Seronok jugak online pagi-pagi bute nie. Cuaca nyaman sepoi-sepoi bahasa. Ceytt. Ade pulak kan? HAHA.

Aku terleka bukan sebab apa. Tadi aku cuma bergurau senda jer dengan Uncle Youtube. Dengar lagu ini, lagu itu, post dekat wall sini situ, pung pang pung pang dah membawak ke tiga jam yang pertama. Dan sekarang, aku terleka sebab dok ralit melayan Mr. Optical Illusion.

"Haah? Menatang apa tuh?"

Bukan menatang, tapi benda atau aktiviti atau adegan. Incident pun boleh lah yang bila mana bila kita tengok, otak jadi konpius untuk interpret ape jadahkah benda itu, yang sekali gus menjerumus ke arah sel-sel otak berhubung dengan konpiusnye. Bila sel-sel otak konpius, mata kita laagi laah terpaksa ditipu dan diperdaya.

Ayuh melayan Mr. Optical Illusion bersama aku.


Kita bagi game nie spiraldot. Wanna see this gear moving moving? HAHA. So, ape kata, korang pun moving moving-kan (#englishmalay) kepala anda masing-masing towards and away from this object. Ala, headbanging biasa buat, takkan moving towards and away toknokkk buat. HEHE.

Tak best? Okay. Move to another game.



Okay. Game ini dinamakan FuzzyDots. Cara permainan sama macam yang di atas. Kepala anda yang comel haruslah digerakkan towards and away from this objects. Amacam? Gerak kan? Anda suka? Aku lagi suka. HAHA.

Tak best jugak? HMMMM.


Orait. This best bro! This best bro! Baik punyaaa. HAHA. Game kali ini nama dia waveillusion. Orait. Kali nie tak payah lah nak headbanging sangat. Cuma perlu mata anda pandang dan tenung (menjeling-menjeling pun bulehhh) jer laah object di atas berapa lama anda suka. Amacam? Its waving kan?

Seriously. Tiga-tiga object nie bukan animated image yang di-save dalam format .gif ker ape. Tiga-tiga nie ialah objek pegun. Takde guna rakaman CCTV atau video cam atau ape-ape jer laaah.

Jelas di sini, bukan diri kita saja boleh keliru, otak pun boleh kan. Masing-masing dah besar. Masing-masing dah belajar. So, tak perlu lah aku tekan kan di sini, "Woww! Its amazing! I'm so excited seeing all these bla bla bla...." AHAHA. So, simpan excited tuh sendiri-sendiri jer laah.

HAHA. Korang pening ea? Samelah aku pun. So, time to sleep maybe.

Baguslah Mr. Optical Illusion nie. Tau aku tak tidur lagi, dia attract aku untuk layan dia, lepas tuh buat aku pening, then baru rasa "Ya. Aku memang sudah kena tidur". Kbai! :)

p/s: Korang-korang, klik jer lah dekat picture tuh kalau nak zoom kan dia okay. Aku dah buat automatic zoom, so, image tuh takkan pergi ke new tab ataupun pergi dekat single page for image. You will remain here until you finish playing all these three games *laah sangaatt* AHAHA.

#3 Wordless Wednesday: Biar Blackboard Berkata.




"Apa itu Wordless Wednesday?"

"Tak payah cakap lagi. Semua orang dah tahu kot. HAHA"


Tuesday, June 28, 2011

BERSIH.

Perhimpunan HARAM, kena tahan. ISA turun bawak gas pemedih mata bagai. Bila, Perhimpunan BERSIH, pun nak kena polis turun jugak? Ape kes?

Salah ker Perhimpunan BERSIH itu?

Bersihkan senarai undi. TAK SALAH. Mereformasikan undi pos. TAK SALAH. Gunakan dakwat kekal. TAK SALAH. Akses media bebas dan adil. TAK SALAH. Masa berkempen minima 21 hari. TAK SALAH. Kukuhkan institusi awam. TAK SALAH. Hentikan rasuah. LAGI LAA TAK SALAH. Hentikan politik kotor. MEMANG TAK SALAH.

Then, apa yang SALAHNYA? Apa yang KOTORNYA? Apa yang HARAMNYA? Semua BERSIH bukan. Tiada rusuhan bukan. Jadi?

Kalau ada yang SALAH pun mungkin sebab bila buat demo susahkan banyak orang, sesakkan jalan raya macam tuh. Habis nak buat macam mana. Bila diberitahu, dicakap, dikata, jawabnya, "Ahh. Pedulikan saja permintaan mereka itu".


Kalau ayat indah dan puitis macam nie pun sampai kena dipanggil polis, tak tahu laah lagi dok selit belah mana lagi kebebasan bersuara rakyat.

Cop. Yang kelakar, sebab pakai baju ada tulis perkataan BERSIH pun kena panggil polis. Amboii. Kalau pakai baju tulis, JAGA ALAM SEKITAR SUPAYA BERSIH pun kena tahan tak?

Cop lagi. Aku tulis ini tiada langsung unsur membantah atau unsur menyokong mana-mana. Cuma, sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang jitu (ececey) aku cuma mempersoalkan. Itu saje!

Peace yawww!

Pagi-pagi lagi dah buat salah.

Salam. Haii korang. Selamat pagi! Ahh. Jangan pertikaikan kenapa Izzani bangun awal hari ini. Ape, ingat aku tak berbakat ker dalam aktiviti bangun awal. HAHAH. Takpe lah, aku selalu bangun lambat sebab nak bagi sel-sel badan aku rehat lebih sikit, baru boleh bertenaga dan bermaya. Kau hado? AHAHA. Jahat betul aku, pagi-pagi lagi dah bahan orang. Tak patut. Tak patut. I'm sorry *Dengan gaya Amir Maharaja Lawak.

Tadi.


Alahaii. Pagi-pagi dah buat kesalahan lalu lintas. Walaupun takde uncle polis bermisai lentik, tapi rasa bersalah lah juge. Tolong laah ingatkan aku baru P. Belum komPiten lagi.

Tapi serious, boleh kata semuaaa kereta buat U-turn dekat situ. Sebab U-turn yang sebenar-benar dan hakikinya nuun jauh dalam 500m lagi dekat depan. Siapa nak. HAHA.

Ohh. Aku sedikit sebanyak terpengaruh dengan kereta lain mungkin. *Positive positive.

Tapi, argghhh. Diorang kereta semua stok mahal-mahal, besar-besar, kilat-kilat. Kalau kena saman pun, ade diorang kisah. Takat RM300 duduk celah jari jer. Kalau kau, kena saman, ade kau kisah? Giler ape tak kisah. Mane nak menabung RM300 wehhhh.

So, esok luse tulat tulit, InsyaAllah aku cuba berubah. Nanti dah dapat lesen BESAAARR PUNYAA baru kita buat U-turn dekat situ balik. AHAHA.

Tolong laah pacakkan sign U-turn biru dekat yang merah tuh. Aku sungguh tak suka tempat U-turn yang sebenarnya tuh. Sebab berbukit. Tau kan aku sangat enemy dengan bukit. Sekarang lah baru nak berjinak-jinak, berbaik-baik sikit dengan bukit. Sikit jer lah. Tak banyak. Tunggu kalau bawak auto maybe boleh lah nak baik banyak-banyak dengan bukit. Takat manual, grrrrr, bukit. Kalau tak kena berhenti takpe. Tapi, kalau kena berhenti hampir di puncak bukit itu, grrrrr. bukit. AHAHA!

Kbai!

Monday, June 27, 2011

Hari-hari.

Satu dua hari dah Zany tak update blog. Aku rasa ayat tuh tak menarik lah. Ayat yang bagus macam nie, Satu, dua hari JERRR Zany tak update blog. HAHA.

Aku macam dah ketandusan idea sekejap lah nak cerita apa lagi dekat sini. Ishh. Kalau banyak idea tuh, sehari tiga empat entri aku hapdate. Nie bila idea dah tandus, harem tak hapdate ape-ape. AHAHA. Takde idea idea idea!

Lagi pulak, setakat hari ini, aku menjalani kehidupan macam biasa, awesome dan bahagia. Macam yang aku dah cerita-cerita dalam entri-entri sebelum nie. Jadinya, setakat hari ini, aku macam takde lagi benda yang bila aku melalui adegan itu, dengan pantasnya sel-sel otak berhubung dan menghantarkan maklumat yang buat aku respond seperti, "Woww! Adegan ini sangat hebat hari ini. Wajib letak di belog supaya satu Malaysia tahu aku sedang menghadapi adegan yang superb seperti ini." HAHA. Sangat takde buat mase ini.

Kehidupan aku hari-hari bangun tidur, masak nasik, basuh pinggan, online, skype, tengok TV, baca komik, gosok baju abah dan tidur semula. Ahh. Itu sangat bahagia okay. Bukan apa. Aku lebih merasakan kerja-kerja rumah lagi memerlukan aku berbanding kerja-kerja seperti cashier, pembantu klinik, pelayan kedai makan, etc. yang ada di dunia luar sana.

Ohh ya! Hari ini adalah permulaan untuk sedikit kelainan kerana aku sudah pun perlu, patut dan harus menghantar dan mengambil adik-adik aku ke dan dari sekolah. Yeahh! Itu tugas baru dalam kamus hidup aku sebagai seorang pelajar Jurusan Ijazah Pergigian yang sedang bercuti panjang gile. Terasa sedikit ceria bila dapat tugas baru. Barulah tak rasa macam, "ohh kenapa hari-hari asyik buat kerja yang sama".

Tapi tapi tapi! Aku rasa aku tak patut cakap macam tuh. Aku ada satu ayat yang buat manusia memang tak patut mengeluh dengan kerja-kerja harian yang kita sedang buat. Yelah. Kalau nak hari-hari kerja yang lain, lebih baik hari ini kau jadi cikgu, esok kau jadi pegawai bank, luse kau jadi tukang urut dan tulat kau jadi boss. Baru dapat rasa kerja lain-lain kan. Tapi, ade ker kehidupan macam tuh?

The work done may be the same, but people we meet are different.

So, it is really worth when we are at the same position everyday sebab walaupun kerja yang kita buat tuh sama, tapi, pengalaman-pengalaman, jenis-jenis kerja, dokumen-dokumen, orang-orang yang kita jumpa adalah berbeza.

Ini adalah umum. Bukan khas untuk pencuti tegar macam aku sahaja okay. HAHA.

Ohh. Entry ini sangat bosan kerana tiada gambar-gambar menarik diselitkan. Okay. Mari aku sajikan korang dengan sebijik gambar yang paling kiut di dunia. AHAHA!


Nak menikmati makanan memang kalau boleh muka-muka sekali nak masuk dalam mangkuk kan. Barulah dapat rasa, "Woww! Lazatnya makanan ini dan ia memang sangat kaww kaww." HAHA!

Orait. Kbai! :)

Saturday, June 25, 2011

Ape lagi, Maharaja Lawak laah.

Yer. Aku memang dah agak dah. Dashboard aku akan penuh dengan Yayy! Sepah menang, manisnye kurma itu, tak sia-sia Dafi datang ape semua. Mana tak nya, belum sampai sepuluh minit pun selepas Maharaja Lawak habis, Wall Facebook jer dah penuh dengan SEPAHHHH, Sepah terbaik laah, aaa semput!, tahniah sepah, Yess. Sepah! dan lain-lain lagi. AHAHA.

Ape-ape pun aku nak cakap @zizanrajalawak Takpo laah. Nombor dua pun kira untung jugak lah. Akta Mael Lambung memang macam tuh. Selalu jadi nombor dua. Papepun @julianaevans kan ada. @izzanizulkifle tak boleh, dah berpunya. HIHI. =]

Aiii, mengade zany oii nye pun adoi. HAHA. Boleh nampak kan betapa aku support JOZAN. Tak. Actually yang aku support ZAN tuh jer. Aku tak tau kenapa aku minat zizan dari dulu lagi walaupun kadangkala dia tak lawak. HAHA. Takpe. Abaikan itu semua. Tak penting.

Yang penting, aku rasa, kalau ikut firasat memang SEPAH patut menang. Diorang consistent beb dari minggu first lagi. Tak pernah tak gelak. Kalau orang cakap Jozan Jozan tuh, ada certain minggu, Jozan harem tak lawak langsung, tapi ade certain minggu, lawak memang gilagila awan nano nano nano dia tuh. HAHA.

Tak tau lah. Aku bukan juri. Asalkan aku gelak sudah. Tuh tanda aku puas hati lettew *baru belajar bahasa-bahasa cenggini* AHAHA.

Sekalung tahniah untuk SEPAH! Aku baru nak tulis, You deserve it. Tapi aku teringat, Sepah selalu buat lawak orang-orang Melayu kita, sebagai tanda sokongan, Anda semua memang layak untuk itu. Pergghh. Mantap. HAHA.

Berkalung-kalung tahniah untuk NABIL. ahaha. Aku suka part nie. Sebab tak kisah lah kau nombor tiga pun BangBil, kau tetap paling kaya wa cakap luu. Kau pegang #seratuslimapuluhribu sorang-sorang jer beb. Kalau share pun dengan uncle Spiderman tuh jer la. HAHA.

*Rajin pulak aku buat kira-kira kan setiap orang; Jep Shuib Mamat Zizan Johan Nabil Yus Taukeh dapat berapa ribu sorang. Kira punya kira, memang Nabil paling kaya. HAHA.

JOZAN, I tetap support you. Seriously. :)

Aku malas nak cakap lebih, lawak si polan okay, lawak si polan tak jadi, lawak si polan sengal sikit, lawak si polan memang superb, lawak si polan itu ini sebab sincerely, aku bukannya undi. HAHA. Kalau lah ada pun, aku akan cakap dalam hati. By the way, untuk final nie, memang aku puas hati. Tak rugi beli Mustika semata-mata untuk ini. HAHA.

Abah said, "Haa. Besok dah boleh lah nak potong pakej Mustika dah". AHAHA. Iyo lah tuh. Karang abah jugak yang rindu nak layan B4U. HEHE.

Friday, June 24, 2011

Closer to Heaven.

Closer to Heaven.

Again. Lagi satu cerita yang buat aku teringat zaman marathon One Liter of Tears aku dulu. Meleleh waa cakap luuu.

Actually, aku saje lah tengok TV tadi, walaupun tengok separuh masa terakhir jer movie tuh tadi, tapi dah cukup untuk membuai perasaan aku sampai mana aku tak tau. Tau tau jer dekat part ending, aku dah menitis. Sedikit.

Nampak aku memang muka legend, tapi hati kiut beb. Waaa. Tak tahan lah tengok cerita sedih-sedih macam nie.

Sobs T___T

가까이 천국


Mari mengambil report card. HAHA

Assalamualaikum.

Aku ingat lagi, dulu time sekolah, time jadi @budakbudakhingusan, dalam banyak-banyak aktivitas atau program dekat sekolah, aku paling takut part nie. Part Hari Terbuka, parents kena datang sambil interview cikgu kelas kau tentang perangai kau dekat sekolah dari A sampai Z. Woww. Aku selalu cuak seyhh. Part komen-komen pasal disiplin, sahsiah, akhlak moral dan sebagainya, aku tak berapa kisah sangat, sebab aku yakin cikgu mesti kasi positive punya walaupun aku kadang-kadang bagai murai tercabut ekor dalam kelas. Pok pek pok pek. Asalkan disiplin aku cantik, tak lari sekolah panjat pagar tak pun potong dawai, xde hal lah. Yang aku selalu nervous sangatsangat part report card tuh. Pergghhh. Kalau wujud lah huruf-huruf selain huruf A dalam report card tuh, aku rasa macam nak bakar jer biar report card tuh tak wujud. AHAHA.

Okay. Intro TAMMAT.

Jadi, sekarang ini, aku dah mula galas tanggungjawab makmak dan ayahayah pergi sekolah anak adik ambil report card. Orang cakap ape, timbe pengalaman. Kihkihkih.

Mula-mula, pergi sekolah rendah. Masuklah aku. Dengan sorang dan terkial-kialnye aku dekat situ, aku tak tau mane arah tuju, syukur dianugerahkan sorang budak lelaki tengah duduk dekat tepi kelas. Terus aku sapa beliau, "Adik, kelas 5 Emas dekat mane?". Adik tuh baik, walaupun dari bawah dia hanya halakan jari telunjuk dia ke arah kelas di tingkat 3, at least aku dah tau hala tuju aku sekarang. HAHA.

On the way pergi kelas, ada satu kelompok budak-budak perempuan. Comel. Aku dengar lah diorang bisik-bisik, "Kakak Izzah, kakak Izzah". Dan bila aku lalu, diorang tegur, "Haaaii kakak". Aku lantas melemparkan senyuman yang paling kiut pernah aku ade sambil membalas "Haaaiii :)" ditambah dengan set lambaian tangan sekali. AHAHA!

Sampai kelas Izzah, aku pun duduk. Dah lame tak rasa duduk kerusi kayu sekolah. Sebelah ada sorang pakcik, tengah tunggu turn jugak. Sembang lah dengan beliau. Dia tanya belajar mana, duduk mana, belajar apa, susah tak, assignment macam mane and more more more. HAHA.

Sampai turn aku. Bagi salam dekat cikgu. Dan cikgu pun tunjuk report card dan cakapcakap tentang result, disiplin dan semua sekali laah macam biasa. Alhamdulillah. Overall aku puas hati. Dan takkan lah aku nak senyap jer kan. Aku pun lantas mengasah bakat seperti seorang ibu yang mithali, tanya cikgu, Izzah dalam kelas macam mane, homework dia buat tak?, kebetulan cikgu tuh ajar English, sempat aku tanya, macam subjek English Izzah nie, ape yang die perlu buat lagi? HEHEHE. Amacam? Ade gaya tak aku? HEE.

Okay. Settle sekolah rendah, pergi sekolah menengah. Affiq pulak.

Nie lagi satu, masuk-masuk jer sekolah, budak-budak kawan-kawan Affiq dah tegur, "Hai kak. Datang naik ape?", "Izzani cuti sampai bile?", "Haa. Tuh kak Affiq dekat sane". HAHA. Aku nak jer tanye, akak tak introduce pun lagi akak siape, macam mane yang korang boleh tau akak nie kakak Affiq? plus, kot yer pun korang nak interview akak banyak-banyak, bagi lah tau dulu, mane arah tuju akak nie sepatutnye. Terkial-kial sikit tak tau nak pergi mana. HAHA.

Tiba-tiba ada sorang budak panggil, "Akak, meh duduk sini kak". Sambil aku jalan dekat meja pendaftaran, ada sorang budak lelaki pengawas yang jaga tuh senyum memanjang sampai lah aku duduk. Lantas aku cakap, "AHAHA. Apesal yang Alif nie senyum tak habis-habis nie?". HAHA. Aku kenal dia. Tuh kawan baik Affiq. Tuh yang dia mengada senyum lama-lama tuh. HAHA.

Masuk dewan, aku interview cikgu dengan gaya ibu-to-be aku (hihi), dan settle.

Pergi kantin makan. Tiba-tiba datang lah budak-budak yang tak puas nak interview tadi tuh dan lepak lah bersama aku, Affiq dan Izzah. Semua set budak-budak pengawas baju biru dengan tie jer kan. HAHA.

Sembang-sembang, loya-loya buruk sikit dengan diorang, gelak-gelak kenakan orang ape semua, gosip-gosip sikit dengan budak-budak tuh semua. Dan balik.

HAHA. Korang-korang buat akak perasan tiba-tiba jadi hot-setuff lah pulak *tangan di bahu, mata ke atas*. Hot-setuff laah sangat. Padahal dah tua. AHAHA. Tapi actually, aku nak bagi tau korang, layan budak-budak memang best. Sebab apa, sebab diorang jarang serious, so, rasa macam tak payah nak fikir banyak bila sembang dengan diorang. Serious cakap.

Sekian sahaja hari mengambil report card. Alhamdulillah, aku berpuas hati. Kbai! :)

Skype :)

Korang pernah Skype selama 10 jam?


Aku pernah. 10 jam 8 minit 27 saat. HAHA.

Yang penting, solat jangan tinggal, makan minum still kena jaga dan of course aurat tutup lah jugak macam biasa. Syukur diciptakan tudung Syria. Takde lah susah nak sarung tudung bawal malam-malam buta. HAHA.

Pukul 3.00 a.m baru Zany nak tidur. Haa. Yang nie memang gilaa. Dah macam kelawar. AHAHA.

Peace yaaww! :)

Sepetang di Solaris yang banyak kereta.

Assalamualaikum dan salam perdana (?). Hahh. Ade ker salam perdana?

Ini hari, ohh tidak. Ini petang, aku pergi Solaris. Nak tau dekat mana? Sila Google. Yang pasti dekat dengan rumah aku jer lah tapi. HAHA. Aku pergi berdua jer dengan adik aku, Affiq.

Okay, perjalanan pergi smooth jer. Cuma yang tak smooth nye part nak cari parking. Ciss. Aku benshi part nie. Nak parking dekat basement? Memang tak laah. Aku tak pakar lagi part-part nak parking sempit-sempit macam tuh. Lagi pulak orang kate, kalau ade benda free, baik ambik yang free. Aku rela jalan jauh daripada kena bayar dan sempit kalau parking dekat basement tuh.

So, pusing punye pusing dekat tiga kali, at last! ade satu kereta nak keluar. Cayaalah beb. Terus aku berhenti dan bagi signal nak masuk parking tuh. Kereta belakang, mintak maap. HEHEHE.

Dengan muka riak dan bangganya aku sebab dapat parking (padan muke dekat kereta yang masih mencari parking. HAHAHA), aku keluar kereta dan terus berjalan menuju ke Cold Storage. HAHA. Tuh jer tujuan aku sebenarnye. Memang tak laah nak shoping-shoping makan-makan dekat Solaris tuh. Tempat orang kaya baaii. Aku mane mampu. HAHA.

Cold Storage dia besar. Kalah Cold Storage Jaya One. HAHA.

Dan masuklah ke Cold Storage dengan muka yang masih bangga sebab dapat parking. Kahkahkah! Tak habis-habis. Erm. Erm. Actually, aku nak beli berus gigi jer. HIHIHI. Akhirnya, berus gigi Oral-B yang ku cari telah ku temui. Aku offer jugak Affiq nak ape-ape tak, kaklong belanja *tapi yang murah-murah jer* HAHA. Tapi dia tak nak, takde mood. Tak nak takpe, lagi bagus. AHAHA.

Dan bayar. #kecingkecing (bunyi mesin duit). RM4.50 melayang.

Jalan-jalan lagi. Nampak Guardian dekat depan. Ape lagi, masuk lagi. Nak compare harga berus gigi Cold Storage dengan Guardian. AHAHA. Nasib Guardian tak de jual berus gigi pilihan aku tuh. Kalau ade, dan kalau lagi murah, siap! HEE. Pusing-pusing Guardian, aku beli lah jugak Teeth Whitening seketul. Macam mane nak guna tak tau, nanti baru nak baca manual. HAHA.

Dan bayar. #kecingkecing (bunyi mesin duit lagi). RM25.50 melayang. fiuhhh. Duit aku wehhh.

Okay. Sekarang tengah berjalan nak balik kereta. Tiba-tiba ada MyNews.Com pulak. Memang tak lah kalau tak masuk. Usha-usha komik menarik pun cun jugak kan. Tapi hampeh, komik-komik best dia tak sampai lagi. So, tiba-tiba mood Affiq dah datang. Dia cakap, "Kali nie, ape Affiq nak, kaklong kene bayar". Sempat lagi aku balas, "Jangan yang mahal-mahal sangat". AHAHA.



Dia pun ambil lah air tin yang jenama ape ntah, aku tak familiar sangat dengan air-air teh dalam tin nie, tak minat. Dan kaklong sebenarnya mengidam akan Root Beer, tapi Root Beer tin takde lah pulak. Dan kemudian, kaklong teringin kan air kotak milo, dan frustated sikit sebab, aku pantang betul kalau kedai letak air minuman halal satu peti dengan air minuman yang tak halal tuh. Walaupun memang takde ape-ape, tapi ikut kepala hot-ak aku, nanti wap-wap dia masuk dalam air tuh (biarlah-aku-nak-fikir-macam-tuh-pun) HAHA. So, tengok peti ais sebelah, air PEPSI pun boleh laah.

Dan bayar. #kecingkecing (bunyi mesin duit sekali lagi). RM3.50 melayang.

Dan berjalan lah ke kereta yang dibanggakan sangat dapat parking tuh. Tiba-tiba, ceyyttt! Kereta kena block man! Tak pe lah. Masuk jer kereta, pasang-pasang injin ape semua, layan lagu jap, si tuanpunyakereta tak keluar-keluar lagi. Aihh. Mengeluh sikit dah aku. Aku nak sampai rumah before Maghrib nie.

Aku tau lah kereta aku jenama Kancil jer. Aku tau lah Kancil aku ade pelekat P yang lame lagi baru boleh cabut pun. Tapi janganlah block cenggini. Aku nak balik rumah jugak. Sobs T___T

 Bosan-bosan dalam kereta, aku keluar kejap masuk kedai laundry depan parking kereta tuh. Usha-usha sikit berapa harga. Kalau murah boleh hantar kalau tiba-tiba aku jadi pemalas. AHAHA. Keluar dari laundry, pun tuan kereta tak keluar lagi.

Masuk kereta, keluar kereta, masuk kereta, keluar kereta. Tiba-tiba aku tertegur abang cina yang dalam laundry tuh,

"Tau tak kereta yang hitam tuh siapa owner die?"

"Owh. Kereta hitam yer. Tak tau lah. You hon lah kaw-kaw punya".

"Ala, saya tak biasalah hon-hon dekat tempat orang nie. Takpe lah. Thank you".

Dan tunggu...

Pun tak keluar lagi. Abang cina tuh pun tumpang bengang kot dengan owner kereta hitam tuh lambat sangat. Dia apa lagi, datang dekat kereta dan hon-hon-hon. Bingit laah wehh! AHAHA.

Tapi takpe lah, hasilnya, owner kereta tuh keluar dengan senyum-senyum sambil cakap "Owhh. Sorry sorry sorry". Sorry sorry. Takde ker McD ker, KFC ker, berbaloi jugak aku tunggu lama. Gula-gula SUGUS pun jadi laah. AHAHA.

Takpe. Aku senyum jer, masuk kereta, reverse, angkat tangan tanda terima kasih dekat abang cina tuh dan jalan. Aku bersyukur jugak lah aku tak dikurniakan sifat hilang sabar lagi setakat nie dan aku harap itu akan jadi tabiat aku yang berterusan. Amin.

Pengajarannya, jangan nak senyum riak dan bangga sangat lah kalau dapat parking. Kan dah kene block. AHAHA.

Sekian. Wassalam :)

p/s: Actually, aku saje jer tak nak besarkan gambar-gambar di atas. Dan aku tak nak jugak lah pakai ayat dulu #SilaKlikUntukTumbesaranBerganda. Aku tak pakai dah tuh. Sekarang aku nak pakai ayat nie, Cube klik jer dekat gambar tuh, tengok ape jadi. HEHE.


Sekali lagi, entri panjang. Kbai!

Thursday, June 23, 2011

Kool dan Cool.



Korang bayangkan korang tengah makan eskrem sambil baca #LawakJunkFood , #LawakKampus pun boleh, dalam bilik pintu dan tingkap tertutup rapi dan air-cond terpasang bersuhu 16 darjah Celcius, tanpa selimut dan tanpa sweater dan tanpa...Ohh, tiada tanpa lagi. Ditambah pula dengan kehadiran bantal busuk korang sejak zaman sekolah sampai habis ijazah. Perrghh. Adegan ini memang sangat kool. Sama ada KOOL atau COOL, aku rasa dua-dua sekali. Sebab aku rasa aku sedang sangat macho dengan adegan ini dan sangat menggigil-gigil tak tahan nak pergi toilet. Kbai!

Handphone aku kebelakangan ini hanya kerap kali digunakan untuk tangkap gambar dan tangkap gambar dan tangkap gambar lagi. HAHA.

p/s: #LawakJunkFood tak selawak #LawakKampus laah. Tapi tak kisah lah. Asalkan aku boleh gelak. AHAHA.

Wednesday, June 22, 2011

Ini entri berunsur peribadi.

Kawan-kawan, ini entri berunsur peribadi. Jadi, faham-faham lah sendiri. Kalau rasa tak nak baca, takpe, aku sudi. :)

Today I can see you sleep
All night long.
From your eyes widely open until it is slowly-slowly closed
At that time, I whisper to you
"Goodnight honey. Sweetdreams and Sleeptight."
I know you cannot hear me
But, your heart can.
One hour. Two hours. Three hours.
I wonder, where are you right now?
In dreamland? Do you see me there?
If not, pity me HEHE
While I am letting you sleep,
I go to eat, cause you know,
I am super duper hungry! AHAHA
When I come to you,
I see you still sleep tightly
But, it is praying time already
I'm afraid to wake you up
Afraid that I will bother you at all
I don't want to kene grrr anymore.
Its scared. EHEHE.
And, syukur you wake up and say thanks to me.
My heart feel berbunga-bunga at that time
First, cause I manage to make you wake up,
Second, cause you could perform the Solat,
and Third, cause I can cheer up your morning day
Hopefully for the whole day :)

If I can be your pillow to comfort your head. If I can be your bed to comfort your back. If I can be your bolster to comfort your leg. But after all, I choose to be your blanket, so that I can comfort all parts of your body and bed bugs will bite youuu when you don't want to wake up early! AHAHA =]

After all, have a nice day dear! I do pray for you everyday. Salam.

Seriously. Semua ayat dalam entri nie ayat aku sendiri. Takde copycat sane sini. Google mencari-cari. Semua ayat aku dari hati yang aku buat ikut suke hati sendiri. HAHA.

Maaf, aku tiada jawapan.

Kadang-kadang aku ade jugak terfikir, Adekah aku kejam? Sampai kebelakangan nie macam semua benda yang jadi aku tak boleh nak terima, aku tak boleh nak duduk diam.

Ya. Memang aku tengah cuba, perkara yang lepas jangan dikenang. Tapi, macam mane pulak kalau dah jatuh ditimpa tangga? Sakit baaii. Ya. Memang aku tengah belajar untuk redha, tapi sampai bila aku perlu tahan? Melihat orang lain kesenangan, sedangkan aku kesakitan. Ya. Aku sedang cuba untuk tidak pentingkan diri. Aku cuma sayang ape yang aku sedang miliki. Gembira. Gelak. Tawa. Senyum. Riang. Ria. Itu semua harta yang aku ada. Harta yang sangat berharga. Aku tak nak sebabkan satu benda, semua tuh hilang macam tuh saja.

Secara jujur, aku ada berusaha. Berusaha untuk boleh terima. Berusaha untuk pandang lama-lama dan serap rasa boleh terima. Tapi aku pelik. Kenapa, setiap kali aku mencuba, yang keluar hanya air mata? Kadang-kadang aku paksa diri aku dengan ayat biasa, "Takpe lah. Chill dear. Accept and forget it." Tapi, kenapa masih ada rasa janggal yang luar biasa? Baru aku tau, Forget and Forgive dan Accept and Forget itu dua benda yang berbeza. Forget and Forgive maybe can, but Accept and Forget is little bit hard. Seriously.

Tapi, kalau aku terus macam nie, sampai bila manusia nak bertegur sapa, sampai bila?

Sambil tunduk aku jawab, "Maaf, aku tiada jawapan untuk itu buat masa ini."

Diri aku tidak cukup lembut untuk terima semua itu kembali. Ini bukan atas dasar "Perempuan. Memang lah macam tuh. Suka emo-emo tiap masa", atau atas dasar "Biasalah. Manusia. Setiap manusia ada ego masing-masing dan jangan tak tau perempuan pun ada ego tinggi".

Stop blaming perempuan-perempuan or manusia-manusia kerana mereka sama sekali tak bersalah. Yang bersalah itu aku. Sebab semua yang jadi, datang dari diri aku. Sama sekali tak melibatkan orang di sekeliling aku.

Aku cuma mohon, di ruang ini, di waktu ini, dalam kehidupan ini, berikan dulu aku ruang untuk bernafas. Untuk aku sedut udara-udara nyaman. Untuk aku kecapi apa yang aku inginkan. Aku yakin dan aku sentiasa berdoa, satu hari, benda yang keras akan jadi lembut juga.

Cuma aku saja tak tahu bila. Aku bukan Tuhan. Aku tak boleh agak masa depan, aku tak boleh tentu setiap kejadian. Yang aku mampu, sentiasa berdoa untuk kebahagiaan. Amin.

I'm sorry everyone.

p/s: Alamak. Terpanjang lagi entri nie. Aku bajet nak buat dua tiga perenggan jer. Memang tak dapat lah kalau Izzani dah menaip. HAHA :)

p/s/s: Aku ada dengar baca dekat satu blog. Begini bunyinya. "Masalah seakan hilang bila dapat ketawa dengan yang tersayang". Aku rasa yang aku baca dan yang aku rasa memang tak salah. Memang sama. Rahman, I need to say lot of thanks to you. Secara jujur, InsyaAllah, aku dah jumpa lelaki yang betul-betul memahami aku. *Oppss. Terjiwang. But, it is so TRUE. Thank you =]

Kisah.

Ingatan yang pernah datang
Pergilah kau dari sini
Janganlah kau datang lagi
Aku tak mahu disakiti
Dan aku tak mahu menyakiti
Air mata aku, aku sangat hargai
Biarlah ia jatuh hanya pada tempat yang pasti.


Ingatan,
Dikau bukan mimpi ngeri
Bukan juga aku benci
Cuma aku pernah rasa sakit
Sakit kerana kau datang pada saat bahagia yang aku idami.


Aku pohon,
Tolong jangan datang lagi
Aku memang nampak teguh
Memang tiada langsung tanda-tanda rapuh
Tapi siapa tahu dalam diri aku
Dalam diri yang terus berjuang
Untuk mencari gelak tawa yang hilang.

Ya Allah, elakkan aku dari sifat kejam. Elakkan aku dari perasaan benci. Elakkan aku dari rasa putus asa. Tapi, kau tambahkan lah sifat tabah. Kau tambahkan lah perasaan gembira. Dan kau tambahkan lah rasa sabar. Aku memang tidak berdaya, tapi, selagi mampu, aku akan cuba. InsyaAllah.

#2 Wordless Wednesday: No Photos.


Monday, June 20, 2011

Abah.

                        "Happy double Z of Abah's day."

                                                                                 "Haha. Rite!"

A conversation of Rahman Zahid and Izzani Zulkifle.

Don't ask me why there's a double Z coz now you know why it is Double Z of Abah :)

Appreciate your father. Not only for today, but everyday, everytime in every moment. Hari-hari kan Hari Bapa. Appreciate a man because he is the one who your child will call him "Abah" one day, InsyaAllah. Most important, always respect Abah as they will always give strength to our lives. Syukur.

I love my life because I have my super duper and great SuperHeros to save me when I am weak. Thanks ABAH and Thanks MAN.

Any man can be a father, but it takes a special person to be an ABAH.

Damn right!

Orait. Time to mandimanda. My English is seriously little bit hampeh. But, it's okay, I'll keep trying. Cube try test tuh kan adat. Right? :)

Actually, aku dah terlebih advance sebab this is the second entry of Abah. Entri pertama sangatlah advance nye. Maaf.

Saturday, June 18, 2011

Blog Make Over. Not Me yaaa.

Assalamualaikum. Yup. Come to blog make over. As stated above, NOT ME YAAA. Coz Izzani memang tak boleh dah, sakit urat nak make over blog sendiri. Sebabnye, Izzani ada satu penyakit yang bila mana, lepas buat blog make over, perasaan gumbira hanya sementara, hari-hari selebihnya dipenuhi dengan perasaan tak puas hati, nak make over lagi. So, baik jangan. Duduk diam-diam ngadap template yang ada. AHAHA.


Alang-alang dah sampai ke sini, ape kate aku kenalkan dulu siapa Uya. HEHE. Uya is kawan aku yang aku kenal dekat UIA. Serious dia cute. Aku suka tengok dress up dia. Sangat comel okayy. Dia ambil corse Bioscience masa dekat Asasi dan sekarang dah pun habis first sem dia dekat Kuantan dalam course Biomedic. Waah waah. Seronok kan dah habis satu sem? Kita nie merangkak-rangkak lagi nak tunggu bulan sembilan untuk start first year. AHAHA.

Ayat menyedapkan hati; Course Dentistry intake setahun sekali jer. Takde intake bulan December. Tuh yang nak tak nak kena dua tahun jugak asasi, takde setengah-setengah. HIHIHI. Ini ayat yang budak-budak Dentist selalu pakai untuk menyedapkan hati dan perasaan. Hal ini kerana, UIA secara semua orang tau nye ade intake dua kali setahun, July and December. So, boleh lah buat asasi sama ada setahun, setahun setengah or dua tahun. Setengah tahun takde ea. Jangan nak mengada. Kau nak pengsan ambik subjek banyak-banyak satu sem? HAHA.

Ikut jadual baru yang kerajaan dah tetapkan nie, intake UIA jadi bulan September dengan February lah kan? Mostly budak-budak UIA yang course-course ke Gombak (Engineering, Economics, Architecture, Laws, ICT, Islamic Revealed Knowledge, TESL and Bahasa Arab) habis asasi dengan setahun setengah. And untuk course yang ke Kuantan (Medicine, Dentistry, Pharmacy, Nursing, and Allied Health Science) mostly kena buat dua tahun kecuali course Bioscience dengan Physical Science. Ahh. Jeles! HEHE.

HAHA. Ke laut dah aku nieh. Okay. Sambung cerita pasal Uya tadi.

Uya mintak tolong aku make up and make over blog comel die. HEHE. First time nieh nak mekap-mekap belog orang. Belom lah ade pengalaman lagi. Secubit nervous jugak lah di situ yer. And thanks Uya, coz kita rasa dihargai sangat. HEHE.

So, come to Eric Leong Izzani Zulkifle blog make over plus mekap. HAHA.

Here is Uya's blog before.

Jeng jeng jeng!

Maaf. Unsur suspens sebagai teknik plot dan penyedap jalan cerita digunakan di sini yer.

After make up room. HEHE >.<

Uya nak pink boleh? Senang cerita, Uya nak macam Zany punye. HEHE.

Here, this is for you my dear Uya. Sorry kalau ade tercacat cela dekat mane-mane. Kalau ade mane-mane yang kureng bagi tau kite okay. Yang penting, kite tak buang elemen Hello Kitty Uya tuh sebab die sangat comel, sayang nak buang. HEE.

Yang lain-lain Uya boleh lah decorate sendiri. Uya lagi creative kot. Kite kureng sikit. HAHA. Uya memang penggemar elemen comel yer kawan-kawan. Sangat kiut di situ :)

Wanna see Uya's blog? Click here for UYA's BLOG! ;)

Heyy. Tak yah geli geleman sangat lah. Kite dengan kawan-kawan UIA kite memang cakap KITE-(NAME) taau. HEHE. Not to all, to certain-certain jer lah. Because of what, diorang baik-baik, so, tak berani nak cakap AKU-KAU dengan diorang. It's sound kasar sikit kan. But, KITE-(NAME) or AKU-KAU bukan depends dekat orang baik, orang ganas, orang kasar or what. It is depends on the first time kite jumpe orang tuh. Bila dah biasa biasa cakap KITE-(NAME), it will be normal. Same as AKU-KAU jugak lah. Secondly, depends dekat kawan kite tuh bahasakan diri dia apa. Kalau die cakap KITE-(NAME) dengan kite, takkan kita nak cakap AKU-KAU pulak tiba-tiba. Bapak janggal kawan kite tuh nanti kan. Pity them. :)

Eyhh. Terpanjang pulak. Aku selalu macam nie. Selalu bajet-bajet pendek jer entri nie, tapi selalu terpanjang. Ahh. Benshii lah begini. Tensii youuu. Kbai!

Lagu lama, gambar lama, belog lama, entri jer yang baru.


Dengar-dengar lagu lama-lama macam nieh memang boleh membawak kepada ingatan-ingatan indah memori-memori manis bunga-bunga warna-warni mekar di taman kan?


Eyh eyh. Izzani is cloudy (?). AHAHA. Ade ker ayat nieh? Aku bantai saja bhaii. :P

Kenapa tiba-tiba awan-awan penuh atas kepala nie? Bukan awan nano nano nano laaah. AHAHA. Ohh. Zany berangan rupanya. HAHA. Bukan berangan laah. Sekadar flash back. Tak salah kan kalau flash back tuh menggembirakan kita? Nie tak dikira berangan kan? Takkan menyuburkan penumbuhan jerawat sebijik dua sebagai akibat tindak balas hormon daripada aktiviti mengflash back (#malayenglish) nie kan?

Lagu lama, gambar lama, belog lama, entri jer yang baru. Berbahagialah.

p/s: Ekceli nie kali keempat nak masuk kali kelima aku ulang tayang dengar lagu nieh. Tak masuk tidur sebelum dengar lagi tuh. EH EH. Dengar sebelum tidur lagi tuh. Dengar sambil bergenangkan mutiara di kelopak mata memang mengharukan :')

Kbai! :)

Thursday, June 16, 2011

I am Mr. Muscle yang letih.

Uaaarrggghhh. So tired today.

Akhirnye kabinet-kabinet dapur, lanta-lantai dapur, berjaya aku gilap bagi blink blink macam Mr. Muscle. *Tak payah nak blink-blink sangat laah. Memang takk.

Waahh, sangat tak larat dah nie nak teruskan bicara (ececey). Dah letih sangat dah nie gilap satu dapur bagi berkilat. Ditambah pulak dengan aktiviti menentang serangan cicak dan lipas-lipas di dalam kabinet. Euwwww. Seronok bersilat dengan indirect pet tuh semua. Nasib baik ada Encik Penyapu. Tak payah aku nak serang diorang pakai tangan comel aku.

Waaaa. Kuku pun habis bercalar. Siap. Selepas aktiviti menggilap dapur, besok secara rasminya, aku adakan aktiviti menggilap kuku. Kahkahkah.

Dah lah. Sangat dah tak termampu nak kata apa-apa lagi dah nie. Letih plus bukak jer blog, I am seeing something that make me feel like AAAAAAA. Takpe lah. Itu semua cobaaaaann.

Zany pengsan. Keboomm. Kbai!

*inderect pet = haiwan perliharaan yang secara tidak sengaja terpelihara dalam rumah.

Wednesday, June 15, 2011

#1 Wordless Wednesday.

Seems like most of the bloggers in my Dashboard are publishing the post with a picture without explanation. Ohh. I see. It is Wordless Wednesday time. Can I join it too. Pleaseee. At least before I go to sleep as tomorrow I have lots of works to do. :)

Cop cop! *sambil angkat tangan*. Kalau kita credit tuan punya picture tuh tak dikira explanation of the picture kan?

Sorry tuan punye picture. I really adore your works. Seriously. From TERANG.



Thanks for the owner of the picture. And thanks for viewing me :)

Housewife Engineering is a good corse actually.





Penat laah kemas peti ais. Sakit belakang (AHAHA. ayat biasa). T___T

"Peti ais, jangan lah bersepah lagi. Makanan pun, jangan lah tumpah-tumpah lagi. Nanti peti ais I bau masyem laaaahh."

Okay lah. Take your rest Izzani. You have many other jobs tomorrow. Basuh baju, sidai baju, lipat baju, basuh pinggan mangkuk, cuci dapur dan goreng keropok. So, take a very-very lotsa rest before you go to pengsan tomorrow. HAHA.

Izzani is currently taking Diploma of Housewife Engineering at University of Home, Jalan Duta, KL. Will graduate from this corse in three months (not three years). She decided to change her corse in her future study to Bachelor of Dental Science after these three months and taking the subject of Housewife Engineering as her minor along the five years study as an early preparation. Kihkihkih!

Ape yang aku mengarut pagi-pagi buta nieh? Baik tidur Izzani. Hotak hang dah biul tuh agaknya. AHAHA.

Okay. Selamat malam Izzani. Sleep tight Izzani. Jage diri baik-baik. Always take care okay. :)

Kesian. Wish diri sendiri jer die nampaknye. haha.

p/s: Biul-biul pun layan video MatLutfi kejap laah.

Tuesday, June 14, 2011

Untuk abah comel saya.

Dengar kata bulan June nie ade Father's day yer?

To ABAH comel,

Thanks sebab dah banyak berkorban dan berjasa untuk kaklong.

Thanks sebab naikkan gaji duit belanja kaklong masa Form  3.

Thanks sebab gosokkan baju sekolah kebangsaan dengan sekolah agama kaklong dari darjah 1 sampai kaklong Form 1.

Thanks sebab bagi genetic pipi tembam dekat kaklong. Ramai orang puji kaklong comel. Kihkihkih.

Thanks sebab belikan buku-buku latihan yang saaaangat banyak bila nak exam.

Thanks sebab ajar kaklong dekat tuisyen. Sorry sebab kaklong sangat senyap dalam kelas tuisyen. Kaklong tak reti nak panggil abah 'cikgu'. Takkan nak panggil 'abah' kot. hihi.

Thanks sebab tiupkan pelampung masa kaklong nak mandi swimming pool.

Thanks sebab bagi pinjam lengan abah yang comel bila kaklong nak baring tengok TV tapi malas nak ambil bantal.

Thanks sebab hantar kaklong pergi rumah rahman masa open house dia hari tuh.

Thanks sebab selalu pimpin tangan kaklong bila jalan dekat Chow Kit atau Bukit Bintang. Sampai sekarang.

Thanks sebab selalu datang sekolah ambik report card kaklong. Kalau result okay, tak kene marah, kalau result tak okay, kene marah. ehehe.

Thanks sebab ajar kaklong macam mana tak nak bagi kereta mengundur atas bukit.

Thanks sebab selalu belanja McD lepas ambik kaklong balik dari UIA.

Thanks sebab selalu ajar kaklong macam mana nak jadi matang.

Thanks sebab selalu jadi imam bila kita solat jemaah sama-sama.

Thanks sebab abah selalu memahami kaklong.

Thanks sebab abah menangis gembira untuk kaklong masa kaklong dapat result SPM. :')

Banyak lagi THANKS yang kaklong tak terucap dekat sini. Sebabnya, jasa seorang abah memang tak terhitung kira dan tak pernah berhenti sampai hujung nafas kaklong sekali pun.






Bagi kaklong, hari-hari pun HARI ABAH ;)




Orang selalu cakap, abah-abah mesti mempunyai muka yang garang, misai gulung-gulung dan susah nak senyuum. Tapi itu SALAH! Seorang abah tak semestinya macam tuh. Seorang abah boleh jadi muke yang comel babyface. Seorang abah boleh jadi ade misai ciput-ciput. Dan seorang abah jugak lah boleh jadi seorang insan yang selalu tersenyum. :)

Macam abah saya. Abah suka buat lawak-lawak. Seriously. Sebab tuh abah layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Senario, Cecupak. Nak moden lagi, Maharaja Lawak. Tapi, kalau bab study, pleasee don't play-play okay. Make sure masuk bilik study tepat pada waktu, dan jangan nak bercakap-cakap masa study, dan jangan sesekali keluarkan ayat "bosan betul laah belajar nieh". NO! Jangan! Nak-nak, make sure report card terhindar dari mana-mana pen yang berwarna merah okay. Awal-awal tahun takpe. Tapi kalau dah hujung tahun pun merah-merah lagi, memang nak kena babap montot! Kahkahkah!

Okay lah Abah. I love you forever tau! "Kasih ibu selalu buatkan kaklong laksa, kasih abah selalu bagi kaklong duit belanja". EHEHE =]

Monday, June 13, 2011

Kentang scramble egg or Scramble egg kentang. Ape-ape jer laaah.

"Jom kite main masak-masak nak?"

Sambil kutip daun-daun bunge-bunge warna warni dekat laman rumah, main tumbuk-tumbuk pakai batu. AHAHA. Itu zaman umur satu digit lagi. Ini zaman umur dah meningkat dua digit, ditambah pulak dengan nombor 2 di depan bermakna memang tunggu nak masuk akil baligh zaman dewasa jer, tak boleh lah nak main masak-masak dah. Memang kau betul-betul kena masak dah. HAHA.

Aku cakap gaya macam aku nak masak ayam masak lemak cili api pedas berapi tambah gulai lemak kelapa bagai jer. Tak lah. Ibu dah masak sodap-sodap dah untuk lauk makan tengah hari terus sebelum gerak pergi office tadi.

Tapi aku bosan duduk sorang-sorang dalam rumah, aku main lah masak-masak. Dengan resepi, kentang scramble egg or scramble egg kentang or potato scramble egg, ikut lah korang mane-mane pun. Aku tak tau. HAHA.



Bahan-bahan nye ialah, kentang dua ketul, telur dua butir, minyak, dan garam.

Cara-caranya pula ialah :

1- Kupas kulit kentang dan potong bulat-bulat atau separuh bulat pun boleh. Jangan lupa basuh tau lepas dah kupas kulit die, kalau tak, eiuuu. T.T

2- Sambil kupas, boleh lah panaskan minyak di dalam kuali.

3- Bila minyak dah panas, masukkan kentang yang dikupas untuk digoreng. Goreng sampai die sedikit kuning. Seyes, sedikit jer. Kalau dah jadi coklat macam garing uh tak syok ahh.

4- Sambil menggoreng kentang, boleh lah pecahkan telur dan kacau pakai garfu atau yang macam spiral tuh. Masukkan garam sikit dalam telur.

5- Selepas kentang selesai digoreng, angkat dan letak dalam satu piring/pinggan/mangkuk.

6- Dengan minyak yang sama, masukkan telur, dan cepat-cepat scramble kan dia. Jangan tunggu dah jadi bulat, baru nak scramble. Tak syok ahh.

7- Tengah-tengah separa scramble, meaning, telur tuh still berair-air sikit, masukkan kentang yang digoreng tadi, dan kacau semuanya sekali sampai masak.

8- Dah masak, angkat. Dan siap.

Senang bukan? Seyes simple sesangat dah nie.

Ekceli, boleh jer kalau korang nak letak blackpepper ker, cheese ker, cili sikit ker, sayur pun boleh macam carrot etc. Ikut tekak masing-masing teringin rasa yang macam mana.

Aku tak letak blackpepper sebab nanti aku asik "aaaasyeeem!aaaasyeem!" jer. Bersin. Aku tak letak cheese sebab "i'm sorry, i'm not the cheesian". Aku tak letak cili sebab "oh noo! aku tak tahan pedas". Dan aku tak letak sayur sebab "opps! aku tak makan sayur."

Kalau ikut UKC-cafe dekat UIA tuh, diorang letak sosej sekali. Pun boleh jugak. Sedap jugak. Try laah.

p/s : Menu hidangan adalah untuk seorang yang bersaiz badan macam aku, yang akan makan berulang untuk tengah hari sebanyak dua kali. Sekian terima kasih.

Robot ft. Human.

This is the conversation between robot and human. They both know Malay and English as well as short-form. ;)

"Robot lah ajar saya. Puhleezzz"

"Tak boleh. Manusia kena belajar berdikari. Robot takpe, robot hebat."

"But, I can't live without you. How?"

"Robot pun tak boleh berfungsi tanpa awak.  I love you human."

"I love you robot."

AHAHA :)
*both are laughing and smiling towards each other.

Some people do not know bout this. Yup. The differences sometime can make people confius. But actually, the differences make the empty section of our life become full. The differences complete the other part of your soul. Most important is, don't always look at the differences, but knowing the same, that you are really need each other and realizing that you are completing each other. Regardless either you are robot or you are human.

Just forget about vs. but always remember about ft.

p/s: vs. stand for versus and ft. stand for featuring

Just quote.




How do you want to get something that you want,
if you never do something that you should be done?


HAHA. This is not a tongue twister dude! Just a motivational quote that I got from tumblr. :)

What important is,
NEVER SAY NEVER laahh! Orait!


Haa. Hambekk. Google buat direct translate. AHAHA!

Kawwwtiiimmmm.

Assalamualaikum. :)

Mulakan hari dengan senyuman, mulakan entri dengan salam yang menawan. Cewah. Izzani memang suke buat benda rhyme-rhyme gini. Belajar dari siapa laah nieh kan? You know who are you! AHAHA.

Aihh. Dari semalam malam nak publish se-benda (satu benda), tapi aku sangat busy laah weh semalam dan hari nie. Ceytt! Bukan busy makan laaah. Busy masukkan data budak-budak dalam sistem. Ecece. Gaya cakap macam orang dah kerja jer.

Tak laaaahh.

Abah mintak tolong masukkan data-data dari fail disiplin sekolah ke sistem dalam komputer. So, semalam dengan hari nie memang aku online, tapi pakai laptop abah laah. Dah kebas jer rasa jari update data, jengah-jengah Facebook dengan blog kejap. HAHA. Serious banyak gegilaa data kene masukkan. Ada 16 fail semuanya sekali.

Budak-budak, janganlah buat hal-hal disiplin dekat sekolah lagi. Aku yang letih kot masukkan data korang-korang. HAHA. =.="


Walaupun kehidupan aku kebelakangan nie agak berteknologi sikit memandangkan boleh kata most of the time aku mengadap muka laptop aku yang buleeh tahan comel laah, aku masih tak lupa untuk menghadap dunia hiburan masa kini.

Kira selain dating dengan laptop, dating dengan TV pun masih jadi amalan setiap hari jugak laah.

Semalam aku tau Terengganu menang Piala FA. Aku siap berbaik hati lagi wish dekat roomate aku. Untung ade roomate orang Tengganu nieh. At least tak de lah aku nak keliru kan nak sokong Kelantan ker Terengganu semalam. AHAHA.




Izzani is over yer right now. Coz dia tak tengok pun bola semalam sebab dia sedang dok ralit layan Kenangan AFNIL masa bola. AHAHA. Untung ade dua bijik TV dekat rumah. Satu dekat depan, satu dalam bilik. At least tak de lah HERO MALAYA dua orang dalam rumah nieh paksa jugak mata-mata GADIS MELAYU berempat dalam rumah untuk tengok bola jugak. HEHE. ^___^

Kenangan AFNIL is not bad you guys. Memang lah hadiah dia kereta PERDANA 'jer' kata sesetengah orang. Tapi, tau tak tuh sebijik kereta. Kereta okayy. Kalau dapat tajaan JPA macam mana pun, selagi kau tak pegang duit dari gaji sendiri, jangan berangan laah nak pakai kereta yang bertitle, 'kereta aku'. Semua orang pun nak kereta laah. Senang nak travel dan berjalan meronggeng satu dunia. HAHA.

Beralih dekat IMAM MUDA pulak. Ohh. Sangat sedih bila Mujahid keluar. Dia sangat muda (sebaya actually). Najdi too. Tak sangka jugak dia boleh keluar sebab dia bagus jugak kan. Yang penting, aku dari hari tuh lagi nak download lagu yang diorang pasang time umum siapa tersingkir, tapi sampai sekarang aku tak tau lagi, nak carik dok celah mana lagi lagu tuh. 4shatred dah, google dah. Tak dapat jugak. Siapa-siapa boleh tolong insan yang sangat kecil ini? Pleaseeee. :)

And lastly, tadi baru jer habis Konsert Akademi Fantasia 9. At last, AF melabuhkan tirai lepas 9 tahun beraktif.

Tak yah kecoh lah Izzani sebab orang zaman sekarang dah tak layan AF dah.

Siapa kata? Lagipun, tak pe lah korang. This is the last AF sampai bila-bila. Lepas nie dah tak de dah Akademi Air Mata, Akademi Kezzzutan dan sebagainya. Orang cakap selalunya, yang last-last mesti gempak kan. Tapi tadi..............

Its okay. Yang penting memang nampak pelajar-pelajar AF memang berpadu sebab diorang siap ada alumni lagi and tadi pun ramai jugak alumni yang datang support akademi diorang. Itu satu yang bagus kan? By the way, congratez Hazama! Pak Lang memang kau kaaawwwtiiimmm laahh! HAHA.

Dah. Idea dah tepu. Kbai!

Saturday, June 11, 2011

How I miss Putrajaya soooo much! - Part II

Okay. Ini sambungan dari How I miss Putrajaya soooo much!-Part I. InsyaAllah, entri kali nie tak sepanjang macam Part-I hari tuh kot. Hope so! HEHE.

Aku just nak cerita apa benda yang aku sangat-sangat rindu dekat Putrajaya yang benda-benda tuh masih segar mekar indah menyala *okay. dah dah. cukup.* dalam ingatan aku.


First sekali, of corse, sudah tentunye SEKOLAH. Aku pun tak tau laah. Sekolah akan jadi tempat paling diingati sekali sampai mati. Serious cakap. HAHA.

Okay. Aku tak dapat kumpul banyak benda dekat sini. Satu, gambar sekolah rendah presint 8 aku, lagi satu, lencana sekolah rendah presint 16 aku.

Actually, selama 3 tahun duduk Putrajaya, aku ada TIGA sekolah. Each for each year. AHAHA. Amacam? Hebat tak? HAHA.

Aku tak jumpa gambar Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1, Presint 8 aku. Sobs T.T Jumpa lencana pun jadi laah. Aku sekolah sini masa darjah 5. Even setahun jer dekat situ, serious best sebab padang sekolah dia best (ada track warna merah tuuh), lagi pulak time sekolah rendah aku agak active jugak lah dengan sport. Aku cakap AGAK ea. Tak terlampau dan tak terkurang. AHAHA. Aktiviti aku time tuh, kelab kebudayaan, menari-nari lentok-lentok alaaaaah haaai! and sprinter kecil-kecilan. 100m or 200m laah yang aku selalu join.

Aku agak jakun mula-mula masuk sekolah tuh sebab dalam kelas dekat setiap group ada komputer. Bapaakk canggih laah kau sekolah! AHAHA. Mula-mula jer ea. Lama-lama dah tak. HAHA.

Sekolah Presint 8 tuh bagi kenangan dekat aku, salah satunya masa sambutan malam kemerdekaan buat dekat Putrajaya, dekat sekolah aku. Masa siang tuh sekolah, sambil orang-orang kerajaan buat persiapan pasang pentas, bom bunga api apa semua. Cikgu bukan main pesan, jangan pergi blok nie, blok tuh, sebab ada bunga api. AHAHA. Malam tuh aku pergi lah meraikan dengan family aku dengan sepupu-sepupu aku. Bukan main seronok tengok bunga api yang cikgu dok tegah dari siang hari tuh. HAHA.

Then, macam yang aku dah cerita, darjah 6 aku kena pindah Sekolah Kebangsaan Putrajaya 3, Presint 16 pulak. Time nieh is my glory-glory time laah lebih kurang. Ececey. Dapat masuk kelas first, duduk sekelas dengan budak-budak hebat memang syok. Dapat pulak guru kelas yang sangat bagus, suka hias-hias kelas kitorang bagi cantik molek. No wonder laah bila perhimpunan, kelas 6 Intelek selalu dapat kelas terbersih ker terceria ker ape ntah. ^___^

Glory-glory lagi bila dapat jadi prefect. Kih kih kih. Aku tak mintak pun nak jadi. Aku tak pergi ambil borang pun untuk jadi. Tiba-tiba cikgu pengawas datang jumpa aku time perhimpunan offer jadi pengawas. Orang cakap, rezeki jangan ditolak >__< HEHE. Lagi seronok bila dalam organisasi pengawas, budak-budak lantik jadi S/U. AHAHA. Padahal, surat ker ape ker, haram tak pernah buat pun. Budak darjah 6 laah katekan. Mane laah tau lagi nak buat surat-surat nie. HAHA.

Masuk sekolah nie dah tak jakun dah computer ade sepuluh bijik pun dalam kelas. Kerja, bila cikgu tak masuk kelas, masing-masing main game. KAH KAH KAH.

Okay. Naik form 1, aku pindah sekolah lagi. Pindah laaagiii!

Tak yah kecoh laah. Sekolah sebelah jer. HAHA. Nampak kan gambar sekolah yang ada menara jam tinggi tuh? Haa. Tuh lah sekolah presint 16 aku. Sekolah kat Putrajaya nie semuanya bercantum, melekat. Kalau SK dekat sebelah, SMK dekat sebelah satu lagi. So, untuk sekolah aku nie, aku letak menara jam dia jer lah sebab tuh yang dekat tengah-tengah. Sebelah kiri sekolah rendah, sebelah kanan sekolah menengah. Dewan, padang, bookshop apa semua, kena share laah sekolah rendah dengan menengah. Kantin jer lain-lain tak silap aku.

Yang pasti, menara jam tuh jadi tempat kumpul bila latihan loceng kebakaran dalam suasana panas terik nak terbakar rasa kulit. =.="

Aku dah lali dah dengan keadaan computer berbijik-bijik dalam kelas yang kitorang selalu guna untuk main game. Cuma ada sorang classmate aku, Khairul Farhan, kitorang panggil Paan jer, selalu guna computer dengan bagus. Dia selalu Google pasal MTD (Maktab Tentera Diraja) sebab dia sangat rakus nak masuk sana. AHAHA. Last-last, naik Form 2, memang dia dapat masuk pun. Tahniah untuk kau Paan. HAHA.

Masa Form 1, Alhamdulillah lah, aku masih lagi boleh duduk dalam kelas dengan budak-budak hebat. Time Form 1 aku tak tau kenapa aku active semacam, untuk sukan, aku main 100m dgn 200m jugak, plus pernah try sekali kot 400m lepas tuh pengsan and first time jugak cuba-cuba main lompat tinggi. Tau-tau dapat gangsa. Okay laah tuh kan ;) Cop-cop, tak lupe jugak mase hari sukan aku join cheerleading main pom pom sebab ade pertandingan cheerleading rumah sukan. Tapi nie cheerleading so-so jer. Takde pakai skirt-skirt nye. Pakai track-suit dengat T-shirt jer. Awak nak lari lepas tuh kan. AHAHA.

*Lepas beberapa tahun pindah, aku dapat tau, sekolah-sekolah dekat Putrajaya nie tukar nama. SMK Putrajaya Presint 16 (1), lebih kurang macam tuh lah.

Lepas tuh, dah syok-syok, kena pindah. Tuh yang tak syok tuh. :'(


Next. Yang aku rindu kawasan rumah. Tak yah nak gayat sangat laah. Rumah aku tingkat bawah sekali jer. Sangat jarang menggunakan lif yer. Guna lif bila nak pergi rumah kawan, bila nak pergi rumah mengaji, dengan bila nak beli ais-krim dekat rumah orang jual ais-krim jer. HAHA.

Seronookk. Dekat rumah ada taman yang selalu kitorang lepak petang-petang dengan kawan-kawan. Dekat rumah jugak ade pondok 2 bijik, dekat depan blok A3 dengan B3 yang selalu kitorang duduk-duduk bila nak study. Ingat lagi, masa hari sukan, kitorang, budak-budak rumah MERAH (bukan kitorang jer lah, rumah sukan lain pun) carik port nak settlekan prop rumah sukan masing-masing sampai malam.

Rumah aku sangat sebelah dengan Alamanda ea korang. Kawan-kawan aku dekat sini pun pergi Alamanda jalan kaki jer. Tak yah nak ambik Nadi Putra nye. Aku dapat tengok proses tumbesaran Alamanda tuh directly dari balkoni rumah aku. Tapi, ape kan daya, dan-dan Alamanda nak siap, aku kena pindah KL. Grrrr. Tak dapat rasmikan Alamanda =.="

Lagi yang syiokkknye, dekat Presint 16 ada Taman Warisan yang aku dengan family selalu pergi semata-mata nak makan Sate Kajang. Taman Warisan best. Ala-ala hutan Malaysia jugak lah. Ada pokok getah, pokok buah semua laah. Paling best, Presint 16 ada kolam renang. Wink Wink! Yang nie best, sebab aku dengan kawan-kawan dapat rasmikan masa swimming pool baru siap. EHEHE.


Look. Best kan kolam nie. Masuk memang laah kena bayar. Tapi berbaloi laah, aku boleh berenang sampai bila aku suka. Kononnye laah berenang. Padahal, tenggelam timbul tenggelam timbul jer sebab aku tak reti berenang. AHAHA. Bocor rahsia!

Kalau nak free, ada satu kolam dekat atas, kolam untuk baby-baby, air takat betis jer aku rasa, tak pun buku lali. HAHA.

Memang kerap kali laah aku adik-beradik datang sini. Dah sebelah rumah kan. Jalan kaki, sampai. HAHA.

Lagi, aku rindu Medan Selera, Presint 8. Nie cerita masa darjah 5 laah. Tempat aku dengan kawan-kawan melantak makan kenyang-kenyang sementara tunggu waktu ko-ko atau pun lepas habis ko-ko. Tak jauh, sebelah sekolah jer. Nak tunggu ko-ko takkan balik rumah kan, bawak laah baju sukan siap-siap ganti dekat sekolah, lepas tuh pergi makan medan selera. Lepas habis ko-ko pun makan lagi. Sebab tak yah risau tertinggal bas ker ape. Bas Nadi Putra tuh beratus ade dekat sane. AHAHA.

Kalau tak lapar, sementara tunggu ko-ko pergi jalan-jalan kedai D-Mart beli Chips More atau pun pasar Presint 8 tuh. Dekat bawah memang jual ikan ayam sayur buah bagai. Dekat atas, ade kedai jual barang-barang best. Best untuk tengok jer laah. Budak darjah 5 mane pegang duit banyak-banyak. HAHA.

Lagi satu, aku tak boleh lupa tempat bila lepas habis sekolah tak nak balik rumah lagi sebab dekat rumah duduk blur tak tau nak buat apa selain tidur, stay-back dekat Presint 8, pergi Library dengan kawan-kawan. Waaaah. Bestnye. Library tuh pun dekat jer dengan sekolah. Jalan kaki jer semua orang. Pergi duduk library baca buku, dapat air-cond, aman. Dah petang, ambik bas, balik rumah. ^___^

Masa duduk Putrajaya, kawasan Bangi, Kajang, Balakong, dan Sungai Besi tuh, pergghh, memang dah expert laah. Lagi-lagi kedai makan. AHAHA! Makan jugak yang penting kan. Aku tuisyen dekat Bangi dulu. Mengambil masa kurang lebih sejam dari rumah aku ke tempat tuisyen aku dekat Bangi tuh. Gilaaa jauh. HAHA.

Fuhh! Kalau ikut nak cerita, memang banyak lagi benda-benda dekat Putrajaya yang aku rindu. Tapi, cukup lah tuh for now kan. Kang semput semua orang nak baca. HAHA.

Wooahh! How I miss Putrajaya sooo much. Dah termimpi-mimpi dah nie kaki nak jejak Putrajaya setelah sekian lama. Nak bajet-bajet masa dengan wang ringgit dulu ape-ape hal pun. Yelah! Nak balas dendam dekat Alamanda sebab tak tunggu aku yang rasmikan. AHAHA!