Monday, July 25, 2011

Ralit dan sangat ralit bila dah dapat.

Sayeww dah adeww honeww bawuu. Adeww sapeww-sapeww jeless takk? AHAHA. Gila intro mintak penampar aku nieh. Gila gedik. Malas nak layan. HAHA.

Baru-baru ini, aku ke Carefour Wangsa Maju. Ala, yang belakang Wangsa Walk tuh. Aku agak serasi jugak lah dengan Carefour tuh sebab boleh kata salah satu tempat shopping kesukaan ibu selain Jalan Tar yang macam lautan wanita shopping tak kira bila tuh. =.="

Jadi jadi, aku telah terjumpa dengan satu benda baru yang aku memang dah lama gilaa carik. Dari dekat CFS itu lagi yaaa. Tapi tak tau kenapa selalu tak jumpa. Grr. Geram jugak. Dan semalam seronok betul aku. Bila nampak terus nak bawak balik. Sampai rumah terus aku main-main dengan dia. Seriously. Tak kira bila, aku asyik ralit layan dia jer. Perghh. Memang perghh lah. AHAHAHA.


AHAHA. Terima kasih kepada Kedai Buku Mehraj kerana menjual buku ini. Sejuta penghargaan kepada ibu kerana sudi menyeponser enam ringgit sembilan puloh sen untuk buku ini. Dan terima kasih semua. HAHA.

Childish gila aku. Ade aku kisah? HIHI. Kisah kisah. Tak lah childish sangat. Aku terus beli Book 3 kot. Takde lah start from the easiest sangat sangat kan. Aku fikir banyak kali. Mula-mula nak beli Sudoku, "Ishh. Sudoku main banyak kali nanti dah bosan". Lepas tuh nak beli Crossword Puzzle, "Ahh! Malas lah nak pikir. Nanti tak dapat jawapan tensi jer". HAHAHA. Jadi, Word Search jugak terbaaaikkk. HAHA.

Okay. So, people out there, lepas nie kalau tanya,

"Izzani, hang buat apa?"
          "Main Word Search."

"Izzani, besok ape plan?"
           "Nak main Word Search."

"Izzani, luse kau ade pape program tak?"
"Ade. Nak main word search"

HAHAHA. Itu sangat annoying okay. Aku harap Word Search nie takkan buat orang-orang sekeliling aku annoying dengan aku lah yer. Aku ikhlas nie nak isi masa lapang aku, masa terluang aku, masa bosan-bosan aku dengan aktiviti yang berfaedah. HAHA.

"Nak main Word Search" HAHAHA.
Nampak. Aku mengendong Word Search aku ke mana sahaja yang aku suka sekarang ini. The reason is, Word Search automatically akan padam perkataan bosan dalam kamus hidup aku semasa menunggu apa-apa pun. Dan lagi satu, Word Search jugak akan mengelakkan aku dari tertidur semasa blur. Yeaaahh! Caya lah beb! HAHA.

"Jom main Word Search", kata aku. HAHA. Kbai!


Sunday, July 24, 2011

Lawan cakap bila takde kerja.



Selepas habis Hari Sukan sekolah Izzah semalam, semasa baru lepas ambil Izzah dan on the way nak pergi cari kedai makan yang akhirnya hampa sebab kedai makan yang di-target tutup, berlaku satu perbualan.

Izzah : Kaklong, kawad kaki Izzah, Puteri Islam menaaangg nombor satu.
Aku : Owhh. Yeker. Wah. Pakai baju kurung pun boleh menang kawad kaki. HAHA.
Izzah : Yela. Kan Izzah dah cakap kitorang punye kawad kemas jer. Orang lain sume bengkang bengkok terabur.
Aku : Ceyhh. Pandai-pandai jer cakap macam tuh. Bukan Izzah sorang yang buat menang. Orang lain pun ade jugak. AHAHA.
Izzah : Yelah. Tapi Izzah duduk dekat tempat yang orang boleh nampak. Dekat depan tepi sekali.
Aku : Eleyhh. Mane Izzah tau. Orang lain pun senang nampak jugak. AHAHA!

Kakak ker, adik ker, dua-dua tak nak kalah. HAHA. Sambung.

Izzah : Lepas tuh, rumah sukan Izzah, rumah Wira, merah (sambil buat gaya muka sedih) ...
Aku : Haa. Kenapa? Kalah lah tuh.
Izzah : HAHAHA. Menang jugak. Nombor satu. Bukan nombor satu kawad jer. Nombor satu semua sekali taaauuu.
Aku : Erkk =.="
Izzah : Hias khemah pun kitorang menang nombor satu jugak.
Aku : Owhh yeker. Kaklong tengok rumah Kuning dengan Hijau lagi lawa khemah diorang tadi.
Izzah : Laa. Kaklong tak tengok dalam lagi. Khemah kitorang dalam bersih jer. Khemah diorang memang lawa. Tapi banyak sampah sepah-sepah. Cikgu ambil kira jugak tuh.
Aku : Owhh yeker.

Aku blur. Dah tak tau nak jawab apa. Ciss. Macam dah kalah jer nie. HAHA. Sambung lagi.

Izzah : Rumah sukan Izzah, kitorang dapat piala, besaaaar. Tinggiii gilaaa. Lagi sikit nak sama tinggi dengan Izzah.
Aku : Ala, piala tuh bukan boleh bawak balik rumah pun. Nanti hujung tahun kene pulang balik piala tuh.
Izzah : Eyhh. Mane ade. Kitorang simpan lah piala tuh.
Aku : Tak laaaah. Nanti kene pulang balik. Mane ade sekolah tiap tahun nak kene beli piala tuh banyak kali.
Izzah : Taakkk. Kitorang pegang piala tuh. Dekat piala tuh ada tulis, PIALA PUSINGAN.
Aku : HAHAHA. Piala pusingan tuh piala kena pulang balik laaah! AHAHA!!!

Yess! Yess! Akhirnya aku menang. HIHIHI. Saje suka-suka lawan cakap dengan adik sendiri. Takde kerja. HAHA :P

Saturday, July 23, 2011

Plan semalam punya cerita.

Assalamualaikum.

Yeahh. Tugas mak-mak aku hari ini berjalan dengan lancar. Sikit-sikit jer lah tak lancar. Tak lancar tuh bukan maksud KO terus, maksudnya, takde dalam perancangan. Normal lah. HAHA.

Jadi, aku bangun pagi tadi lepas Subuh, mandi-mandi, dalam pukul 7.15 a.m keluar rumah, pergi kedai kejap beli roti Izzah due bijik dengan susu Dutch Lady sekotak. "Kaklong kaklong, cikgu cakap sebelum kawad makan dulu isi perut bagi tak nak pengsan". HAHA. Okay okay. Sekali due ketul roti kaklong belikan. :P

Okay. Then, aku dengan Affiq hantarlah Izzah pergi sekolah. Salam salam muah muah, aku dengan Affiq pun gerak pergi carik kedai breakfast. Tak payah carik restoran five star sangat lah. Kedai makan berhampiran anda pun lagi bagus dan lagi sedap. :)

Ecece. Baca paper di pagi hari sambil makan bihun goreng bersulamkan milo ais. Syok habis! HAHA.
Okay. Macam yang aku cakap, lepas kenyang dan dah buncit sedikit, aku dengan Affiq pun gerak pergi Tesco. Pukul 8.30 a.m weh. Mane ade orang lagi. Tesco jer yang dah bukak. Kedai-kedai tepi-tepi luar-luar tuh semua tutup lagi. HAHA. Jadi, kitorang buat Tesco tuh macam kitorang yang punya lah kan. HAHA.

Tak payah nak Vespa sangat lah kan. HAHA :P
Orait. Kita teruskan misi pencarian deodorant dan berus gigi aaaandddd got it! Lepas tuh kitorang dapat jumpe barang-barang tuh awal sangat menyebabkan kitorang tak tau nak buat ape. Jadi, jalan penyelesaiannya, tawaf saje Tesco tuh puas-puas. HAHA.

Pergi try baju walaupun memang dah tau takkan beli sebab takde pitis yang mencukupi. HAHA. Aku dah lama dah mengidam nak ada cardigan denim macam nieh, tapi sampai sekarang hajat tak sampai-sampai lagi. One day, hopefully.
Pergi timbang berat badan. AHAHA. Yang ini memang kelakar dan memang sangat selamba. HAHA. Lepas timbang mula lah nak kata, "Ala, penimbang nie salah". AHAHA!
Dan lain-lain lagi. Okay. Lepas tuh kita bayar-bayar, keching-keching (#bunyi mesin duit) dan chow. Waktu nampaknya awal lagi. Jadi, aku dengan Affiq plan nak teruskan lagi perjalanan ke Selayang. Usha Mydin ker, Selayang Mall ker, best jugak kan.

Wuhuuu. Ke destinasi seterusnya. Pening dowh jalan nie. U-turn sana, u-turn sini. Pening aku. HAHA.
Sampai-sampai jer Selayang Mall, parking kereta dan masuk. Syekaaaliii, gelap laaagii daaa. AHAHA. Mane bukak lagi kedai-kedai semua. Serious lampu pun tak pasang lagi. Ada satu kedai, Living Cabin. Nampak comel dari luar. Nak jer aku melangkah masuk. Tapi pintu dia baru bukak separuh, tanda belum bukak lagi lah kan. Terus batalkan niat. HAHA. Sebab tak nak malu, aku terus tarik Affiq keluar. Dekat luar on the way pergi kereta, sambil blur, tak tau nak pergi mana lagi. Last-last Affiq bagi idea pergi sekolah Izzah lah tengok Hari Sukan.

Yeeaahh babeh! Brilliant! Excellento! Tanpa membantah kaklong terus setuju. HAHA.

Dekat sekolah Izzah,

Duduk jer lah dekat tepi padang, takkan tengah padang dekat track pulak kan. HAHA. Duduk duduk dan duduk sambil hirup angin segar sambil hirup air milo ais breakfast yang tak habis-habis dari tadi. HAHA.
Dalam pukul 11.00 a.m macam tuh aku dah kena gerak sebab nak hantar Affiq pergi KTM pulak, dia nak pergi tuisyen. So, sebelum balik nak cari lah Izzah dulu nak pesan dekat dia dah habis nanti call kaklong.

Melilau carik Izzah. Last-last carik dekat khemah rumah sukan dia jer lah dan nasib baik jumpa :)
Okay. Masa untuk gerak. Hantar Affiq, then tunggu kejap sampai kawan-kawan dia datang, then aku pun gerak balik rumah.

Disebabkan hari ini bangun awal, waktu yang sepatutnya tidur itu harus diqada' balik. AHAHA. Balik-balik, aku online kejap, lepas tuh bum! tidur. Tidur pun tak lena sangat sebab takut Izzah call tak sedar. Kejap-kejap jaga, kejap-kejap jaga. Dan dalam pukul 1.30 p.m Izzah call.

Kalau ikut plan, lepas ambil Izzah nak terus pergi lunch. Tapi alangkah keciwe nye bile tengok kedai yang aku dah target untuk lunch tuh tutup. So, Izzah cakap dia pun tak lapar sangat, aku pun tak lapar lagi. Kitorang balik rumah dan plan petang-petang nanti lah kot pergi makan.

Orait. Sekian cerita aku. Chow chin caauu! Bye! :)




Tugas mak-mak besok hari. HEHE.

Hai semua. Ohoiii. Aku sedang tunggu. Sedang tunggu dot putih transparent bertukar menjadi hijau. Kalau korang faham, korang bijak. HEHE :)

Malam ini dengan besok aku ada tugas macam mak-mak laah. HAHA. Bunyik macam haaapee jer. Tak. Sebenarnya besok akak sedara aku nak bertunang, jadi, ibu perlu lah stay dekat rumah makcik aku tuh untuk menghulurkan bantuan ape yang patut. Malam ini sampai besok petang lepas habis majlis lah kan. Abah pulak ada lawatan sekolah ke Melaka besok. Kalau tak lawatan tuh dah buat dua minggu lepas lagi, tapi korang pun tahu kan, jalan KL nie tak boleh tembus ke mana-mana pun dua minggu lepas, jadi, terpaksa postpone minggu nie.

Kalau tak kami satu family akan berkampung lah dekat rumah makcik aku malam nie. Tiba-tiba pulak abah punya lawatan sekolah ter-overlap dengan tarikh ini. Dan tiba-tiba pulak adik aku, Izzah ada hari sukan besok. "Izzah masuk kawad. Tak boleh cancel sebab dah tak cukup orang". Ditambah pula dengan adik aku, Affiq ada tuisyen tengah hari besok. Kalau tak, adik aku, Izzati@Kakngah ada sekolah besok, tapi nasib baik cancel. Jadi, dapat lah ibu bawak teman sorang ikut ibu pergi rumah makcik aku.

Jadi, tugas mak-mak aku hari ini settled dengan jayanya. Tadi aku baru selesai basuh baju sebakul siap perah dan sidai sekali! Ohh yeaah! Syabas Izzani! HAHA. Lepas tuh clear kan pinggan mangkuk dan kuali dekat sinki. Lepas tuh iron baju abah untuk besok dan baju Izzah untuk kawad besok. Syabas lagi Izzani! AHAHA!


So, besok pagi-pagi lepas subuh abah dah nak gerak pergi sekolah. Aku kena mindset bangun awal lah besok pagi sebab aku nak hantar Izzah pergi sekolah. Aku ada plan sebenarnya. HIHI. Tapi aku dah mintak izin parents lah ea. Bukan suka-suka jer.

Besok pagi, lepas hantar Izzah sekolah, aku bawak Affiq pergi breakfast dekat mana-mana kedai makan yang berdekatan. Lepas makan sampai kenyang dan buncit sedikit, aku ingat nak pergi Tesco kejap dengan Affiq. Biasalah. Nak beli barang-barang mekap. Ecece. Takde mekap sangat lah. Beli deodorant dengan berus gigi jer. Diodorant aku dah nazak sangat. Spray spray keluar angin jer. AHAHA. =.="

Lepas tuh dekat-dekat pukul 11.00 pagi, beli makanan bungkus untuk Affiq makan tengah hari, then aku hantar Affiq pergi stesen KTM sebab dia pergi tuisyen dengan kawan-kawan dia. Then, aku balik rumah jer lah. Duduk duduk dekat rumah sambil lipat kain sambil tengok TV ker. Pun cantik jugak. HAHA. Sambil-sambil tuh tunggu Izzah call untuk ambil dia.

Rasa-rasanya dalam tengah hari Izzah akan call kan. Lepas tuh, bila Izzah dah call, ambil dia dari sekolah terus bawak pergi makan tengah hari. Dalam masa tuh mesti perut aku dah bunyik-bunyik. AHAHA.


Lepas makan-makan, balik. Aktiviti lepas tuh, tak plan lagi. HEHE. Sukati jer aku nak plan perjalanan hidup besok. Mane lah tau lagi kan jadi ker tak. Ini sekadar rancangan, Allah yang menentukan. Right? :)

Dalam petang-petang macam tuh, ibu dengan abah balik lah. Yayayy!

Bila umur dah cecah duapuluh, daye pemikiran luar kotak perlu diasah sampai tajam. Tajam mana korang sendiri yang tentukan. Bagi aku, itu perlu. Sebab manusia sekarang banyak sangat yang dah matang. Aku tak nak jadi salah seorang yang duduk dalam kotak. Itu saje.

Friday, July 22, 2011

Kerana lagu, boleh bangkit.

Dulu-dulu, kalau aku rasa down, kalau aku rasa tiba-tiba macam menggelabah, aku selalu dengar lagu. Dalam banyak-banyak lagu, ada satu lagu yang betul-betul bagi balik semangat dekat aku. InsyaAllah - Maher Zain. Aku tak tau kenapa. Tapi lagu tuh macam bagi ummphhh semacam jer buat aku jadi up!

Lagi satu, kalau aku dengar lagu, aku kisah sedikit sahaja pasal muzik dia, tapi aku kisah banyak pasal lirik dia. Kalau lirik dia mantap, muzik dia okay-okay, memang boleh masuk dalam jiwa aku. Tapi, lagi sekali aku ulang, aku ambik kisah pasal lirik dia. Sebab jiwa aku akan ngam dengan lagu yang punya lirik yang indah. Jujur. Indah maksud aku, tak perlulah bunga-bunga sangat. Asalkan aku faham dan bila aku dengar aku rasa macam, "Waaahh. Bagusnya lirik lagu nieh", tuh dah dikira bagus lah tuh untuk aku.

Okay. Bukan tuh aku nak cerita sebenarnya. Aku nak bagi tau, aku dah jumpa satu lagi lagu yang boleh buat aku bangkit semangat bila aku rasa aku sedang berada di bawah. Bawah dari paras laut. Sangat bawah.



Okay. Sekarang aku nak bagi tau kenapa aku rasa aku akan dengar lagu ini bila aku berada bawah dari paras laut. Sebab bila aku dengar, aku rasa macam ada orang pujuk aku. Weweeee. Fitrah perempuan memang suka dipujuk. Jangan deny. Ini benar. Mana-mana perempuan pun. Cuma aku nasihatkan satu. Kot yer pun nak dipujuk jangan over. Setiap orang suka dipujuk dengan cara lain-lain. Tapi untuk aku, pujuk cukup dengan ayat dan cara. Tak perlu membazir beli Cadbury stok paling mahal, Fererro Roshe, belanja makan bubur McD, ais-krim McFlurry bagai (walaupun nie fav aku. hehe). Tapi kalau nak belanja boleh jugak. AHAHA! *Mengade* ^_^

Jadi, dengan muzik yang lembut, lirik yang bermakna dan mantap, cukup untuk buat aku rasa dipujuk. HAHA. Aku saja tak bagi tau tajuk lagu nie apa. Cuba korang teka. HEHE. Aku rasa korang dah tau dah pun. hee. Okay. Bye! :)

Psstt. Kalau korang play dan dia lambat, sabar lah. Lagu tuh tengah buffer lettew. AHAHA!

Satu rasa. Lega.

Sekarang. Tak. Maksud aku sekarang, saat ini. Ini.
Aku ada satu rasa. Ya. Satu.
Tak payah nak tanya banyak-banyak.
Sebab ia cuma satu.
Satu rasa. Iaitu LEGA.

Fuhh. Aku rasa macam nak teriak.
Tak. Bukan teriak menangis banjir air mata.
Teriak macam menjerit.
Aku macam nak jerit.
"Waaahh! Aku rasa lega gilaa nieh".
Dunia. Tolong dengar aku.
Aku sangat lega ini.

Lepas baca entri ini, mesti ada manusia di celah sana yang bekata-kata, "Izzani, hang gila apa?". AHAHA. Aku tau. Walaupun kata-kata itu cuma dalam hati bukan? HAHA.

Biar aku jawab siap-siap sebelum sangkaan buruk manusia terbit dalam kepala, sebelum perkataan gila menjadi sinonim dengan aku punya dunia. HAHA. Aku rasa sangat lega weh. Korang pernah rasa tak bila korang berusaha gila-gila untuk satu benda. Tiba-tiba di tengah-tengah jalan, betul-betul tengah, korang kalah? Aku pernah. Masa tuh rasa macam gila menggelabah.

Tapi berbeza. Apa yang aku lalui sekarang bukan terlampau serious yang memerlukan perahan otak dua kali ganda daripada biasa. Aku cuma nak cakap, usaha kami, sekali lagi aku ulang, KAMI, untuk upload dan download satu file yang sangat besar saiznya, serious besar gila, aku tak tipu, akhirnya membuahkan hasil. :)

Boleh nampak aku tersenyum saat ini. :) :) :)

Banyak kali. Banyak kali kami cuba. Tapi, tiba di tengah, upload failed! download corrupted!. Bukan sejam dua. Tapi berjam-jam-jam sampai tidur bangun balik pada keesokan harinya. Ohh! Rasa macam, "Gilaa ah. Bila nak settle macam nie". Tapi betul orang cakap. Kalau kita berusaha, kalau kita terus cuba, kalau kita tak mengalah, kalau kita sabar, akhirnya mesti kita dapat hasil daripada usaha kita. Percayalah, bukan satu cara sahaja yang wujud dalam dunia untuk settlekan hal manusia. HAHA.

Benda aku sekarang nampak simple. Ya. Korang boleh kata. Malah, aku juga kata. "Alahai, upload and download file jer pun. Kecoh-kecoh pahal". Tapi, itu yang tersurat. Yang tersirat? Inilah apa yang aku cuba cerita dan sampaikan pada semua.

Chow dulu! Bai bai! HAHA. Lega. Lega. Lega. =]

Nota tumit :
Satu, hari ini aku jumpa dua lagu baru. Lagu Imam Muda. Aku dengar dan ulang banyak kali juga.
Dua, hari ini aku dah tentu tak miss tengok Masterchef Australia. Aku tak sangka Marion tersingkir. Dia hebat okay.
Tiga, aku harap dengan file yang besar itu boleh buat seorang insan gembira.
Empat, Okbai! Selamat malam semua!


Orang selalu guna nota kaki, sekali sekala aku tukar jadi nota tumit. Tak salah kan?

Thursday, July 21, 2011

Ayahanda saya puitis.

Perbualan berlaku semasa sedang menonton telibisen channel 711, Masterchef Australia. Nie salah satu favorite channel aku untuk masa sekarang. Tak boleh miss. HAHA.

Abah : Ziha, bile nak pergi Kuala Pilahnya. Kata nak pergi tengok emas-emas.

Ibu : HAHA. Abang nak belanja Ziha emas ker? HEHE. (dalam nada bergurau dan ketawa-ketawa)

Abah : AHAHA. Tak de lah. Baik guna duit untuk anak-anak. Anak-anak nie lagi laa berlian. Kaklong nie haa berlian (sambil menepuk-nepuk peha aku). Izzah nie haa berlian (sambil menepuk-nepuk perut Izzah).

Aku dengan Izzah pun ketawa-ketawa.

Amacam? Puitis tak ayahanda saya? HEHE :) Anak-anak bukan setakat berlian 24 juta tuh, tapi lebih berharga dari itu. Kan?

Kalau ada mouse macam nie, mau lepas guna terus nyorokkan dalam peti besi. HAHA.

Wednesday, July 20, 2011

Happy B-day.

Special for you...


I learn to play recorder during my standard 3. Masa tuh kelas Muzik. Semua student kena bawa recorder. Belajar main lagu Wau Bulan. BAG ABB BAG AA BAG. Macam nie la lebih kurang note nye.

Habis kelas Muzik ade sorang kawan aku main lagu Happy Birthday dengan Mohabbatein guna recorder. Aku lalu menyapa dia,

"Can you teach me how to play that song please", me.

"Which song?", her.

"The Happy Birthday song", me.

"Okay. Let me teach you how to play the Birthday song. Why do you want to learn this?", her.

"Because one day I can play this song to someone", me.

Macam nie la lebih kurang perbualan kitorang. Dalam Malay jer lah tapi. Saje menggedik translate dalam English. Baru nampak kaww kaww sikit. HAHA.

Dan dia ajar aku. Aku dapat, tapi tak sampai habis. Sampai note keenam jer tak silap aku. Tapi dah lama sangat-sangat dah aku tinggalkan zaman recorder. Last masa darjah 6 kot. Tapi aku cuma main lagu Happy Birthday tuh correctly masa darjah 3 jer. Lepas tuh aku lupa.

Sampai lah sekarang, aku cuma ingat tiga note terawal saja. Aihh. Teruk. =.="

Terbit satu niat, I need to learn it back. Sebab aku dah cakap aku akan main lagu nie untuk someone. And dear, Yes! Now you know that you are The Someone :)

Buat Sang Putera, Rahman Zahid, Semoga anda sentiasa berada dalam lindungan Allah Taala. InsyaAllah.

p/s: Dear, after you read this, you may open your email. HIHI. =] 


p/s/s: Sorry sebab main recorder sangat tak sedap dan tak ikut tempo langsung. AHAHA!

Tuesday, July 19, 2011

Juvana.



Okay. Hari ini, malam ini, Mission Accomplished! Done! JUVANA episod akhir.

Cerita macam ini lah bagus. Tak payah nak lama-lama panjang berjela kejap gaduh kejap baik kejap gaduh kejap baik. Sampai bila tak sudah.

Secara jujur, aku mula tengok Juvana kira-kira baru sebulan lebih sikit. Tambah tolak darab bahagi, aku tertinggal separuh episod terawal. Tapi takpe. Aku tak kisah. Sebab tak tengok episod terawal pun masih boleh faham separuh episod terakhir.

JUVANA memang best seronok bagus awesome! Banyak pengajaran. Banyak pengalaman. Banyak pengetahuan. Yang aku kisah satu. Semua benda dalam cerita tuh adalah baru. Baru bagi aku. Aku tak pernah faham cara hidup di sekolah macam tuh. Aku tak pernah nampak corak kehidupan pelajar-pelajar dalam sekolah macam itu. Lepas tengok, baru aku tahu.

Lagi benda baru. Selama ini aku macam tak pernah terfikir untuk faham erti sebenar perkataan Juvana. Aku cuma tahu sebut, tahu cakap, tahu guna, tapi tak faham maksud sebenar. Lepas tengok, baru aku tahu.

Ohh please. Aku yakin. Pelajar-pelajar dalam tuh semua boleh berubah. Sejahat mana pun mereka, sekeras mana pun mereka, dari dalam, mereka masih punya hati yang sangat lembut. Yang akan tersentuh jika kena dengan cara.


Maaf atas ayat yang seakan berkarya. Aku cuma terbayang Daim yang punya ayat puitis manis dan indah melankolik bahasanya. Boleh aku pinjam gaya bahasanya buat seketika?

Okay. Selamat malam :)

Monday, July 18, 2011

Manusia.

Ketunggg! Ketaanggg! Ketuunggg! Ketaangg! Tambah pulak dengan bunyik jerit sana, jerit sini.

Bunyi dari rumah jiran aku.

Kadang-kadang datang spirit baik, "Ohh, diorang tengah kemas-kemas rumah kot. Tuh bunyik ketungg ketangg ketuungg ketaangg tuh". Tapi, bila datang bisikan syaitan, "Diorang nie tengah bergaduh ker ape nieh? Jerit jerit marah marah bagai."

Aku tak tau nak ulas apa dekat sini. Banyak mungkin.

Satu. Setan tuh banyak. Suke jer nak hasut manusia. Sekali kena bisikan macam aku, dah boleh terbit rasa buruk sangka. Cepat-cepat lah kita ubah biar setan kalah. MatLuthfi punya ayat pun boleh guna pakai dekat sini,

"Manusia biasa, kita tidak dapat lari dari menilai orang lain. Dan selalunya kita lebih rajin menilai orang lain lebih dari diri sendiri. Teguran itu perlu, tapi asasnya biar betul."

Dua. Setan tuh banyak. Setan dari api. Panas. Cepat jer dia hasut manusia dengan rasa marah. Jadi manusia, tenang-tenangkan lah diri. Biar setan kalah. Dekat sini aku tiba-tiba teringat ayat dari Blog Zahiril Adzim,

"Lalu, pada malam itu juga aku berdoa, biar dalam keadaan marah macam mana pun aku, aku memohon supaya aku tidak memukul cintaku."

Berbaik sangkalah, berbahagialah dan berkasih sayanglah wahai manusia. :)

Weekend yang best! :) :) :)

Assalamualaikum.

Seperti yang dikatakan dalam entri yang lepas, minggu nie aku dan keluarga, i mean keluarga kembangan baru sahaja selesai buat kenduri tahlil untuk arwah atok. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Dari A sampai Z semua going easy lah. :) :) :)

Aku cuma nak cerita part-part yang bagus dan awesome sepanjang perjalanan kenduri ini.

Part pertama.
Sembang punya sembang tak sedar dah pukul 3.30 a.m. Okay. Abah dah pesan, "Kaklong, besok bangun pukul 4 pagi ikut abah pergi pasar". AHAHA. Aku ada setengah jam jer lagi untuk lelap mata.

Empat pagi. Abah kejut. Mata berat, tetap kena bangun, basuh muka, tukar baju, tak payah mandi, pergi pasar. AHAHA.

Sampai Pasar Selayang, serious tak sangka pagi-pagi buta macam tuh gilaaa ramai orang. Woaahh. KL memang tak tidur ker ape nieh? AHAHA. Tak lama pun dekat pasar. Biasalah kalau beli barang dengan insan yang bernama abah, tup tap tup tap dah siap. Beli ayam 8 ekor potong 12, udang 4 kilo, ikan 17 kilo, nenas 2 bijik dan tempe. Siap. Dalam kereta belum sempat aku lelap mata, dah sampai rumah.

Sambung tidur. Mestilah. AHAHA!

Yang tak boleh belah tuh, abang-abang pasar tuh, pagi-pagi buta dah datang spirit nak mengorat. Dok siut sana, siut sini. Panggil cik kak lah, adik lah bagai. HAHA.

Part kedua.
Lepas tuh lepas tuh, dah lama pagi lepas tuh, aku pergi hantar Izzah tuisyen. Pergi dengan Hazim jer (sepupu sebaya). Sambil sembang sembang, dengan ayat yang kawan dia ajar, "Owh yeker? Boleh tuju lagu?" bila kita bagi tau ape-ape pun, memang aku rasa nak sepuk jer kalau kau cakap ayat tuh lagi weh. AHAHAHA! Serious sengal gilaa.

Part ketiga.
Pukul 12 tengah hari, Izzah habis tuisyen. So, aku keluar lah nak ambil Izzah. Kanak-kanak riang (sepupu-sepupu kecil) tengah dok seronok main luar rumah, nampak aku keluar, pakai tudung, pegang kunci kereta, terus, "Kakloooonggg, nak ikut!" AHAHA. Nasib kaklong korang nieh comel kan? Terus jom jom. HEHE.

Dalam kereta tuh ada empat orang budak-budak yang aku bawak. Umur dalam range empat ke lapan tahun. Yang nieh kelakar. Time dekat trafic light. Aku sembang dengan budak-budak tuh.

                                 Aku : Okay. Kalau lampu merah kite kena berhenti ker jalan?
                                 Diorang : Berhenti! Berhenti!
                                 Aku : Owhh. Bagus. Kalau nak jalan kite kena tunggu lampu ape?
                                 Diorang : Hijau! Hijau!
                                 Aku : Waaah. Pandainye.
                                 Darwisy : Tapi kan, tapi kan. Abah kite kalau lampu merah abah terus jalan jer.
                                 Aku : AHAHAHAHA!


Darwisy baru empat tahun. Betul lah orang cakap. Budak-budak baya macam tuh selalu cakap jujur. Jadi, kalau korang nak tau korang betul betul cantik ker tak, comel ker tak, hensem ker tak, baik tanya diorang. HIHIHI.

Part keempat.
Buah belum beli lagi. So, abah suruh lah kitorang (sepupu remaja) pergi Tesco beli tembikai. So, aku, Kakngah, Abang Ngah dan Hazim yang pergi. Okay. Kitorang sangat lah remaja lagi. Memang tau en macam mana nak pilih tembikai yang bagus manis dan lazat deliciousss. AHAHA.

Jadi, sebelum pergi Tesco, siap belajar dulu tuh, nak tepuk tembikai tuh bunyik macam mana yang tembikai bagus. Bunyik "Tang Tang Tang" ker, "Tung Tung Tung" ker? AHAHA!

Sampai dekat Tesco memang kitorang buat benda malu gila laah. Dok keliling bakul tembikai tuh sambil angkat sebijik-sebijik dan ketuk-ketuk tembikai tuh. Siap suruh akak penimbang potong tuh nak tengok tembikai tuh bagus ker tak. AHAHAHA! Okay. Ini baru dinamakan remaja.

Dalam kereta nak on the way balik tuh memang gelak-gelak jer lah tak habis-habis. Diorang dok pegheli aku non-stop. Pegheli apa? Adelah. Rahsia. EHEHE.

Part kelima.
Orait. Dah petang tuh kitorang packing-packing makanan lauk-lauk semua bawak pergi rumah Uda (Puncak Alam). Abah lead jalan sambil lima bijik kereta di belakang follow sebab abah nak bawak ikut highway baru tuh. Highway LATAR. Sampai dekat Rawang, jalan jam sikit. Then, masuk jer highway, highway baru kan, mane ade kereta lagi, so, enam bijik kereta nieh saling memecut, macam nak race pulak dah. Bila potong orang depan, bila selisih dok gelak-gelak. AHAHA. Takde kerja en. Tapi serious seronok kitorang race dekat highway tuh. HAHA.

Part keenam.
Sampai rumah Uda, set up semua, hidang-hidang dan majlis tahlil berjalan dengan lancar. Orang pun makan nampak selera. Malam tuh, kitorang (sepupu-sepupu remaja) lah yang basuh pinggan mangkuk cawan periuk belanga tuh semua. Yelah, pakcik-pakcik and makcik-makcik rehat kejap lah. Diorang dah kerja masak dari siang lagi. Sambil basuh sambil gelak. Sambil basuh sambil buat lawak. Memang seronok lah.

Part ketujuh.
Masa tengah lepak-lepak dalam rumah Uda tuh, kitorang sembang-sembang pasal masa saat-saat akhir bersama atok dulu. Time dekat hospital. Kitorang semua non-stop kot berkampung dekat hospital tuh. Hari biasa aku tak dapat lah sebab ada kelas, tapi weekend jer, aku pergi hospital dulu. Weekend jer pergi hospital dulu. Kadang-kadang tak sempat singgah rumah pun, pergi hospital dulu. Sepupu-sepupu yang lain pun sama jugak.

Disebabkan Hazim pun belajar dekat area Bangsar tuh, aku dekat PJ, so, kadang-kadang pergi hospital dengan dia jer lah.

Aku adalah satu-satunye cucu yang sempat menghadap atok masa nafas terakhir. So, aku cerita lah dekat diorang macam mana keadaan atok, bacaan BP atok semua. Sebab malam tuh semua orang dah balik rumah Along (Sentul) sebab dah duduk dekat hospital dari pagi-pagi lagi. Diorang ingat nak rehat-rehat, mandi-mandi kejap, nanti datang balik. Tapi...

Masa cerita tuh, semua orang rindu atok. Al-Fatihah.

Part kelapan.
Bila dah siap kemas-kemas rumah Uda, kitorang semua balik Jalan Duta, tidur, rehatkan badan. Pagi besok tuh aku bangun pukul 12. Hambekkk. AHAHA.

Semua orang breakfast and makan tengah hari dekat rumah aku. Ibu buat tomyam. Nyum Nyum.

Petang tuh kitorang menghabiskan masa dengan tengok movie. Cerita KARAK. hihihi. Dengan Ibu, Abah, Andak, Mak Andak. Ucu, Acu, Uda semua dok ulas pasal jalan lama Karak tuh, budak-budak kecik dok menjerit takut-takut, tak kurang jugak aku yang tengok TV berbentengkan bantal. HAHA.

Dekat Maghrib. Semua orang balik. Kemas-kemas rumah dan yayy! weekend yang enjoy bersama sepupu-sepupu dan semua! :)

Friday, July 15, 2011

Cuci toilet weyyhhh.

Assalamualaikum.

Aiyooo. Aku agak letih hari nie. Hari Sabtu nanti ada orang nak datang rumah. Nak datang meminang. Kahkahkah. Takde lah. Tipu jer. Amboiii. Gataaiii Zany. Mentang-mentang baru doploh tahun. AHAHA.

Sedara mara nak datang rumah lah. Nak buat tahlil sikit untuk arwah atok yang sangat sangat sangat dirindui. Masak-masak dekat rumah aku. Kenduri buat dekat rumah Uda dekat Puncak Alam :)

Sejak menjak dah ade highway baru tuh, ape name, Highway LATAR, memang boleh ulang alik Jalan Duta-Puncak Alam selalu dah. No hal dah. HAHA.

Jadinye, kalau orang nak datang rumah, kite kena lah polish sental dan gilap rumah nieh habis-habisan kan. Siapa lagi punya kerja kalau tak badan yang duduk rumah tiap masa. AHAHA. Aku lah tuh. Tapi yelah, mane lah larat aku nak gilap semua. Setakat buat kerja basic-basic tuh, tertanggung lagi lah rasanya.

Okay. Come to the topic. Hari ini aku dah polish dua bijik toilet dalam rumah aku nieh. AHAHA. Rumah aku ada tiga bijik toilet. Kenapa aku polish dua jer, sebab yang lagi satu tuh toilet dalam bilik Big Boss and Lady Boss, so, tak kacau lah. AHAHA.

Dalam banyak-banyak benda yang nak kena polish dalam toilet tuh, aku paling tak suka cuci dinding dan lantai.

"Haa? Dinding pun nak kena cuci ker?"

Mestilah. Kena berus lah dinding tuh pakai Mr. Muscle bagi nampak bersih suci murni. Right? AHAHA. Aku tak suka sebab dinding dan lantai adalah flat, aku jadi lenguh basuh depa dua.

Dalam banyak-banyak benda yang kena cuci tuh pulak, aku paling suka polish mangkuk tandas. Eiuu. Tak mengancam lah panggil mangkuk tandas. Kita panggil toilet bowl lah. Baru macho sikit. AHAHA.

Kenapa aku suka polish toilet bowl. Sebab dia licin, i mean, berkilat dan putih. Bila kita berus berus sental sental dengan Mr. Muscle dan once basuh dengan air, perghhh, nampak berkilat beb! Tuh aku suka tuh. HAHA.

Aku tau lah aku orang KL, tapi aku takde lah Keyy Elll sangat sampai tak boleh nak buat kerja-kerja macam tuh. Tangan aku tak de hal lah dengan kerja-kerja macam tuh. Serious cakap. Kasar pun kasar lah, losyen Baby Johnson kan ade. HEHE.

Aihhh. Toilet bowl dah berkilat nieh, sayang pulak rasa nak ber*k dalam tuh. AHAHAHAHA. Giler tak syenonoh aku. K lah. Bye! HAHA.

Kalau rumah aku, bela kura-kura lah dalam tuh. AHAHA.



Thursday, July 14, 2011

Jam dinding.



HAHA. Korang mesti dah cuak kan tiba-tiba intro aku pergi letak gambar jam dinding sebijik. "Ape lah pulak yang minah nie nak berceramah malam-malam bute nieh". AHAHA.

Takde lah korang. Aku bukan nak berceramah cakap pasal hargai masa sesungguhnya masa itu emas masa itu nyawa masa itu tajam seperti pedang kita harus mengejar masa bukan masa yang mengejar kita dan bla bla bla. Banyak pulak perumpamaan untuk masa nieh yer.

Aku cuma nak cerita pasal jam dinding dalam bilik aku. Dalam bilik aku, ada sebijik jam dinding. Comel. Tak bulat lah, empat segi jer. Terfaktab riwayat hidup dia dalam bilik aku selama beberapa tahun jugak lah. Dia lah yang berkhidmat untuk kejut aku tiap pagi nak pergi sekolah masa dulu-dulu. Tak. Disebabkan dia jam dinding, jadi, dia tidak boleh mengeluarkan suara. Dia cuma mengejutkan aku dengan cara, bila aku bangun pagi, tengok dia, "Alamak! Dah lambat." Aku terkejut, lalu pergi mandi. AHAHAHA. Gila tak menarik cerita aku.

Kebelakangan ini, jam dinding bilik aku itu agak biul. Dia pening maybe. Dah tak boleh nak tunjuk masa sebenar Malaysia. Kadang-kadang, jarum dia suka-suka hati berhenti di tengah jalan, dan sambung semula beberapa jam selepas itu.

Aku agak dingin dengan situasi ini.

Satu hari itu, aku dah plan baik punya nak bangun di awal pagi. *Awal pagi aku pukul sepuluh yer. Bukan pukul tujuh lapan sembilan. HAHA* Aku celik mata, aku tengok jam. Ala, baru pukul 8.45 pagi. Sambung tidur balik.

Lepas aku tidur yang agak lama, aku celik mata lagi. "Owhh. Awal lagi. Boleh tidur lagi nie". Lalu sambung tidur.

Sekali lagi aku celik mata, aku lihat jam, masih juga aku berkata "Owhh. Awal lagi. Boleh tidur lagi nie." Tapi, mungkin otak sudah letih nak kejut aku banyak kali, lalu otak merembeskan hormon-hormon dan sel-sel otak aku berhubung untuk aku berfikir. Baru aku sedar. Ya tak ya. Kenapa dah tiga kali aku celik mata masih pukul 8.45 pagi lagi yer?

Cepat-cepat tangan capai handphone tengok jam. Okay. Sekarang dah 12.30 tengah hari. Kepala Hot-Cup aku awal lagi. AHAHA. Maafkan aku dunia, aku terpedaya oleh jam dinding bilik aku sendiri.

Sekian, cerita awal pagi laah sangat aku. Salam.

Wednesday, July 13, 2011

Izzani dah matang belum nieh? HAHA

Yayy! Izzani dah DUAPULUH!!! ahaha.

Apa nie? Salam takda apa takda tiba-tiba cakap dah duapuluh.

Okay okay. Syowiii. Assalamualaikum semua. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah. Semalam 12 Julai 2011 secara officialnya aku dah cecah umur duapuluh-an. AHAHA. Selama nie tak official lagi. Selama nie baru 19 tahun ke atas jer. HAHA.

Wah. Dua dekad dah hidup atas dunia. Apa yang aku dah sumbang pada dunia sebagai khalifah?

Takpe lah. Persoalan itu hanya aku sorang saja yang tahu jawapannya. Tak perlu dirungkaikan di sini ya. :)

My 20th birthday was awesome korang. Tamat lah sudah kiraan umur belasan tahun atau perkataan -teen untuk aku. Sekarang kita main puluh puluh jer laaah. HAHA.

So friends, kawan-kawan, teman-teman, thank you so much for all the wishes. Ada yang bagi through message handphone, message Facebook and of course wall Facebook kan. Aku tak kisah pun sama ada orang-orang yang wish tuh sebab dia betul-betuk ingat birthday aku, ataupun dengan bantuan Facebook. Serious aku tak kisah. Sebab once diorang wish, itu satu doa yang berharga untuk aku. Aku akan ingat sampai bila-bila. Lagipun, perlu ker orang-orang membebankan, menyempitkan ruang dalam ingatan diorang untuk ingat birthday aku? Tak payah kot. Baik korang reserve ruang tuh untuk ingat benda yang lebih penting. HAHA.

Email? Pun ada. Buat pertama kali aku merasmikan email gmail aku, dan seronok lah sebab yang rasmi kan sama-sama dengan aku tuh orang yang istimewa untuk hari aku yang istimewa. Ecece. Takyah cerita panjang lah pasal email sebab aku dah menitis banyak gilaa dah semalam. Kalau aku cerita karang, tak pasal-pasal menitis laagiii. AHAHA. Cukup kalau aku kata, aku terharu sangat sangat sangat. Wooaaaa. Aku bersyukur sangat. Betapa beruntung dan bertuahnya aku. :')

Okay. Korang tak payah terharu. Biar aku sorang jer. HAHA

Orait. Semalam, aku macam bosan bosan jer lah tak buat apa-apa. Aku duduk rumah sorang-sorang sebab semua orang dalam rumah pergi sekolah dan kerja. So, siang hari aku sambut birthday dengan bertemankan kesunyian. Ecewah. HAHA. Takde lah. Tapi aku bersyukur. Aku ada Skype. Skype lah yang teman aku menjalani hari-hari seorang diri di rumah nieh. Skype jugak lah yang teman aku sambut birthday bila mana aku sorang-sorang dalam rumah nieh. Skype lah yang layan gila-gila, sengal-sengal, gelak ketawa, loya buruk, lawak bodoh aku nie. :') *Terharu lagi*

Bila petang baru semua orang balik. Yelah, sekolah sekarang bukan main hebatnye. Mane ade nak habis tengah hari. Semua nak habis petang. Kalau boleh extend sampai malam, memang extend lah tuh kot. HAHA.

Bila semua orang dah balik, aku pun mandi-mandi. Adik-adik masuk bilik study, aku? tengok TV. Ibu masak-masak. Aku tak pergi pulak dapur intai ibu masak apa. Lepas tuh dah pukul 10 aku mintak izin ibu nak keluar naik kereta ambil Izzah tuisyen. Sampai rumah, aku lapar, aku tengok atas meja...

Wahh. Soalan pertama. Nie air Root Beer tak? Fav aku adalah Root Beer. HAHA
Char Kueh Teow. Wink Wink. Fav kalau pergi Pasar Malam dekat CFS dulu.
Wohooo! Beaf steak. Bukan beli yer. Ibu buat sendiri. Ibu boleh menang Masterchef lah macam nie. HAHA.
Macam biasalah. Makanan yang apa-apa majelis pun akan ade dan paling laku.
Paling penting! HAHA. Yang best, aku baru tau Secret Recipe boleh beli banyak jenis macam nie. Baru lah have fun makan, ada macam-macam jenis. Yayayy!

Seronok bukan? Terbeliak bijik mata tengok hidangan macam nie atas meja. Wuhuuuuu!

Baca-baca doa selamat sikit. Tanda syukur pada Allah masih beri aku kesempatan untuk hidup atas dunia. Syukur
Potong cake. Siap ajak adik-adik potong same. "Ala, kaklong malu lah. Dah besar-besar pun nak potong -potong kek lagi. Jom lah potong same-same. HAHA"
Ohh. Gelagat. AHAHAHA. Seronok wehh.

Beloved FAMILY <3 <3 <3
*Inilah kepentingan self-timer pada kamera. HAHA*
So, thanks kepada semua. Untuk ahli keluarga terutamanya. Ibu, thanks sebab masak pulun-pulun habis untuk kaklong nie. Adik-adik, thanks sebab pandai simpan rahsia, serious tak kantoi langsung dengan kaklong en ibu nak masak special malam tadi. Dan Abah, terima kasih atas doa dan semuanya. Secara keseluruhan, terima kasih semua sebab terus bersama kaklong, bantu kaklong, membesarkan kaklong, bersabar dengan kaklong sepanjang tempoh kaklong membesar nie.

Lepas nie kaklong nak pergi belajar. Kuantan. Ada rezeki dan wang pitisnya, kaklong rajin-rajin balik rumah yer. HEHE :)

Untuk Rahman, terima kasih untuk effort-effort dari jauh tuh. Thank you so much for understanding me well. Hargai awak sangat-sangat. Sampai menitis-menitis dah terharu kan. InsyaAllah, I'll be loving you forever. :')

Untuk kawan-kawan, teman-teman, saudara-mara, dan semuanya, terima kasih banyak-banyak sebab sudi teman aku sepanjang aku menjalani hidup di muka bumi nie. Korang jaga diri baik-baik. Dan aku doakan yang terbaik untuk semua. Barakalluhu fik. Amin.

Yeaahh. Nampak tak senyuman itu. Itu senyuman gembira tatkala mencecah umur untuk meningkat dewasa. Aku akan cuba untuk kekalkan senyuman itu sampai bila-bila :)

Maaf lah kalau ada yang kata tak ajak or tak jemput or apa-apa. Sebab kitorang memang biasa tak buat majelis besar-besar, kepak kebom untuk sambut birthday. Sekadar seisi keluarga. Kalau nak cake mai laa datang rumah, ada dalam peti ais tu haa. HAHA.

p/s: Korang. Sorry tau. Entri nie panjang. Dia panjang dengan gambar dan juga kata-kata. HAHA. Sorry.


Monday, July 11, 2011

Appreciate it =]

I love people around me. They always make me laugh. They are ZANY. hahaha.

Situasi Izzani yang sedang Skype :)

Now you know how happy/gila I am bila webcame. HAHAHA.

Credit to Rahman for his effort untuk buat gif image nieh. Walaupun aku tergelak-gelak sampai sudah bila tiba-tiba Rahman bagi image nieh, terbit jugak rasa terharu :')

Effort orang beb. Lagi-lagi effort orang yang kita sayang. Walaupun nampak kecik, tapi sangat berharga. Serious. Aku hargai.

AHAHA. Aku tak tahan dah tengok image nieh banyak kali. Aku asik nak gelak jer. Gelak biasa-biasa takpe, nieh gelak dah sampai tegang urat pipi, lenguh kang tak pasal-pasal. AHAHAHA.

Sambil taip pun sambil gelak. HAHAHA.

Akan terbit satu kepuasan dalam diri sendiri bila kita dapat buat orang happy dan ketawa. I know you can feel it coz u make me laugh. Ohh. Not just laugh. But, non-stop laugh. AHAHA. Thank you so much! I am happy =]

p/s: Sorry tau kalau banyak sangat expression AHAHAHA dari aku untuk entri nie. Aku macam tak pernah lagi dapat gif image diri sendiri. First time dapat, macam nak gelak jer lah kerja. HAHAHA (lagi).



Hari ini dan wedding invitation.

Assalamualaikum.

Selamat malam semua. Amacam? Dah makan? Sihat sejahtera tak? HAHA. Aku tak berapa sangat. Sihat tuh sihat lah. Cuma tengah dalam proses mencuba struggle selagi boleh nak gain appetite banyak-banyak balik macam biasa nieh. AHAHA.

Okay. Lupekan pasal appetite aku coz everything gonna be okay, InsyaAllah. Aku akan okay jer. Takde sampai lemah tak bermaya, pengsan, kena admit dalam hospital masuk air semua. Tak tak. Tak kan sampai tahap tuh. Kadang-kadang ade terfikir jugak, kalau tak semangat makan macam nie, badan lemah jer rasa, ade potensi ker kena masuk hospital haa? Terus cepat-cepat tuang nasik dalam pinggan, makan! AHAHA.

Okay. Okay laaagii. HAHA. Hari ini aku, eyh tak, family aku ade due wedding invitation. Due-due buat dekat dewan. Yang first, dekat Dewan Belia, Jalan Yaacob Latif, Cheras. Kenapa aku bagi alamat penuh nie? AHAHA. Best and grand jugak lah. Tapi time tuh hujan. Nasib baik abah dapat parking dekat dengan bumbung. Kalau tak kecian abah nak kena redah basah kuyup nanti kan. Kitorang? Dah selamat awal-awal dah abah hantar dekat bawah lobi, confirm tak kena hujan. AHAHA.

Yang second, dekat Putrajaya. So, aku bila dengar nak pergi Putrajaya memang berkobar-kobar jer rasa jiwa. Rindu gilaaa weh nak jejak situ. Tapi tapi tapi kenduri tuh dekat Presint 8. Memang lah kawan aku ramai jugak dekat Presint 8, tapi tak seramai dekat Presint 16. Takkan dah habis kenduri, aku nak suruh ibu dengan abah singgah Presint 16 semata-mata nak jumpa kawan-kawan yang dah bertahun-tahun tak jumpa selama sepuluh minit.

Naik bas Nadi Putra sendiri kang. AHAHA.

Jadi, semangat yang berkobar-kobar tadi tuh terpaksa dipadam serta merta, sambil melihat sayu meninggalkan Putrajaya.

Takpe lah. At least aku dapat tengok sekolah rendah Presint 8 aku tuh, intai-intai kelas 5 Neptune dari jauh. Padang sekolah, track merah masa aku rumah sukan Xenon (biru), aku lumba lari dekat situ dulu. Pandang-pandang Medan Selera yang aku dengan kawan-kawan selalu order Chicken Chop mase sebelum start koko, pandang Library tempat aku dengan kawan-kawan lepak bila malas nak balik rumah awal-awal. Kedai D-Mart yang aku selalu beli Chips More dengan air kotak Milo lepas habis koko. AHAHA. Dapat jugak lepas rindu, sedikit. HEHE. Pandang jer lah yang dapat.

Kalau lah dapat pergi Presint 16, mesti entri aku nie jadi panjang gilaaaaa. AHAHA.

Tuan rumah yang kenduri tuh ibu punye abang, punye isteri punye abang. haha. Pening? Senang cakap, pangkat pakcik lah dengan aku. Ade sorang anak dia tak sebaya dengan aku, tapi dulu satu sekolah dengan aku masa dekat Presint 16. Masa aku Form 1, dia Form 4. Aku panggil dia Kak Wafa jer. Rapat jugak lah sebab kitorang sedara kan. HAHA. Tadi jumpa Kak Wafa, salam dia, dua-dua macam excited gilaa. Yang aku pun excited, yang Kak Wafa pun same.

"Lame dah tak jumpe akak".

"Bukan lame. Lame sangat dah. AHAHA"


Ohh yer. Tadi masa dekat kenduri yang first family aku makan semeja dengan sepupu ibu. Ibu nak sembang-sembang lah dengan sepupu kan. Makcik aku tuh DENTIST dan suami dia ENGINEER. Aku tak nak cakap banyak.


Amin.

So, kena belajar rajin-rajin dari sekarang. I do pray for our success everyday love :)



Sunday, July 10, 2011

Ape lagi.

Assalamualaikum.

Bersih lagi. HAHA.

Takde lah. Aku tak nak cakap banyak pun sebab aku bukan ahli kaji politik, bukan jugak peguam bela negara atau apa. Aku tak lebih, tak kurang sebagai seorang yang bakal bergelar siswazah dalam jurusan Ijazah Pergigian tidak lama lagi. HAHA. Okayy fine. Takde kaitan. Hee.

Tengah-tengah FRU sembur air pemedih mata, hujan turun. Hujan turun tak lama pun. Beberapa minit jer. Dapatlah hilangkan gas-gas pemedih mata tuh. Basuh-basuh mata dengan air hujan, hilang jugak rasa pedih tuh.

Dalam beribu yang berhimpun, tak semua orang salah. Ada diri yang betul-betul nak menegakkan kebenaran. Ada jiwa yang betul-betul bertekad untuk keamanan. Ada hati yang betul-betul ikhlas nak buang benda kotor untuk menjamin kebersihan.

Dalam masa dihujani air pemedih mata, Allah turunkan hujan sebagai penawar. Dalam beribu yang berhimpun, ada juga hati yang terdetik, "Alhamdulillah. Allah nak tolong."


Apa yang boleh dapat dari sini? Kalau niat kita baik, nescaya, Allah akan bagi penawar untuk yang sakit.

Sekian :)

p/s: Orang selalu cakap, Jangan berumah di tepi pantai, takut nanti dipukul ombak. Yang aku, berumah di tengah-tengah bandar, jalan-jalan habis semua sesak. HAHA. Semua kena block, alamatnya memang tak keluar rumah hari nie. AHAHA.

Thursday, July 7, 2011

Jatuh-Bangun. Apa? Mengapa? Bagaimana?

Hari ini aku belajar banyak benda. Yang penting benda itu benda yang paling kerap berlaku dalam hidup sebagai seorang yang bergelar manusia, sebagai khalifah Allah di muka bumi yang tercinta.

Apa itu? JATUH-BANGUN.

Yess. Hari-hari kita akan lalui benda ini bukan? Kita jatuh basikal, kita bangun dan kayuh semula. Kita jatuh katil, kita terjaga dan bangun naik semula. Kita bangun tidur, tapi takde pulak jatuh tidur kan? Ermm. Takde term yang sesuai untuk itu. Tapi setakat beberapa ayat ini korang masih faham bukan apa yang aku maksudkan?

Tipu lah kalau ada orang yang sentiasa berada di atas. Siapa pernah? Angkat tangan? Kalau ada, memang tak. Korang tipu. HAHA.

Dulu mase dekat UIA,PJ, mase program GPDP, kami pernah diminta untuk melukiskan graf kehidupan masing-masing.

Macam nie la lebih kurang graf nye.
Yang aku punya aku tak ingat macam mana shape curve graf tuh, tapi yang pasti takde lah straight macam linear graph y=mx+c kan. HAHA.

Okay dah. Ape aku merepek nie.

Okay. Ape yang aku perlu dan sangat nak cakap dengan semua orang yang ada dalam muka bumi nie, korang jangan menyesal atau nak kecewa bagai bila korang ada dekat bawah. Opss. Of course lah rasa menyesal dan kecewa tuh ada kan sebab tak dapat buat yang terbaik. Ermm. Apa terms yang aku boleh guna ya?

Senang aku cakap, tak payah nak frust menonggeng sangat lah sampai menangis air mata darah. Aku bersyukur jugak, takat hari nie, aku menangis, tak pernah lagi lah keluar air mata darah. Eiuuu. Cuak pulak nyebutnye. HAHA.

Okay. Dah panjang sangat dah nie. Tapi point takde lagi.

Korang, ingat satu jer. Pengalaman akan mematangkan kita. Kalau takde benda-benda yang menyebabkan kita berada di bawah seperti itu, bila masa kita nak belajar untuk jadi matang? Right? Dan bila kita berada di bawah lah kita akan berusaha lagi bersungguh-sungguh untuk berada di atas balik.

Aku terlampau bermetafora kan?

Senang cakap lagi, sebab benda-benda yang buat kita sedih, frust, terkilan tuh semua lah yang akan buat kita berusaha dengan bersungguh-sungguh lagi untuk gembira semula. Dan masa tuh, kita akan senyum, gelak dan ketawa bagai orang dah nak separa gila. AHAHA.

Ape yang aku paling belajar hari ini is, aku masih bertuah because I have so many great and awesome people in my life. Seriously. Itu yang paling aku belajar sekali. Sebab lepas dengar cerita orang-orang, aku sedar tak semua orang beruntung macam aku, tak semua orang bertuah macam aku, dan tak semua orang memiliki apa yang aku ada. Untuk itu, aku tak tahu nak gambarkan macam mane rasa bersyukur aku yang tak terhingga. Alhamdulillah.

Aku tau mindset manusia, bila cakap macam nie mesti tertumpu kepada cinta, cinta dan cinta kan? HAHA. Tak laah. If you do, you are wrong. Sebab setakat hari ini dan InsyaAllah aku berdoa untuk kekal selama-lamanya, Alhamdulillah, aku bersyukur dengan cinta yang aku ada.

Aku cerita secara am. Sebab kebelakangan ini aku ada ramai kawan-kawan, teman-teman, rakan seperjuangan yang sedang melalui tempoh Jatuh-Bangun seperti ini. Tidak perlu aku khususkan sebab apa, punca apa. Dalam akademik mungkin, dalam hal peribadi masing-masing mungkin. Terlalu luas.

Jadi manusia, enjoy lah zaman kejatuhan anda dengan usaha yang berlipat kali ganda, dan nikmati lah hari bangunnya anda nanti dengan gembira, dan senyuman yang lebar. Allah ada untuk mendengar rintihan hamba-Nya. InsyaAllah. Aku doakan untuk semua.

Jadi, ayuh kita layan Every Day I'm Shuffling yuuuhh. HEHE. Takde Takde. Gurau Gurau. HEHE :)

Wednesday, July 6, 2011

Aku jujur.

Ishh. Broadband nieh buat cuak jer tadi. Tiba-tiba dia takda line hilang lesap pergi mana tak tau. Aku connect connect dia banyak kali (tiga kali jer), dia tak boleh jugak. Last-last aku restart laptop sambil baca Bismillah try connect dan dia dah boleh. Terus aku bersyukur sangat-sangat.

Aihh. Buat cuak jer broadband.

Janganlah jadi ape-ape yer. Aku rindu Rahman lagi nie. :')

*Sangat jujur kan aku? AHAHA.

Yang ini baru berisi. :)

Tadi aku tengok Rahman makan ais-krim. Kalau takat ais-krim pop doposen takpe, aku makan hari-hari. HAHA.

Haagen Dazs tuuuuuhh. Aku dah lah dengan tengah mengidam Tutti Frutti tak lepas lepas lagi. Tengah-tengah dalam tempoh mengidam Tutti Frutti sempat lagi keliru nak pilih mana satu. Sama ada Tutti Frutti atau Haagen Dazs. Dekat seminggu dah aku keliru. Aku siap Google bagai dekat mana ada jual Tutti Frutti yang dekat dengan rumah aku yang aku boleh bawak kereta senang carik parking apa semua. AHAHA.

Sorry laa. Aku macam noob sikit pasal benda-benda nieh. Mahal kot. Makan kalau boleh sekali seumur hidup jer. Tak pun, dua puluh tahun sekali. Macam aku. Baru tahun nie la nak cuba try test. AHAHA.

Kan seronok kalau screen laptop nie boleh tembus dekat tempat orang yang kita tengah webcame tuh. Boleh aku hulurkan tangan dan cuit sedikit Haagen Dazs Rahman. AHAHA.

Bila agaknya tempoh mengidam ini akan tamat? Lu pikir laa sendiri! AHAHA.

By the way, Izzani takde lah demand tinggi sangat bila keluar nak makan Kenny Rogers, lepas tuh desert nak ais-krim Baskin Robbins harga doploh hinggit. AHAHA. TAK TAK TAK. Sebab tuh lah aku kata sedang mengidam sebab tak pernah makan pun. HAHA.

Aku tak kisah pun kalau keluar makan apa. Food Court pun boleh. Tapau dari rumah pun aku tak kisah. Air pun kadang-kadang aku bawak air masak jer bile keluar. Serious. Aku dah biasa. HAHA

Alang-alang kita dah cakap pasal keluar, sebenarnya aku tak berapa gemar lah dengan ayat orang kebanyakan yang kata, "Bila keluar, kos wayang, makan, minum, bowling, ice-skating, tuh semua lelaki yang kena keluar duit. Lelaki kena belanja perempuan." Kononnya sebab dia lelaki, dia kena lah yang tanggung si perempuan apa semua. Kalau ikut aku, diri aku, dari hati aku, aku lebih gemar dengan konsep KONGSI/SHARE bila keluar.

Kenapa aku cakap macam tuh?

Sebab. Korang ikut logik lah. Selalunya kita akan ada pasangan semasa tengah belajar. I mean, dekat U okay. Yang masih di bangku sekolah, baik korang belajar rajin-rajin. Serious. HAHA.

Okay. Pasangan kita tak kira lelaki atau perempuan, semasa tengah belajar, belum lah dapat gaji ker apa lagi kan. Selalunya duit yang ada dalam poket adalah duit belanja dari parents atau pun duit dari scholarship, pinjaman or whatsoever. Duit yang parents bagi, yang scholarship bagi bertujuan untuk kos belajar. Dan kos belajar masa kini sangat lah mahal. Nak bayar duit yuran lah, buku lah, mahallah lah, dan macam-macam lagi.

Ishh. Apa aku nak cakap nieh sebenarnya? =.="

Okay. Senang cakap, aku tak rela duit yang bertujuan untuk belajar dan makan minum pasangan aku semasa tempoh dia belajar, digunakan lebih-lebih untuk aku. Sebab tuh duit untuk dia belajar. Untuk makan minum dia ape semua. Walaupun bila dia ada duit lebih nak bayar semua, tapi bagi aku, share lagi bagus.

Nak nak bila perempuan yang demand tinggi. Nak keluar jalan dekat Gardens jer. MidValley dekat sebelah tak pandang lah. Nak masuk kedai Gucci, Guess, Vinci, ape lagi? Aku bukan tau sangat benda mahal-mahal nie.

Kite student lagi babes! Jangan bebankan pasangan kita dengan demand-demand kita yang macam nie. Yer. Walaupun mereka mampu, kite kena lah ade rasa kemanusiaan kan.

Tapi, bukanlah, tiket wayang, makanan minuman bayar asing-asing. Giler kelakar lah kalau macam tuh. AHAHA. Share-share lah. Awak belanja tiket wayang, saya belanja makan. Awak belanja pop-corn, saya belanja big apple. Eyh eyh, terover pulak. HIHIHI.

Lagipun, takde istilah lelaki kena bagi nafkah sebelum kahwin kan. So, jangan lah nak terlampau terpengaruh dengan novel-novel, drama-drama yang lelaki kena belanja perempuan semua tiap kali keluar. Sebagai manusia, kita kena ada rasa humanity dan belas terhadap pasangan kita. Rite?

Aku tulis nie secara general jer okay. Tak tertumpu kepada mana-mana. Aku cuma cakap ikut pandangan aku. Dan bukan jugak bertujuan nak kata aku baik gilaa ke apa. Dari segi nie aku berfikiran macam nie, dari segi lain, mungkin banyak lagi yang aku perlu perbaiki. :)

Sekian. Harap-harap tempoh mengidam Tutti Frutti / Haagen Dazs akan berakhir. Dapat salah satu jer pun cukup laah. HEHE.

Tuesday, July 5, 2011

Tak berisi langsung. HAHA.

Assalamualaikum.

Aku macam dah kurus sekarang.

AHAHA! Intro tak bernas langsung. Takde lah. Aku cuma pelik, seluar yang sama aku pakai minggu lepas dengan minggu nie macam dah berubah. Yang minggu nie macam boleh diangkat sampai ke paras dada dan jatuh semula dengan smoothnya. Kalau minggu lepas aku pakai dia macam tersekat disebabkan ada bump at the stomach. Bukankah itu salah satu petanda yang aku sudah kurus? AHAHA.

Gila. Aku cakap dengan siapa-siapa pun, jawapan tetap sama. Kau Zany mane boleh nak kurus. HAHA. Okay. Fine. Tacing ah camnie en. AHAHA T___T

Sehari dua nie aku macam sakit belakang sikit. Lepas tuh appetite down macam bila jumpa nasik tak kemaruk langsung pun nak makan dua tiga pinggan macam biasa. Why? Why? Why?

Adakah ini petanda aku sedang dalam suasana depress? Ohh. Kenapa aku perlu depress sedangkan insan-insan yang aku sayang sentiasa ada disekeliling aku, untuk aku. So, jawapan untuk Zany sedang dalam suasana depress is busted! AHAHA.

Tapi kenapa?

Entah. *sambil angkat-angkat bahu*

Orait. Tak perlulah kita fikirkan lagi kenapa dan kenapa. Tak perlu korang membebankan fikiran korang tentang itu. Sebab aku pun kalau boleh, nak ringankan isi-isi yang ada dalam kepala aku. Aku nak menikmati cuti dengan indahnya, dan aku nak mengakhiri waktu cuti aku dengan selesanya. *Wah. Aku terbayang pantai bila cakap macam nie* HAHA.

Ciss. Entri ini sangatlah tidak berisi. Entah apa yang aku cuba sampaikan. Cuma nak bagi tau aku dah tak berisi kot. Yayayy!

AHAHA. Baik korang percaya. Tak percaya siap! HAHA.

Pateng Che Mat, read this okay!

Aku rasa bulan Julai nie entri aku akan penuh dengan ucapan-ucapan Hari Raya Hari Jadi jer lah aku rasa. Takpe lah, selain merapatkan ukhwah (ececey), dapat jugak menghindarkan aku dari gejala tidak mengupdate belog kerana sesungguhnya aku sangat lah takde cerita yang gempak cantik menarik tertarik kau memang da bomb! sekarang nie. HAHA


Tin, aku punya lah pikir, dok celah mana aku nak carik gambar hang yang berdua-duaan dengan aku. AHAHA. Baru aku ingat ade satu dalam entri yang dulu-dulu. HAHA.

Korang, Fatin is my former classmate mase dekat Taiping dulu. So, dalam banyak-banyak classmate Taiping yang aku ada, Fatin lah yang paling aku kerap jumpa. AHAHA. Takde lah kerap hari-hari. Maksud aku, yang paling senang sekali nak jumpa.

Lepas nie aku pergi Kuantan Tin, kalau kau nak jumpa aku, hang tunggu lah aku balik KL yerr. HEHE.

Happy Birthday to you Patengg. May you Happy Always. Dan berjaya dalam hidup bina keluarga bahagia ape semua. AHAHA. Belajar rajin-rajin tau weh. Jangan nakal-nakal. HAHA. Jage diri baik-baik yer.

Okay. Sweet TWEN-TY Pateng. You are not -teen anymore. HEHE. :)

Monday, July 4, 2011

Yana! You must read this. HEHE.

Okay. This post speacial for my dearest classmate ever. Why I say classmate ever. Coz dekat UIA, dari asasi, setiap semester kitorang tak pernah lain group, atau kata nama lain, lain kelas. Sepanjang dua tahun, semua kelas sama. HAHA.

Dah takdir kot. Nak kata nama dekat, tak jugak, aku NURUL, die SITI. So, memang lain lah kan. Cuma, kitorang sama course.

And, know what? Nanti mase degree dekat Kuantan, sepanjang lima tahun tuh pun kitorang akan jadi classmate. So, aku rasa, this is the longest classmate lah yang aku pernah ada sepanjang hidup bergelar pelajar. HAHA.

So, aku dengan Yana sama course masa asasi which is kitorang dapat Asasi Pergigian, dan Alhamdulillah, kitorang due-due lepas pointer, dan interview untuk melayakkan diri ke course Bachelor of Dental Science which is dengan nama pendek, Dentistry.

Untuk pengetahuan korang, pointer untuk melayakkan diri ke course Dental is must above 3.50. And interview so far dia just nak tengok each one of you secara eye to eye and heart to heart jer kot because at last nanti, pihak Kuliyyah akan arrange korang ikut pointer. First 45 students lulus lah untuk ke course ini. Sekian, penerangan secara am nye. HAHA

Okay. Yesterday is Yana's birthday. Yana, sorry for the late post. Tapi-tapi kite tak lupe tau. Sorry tak dapat pergi Seremban bawak bunga mangga dan kek Secret Recipe serta mercun-mercun belon-belon untuk celebrate Yana. HEHE :)

Annual Grand Dinner MEDCY.

Last class of UNGS, which is the last class as Asasi student. Sobs T___T
So, here Yana is. So, Yana. HAPPY BIRTHDAY to you dear. May Allah bless you always. Moge Yana sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Jangan sedih-sedih selalu. Teruskan gelak ketawa. Nanti kite belajar same-same yer, InsyaAllah.

Ukhwah fillah abadan abada.

 Sorry coz just a simple wishes for you, but, for you to know, it is really meaningful for us :)

Okay. ByeBye.

Misi diam selama tiga hari.

Orait. Seperti yang aku dah janjikan katakan pada entri sebelum ini yang bahawasanya, aku akan cerita tentang ape yang dimaksudkan dengan misi kite bertiga nak diam sepanjang hari tak pernah berjaya kan.

Dialu-alukan untuk click gambar untuk lihat lebih jelas yer.

Okay. Abaikan mase Form 4, 407 tuh sebab masa Form 4 dah macam apa semua orang naik minyak tak unite lah sesama jantina ape bagai sampai at last teacher ambil keputusan untuk duduk dalam group campur jer lelaki dan perempuan. And, thats it. IT WORKS! :)

Mula-mula, semua orang macam pemalu. Kelas tuh macam dibahagi dua. Belah kanan perempuan, belah kiri lelaki. Tengah-tengah macam ada benteng secara ilusinya. AHAHA. Giler kelakar bile ingat balik. Bila perempuan kata YES!, lelaki kata NO!. Bila lelaki kata YES!, perempuan kata NO! AHAHA. Gila kanak-kanak lagi.

Dan start daripada susunan meja campur macam tuh, tiap kali kitorang arrange sit dalam kelas, kitorang ikut cara tuh lah. Tak silap, mase Form 4 jer, tiga kali arrange sit. Yang dalam gambar adalah arrangement kedua. Arrangement ketiga, kitorang duduk berdua-dua. tapi baris selang seli lelaki perempuan lelaki perempuan dan begitulah seterusnya.

Dan arrangement macam nie membawalah sampai ke Form 5 seperti dalam gambar. Masa tuh dah aman bahagia dah semua orang, cume kitorang dah terbiasa dengan susunan macam nie kan.

Okay. TAMMAT kisah susunan dalam kelas.

Sekarang korang tengok masa kelas 507, belah kiri, barisan belakang sekali. Nampak tak ade Ayin.Aisy.Zany. Okay. untuk pengetahuan korang, kitorang bertiga lah boleh kata yang paling hardcore sekali mulut macam pok pek pok pek tak boleh berhenti bercakap. Kadang-kadang ade jer yang buat, "Shhhh!" dan kitorang paham, yang itu memang sebijik untuk kitorang.

"Ayin, Syah, aku rasa sebab tuh kot kita kena campak duduk belakang sekali. AHAHA"

Tapi, duduk belakang sekali dalam kelas memang seronok. Kau boleh nampak seisi classmate korang tengah buat apa. Lepas tuh soh seh soh seh sikit, dan gelak. AHAHA.

Tak tahan part orang depan lap tangan dekat langsir lah, then orang depan depan cakap ade bau kentut dan tuduh kitorang dekat belakang yang ketut. Ciss! Giler kelakar. AHAHA.

Disebabkan kitorang terlampau pok pek pok pek sangat dalam kelas, ada satu hari nie, kitorang bertiga decide nak diam satu hari. Tak nak cakap. Tak nak buat bising. Siap ambil sticky notes tampal dekat meja masing-masing tulis, "Hari ini kena diam". So, kalau rasa nak membising, cepat-cepat tengok notes tuh.

Tapi, kalau dah nama bising, memang tahan separuh masa pertama jer lah. Lepas tuh macam dah tak boleh tahan, mulut tuh nak membuak-buak jugak bercakap. AHAHA.

Tapi sekarang dah lain. Tiga-tiga dah jadi pemalu. Ayin pemalu. Aisyah pemalu. Zany pun pemalu. Kihkihkih! :P



Aku macam rindu korang semua lah! Jumpa lagi bila-bila ya!

Bersama SEM di Taiping.

Salam. Tiba2 teringat masa kat Taiping. Kita hadapi hari yang paling buruk masa nak pergi print tesis SEM. Siapa ingat? Semua nangis time tuh sebab ujan and takde taxi. aku, aisy, zany, fatin n siapa lagi sorang. Melia eh? Haha. Rindu korang beb! Have a good life. Nyte.

Waa, seyes nak nangis, teringat sangat weh. Terharu sangat. Sampai macam tuh sekali kite harungi detik nak siapkan SEM tuh. Waa. Rindu semua jugak. Seyes rindu. Kau pun. Jage diri baik-baik weh.

Tekun gila wat SEM sampai basah kuyup kan. Dah tuh pakcik taxi nak terkencing, aisy yang tenangkan dia. haha. Rindu kan? Misi kita bertiga nak diam sepanjang hari tak pernah berjaya. Ingat tak? HAHA.

* * *

Thank you Ayin. You bring me back those sweet memories. Serious cakap, masa melalui kejadian tuh, kau akan cakap, "!@#$%^&*, this is the bad things ever yang pernah jadi dekat kita. Macam-macam rintangan, halangan, dugaan semata-mata untuk siapkan SEM tuh jer." 

Tapi, bila hari ini, kau ingat balik, kau akan cakap, "This is the sweetest memories that I ever had with my wonderful friends. Walaupun macam-macam dugaan yang datang, at last, kita berjaya jugak siapkan SEM tuh dengan jayanya." Kan?

Kamus : SEM - School Enrichment Program.

Ape jadah nie Zany?

Owh. Sebagai MRSM student, selain pointer above 2.00, SEM adalah salah satu elemen penting yang korang perlu ada sebagai syarat untuk graduate. Kalau takde, tak graduate. HAHA.

Ape benda yang kena buat?

Dipendekkan cerita, kitorang kena buat thesis. Kena pilih groupmate sendiri, kena pilih penasihat sendiri which is cikgu-cikgu yang ada dalam maktab tuh. Kena pilih tajuk sendiri, kalau tajuk tak mengancam, cikgu penasihat reject. Kena pergi carik mana-mana universiti yang ada dalam pelosok Malaysia nie sendiri. Kena cari pensyarah dalam universiti tuh untuk handle experiment korang sendiri, untuk bagi arahan ape yang korang perlu buat. Dan korang kena buat experiment, record data, tangkap gambar, dan hasilkan satu buku sebagai hasil kajian korang.

Tak kurang juga, masa hari pembentangan, kau kena speaking depan juri-juri pasal tajuk thesis n kajian thesis korang. Pada hari tuh jugak, korang akan bukak booth masing-masing untuk mempersembahkan kajian korang kepada orang ramai. AHAHA. Mase tuh junior-junior, student-student sekolah lain akan datang lah dari satu booth ke satu booth untuk tengok kajian korang.

Kalau diorang tak tanye bagus lah. Datang student-student yang mempunyai curiosity yang amat tinggi tuh, memang berbuih lah kau kena jawab ape diorang tanye. Apa? Kenapa? Bagaimana? Bila? Di mana? Semua diorang nak tanya. HAHA.

Nak nak budak sekolah rendah.

"Nie ape nie kak?"

"Owh, kalau buat macam nie boleh tak kak?"

"Mane akak tau nak buat macam nie kak?"

Kajian aku adalah dalam kategori Chemistry, so, kalau aku explain pun dekat budak-budak darjah tiga tuh guna term Sodium Chloride can cure your Ulser bagai, macam lah diorang faham. Last-last aku cakap jer, "Kalau adik-adik ada mata ikan dalam mulut, taruk lah garam. Sekian, terima kasih." :)

Experiment dan kajian kitorang kena siapkan masa cuti sekolah hujung tahun Form 4 tuh. Kira bila bukak sekolah, kitorang kena prepare untuk presentation n booth pulak. So, mase minggu nak dekat present tuh semua orang kelam kabut lah, buat button lah, print brochure, print benda-benda, gambar-gambar yang nak kena tampal dekat board ape semua.

Sehari sebelum presentation tuh, semua orang berkampung dalam lab dari pagi sampai lah prep petang dan sambung pulak sampai prep malam. Benda nie indah tau sebenarnye sebab nampak semua orang bertungkus lumus untuk buat yang terbaik untuk group masing-masing.

Masa minggu tuh adalah hari outing budak lelaki, tapi disebabkan semua orang kelam kabut macam nak gila, warden bagi outing dua-dua jantina pada hari yang sama. So, semua orang keluar, taxi memang haram jadah lah nak dapat. Entah dekat pakcik mana entah kitorang merayu suruh datang balik ambil kitorang lepas hantar satu group pergi pekan Taiping.

Okay. Dah berpeluh-peluh dah tuh. Korang tau kan baju batik Taiping yang hijau striking. Aku cuak bila berpeluh dekat part ketiak memang nampak and macam segan gila lah. So, nasib tak berpeluh sampai dekat situ kan. Eiuu.

Dapat taxi, tapi kitorang tak jumpe carik CC. Kitorang perlukan CC jer sebab nak kena print benda-benda, risalah-risalah tuh semua. Tup-tup, hujan lebat. Payung takde, ape takde. Kitorang redah jer lah hujan dengan berpayungkan awan. HAHA. Basah kuyup lah weh. Tapi masa tuh macam dah tak kira dah basah ker apa, sebab perasaan excited jumpa CC dah membuak-buak.

So, basah jer lah kitorang sepanjang jalan. Macam redha jer lah jalan basah-basah pun. HAHA. Lepas dah print semua, pergi Tesco, jalan-jalan kejap, eyh eyh, kering dah baju. AHAHA. Duduk dalam air-cond, keringlah. So, takde lah segan sangat nak masuk maktab lalu pakcik gad ambik kad outing dengan basah kuyup. HEHE.

Inilah yang orang kata perngorbanan masa belajar. Tak kira panas, tak kira hujan, sanggup diredahi demi belajar. Sekarang, baru aku faham.

By the way, tentang misi kitorang bertiga nak diam sepanjang hari tuh, akan aku cerita on the next post okay. 

Wah. Aku rasa macam banyak gila benda yang aku tengah rindu sekarang. Yelah, cuti panjang memang tujuan dia untuk merewang dan mengenang. So, hasilnya, terbitlah perasaan rindu.

Wah! Wah!


Saturday, July 2, 2011

Entri permulaan Julai biar berisi.

Assalamualaikum.

Biarlah aku mulakan entri Julai dengan pengisian yang baik. Dengan harapan, hari-hari aku yang mendatang akan lebih baik, akan lebih selesa dan lebih tenang.

"Imam Muda. Sebuah program realiti  pemecah tradisi yang menyaksikan perjalanan anak muda tempatan dalam mengejar satu impian", kata Ustaz Hj. Dzulkarnain.

OkayOkay. Memandangkan semua orang pun tengok, semua orang pun tau, macam mana rancangan tuh tadi. Dan aku pun bukan lah nak buat review nak #komenkomen bagai. Aku cuma nak petik serba sedikit daripada apa yang aku lihat dari mata aku secara kasarnya.

Secara keseluruhannya, apa yang aku boleh cakap, aku tersentuh. Tersentuh bukan tahap biasa-biasa, tapi sampai tahap menitiskan air mata.  Yup. Aku mengaku, sebagai perempuan, bukan sekadar perempuan, tapi sebagai perempuan yang mempunyai hati yang agak lembut, memang mudah untuk menitiskan air mata. Tapi, kita kena ingat, air mata itu bukan dititiskan secara sengaja melainkan ia betul-betul datang dan hinggap dalam hati.

*Amboi ayat. HAHA.

Satu. Aku tersentuh bila tengok hubungan antara ibu bapa dan anak. Kawan-kawan, kalau kita tengok tadi, sampai-sampai jer Imam Muda dekat kampung halaman, tangan siapa yang mereka cari dulu? Ibu dan bapa. Ya betul! Pandai! HEHE. Yang aku tersentuhnya masa part Imam Muda Hassan. Beliau dah jadi anak yatim sejak dari umur 7 tahun lagi. Nampak kan betapa dia sayangkan ibu dia. Dia peluk ibu dia. Ibu dia nangis dekat bahu dia. Wah. Dan sebelum pulang, beliau tak lupa untuk melawat kubur arwah abah beliau. Beliau menangis, aku juga menitis.

Lagi satu. Aku nak petik adegan bila Imam Muda Nazrul nak balik, anak dia kecik lagi, dalam 2/3 tahun lagi, menangis. Sambil menangis, dia lambai dekat Imam Muda sambil berkata, "Ayah..Ayah..". Atok die yang pujuk, "Ayah pergi kerja yer. Ayah pergi kerja.." Waau. Memang syahdu.



Kedua. Hubungan antara suami isteri. Memandangkan aku masih lagi bawah umur, dan sudah tentu aku masih belum nampak jelas dan nyata lagi macam mana kehidupan bila bergelar suami isteri (suatu hari nanti, InsyaAllah =] ), tapi, apa yang aku lihat tadi, dari mata kasar aku sendiri, ia seperti indah. Sekali lagi saya ulang, melalu pemerhatian mata kasar. Adegan itu adalah semasa Imam Muda Nazrul mencium dahi isteri beliau sebelum berangkat ke KL. Soo sweeet :)

Aku ingat lagi, masa awal-awal buat blog, masa zaman orang tag-tag suruh jawab soalan panjang berjela. Aku ingat lagi salah satu soalan itu, "Berapa lama anda rasa hubungan kamu akan berkekalan?". Dan andai kata hari ini ada lagi soalan macam ini dekat aku, jawapan aku tetap sama, "Biar sampai tua. Biar sampai bila-bila". (.^_^.)


Ketiga. Hubungan antara guru (mursyid dan mudir) dengan pelajar. Boleh nampak kan betapa kasihnya tenaga pengajar dekat anak murid mereka. Dan yang paling bagus. Langsung tiada istilah pilih kasih. Bila mursyid dan mudir cakap atau puji Imam Muda, mereka merujuk kepada semua Imam Muda, bukan hanya pada si juara atau pun si naib juara.



Dan yang terakhir sekali, hubungan sesama sahabat. Cop. Awal-awal aku tekan kan, sesama sahabat satu jantina. Jangan salah faham. Jangan ingat kita ada satu kumpulan campur gaul, kita kena akrab pada tahap yang sama. Tidak. Secara jujur, aku yang dulu memang macam tuh. Aku suka kawan dengan budak lelaki, gelak-gelak dengan diorang, lepak-lepak, sembang-sembang, sebab bagi aku diorang sangat sempoi. Tapi jangan risau, aurat, tepuk tampar itu semua aku masih jaga. Taiping, mula ubah aku sedikit demi sedikit. Aku dapat kawan macam Aisyah Mokhtar, dan classmate-classmate yang lain. Pandai jaga diri dan ada rasa malu pada lelaki. Sekali lagi, aku bersyukur, aku masuk UIA, aku dapat kawan macam Ayuni, Hanis, Ella, Pah, Uya, Najla, Wani, Yana, Bella. Semua bagus-bagus. Lagi satu, bila aku sedar ada hati di luar sana yang aku perlu jaga, aku perlu tukar. Dan sebab yang utama, aku tak nak bagi malu Ibu dan Abah tak kira Ibu dan Abah sendiri atau bakal. Dua-dua pihak aku nak jaga.

Ishh. Aku sampai mana dah nie. HAHA. Jadi, untuk kawan-kawan lelaki aku di luar sana, yang aku kenal di sekolah Kiaramas ker, Putrajaya ker, Segambut, UIA, Taiping atau mana-mana sajalah, mungkin ada yang kata Izzani sombong atau apa. Tapi, percayalah, apa-apa pun kita tetap kawan. Korang contact, aku angkat. Korang message, aku balas. Korang nak ajak gather, aku datang. Tapi, biar berbatas. Aku tak nak kecilkan hati orang-orang yang aku sayang. Serious. Sekali terkecil, kesan tuh akan tinggal kan. Itu yang aku tak nak. Okay guys! :)

HAHA. Okay. Izzani sedikit kelaut. =.="

Isi dia simple jer. Aku terharu tengok ukhwah sesama Imam Muda. Diorang memang macam kawan yang kamcing gila. Tolong satu sama lain. Support satu sama lain. Dan sentiasa merendah diri. Itu yang aku suka. Itu saje :)

Disebabkan ini adalah entri pengisian, jadi, harap maaf lah jika terpanjang sedikit yer. Korang kenal kan Izzani. Entri dia memang payah nak pendek-pendek lima enam baris. Mungkin ada, tapi jarang. HAHA.

Korang, Izzani dah pasang balik function LIKE button untuk Facebook. So, kalau suka dengan entri yang panjang berjela macam nie, click! saja okay. Kbai!