Sunday, August 28, 2011

Gerak gerak gerak. HAHA.

Dari kanan: Beg Kaklong, Beg Kakngah, Beg Affiq dan Beg Izzah.
Okay adik-adik, daaarii kiri, cepat beratur! HAHA. Kita akan gerak ke Bagan Datoh, Perak Darul Ridzuan untuk beraya di kampung yang aman damai dan dirindui beberapa jam saja lagi. Saudara mara ada yang sudah menunggu. Sabar yer. Byebye Kuala Lumpur ter-busy sedunia, for a while. HAHA. Hai Perak Darul Ridzuan yang aman damai. HEHE.

Tak. Sebenarnya nak cakap. Disebabkan masing-masing kena bawak beg sendiri, maka, semua orang pun bawak beg sekolah jer lah. Dan untuk stok pakaian seminggu, semua orang bawa beg sekolah dah macam kura-kura. AHAHA. Kembong giler beg-beg tuh. HAHA.

Kbai! Selamat Hari Raya :)

Kasi ucapan sikit. HAHA.



Selamat Hari Raya,
untuk semua ahli keluarga tercinta, insan tersayang di perantauan, saudara mara, sahabat handai, teman-teman dan untuk semua yang mengenali diri ini (ececey. dah macam ucapan dalam radio pulak). HAHA. Aku/Saya/ minta maaf zahir dan batin atas semua salah silap andai ada terguris hati mana-mana. Selamat menyambut Aidilfitri dengan gembira di samping insan-insan tersayang. Jaga diri baik-baik. Have a safe journey pergi dan pulang dari kampung. Raya-raya jugak, makan-makan jugak, kesihatan jangan lupa jaga. Memang nanti lembu, kambing, ayam semua terhidang depan mata, pandai-pandai bajet jaga kesihatan tuh okay. Siapa-siapa agak-agak nak huluq duit raya dekat aku, aku alu-alu kan jer. Aku pun tak dikira fully dewasa lagi. Masih awal remaja. Layak lagi kot nak terima duit raya. HAHAHA. Okay.

Salam Aidilfitri tulus mulus dan ikhlas dari Izzani & Keluarga. :)


Saturday, August 27, 2011

Double thinking.

Assalamualaikum. Salam Ramadan dan salam bakal-Syawal :)

Alalala, nampaknye semua umat Islam dah tak sabar menanti kehadiran Syawal/ Aidilfitri/ Raya yer. Setahun sekali, siapa tak gembira kan? Lagi-lagi untuk menyambut kejayaan kita selepas berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

Teringat masa kecik-kecik dulu, "Siapa puasa tiga hari jer, dia boleh raya tiga hari jer jugak". HAHAHA. Disebabkan keghairahan aku sebagai budak nak sambut raya, punya lah bersemangat nak puasa penuh, sebab nak raya 30 hari. Cuak tak dapat duit raya bhaii. HAHAHA. Otak budak lagi masa tuh.

So, amacam persiapan? Macam mana pun persiapan anda, bersederhanalah okay :)

Tadi aku pergi Chow Kit dan Jalan TAR. Macam biasalah. Nak cari-cari lagi barang apa yang tak cukup. Kepala aku untuk kali ini kena fikir double korang tau. Satu, aku kena fikir apa benda nak kena packing-packing nak bawak balik kampung untuk seminggu. Dua, dah tentu tentu aku kena fikir barang-barang nak kena bawak pergi Kuantan. Tolong lah jangan dah last minute nanti ada lagi benda tak settle. Really really hope for that. HAHA.


Korang tau, Chow Kit dengan Jalan TAR tadi, perrghhh. Lautan manusia dan kenderaan semata-mata wehh. Aku pergi berdua jer dengan abah tadi. Mula-mula gerak naik kereta dengan abah. Tapi, keluar-keluar jer susur Jalan Kuching tuh pun dah jem, ape entah lagi nak pergi tengah bandar tuh. So, patah balik rumah, tukar, naik motor jer, settle! HAHA. Merempit lah aku dengan abah. HAHAHA.

Dekat Chow Kit tuh, aku pergi UO jer sebab aku nak beli track suit dua helai nak bawak pergi Kuantan nanti. Tak cukup seluar lagi. HAHA. Tau tau jer lah Chow Kit tuh kan, bukan ramai orang Malaysia pun. Senang cakap, kawasan Chow Kit tuh dah jadi kawasan orang _______. Malas nak cakap, kang orang cakap menimbulkan kekecohan pulak kang. HAHAHA. Tensi jer pergi Chow Kit tuh. Dah takde bau orang Malaysia dah. HAHA.

Lepas tuh, aku pergi Jalan TAR sebab nak cari tudung untuk baju raya. Baru sedar, baju raya aku takde tudung lagi rupanya. HAHA. Aku cuba bergerak dengan pantas lah. Abah tunggu kejap tepi jalan, aku masuk lorong Aked tuh, cari tudung cepat-cepat tapi tepat! HAHA. Tapi, depan SOGO tuh semua, memang tak boleh blah laa. Raaaamaaaaaaiiii gilaaaaaaaaa orang. Serious. Aku tak tipu. HAHA.

Okay lah. Yang dah nak gerak balik kampung tuh, semoga selamat pergi dan pulang. Moga-moga pulang nanti size perot maintain lah okayy. Jangan makin gebu gebu dah laa. HAHA. Aku balik kampung besok, lepas berbuka. Tapi, baju aku, satu hapah pun tak packing lagi.


Okay. Aku rasa aku kena start packing sekarang. Okbai! :)

p/s: Secara jujurlah, aku tak berapa ghairah pun nak sambut Merdeka. Bukan nak kata aku tak bangga, tak bersyukur ker apa. Tapi entah lah, perasaan semangat beraya telah overcome semangat merdeka tuh. Sorry lah okay. Sebijik bendera pun aku takde gantung. HIHI. Apa-apa pun, aku tetap anak Malaysia. Aku cuma nak jadi jujur jer. HAHA.

Misi langsir raya Izzani!

HAHAHA. Title post nak poyo jer. Tak payah nak langsir Izzani sangat lah kan, sebab bukan Izzani pun yang menjahit bagai. HAHA. Ibu Izzani yang menjahit langsir-langsir raya nie semua. Syabas ya mera batcha laah ibu! Memang terbaik. Langsir-langsir rumah aku memang mostly ibu yang jahit. Jarang tempah or beli siap. Harap-harap la bakat si ibu tuh turun kepada si anak. Tapi, bila masa nak turun tak tau. Sampai sekarang pun tak turun-turun lagi. HAHAHA.


Ini adalah langsir sebelum. Langsir raya tahun lepas nama dia. See, siap tangga-tangga bagai dalam usaha menjayakan misi langsir raya Izzani ini. Almaklumlah, aku nie tak berapa nak tinggi. Langsir tuh pulak tinggi bak ang. Khidmat tangga sangat-sangat-sangat lah diperlukan.


Dan ini kemudian. Setelah berhempas pulas memasang besi #apentahname yang cangkuk-cangkuk tuh. Memanjat-manjat tangga. Usaha akhirnya berjaya. Langsir raya! HAHAHA. Gila bapak excited aku nie haa. Berjaya pasang langsir sorang diri. Tiga layer kot. Yang jarang tuh, yang tebal tuh dan kepala atas tuh. Semua layer asing-asing.

Dan sekarang aku sedang mengalami back-pain. Sakit belakang bak ang. Dok turun panjat turun panjat tangga. Unstable dah belakang aku nie haa. HAHA. Lagi satu, biceps aku tengah tegang sekarang nie. Keras dah macam bina badan dah haa. Lactic acid banyaakkk. HAHAHA. Tula, tak warming up dulu before pasang langsir. HAHA. Langsir tuh berat wehh. Serious berat gilaa. HAHA.

By the way, hari tuh, masa puasa hari ke-20, adik-beradik ibu kumpul dekat rumah aku buka puasa ramai-ramai. Memang tradisi lah tiap-tiap tahun mesti reserve satu hari untuk gather semua ahli keluarga buka puasa sama-sama. Ukhwah kekeluargaan itu penting yer anak-anak.


So, macam nie la lebih kurang suasana nya. Yang nie masa lepas tarawikh. Buat doa tahlil sikit. Yang nie tak semua lagi. Ada yang duduk celah-celah dinding, tepi-tepi almari. HAHA. Rasanya semua 10 orang adik-beradik ibu datang. Kalau tak datang pun ada wakil lah :)

Okay lah. Itu sahaja untuk kali ini. Aku nak melayan belakang aku yang sedang pain nie. Siapa ada, nak pinjam Yoko-Yoko. HAHA. :P

Tuesday, August 23, 2011

Raya.


Baju raya dah siap tempah ker?
Dah laah wehh. Sebulan sebelum raya lagi siap dah. Kalau nak tempah last-last minute macam nie alamatnya, kau jahit lah baju sendiri. Taylor tutup kedai dah wehh.

Berapa pasang baju raya tahun nie?
Officially dua. Satu untuk pagi raya. Satu lagi Rahman bagi. HIHI :) Nak banyak-banyak pun, aku raya dekat KL seminggu jer pun. Tak tolak balik kampung lagi. HAHA

Ape tema warna tahun nie?
Tema Merdeka. Semangat patriotik sikit. Kan merdeka sekali. HAHAHA. Takde lah. Aku tipu. HAHA.

Tahun nie raya dekat mana?
Raya pertama, kedua, ketiga; kampung di Bagan Datoh, Perak. Keempat, kelima; Rumah, Wilayah Persekutuan KL. Keenam, ketujuh sampai habis sebulan; UIA, Kuaantaaaaannn.

Bila balik kampung?
Tengok lah. Dua tiga hari sebelum raya rasanya.

Kuih raya dah buat?
Aiihh. Salah orang lah kalau tanya aku. Aku tak belajar lagi nak buat kuih raya. Makan kuih raya aku pandai laah. HAHA.

Apa azam raya tahun nie?
Aik? Raya pun ada azam eh? HAHA. Azam aku raya tahun nie, pagi-pagi raya lepas solat raya apa semua, aku nak makan ketupat dengan rendang kerang. Aku nak makan tiga biskut favourite aku zaman-berzaman; biskut Nescafe, kuih sarang semut dan kuih semperit. Aku akan merindui cookies dan kuih semperit yang mama Rahman bagi raya tahun lepas. *Ade lagi tak tahun nie?* HEHE. Paling penting aku nak bermaafan dengan semua orang kerana diri aku juga seringkali khilaf dalam melakukan kesilapan.

Sekian. TAMMAT.

p/s: Cewah. Cewah. Dah tambah lagi satu tab laah dekat menu bar. Tumblr koott. Jemput-jemput lah melawat. HIHI :P


Monday, August 22, 2011

Sebab kenapa aku hilang sekejap.

Guys, if you wonder where's Izzani have gone lately, no, I'm still being around this blog. Still open and check the dashboard as usual. I'm just not post anything - unless pagi tadi. HAHA. So, kalau timbul tanda tanya pada semua, ini jawapannya.


HEHEHE. Jangan maraah haa. Tapi, ini tak bermaksud langsung pun aku akan letak blogspot yang terchenta menjadi nombor dua. Cuma, biasalah, awal-awal lagi. Bagi biasa dulu dengan benda baru kan? Jujur lah. Aku memang sangat senang terpengaruh dengan kawan. Boleh kata semua account yang aku ada; Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, Blogspot dan Tumblr, semua bila kawan-kawan yang bagi galakkan yang sangat kental. HAHAHA.

Bagi aku, masing-masing ada kelebihan masing-masing. Mem-personifikasi-kan sekejap ya. Blog boleh taip entri panjang-panjang, which Tumblr can't. Bukan tak boleh langsung, cuma tak sesuai. But, through blog, you can just see wordssss around, but through Tumblr you can see more awesome pictures, photos, as well as my favourite arts, Typo. :)

The only reason why aku create account Tumblr is, aku nak simpan quotes-quotes-quotes, typo-typo-typo, dan photo-photo-photo yang cantik-cantik dan bermakna, instead of save as in Local Disk (D:) which just memenuhkan ruang hard disk anda yang nanti bakal dipenuhkan dengan assignment-assignment yang lebih penting.

HAHA. Okay. Thats all. Feel free to visit my Tumblr? Yes. I know you will. HEHE. I'm new on it, so, tak banyak lagi post and reblog dari aku. Baru hari nie aku officially bagi tau ramai orang. HAHA. Okay. Thats all. Don't worry, blogspot tetap blogspot. Dekat mana lagi aku nak cerita panjang lebar, nak luahkan pendapat yang tak-berapa-bernas, kalau bukan dekat blog nie kan? Tumblr is just photos and typos. :)

Orait. Salam :)

Laptop settled! Boleh bawa pergi Kuantan dengan selesa. HAHA.

Peace be upon you. Assalamualaikum :)

Ohho! Tengah letih urat bahu dan kaki nieh. Aku baru sampai rumah saja ini. #Aiihhmacambiasalaahh. Baru lepas men-diagnose-kan masalah laptop aku yang tak tahu punca tuh. HAHA. So, hari tu, masalah Windows Not Genuine sudah dapat diatasi disebabkan ke-baik-hati-an dan ke-bravo-an abang sedara aku. Jadi, hari ini, aku baru sahaja selesai men-diagnose-kan masalah battery yang taknak berenggang dengan charger itu.

Selalu hal-hal macam ini, kita bawak pergi centre jer terus senang. Confirm-confirm dapat barang ori. Harga pule boleh dirunding. Tak lah, harge tetap lah. Cuma die tak de lah ambil untung banyak sangat macam dekat lowyat. So, pagi-pagi tadi, around 9.30 a.m, aku gerak pergi HP Tower dekat Damansara. Memang dekat jer dengan rumah aku, tapi sebenarnya, aku tak tau jalan pun. HAHAHA. Berkat tunjuk ajar abah tunjuk jalan semalam lah, aku ingat jalan. Walaupun dekat jugak la dengan rumah, tapi entah lah, aku rase KL nie macam twenty-four-seven highway jer. Kalau silap masuk simpang kang, sesat-sesat, sudaahh, tak tau aku nak balik rumah macam mane. Mane ade U-turn U-turn. HAHA.

Sampai HP Tower. Abah cakap susah sikit dapat parking dekat situ. Abah cakap, tawaf la dulu tige empat kali tunggu parking. Tapi, syukur Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan, betul-betul tinggal satu parking. Memang rezeki aku lettew. HIHI. Aku malas nak parking dekat HP Tower tuh. Mahaaall dong! Parking luar jer lagi bagus. Sejam baru lima puluh SEN.

Lepas tuh, menapak lah aku ke Service Centre. Dengan memikul laptop yang beratnya entah berapa kilogram, #tapiyangpastiBERATlaaahh. Ambil nombor, tunggu turn, tup tap tup tap, "Adik tak payah sign in (hantar dan tinggalkan) laptop dekat sini. Masalah battery, just beli battery baru dekat situ *sambil tunjuk*. Harga battery RM300". Ohh tidak!. Tak boleh mahal lagi ker? HAHAHAHA. -.-

Tapi, bijak jugak lah aku, sebelum membuta tuli beli battery yang "murah" itu, baik aku cek dulu betul ker masalah battery sekarang nie. Kot charger ker problem en, mane tau. HAHA. Jadi, aku mendukung laptop aku ke Test Centre. Suruh technician tuh cek.

Laptop di Test Centre.
Technician : Yes. Can I help you?
Aku : Yup. My battery get easily kong. Can you please check either the battery or charger yang problem.
Technician : Okay. When I pull the charger, if it off, then battery problem.
Aku : But, it will not totally off. It takes quite sometimes to shut down. But, really in short time.
Technician : (tarik charger aku dan laptop tak off).

HAHAHA. Kan aku dah cakap. Tak nak caye. HEE. Then dia pergi mane entah ambil pendrive, then cek-cek kandungan battery aku ker ape entah, dan resultnye zero. Battery aku totally kong. Tak dapat diselamatkan. HAHA.

Technician : Ya. Battery problem. You need to replace your battery.
Aku : Orait. So, the charger is okay?
Technician : Ya. Charger is okay (sambil mengangkat ibu jari tanda 'good')
Aku: Okay. Thank you. (sambil senyum) :)

Cewah cewah. Sepikingg beb! Gila kau kalau aku tak segan. Dengan BI aku hancus lebur berterabur. Seyes. Dah siapa suruh dia sepiking dulu. Orang kata, what you give, you get back. HAHA. *Takde kaitan*

Kemudian, aku pun pergi lah ke kaunter membeli-belah. HAHA. Tukar battery. Dan secara rasminya TIGA RATUS ringgit duit aku, eyh, bukan. Duit abah aku melayang. Kalau shopping tiga ratus tuh dah boleh beli macam-macam wehh. Ape kehalnye mahal benor battery laptop. HAHA. Logik jugak lah battery lama tuh kong, dua tahun dah aku pakai.



Kesimpulannya, panjang lagi lah riwayat kau hendaknye yer laptop :) Okay. Aku nak tidur. KChow!

Saturday, August 20, 2011

Lailatul Qadar.


Alhamdulillah. Sepuluh malam terakhir dah kita. Masa memang rasa cepat berlalu. Selamat menjalani ibadah puasa dan sama-sama kita menghargai hari-hari Ramadan yang berikutnya :)

Friday, August 19, 2011

Not Genuine to Ori. Yesssss! :)

Salam brothers sisters and all :)

Actually tadi aku tak berjaya bangun awal pagi sangat laaah. Aku dah struggle dah tak tido lepas Subuh, taapii, celik mata, eyh eyh, 10.30 dah. HAHAHA. Terus pergi mandi siap-siap nak pergi jemput laptop aku. Aku malas nak tunggu tengah hari or petang sangat. Tau tau jer lah jalan KL nie. Tengah hari waktu lunch tuh orang ramai keluar office. Lagi-lagi hari nie hari Jumaat, lunch time lama kan. Kalau petang tuh pulak, jangan kata lah. Menangis kaki kau nak tahan clutch lama-lama (almaklumlah, bawak manual jerr. sobs T___T)

Sebenarnya macam nie. Laptop aku sekarang nie jika dikira-kira balik dekat nak masuk tiga tahun jugak lah umur dia. Ker dua tahun? Tak ingat. HAHA. Ada satu hari nieh, dia rosak. Memang rosak gila laah. Sound takde, windows corrupted, plus left mouse tercabut. Kah kah kah! Aku rasa aku takde lah ganas mana. HEE. Lepas tuh hantar pergi HP, settled!


Setahun lepas tuh kot, tiba-tiba wallpaper hilang, screen jadi hitam, Windows Not Genuine notification keep buzzing me. Arghhh. Apa jadahkah ini? Tapi, disebabkan aku tak nak menyusahkan abah nak kena hantar pergi HP lagi, dan memandangkan function-function semua okay, aku pun biar jer lah. Malas nak ambil kisah. Aku aim, nanti dekat-dekat nak masuk Kuantan nanti, baru aku nak rawat dan pulihkan balik laptop nie. So, setahun jugak lah aku pakai laptop dengan Black Screen macam bila bukak, kau masuk rumah hantu, scary gilaa ooiiii. HAHAHA. =.="

Lebih kurang macam inilah. Tapi yang nie bukan aku punya. Google punya.
Lagi satu masalahnye sekarang, battery aku. Charger aku okay. Entah lah. Aku maybe jenis main belasah jer kot. Orang dah nasihat kan dah, kalau nak pakai laptop tuh lama, cabut battery pasang charger. Aku degil. Pakai battery, pakai charger lagi. Kan dah kena. Padan muka aku sendiri lah kan. HAHA. Battery aku sekarang macam sentiasa kong. So, kalau kau tak sumbat charger, selagi tuh laptop tak nak on. Sedeyh bukan? HAHA.

Dan memandangkan dah nak dekat masuk Kuantan, aku pun kembali lah dengan aim aku tuh. Nak baik pulih semula laptop yang hitam dan scary. HAHA. Mula-mula aku just ade idea, format balik. Thats it. Then, sajalah aku post dekat Facebook tanya kawan-kawan siapa pandai hal-hal computer nieh. Kot diorang ada idea lain. And thanks. Ada jugak lah member-member yang sudi tolong, share-share pendapat dan aku rasa aku boleh pakai pendapat diorang tuh. Diorang suruh aku off auto-update, then download WAT, then backup files, then format laptop, then run WAT tadi untuk mengelakkan gangguan notification not genuine tuh.

On the same time, aku tanya abang sedara aku, Abang Wan, dia pandai bab-bab computer nieh. "Abg Wan, kalau windows yang kaklong pakai nie not genuine, kaklong kena buat ape eh? Kena format dulu ker macam mane eh?" Sajalah. Minta pendapat yang lebih pakar kata orang. :)

Sekaaaliii, pagi-pagi buta, Abg Wan message, "Kaklong, nanti abg wan datang rumah ambil laptop kaklong. Abg Wan formatkan yang ori. Abg Wan ada CD and key die. Lepas format tak keluar dah genuine tuh." Yayy. Macam nak terus gembira loncat-loncat dah aku masa tuh. See. Caring gila. Padahal dari Sepang tuh. Berbasah-basah dalam hujan nak balik KL. Malam tadi Abg Wan datang rumah ambil laptop, dan tadi, aku pulak lah pergi rumah Along (panggilan untuk makcik aku, mak Abg Wan) untuk menjemput semula laptop aku.

Bravo lah Abg Wan! So, sekarang, laptop aku bukan sahaja dah kembali dengan wallpaper, dah takde screen hitam blank scary scary tuh lagi, malah, Abg Wan siap download kan sekali dah anti-virus, google chrome, skype and ape-ape lagi lah yang aku selalu guna. HAHA. Yang best, Abg Wan installkan program MiniLyrics. "Abg Wan, nie amende nieh?". "Owh. Yang tuh kalau pasang lagu ade keluar lirik dekat tepi nanti". Yayy! Boleh karaoke seorang diri lah lepas nie. Tak mumbling-mumbling lagi, atau gantikan lirik dengan Na Na Na Na Na bila tak ingat lirik. HAHAHA.
Lagu-lagu pertama yang aku pasang lepas Windows aku berwajah baru adalah lagu-lagu Outlandish. You should have a try guys dengar lagu-lagu Outlandish nie. Youtube lah. Best. Aku suka. Nanti lah aku list kan lagu-lagu dia yang aku suka. Orait. Sorry. Ter-over excited pulak. Aku perempuan. Manalah paham hal-hal laptop nieh. Serious. Haram jadah aku tak paham. HAHA. Tuh kena rajin tanya tuh. Okay lah. Nak kemas kini balik dah laptop. Masukkan balik file-file yang di-back-up apa semua. KChow! :) Salam.

Get ready right now, girl :)

Things to get ready. Hooyeaaahh. Nampak jer reaksi excited lebih, tapi dalam hati ade taman woo. Aku sayu nieh. Sayu nak tinggalkan rumah. Uwaaaa. Kenapa entah aku rasa cuti tiga bulan macam kejap. Kenapa entah aku rasa puasa sebulan macam, "Wah. Cepatnya sebulan tuh berlalu".

Macam nie -.-
Tak tau nak rasa apa nieh. Bercampur baur tambah tolak bahagi darab dah nie. Mood seronok nak raya. Tapi, bila mengenangkan orang di perantauan, aiseymaaann, mula lah sebak menyelubungi diri. HAHA. Mood happy nak masuk Kuantan, bila mengenangkan kepulangan yang dinanti, mula lah rasa kalau boleh nak balik KL cepat-cepat. HAHA. Camana nieh? AHAHA.

Tapi, tak pe lah. New experiences. Being positive. Be cool :) Kan?

Preparation so far so mantap. HAHA. Actually, kalau ditimbang kira memang about three weeks jer lagi Kuantan tuh bakal berdepan dengan aku. Tapi, untuk preparation, memang tak sampai tiga minggu pun lah. Aku rasa suntuk sangat dah nie. Imagine, next week, of course akan sibuk nak raya. Kemas rumah, cuci tilam, lap almari, mop lantai semua. Then, dua tiga hari sebelum raya, balik kampung. Kemas kampung, cuci tilam kampung, lap almari kampung, mop lantai kampung pulak. Paling tak pun, raya ketiga lah baru balik KL. Dua hari lepas tuh, Kuantan maaariiii. Ape lah sangat yang boleh buat dalam masa dua hari tuh. HAHA.

Jadi, aku dah start jugak lah settle up things mana-mana yang perlu di-settle kan. Rahman dah pesan, jangan bawak almari tuh dah laa. HAHAHA. Macam tau tau jer jumlah barang-barang aku memang setaraf dengan almari. HAHA :P

  • Laptop. Arghh. Ini masalah besar aku sekarang. Dengan batteri problem. Batteri tuh macam tak boleh nak berenggang sekejap pun dengan charger. Aku kahwinkan karang baru tau. HAHA. Windows not genuine lagi. Thanks laa member-member dekat facebook, gile bersungguh-sungguh nak tolong aku solve kan masalah not genuine aku nieh. But, Syukur aku ada really care abang sedara yang sangat baik hati. Nanti bila laptop aku dah pulih, aku cerita okay :)
  • Beg roda. Kah kah kah. Dari start cuti hari tuh lagi aku dah merengek-rengek nak beg roda. Kiddos punye Izzani. HEHE. Takde lah. Aku nak beg roda yang size sedang-sedang saja. Nanti kot aku nak balik KL selalu, takde lah nak kene pikul bag secara manual. HAHA. Dah beli dah. Thanks abah!
  • Stationary. Not done yet! Percayalah. Aku balik rumah hari tu dengan pensil box yang chubby penuh berisi. Tapi, selepas tiga bulan, pensil box aku dah lost weight, tinggal pen dua tiga batang yang dah hampeh takde dakwat lagi dah. HAHA. Adik-adik aku kebas maaa. Aku redha kan sajaa. HAHA.
  • Barang mandi, barang basuh baju, barang basuh pinggan, barang mekap. SETTLED! :) :)
  • Barang tidur. Err. Aku blur lah. Aku tak tau nak pilih nak bawak cadar mana satu. Selimut pun aku keliru. Nak bawak comforter ker, nak bawak selimut biasa jer. Suhu Kuantan tuh cane eh? Aku rasa better comforter. Err.
  • Barang dapur. Atau dalam kata nama lain, STOK MAKANAN aku. HIHI. Of course lah belum. Karang tak pasal-pasal roti expired aku bawak kalau beli sekarang. Lagipun, membeli stok makanan harus di-khas-kan pada satu hari. HAHAHA. Pelahap.
  • Electrical items. Buat masa sekarang nie, aku maybe bawak iron dengan toaster jer lah. Water heater aku takde lagi. Pinjam member punye lah. Tak pun aku beli air botol 5 galon tuh untuk stok sebulan jer lah. HAHA. Rice cooker, periuk belanga belum terfikir lagi lah. Tak tau lah kalau nanti kena fikir kan. Aihh. Kata kitorang duduk luar campus. Takkan tak boleh kot. HIHIHI. Saje. Sudah-sudah makan nasi bungkus jugak. HAHA.
  • Buku-buku. Aku tak tau lah. Aku selalu fikir nanti nak guna buku nie, nak guna buku tuh. So, aku bawak jer lah dulu buku Biology Campbell, Physics tak ingat brand, dengan Chemistry Raymond Chang (perghh. giler berat nak pikul tiga-tiga buku tebal nieh). Plus of course. Komik-komik aku WAJIB bawa. HAHA.
  • Pakaian. It's okay. Pakaian dua hari left before depart tuh sempat lagi nak packing. Takkan packing sekarang kot. Berhabuk baju dalam beg-roda-baru-beli-tuh. AHAHA. :P :P
Dah lah. Rasanya tuh jer kot. Ada aku miss ape-ape lagi tak? Cepat-cepat ingatkan aku.

p/s: Rasa macam senang sangat duit mengalir sekarang. Settle barang-barang aku nie jer haa dah beratus habis. Gilaa sadis. HAHA.

Dah lah. Aku kena berazam, belajar rajin-rajin. LULUS semua exam. Grad dengan title Dr. err err. Dr. Gigi jer lah tapi. HAHA. Lepas tuh kerja. Cek gigi orang banyak-banyak. Kumpul duit untuk ibu abah. Dan seterusnya membina keluarga bahagia. Ohhh. Keluarga bahgiaa aaa aaa. *nasyid*. Panjang pulak azam aku. InsyaAllah. Amin Amin Amin. HEHE. KChow!
Jangan ahh takut jumpa aku nanti wehh. Nanti bila dah start tahun clinical aku, aku jemput semua eh jadi patient aku. Jangan risau. Lambat lagi. Sempat lagi korang nak prepare physical n mental. HEHEHE :)
p/s/s: Tolong kejutkan aku awal pagi besok. Aku nak pergi jemput laptop yang dirindui aku tuh. Kalau terbangun lewat, alamatnya, terpaksa meredah kesesakan lalu lintas di kota raya KL nie la nampak gayanya.

Wednesday, August 17, 2011

Opocotlipascomelcomelcomel! HAHAHA.


HAHAHA. Apesal lah masa zaman kegemilangan lipas chewing gum nie aku selalu saja terkena. Tula, dah kena sekali pun tak insap-insap nak makan chewing gum walaupun berperisa lipas. HAHAHA. Aku tau, dekat luar sana tuh ramai yang senasib dengan aku. HAHA. Tapi sekarang, kalau pun wujud lagi benda nie, pehh, pandang sebelah mata jer. Tak heran lah, aku dah pernah kena banyak kali dah masa sekolah rendah dulu. Inilah yang dikatakan, belajar dari pengalaman. AHAHA. :)


Kena cuba jadi berani.


Manusia sekarang ramai yang takut untuk berani. Mereka takut untuk nak percaya sekali lagi. Mereka takut untuk nak berharap sekali lagi. Alasan mereka, aku tak nak kecewa lagi. Ciss. Prejudis. Come on guys! Cuba jadi berani sikit. Kau sedar tak diri kau tuh tabah. Kau sedar tak lembik-lembik kau tuh pun, kau masih ada kekuatan. Kau jer yang takut nak tunjuk kekuatan kau tuh. Mudah sangat mengaku diri tuh tak mampu.

Sepanjang bergelar pelajar misalnya. Percayalah, sampai satu tahap, kau akan dengar jugak rengetan kawan-kawan kau yang kata, aku dah malas nak belajar. Aku usaha kuat mana, aku stay up lama mana, aku minum nescafe banyak mana pun, result aku macam tuh jugak. Ahh. Alasan lama. Lapuk dah. Cuba kau fikir, "Habis tuh, kau tak nak belajar, kau nak jadi apa?". Bab-bab belajar, memang aku suka bagi harapan dekat orang. Aku rasa ralit sangat kalau orang kecewa sebab belajar. Kalau putus asa sebab belajar. Kalau boleh aku nak duduk belakang orang tuh, push dia, tolak dia sampai dia yakin dengan diri sendiri yang dia pun boleh berjaya macam orang lain.

Misalan lain, seperti jatuh cinta. Ada manusia kata, aku takut nak bercinta. Aku pernah dikecewakan. Aku pernah terluka satu masa dulu. Come on. Masa dulu tuh masa dulu lah. Memang kau susah nak lupa, tapi kalau kau tetap duduk di takuk lama, takut untuk jatuh cinta, sampai bila kau nak paksa ruang dalam hati kau tuh untuk kosong? Jiwa kau jer yang meronta, tapi kau tidak berusaha.

Aku hormat pendapat yang kata, aku tak mencari cinta sekarang sebab aku perlukan masa untuk sembuh, tapi, aku ada target bila masa aku nak mencari dan terima cinta semula. Ya. Aku malah sokong pendapat mereka. Tapi, aku tak boleh terima kalau orang yang kata, "Aku malas nak bercinta dah. Aku tak nak kahwin." Roomate aku dulu ada kata, jangan sesekali kata, "Aku tak nak kahwin". Kahwin tuh satu tuntutan agama. Kalau masin mulut kau, tak ke kau rasa menyesal nanti sebab tak dapat tunaikan satu tuntutan itu.

Banyak lagi misalan lain yang boleh kau kait dengan kehidupan kau. Sepanjang kau membesar,dari kecik sampai besar, pernah tak kau mengeluh tentang diri kau? Pernah tak kau kata kau tak mampu? Rasa letih? Penat untuk teruskan hidup? Ada? Tapi, cuba kau lihat diri kau sekarang? Dekat mana kau berada? Kau masih berada atas kaki kau sendiri. Itu tandanya apa? YA. Kau kuat! Mulut kata penat, tapi diri kau tak. Diri kau tetap dengan ego mahu teruskan hidup jadi insan cemerlang, gemilang, banyak wang. HAHAHA. :)

Ya. Jadi, cuba kita sama-sama untuk jadi berani. Dalam belajar, jangan cepat sangat mudah putus asa. Jangan cepat sangat nak melatah kata yang kau tak boleh buat exam, tak boleh jawab quiz. Jangan cepat sangat ambil keputusan nak undur diri. Kalau yer pun kau dapat result teruk, jangan lupa, kau masih ada peluang pada masa akan datang. Grab it! Dalam buat kuih raya, kalau hangit di cubaan pertama, jangan cepat kecewa, terus tak nak buat dah. Cuba lagi kali kedua, cuba lagi kali ketiga. Hasilnya mungkin cantik di akhir nanti :)

Aku cakap dekat diri aku jugak. Aku nie lembik sangat orangnya. Tapi setakat pengalaman yang aku ada, aku rasa aku dah cuba untuk jadi kuat yang boleh, tabah yang mungkin, dan berani. Apa yang sudah tuh sudah la. Tapi yela, sudah sudah pun, aku masih berharap yang sudah tuh tak akan jadi lagi. Aku mungkin berani untuk percaya, tapi, aku takut untuk terima LAGI dan aku takut kalau teringat LAGI. Itu kelemahan aku yang harus aku perbaiki dan aku kena usaha lebih lagi untuk itu.

Okay lah. So, sama-sama lah kita menggalas tanggungjawab sebagai manusia nie. Untuk diri kita jugak. Anggap sahaja masa kau ter-kecewa tuh sebagai penggalak untuk kau melonjak. Kalau kau tak jatuh, masakan kau boleh naik. Contoh mudah, kalau kau tak dapat result teruk, masakan kau tau kelemahan diri kau, dan masakan kau akan berfikir untuk lebih berusaha. Benda-benda nie semua lah yang buat kau lebih maju dalam hidup. Percayalah, masih ada harapan untuk kau. Jangan takut untuk percaya. Sekian.

Saje berfikir. HAHA.


Kau agak ape? HAHA.

Salasilah kehidupan handphone aku.

Assalamualaikum :)

Orait. Semalam aku dah membebel bla bla bla pasal apa yang aku tak makan. Sekarang aku nak cerita pasal salasilah handphone yang aku pernah pakai pulak. Boleh?

1. Nokia 3310.
Standard lah. Kalau yang umur baya-baya aku, boleh kata mostly penggunaan handphone bermula dari 3310 lah kan. Tak pun, maju sikit 3315. Ape beza dia ntah. Aku tengok same jer. HAHA. Aihh. Memang nostalgic gilaa lah handphone nieh. Walaupun orang kata baling anjing, bagi aku, itu lah handphone paling tough pernah aku pakai. Kau dera lah dia macam mana pun. Jatuh katil ker, jatuh berderai bersepai ker, kadang-kadang dah termasuk lobang jamban pun boleh guna laagi tauu. Bateri jangan kata lah, seminggu tak cas pun takpe. HAHA. Plus, handphone nie paling cun sebab casing dia banyak jual murah-murah. Casing bukan yang biasa-biasa pulak tuh. Cartoon-cartoon, colourful bagai. Aku punya dulu warne pink! HAHA. Tapi, 3310 nieh bukan fully aku punya. Kira guna istilah share adik beradik. Kira semua orang boleh pakai lah. Masa tuh aku darjah 6 kalau tak silap. Disebabkan aku kaklong, aku lah yang conquer. HIHIHI. :D Plus, adik-adik aku kecik lagi mase tuh, mane la nak pegang handphone sangat. HAHA.

2. Nokia 8250.
Nokia 8250 nie lebih femes dengan gelaran Butterfly. Biasalah. Zaman dulu. Handphone Butterfly lah, Sabun lah, Daun lah. Macam-macam. HAHA. Masa nieh kira dah rasa maju sikit lah walaupun pakai Butterfly jer. Sebab masa tuh orang semua berebut nak pakai handphone kecik. Tak nak baling anjing dah. HAHA. Tapi, kejap jer aku pakai handphone nie. Masa form 2. Bayangkan. Berapa lama aku pakai 3310 tuh. Dari darjah 6 sampai form 2. HAHAH. Kira lama jugak lah tuh. HAHA.

3. Nokia 2100.
Aku cari dekat Google, tau aku tulis ape? "Nokia boleh letak gambar". HAHAHA. Guna handphone nieh masa form 2 sampai form 3. Kira dah puas hati jugak lah pakai handphone nie. Kecil dan screen luas sikit. Black and white pun, ade aku kisah? Serious aku tak kisah langsung. HAHA. Dekat belakang casing handphone nie boleh letak gambar. Tapi, aku biar kosong jer. Nak letak gambar ape? Boypren mane ade lagi masa tuh. AHAHA. Tapi, eksaited jugak lah ada handphone boleh letak gambar. Kelakar jer rasa bila teringat balik nie haa. HAHA.

4. Nokia 1600.
Dapat handphone nie masa lepas PMR. Abah cakap, kalau dapat result straight A's, abah bagi handphone colour screen. Howaaa! Pembakar semangat tuh. Zaman-zaman nak berubah dari zaman black and white ker zaman screen berwarna. Memang belajar sungguh-sungguh lah. HAHA. Takde lah. Aku belajar demi abah ibu. Bukan demi handphone pun. Kalau ade rezeki dapat handphone colour screen, satu anugerah lah tuh :) Dan Alhamdulillah, dengan result 8A yang aku bagi dekat ibu dan abah, aku mendapat sebijik handphone colour screen. Takde lah gempak pun. Tapi, masa tuh, tak rasa apa dah selain rasa bangga nak beralih ke zaman handphone berwarna. Ringtone pun dah polyphonic dah. HAHA. Jadi, aku guna lah handphone nie dari lepas PMR sampai lah lepas SPM. Dekat Taiping dulu kan boleh bawa handphone. So, inilah handphone aku sepanjang aku hidup dekat Taiping tuh. Untuk contact ibu abah adik-adik yang jauh nun di KL, contact atok dekat kampung. Serious, handphone nie banyak berjasa dekat aku. Walaupun dengan handphone nie lah yang buat harapan aku menggunung-gunung yang akhirnya dihampakan, tapi dengan handphone nie jugak lah aku jumpa kebahagiaan aku yang sebenar. Ecewaaahh. HAHA.

Nak cerita, masa dekat maktab dulu, handphone nie femes. Masa form 4 kitorang boleh bawak jer ape-ape handphone, tapi, naik form 5, warden tetapkan boleh bawa handphone yang takde function camera. So, ramai yang bawak handphone nie lah. Dengar cerita budak lelaki, dekat kolej kediaman diorang, subuh-subuh, diorang akan pasang alarm clock yang sama (ciss. tak ingat nama lah pulak) secara berjemaah. Lalu, bunyi yang annoying ini akan memaksa semua orang untuk bangun dan solat subuh dekat surau. HAHAHA.

5. Nokia 7210 Supernova
Ini lagi satu handphone yang aku sayang. Masa dekat-dekat SPM, abah cakap lagi, kalau dapat result bagus, abah tukar handphone baru. Yelah. Dari lepas PMR dok pakai 1600 tuh. Bateri pun dah longgar siap selit dengan kertas lagi. Tapi, macam biasalah. Tuh salah satu pembakar semangat. Tapi niat aku, aku belajar untuk abah ibu. Dan lepas dapat result SPM, aku dapat 9A 1B. Aku puas hati dengan result, tapi aku tak rasa aku dapat tukar handphone, sebab bukan aku dapat straight 10A pun. Satu subjek itu memang meng-slack kan rasa aku. HAHA. So, aku proceed jer lah guna handphone 1600 tuh. Dah lepas SPM pun aku tak pakai lagi bluetooth-bluetooth, camera-camera tuh semua. Satu hari, abah ajak keluar. Bila tanya nak pergi mana, abah tak bagi tau. Aku follow jer lah. Sampai dekat Wangsa Maju kedai handphone. "Kaklong pilih lah handphone mane kaklong nak". Perghhh. Ayat azimat tuh. Biar benar. Terus senyum lebar. HAHA. Walaupun boleh pilih, tapi memadailah. Aku fikir jugak. Takkan nak ambil yang mahal-mahal kan. So, aku pilih Nokia 7210 Supernova nie. Nipis, lawa, cantik. Inilah hadiah SPM untuk aku. Balik rumah rasa macam tak nak tunggu cas 8 jam jer. Nak terus pakai jer rasa. AHAHA. Handphone nie banyak bagi senyuman dekat aku. MMS. Message-message dalam tuh, semua aku simpan. (.^_^.) Message pertama aku dari handphone nie, "Weh, aku dah tukar handphone nie. Abah aku beli untuk hadiah SPM. So, kalau kau nak MMS ker pape lepas nie dah boleh lah :)" Tapi tapi tapi kaaann, riwayat dia kejap jer. Tak sampai setahun pun. Masa Sem 2 asasi dekat PJ, dia rosak :(

6. Nokia 5310 Xpressmusic.
Lepas Supernova dah rosak, aku pakai 5310 pulak. Yess. Aku suka handphone nie. Function muzik dia best. Rahman beli dulu 5310 nieh, lepas tuh aku tiru sebab aku suka plus harga dia pun lebih kurang macam Supernova tuh jugak. HAHAHA. Jahat aku tiru orang. HIHI. Yang putih biru tuh aku punya, yang hitam silver tuh Rahman punya. Setia jugak aku dengan handphone nie. Aku suka sangat. Taaaapiii, tragis sungguh. Handphone nie hilang bersama-sama pencuri beg aku dekat surau Mid Valley dulu tuh. Grrrr. Sampai sekarang wajah handphone aku nie terngiang-ngiang dalam kepala aku. Aku tak boleh terima lah dia hilang macam tuh saje. Uwaaa. Jadi, aku bersama dengan Xpressmusic nie dari Sem 2 first year, sampai lah Sem 2 second year. Almost setahun jugak lah kan.

7. Nokia C3.
HAHA. This is now. Bila Supernova rosak, Xpressmusic hilang, so, sekarang aku pakai C3. Ada siapa-siapa sama dengan aku? HAHA. Aku tak kaya lagi nak pakai BB, iphone, samsung galaxy semua. Tapi, jauh dalam sudut hati, aku suka dekat handphone-handphone E-series and BB sebab qwerty keypad dia. Syukur ada C3. Harga berpatutan dan keypad qwerty menawan hati aku. HAHA. Harap handphone nie bertahan lama lah dengan aku yer. :)

So korang, aku nie bukan lah jenis gadget sangat orangnye. So, handphone aku pun yang biasa-biasa jer lah. Tapi aku dah cukup happy dah dengan ape yang aku ade. Aku cukup bersyukur dah. Asalkan aku dapat contact dan message orang-orang yang tersayang, lagi-lagi bila aku ada dekat Kuantan nanti. Tentang hal-hal handphone nie aku tak pandai bertindak sendiri, beli sendiri, pakai duit sendiri semua. Aku pun bukan jenis yang nak meminta-minta sangat dari parents. So, tentang handphone, ape-ape yang abah bagi, aku terima jer. Aku maybe boleh pilih handphone mane aku nak, tapi yang tetapkan harga is abah. Aku ikut jer :) Kepuasan tuh memang la tak sepenuhnya, tambah pulak dengan tengok orang pakai handphone canggih-canggih kan. Manusia kan mane pernah puas. HAHA. Tapi, aku tak kisah pun. Untuk tahap diri aku, yang ini pun dah cukup canggih dah. Chill! :) I'm happy with C3 right now :) :) :) but I'm missing Xpressmusic so much. Sobs.

Tuesday, August 16, 2011

Dentistry, Jadual dan sebagainya.

Sabar yer. Aku bersara sekejap dari bidang Typo sebab aku sedang sangat sibuk menguruskan hal-hal untuk ke Kuantan. Tinggal lebih kurang tiga minggu jer lagi. Minggu depan konpem konpem sibuk uruskan hal raya, nak balik kampung apa semua. And lepas seminggu raya, dah nak kena terus gerak Kuantan. Bila lagi nak settlekan kalau bukan sekarang.

For your information, sejak belajar dekat PJ, aku boleh kata last minute preparation punya orang jugak lah. HAHA. Rumah dekat beb. Tertinggal barang pun hello hello jer abah minta hantarkan. Tak pun hujung minggu balik rumah. Tapi, nie dah nak ke Kuantan, aku kena jelma kan balik budaya diri aku masa dekat Taiping dulu. Prepare awal-awal, biar nanti takde yang dijinjing dan dikendong berciciran. HAHA. *Pandai aku buat peribahasa baru*.

So tadi, ada sorang kawan aku post dekat Group Dental batch kitorang dekat fesbuk tuh. Nama group tuh cun sikit lah. Gigi Batch 05 IIUM :) Amacam? Mengancam tak group. HEHE. Aku happy lah ade dalam batch macam nie. You know why? Sebab kitorang macam dah rapat gila. Kitorang semua satu kelas masa UNGS dulu. Dan masa short sem hari tuh, dah ramai senior-senior dental dari Kuantan datang bagi tunjuk ajar, buat usrah untuk kitorang semua. Lagi satu, korang tau, before kitorang masuk Kuantan lagi, I mean, cuti nie lagi, akak-akak senior dah message kitorang tanye preparation macam mane, dan bagi kitorang sorang satu mentor. Saya punya mentor Kak Hafsah name dia. Aku tak kenal lagi pun sebab tak pernah jumpa kan. Nanti pergi Kuantan carik lah! HEHE. Bunyi message yang bagi tau kitorang dapat mentor hari tuh macam nie,
Salam, izzani ye? Ni kak hafsah, 3rd year dentistry :) Akak dipertanggungjawabkan untuk bantu izani. Kalau ade ape-ape masalah or persoalan tentang kulliyyah kite or ape-ape saje, izani boleh tanye akak ea :). Cuti-cuti ni buat ape?
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah aku. Memang tengah banyak persoalan kan. Macam-macam aku tanya lepas tuh. Pasal duit JPA la. Pasal kereta la. Pasal macam-macam lagi. Thanks akak!

Dan lagi satu, kitorang course yang quota paling sikit dalam dunia? HAHAH. Yeker? Tak tau lah. Kalau dalam UIA yer lah. 45 orang jer. So, satu kelas jer la macam mane pun. So (lagi), kitorang akan jadi classmates sepanjang lima tahun dekat UIA nie. Tempoh classmates yang sama, paling lama aku pernah ada. Jadinye, macam manalah kitorang tak rapat macam one happy family at home. Kan? :)

Laa. Panjangnye aku meleret. Aku nak cakap pasal post kawan aku tuh. Dia post jadual First Year Block 1 Week 1 & Week 2. Course aku nie Alhamdulillah, urusan kebanyakannye mudah. Tak perlu add and drop sebab pihak Kulliyyah dah siapkan terus jadual kitorang. Satu kelas jer kot. HAHA. Paling aku bersyukur sekali, urusan scholarship. Disebabkan course Dentistry adalah course critical, so, JPA akan tanggung secara automatic. So, tuh yang aku lega dan bersyukur sangat-sangat tuh.

Okay lah. Jom tengok jadual Block 1 Week 1 & Week 2 aku.



Kate setiap minggu jadual lain-lain? Entah lah. Aku follow jer. HAHA. Okay. Masih banyak lagi urusan yang aku perlu uruskan. Chow dulu!

Shortlist aku dah lah hilang gara-gara akak TESCO ambil troli aku masa aku tengah sibuk-sibuk bayar dekat kaunter. Dalam tuh ada shortlist aku. Dia ingat aku dah tak nak troli tuh kot. Tuh dia pergi ambil simpan dekat tempat troli. Grr. Puasa. Puasa. Tak baik geram geram. HAHA.

Okayy. Chow Cin Caauu. Assalamualaikum! :)

Mungkin aku pemakan, tapi ada kalanya tak. HAHA.

Orang ramai cakap, Izzani nie pemakan orangnya. Apa yang dia tak makan. Semua dia makan. Dia tolak batu dengan kayu jer. HAHAHA. Siapa cakap wehh? Tak semua benda aku telan okayy. Meh aku habaq mai sikit benda-benda yang aku tak makan. HAHA.

1. Sayur.


Wahh. Top tip top sayur duduk atas sekali, menang award #bendaakupalingtakmakan. HAHA. Siapa-siapa yang selalu berdamping dengan aku tuh memang dah faham sangat lah bila mana pinggan aku tak licin disebabkan sayur-sayur yang ditolak ke tepi. Sanggup aku asingkan sayur dulu sebelum makan. Masa dekat maktab dulu pernah aku makan cafe, aku akan order "Kueh Teow goreng tak nak sayur-1-Bungkus". Gilaa semart kueh teow aku. Boleh terus ngap! masuk mulut tanpa perlu mengasingkan sayur. Bagilah aku ape jenis sayur pun, selagi tak kena gertak dengan senapang gajah, selagi tuh aku tolak tepi. HIHI. Takde lah. Tipu jer. Ade la jugak aku telan sayur sikit-sikit. *Tuh pun kalau dah kena suruh* Tapi, serious sikit. Untuk aku nak telan sayur, nisbah nasi kepada sayur ialah 10:1 (supaya tak terasa sayur tuh). HAHAH.

2. Air jus.
Terutama sekali jus-jus yang fresh di-blender sebab akan tinggalkan serdak-serdak buah yang buat tekak aku rasa geli-geli sikit bila nak telan. Konsepnya sama jer dengan tertelan serbuk teh tuh (bagi aku laa). Kalau jus yang tak tinggalkan serdak pun, aku tak minum jugak. Tak kira lah dalam tin ker, dalam botol ker, dalam kotak ker. No No No. HAHA. Kalau yang ala-ala jus seperti Sunquick, Ribena, haa, yang itu Yes Yes Yes. HAHA.

3. Air-air untuk antibody.
Contohnya, Vitagen, Yakult tuh semua aku tak minum jugak. Aku tak ingat kalau zaman budak-budak aku pernah suka minum Vitagen ker tak, sebab minuman tuh kan macam kegilaan kanak-kanak. Tapi, yang pasti, sekarang nie memang aku tak minum lah minuman-minuman yang macam tuh.

4. Air teh sejuk.
Kiranya air teh kotak, air teh botol tuh semua aku tak minum lah. Krysantymum (cane eja wehh? tak tau nieh), Lipton ker ape suma aku tak minum. Even air teh yang bancuh dekat rumah, kalau dah sejuk, aku tak suka sangat. Sebab ape tak tau. Mungkin teh lebih tampak macho dalam keadaan panas kot (bagi aku laa).

5. Cincau.
Pemes jer bila dengar Soya Cincau bulan-bulan puasa nieh. Tapi, apakan daya, soya aku suka, cincau aku tak suka. Semua nie gara-gara kejadian masa kecik dulu. Aku adik-beradik ter-minum air soya cincau yang mana cincau tuh tak bersih *salahkan orang jual tuh. hehe*. Lepas beberapa minit berbuka puasa, semua adik-beradik aku muntah-muntah, uwek-uwek. Sejak dari tuh memang aku taubat tak minum cincau dah. Sampai sekarang. Adik-adik aku pun. Tapi, adik aku yang Affiq tuh dah pandai dah berjinak-jinak dengan cincau mula tahun nie. Tahniah laa. HAHA.

6. Susu.
Susu nie tak berapa ditekankan sangat. Susu yang aku tak minum adalah susu tepung dan susu kotak. Tapi sekarang dah boleh lah sikit-sikit nak terima minum susu kotak Dutch Lady tuh. Makan cereal pun dengan susu Dutch Lady jugak sekarang. Dah maju sikit dah. Wah wah. HAHA. Cuma, susu tepung la tak berapa boleh lagi.

7. Gula-gula berangin/mint.
Kalau boleh, ubat gigi pun aku nak pakai Kodomo Lion jer. HAHA. Aku tak suka lah suasana berangin dalam mulut aku. Memang lah segar, tapi rasa macam kembang jer mulut. HAHA. So, mentos ker, chewing gum ker, ape-ape lah gula-gula yang berangin, tak yah offer dekat aku takpe. Serious aku tak terasa kalau tak offer dekat aku pun. HAHA.

8. Tempoyak.
Err. Sebab ape eh? Tak tahan bau kot. Aku suka bau durian dan tak kisah pun dengan bau durian. Tapi aku tak tahan bau tempoyak. Ape beza eh? Bukan same jer ker? Entah lah. Mind set aku dah conquer kata bau tempoyak tidak se-hot bau durian. HAHA.

9. Kurma.
Tau. Korang mesti terkejut. Uwaa. Yang nombor sembilan nie lah yang aku paling rasa bersalah sekali. Kenapa aku tak makan pun aku tak tau. Tapi serious lah, bukan aku tak suka. Cuma tak makan. I should start to eat kurma one day. InsyaAllah. Tapi, kalau kismis, aku makan gila-gila punya. Sehari boleh habis kalau beli satu plastik.

Rasanya yang ini jer lah yang paling ketara aku tak makan kot. Kalau ada yang lain tuh, maybe minor-minor or maybe aku yang tak ingat. HAHA.

Jadi, cuba korang bagi tau aku, dok celah mana aku nak dapat khasiat, zat-zat besi, nutrition yang cukup untuk badan aku, sebab mostly makanan yang penting, yang bagus untuk badan, aku tak makan. HAHA.

Tak nak jadi macam nieh. Sedih jer tengok =.="

Monday, August 15, 2011

Bulan puasa suka dengar apa?


Selamat berbuka semua!
Amboi, awal bukan main aku ucap selamat berbuka.
Yelah. Aku nak out dulu nieh. Nak jadi anak dara bertauliah pergi tolong ibu dekat dapur.
HIHIHI :P
Tak lama lagi dah nak graduate dah dari course Housewife Engineering nieh. Moga boleh graduate dengan dapat Honest dan dapat sijil first class upper lah. HAHA. Untuk mase depan jugak. Yer dok?

Apa patut aku buat?

Malam tadi, kurang lebih tengah malam, aku dapat message dari 2888. Selalunya aku ignore jer message-message dari empat lima angka nie. Aku baca lah jugak, tapi lepas tuh terus delete selalunya. Tapi, yang semalam, messagenya berbunyi begini,

013454XXXX telah mengcaj semula akaun 3G U.O.X PREPAID 013643XXXX pd 15/08/2011, 12:18am. Baki: RM34.45, sah hingga 12/07/2017.

Terus aku baca dua kali. Biar benar? Aku try cek nombor tuh dalam contact, tapi takde. Sudah. Orang nie tersalah topup lah nie.

Disebabkan aku memang tak selalu berdamping dengan handphone sekarang, jadi, aku takde lah risau kalau terguna, terbergayut pakai topup orang tuh. So, aku biar dulu. Tunggu hari ini. Tadi, aku message orang tuh.

Aku: Boleh tau x, siape nie yer?
Orang tuh: Sapa nama di sana ye?
Aku: Nie Izzani. Kenal ker yer?
Orang tuh: Ooo..kenapa cik izzani ye?
Aku: Takde, semalam awak ade topupkan sape-sape tak? Sebab, saya rase awak t'silap topup la. Awak t'topup dekat number saya.
Orang tuh: Ooo..ye ke..takpa la, saya belanja..
Aku: Eyh, jangan macam tuh. Banyak kot rm30. Nak pulang balik tak?

Tiada jawapan selepas itu.

Btw, erkk. Pelik gila aku nak tulis message cakap 'saya' 'awak'. Aku harap orang tuh perempuan lah. Aku tak biasa sangat nak ber-'saya' 'awak' lagi-lagi dengan lelaki. Serious aku janggal gilaa. HAHA.

Aku buntu kejap. Aku tak tau nak buat macam mana nieh. Aku tak nak rasa bersalah gunakan duit/ topup orang. Aku tak tau kalau aku guna kredit tuh nanti halal ker tak. Aku tak nak lah rasa berdosa guna duit orang. Haram tuh.

Jadi, korang rasa, apa patut aku buat?

How to be not complicated?

Okay. Hari nie Izzani nak buat entri berisi sikit. Ecewah. Izzani? err err. 'Aku' sudah. AHAHA. Kalau korang rajin blogwalking, google-google, usha-usha bahan-bahan bacaan dalam laman sesawang dunia yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan, mesti kita banyak jumpa article pasal "Ape lelaki patut tahu tentang perempuan?" dan yang sama waktu dengannya.

Kenapa banyak sangat article macam tuh? Asyik-asyik berhak kepada perempuan. Asyik-asyik cakap pasal apa yang perempuan rasa. Ade sesetengah pendapat kata, perempuan memang sangat susah nak faham. Mereka complicated.

*Cop! Cop! Sebelum aku tulis lagi panjang, set balik mind korang supaya tak memikirkan perkara ini khas untuk pasangan, make it general. Tak semestinya pasangan, antara kawan-kawan, adik-beradik, saudara mara mungkin. Okay! Chill :)*


Okay. Kita proceed. Kenapa diorang kata perempuan is complicated? Ada yang kata sebab kejap-kejap cakap lain, lepas tuh buat lain. Kejap cakap nak yang nie, kejap lagi cakap nak yang tuh pulak. Lepas tuh nak emo. Pening. HAHA.

Come on girls. Kenapa kita selalu nak minta orang faham kita, sedangkan kita tak cuba untuk faham diri sendiri. Kenapa nak selalu minta lebih sedangkan apa yang kita dapat tuh dah lebih dari cukup. Banyak sebab sebenarnya kenapa perempuan selalu rasa tak puas hati dengan apa yang mereka dapat. Salah satu, mungkin mereka terbawa-bawa babak dalam novel atau pun drama Melayu. Mereka harap perkara yang berlaku, moments sweet-sweet, manje-manje dalam novel pun berlaku pada mereka. Keluar duit belanja semua bila keluar, bawak beg-beg plastik shopping yang banyak gilaa, belanja makan restoran taraf lima ratus bintang dan sebagainya. Ketahuilah wahai perempuan, demand anda itu sangat tinggi. Watak yang terbit dalam novel itu pun hanyalah bayangan si penulis. Hanya bayangan. Jadi, sebagai pembaca, watak yang anda lihat dalam novel itu juga adalah bayangan semata-mata. Pernah dengar kan, "Nobody is perfect". Kalau anda kata watak dalam novel itu perfect, bermakna, anda tertipu. HAHAHA.

Kasihan kaum Adam. Kadang-kadang mereka bersungguh-sungguh untuk tunjukkan betapa mereka menyayangi kaum Hawa (haa. yang ini untuk pasangan. HAHA). Tapi, disebabkan demand anda yang nak lelaki macam ini, nak lelaki macam itu, nak comel macam Korea, nak putih macam Jepun, nak tough macam Hindustan, nak ape lagi?. Ada sesetengah tuh pulak, marah-marah bila lelaki tak layan dia sebab tengok bola. Dekat rumah, kakak marah adik sebab tukar channel bola. Girls, fahami lah kita yang bahawasanya lelaki memang dilahirkan untuk minat bola. Ape kate, kite pun same-same minat bola. Boleh join jerit-jerit, lompat-lompat sama-sama, walaupun offside tuh menatang ape aku pun tak tau. AHAHA.

Sedar atau tidak, demands anda boleh buat mereka rasa buntu macam mana lagi nak usaha yang terbaik untuk anda. Tiada manusia yang boleh memahami manusia lain 100%. Memadai lah andai dia tahu apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka, dan dia berusaha untuk dekat dengan benda yang anda suka, dan jauh dengan benda yang anda tidak suka. Jadi, kalau anda masih demanding, cuba selitkan satu rasa kasihan. Tak sepenuh hati pun, sedikit rasa kasihan pada kaum lelaki.

Diorang memang lelaki, jantan, keras, tuff, ape lagi? Tapi, jangan kita fikir mereka tiada perasaan. Jangan kita anggap mereka boleh terima semua yang kita buat. Jangan kita terlampau asyik meminta-minta dari mereka. Yang penting, jangan sesekali kita tak hiraukan apa yang mereka rasa. Semua manusia. Aku ulang, semua manusia memang berbeza dari luaran. Ada yang keras, ada yang lembut, ada yang sedang-sedang saja. Tapi, semua manusia adalah sama dari dalam. Dalam rib cage korang tuh. Ada hati. Hati itu fizikalnya lembut. Untuk semua orang. Tiada yang keras. Orang yang keras di dalam, adalah orang yang betul-betul tiada hati/ keras hati.

Aku respect perempuan yang baik, yang pandai menjaga hati lelaki (ayah, abang, abang sedara, adik, adik sedara, teman lelaki, kawan lelaki, etc.), tapi aku kasihan tengok lelaki yang terpaksa menjaga hati sendiri disebabkan oleh sifat perempuan. Maksud aku, sesetengah perempuan.

By the way, article yang kita semua baca memang ada benarnya. Tapi tak semua. Ada sesetengah tuh memang sifat semulajadi perempuan, tapi ada sesetengah tuh pula kita boleh ubah kan?

Pengajaran: Baca komik jer la wehh. Boleh menjauhkan diri daripada terpengaruh dengan unsur-unsur khayalan. HAHA.


Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Sangat bersyukur :)

p/s: Agak-agak Terfaktab nak ajak aku join jadi penulis tak? HIHIHI. Saje. Berkhayal lagi.

Why kids misbehave?



We shouldn't be surprised when kids misbehave, they get it from their story books. LOL :P
So, takyah beli story book dah lepas nieh. Bagi kanak-kanak main WORD SEARCH jer lagi bagus. hahaha.
Laagii LOL :PP

Senyum biar ikhlas :)


Siapa nak senyum dekat aku cepat! Nanti aku belanja ais-krim pop doposen. HAHAHA.
*Gurau jer* hee.

Sunday, August 14, 2011

Tercerita panjang pulak pasal UIA. HAHA.



Sejak menjak tak sampai sebulan lagi semua universiti Malaysia yang bercuti dua tiga bulan tuh nak bukak, dan masing-masing pun mula melangkah semula ke tempat belajar mereka, aku pun lebih kurang jugak rasa kehangatannya. Walaupun kawan-kawan universiti lain ramai yang dah masuk tahun kedua, sedangkan aku baru nak masuk tahun pertama, tapi tak pe lah, aku bangga jugak sebab orang faham, "Student UIA, memanglah. Asasi diorang dua tahun kot". Yess. Dua tahun korang.

Universiti lain, matrikulasi pun, semua asasi setahun. Masa mula-mula masuk UIA, kitorang kena buat English Placement Test (EPT) and Arabic Placement Test (APT). Result tuh la nanti yang akan tentukan berapa tahun kitorang akan berada dekat asasi. Okay. Corse sciences yang ke Kuantan, memang susah la nak dapat setahun. Kalau dapat pun kalau yang EPT: Level 6, APT: Exempted/ Level 2. Aku? EPT: Level 6, APT: Level 1. Walaupun tak exempted English, tak pe lah Level 6 pun. Okay lah tuh. At least satu sem jer aku kena belajar English. And Arab, of course la dua sem. Nak habiskan Level 1 and Level 2. Result yang aku dapat tuh melayakkan aku untuk berada di asasi selama satu tahun setengah. Depends dekat course jugak. Ade course lain, result EPT dan APT same dengan aku, dapat jer buat asasi setahun. Ikut course schedule la macam mane pun. Sebabkan aku punye critical course, banyak subject Degree yang kena ambil dekat Asasi, tuh yang setahun setengah tuh.

Okay. Proceed. Tak kisah la dengan setahun setengah tuh. Setengah sem jer pun beza dengan orang lain. Tup tup, masa dah habis first year, keluar lah rumors-rumors (well, UIA memang femes dengan rumors. haha) yang kata course ke Kuantan semua kena extend dua tahun sebab dah takde intake tengah tahun. Intake setahun sekali jer sekarang nie. Gilaaa. Bila aku nak grad asasi nie wehhh? Dah elok-elok department susun schedule habis semua kena rombak. Tapi, dah lame-lame tuh, aku, malah kitorang pun dah boleh terima pun kenyataan tuh. Semua orang dah jadi cool balik. Tenang jer. Teruskan kehidupan seperti biasa. HAHA. Sebabkan reschedule nie la yang aku sangat heaven mase second year. Berbeza gila gila gila dengan first year asasi dulu. Kelas kalau start pukul 8.00 pagi, nak habis pukul 6.00 petang jer selalu. Tapi, masa second year, kadang-kadang ade hari yang takde kelas pun. Sehari dua kelas jer pun ada.

Meh aku tunjukkan subject-subject yang aku ambil masa asasi dulu.

Semester 1 09/10 (Long sem):
English Level 6
Arabic Level 1
Bilogy I
Mathematics I

Semester 2 09/10 (Long sem):
Arabic Level 2
Biology II
Chemistry I
Computer I
FIM: Understanding Islam

Semester 3 09/10 (Short sem):
FIM: Basic Themes of Al-Qur'an

Semester 1 10/11 (Long sem):
Chemistry II
Physics I

Semester 2 10/11 (Long sem):
Mathematics II
English for Academic Purpose *subject degree*

Semester 3 10/11 (Short sem):
UNGS 2030: Islamic Worldview
UNGS 2040: Islam: Knowledge & Civilization
UNGS 2050: Ethics and Fiqh of Everyday Life
*Tiga-tiga subject degree*

-TAMMAT-

Owh. Typo yang di atas tuh sebenarnya aku buat sebab ada lagi yang still keliru. Kenapa aku pergi Kuantan? Kenapa tak UIA dekat Gombak jer? Kenapa ada sesetengah pergi Kuantan sesetengah pergi Gombak. So, jelas-jelas dah aku buat mana course yang campus dekat Gombak, dan mana course yang campus dekat Kuantan. :) Selain tuh, ade jugak beberapa soalan yang sering diajukan.

Kenapa asasi UIA dua tahun?
Aku dah jawab pun dekat atas tuh tadi yer. :P

Kenapa course sciences campus dekat Kuantan?
Sebab dekat dengan hospital. Practical student sciences UIA dekat Hospital Kuantan kot kalau tak silap.

Kenapa course engineering tak dekat Kuantan sebab engineering pun course sciences jugak, sedangkan course Physical Science dekat Kuantan?
Aku dengar orang cakap sepatutnya macam tuh la. Tapi, engin dah kukuh dekat Gombak tuh. Meaning, mesin-mesin diorang ape sume tuh dah dekat Gombak. Takkan nak angkut pulak pergi Kuantan. So, tuh yang engin maintain dekat Gombak. Aku dengar orang cakap lah. Senior-senior dulu bagi tau kot. Entah. HAHA.

Takutlah nak masuk UIA. Kena belajar Bahasa Arab. Susah tak?
Lerr. Nak takut ape. Tapi, normal lah, aku awal-awal dulu fikir macam tuh jugak. Tapi, bila dah belajar, takde la rasa takut sangat. Belajar yang basic-basic jer. Serious sangat basic. Seronok jugak sebab boleh tambah ilmu bahasa lain kan. Bahasa Qur'an lagi tuh. Kalau awal-awal dulu, aku fikir, "Tak perlu takut. Arab tak masuk pointer pun". HAHA. Awal-awal dulu lah.

Kenapa ambil subjek Degree masa dekat Asasi?
Subjek degree yang kitorang ambil dekat asasi is, EPT, UNGS2030, UNGS2040 dan UNGS2050. Orang cakap sebab nanti masa Degree lagi banyak subjek nak kena ambil. Tuh yang kena ambil certain masa Asasi tuh.

Aku nak cakap satu jer. Awal-awal masuk, lepas buat EPT and APT, lepas dah dapat result dan lepas dah tau korang akan berada berapa lama dekat Asasi tuh, maybe akan rasa frust sikit lah kalau kena buat Asasi dua tahun. Tapi, percaya lah, lama-lama akan jadi cool balik dan rasa macam tak kisah pun asalkan dapat capai cita-cita. Beza setahun jer dengan kawan-kawan universiti lain. Lagipun, ada advantage dia sebab kita dah dapat course masing-masing sejak Asasi lagi. Yang tinggal untuk score pointer mengikut corse masing-masing dan untuk corse yang ade quota tuh, push diri untuk maintainkan pointer supaya boleh tersenarai dalam quota tuh lah. Dan lagi satu, kita cuma bersaing sesama student UIA jer. Tak de la kena compete dengan satu Malaysia kan. Advantage tuh :)

Dan untuk pengetahuan, corse yang ke Kuantan dah takde intake dua kali setahun, kecuali corse Physical Science kot. Untuk corse yang lain-lain semua intake setahun sekali jer. Sebab tuh la asasi student yang ke Kuantan, kalau tak setahun, mesti dua tahun. Takde yang setengah-setengah. Gombak still ade intake dua kali setahun, so, student asasi yang bakal ke Gombak, still ade peluang untuk buat asasi sama ada setahun, setahun setengah, atau dua tahun.

Waaah. Panjang entri nie. HAHA. Okay lah. Dah lame tak taip panjang-panjang macam nieh kan? hee. Okay. Nanti sambung dengan typo balik. hehe. :)


Warkah dari aku.




p/s: Sorry coz awal-awal dulu penuhkan dashboard korang korang dan korang semua jer kan. Tak sengaja wehh. Biasalah. Awal-awal lagi. Addicted macam ape ntah. Takpe. Aku tengah slow down lah nie. Harap maaf diterima. HEHEHE. :D

Beraya sebagai remaja.


HAHA. Kan? Bila dah nama dewasa, dah tak berhak untuk dapat duit raya dah. Nie yang syahdu nie. Adik-adik dapat duit raya. Kita tengok jer. Yelah. Awak dah besar. Kena sedar diri sikit. Taaapii, saya tak kerja laaagiii lah. Kira tak dewasa lagi lah tuh. AHAHA. :P

Continuity of menguap.

Kita akan turut menguap bila kita nampak atau terbaca apa-apa berkaitan menguap.
Adakah anda sedang menguap sekarang?
If YES. Tahniah! Anda normal. HAHA.

Saturday, August 13, 2011

Trust yourself. You can handle it. :)


Quote above are said by Dr. Abbas during his lecture. I love to hear and write all his wisdom words coz it really nice!

Emosi harus dikawal walau dalam suasana negatif macam mana pun. Jangan sebab emosi nanti makan diri sendiri. Betul tak? Okay. Done! Tataa :)

Sign board :)


Shah Alam Bukit Jelutong Batu Tiga Gombak =]



Friday, August 12, 2011

Pass by to say sorry.


Orait. I think, enough for today.
Banyak sangat dah. Kesian korang habis dashboard penuh dah kan.
I'm sorry guys.
Kbai! :)

By the way.


By the way, boleh kata setiap orang mesti ada account masing-masing dalam alam maya nie. By the way, tak semestinya blog, boleh jadi F-acebook, M-yspace, T-witter, F-ormspring, paling tak pun 
F-riendster, dan apelagiakutaktaudah. By the way, baguslah. Semua orang berhak untuk maju ke hadapan. By the way, aku saje guna BTW banyak-banyak. HAHAHA.

Telefon berbunyi ring ring ring.


The Untunglaa..


Aku tak tau kenapa The Untunglaa trend nie semakin menular. HAHAH. Aku tak tau dari mana trend nie datang. Dan aku tak tau siapa yang jadi pencetus The Untunglaa trend nie. Kejap aku rasa macam cool jer. Tapi, kejap aku rasa macam, perghh, kau jeles ker ape nie dok untunglaa untunglaa. AHAHA. Jadi, definisi sebenar Untunglaa takde siapa yang dapat rungkai sampai sekarang kecuali diri orang yang sampaikan itu sendiri. So, possibilities definisi The Untunglaa are;
  1. Betul-betul berniat untuk memuji.
  2. Saja-saja buat-buat puji.
  3. Menunjukkan rasa jeles bila anda lebih.
  4. Saja suka-suka nak guna sebab nak ikut trend.
  5. Ingin menjadi pendorong supaya anda berasa bangga dan yakin dengan diri sendiri.
  6. Menyuruh anda supaya bersyukur dengan apa yang anda ada.
  7. Mengamalkan amalan merendah diri.
  8. Tak bermaksud apa-apa pun.
Aku tak pernah guna pun. Tapi, kalau orang guna dekat aku, aku tak kisah pun. Aku positif jer dan akan reply, "Thanks. Yela. Aku bersyukur. Untung aku kan. Kau pun ape kurang nye". Membalas biar berhemah kata orang :)

Melukis orang.


Aku takde bakat lukis orang ohh. Orang kata, sebelum melukis, kena bayangkan dulu ape yang kita nak lukis. Jadi, kalau orang atau cikgu mintak aku lukis orang, dalam kepala aku, aku hanya terbayang ORANG LIDI. Selain dari itu, memang aku tak reti. Maaf. HAHA.

Dah sahur ker?


Nabi s.a.w bersabda:
"Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antara kamu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur".
(Hadith Riwayat Ahmad)

Masa dekat CFS, aku selalu liat nak bangun sahur. Lagi-lagi masa duduk katil atas. OiiMakkkAiii. Malasnya nak turun katil, lepas tuh panjat tangga balik naik katil. Tapi, aku dapat roomates yang cukup baik. Macam mana aku liat sekali pun, diorang akan cuba untuk kejut aku dan hulurkan secawan air kosong dekat aku. Aku lalu minum sambil duduk di atas katil. Diorang tak nak aku rugi dengan keberkatan bersahur. Thank you so much Ayuni, Hanis, Ella, dan Pah. :)

Pengisian Jumaat.


Tak tahu lah. Tapi aku rasa, aku cukup tak suka bila dengar babak dalam drama, dalam alam cyber yang maya, malah dalam dunia realiti sendiri, ayat "Kenapa dunia ini cukup kejam dengan aku?". Ohh please. Aku rasa tak perlu lah cakap macam tuh? Cuba fikir balik, berapa sangat lah bebanan yang anda tanggung berbanding kemewahan yang anda kecapi bila dapat hidup dan bernafas atas dunia. Anda masing-masing berhak untuk membahagiakan diri anda masing-masing, bukan menyalahkan dunia atas bebanan dan kesusahan yang anda tanggung. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Setiap penyakit ada penawarnya. Kecuali mati. Berbahagialah.

Kau ex ape?


HAHAHA. Aku pernah! Aku pernah! Bila mula-mula masuk MRSM masa form 4, untuk mudahkan tugas menyelaraskan silibus students first intake dan students second intake, announcement akan dibuat dalam bentuk Ex-Kemen dan Ex-MRSM. Aku agak blur pada awalnye yer. Ape ke jadah diorang nie dok "kemen kemen kemen". Baru aku tau, itu nama pendek untuk kementerian. Cakap la awal-awal. Mana aku biasa lagi dengan shortform-shortform nie. HAHA.

Terms tadika dan universiti.


Kan senang kalau semua terms masa belajar dekat U pendek-pendek. Mudah disebut, mudah dieja. Yang penting, mudah dihafal. Part nak hafal tuh la paling tergeliat sikit lidah. AHAHA.