Monday, October 26, 2009

Arture.

HAHA. Sudah lama tak sebut perkataan ini. Art and Culture -Arture-.
Tiba-tiba hari ini aku mencuba menyebutnya semula. Kerana ada seorang insan yang mengingatkan aku kembali tentang kisah-kisah biro ini. HAHA. Tak sangka gila. Dia ada simpan gambar-gambar biro aku. Sedangkan aku pun takda gambar-gambar nieh. Thanks untuk tuan punya camera. Kamu dihargai kerana menyimpan gambar-gambar ini. Thanks untuk apa? Thanks kerana aku memang inginkan gambar kami. Akhirnya aku dapat. Terima kasih.

nurhakimredzuan510. zakwanmakwe506. aslamafzal502. ajimanuar506. akmalsakot515. syafiqhilmi504. azadfaizol511. azad faizal205. kufaez510. adhasetiausaha502. mawitimbalan502. fikriazzim506. hanisinsyirah507. nurhafizah506. farahbendahari503. nuraisyahmokhtar507. syarafinabdaymate502. ainirashidah502. ernafirdzalina512. syazanazainol504. nadhirahaimi502. sitifatimahtim507. nikanis505. nurulizzanizulkifle507.

Sunday, October 25, 2009

Pulang.


Besok. Pengakhiran untuk kali ini. Cuti ini. Besok bermulalah satu sejarah baru, kehidupan sebagai seorang pelajar, bermula kembali. Semester 2 sudah bermula.

Yeah. Aku akan mula kembali membuka buku, memegang pensel dan pen, mencatat nota-nota dan mendengar lecture seperti kembali. Wah! Tak sangka aku sudah hendak pulang. Sudah habis rupanya cuti semester 3 minggu ini.

Laptop ini masih akan aku bawa ke sana, tapi untuk online, mungkin jarang sekali. Bukanya mungkin selalu tetapi hanya untuk urusan-urusan pelajaran sahaja.

Ah! Maaf rakan-rakan yang masih bercuti. Sampai di sini saja aku mampu meneruskan tugas sebagai pengonline tegar. Selepas ini tidak lagi. Mungkin semasa cuti akan datang pula.

Bergembiralah kalian yang masih bercuti kerana cuti memang sangat bermakna.

Okay, aku pulang dula ya!

Khas buat rakan-rakan on9 : Aku sudah mahu gerak nieh. Teruslah mengactivekan diri anda. ;)

Dear facebook : Maaf aku terpaksa berhenti sementara melayari anda. Nanti aku jumpa kau lagi ya facebook.

Untuk fatin dan zafril : Moga you all bergembira di cuti yang masih ada ini. Jangan lupa contact-contact aku.
Tin, jangan sedeyh-sedeyh aku nak balik. HAHA. Goodluck! Aku balik dulu ya! Bye dear.

Saturday, October 24, 2009

Maaf.

Maaf. Bila aku buka blog, tiba-tiba blurr. Tak tau nak update ape. Mungkin sekarang fikiran masih memikirkan atok di hospital. Nak on9 pun macam ntah pape jer. Bukak ms, then sign out blk. Bkk fb, asik tgk bnde same jer. Hmm..apeape jelah. Yang penting skang, aku hanye pk smoge atok cepat sembuh. Seyes, risau.

Wednesday, October 21, 2009

laparnyeee...

Sape nak tau weh. Aku lapar gilaaa nieh..

laapaaaarrrrrr!!!!!

Aku mau makan!...

Haha. Ntah pape en. Lapar pun nak bagi tau. Xpa la. Aku kemaruk nak update blog sebenarnya. Nie yang ada dalam kepala skarang. Aku pun tulis jer la.

Yang penting, seyes aku lapar. Jap g nak kuar makan.

Sekian, terima kasih.

Monday, October 19, 2009

Makan "sikit" aja.

Kereta itu bergerak ke arah Meru. Ada openhouse ya. Sepupu-sepupu aku sudah lama berkumpul di situ. Makanan-makanan pun da lama terhidang menunggu masa diambil, dikunyah, dan dihadam saja. Ntah kenapa, aku rasa makanan-makanan di situ macam melambailambai, macam memanggilmanggil aku untuk mencubanya. Tanpa berfikir panjang, tangan terus bergerak dan memanjang ke arah makanan-makanan itu. Ah! Tak pa. Aku makan sikit saja. Ya benar! Aku makan sikit saja. Ingat kembali antara yang sudah menjadi mangsa aku ;
Sup campbell separuh mangkuk. Nasik impit satu setengah pek dengan ayam 3 ketul. Air sarsi 3 cawan polisterin. Satu cawan teh tarik potong kaki. 3 potong kek coklat. Rambutan 4 bijik. Gulagula fruitplus strawberry 2 bijik.

Wah! Memang sikit sangat aku makan hari nie. Perut gembira.Hati pun gembira sekali. HAHA.

Siapa aku?

Wah. Besarnya!. Tak pa la. Aku sayang buah ini. (.^_^.)

Bangga yang tak pa.


Petang itu.

"Yer.ade ape?", seorang uncle muncul depan pintu gate maktab itu.

"Nie ex-student sini. Nak mintak izin masuk dalam boleh?",,Ibu bersuara sambil menjengah ke luar tingkap kereta.

"Ouh. bekas pelajar..BolehBoleh. Masukla."..uncle guard itu membalas dengan senyuman dan tangan kanan dihulur ke arah car park.

Gembira hati mendengar. Yeah! Akulah ex-student Maktab Rendah Sains Mara Taiping. Aku bangga dengan itu. Aku yakin, sahabatsahabat juga begitu.


Hanya untuk luahan hati.

Thursday, October 15, 2009

Entah kenapa.

Entah kenapa kali ini aku lebih gemar menggunakan bahasa melayu. Di manamana saja. Maksud aku, aku lebih suka menulis menggunakan bahasa kita. Sebijiksebijik aku menulisnya. AKu cuba untuk menulis mengikut pengarang terhebat, namu masih belum terdaya. Aku masih mencuba. Kadangkadang aku tulis, tapi aku juga tak faham apa yang aku cuba sampaikan. Tapi aku akan terus mencuba. Belajar coretcoret bahasa melayu kita. Aku rasa bahasa melayu sangat hebat. Bukan semangat atau apa, tapi cuma perasaan apa yang aku rasa. Ya! Aku berkata benar. :D

Tak sangka.

Bangun pagi. Bersiapsiap dan bergaya. Aku dan kakngah sudah bersedia. Kami teruskan plan kami yang mulamulanya hanya gurauan. Tak sangka jadi kenyataan. Dia berseluar putih,bert-shirt putih dan bertudung purple. Aku tidak tahu mengapa, aku agak lemah dalam memilihmilih pakaian nieh. Selalu terpengaruh dengan orangorang sekeliling. Tengok orang pakai apa cantik, aku juga mahu ikut. Tapi tak sangka juga hari ini aku dapat buat keputusan untuk diriku sendiri. Aku memilih seluar putih, bertali pinggang putih, baju coklat berlengan putih, bertudung putih dan beg putih. Selipar yang ku sarungkan juga putih. Ya! Segalanya putih hari ini. Tak sangka.

Kaki berjalan ke arah ktm. Dan ktm terus meluncur laju mencari arah landasannya. KL Sentral menjadi pilihan aku kali ini. Selalunya lama juga aku menanti ketibaan kenderaan panjang berwarna birukuning itu. Tak sangka hari ini dia datang awal pula.

Kali ini di Sentral aku mencari pula kenderaan itu. Lain sedikit. Landasannya di atas. Pendek sedikit. Berwarna putih. Sudah jumpa. Tak sangka aku sampai saja monorel itu sudah ada. Fuh! Bernasib baik. Meluncur seperti roller coaster gerak rodanya dan berhenti di Imbi. Aku turun dan sudah tentu menuju ke entry Masa EmpatSegi (Times Square).

Sebenarnya tak tahu nak buat apa di sana. Hanya berjalan. Tak sangka idea datang tibatiba. Mulamula beratur beli tiket wayang. Bukan wayang kulit tapi wayang la!. Beratur jer. Tapi tak tahu pun nak tengok cerita apa. Nak tengok papadom, adikku tak nak. Nak tengok momok, adikku tak nak juga. Akhirnya aku mengikut katanya, "Cerita Where Got Ghost, 2 orang, sit C03,C04". Ayat di kaunter. Tiket diserahkan.

Untuk kepuasan perut, kita harus menyumbatkan dulu dengan apaapa isi yang patut. McD menjadi pilihan perut untuk kali ini. Perut puas hati. Dan tak sangka pula perut ini berpuas hati dengan hanya seketul ayam. Selalunya lebih sedikit. HAHA.

Kaki melangkah dan tibatiba terhenti oleh arahan daripada otak yang dibawa oleh mata. Mata tertumpu pada pusat bowling di situ. Tangan pula berkatakata seperti sudah lama tidak menghentakkan bola warnawarni tiga lubang itu. Langkah kaki yang tadinya lurus terus melencong ke kiri. Setelah puas berfikir, hati kata mahu main juga. Walaupun adikku tak nak main, aku nak main juga. Seorang pun xpa. Ke kaunter dan membayar. Ntah kenapa 1st game macam cacamarba. Memang aku tak hebat mana, tapi xde la seteruk itu. Dah 4 balingan aku buat, baru ade 10 point. Bola pink bersaiz 8 menjadi pilihan aku. Dan bola itu lebih memilih longkang daripada pinpin putih yang tersusun rapi itu. Plan asal yang hanya inginkan satu game saja, tak sangka jadi dua game. rm12 aku habiskan hanya untuk bowling. Xpe la. Tak sangka juga, aku sudah boleh berpuas hati dengan game kedua. Aku sudah dapat rentaknya. Walaupun tak begitu hebat, tapi boleh la..Inginkan game yang ketiga. Tapi jangan ikut hati, nanti mati. Ringgit itu ada banyak lagi tujuannya.

Surau. Jam 2.45 ptg. Solat Zohor. Tak sangka surau tidak menempuh waktu kemuncaknya pada waktu itu. Dengan tenang kami menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Itu jangan lupa.

Wayang sudah mula memanggilmanggil. Room3. Berpusupusu orang beratur, menayangkan tiket yang sama sahaja kepada pekerja wayang itu. Kadangkadang aku terfikir. Tidak bosan kah mereka, harihari lihat tiket yang sama. Berwarna putih, bertulisan hitam. Ah! Itu kerja mereka. Sudah tentulah itu yang mereka lakukan.

Tatkala mencari tempat, aku agak hairan, mengapa semuanya Cina. Pelajarpelajar yang baru pulang dari sekolah. Masih berpakaian sekolah. Tidak letihkah mereka? Kenapa tak gunakan masa yang ada untuk berehat sahaja selepas seharian di sekolah. Ah! Itu hal mereka. Mata meliar. Manakah rakanrakan sebangsa ku. Tak sangka akhirnya aku jumpa, wanitawanita bertudung duduk di barisan belakang. Walaupun tidak kenal, at least aku tau, bangsaku masih ada.

Iklan bermula. Tapi kenapa semuanya iklan ceritacerita Cina. Hatiku mula berdetik. Adakah kami duduk di wayang yang akan menayangkan cerita Cina. Namun otak masih positif. Oh! hanya iklan sahaja. Tapi hati masih juga berkata, ini mesti cerita Cina. Bila cerita bermula, dengan spontan tulisan Cina terpampang di layarnya. Wa, Taaakk Saaangkaaa!!. Kami sudah tersalah pilih cerita. Rasa ingin keluar saja. Rasa nak pergi kaunter beli tiket lain saja. Tapi tubuh masih lagi terpaku di kerusi empuk itu memikirkan tak pa la, hari ni rabu, tiket pun murah ja. Akhirnya, Ah! aku mahu tidur saja.

Tapi, mata tak dapat menipu. Masih lagi terbuka. Mulut terkumatkamit membaca subtitle di bawahnya. Ada masanya aku tidak faham, mengapa mereka ketawa, sedangkan aku tak ketawa. Sudah tentulah. Di dalam tu yang ramainya Cina, sudah tentu mereka faham. Kadangkadang aku juga ketawa, tapi ketawa kerana lawak melihat orang lain ketawa sedangkan aku tak tahu apaapa. Tak sangka pula, kemudiannya aku dapat menerima cerita itu. Aku sudah faham jalan ceritanya, dan katakata hendak tidur tadi langsung terkubur begitu saja.

Sekurangkurangnya, aku dapat tahu sedikit sebanyak bagaimana mahu menghormati agama mereka. Yelah, kita tidak tahu tentang kepercayaan mereka. Dan cerita itu juga banyak pengajarannya. Paling aku tertarik dengan cerita ketiga. Melihatkan bagaimana anakanak menghormati ibunya yang sudah meninggal dunia. Mengikut kepercayaan mereka, ibu tersebut akan memberkati kehidupan anakanaknya. Walaupun bukan dalam bentuk kekayaan, tapi dalam bentuk kesihatan dan keselamatan. Kerana kekayaan bukanlah segalagalanya. Dan aku mula memandang positif terhadap cerita itu. Tak sangka ketidak sukaan yang mulamula tadi akhirnya berubah. Tak sangka juga, cerita yang tak pernah terfikir dek otakku seronok juga rupanya.

Tak nafikan, cerita tu memang seram. Aku asik tengok disebalik beg, ataupun di celahcelah kesamaran tudung putihku. Sit sebelahku kosong. Meremang juga bulu roma awalnya. Jeritan orangorang menambahkan pula ketakutanku. Namun aku tahu, aku tidak seorang di situ. Tak sangka juga, dalam keseraman itu, ada diselitkan unsurunsur ketawa yang mengurangkan sedikit ketakutan tadi.

Jalanjalan dan pulang.

Tak sangka, panjang juga cerita ku. Segalanya tak disangka.

Wednesday, October 14, 2009

Kau kuat!

Handphone. 2 messages received. I opened da 1st. Orait. Then replied. 2nd message. Opened. Ouh! My friend. I feel sorry for that message. Really want to be beside of her. Help her. Put away her cried. Make her smile. Make her laugh as usual with me. But sorry dear, I cannot be there.
"Zany!i need some help!give me some support quote 4 me become more btter!crap!i hate tonight!for a long tym i didnt turn into burst of tears.and tonight i was did!i really hate it!crying 4 what is over is very sucked!help me friend!" - message from her.

Kawan,
Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah dengan kekuatan. Kadang sakit yang mendatang, Kadang teman tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, kadang hati dilukakan. Namun itulah ujian dalam mencari iman.

Kadangkadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan datang, kadangkadang kita minta minda cerdik tapi masalah pula yang timbul, kadangkadang kita minta kebahagiaan tapi huruhara pula. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huruhara menjadikan kita tabah. Hebatkan Allah...Semua ada hikmah.

Orait kawan. Jangan nangisnangis lagi. Aku tau kau kuat. Ingat lah, kau tak hilang segalagalanya sebab ramai lagi yang sayangkan kau. Aku kenal kau. Aku tau betapa kuat hati kau. Sebab tu aku yakin kau boleh tempuh semua ni. Bersedih hari ini, sudah tentu ade ketawa satu hari nanti.
Ingat nie, kau kuat! Okay.Senyum kawan!

Khas buat kamu sahabat.

Tuesday, October 13, 2009

Matahari.

Aku suka cuaca tadi. Panaspanas dingin. Matahari kuat memancar. Tapi kepanasannya x terasa. Memang slalu petangpetang aku suka keluar. Jalanjalan dekat taman. Jalanjalan depan rumah. Sambil makan pau. Sambil minum air kotak milo. Tapi tadi lain. Aku buat kelainan hari ini. Selalu aku bawak purse skali keluar. Tapi hari ini aku hanya bawak rm2. Malas nak bawak banyakbanyak. Jadi, terpaksa tangguhkan dulu niat beli kuih pau. Pau kacang merah. Selalu menarik hati aku. rm1.20 harge dia. Besok je la beli. Tu pun kalau ade jodoh dengan pau uh besok. AHAHA!.. Owh! Pasal matahari tadi. Seyes sangat cantik. Matahari dekatdekat senja tu. Rase macam ade depan mata jer. Suke tengok and snap pic kat matahari tu. Berikan cahayanya tanpa kepanasannya. Aku terpikir. Macam tu kot manusia sepatutnya. Sentiasa positif, tanpa menegatifkannya. Ah! Xfaham xpe la. Aku pun xtau ape kaitannya. Tapi itulah yang aku pikirkan dari tadi. Sekian. Seyes aku suke snap pic dalam cuacacuaca macam nieh.

D.R.E.A.M.

As the dream came last night,
I know it's scared you.
As you dream and you dream,
I am still in my sleeping world.
As you wake up this morning,
You got a call. You know who.
It's me.
Yes! I am still being by your side,
Hear your laugh and making you smile.
Just one thing you need to know,
If then the ten years pass,
Keep in mind, Nobody like you.
Because I am still waiting for you,
And because I know you are still looking at me! ;))

P/s : Oh! My English is not really good. But I'm still trying to do this. Pls dont laugh at me ya! HAHA.

Monday, October 12, 2009

Tertarik!

Bila melihat picturepicture. Rase tertarik. Teringin sgt nak belajar care edit picture macam nieh. Colour Splash. Tapi xtau. Wish will know one day. Smart sangat. Picture jadi stylo. Nie antara picture yg I've found at Photobucket yg buat saya tertarik.


Sunday, October 11, 2009

Long distance walking.

Long distance walking. Itu yg boley aku discribekn kami hari ini. Kami berjalan sgt jauh. Tidak sangka juga kami sudah berjalan sejauh itu. Mulamula tujuannya hanya utk beli tiket saja. Sahabatku sudah hendak pulang. Besok 9.30 pagi. Tiket paling awal ada malam ini. Tapi aku yg suruh dy ambil tiket besok. No need to rushing2 n still have time to chating2 tonite. Dari rumah berjalan ke ktm segambut. Sampai di ktm putra. Dari situ berjalan ke hentian bas putra dan seterusnya ke the mall. Utk cuci mata dan cuci dompet. The Mall sgt lawak. Sudahla pening, berpusingpusing pulak tuh. Fatin cop pada satu purse warna putih. Dan aku cop pada satu bag warna putih. HAHA. Burp..burp.. Perot bunyik. Singgah McD. Chicken McDeluxe. Itu mmg fav aku.

Apa yg lawaknya? 2 kali pergi information counter. Mulamula tanya mana ATM. Padahal kami sudah lalu pun. BESARBESAR tulis kat situ ATM. kedua. Kami dtg lagi di kaunter pertanyaan. "Surau kat mane?". Org tuh cakap tingkat 8. Terkejut jgk tgk dekat lif The Mall rupanya ade sampai 33 tingkat. SGT TAK PERCAYA!. Sampai tingkat 8.tgk kosong ajer. Pusingpusing carik surau. Keluar pintu nampak car park jer. Jalanjalan sampai masuk Legend Hotel. utk crk surau. Tak jumpa!. Apa yg kami jumpa. Hanya signboard bertulisan SURAU dan anak panah sahaja. Kami ikut anak panah itu. Masih tidak jumpa. Nampak sagnboard kedua. Masih bertulis SURAU dan ada anak panah. Ikut saja anak panah itu. Kepala sudah pusing. Nampak signboard ketiga. Masih bertulis SURAU dan anak panahnya. Ikut juga. Dan...akhirnyaaaa. Nampak signboard keempat dan masih bertulis SURAU tp tanpa anak panah. Ya! Itulah SURAU. Kami berjaya. Ruparupanya kami salah pintu. Surau depan lif itu aje rupanya. Wa kena beb!

Dan selesai solat. Jam masih awal. Duduk saja depan Starbuck. Merenung jauh dan nampak tandatanda masih byk kedai di hadapan sana. Apa lagi. Kerusi Starbuck pun tak sempat panas. Terus kaki menggatal ke sana. Berjalan. Tautau saja. Aku dan Fatin sudah berada di Chow Kit road. Perghh.. SGT TAK PERCAYA. Sejauh itu kami berjalan. Masuk HariHari.UO. dan kedaikedai lain. Tak beli pun. Tengok aja kerna ringgit tiada. Tengah jalan,aku haus. Fatin kata "Bukan ke baru minum tadi? Cepatnya kau haus". Ya! Itu lah kelebihanku. Perutku TONG AIR. 3 cawan pun senang aja aku habiskan. HAHA. Tadi hanya beli air mineral dan jambu sahaja sambil jalan. Sudah petang. Kami berjalan pulang. Oh! Aku sudah lupa mana satu jalan tadi. Fatin nampak KFC. dan itulah petandanya. Yay! Sudah jumpa. Kami terus berjalan semula dan sampai di ktm putra. Tunggu.Naik.Sampai ktm segambut. Akhirnya sampai di rumah jam 6.30 ptg.
Inilah long distance journey.
rumah - ktm segambut - ktm putra - hentian putra - the mall - chow kit road - ktm putra - ktm segambut - rumah semula.


Saturday, October 10, 2009

uptown :D

hari ini.
kami berjalan.
mulamula abah ajak g raya umah makcik.
pegi beraya.dapat mkn laksa.
yahoooo!
lepas tu.xnak blk umah lagi.
abah bwk jalanjalan uptown Danau Kota.
sajesaje jer.
mase jalan;
abah dgn affiq. ibu dgn kakngah n izzah.
aku dgn fatin.
kami nak crk brg same.yg kami boleh pakai.
penat pk.last2 dcide nak beli cardigan.
aku coklat.fatin purple.
rm25 kami dapat rm22.
ini tanda persahabatan kami.
selamanya! ;))

perut buncit! ;))

fatinizzani ;DD

igt ea tin! kite sahabat selamanya!
take care!

Wednesday, October 7, 2009

webcame <3

this night.
webcame make me happy.
miss you!
thx 4 diz excellent technology.
creating a webcame for us.
i appreciate it.so much!
hehe..



Happy Wednesday - 23rd weekly ;))

Tuesday, October 6, 2009

at last!

yeah!!
at last..i'm home!!!
bestnye... ;)))
semester 1,,thx yea!
semester 2 - gonna meet u.
lepas 3 hari aku kesorgn kat bilik- roomate sume da balik.abis exam cepat.jeles!hehe
daku tinggal sorg di bilik selame 3 malam..bagaikan 3 minggu..haha
1st tyme rase blurrrr sgt2.xtau nak wt pe.
keje xabis2 bkk laptop, ttup laptop.
dok kt katil.bangun.duduk.bangun.duduk.berdiri.
blurr nye tyme uh.boring.
aku kne stay sbb ade speaking test ag isnin uh.
so, hari jumaat mlm uh, xde wt pape..dok jer kt bilik.
sabtu dr pg smpai ker ptg men hp jer (msg..hee)..
hingga aku rase nak kuar dr bilik.aku mlangkahkn kaki keluar.g KFC jap, kt sbelah mahsa uh jer..
beli 3 set.utk dia.aku.n kwn aku kt bilik sblah.dy pun tggal sorg kt bilik.ade exam fizik.
kejap jer g KFC.bape minit jer.meter taxi pun x smpat naek,,haha..
balik.lepak2 jap kat bilik.kol 6 g picnic cam bese bwk 2 set KFC uh td..ahaha!
ahad siang;kemas2 bilik.packing2 baju.
kol 2ptg; g mid kjap, crk adiah annivesary abah n ibu.
kol 5ptg blk, singgah jaya one, makan.
then balik ke bilik..sehingga bertemu hari isnin.aku cukup gembira!
speaking test stat kol ,9.30..kjap jer..10-15 minit cm uh jer.
dpt tajuk - road bullies!..ahaa..
dlm kol 11.00 akudia g mkn jap.isi perut.lapa!..haha..sembang2.
kol 2 lbeyh mjlis bersurai..dia pulang ke rumah.dan aku juga pulang ke rumah.
rase seronok sgt bile dpt ckp ngan org tyme2 sorg uh..once ade org call,,mmg xcited ckp.
yela, 2 hari suntuk x jmpe org..rmi yg da balik awal.
bleh kire.hari sabtu aku ckp ngan 7 org jer.
hari ahad, yg rasmi 3 org,yg x rasmi ade la org2 kat mid uh,,cashier2.tye harge.ckp time kaseh.
pengajaran : hargailah org2 di sekeliling anda bile mereka di situ krn mereka amat b'makna.tanpa mereka sunyilah kita.. ;))