Tuesday, March 12, 2013

Kuasa veto.

Dalam satu kelompok manusia itu, selalunya kita akan ada ketua. Sudah tentu, ketua lah yang di atas sekali. Di bawahnya depends, kadang ada assistant, kadang cukup dengan seorang ketua. Ketua sebagai seorang peneraju.

Tapi, bila dalam satu kelompok manusia itu ada satu lagi kelompok kecil yang berkumpul, maka kelompok ini mungkin boleh bertindak sehingga menjadi satu kuasa veto.

Saya bagi contoh. Dalam satu pejabat, ada bos. Dalam pejabat itu juga, ada sekumpulan pekerja yang mengiktiraf diri mereka sebagai satu geng. Mempunya sifat yang berani bersuara, berani membantah. & kalau apa yang dia nak orang perlu ikut, kalau tak ikut kena sembur. Tidak pun dicanang ke orang-orang lain tentang perilaku orang yang membantah tindakan mereka itu. Almaklum. Kuasa veto. Pengaruh ramai.

Kuasa veto ini kadang boleh bagi impak yang baik. Contohnya pabila satu keputusan hendak diambil dan ramai orang memang keliru dengan satu keputusan itu. Contohnya, dalam satu bilik ada empat orang. Bila sampai pukul 6 petang, roomate A bersuara, "Korang, hari ini nak makan dekat mana ya?". Roomate B menjawab, "Hmm. Entah lah. Tak tahu lah." Roomate C menjawab, "Aku boleh jer mana-mana pun". Roomate D menjawab, "Aku ikut jer". Sampai sudah tak dapat keputusan nak makan dekat mana. Makanya di sini kuasa veto diperlukan untuk decide nak pergi makan mana dan orang lain akan bersetuju. Kalau dia tak setuju juga, suruh dia tinggal makan maggi sorang sorang dalam bilik. HAHAHA.

Tapi, kuasa veto ini juga boleh bagi impak yang tidak baik juga. Yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati orang-orang lain. Sampaikan kuasa ketua itu sendiri tenggelam. Contohnya, satu perbincangan telah pun dijalankan dan satu kata putus telah diambil melalui cara demokrasi. Adil. Tanya semua orang, pendapat dan keputusan bersama. Akan tetapi, disebabkan golongan kuasa veto ini masih rasa tidak suka akan keputusan yang telah diambil, lantangan suara mereka ini boleh menyebabkan segalanya terbubar. Padahal keputusan sudah diambil tau. Bos pun tak cakap apa-apa. Ada suara kecil di belakang sana yang hendak bersuara, tetapi suara mereka sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan kuasa veto ini. Plus, kalau bersuara, takut nama naik lah dalam geng geng kuasa veto ini.

Disebabkan hendak menjaga silaturrahim, zip mulut. Makan dalam. Itu sahaja yang mampu.

Manusia, tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. Cuba belajar toleransi. Terima juga keputusan orang lain. Aku nak nie, aku nak tuh. Sampai bila? Kalau sampai orang tak berani nak bagi pendapat dekat kita, means ada something wrong lah pasal diri kita yang buat orang tak berani. Muhasabah the best solution.

We are not always right.