Tuesday, January 26, 2010

Waaaa.....

Waaaaaa...sakit peruuutt. Kalau orang nak kata, sakit perut pun nak tulis kat blog ker?. Ah, saya tak peduli. Tengah-tengah melayan comp. kesakitan di perut datang, sape suruh. Adooi. Ape yang aku perlukan sekarang? Minyak cap kapak? Minyak gamat? Air panas? Nasik? Katil? Toilet?. Entahlah. Aku pun tak tau. Tunggu dan sabar jer la. Kata dalam hati, "Perut2, jangan sakit yer. Aku sayang kau perut. Aku tak tau ape yang kau nak sekarang. Nak kata aku tak bagi kau makan, da banyak da aku rase. Nak kate kau haus, awal-awal pagi lagi aku da minum air sebotol. Kalau kau ade angin nak keluarkan, sila-sila lah yer. Jangan sakit-sakit lagi tau.."

Tuesday, January 19, 2010

Musim ini.


Takut kene saman. Jadi aku menjadi seorang pelajar yang berdisiplin kali ini.

1. Sentiasa pakai card matrix di mane sahaje.
2. Mematuhi dress code yang betul. Ahaha.
3. Pakai kasut warna hitam. Seyes sakit kaki aku sebab kasut nie bertumit.
4. Terus mendaftarkan electrical items (laptop) tadi. Haha.

Baru kelam kabut nak pegi daftar tau ade spotcheck. Hehe. Nasib sempat. Huh. Cepat la kembali macam asal. Aku da jadi macam sungguh berhati-hati da minggu nieh. Takut kene saman punye pasal. Bukan murah pulak uh saman. rm50. Aku makan nasik seminggu pun x abis gune ag rm50 uh. Lebih baik melayangkan rm5 sahaja untuk daftar laptop tadi, daripada melayang rm50 begitu sahaja. Haha. Tibe-tibe jer musim menyaman nieh datang di saat hujung sem. Pelik pun ade. Da macam budak sekolah balik rasenye. Nasib takde musim rampasan jer. Haha. Tapi nak buat cane, terima dan tabah saje la melaluinya. Rakan-rakan seUIA ku, harap kite tabah menghadapi dugaan ini yer. Takpe, jadi skema buat sementara nie aje. Haha. Risau2. Persoalannya, bilakah musim ini akan habis? Kami pun tak tau jawapannya.

Thursday, January 14, 2010

Gunakan kesempatan yang ada.

Tengah kelas computer nieh. Tapi sempat lagi on9. Hehe. Itu takpa lagi. Yang penting, sempat lagi update blog. Haha. Dah lama tak update laa. Tak nak bagi berabuk jer. Hee. Nanti la balik rumah baru fikir balik idea-idea terbaik untuk update. Huhu. Kat sini tak sempat nak fikir lagi. Okay. Kelas dah start. :)

Friday, January 1, 2010

Pernah rasa tak?

Kamu pernah rasa tak bila nak sendawa and nak menguap datang sekali, on the same time. Ouh. Tadi aku rasa ou. Rasa nak menguap and sendawa skali. Tapi mane boleh buat dua-dua. Dua-dua kena melibatkan mulut. Yang bezanya Menguap keluarkan angin, Sendawa keluarkan bunyi. Jadi , bila aku rasa begitu, aku hanya bukak mulut and let them decide which one nak keluar dulu. Dan akhirnya, Sendawa mengambil keputusan untuk keluar dulu, dan barulah aku Menguap selepas itu. Haha. Lawak jugak en tragedi ini. Tiba-tiba terfikir kesimpulannya, tenaga bunyik lagi laju dari tenaga angin. Yeker? Ntah la. Aku hentam jer ikut teori aku. Ahaha.

Dua Ribu Sepuluh - Bunga Api.

Ouh. Hari ini hari cuti. Belum lagi sebenarnya. Tapi, sepanjang aku pergi kelas hari ini, asik rasa nak cepat balik jer. Lagi-lagi kelas petang yang last sekali tuh. Memang menduga kesabaran menunggu jarum jam menghala ke nombor 6. Haha. Akhirnya, aku sampai jugak rumah. Rasa rindu sangat nak jejak kaki dekar rumah nieh mungkin salah satu sebabnya, da due minggu tak balik rumah. Rindu gila beb! Haha. Aku balik dengan membawa 5 orang lagi roomate dan sahabat-sahabat aku untuk hantar mereka ke stesen Putra. See, orang Kelantan Terengganu pun semangat nak balik new year, apetah lagi aku yang rumah tak sampai sejam pun dengan U.

Then, as usually, setiap tahun abah akan bawa kami melihat percikan
bunga api di malam Tahun Baru. Selalunya Tasik Titiwangsa jadi port kami sekeluarga. Tapi tahun ini, tukar sikit, plan nak pergi Dataran Merdeka, tapi jam yang tersangat-sangat jam. Tau-tau la, kalau da name KL, takda jam bukan KL la tuh. Lagi-lagi malam Tahun Baru nieh. Sume orang macam bersemangat berada di atas jalan raya. Kalau kereta pun dah berderet, apetah lagi motor-motor. Ade pulak budak-budak yang berbasikal ramai-ramai are ChowKit tuh. Tu la yang dipanggil rempit junior. Umur masih setahun jagung, tapi dah berani merempit kat jalan-jalan. Yelah, nak amek lesen motor belum boleh lagi, sebab tu bawak basikal tuh. At least kalau jatuh, luka nya masih boleh dirawat oleh rakan seangkatan jugak la.

Owh. Not about that sebenarnya nak cakap. So, abah park kereta dekat area kampung baru and kami keluar kereta dan berjalan-jalan dan berlegar-legar di depan tuh. View kami sekarang, direct to KLCC and sebelah pulak Dataran Merdeka. So, bile
bunga api tu start, kami dapat lihat bunga api dari side KLCC and dari side Dataran Merdeka. Even we are not there, tapi tempat kami sekeluarga melepak tuh still ramai jugak orang. Rasenye sume tuh orang-orang yang senasib dengan kami kot. Pukul 11.30 baru nak keluar rumah, memang takde can la nak tengok direct kat KLCC or dataran. Haha. Ape yang tertarik, ade sekeluarga berbangsa India di sebelah kami, bila start bunga api tuh, mereka masing-masing saling salam and wish Happy New Year dengan penuh perasaan gembira. Haha.


Walau gembira manapun, walau excited manapun kita menyambut tahun baru nie, yang penting bernyukur pada Allah sebab masih beri kita kesempatan untuk menjengah tahun baru ini. Dan kalau tanya aku ape azam tahun baru aku? Aku takkan ada jawapan tuh. Sebab bagi aku bukan hanya tahun baru jer kita kene berazam, dan takda istilah "azam Tahun Baru", tapi kita boleh berazam bila-bila masa kita terdetik untuk menjadikan yang buruk itu baik, menjadikan yang baik itu lebih baik, menjadikan yang lebih baik itu cantik dan menjadikan yang cantik itu lebih cantik. (.^_^.)

2009 : Aku takkan lupa tahun ini. Tahun yang banyak memorinya. Kalau tanya adakah kegembiraan? Aku jawab, sudah tentu! Beribu-ribu kegembiraan. Kalau tanya adakah kesedihan? Aku jawab, sudah tentu ada, tipu la kalau tak penah sedih dalam hidup. Kalau tanya yang mana lebih, kegembiraan atau kesedihan? Jawapanku
Kebahagiaan. Kerana kesedihan akan disembuhkan dengan kegembiraan dan kegembiraan itu sendiri memberikan kebahagiaan. Aku Bersyukur. Terima Kasih. :)

SELAMAT TAHUN BARU
2010.