Sunday, February 28, 2010

Nak cakap.

I'm SORRY...

Imej baru punya.

Ayuh bersembang dengan blog sendiri.

Wah! Akhirnya blog layoutku berganti baju. Haha. Dah banyak kali tukar kan kalau yang perasan? Bukan apa. Asik rasa tak puas hati jer tengok background and layout-layout sebelum nieh. Bukan buruk dan bukan jugak tak buruk. Bukan tak lawa dan bukan juga lawa. Tapi entahla, mane slacknye ntah. Sorry to the previous layout. And sorry jugak blogku sayang. Kesian kau, asik kene tuka baju jer. Dari hijau ker hitam, hitam ker colourfull, colourfull ke ape ntah lagi tak ingat. And at last kau pakai baju hitam jugak. Haha. Harap kau puas hati yer blog.

Kenapa aku pilih kau pakai baju hitam?
Sebab, "hitam nampak kemas.." Haha.

Salah satu sebabnye la. Tapi tak la bape kemas kalau da masuk banyak-banyak colour yang aku tak pandai nak machthing kan dengan background hitam kau tuh. Tapi ape yang aku tau, aku puas hati dengan penampilan kau sekarang blog. Harap-harap la kau boleh kekal dengan imej nie sampai bile-bile. Tuh pun depands kat aku jugak la kan. Haha.

Ape yang aku pikir mase pilih baju untuk kau blog?
First, aku pikir aku nak warne hitam. Second, aku pikir aku nak yang 3 column punye layout. Third, aku pikir aku nak match kan dengan warne-warne yang light-light sajer. Tanak warne-warne striking untuk tulisan-tulisan kat badan kau tuh. Forth, aku pikir aku nak font Gorgia (aku tak reti nak eja) untuk tulisan-tulisan semua yang ada. Fifth, aku pikir aku nak font yang kecil-kecil saje. Nape tulisan kecik?Orang susah nak baca? Heyy2, aku tau la aku rabun blog oi, tapi as long as boleh baca tuh kira okay la. Kecil kan nampak cute. Tapi besar pun nampak cute jugak kan? Bukan besar nampak cute la, boolat baru nampak cute. Tak kira la, aku nak font kecik jugak.

Last.Last.Seyes last. Yela, aku tau la last. Kau nak tanya ape lagi blog?

Kenapa kau kasi gambar selipar kat kolar baju aku?
Haha. Heyy2, jangan pandang rendah pada selipar ya!..Nape? Kau nak aku bagi kasut ker? Mentang-mentang la kasut selalu lagi mahal en. Kau tau tak, selipar uh berkhidmat bile-bile mase kita susah ker senang tau. Kalau kasut uh berkhidmat mase kite senang jer. Cube kau bayangkan kau tengah tak tahan nak membuang kat toilet bawah rumah or luar rumah (macam kat kampung aku), kau akan carik selipar jugak kan? Ade kau rajin nak pakai kasut sume tengah waktu-waktu kecemasan macam tuh? Waktu senang pulak, bile-bile mase kau nak jalan-jalan amek angin, kau still boleh pakai selipar tuh jugak kan. Tengok! Bagus tak selipar. Dahla tak menyusahkan sape-sape nak pakainye, selipar jugak bersedia berkhidmat bila-bila masa time susah atau senang tau. Hargai la selipar tau.
Dah.Dah.Kau cakap last kan tadi blog. Takyah tanye dah lepas nie.

Haha. Macam tak betulkan sembang dengan blog sendiri. Tu la. Tak kisah la. Yang penting kau da ade imej baru. Yay! Sukelah tu. :))

END of discussion.

Friday, February 26, 2010

رسول الله

Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul, Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.

Keunggulan keperibadian Rasulullah SAW dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud : "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengaharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)."
(Surah Al-Ahzab, ayat 21).

Dipetik daripada;
Nukilan Jejari Azhad.
http://blog.azhad.com/2008/03/maulidur-rasul-1428.html

Salam Maulidur Rasul
12 RabiulAwal 1431.

Wednesday, February 24, 2010

Rindu.

"Hari Jumaat nie kite balik kampung lepas abah habis tuisyen.."
Dulu, hati gembira. Meronta-ronta tak sabar tunggu hari itu. Hari Jumaat. Seronok tak terhingga bila abah cakap nak balik kampung. Dengan niat nak jumpa orang tersayang di sana.
Tapi kini, perasaan itu biasa saja. Nak balik kampung. Hmm. Nak jumpa siapa? Sedih kan dengan ayat ini.
Yup. Semua rasa begini. Abah, Ibu, Adik2, Sepupu2, PakCik dan MakCik, semua rasa begini.

Aku rasa rindu.
Aku rindu dengan keadaan yang lama.
Aku teringin nak tengok balik suasana yang dulu.
Hari Raya. Cuti-cuti, balik kampung.

Aku rindu sangat.
Aku tak pernah rasa kehilangan yang sangat kuat macam nie.
Maafkanku tak dapat bersamamu sepanjang perjuanganmu di hospital lamenye.
Tapi aku janji aku pulang setiap minggu, teman dirimu di sane.
Ya! dan aku terus berada di situ, sehingga nafas terakhirmu.
Pilu hati, mengucup dahimu bila tahu itu hanyalah jasadmu.

Tik, Tik, Tik....
Bacaan jantung , paru-paru, dan tekanan darahmu terus mencatatkan penurunan.
Risau. Itu sahaja yang berada dalam fikiran semua yang berada di situ.
Aku lihat sekeliling,
Abah dan Andak, teruskan bacaan Yaasiin di sebelahmu.
Uda, terus melafazkan perkataan Allah di sebelah telingamu.
Along, Ucu, Makngah, dan Ibu, terus mengusap tangan dan kakimu, dengan harapan dirimu akan selesa.
Tok Anjang, berada di sisi abangnya itu dengan bacaan-bacaan doa.
Aku? Hanya mampu menangis dan terus menangis.
Menangis kerana apa? Kerana melihat usahamu untuk terus melawan kesakitan yang ditanggung. Berjuang dan terus berjuang.
Kegentalanmu, Kekuatanmu, Kegagahanmu.

Dan sampai satu saat. Saat yang cemas, bacaan tekanan darah itu mula menurun sehingga tidak boleh dibaca lagi.
Bacaan jantung yang sepatutnya turun naik turun naik itu, telah menjadi satu garisan lurus.
Tiiiiitttt......
Dan pada masa itu, kami tahu. Tapi kami masih terus memberi kekuatan pada dirimu.
Sehingga telah disahkan oleh doktor yang bertugas. 11.04 malam, 04/11/2009.
Kaki melangkah keluar pintu wad ICU dengan linangan air mata dan tangisan yang tak terhingga.
Abah, kaklong tahu abah sedih. Tapi abah terus kuat. Berjumpa dan bersalaman dengan doktor lalu mengucapkan terima kasih atas segala usahanya.
Selepas semua diuruskan. Kami membawa dirimu pulang semula ke kampung.
Malam itu, aku teman abah. Tidur sebelah dirimu. Sikit pun aku tak rasa takut.
Sebab aku sayang dan ingin berada di sampingmu di saat-saat perpisahan kita ini.

Bila dah pagi. Dan itulah saat perpisahan kita. Hanya ucapan, Selamat Tinggal atok.
(air mataku menitis di saat menaip titipan ini...)

Sebelum atok masuk ke hospital,
Atok peluk dan kucup dahi atok tina (nenek) terlebih dahulu.
Betapa atok sayangkan atok tina hingga ke hujung hayat atok.
Dan atok tina terus menjaga atok. Bermalaman di hospital menemani atok.
Terharu dan bangga. Kaklong ade keluarga seperti ini.
Cinta hingga akhir hayatmu.
Tak mengenal usia, cinta atok dan atok tina terus berbunga dan sentiasa mekar hingga saat-saat terakhir atok.
Mesti bahagia kan?
Secara jujur, kaklong pun nakkan cinta macam nie.
Cinta dan sayang hingga akhir hayat.
Tak pernah pudar dan terus mekar.
Kaklong pun ade seseorang yang kaklong sayang.
dengan harapan kaklong akan sayang dia sampai bile-bile,
dan dapat capai macam mane cinta atok dengan atok tina.
Cinta hingga ke akhir usia.

Atok,
Thanks sebab datang dalam mimpi kaklong semalam.
Pengubat rindu untuk sekian lama kaklong merindui atok.
Setiap air mata yang kaklong titiskan tiap malam untuk atok, tanda ingatan kaklong dekat atok selalu.
Rinduu atok.

Post ini ditulis dengan ingatan kepada atok.

Al-Fatihah buat atok,
Haji Sidek bin Haji Arshad
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amiin.
Kampung.
Parit 9, Bagan Datoh, Perak.

Monday, February 22, 2010

Yes!

Yes! What i just want to say. I'm happy. ReallyReally happy. VeryVery happy. Soo much happy. When a little drops come from my eyes for you, it's mean i love you. After all, yeah! I'm happy. I feel like wanna smile, wanna senyum, wanna always say cheeese or tigee at all time. Yes. You know now how happy I am right? I belief that yes! you are. And I choose you! Yes! You are! Thanks my dear. Smile (.^_^.)

One Litre of Tears.

Okey. Macam yang semua dah sedia maklum. Aku memang tak minat cerita Korea, or Jepun, or Taiwan and ape-ape yang seumpama dengannye. Kalau suruh aku tengok, memang ntah bila aku akan tengok. Tapi satu cerita ni yang dah berjaya mengalahkan keegoan aku untuk tak tengok cerita korea. One Litre of Tears. Cerita ni bukan pasal cinta or jiwang-jiwang cam uh. Dah la cerita nie berjaya jatuhkan ego aku dan berjaya jugak jatuhkan air mata aku. If ade lagi cerita macam nie, suruhla aku tengok kay. Satu yang aku respect kat Aya uh, aku pun tak bleh tulis diary sebanyak uh. Hee.

In the middle of changging season
I casually feel how long the day is
In the midst of restless busy day
You and I paint our dream
Place our love on the winds of March
A cherry blossom sprout will move on into spring.

Little specs of the overflowing light
Warm up the morning little and little
By your side when you're emberassed
After a big yawn.

Standing at the new entrance to a new world
What i noticed was that I wasn't alone.

By closing my eyes
The you I see behind my eyelids
Has somehow help me become stronger, right?
I too want to be like that for you.

What's wrong with falling down? You can always stand up again.
If you look up at the sky after falling down, the blue sky is also today streching limitlessly and smile at me...I'm alive. I'm alive.

Friday, February 12, 2010

Penantian penuh kesabaran.

Owh yeah. Sabar yer. Lagi due paper jer lagi. Biology II and Chemistry I. Due hari jer lagi. Study. Study okay. :)

Friday, February 5, 2010

Semester 2. Thank you.

Jadi, tercatatlah sejarah hari ini merupakan hari terakhir bagi aku menjalani sesi lecture dan kelas untuk semester2. Finish. Tak sangka, pejam celik pejam celik, da habis da rupenye semester2 aku. Cuma tinggal lagi nak final exam jer. Wah, ckp pasal final sape yang tak takut. Confirm la sume orang bergetar-getar jantung bile sebut final exam jer. Haha. Kesimpulannya, semester2 memang sangat menyeronokkan. Walaupun sedikit letih, biase lah tuh. Da name pun student. Takpe, bersusah-susah dulu, nanti bile da dewasa, InsyaAllah akan bersenang-senang pula.

Bila mula jer sem, semangat berkobar-kobar. Btw, thanks Rahman tolong registerkan semester 2. Wah, nak mulakan sesi pembelajaran yang baru, dengan classmate yang baru, dengan lecturer yang baru, dan juga subjek yang baru. Sampai tengah-tengah sem, bile la nak abis nieh. Letih laa. Cepat la cuti. Dan hinggalah saat ini, bila da sampai habis sem, wah, da habis rupenye. Sedeyh la tinggalkan kawan-kawan yang da satu semester kita bersama. Sem depan dan sem-sem akan datang, tak tentu lagi kite akan jadi classmate lagi ker tak. Tapi tak pe, ape-ape pun, kite tetap akan jumpa kat Kuantan nanti.

So, untuk sem ini, aku telah ditakdirkan mendapat classmate yang same saje untuk empat subjek dan due subjek lagi classmate yang lebih kurang jugak. Itulah classmate aku untuk kelas BIO, CHEMY, FIM and COMP. Ke mane-mane jer, kitorang gerak same-same. Kalau kelas habis lambat, lambat jugalah kami beramai-ramai ke kelas seterusnya. Seronokkan. Confirm hari-hari jumpa classmate yang same jer. Tapi untuk kelas ARAB, lain sikit, tapi kebanyakkannye classmate2 kelas core tuh jugak. So, takde beza sangat pun.

BIOLOGY II : Group 47. Madam Kamaril Azlah.
Mula-mula, study plan kami mengatakan bahawa kami akan ambil subjek BioII nie mase sem lain. Tapi rupa-rupanya, kene ambil sem nie. Aku dah agak risau jugak, sebab bukan senang subjek nieh. Menghafal dan menghafal. Tambah lagi bile muncul terms2 yang terbelit lidah nak sebutnye. Tapi, bile dah belajar, Alhamdulillah, madam banyak tolong. Cara dia mengajar buat aku rasa senang untuk faham. Tambah lagi bile duduk dengan classmate yang result gempak2, nak jugak jadi macam dyorg en. Macam-macam da pengalaman dalam kelas Bio nieh. !4 minggu belajar, 6 jam seminggu, dengan 13 chapter kesemuanya skali. Lagi satu, lab session untuk BioII nieh, dah macam kelas aed da. melukis dan melukis. Lain dengan BioI dulu. Observe and draw. 1st tyme berfungsinya hp dalam lab. Tangkap gambar slide-slide dan tekap untuk buat lab report. Haha. Bijak2. Belah tikus. Pengalaman yang memang best. Sebelum belah tikus tuh, sume steady jer. Tapi, lepas da habis experiment tuh, pening, loya, sume ade. Pengalaman tuh. Ini aku selitkan gambar kami seclassmate bersame lecturer kami.

CHEMISTRY I : Group 47. Sir Haswaneezal.
Ini lagi satu kelas core corse aku. Kelas yang menarik. Venue biase S3133. Dekat Smawp, Tingkat 1, hujung sekali. Mula-mula kelas, macam susah sikit nak faham. Yela, masuk-masuk jer da kene blajar wat Factor Label Method uh. Rase geram jer, asal la aku tak paham-paham nieh. Sampai la nak dekat quiz, baru la tau cane nak kire pakai care tuh. Huh. Lega. Paling tak bleh lupe, sir pakai system star (*). Sape yang ade bertanye dalam kelas, sape yang dapat jawab soalan kat depan and sape yang berreaksi la senang kate dalam kelas uh akan dapat star. Haha. Berlumba-lumba sume jadi active dalam kelas Chemy sebab nak merebut dan mengumpul star. Kate sir, star uh akan tolong dapat markah mase final nanti. Hee. Star aku ade bpe jer entah. Aku pun tak tau. Ikut mood la. Kadang-kadang active dalam kelas uh, kalau letih tak active la. Kelas Chemy slalu tyme petang. Pukul 4-6. Slalu da saturated da tyme kelas uh. Kesian sir. Sory yer sir. Huhu. Thanks untuk sir buat appreciation slide untuk kitorang. And thanks juga sebab belanje kitorang nasik ayam semalam. Seyes saya kenyang. Hehe. This is us with sir.


FIM UNDERSTANDING ISLAM : Group 51. Brother Kazzman.
Apa yang boleh saya katakan, kami bertuah dapat lecturer yang sangat sporting, sangat memahami pelajarnya. Haha. Kelas Fim 2 hari jer seminggu. 3 jam jer contact hour. Disebabkan kelas nie la buat pertama kalinya, kami kene masuk blok lelaki. Abu Bakar college. Kenapa? Sebab kelas fim kat sane. Haha. Pengalaman tuh. Hee. Sir sangat baik. Macam-macam jugak yang da berlaku dalam kelas Fim nieh. Kelas yang paling cepat habis syllybus. Dengan presentation hari tuh. Seronok la. Pengalaman bertasmid. Tak sangka, boleh jugak habis bace 10 ayat hafazan tuh. Tasmid uh bawak 5% untuk carry mark uh. Sangat penting. Selain belajar ilmu sains sahaja, kelas Fim nie la yang mendedahkan kepada ilmu-ilmu agama. Memberi peringatan pada kita, jangan hanya leka pada sains, agama juga perlu diutamakan. Classmate kelas fim macam biasa. Macam due gambar di atas jugak.
Tetap dan masih mereka. Haha.

COMPUTER 1 : Group 61. Miss Siti Sarah.
Lagi sekali aku rasa bertuah. Lecturer comp yang sangat sporting juga. Banyak membantu terutama skali dalam exam. "Students, anything you want to know just get it from my website okay." Haha. Teringat-ingat ayat miss yang nieh. Setiap kali kelas mesti miss cakap. Kelas yang membuktikan bahawa dunia di hujung jari. Mane taknye, segala exercise, jawapan, scheme module, date of quizes and everything is just upload from the website. Haha. Canggih en. Tapi best. Kat kelas nie la aku didedahkan dengan macam-macam benda baru pasal IT nieh. Operating system OpenOffice. Mane penah aku tau sebelum nieh. Tapi rupa-rupanya wujud. Rasa jakun jugak mula-mula tau tuh. Haha. Yang paling best skali, tyme kelas computer la sume orang pandai menggunakan peluang. Lagi-lagi tyme lab. Laju jer sampai kelas. Sebab ape? sebab dapat on9. Haha. Yeah. Facebooking. Hehe. Mula-mula tak brani, tapi da lame-lame aku pun terjebak jugak dengan gejala nieh. Tak pe la. Memanfaatkan apa yang perlu dimanfaatkan. Haha.

ARABIC LANGUAGE II : Group 53. Ustaz Ghazali.
Tak disangka. Ingatkan macam Arab I dulu. Nak kate sengan tak de la senang sangat, tapi okay la. Berbeza dengan Arab II. Waa, agak susah woo. Kesian ustaz. Bape kali ajar pun kitorang still tak paham2 lagi. Hehe. Yang seronoknya kelas arab nieh, ustaz selalu menunjukkan bakat graffitinye di whiteboard. Seyes, penuh satu whiteboard. Haha. Smart ustaz. Then, kelas arab 2 hari jer. Dan yang amzingnye, kelas arab 3 jam sehari. Wahaa. Mule-mule pk boleh ker aku bertahan dengan 3 jam nieh? Start kelas da siapkan da air masak, gule-gule, roti sume ade. Kononya, taknak bagi ngantok la dalam kelas. Tapi Alhamdulillah, dapat juga bertahan rupanya. Tapi satu kelemahan aku tyme kelas arab, kelas start pukul 10. Aku selalu ter overslept. Maaf ea ustaz kalau saya terdatang lambat or ade termiss kelas. Hehe. Takpe en? Ustaz tak marah en? Hee. Saya da hafal da ustaz. ذهبا - ذهبوا - ذهبت - ذهبتا - ذهبن - يذهب - يذهبان - يذهلبون -تذهب - تذهبان - يذهبن - ذهب . :)

READING : Group 63. Madam Wan Azlina.
Ouh. Kelas nie sekali jer seminggu dan pada hari Jumaat. Jumaat hari yang paling banyak cuti. Jadi kami sangat jarang berjumpa. Maaf la. Aku tak kenal sangat sape classmate kelas nie. Sangat kurang berinteraksi dalam kelas. Huhu. Tapi madam sangat baik. Maaf madam kalau kelas sangat pasif. Thanks coz doakan this is our last EPT. Hopefully. Amiinn.

And lastly. Its the end of lecture session semster 2. Sangat banyak pengalaman dan sangat banyak benda baru yang saya belajar. Moge segala tunjuk ajar sepanjang sem ini dapat saya gunakan sepenuhnya. Dan sekarang nie, focus pada final exam. Yeah, final exam. Memang la letih. Banyak yang kene baca. Banyak yang kene revise. Tapi kalau nak berjaya, saya mesti cuba. Bila tengok jadual exam pun, ahaa, kenapa macam nieh?
10/02/10 - Reading EPT.
11/02/10 - Arabic Languange II & Computer I.
12/02/10 - Fim Understanding Islam.
13/02/10 - Biology II.
18/02/10 - Chemistry I.
Its okay. Usaha. Doa. Tawakal. Be strong and be smart. InsyaAllah, success is yours.

Gotcha!

Haha. Smart.
Chat in Facebook IM, alamak! stuck2 laa..
Then continue our chat in YM.
A : Kay, jap on9 YM jap.
B : Alamak! Stuck2 lagi laa..
A :Hmm..takpe la. Kite sembang jer la setakat mane yang mampu.
B :Hahaha. Takde la, saje jer. Takkan la YM pun stuck jgk. Susah la cam uh.
Gotcha! Ahaha.

***

Bersembang-sembang.
Da ade yang lain yer. Ape yang da lain nye?
Deodorant baru. Ahaha.
Again, Gotcha!
Saya terkena laagii. Haha.


Okay. You are so adorable and kelakar orangnye. Wehee. Suka lah tuh kene puji. Thank you for making me smile and keeping me smile. It's okay saya ter"Gotcha!" because i love your joke and I love you. Hehe. Orang kata, ada ubi ada batas. Hee. Tapi saya tak la begitu kot. Saya tak kisah ade ubi ker takde ubi. Sebab yang penting saya tetap ada kamu. Baik kan saya. Terime kasih. Haha.

Maaf la, hanya insan yang memahami post ini sahaja yang akan faham. Memang la kan. :)