Sunday, August 29, 2010

Aku pun orang biasa biasa. Kita sama sama share la yer. Okayy.

"Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh.
Bye-bye!"

Bukan nak berlagak pandai. Bukan nak berlagak baik. Cuma sekadar berkongsi.

Tengah tengah jalan jalan dalam saluran wayar internet nie, aku singgah kejap dekat Saifulislam.com punya website. Ternampak laa gamba yang macam nieh.

Terus teringat dekat perbualan aku dengan rahman hari tuh. Dia ada tanya, macam mane perasaan mak mak bila dia pakai tudung, tapi anak dia free hair macam tuh jer?

Aku pun tak tau nak berkongsi pendapat dengan soalan tuh sebab tak tau ape jawapannye. Tapi ape ape pun mesti laa ade rase segan sikit kan. Yang penting anak tuh sendiri laa kena faham keadaan sekeliling.

Tapi, Alhamdulillah laa kitorang adik beradik pakai tudung bukan lepas kena suruh, sebab kalau kena suruh mesti ada rasa macam terpaksa kan. Kita bila dah berkawan kawan bila tengok kawan pakai tudung, secara tak langsung kita pun mintak jugak ibu abah belikan tudung.

Tapi, pakai tudung tuh bukan sebab segan dengan kawan, cuma mungkin mula mula jer macam tuh, tapi dah lama lama, dah belajar Islam dah boleh pikir mane betol mane salah kan.

Tiba tiba muncul pulak topik perbualan baru kami, "Memang betol laa orang cakap, ape ape pun pengaruh kawan tuh tetap paling kuat..".

Sudah, macam mane pulak aku nak kupas topik nieh. HEHE. Selamat beramal! :)

Reunion campur campur budak budak Taiping.

Semalam. Begini ceritanya. Dua puluh empat haribulan ritu aku dapat message dari Roqhib.

"Salam..Nanny! Aku tau ko tengah makan. Haha. Weh, Athin ajak bukak puase same2 sabtu nie. Ko free tak?"


Maaf maaf. Roqhib memang macam tuh. Ntah bile die jadi cucu aku ntah.

Jadi, lepas aku pikir pikir jadual program aku hari Sabtu, kelihatannya di situ seperti free. Lantas aku membalas dengan menyatakan yang aku free jer.

Bila teringat ingat balik, Rahman ade bagi tau aku yang kelas 503 pun nak buat bukak puase Sabtu tuh. Athin bukan kelas tiga? Pelik. Tapi takpe. Aku follow the flow jer. Kalau kalau gabung jer kan lagi aku gumbira, dapat makan depan mata buah hati. Ahaha! Gataaaii naa. Hee.

Lantas muncul juga hari Sabtu. Aku gerak pergi Mid sekali dengan Rahman dan Hisyam naik bas Metro dua belas.

Sampai sampai jer ramai jugak laa yang dah sampai. Diorang sume kumpul depan wayang dekat tiang tiang  besi besi depan mcD tuh. Ape tak sabar nak cop burger mcD ker? Hehe. Gurau gurau.

Kelakar sungguh. Ape jadah nak duduk depan wayang sampai pukul tujuh, lalu ramai ramai segorombolan kami pergi duduk cop tempat dekat food court. Lepas pergi usha usha kedai makan dekat tingkat bawah, nampak semua penuh jer orang dah cop, pizza beratur macam nak beli tiket ktm. Baik takyah.

Dan berkumpul lah dengan kata sepakat, kita beli makanan masing masing, take away makan dekat food court. Rahman, Hisyam, Fido, Fadzley dan aku pergi Carl's Jr. Teringin nak makan burger die. Mahal mahal jugak. Tapi standard laa harga fast food. Mak aihhh, giler besar burger die. Aku makan share tiga orang pun mau tak abis tuh (yeker?).

Bila dah azan, masing masing pun dah bawak makanan masing masing, Pullah baca doa, Allahumma lakasumna wabika amanna.....Amiinnn. Dan, Makan! :)

Ape yang menariknya di sini, sepanjang aku sampai, sampai laah aku nak balik, asik kene buli jer.

Zany, bila nak berhenti makan?


Zany, makin sehat laahh kau.


Zany, pipi kau asik tembam jer.


Rahman, kau bagi Zany makan ape?


Rahman, macam mane ekonomi kewangan kau skang?


Kalau korang makan banyak mane pun tak boleh lawan Zany.


Nie, bawak Zany carik tempat makan, die boleh tau kenyang ker tak tempat tuh.


Zany, bulat laahh kau.

Yer. Yer. Lepas nie aku jadi bersegi pulak yer. HAHA. Kelakar laahh korang. Walau aku dibuli sebagaimana rupa pun, aku tetap tak kesah. Janji aku bahagia. Ahaha!

Enjoyy yesterday budak budak Taiping. HAHA.

.Apang. Anis. Far. Kama. Iffi. Moon. Syafiq. Fadzley. Pullah. Athin. Hisyam. Fido. Rahman. Izzani. Zufayri. Amyny. Toy. Wahida. Syera. Timah. Roqhib.

p/s: Nak gambar tengok dekat facebook page Far pakai camera handphone 12.1 megapixels. Hee.

Sunday, August 22, 2010

Beramal dengan skype. Hihihi. :))

Okayy. Nak balik UIA dah. Aihh! Kenapa laah ade hari ahad. Nak duduk rumah puas puas rase. Takpe laa. Dua minggu lagi cuti beb! Beraya sakan laah dengan rumah nieh. Ahhaa!

Tiba tiba,


Ya ya! betol. Bulan puasa nieh kite kena banyak beramal. Bukan banyak menipu. Main tipu tipu manja tak pe. Ahaha!

Okayy! Salam Ramadhan hari ke dua belas. Semoga terus perbanyakkan amal untuk sepanjang lapan belas hari lagi. Lepas tuh beraya sakan laahh anda anda.

Tiba tiba kali kedua,

Love you always (.^_^.),
ℛÅÅ

Saturday, August 21, 2010

Happiness is a choice that requires effort at time. Sacrifice is giving up something good for something better..


When you're so confused, don't despair and never loose hope. You'll find your way. InsyaAllah.





◕‿◕


Thursday, August 19, 2010

Asik asik message sama jer. Tanpa baca aku terus delete. Selamat kau masuk dalam Recycle Bin.

Tengah tengah aku melayan perasaan berjiwang sakan layan lagu Wali Band, tiba tiba handphone si biru putih XpressMusic berbunyik. Bajet bajet ade peminat ker, perdana menteri Taiwan tak pun jaguh bina badan Jeddah ker yang message kan. Tengok tengok CELCOM si peminat setia jugak yang message. Ceyh! Hampeh. Putus harapan.

Khas untuk anda!
Nikmati 20% kredit PERCUMA
bila anda tambah nilai & gunakan 
RM30 dari 12-15 Ogos 2010.
Bonus akan dikreditkan pada 18 Ogos 2010.
Tertakluk pada T&S.

Kalau aku dapat tau CELCOM bagi message nie dekat orang lain jugak, siap aku tempeleng kang. Kata khas untuk aku jerr. =.="

Tuesday, August 17, 2010

Seyes aku tanak jadi bajet laagi dah. Menyesal. =.="

Berkaitan dengan post di bawah, malam tadi aku mimpi lagi.

Tapi nie bukan mimpi ngeri. Bukan mimpi kena makan rimau, kena gigit tupai, kena tikam dengan kapas tuh semua. Tapi mimpi dunia hiburan kata orang.

Lepas aku post cerita di bawah (semalam), aku ada share dekat Facebook. Ceyhh, bajet bajet ramai laa yang nak baca. Padahal tak pun. Saje bajet bajet di bulan puasa.

Lantas, malam tadi aku mimpi Aznil Haji Nawawi baca and comment dekat blog aku dekat post yang bawah nieh.

Cepat cepat aku pergi CC lepas habis kelas Physics nak cek comment dekat blog aku. Tengok takda pun Aznil Haji Nawawi comment nye.

Tulaa, bajet lagi. Facebook aku pun Aznil Haji Nawawi takde, ape ntah lagi blog aku.

Kan dah cakap, mimpi tuh mainan syaitan. Tapi aku sempat fikir sambil baca baca organic chem lepas sahur tadi, bukan syaitan kena ikat bulan Ramadhan nieh?

Monday, August 16, 2010

Pengalaman aku terkoyak kulit muka dan lapisan paling atas anak mata.

Tajuk macam seram kan? Serious seram. Ini bukan cerita dongeng.

Semalam. Aku berada dekat Taiping Sentral. Aku rasa sangat tak tahan nak buang air kecil. Mase tuh aku bersama dengan dua orang lagi kawan aku. Kami bertiga sama sama tak tahan nak buang air kecil. Dan sedang menunggu toilet di Taiping Sentral.

Tapi, alangkah sedihnya kami sebab ramai sangat orang dekat toilet tuh. Lantas, salah sorang dari sahabat aku tadi berkata, "Kita pergi toilet dekat Tesco laa. Kan sebelah jer..". Ya tak ya jugak. Tesco kan sebelah Taiping Sentral jer. Lalu berjalanlah kami bertiga ke Tesco dan melepaskan hajat tersebut.

***
Tiba di rumah. Ade abang sedara aku. Tapak tangan die macam kena jahit dengan benang warna hitam garis garis penuh satu tapak tangan. Seram jugak mase tengok tuh. Dia cakap tuh sebab buatan orang. Tiba-tiba jer tangan dia tumbuh benang benang tuh jadi macam satu bentuk jahitan.

Aku pergi ke dapur. Aku masukkan segenggam jagung dalam air masak. Ini aku tak tau apa tujuannya. Tiba-tiba air tuh jadi mendidih didih, berbuih buih. Dan terpecik sedikit ke muka aku. Aku cepat cepat masuk bilik tengok muka aku. Bila aku pegang pipi aku, kulit muka aku jadi terkoyak dan boleh digentel gentel macam plastesin.

Bila aku bukak mata pulak, mula mula macam biasa jer. Tapi lama lama timbul satu garisan dekat tengah tengah anak mata warna hitam tuh, dan lapisan mata tuh terbelah jadi dua. Atau dengan kata simple, terkoyak jugak. Aku macam tak percaya. Aku tutup balik mata. Bila bukak jadi macam biasa, tapi lama lama jadi balik garisan tuh dan lapisan mata aku terkoyak lagi.

Waaaaaa. Rasa macam nak meraung sangat mase tuh. Aku dah terpikir, ape yang aku kena nieh mesti same kes dengan abang sedara aku tadi.

Aku cuba anggap benda nieh mimpi. Aku pergi mandi. Kalau aku rasa sejuk, aku tak mimpi laa maksudnya. Aku cuba yakinkan ini satu mimpi. Tapi tak. Aku sedar mase tuh. Aku rasa suasana sejuk mase tuh. Cepat cepat aku pergi jumpa ibu aku.

"Ibu, tengok kulit dengan mata kaklong nieh. Kenapa jadi macam nie?"

"Owhh! Takpe takpe. Benda macam nie biasa berlaku. Nanti ibu bagi tau macam mana nak buat."

Wah. Tenang sikit mase tuh bila ibu cakap macam tuh. Selaku ibu, beliau akan cari jalan terbaik untuk menenangkan anaknya.

Tiba tiba ada bunyi datang dari belah kiri aku. Bunyik tuh serious sama macam suara Alvin and The Chipmunks tuh. Aku bukak mata. Jantung aku berdegup degup laju. Laajuuu sangat. 80 km/h aku rasa. Lantas aku bersuara, "Fuhh! Legaa. Ya Allah! Alhamdulillah. Aku cuma mimpi rupanya."

Terima kasih alarm clock kejutkan aku. Lalu aku sambung tidur semula.

Sunday, August 15, 2010

Pengalaman saya berbuka puasa di kampung. (Tajuk macam mase darjah satu bila cikgu BM suruh buat karangan dulu dulu)

Dekat mana aku? Dekat rumah laa. Of corse. Bak kata roqhib hari tuh. Hujung minggu aku dekat rumah laa. Menghabiskan masa bersama keluarga. Ahaa.

Aku sekarang baru jer sampai dari kampung. Ya. Dari kampung. Biasa laah. Aku balik rumah hujung minggu di bulan puasa nieh untuk nak rasa berpuasa dan berbuka puasa bersama keluarga. Macam abah jugak, hujung minggu cuti cuti abah nak jugak rasa berpuasa dan berbuka puasa dengan ibu abah ataupun untuk lagi paham, nenek ku. Jadi, untuk mengadilkan suasana, kami balik kampung. Dapat buka puasa sama sama ramai ramai. Lagi syok.

Mane tak syok nye weh. Semalam bangun bangun sahur jer, tido balik kejap lepas sahur. Bangun bangun subuh jer dah kena siap siap balik kampung. Siap pung pang pung pang, pukul 8 jugak bertolak dari rumah.

***

Pukul 1 tengah hari, lebeyh sikit sikit. Baru sampai kampung. Lama tak lama? Mane ade KL ke perak sampai lima jam. Lain laa kalau pergi Taiping bawak 40 km/h.

Ini sebabnya kami kami sempat lagi bertandang dekat Sungai Besar tengok tengok kedai baju. Kot kot ade baju berkenan. Tapi alangkah kecewanya, satu jam dalam kedai tuh, bawak satu jer beg plastik kecik keluar. Tuh pun beli cekak rambut adik aku dua bijik.

Dah sampai kampung, aku terus landing atas katil tengok TV3. Kalau bukan sebab Detective Conan mase tuh, aku dah tolong tolong da potong bawang ker pape yang patut dekat dapur dan akhirnya tertidur sampai ke petang. "Woah!Teruk gila kau Zany..", kata aku dalam hati. Nasib encik rahman pun dah paham, message lambat beno reply nye, tengah tidur nyenyak atas katil empuk laa maksudnye. Lantas encik rahman pun tertido sekali akibat menunggu message aku yang lambat beno replynye tuh. Maaf. HEHE.

Malam berbuka atok masak, Owhh. Kita orang memang panggil dua dua, atok dan nenek sebagai atok. Ayam masak merah atok, favourite semuaaa cucu cucu. Sup ayam, favourite semuaaa anak anak dan menantu menantu. Ade lagi, tempe, ikan cencaru bakar, favourite abah dari kecik sampai besar. Plus dengan makanan sampingan yang pelbagai, ade roti john, kuih pau inti kelapa, pau goreng, kuih kasturi, cucur udang,  pecal, bubur durian dan yang paling penting, laksa sebagai makanan moreh aku. (:

Kesimpulannya, aku kenyang sampai lusa.

p/s : First time puasa dan bakal raya tanpa atok tan. Sedeyh. :(
Al-Fatihah buat arwah Haji Sidek bin Haji Arshad.

Monday, August 9, 2010

Dari kaklong untuk kakngah.


My dearest sister,
Nurul Izzati Binti Zulkifle.
HAPPY 16th BIRTHDAY to you.
♥May Allah bless you always.
♥Moga success dalam study.
♥Moga dapat capai cita-cita.
♥Being good to others.
♥Jadilah anak, adik dan kakak yang solehah.
♥Always love you. 

Sunday, August 8, 2010

Tak sangka aku, zaman sekarang ade lagi tandas kongsi.

A'ah. Memang aku tak sangka sesangka sangka nyaaa. Geliii siottt. Amek kau. Kan aku dah terkeluar bahasa kasar.

Siang tadi is shopping time. Ladies only. Biasa laa, tengah syok shopping shopping, perasaan nak terkenci tuh of corse tak dapat dielakkan. Jadi, aku pun pergi laa teman adik aku yang nak terkenci tuh tadi masuk toilet. Nak laa carik toilet esklusif sikit en. Bia selesa sikit. Jadi, lepas dah buat keputusan, kami adik beradik (aku berdua jer dengan adik aku yang kecik sekali tuh) pilih toilet Mydin.

Tengah syok aku masuk toilet, I mean, aku teman adik aku masuk toilet, satu per satu orang laki bukak pintu toilet tuh. Naik segan aku. Nasib laa jugak ade makcik makcik lain tengah tunggu turn belakang aku. Melihatkan semua yang kat dalam tuh perempuan, yang laki laki tadi tuh segan laa kot nak masuk. Yela, orang Melayu en. Mane biasa share share toilet nieh, except dekat rumah or dekat kampung laa.

Sampai laa ade sorang lelaki warga India bukak pintu. Dengan selambanya dia masuk dan terus menuju dekat tempat kenci lelaki yang untuk berdiri tuh. Mak aih!! Meremang aku. Bio bonar orang nieh. Selamba jer dia buat process excretion dekat situ, padahal ramai perempuan dekat sebelah tuh. Cepat cepat aku cakap dekat adik aku, "Izzah, dah ker belom? Cepat sikit tau..". Geli geleman aku rase. Memang dasar kel**ng sungguh. Selamba jer dia.

Memandangkan tempat kenci berdiri tuh ade dua, dan memandangkan laki yang pertama tadi selamba jer masuk dan kenci di situ di hadapan khalayak perempuan, masuk pulak lelaki yang kedua buat keselambaan yang sama. Aku tengok warga dia. Dalam hati aku kata, "Kalau dah kel**ng tuh, kel**ng jugak. Same jer dua dua. Tak segan ker ape ker?.."

Dan, bila adik aku dah selesai melegakan perut dan segala-galanya, lekas lekas aku keluar dari toilet tuh sambil mengadapkan muka ke kiri (tempat lelaki tuh dekat belah kanan). Segan aku nak tengok. Keluar jer dari toilet, aku terus cakap, "Fuh! Nasib baik aku masih dapat menjaga pandangan dari melihat benda-benda yang tak patot..".

Permintaan! Tolong laa jangan buat toilet share lagi. Diorang tak segan, aku yang segan!

Friday, August 6, 2010

Kepala baru menikam kalbu.

Cewah, tajuk nak bajet hebat jer.
Padahal tak pun.
Saje nak cuba cuba buat ayat gempak segempak gempaknya.

Tiba-tiba,
Dah! Tanak pakai name POETRY tuh lagi dah.
Bukan sebab tak sedap, cuma bila fikir fikir balik,
guna nama sendiri lagi bagus kot.
Lagi orang kenal.
Kot guna POETRY tuh orang tanya,
"Siapa yang mak ayah die bagi nama Poetry tuh?"
Kan tak manis dipandang orang begitu.
Sekarang bila dah pakai nama sendiri,
kot kot ada orang tanya,
"Siapa budak comel nama Izzani Zulkifle tuh?"
ahaa! Kan lagi bagus sedap didengar gituuu.
Tapi, ada ker orang nak tanya macam tu?
Ya. Macam takda.
Sekian, terima kasih.

Tiba-tiba ada ros merah dekat kepala (header).
Tak pe laa. Ros tu jer yang menarik jiwa.
:)

Doa kami mengiringi Liya. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Liya. InsyaAllah.

Maghrib tadi. Handphone bunyik. Ya, kali nie bukan alarm clock. Lagu Outlandish (I've Seen) sebagai ringtone handphone aku memekik mekik minta diangkat segera panggilan itu.

Aku tengok nama yang tertera dekat monitor kecil handphone aku. Fido mrsmT. Tiba-tiba terkesima seketika.

"Haa? Fido? Tak penah penah saje nak call tibe tibe call. Mesti ade benda penting nieh", hati aku kata.

Fido tanya dulu untuk pastikan yang aku nie benar benar Izzani,

"Hallo, Izzani. Izzani en nie?"

"A'ah. Aku laa nie. Kenape weh?"

"Ohh! Nie ade sikit berita buruk nie weh."

Bila Fido cakap macam tuh, lagi laa berderau derau jantung. Seyes. Sebab tak penah pun dia call kalau pun ade problem ker pape.


"Haa, ape dia? Kenapa? Kenapa?", aku tanya, nampak nada pun da tau nervous mase tuh.


"Kenal tak Liya kelas satu? Dia baru meninggal petang tadi."


"Haa? Liya? Betul ker nie? Liya tuh ker yang meninggal? Ape punca dia?"

Seyes. Seyes. Aku macam tak caya gilaa masa tuh. Terkejut sangat sangat. Then, Fido jawab,

"Siang tadi dia demam panas. Lepas tuh nie baru tadi kitorang dapat annoucement pasal dia."

"Owhh! Yeker. Terkejut gilaa aku weh. Tak sangka. Innalillahhiwainnailahirajiuun."

"Ermm, tula. Tuh aku inform kau. Kau tolong laa bagi tau kawan-kawan yang lain. Al-Fatihah untuk dia."

"Ohh. Okay Okay. Thanks weh bagi tau. Salam". Perbualan selama satu minit dua belas saat tadi tamat.

Kawan-kawan, ayuh Al-Fatihah sama-sama untuk arwah Liya Nordin yang telah pulang ke rahmatullah pada 5 Ogos 2010.

And today, 6 Ogos 2010 is her 19th birthday. Happy Birthday Liya. Moga Liya akan terus dirahmati Allah dan akan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. InsyaAllah. Amin.

Al-Fatihah.

Thursday, August 5, 2010

Tau, hari nie bukan hari guru. Tapi, sila kenang dan ingat selalu.


Oh! I'm missing her, my dear teacher.
Miss ops, Madam Azila. HEHE.
May Allah bless you in whatever you do teacher.
Moge sihat-sihat selalu.
Thanks for all the Physics knowledge you gave me.
Cikgu, saya amek subj Physics sem nie.
Susah laaa. Really really need youu. =]

p/s : Teacher Farah, my dear homeroom teacher. Long time not hear, not see you teacher. Miss you miss you so so much! If you read this, just wanna you to know, you are really appreciated!

Aku tau hujan boleh buat demam. Tapi aku pedulik ape.

Pukul 6.30 pagi handphone aku bunyik bunyik. Aku geram. Aku tak tahan. Lantas aku campakkan handphone aku ke ceiling. Oh! Sebelum aku campakkan aku sempat berfikir, malam tadi aku buat alarm clock pukul 6.30, patut laa handphone aku bunyik bunyik, lalu aku tak jadi mencampakkan handphone aku.

Ya! Itu semua tipu belaka. Aku sedar alarm bunyik pukul 6.30 dan aku cuma meraba raba di bawah bantal untuk tekan butang snooze sahaja. Segala aksi aksi campak mencampak handphone adalah rekaan semata dan sehidung.

Lepas bangun aku mandi. Aku malas nak basuh baju terus, aku campak baju dekat hanger. Aku mandi sampai pukul 8.45 pagi dan aku sedar kelas akan mula 15 minit lagi. Tanpa gopoh gapah, aku siap siap dengan tenang. Oh. Lupa nak bagi tau, lepas aku snooze alarm tadi, aku bangun pukul 7.00 dan solat Subuh. Subuh gajah kate orang. =.="

Lepas tuh aku tido balik dan bangun balik pukul 8.30 pagi untuk pergi mandi. Tepat pukul 9.05 pagi, aku dah terpacak dalam kelas. Yeah! Sempat sempat.

Dalam kelas, aku sangat tak de hati. Aku asik fikir, cepat laa habis kelas. Aku nak balik rumah. Setiap 15 minit aku tengok jam, dan tiap kali aku tengok jam, aku berkata,

"Aiseh, kenapa baru lima belas minit berlalu..Oh! Tidak!.."

Aku conteng conteng buku. Sambil fikiran separa di buku, separa di rumah. Lantas lecturer berkata,


"Orait! I think we should continue next week."

Ohh! Sangat bahagia jiwa dan raga aku. Terus tutup buku. Taapii.

"I think we continue a little bit.."

Arggghh! Tidak tidak. Itu satu mimpi. Dengan lemah longlai aku bukak balik buku. Dah pukul 11.00.

Aku berlari balik blok beli spagheti dan makan dengan sedikit sopan santun dan pergi membuang air besar sebentar lantas jalan naik bas naik train dan tiba-tiba aku dah sampai rumah dengan basah kuyup.

Aku pedulik ape redah hujan lebat tadi. Janji aku sampai rumah cepat. Baru hati gembireee. (: