Thursday, September 30, 2010

Kisah bila cerita soal masa depan.

"Ibu, nanti rahman dah nak pergi gombak dah ibu. Tak dapat da sama-sama dekat pj. Hmmm."

"Takpe laa. Pergi pun sebab nak belajar kan."

"Tapi nanti dah jauh dah ibu. Kaklong dekat kuantan. Hmmm."

"Yelah. Sekarang tengah zaman masing-masing belajar. Jauh pun sebab belajar kan. Takpe laa. Belajar lah."

Aku terdiam. Muka monyok gaya sedih.

"Ibu dulu sebab jauh dengan abah lah ibu jadi untuk terima abah lepas berfikir-fikir."

Aku menjawab, "Hmm. Maksudnya ape tuh?"

"Yela, bila jauh kan sebenarnya lagi bagus. Kita lagi rindu. Lagi teringat-ingat", kata ibu.

"Owhh. Kira takpe laa yer ibu en kalau jauh nieh?"

"Yer. Takpe. Ingat lah, masing-masing jauh sebab nak belajar kan. Jadi, belajar lah. Biar nanti dah berjaya sama-sama, sama-sama jugak senang."

Lepas lama fikir-fikir sorang diri, betol jugak. Ibu dengan abah dulu jarak dekat tiga bulan jer. Lepas tuh ibu dekat KL abah belajar dekat Terengganu.

Aku lega sedikit :)

Kisah budak sekolah dan kerjaya.

Malam tadi. Aku menghabiskan masa terluang ku dengan bersembang-sembang dengan ibu dan adik aku yang lahir kedua tuh. Daripada aku dok buang masa ngadap laptop yang tak boleh bercakap nieh, lebih baik aku bersembang-sembang kan.

Persembangan kami yang mula dalam pukul 11.00 malam gitu ade laa membawa kepada pukul 1.30 pagi. Dari cerita tentang unsur-unsur kawan yang baik, kawan yang musuh, kawan yang cenggitu, kawan yang cenggini, sampai laah cerita ker bentuk badan bulat, kempis, padat, itu ini segala. Tuh yang bawak sampai ke pukul 1.30 pagi tuh.

Alkisah laa bila dah cerita pasal kawan yang cenggitu dan cenggini tuh, adik aku yang kedua tuh memulakan cerita nya.

Hari itu, tengah sembang-sembang laa dia dengan kawan-kawan sekolah dia. Yelah, budak-budak tengah nak meningkat dewasa nieh kan, sebok laa fikir besar nak jadi ape, kerja ape, belajar ape semua.

"Weh Insyirah, nanti kau nak ambik apa?", tanya salah sorang kawan adik aku. Kita bagi dia nama Sab (bukan nama sebenar).

"Oohh. Aku nak ambik akaun kot", jawab Insyirah.

Lantas Sab terus membidas, "Eyyhhh! Jangan. Jangan ambik akaun. Tak guna pun nanti untuk kerja. Nanti jadi macam kakak sedara aku. Dulu dia ambik akaun, sekarang dia kerja jadi tukang jaga mesin fotostat."


* * *

Berbulan-bulan kemudian..

Sab : Izzati (adik aku), nanti dah besar nanti kau nak kerja jadi apa?

Adik aku : Oohh. Aku nak ambik doktor kot.

Sab : Ohh yeker. Doktor ape?

Adik aku : Doktor psikologi.

Sab : Eyhh! Jangan wehh! Kalau kau kerja jadi doktor psiko, nanti kau yang kena psiko tau. Boleh jadi gila.

Adik aku : Hmm. =.= (gaya dah agak dah dia nak cakap macam tuh).

* * *

Berbulan-bulan kemudian lagi..
Kali ini turn adik aku pulak tanya dekat Sab pasal cita-cita dia.

Adik aku : Sab, kau nak jadi ape pulak nanti?

Sab : Ohh! Aku nak jadi doktor.

Adik aku : Oh yer? Doktor ape?

Sab : Doktor psikologi kot.

Adik aku : Emppphhh. Dia nieh memang nak kena kot! (dalam hati) =.="

Adik aku nieh bila dah sampai tahap berangin dia, boleh tahan jugak garang dia nieh. haha.

* * *

Untuk Sab (bukan nama sebenar),

Kenapa yang nak down kan semua cita-cita orang tuh?

Mungkin betol, kita boleh merujuk sesuatu dengan gunakan contoh-contoh yang lampau. TAPI, dia ambik akaun, tak semestinya nanti jaga mesin fotostat. Dia nak jadi doktor psiko, tak semestinya jadi gila.

Tadi cakap orang jangan jadi itu ini. Kan sudah sudah dia yang nak jadi doktor psiko pulak. Dah kena psiko laah tuh. Nasib dia tak cakap dia nak jadi doktor psikologi akaun. Kalau tak mau aku gelak-gelak sampai gusi tak kering kot. Gasak dia situ.

Don't naughty naughty yaaa.

Tiba-tiba aku teringat lagu Mak Minah.

Amboi mak minah sayang. Mak minah kaki temberang. Baju lawaa... blaa. blaa. bla bla blaaa. Oppss!





Wednesday, September 29, 2010

Minggu dan Bulan.

Tengah malam yang hening lagi suam suam kuku, aku dapat message yang berbunyi begini,

"Bla..bla..bla..bla..blaa....... baru lepas mnangis jer..huhu"

Aku pun apa lagi. Dengan nada caring menjiwai perasaan orang lain terus mereply message tersebut.

"Bla..bla..blaa.. nape nangis nie ____?ade pape yang tak kene ker _____?"

Amacam? Betapa punya caring laa aku kan? haha. (perasan sebentar bersama kit kat).

"Takde pape la, seyes takde pape ____. Bese la tuh, kadang2..huhu"

Aihh. Orang nak caring cakap takde pape pulak. Geletek hidup hidup kang. ahaha! Dengan tidak betapa sedap hatinya aku terus mengcall (sukati sukati aku jer buat bahasa rojak).

Aku : ____ okay ker nie? Ape yang tak kena?

Insan : Takde pape laa. Betol. Seyes takde pape. Hmmm.

Aku : Betol ker takde pape? Baik cerita. Cepat! (haha. grrrr.)

Insan : Betol ker nak tau nie? Hmmm.

Aku : Iyer. Betol. Cerita laa.

Insan : Hmmm. Mate masuk habuk jer tadi. Tuh kuar air mate tuh. Ehehehehe. (gelak jahat)

Aku : (Masih tak percaya) Ahh!! Tipu tipu. Baik cerita betol betol. Cepat laa. Bagi tau laa.

Insan : Iyerr laa. Betol laa. Mate masuk habuk laaa. Ahahaha!

Aku : Haaa? Betol ker nie?

Insan : _______(panggil aku).

Aku : Yer saya.

Insan : GOTCHA!!

Hahaaa. Ceyhh, buat penat jer dok caring caring. Ketukk karang baru tahuu. Ahahahaha (gelak jahat lagi).

Nasib baik hari ni hari Rabu bersamaan dengan 29th haribulan.

HAPPY WEEKLY and MONTHLY together. Ini baru isi penting nya. Weheee :)

Tuesday, September 28, 2010

Ulang-ulang lagi.

Sejak dua tiga empat menjak nie, yela, sejak menjak cuti nieh, aku buat semua benda sampai rasa nak muntah.

Mane tak nye, hari nie jer dah lima kali aku dengar lagu Justin Bieber Eenie Meenie tuh, enam kali dengar lagu Haley Williams,Airplanes tuh dan dah tiga kali dengar lagu Azfar,Akan Ku Jumpa tuh. Banyak kali dok ulang ulang lagu yang sama sambil terkumat kamit mulut ikut lirik lagu, lagu lagu tersebut.

Facebook tuh jangan cakap laa. Kejap log in, kejap sign out. Kejap log in, kejap sign out. Kejap log in, kejap si... Okay. Dah. Cukup. Cukup.

Youtube pun sama. Se adik beradik dengan Facebook tuh. Bersepupu pulak dengan Google. Kononnya nak carik maklumat berguna laa tuh kan. Harapan laa. Berapa puluh kali dah google blogger templates. Lagi, siap google image mercun bola dengan mercun telur lagi. Nak tau ape ke rupenye. haha.

Last last sekali, tengok Astro Ceria 611 jugak paling menarik. Lagi lagi bila tyme cerita Hagemaru. Memang aku takkan lepaskan lah peluang tuh sambil mulut kunyah kunyah makan biskut raya mak rahman bagi. Wehee :)

Siapa nak bawak saya pergi jalan jalan taman bunga sambil main layang layang dan main enjit enjit semut? Jom!

Sekitar kes Sosilawati, aku ke tempat kejadian.

Salam Satu Malaysia.

Kejap. Kejap. Aku ada masalah dengan ini. Kenapa sekarang tv tv dok sibuk sibuk bagi salam satu malaysia haa? Selama yang aku belajar, salam tuh ialah salam atau selamat sejahtera. Takda pulak silibus karangan PMR, SPM mahupun PhD yang aku tau stakat nie wujudnya salam satu malaysia.

Bukanlah nak berpolitik ker ape di ruangan bebas bersuara nieh, tapi cuma ungkapan tuh buat orang lagi keliru. Bukankah satu malaysia tuh maksudnya perpaduan untuk masyarakat berbilang kaum nieh. Tapi yang aku pelik, kenapa dekat kuil yang aku lalu on the way nak balik kampung hari tuh pun ada lambang 1Malaysia? Ape boleh campur campur ker bangsa mana mana pun nak masuk dalam tuh? Bila orang cina masuk dalam masjid nak sampaikan derma, dia marah pulak. Kate nak sangat satu malaysia tuh kan. Yang dia masuk tanpa tudung bagi ceramah promote itu ini dalam masjid tuh boleh pulak yer? Yang dia buat masjid putrajaya tuh jadi macam tempat perlancongan tuh boleh pulak yer? Ape cerita?

Dah. Dah. Full stop! Kalau nak cerita isu itu ini dekat sini memang panjang berjela laa alamatnya ya. Bak kata en.sani, ini bukan blog mufti mufti. haha.

Baiklah. Sambung berita tadi. Salam sejahtera. Sari berita penting. Berhubung kes pemilik empayar kosmetik, Sosilawati Lawiya, saya telah ke tempat kejadian pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 26 September 2010 untuk mendapatkan serba serbi tentang kes tersebut.

Berdasarkan pemerhatian, aku tak nampak ape ape pun bahan bukti. Yela. Aku bukan polis ker bomba ker pegawai forensik ker ape. Cuma sekadar pemerhati bebas saje. Sedangkan wartawan astro awani pun kena duduk luar berpeluh peluh tunggu maklumat tak boleh masuk, ape ntah lagi aku yang sekadar pengkritik tetap AF9.

Berikut merupakan gambar gambar yang sempat aku ambil semasa pemerhatian ke Ladang Gadong, Banting tempoh hari.

Bomba baru keluar dari kawasan ladang nampaknya.

Cameraman tv1, tv2, tv3, berita harian, sinar, kosmo, new starits time, astro awani dan juga astro ceria sibuk sibuk la mengambil gambar lori bomba tersebut.

Siapa kata wartawan tak sibuk haa? Tengok tengok nie, wartawan wartawan sibuk bawak buku nota kulur kilir untuk dapatkan maklumat tau.

Sila lihat bangunan yang kaler merah pink pink ada polis punya rintangan dilarang masuk tuh. Haa. Tula pejabat encik Datuk yang suspek tuh. Terletak agak jauh jugak laa dari ladang dia. Berkilo kilo meter.

Inilah nampaknya kawasan Ladang Gadong tuh. Nie baru dekat luar, dekat dalam tuh tak tau laa macam mane rupenye. Tak boleh masuk kan.

Setelah cukup waktu, pemerhati pemarhati bebas sekeluarga pun bergerak ke destinasi untuk beraya dengan sedara mara.

Mengikut wartawan, setelah ditanya oleh ibu aku, mereka cakap, suspek ade dekat dalam ladang dengan polis polis. Dan setelah abah aku berbual bual dengan cameraman, abah aku juga mendapat maklumat yang sama lantas mengambil keputusan untuk tunggu sampai kereta polis keluar bawak suspek suspek tersebut.

Tapi, tunggu punya tunggu dekat sejam dekat situ pun tak keluar keluar. Jadi kami sekeluarga berangkat kaki lah dari situ sebab ada tujuan beraya di rumah sedara mara. Tengok tengok berita malam tuh, operasi siang tuh tak habis lagi sebab tempat yang diorang gali tuh penuh air. Tanah gambut en. Nasib tak terus tunggu tadi.

Abah aku cakap, "Kalau takde plan nak pergi beraya rumah sedara mara nieh memang abah tunggu sampai polis bawak suspek tuh keluar."


Sekian berita sensasi untuk hari ini. Saya Cik Izzani Zulkifle menyampaikan dari Astro Ceria 611 dan Astro pakej Mustika. Sekian, TAMAT.

Monday, September 27, 2010

Bila cuti semester dah mula.

Bila kau orang dah mula tengok Izzani Zulkifle hari hari tiap masa keluarkan entri. Jangan pelik jangan heran laah yer. Dah sedia maklum awal awal.

Aihh. Biasalah.

Bila cuti semester dah mula.

Dear,

This post has been written on Saturday but hasn’t been published because of need to make some corrections and additions on my sentences.


Today. We breakfast together. Your Subuh calling makes me wake up early today. Tak jadi nak tidur balik lepas Subuh macam biasa sebab kena suruh pergi mandi cepat cepat. hee.


Tak sangka. Ini hari, hari last kita boleh sama sama belajar dekat CFS. Tahniah! kerana sudah graduate sebagai asasi student. Lepas nieh dah nak masuk Gombak dah kan? Tinggallah saya jer lagi dekat CFS for another semester.


Waa. Yer. Saya tahu, ade orang yang lagi jauh dari ini. Tapi nak buat macam mane, kalau dulu bila tengah call, apa yang awak dengar, saya pun dengar jugak. Tapi lepas nie, apa yang awak dengar mesti saya kena tanya, bunyi apa tuh? Kan? Kan?


Walau sedih macam mana pun kita, kita tetap kena lalui jugak kan waktu tuh. Saya cuma anggap ini satu cabaran untuk kita. Dan setiap cabaran tuh akan dapat dihadapi dengan berjaya kalau kita betol betol berusaha kan.


Dulu masa kita dekat maktab (MRSM Taiping), kita tak pernah pun tegur, tak pernah pun cakap, tak pernah pun jadi kawan. Tapi kita diberi peluang bila tanpa kita rancang, kita dapat masuk UIA sama sama. Jadi, sekali sekala kita kena laa dapat cabaran jugak kan. Cabaran tuh jugak yang mematangkan kita kan, walaupun jauh dalam sudut hati rasa sayu sangat bila melalui waktu macam nieh.


Belum lagi bila kaki saya melangkah pergi Kuantan. Kalau baru jarak Gombak ke PJ pun saya dah gundah gulana, tahan air mata, ape ntah lagi bila jarak Gombak ke Kuantan nanti. waa. Tolong laah kuat kan saya, kuat kan otot otot dalam mata saya jangan kasi air mata saya jatuh bila saya teringat waktu macam nie.


Okayy. Awak tanak tengok saya sedih sedih kan? Orait. Saya cuba untuk tanak sedih lagi. Untuk awak :)
Tengok. Saya senyum dah. Untuk awak :)


Bila saya cakap, saya nak tengok awak berjaya dulu dari saya, awak cakap tak nak. Awak nak tengok kita berjaya sama sama. Dear, I'm proud of you! Tak payah saya cakap sebab apa, sebab awak pun tahu dalam setiap apa yang awak buat, saya sentiasa bangga dengan awak.


Terima kasih sebab ajar saya cakap "Semoga berjaya". Sebab saya selalu cakap "Goodluck" dekat awak. Tapi awak ajar, lepas nie jangan cakap Goodluck lagi, cakap Semoga berjaya. Sebab kejayaan kita tuh bukan sebab luck pada diri kita, tapi ketentuan Allah jugak lepas kita dah berusaha dan berdoa.


Jadi. Semoga awak berjaya dekat Gombak nanti. Belajar rajin rajin biar sampai berjaya tau. Kita nak berjaya untuk siapa? Untuk kita kan? Jadikan tuh satu kenyataan tau awak. Pegang gulungan ijazah tuh dengan rasa penuh gembira empat tahun lagi, insyaAllah.


Takpe. Walaupun kita belajar tempat lain lain, kita tetap bawah satu nama. Nanti saya ambil gulungan ijazah saya pun dekat Gombak jugak. Kita berjaya sama sama okay.


Take care of yourself, ALWAYS tau! Makan banyak banyak biar kasi berisi lagi. I'll always remember you okay. Gonna miss you. Selalu laahh senyum untuk saya okay. :')


I nugget youuu ❤.

The best proof of love is trust.



RahmanZany

 p/s : Kawan kawan yang membaca, mohon maaf atas entri yang sedikit berperasaan pada hari ini. Ada jugak rasa segan segan sikit nak post bila teringat nanti orang baca kan cerita hati saya. Tapi takpe laa, dekat mane lagi tempat saya nak ekspresikan lagi kan. Saya pun jiwang jugak tau. Sikit sikit. hee.

Saturday, September 25, 2010

Post special for my dearest youngest sister.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU, sister.

Nurul Izzah binti Zulkifle.
10 tahun daahh.
25 Sept 2010.


✿ Belajar rajin rajin, biar sampai berjaya.
✿ Semoga berjaya dalam peperiksaan dan pelajaran.
✿ Jangan nakal nakal.
✿ Jadilah anak dan adik yang baik.
✿ Semoga panjang umur dan gembira gembira selalu macam biasa.
✿ Jangan asik main batu seremban jer, baca buku tuh lagi penting.
✿ Jangan makan banyak banyak sangat. HEHE.
✿ May Allah bless you always.
✿ Love youuu dear!

Lots of lovess,
Kaklong.

Saturday, September 18, 2010

Trend sekarang raya pakai baju kotak kotak jer dah.

Haa. Saje kasi tajuk pelik sikit. Takda ape. Ayuh ayuh cerita alkisah raya ke, erm erm.. hari khamis lepas laa yang pasti. Time time orang tengah sibuk sibuk pacak bendera (ade ker?) sambut Hari Malaysia, kami dok sibuk sibuk berjalan raya. HAHA.

Kali nie ayuh menyelami pengalaman hidup aku beraya di Klang. Ahaa!. Tak de laa. Biasa laa macam biasa, konvoi ramai ramai kan. Kalau post di bawah nieh jalan jalan dengan sepupu sepupu jer.

Nie kali nieh jalan dengan sepupu, dua pupu, tiga empat lima enam pupu ape lagi ntah. Beraya di Klang saja dah TUJUH bijik rumah kami singgah.

Sila sila laah menonton tayangan gambar macam biasa.

Rumah Tok Anjang. Para hadirin dan hadirat.

Baru keluar dari rumah Tok Chik. Gambar dalam rumah takde laa pulak. Hee.

Rumah Tok Ucu. Aku layan Kampung Boy sambil tidur. HEHE.

Lagi rumah Tok Ucu. Tangkap tangkap gambar sikit.

Rumah Pak Zack, anak sulung kepada Tok Anjang. Nampak trend baju kotak kotak sekarang. HEE.

Rumah Pak At, anak kedua kepada Tok Anjang. Makan makan sampai kenyang.

Rumah Pak Em, anak bongsu kepada Tok Anjang. Para hadirin dan hadirat semuanya.

Sekian sahaja berita untuk hari raya hari Khamis yang lepas. Selamat Hari Malaysia.

Friday, September 17, 2010

Syawal 2010. Ini ceritanya.

Tengah tengah orang lain blogger bloggie facebooka facebooki semuanya sedang sibuk upload upload gambar raya, tangan aku jugak yang tak bergerak gerak untuk upload. Niat tuh dah ade, cuma belum ade mase lagi kate orang. Ececeyy.

Jadi, menengok nengokkan orang lain punya gambar raya semua bertema tema, beramai ramai, berbondong bondong, lagi lagi yang balik kampung tuh kan. Segala anak anak cucu cicit piut piut semua ada. Bagus laa. Murah rezeki :)

Raya tahun nieh, boleh tahan best jugak laa. Tau dah, orang kalau masuk blog bukan rajin nak baca panjang panjang lebar nieh kan. Jadi, dipersilakan laah tontonan gambar gambar Syawal 2010 sehingga hari raya kedua.

satu dua tiga lima enam. empat datang raya kedua. :)
sesi penganugerahan duit raya dan bersalam salaman dan ampun maafan.

"Haa, family alang nieh kene ambil dengan gambar tikar sekali, baru same kaler", kate cameraman.

Zooomm siket tuan punya blog. Wehee :)

Owhh! Keluarga saya. Nampak dari jauh pun dah tahu warna cokolat kan? HAHA

anak cucu cicit piut miut segala semua.

Dah petang, kami sepupu sepupu naik kereta pergi jeti makan angin.

Raya kedua, jalan jalan Kuala Kangsar, Sungai Siput ape segala negeri Perak tuhh.

Sempat lagi melawat jambatan Zombie Kampung Pisang. HAHA.

Sempat jugak shopping labu sayong buat kenang kenangan di samping perhiasan di sudut rumah.

Solat jangan lupa. Singgah sebentar di Masjid Ubudiah. Cantiikk! :)

Sekian laah berita sehingga hari raya kedua. Ampun maaf dipinta andai tersalah eja. Eheh.

Cop! Cop! Candid picture.


Click saja pada gambar kalau mahu lebih besar jelas terang dan nyata. :)

Wednesday, September 8, 2010

Saya penyampai mohor mohor besar raja raja mengisytiharkan,

Haa. Tak sabar nak raya lah tuh dengar annoucement macam tuh. Hee.

Rasa macam baru eight minutes ago aku post satu entri. Nak post lagi satu? Yelah cik kak, tadi tuh baru aku dok tayang tayang kad raya aku, belom lagi aku ucap mintak maap ape sume lagi, aku jawab.

Kalau ikut perangkaan aku, aku nak wish, takut pulak nak guna perkataan wish wish nieh. Karang kena banned macam iklan tv3 karang, tak ker naye. Kalau ikut perangkaan aku, aku nak ucap mase subuh subuh hari raya tuh. Baru ade feel kata orang.

Tapi aku tau, besok aku dah nak gerak balik kampung. Bawak broadband nieh balik kampung kalau takda line, takda makna jugak kan. Kot nak ucap besok pagi pagi, dibuatnya encik Zulkifle melaungkan nama aku suruh packing pergi mandi siap siap ape semua, dengan aku nak betol betolkan lagi entri nieh kot ade herot berot sane sini, tak ker lembap jadinye semua perkara kan? Jadinye, baik laah aku ucap malam malam bute nieh.

Kawan kawan sekalian alam, blogger bloggie, readers readie, followers follow me, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI yang bakal menjelma dua hari dari sekarang. Takyah dok countdown laah. Teruskan dulu ibadah puasa dengan amalan amalan ape yang patut.

Nanti lusa agak agak uncle penyampai mohor mohor besar raja raja tuh dah tertera depan kaca tv, dok cakap, Saya penyampai mohor mohor besar raja raja mengiystiharkan.....(dah hafal dah skrip tuh), duduk laa kau orang depan tv ngadap beliau sambil tepuk tepuk tangan senyum senyum pisang tanda besok nak raya yer. Jangan pulak pergi uloq kepala keluar tingkap carik anak bulan. Memang tak nampak laa kalau kampung kau orang bukan atas bukit.

Tahniah buat semua atas kejayaan menyempurnakan ibadah puasa tahun nie dengan baik. Moge Ramadhan tahun depan lebih bermakna buat semua, dan moge Syawal yang mendatang nie memberikan kegembiraan buat umat Islam seluruhnya.

Mohon ampun maaf restu ape semua atas segala perbuatan, perkataan, tingkah laku, makanan dan minuman yang diberikan. Andai ada tersilap di mana mana mohon maaf semuanya.

Macam biasa, jemput laah datang rumah. Hari hari pun open house. Takda close nya. Kalau takda kat rumah, jemput datang bilik dekat UIA pun takpa. HAHA.

Salam Aidilfitri daripada Izzani dan keluarga.

Ramai dah mula ucap ucap raya.

Yelah. Raya pun nak menjelang tiba. Bukak bukak blog, dashboard penuh dah dengan wish wish hari raya. Gilaa syok kan. Tak sabar.

Dan trend sekarang kata orang, ramai dah send send kad raya. Bukan ikut posmen, tapi ikut Facebook jer. Kata zaman dah moden. Bersyukur posmen agaknya, takyah dok kulu kilir nak pos surat satu satu.

Ade laa jugak sekeping dua tiga empat keping kad aku dah dapat ikut facebook. Terima kasih banyak banyak laa kalian yer. Aku nak balas tapi aku tak reti nak buat kad cantik cantik gitu (buat header reti pulak. hee.). Maaf, maaf.

Buat yang kasi kad dekat aku, Selamat Hari Raya jugak aku ucapkan. Moge perjalanan kalian ke kampung dan pulang semula ke rumah dan pulang semula ke tempat belajar selamat semuanya. InsyaAllah.

Antara koleksi kad raya yang aku dah kumpul :


Dari Rabia'tul Auliya. Aku panggil dia Abi jer. Hee.

Dari Siti Nurul Asikin. ataupun Kirin.

Dari Eliza Adira.

Orait. Untuk yang dah wish dekat message pun thank youu jugak. Liyana. and Farhat (Paat). Sorry At aku tak reply message kau yang last tuh. Busy sikit mengemas rumah nak raya kata orang. HEHE. Selamat Hari Raya jugak dekat kau yer. Thanks laa tanye kabar aku. Nanti balik Mesir baik baik. :)

Monday, September 6, 2010

Header buat kali yang ke berapa ratus kali ntah.

Ceytt! Over! HAHA. Takde laa sampai berapa ratus kali. Puluh kali pun tak sampai. Haa. Macam nie laah. Pantang tengok header pelik pelik sikit, datang laa hormon merangsang akal menukar header. Tak patut betol. Kan.

Kali nie punya header sajer buat kasi serabut sikit. HAHA. Meh nak tunjuk. Ewaahh, dah macam tutorial untuk blog pulak.

Mula-mula, sediakan ruangan yang plane berkaler putih. Lepas tuh timbulkan semangat syok sendiri dalam diri masing masing dengan mengedit gambar sendiri masuk dalam frame yang digoogle.

Kemudian, curik dan crops pulak nama pada header yang lama untuk letak pada header yang baru. Tujuan, jimat kos mase dan tenaga sikiitt.

Hasilnya,


Tahap kesengetan depends kepada kehendak hati ya.

Secondly. Haa? Baru second? Rasa macam dah cakap panjang dah. Secondly, buat ayat "Bukan senang nak cipta ayat tuh tau". Ayat nie pun diciplak dari header yang sebelumnya. Letak laa jugak sikit sikit penghias bucu bagi lebih menyedapkan rasa.


Ketiga, tambah perkataan 'S di hujung nama sebagai bermaksud, ini belog saya yang punya. Kalerkan dengan kaler merah mengikut kesesuaian suasana. Haa. Pening? Gasak. HAHA.


Next, letak pulak bubble untuk dialog sebagai tanda saja saja mengisi ruang yang kosong. Ahaa ! Yela, bak kata pengkritik pengkritik AF, Ohh! Awak kurang menggunakan ruang. Ruang tuh penting yer. Ruang ruang ruang ape jadah lagi ntah. Jadi, gunakan ruang kosong (Ceyh ! Sebenarnya saja nak penuhkan jer kan).


Last but not least, letak laa sekor robot dekat bawah tuh sebelah dialog bubble tuh macam konon konon robot tuh yang cakap laa. Isi jugak dialog bubble tuh dengan dialog, Mari mari ! Baca baca ! Ada cerita dalam blog saya. Next, tulis jugak link URL blog yang ade perkataan tapak tapak tuh dekat tepi. Hiasi ruang kosong di atas dengan sekor rama rama yang sedang kaku kaler coklat pekat.

Dan, dah siap.


Sekian wawancara untuk malam masih muda ini. Moga moga hormon perangsang otak untuk tukar header datang laaameee lagi. Leteyh laahh nak tukar selalu. Aku jawab sendiri, Siapa suruh, kan?

Saturday, September 4, 2010

myspace.com/zany107.

Sebabkan terlampau laah dah tak tau nak buat apa dengan internet nieh, akhirnya, setelah bertahun tahun (ceyh! over!) myspace.com tak dibuka, aku pun buka. Kesian. Ada account macam dianak tiri kan jer myspace tuh. Tak abis abis facebook.com yang ditimang timang jadi anak emas. Friendster.com jauh sekali laah, dah macam dipinggiran dah.

Lantas aku tengok tengok sikit gambar gambar dulu kala, baca comment comment dulu. Senyum senyum gelak gelak sorang sorang. HAHA.

Mula-mula bukak profile dulu. Home takyah tunjuk la eh. Takda kaitan. Click click laa yer gambar gambar di bawah kalau nak tengok tumbesaran berganda. AHAA!


Pinky pulak profile aku. Ntah bile aku jadi mat bunga bunga nieh. Pink laagi. Dulu dulu kot.

Bawah pulak Interest punya part aku zoom in kan.


Bawah pulak lagi part Top Friends kata orang. Yela, kan boleh susun susun kawan ikut kepentingan. Tak sangka, Top5 jer ea rupanya kawan top aku. HAHA.


Dah tuh, aku usha tagged photo pulak. Haa. Takkan nak tunjuk semua kot, banyak seyh. Nie satu gambar beserta comments yang aku berminat dan suka baca baca balik comment comment dia. HAHA.

Comment myspace macam biasa laa. Baca dari atas ke bawah. Setelah aku susun susun kan balik, baca comment di atas dari atas ke bawah dan kanan ke kiri. Kalau pening, makan Panadol. Sekian. Wassalam :)

Dear myspace.com,
Thanks a lot. You have change my life. Because of you, I'm no longer a solo fighter. HEHE. 

is



Cuti puas puas. Raya sakan sakan. Tapi ingat, lepas naik cuti final exam. Ahaa!