Saturday, October 30, 2010

Kisah dari petikan.

"Rasanya, tak payah laa kita aim untuk dua tahun pula. Tapi, kita aim untuk selama-lamanya."
Petikan dari Xpressmusic-5130.
(maaf. handphone kurang canggih)



Thanks Allah. You've open my eyes and my heart. Alhamdulillah and InsyaAllah.
29th October 2010

Kisah header terCUN sedunia.

Salam hari Sabtu.

Dua tiga hari nie ade jugak aku bukak-bukak blog nie, tapi aku buat-buat tak tau jer. Baru lah sekarang nak ambik tau ape kabar lah blog aku lepas dah seminggu aku tak usha die. Sehat lagi nampaknya. Syukur.

Ohh. Tiba-tiba, dah lama perasan, aku kena tag dengan tity. Dah lama rasanya tak berperasaan kena-kena tag nieh. haha. Kalau ikut baca dekat JustKhai itu hari, dia cakap, tak yah dok sibuk-sibuk nak jawab tag. Tapi, saye bukannya blogger hebat pun sampai nak tulis semua bahan ilmiah jer kan. Sekadar entri kecil-kecilan itu boleh laa.

Tapi kali nie bukan lah tag untuk jawab-jawab soalan biodata diri itu semua segala. Tapi tag untuk contest. Aku dah laa haram tak tau dan tak pernah pun laa nak join-join contest dalam laman sesawang nieh (cewaah).

Tapi, disebabkan aku dah di tag, aku sekadar menjalankan tugas dengan jayanya. Jadi, siapa-siapa nak tau pasal contest nie, lawat lah sini. Next, dia suruh aku tag tiga orang lagi.Aku tag Joyah, Jenab, dan Jeton.

Awal-awal lagi aku dah tau aku takkan menang sebab tak sempurnakan syarat-syarat contest. Lagi pulak header aku tak laa berapa nak meriah macam header edaolala. Thanks by the way, Tity. Really appreciate it. Hope you win orait! :))

Sekian. Majulah blogging untuk negara.

Thursday, October 28, 2010

Kisah macam-macam, baru seminggu.

Lepas dah dalam empat ke lima hari duduk dekat sini untuk semester ini, macam-macam dah berubah tau. Baru jer sebulan aku cuti. Dah tukar itu ini. Mane laa balik-balik tak jadi pening kepala. Haha.

Satu. Sistem tengok jadual dia dah tukar. Kalau dulu mula-mula masuk sem satu kena rebut-rebut tengok group dan jadual kelas. Start sem tiga pulak kena register online. Tapi, masuk sem nie dua-dua sekali kena buat. Mula-mula cek nombor group, cek jadual. Lepas tuh pergi daftar online nak masukkan data dalam sistem. Satu benda buat aku pusing.

Dua. Kelas, group, classmates, venue, semua sama. Maksud aku, untuk subjek lain-lain, tapi classmate dan venue dia sama. Dan dan pulak group aku kelas dekat ABC. Tau ape? Bukan air batu campur. Tapi, Abu Bakar College. Mahallah brother, dekat floor bawah tuh ada kelas. Tak kisah laa classmate venue semua sama. Lagi bagus. Senang nak discuss apa-apa. Tapi tau ABC tuh berapa jauh dengan Mahallah Khadijah (hostel aku). Aku di hujung dan ABC pun nun di hujung. Jauh dan sungguh berbukit-bukau.

Tiga. Yang nie bukan apa pun. Cuma sem nie aku punya jadual sehari dua jam jer kelas. Ade laa hari Khamis empat jam. Subjek UNGS belom masuk lagi. Subjek nie jangan tanya, aku pun tak paham ambik sem bila. Kalau dia cakap ambik, ambik laa. Takda, sabar jer laa. Haha. Pasal kelas dua jam tadi, buat penat tau iron baju sampai setengah jam. Kalau nak pakai balik takpa tak? hee.

Empat. Perhatian. Cafe ZC yang sangat sedap dan cepat dan pantas itu dah tukar jadi orang U-cafe ambik alih. Jadi, yang biasa dah dekat sini, tau tau jer la kan macam mane service diorang. Sangat __________. Okehh. Tak baik mengutuk. Rezeki.

Lima. Yang nie aku paling tak suka. Kalau dulu hari Jumaat takda kelas. Sem nie hari Jumaat pun takde kelas jugak. Hee. Tapi. Kalau dulu, hari Khamis aku dah bersiap sedia nak balik rumah okayy. Berhempas pulas buat surat ape semua. Tapi sekarang,

(Situasi di Mahallah Office)

"Kak, saya nak hantar surat. Letak dekat mane yer?", aku tanye.

"Nak balik bila tuh yer?", akak pejabat tuh jawab.

"Balik petang nie."

"Kenapa nak balik hari nie?."

"Sebab besok takde kelas (reason yang selalu selalu macam sem sem lepas)."

"Oohh. Start sem nie dah tak boleh balik awal (Khamis) dah dik. Kena balik besok (Jumaat) jugak."

Waaa. Rase macam nak tikam mesin penimbang berat badan dekat sudut dinding office tuh. Nasib aku kena tergesa-gesa pergi kelas mase tuh. Tak sempat mesin penimbang remuk rendam (aku tak tau ayat nieh betol ker tak).

Baiklah. Nanti saya ceritakan lagi khabar-khabar di sini ye. Tengok. Seminggu sekali baru dapat ngadap benda empat segi nieh.

Semoga segalanya berjalan lancar licin tanpa friction lepas nieh. InsyaAllah. :)

Sunday, October 24, 2010

Kisah dalam link.

Biar packing macam mana. Biar beg penuh macam mana. Biar zip koyak macam mana. Biar bonet penuh macam mana. Biar beg plastik tertembus macam mana.

Biar kau tak muat macam mana. Biar kau tersumbat macam mana.

Biar pulang naik apa. Kereta. Motor. Basikal. Keretapi atau bas.

Satu benda aku tetap takkan lupa. Thank you

Kisah tak bertajuk.



Bila tiada warna, semua suram semua jadi tak ceria. Apa benda kau buat semua kau rasa tak kena. Sebab apa? Sebab itu masih tak sempurna.

Sebab itu Tuhan jadikan pelangi. Hadir pelangi buat kita ceria. Buat kita terus ketawa. Sampai satu masa kau takkan berduka. :)

Friday, October 22, 2010

KIsah UIA dan aku membalut perasaan.

Salam semua. Tajuk atas ada macam ayat novel tak? Harapan laah. Takda langsung kan? Haha!

Yelah. Hari nie Jumaat, besok Sabtu, lusa dah Ahad. Ahad?

Ohh tidak! Cuti dah habis. Habis tuh, kena balik UIA lah nie? Sure? Betol kena balik?

"Yela! Yela! Kena balik laa. Wajib balik tau!", jawab Dean. :)

Ouuhhh. Boleh tak nak stepler punggung nie dekat rumah kasi melekat takyah balik sana. Huhh! (mengeluh).

"Baiklah dean. Ahad nanti saya balik laa", aku jawab.

Sebelum tuh, aku dah google satu benda. Yelah. Google untuk masa depan kata orang. Biar tau awal-awal, nanti kot kot kena interview dah tau lah kan.


Contohnye laa kan kalau orang tanya berapa jarak UIA Kuantan ke KL? Aku boleh jawab 250 km. Kalau bawak kereta 250 km/h boleh laa sampai sane satu jam.

Dia cakap lagi dekat situ surrounded by thick forest and the greenest state in peninsular Malaysia. Agak-agak suasana dia ada sama macam dekat MRSM Taiping dulu tak? Sejuk, nyaman, banyak pokok-pokok. Aku kena beli comfortor baru lah nie nanti kan?

Lepas tuh dia cakap Kuantan ada clean white beaches. Boleh mandi-mandi pantai tak yah pergi Port Dickson dah lah lepas nieh kan? Woaahh! Seronoknyaa. :')

Padahal sengaja tengah nak balut(cover) perasaan taknak nye jauh dengan rumah. Lagi satu tengah balut perasaan taknak nye jauh dengan UIA Gombak.

"Kalau nak berperasaan pun nanti dulu laah Zany oii. Kau ade lagi satu sem dekat PJ tuh. Kot-kot kalau UNGS kena ambik mase semester 3, tak ker tambah lagi satu short sem tuh (harap-harap laa ambik sem depan)", kata hati aku dekat diri sendiri.

Demi belajar dan masa depan, segalanya pasti boleh. Bukan begitu? :')

Thursday, October 21, 2010

Kisah udara pagi.

Gambar ihsan dari tumblr siapa tak tau.
Aku tak letak nama aku sebab picture nieh bukan aku yang punya.
Tak baik memplagiat hak orang lain. Haha! :P


Oaaahhh! (bunyik ape nieh?). Lame dah tak rasa angin jam 9.00 pagi macam nieh.



Hari-hari, celik mate, jam 12.00 tengah hari. Celik mate, jam 11.00 pagi



Seronok rasa waktu sekarang angin sejuk-sejum jam sembilan pagi. Lepas berhempas-pulas berapa hari berusaha tak nak tidur balik lepas tunaikan ibadah pada Yang Maha Esa.




Hari ini berjaya! Sambil hirup udara-udara pagi, sambil sejukkan telinga dengan lagu-lagu Outlandish (dengar lagu dia nieh. seyes best bagi aku)



Aku rasa tenang (padahal mata merah-merah dah nieh tahan tak nak tidur). hahah!

Kisah semua orang kena baca.

Jarum jam dah pusing sampai ker nombor empat PAGI okayy. Beberapa jam lagi terbit lah pulak waktu Subuh.

Ohh! Sebelum tuh, aku rasa macam aku lupa nak bagi salam untuk beberapa entri dekat bawah nie kan? Maaf, maaf. Oleh itu, Salam Sejahtera untuk semua mewakili entri ini dan entri yang bawah-bawah lagi.

Ahaa. Jam dah nak ker pukul empat, tapi aku masih semangat lagi ronda-ronda Kuala Lumpur. wohoo! Tipu laah tuh. Aku bukan gadis lepak keluar malam balik pagi-pagi buta. Aku cuma ronda-ronda blog orang.

Sekali aku jalan-jalan aku jumpa artikel menarik daa. Kau orang pun sudah ramai yang tahu kot blogger hebat nieh. Satu entri yang aku suka baca.

Dan aku nasihat kan kalian blogger-blogger semua termasuklah aku, jemput-jemput laa baca sekali. Boleh ambik jadi pedoman hidup.

Baca artikel ini tau : 10 Sebab Blog dikau sungguh Annoying, justkhai.com.

Baiklah. Angin menguap aku pun dah mulai terbit dah. Tanda aku kena ucap, Selamat Tidur dekat sendiri laah.

Kalau dah baca, amacam? Bagus kan artikel tuh. Kau orang suka?

Kisah adegan dalam kereta.

Wehh. Sekarang dah pukul 12.20 minit malam kan? Aku baru balik jer nie.

Dari mana? Dari makan malam. Wawawawa (syok sendiri). Aku suka dow gelak macam nie kalau tengah sembang dengan rahman. Macam orang gilaa sikit kan aku? ahaa.

Gilaa lambat kan aku makan malam. Biasa lah weh. Kita orang melayu, bukan orang cina makan malam pukul 6 petang. Kalau aku makan pukul 6, alamatnya ada yang makan malam dua kali karang.

Hari nie kan hari jadi ibu aku plus dengan anniversary aku, eyyhh2, anniversary parents aku. haha. Jadinye abah bawak laa pergi makan McD dekat Damansara tadi.

Yang pergi lambatnye sebab tadi abah aku ada dekat surau yang tengah ada ceramah pasal denggi. Berejam jugak laa ceramah tuh.

Haa. Kau orang dah tak payah nak baca entri bawah bawah nieh dengan nada berbisik lagi dah. Kami dah buat wish secara official dah tadi.

Masa dalam kereta, aku dan adik-adik aku seludup bawak masuk hadiah kasi ibu tak perasan. Tengah-tengaah on the way, kami kira satu dua tiga dan nyanyi, Happy Birthday to youu, Happy Birthday to youu, Happy Birthday to ibuuuu, Happy Birthday to youuu.

Lepas tuh bagi laa hadiah dekat ibu. Lantas ibu memberi sepatah dua kata sambil mengadap depan sedangkan kami dekat sit belakang. Sebabnya dalam kereta kan adegan nya. haha.

Okayy. Happy 45th Birthday ibu. Muda lagi ibu, jangan risau. ehee. Happy 20th Anniversary ibu dan abah. Thanks for everything. May Allah bless you both always. Love you all selaluu. Kasih sampai ke syurga ♥

Wednesday, October 20, 2010

Kisah bila result dah keluar.

Baiklah. Seperti yang diceritakan di bawah, result sem1 2010/2011 dah pun keluar.

Alhamdulillah. Lega rasa.

Kalau tak, bukan main bersuka-ria jer rama-rama dalam perut tadi.

Alhamdulillah. I am still on my track to be a dentist.

"Haa. Nganga mulut semua, cek gigi. Orait. Excellent!"

Amacam? Ada gaya tak? haha. Syukur pada Allah untuk result ini. Dan thanks dekat ibu bapa, lecturer, classmates, roomates and rahman atas semua ilmu-ilmu yang disharekan bersama.

Okayy. Sekarang boleh senyum dengan gembiranya. :)

Jom kita buat checklist subjek-subjek sepanjang aku dekat UIA PJ nieh.
English Language Level VI - done!
 Arabic Language Level I - done!
Arabic Language Level II - done!
Understanding Islam - done!
Basic Themes of Al-Quran - done!
Computer I - done!
Biology I - done!
Biology II - done!
Chemistry I - done!
 Chemistry II - done!
Physics I -done!
Mathematics I - done!
Mathematics II - next sem.
English for Academic Purpose - next sem. 
 UNGS - next sem.
 Untuk subjek UNGS tuh, tak tau laa sebenarnya kena ambil mase sem bila. Sem depan ker, mase short sem. Ada cakap sem depan, ada cakap short sem. Entah laa. Kalau ikut dekat slip result tadi dia suruh pergi ngadap Department Of Science Program hari Isnin nie untuk berdiskusi dengan orang tuh pasal subjek UNGS nieh. Harap-harap laa amek sem depan. Cepat sikit habis. haha.

Kisah dua kosong satu kosong dua kosong satu kosong.

Psstt. Readers. Tolong baca entri nie dengan nada berbisik tau. Aku taknak nanti parents aku dengar.

Hari nie kan dua puluh haribulan sepuluh tahun gajah. eyyhh2, bukan-bukan, tahun dua ribu sepuluh. 20.10.2010. Banyak tau perkara-perkara penting hari nie.

Pssstt. Ingat tau. Nada berbisik tau. Jangan cuba tinggikan volume suara anda melebihi 23Hz tau.

Yang pertama, hari nie Hari Jadi Ibu aku. Aku belom wish secara official nya lagi. Baru wish secara kecil-kecilan. Ingat nak wish officially malam nanti dengan bagi hadiah dengan card handmade aku malam nanti. Jangan bagi tau beliau lagi tau. :)

Yang kedua, hari nie jugak Hari Anniversary Abah dengan Ibu aku. Aku ada buat card sikit mewakili adik-beradik aku untuk beliau berdua. Ingat nak bagi malam nie jugak sebab siang tadi beliau berdua pergi kerja dan adik-adik aku pergi sekolah. Yang nie pun aku belom wish lagi. Tunggu malam nie.

Yang ketiga, hari nie hari aku, owhh kami, student-student UIA dapat result. Yang nie aku dah pergi bagi tau parents aku dah. Hal-hal result nieh memang abah aku sangat peka. Nak rahsia-rahsia? Jangan harap laa.

Aku pernah buat dulu mase darjah 4. Subjek ape ntah aku dapat markah terok. Aku takut nak bagi tau. Sekali abah aku cek-cek beg, beliau jumpa daa. Amek kau, rotan sebijik aku kena. haha. Tapi tuh semua laa yang buat aku jadi nak belajar baik-baik biar semua periksa dapat result elok, takut kena rotan lagi. Sekarang dah takde laa rotan-rotan. Dah besar kan. Dah boleh pikir sendiri. Tapi aku tak nak laa lalai. Taknak tengok mereka sedih kalau result aku tak okay kan. Berjaya selagi boleh!

Dan Yang keempat,

Teacher : What day is today anak murid?
Anak murid : Today is Wednesday teacher.

♥ (●̮̮̃•̃)●̮̮̮̮̃̃•̃̃)
♥ /█\ /█\
♥ ||_ ||_♥
Orait. Happy 77th weekly being together. Together ape? Kau orang tengok gamba sebijik laki dan sebijik pempuan tuh pun dah boleh agak kan ape yang together. haha. Nice date. 20.10.2010, dengan 77th which saya lahir bulan tujuh dan awak jugak sama bulan tujuh. Jadi 77. haah. Thanks for everything. Thanks for being a rainbow of my life. Thanks a lot. May Allah bless you always. I nugget you! 

Jadi, dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih buat insan-insan yang terpilih. Terima kasih kerana dengan hadirnya kalian dalam hidup saya lah buat hari-hari hidup saya jadi indah. Buat saya terus berdiri meneruskan kehidupan. Saya hargai kalian semua.

Dedicated to :
♡ En. Zulkifle bin Mohd. Sidek (abah).
♡ Pn. Norziha binti Mat Sri (ibu).
♡ Lecturer Physics I and Chemistry II.
♡ Abdul Rahman bin Mohamad Zahid. 

Psstt. Kau orang baca dengan nada bisik tak? Kalau ya, terima kasih.

Tuesday, October 19, 2010

Kisah dia diet.

Ohoooi hoii! Ahai cek mek molek (sambil gelek-gelek).

Haha. Sudah. Sudah. Merepek saje. Assalamualaikum pembaca semua. Aihh! Lagi, aku berwajah baru kan? Mintak maap banyak-banyak yer semua sebab asik bertukar ajer.

Bukan ape, aku baru jer lepas timbang berat. BUKAN BERAT AKU LAH! (kalau berat aku kita tak boleh panggil timbang berat. kita kena panggil, timbang ringan. paham?) :)

Aku baru timbang berat blog aku malam tadi. Dan ternyata dengan layout yang sebelum nieh, serius sangat-sangat berat. It takes a longer time to load you know. Waah2, speaking gituu.

Nak tau berapa berat dia sebelum nieh? Kejap, aku upload gambar.


Haa. Nampak situ? 109.42 kilo haa berat blog aku. Dia cakap kalau lebih dari 100 kilo, kena diet kan dia.

Ape lagi, aku pun terus mengambil langkah-langkah pemakanan yang sihat untuk blog aku. Aku tak kasi dia makan untuk 3 jam dan menggodek-godek coding yang bersepah-sepah panjang macam jari hantu.

Dan tengok, dia dah dapat turun beberapa kilo nieh.


Dia dah jadi 101.84 kilo laahh. Dia dah turun 7.58 kilo. Masih lebih dari seratus kilo. Tapi biar lah. Malas dah aku nak pikir. Setakat 1.84 kilo tuh bukannya apa sangat pun kan. 

Okay dah. Tataaa.

Monday, October 18, 2010

Kisah biar gambar berceloteh panjang.

Salam Isnin hari yang mulia. :)

Baiklah. Hari nie tukang menulis nieh berperasaan malas sedikit. Bukan malas ape. Cuma malas nak berceloteh panjang-panjang. Jadi biarkan saja gambar yang berceloteh lebih dari aku. Gambar juga sedikit bijak ya untuk bercakap. Jangan tak tau itu.

Jadinye, hari Sabtu lepas aku dengan family aku (jer) sajalah buat bakar-bakar sikit. Heyy! Bukan bakar-bakar sampah. Itu mencemarkan alam sekitar. Ala, BBQ kecil-kecilan cenggitu lerr.

Dekat mane? Dekat rumah aku lagi satu. Wooii zany! Berapa banyak rumah kau haa?

Ade laa tiga empat keping. haha! Tak laa. Nieh kira rumah bakal duduk laa. I mean, rumah nieh adalah rumah mase depan yang parents dan family aku akan duduk tetap bila parents aku dah tamat tempoh bekerja (pencen) nanti.

Hujung-hujung minggu kami datang laah sini buat jadi homestay. Baru jer siap pun rumah nieh and masih belom direnovate lagi. Jadi, nak datang? Tunggu laa beberapa tahun lagi yer. 

Dekat mane? Terletaknya dekat Hulu Langat, batu erm erm sebelas kot (kalau tak silap). Silap tak tayok.

Dah. Jom scroll bawah tengok celoteh gambar-gambar pulak. Amaran! Entri ini memerlukan kesabaran yang lebih (untuk tunggu loading picture) dan kerajinan yang tinggi (untuk scroll ke bawah panjang-panjang).

Cewah. Cewah. Bajet pandai hidupkan bara laahh tuh. Tak pun. Kipas-kipas boleh laa.
Penat dah hidupkan bara tak hidup-hidup jugak. Posing versi tonggeng dulu lah.
Alamak. Dah kena usha kena jalankan tugas. Tak dapek nak posing-posing dah.
Jom meronggeng sebentar. Nak ikot?
Amboi-amboiii. Main suap-suap gituu. 
Budak-budak dah penat meronggeng.
"Nak tumpang BBQ saya sekali boleh?", affiq.
Bosan dah mandi dekat toilet agaknya. Dengan jiran depan semangat kemerdekaan nye.
Orait. Jalan-jalan lagi sampai atas bukit.
Siapa suruh kereta taknak lalu kan. Tompang laa duduk kejap.
Kadang-kadang jalan raya pun empuk macam cekodok.

Woah! Woah! Kusss semangat!
Maaf. Gambar ini tidak berkata-kata. Sekadar hiasan bagi tampak seri. :)
Amek hang. Aku serabut sungguh.
Juga sekadar hiasan.
Sedikit blur. Kerana tukang cameraman tak tahan nak pergi toilet.


Abah. 
Jambatan agrotek. On the way nak pergi pejabat dia.
Bukit dia semacam bukit larut tauuu.
Nak balik sudah.

Friday, October 15, 2010

Kisah blackberry di hujung jari.

Salam satu negara.

Hari nie aku nak share satu benda dengan kau orang semua. Selalu jer sekarang aku perasan masyarakat dunia dok pakai Blackberry, iphone segala gadget canggih-canggih gitu. Jeles jugak kadang-kadang rasa =__=". Wehee, kantooii. Aku jugak setia pakai nokia lima kupang xpressmusic sikit. haha.

Yelah. Zaman dah canggih pun kan. Orang update-update status dekat facebook pun takyah pakai komputer besar gedabak semacam tuh dah. Pakai gadget-gadget tuh pun dah boleh. Aku penah laa jugak try-try sikit-sikit update status guna handphone nokia kurang canggih aku tuh. Memang lah dia keluar perkataan via Facebook Mobile cenggitu.

Tapi hairan atau tidak anda, sekarang memang dah ramai suka-suki update status pakai blackberry dia tuh. Memang kaya rakyat malaysia semua nak pakai blackberry kan.

Tiba-tiba aku dapat solution. Memang betol lah zaman dah canggih. Tak payah beli blackberry pun takpe. Kau orang pun boleh update status facebook via Blackberry dah pun. Macam mana? Haa. Macam ini.

Langkah pertama. Tekan sini. Dan dia akan keluar macam ini (tunduk! tengok bawah).


Langkah kedua, klik dekat mana-mana application yang kau orang berminat, hatta kalkulator saintifik sekali pun, kot-kot teringin nak kenang zaman guna kalkulator 350 dulu.

Macam aku, gataii tangan nak pergi picit dekat application remote astro. Lantas, dia keluar sebegini rupa. Bila dah keluar sebegini rupa, boleh lah kau orang update status apa-apa yang kau orang suka. Haa. Nampak situ, aku ada dah try update satu.


Dan last sekali boleh lah pergi godek-godek dekat profile facebook kau orang masing-masing. 

Lepas aku dah godek-godek profile facebook aku, dia keluar laa macam gini.


Haa. Tuuuh. Jadi kan?

Kau orang macam mana? Jadi tak? Kalau jadi, sekalung tahniah dan tepuk tangan untuk diri sendiri. Kalau dulu masa aku sekolah, cikgu aku ajar bila kita berjaya buat sesuatu, kita kena angkat tangan kanan masing-masing, letak dekat bahu belah kiri, cakap, "pandai jugak kau nieh ________ (taruk tempat kosong dengan nama sendiri)". Boleh cuba.

Sekian. Wassalam.

Thursday, October 14, 2010

Kisah aku blogwalking bangun tengah hari.

Sekarang pukul 3.30 am. PAGI tau. PAGI.

Aku masih blogwalking lagi.

Baiklah. Mungkin dah sampai masa aku berhenti.

Besok bangun tengah hari, aku sambung lagi.

Waa, tolong-tolong laah doa-doa kan aku nieh jangan bangun tengah hari lagi. Aku anak dara beb. Malu jer dekat anak teruna tuh dah bangun siang-siang lagi (walaupun dia memang dah tau dah waktu bangunnya aku). haha.

Seronok rasa blogwalking hari nieh. Macam-macam gaya, unik lagi. Dah. Dah. Tidur. Besok sambung lagi.

Kisah nombor maktab.

Teringat zaman aku muda-mudi masuk sekolah asrama dulu. Tahun 2007 kan? Tak pernah-pernah aku duduk asrama. Mase form4 dapat laa pengalaman tuh.

MRSM Taiping. Memang bumi bertuah. Yang tuh aku ngaku betol. Rindu benar rasanya zaman-zaman dekat sana dulu. Bila nak tidur, pergghh, dia punya nyaman menusuk ke tulang tuuhh. Kalau sekarang aku tidur tak payah pakai selimut pun takpe, kalau boleh nak letak kipas atas kepala. Dulu, pantang kalau tak bawak selimut. Jangan kata selimut, naik sem 2, dengan comfortor2 sekali aku bawak. Sedap giler tidur.

Sampai fatin che mat pun suka tumpang katil aku. Bukan ape, seronok dengan selimut aku. haha.

Isyy. Ape cerita pasal tidur pulak nieh? Mungkin dah tengah malam dan otak aku dah arahkan aku suruh blah dari blog nie dan pergi tidur sekarang. Mungkin.

Aku cuma nak sampaikan yang bila aku tengok jer jumlah pelawat yang dah mengunjungi laman sesawang dan bersawang nieh, aku teringat zaman sekolah dekat maktab dulu. Mane tak nye, tengok nieh,


Nombor jumlah pelawat tuh sebijik macam nombor maktab aku. Haa. Dulu bukan main rahsia nombor maktab nieh kan. Taknak kasi orang boleh cek result kita lah kononnye kan.

Haa. Sekarang amek, bedebuk aku bagi nombor maktab aku. 07380. Nombor nieh laa yang aku kena conteng dekat mane-mane barang aku, hatta dekat baju-baju cantik sekali pun. Mane taknye, nak hantar dobi, kalau takde nombor hikmat nieh, alamat carik baju dekat baldi orang lain laa gamaknye.

Bukan setakat baju cantik, baldi yang tak cantik tuh pun kena taruk jugak nombor nieh. Yelah, karang macam mane makcik dobi nak tau kan nak letak baju cantik tuh dekat baldi tak cantik siapa. haha.

Dekat kasut? Hahh. Tuh over lah tuh. Takkan kasut pun nak hantar dekat dobi kan. Unless laa kalau takut tertukar-tukar dengan kawan-kawan. Tapi ade ker yang tulis dekat kasut jugak. Aku cakap awal-awal, aku tak. haha.

Aihh. Rindu rindu. Kau orang rindu tak? Hmm. Same lah kita. Nombor maktab pun boleh buat aku terkenang. Kau orang ada nombor maktab?

Kisah budak-budak parking lot.

Dekat depan bilik aku nieh ade parking lot. Dekat tengah parking lot tuh ada tangga nak turun pergi taman permainan, nak lagi bagus tangga nak pergi surau. Haa, pandai-padai laa kau orang bayangkan yer.

Bila petang-petang sibuk laa budak-budak (kecik) turun naik tangga tuh. Nak main taman mainan laa. Ape lagi. Ada jugak budak-budak yang turun nak pergi ngaji muqaddam dan quran dekat surau tuh. Selalu petang-petang lepas diorang nieh balik sekolah agama laa.

Bila malam-malam pulak, turn abah-abah turun naik guna tangga tuh.

Heyy! Kau orang salah anggap yer?

Bukan laa. Bukan bukan.

Abah-abah nieh bukan nak pergi main taman mainan laa, tapi pergi surau laa.

Tapi, yang aku pelik, tak kira siang, malam, petang, tengah hari ape semua, ade jer penunggu dekat parking lot dekat-dekat tangga tuh. Pagi takde ker? Pagi takde laah. Diorang sekolah.

Haa! Nie bukan cerita seram. Maksud aku budak-budak (besar) yang dah sekolah-sekolah menengah nieh. Suka ajer melepak dekat situ.

Naik basikal laa, naik motor laa, elok sikit yang jalan kaki jer. Dah elok-elok cantik pemandangan dekat parking lot tuh, datang diorang, naik sakit mate nengoknye. Bukan ape, mate takde laa sakit mane. Telinga nieh, telinga nieh. Kusss laa semangat. Suara diorang sembang-sembang tuh kalau tak cecah 20 000 Hz memang tak sah.

Siang lepas balik sekolah sembang-sembang, menjerit-jerit sambil sedut-sedut asap rokok sumbangan mereka sesama sendiri (haa. yang nieh aku tak suka nengoknye). Petang pun lebeyh kurang gituu laa. Tambah sikit dengan bunyik motor diorang.

Preeng sana! Preeengg sini! Meronggeng tak abis-abis.

Nak nak, malam lagi best. Dia buat konsert percuma pulak dekat situ. Lengkap alat muzik moden dan tradisional. Dengan bunyik kompang pung pang pung pang sana sini. Tambah lagi dengan bunyik gitar diorang. Ditambah secukup rasa lagi dengan suara mereka mereka yang sangat lunak didengar itu!

Memang kalau aku nak tidur, aku sanggup bangun balik laa daripada tidur dengan dodoian suara merdu diorang tuh. Awie punya jerit tarik pun tak boleh lawan diorang laa. Sham Kamikaze punya goreng gitar pun jatuh nombor dua sebab diorang. Huh!

Adik aku cakap, "Kalau ade batu laa dekat sini (dalam bilik aku), rasa nak baling jer dekat diorang tuh".

Aku jawab, "Takyah. Baling ajer akuarium dalam stor tuh. Bukan guna lagi dah pun".

Aku tak paham. Parking lot pun boleh jadi tempat lepak, lagi pulak boleh jadi pentas konsert pulak tuh.

Satu hari nanti aku nak ajak Wali Band lah buat konsert dekat situ. Aku bagi nama, Konsert Parking Lot. Elok kan?

Wednesday, October 13, 2010

Kisah aaannii, angkat jemuran, hujan dah turun.


Lipat baju banyak sebegini malam tadi memang membuatkan aku sakit pinggang sampai sekarang (dah siang besoknya).

Mane tak nye, duduk sikit punya lama. Otot-otot tangan terus bergerak. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Nak lipat baju lahh kan. Tapi otot pinggang statik. Motionless. Frictionless (nieh tipu).

Ohhh. Lepas nieh insaf dah. Lain kali, time time cuti, aku memang dah tau dah, kain baju, pinggan mangkuk sume kerja aku. Masak memasak jer tak. Aku berazam lepas nieh, kalau basuh kain, sidai dah kering terus lipat. Tak nak dah tunggu kain dibasuhan seterusnya sampai.

Kalau sehari aku dah sakit pinggang macam nieh, dua tiga empat hari, mahu terbahagi dua kot pinggang aku (minta dijauhkan lahh).

Sekarang boleh berehat, betolkan balik urat pinggang sementara tunggu pakaian yang seterusnya kering.

Thursday, October 7, 2010

Kisah metafora si ikan buntal.





Agak-agak kalau aku nak gantung gambar ikan buntal nieh dalam bilik aku untuk tenung hari-hari boleh tak?

Wednesday, October 6, 2010

Kisah tak okay dan okay dan sudah lega.

Tadi aku tak okayy. Serius tak okayy. Ambooiihh, main serius serius pulak. Dah macam Blog Serius pulak. ahaa! Nak simple kata, makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak....oh!oh! belum sempat tido lagi. Jadi, tido tak...ade pape.

Tapi sekarang aku dah okayy. Serius dah okayy. Sangat-sangat okayy. Rasa lega segala jiwa dan perasaan. Serius, sangat lega. Mata aku yang merah sebab cecair-cecair (kau orang pun tahu apa) yang keluar agak lama dan agak banyak kini dah reda.

LEGA. Penah alami perasaan nie? Mesti penah. Lepas kita dah lepas satu tahap kritikal kita akan rasa? Ya betol!

Aku dah tau dah. Ade tiga kategori kau orang bila baca entri nieh. Kategori pertama, baca dan tak paham ape aku tulis, tapi buat-buat paham dengan buat tafsiran sendiri. Kategori kedua, baca dan tak paham ape aku tulis dan terus tekan pangkah. Kategori ketiga, baca dan paham ape aku tulis dan terus tinggalkan comment.

Takpe. Aku tak kisah kau orang datang dari mana-mana. Biarlah yang paham aje paham, yang tak paham teruskan berusaha untuk paham (kalau ada masa). Yang penting sekarang aku dah LEGA.

Baiklah. Sekarang Rahman sedang lagi belajar dekat tahfiz untuk cuti dua bulan nieh sebelum dia masuk degree nanti. Takpe, orang ramai-ramai kumpul duit mase cuti, awak kumpul ilmu banyak-banyak tau mase cuti. InsyaAllah, berguna untuk dunia dan akhirat. Sebab ape? Ingat kan, knowledge is more precious than money kan? Hope you always take care over there. Kutip lah ilmu tuh banyak-banyak sampai bejaya, okay. Semoga berjaya! :)

Monday, October 4, 2010

Kisah abah saya punya hari jadi.


Encik Zulkifle bin Mohd Sidek. Lebih dikenali sebagai Cikgu Zul. Kalau sedara-sedara belah ibu, dipanggil Mamang Zul. Kalau belah abah, dikenali sebagai Alang. Bak kata Darwish (adik sedara), Alang gemuk montel. haha. Kalau bagi kami adik-beradik, beliau lah yang dipanggil ABAH.

Jadi, 4 Oktober 2010, Selamat Hari Jadi, ABAH.

Selamat hari jadi yang ke 45 tahun abah. Semoga abah dimurahkan rezeki selalu. Terima kasih atas semua yang abah dah buat selama membesarkan kami empat beradik.

Bak kata Izzah, semoga abah jadi cikgu yang berjaya dan abah yang terbaik di Malaysia.

Minta maaf kacau kejut abah pukul 3 pagi nak wish nyanyi-nyanyi untuk abah. hehe.

Kaklong, kakngah, affiq dan izzah sayang abah sangat-sangat. 


Hadiah hari jadi abah. Dari kami adik beradik. Then, abah pakai pergi sekolah pagi tadi. Seronok tengok. :)
Preparation buat card birthday abah malam-malam sampai pukul 2.45 pagi.
Card birthday abah bila dah siap.
Isi dalam dia sikit.
Ucapan dari kaklong, kakngah, affiq dan izzah.

Kisah open house di hari raya Syawal yang mulia.

Adakah anda bersedia lagi untuk yang seterusnya? Entri kedua dari saya. Patutnya entri nieh dah kena tulis awal-awal dah. Hari sabtu malam tuh lagi sepatutnya. Tapi nak buat macam mana, kesuntukan masa kerana berjalan raya. Haa. Sekarang baru ada masa. Kesian Kamaliah. Dah tertunggu-tunggu rupanya. hehe.

Baiklah. Mari mulakan cerita. Hari Sabtu lepas bersamaan dengan 2 haribulan sepuloh, harijadi agung negara Zimbakwe barangkali (haha. ini tipu), telah diadakan open house secara beramai-ramaian dekat rumah rahman si  gigi comel. ahaa!

Rumah dia? Bukit Jelutong, roundabout ketiga (ker kedua? sambil garu-garu kepala) lepas rumah pakcik aku. Jadi, kebetulan lah pulak pakcik aku dekat situ pun ade buat makan-makan, jadi lepas abah hantar aku, rahman amek aku, abah pergi rumah pakcik aku dan akau pergi rumah rahman aku. opss. haha.

Boleh tahan ramai jugak lah orang dekat situ. Seronok. Seronok. Seyes seronok. Lagi sekali kitorang buat reunion campur-campur budak-budak Taiping dekat situ. Tambah ramai lagi bila ramai jugak budak-budak UIA yang datang sampai penuh satu bilik TV. haha.

Jadi, ribuan terima kasih untuk Rahman dan keluarga terutamanya. Untuk kawan-kawan dari pihak MRSM Taiping dan juga UIA yang datang beramai-ramai pun terima kasih jugak. Lain kali kalau buat open house ajak laah lagi. ehehe!

Gambar feveret. Nie jer pun gambar yang aku bluetooth dari handphone Kama. haha.

Kisah makalah dan majalah. Sama atau berbeda?

Selamat sejahtera Malaysia dan dunia. Are you ready to gooo? haha.

Maaf. Maaf. Saya ada banyak benda nak cerita hari ini. Jadi jangan hairan kalau saya ada banyak post hari ini. Sebab apa? Sebab saya dah lama (takde laa lama sangat) kumpul cerita-cerita ini.

Kita mulakan dengan alkisah makalah atau majalah. Adakah sama? Haa. Yang itu kita nak tahu.

Seperti biasa, aku memang dah biasa jadi tempat rujukan bahasa oleh (haa. anda pun tahu siapa) walaupun kadang-kadang salah jugak. Jadi, perbincangan kami yang berikutnya selepas Ramadan dan Ramadhan ialah MAJALAH dan MAKALAH.

Untuk kali ini tiada bet-bet. Tiada siapa menang siapa kalah. Tiada unsur-unsur pertanding seperti itu pun. Cuma mahukan kepastian. Adakah sama MAJALAH dan MAKALAH itu?

Ahaa. Kalau nak terangkan sangat lah panjang. Nak bukak kamus dewan pun sangat berat dan penat. Jadi, jawapannya ada di sini. Sila rujuk.

Sekian entri yang pertama untuk hari ini.

Saturday, October 2, 2010

Kisah zon bebas menjerit.

Okay. Okay. Nampak nya angin ribut dalam badan siang tadi sudah mulai reda. Hari ini punya adik-beradik aku naik angin, hari ini juga SELESAI! Syabas Inspektor Syahab! Opss! Silap. Syabas untuk anak-anak Zulkifle.

Yang tau tentang hal ini, aku, adik aku yang lahir kedua dan adik aku yang lahir ketiga. Kami tak bagi tau ibu dengan abah pasal hal nie. Taknak diorang lagi rusing susah hati kan nanti.

Kanak-kanak tersebut telah minta maaf secara sukarela dan memberikan penjelasan yang panjang lebar tentang kes tersebut. Cewaah. Dia cakap, dia nak tunjuk dekat kawan-kawan dia pasal ape yang dia dah jumpa. Something yang berkaitan dengan nama "Hj. Mat Sri" dan "Marina". Sebab ape? Dia tak kasi tahu.

Mungkin budak nie ada masalah keluarga mungkin. Ya. Memang kami kasihan. Tapi, tabiat dia yang sukati nak ambil dan edit dan upload gambar orang lain. Dan cakap-cakap pasal Hj. Mat Sri (arwah atok aku), tuh yang buat kitorang berangin tuh.

Barangkali, dia ada niat yang baik. Bukan niat buruk nak malukan kitorang ker ape, tapi dia conteng-conteng gambar family orang macam tuh. Grrrr!

Takpe laa. Budak baru 12 tahun. Darjah 6 baru. Maaf kan jer laa. Tapi, kalau dari umur 12 tahun nie dah buat macam nie, dah umur 15 tahun nanti nak buat apa lagi karang?

Kami doa-doa kan laa semoga keluarga budak nie aman-aman sejahtera, biar dia sama-sama dapat merasa kebahagiaan dalam keluarga kan. Dia tak mintak keadaan jadi macam nieh. Dia tersilap langkah mungkin.

Waahh! Aku nieh, tadi bukan main punya marah, sekarangg... Dalam hati ada taman beb!

Agak-agak kalau masuk berita TV3 amacam haa?
Haha. Over!

By the way, berkaitan dengan tajuk. Kalau kau orang rasa kau orang dah tak nampak zon bebas menjerit (Shoutout box)  dalam blog aku ini, kau orang boleh laa melihat di tepi screen yang ade benda kaler biru ada tulis Jerit-Jerit dekat situ. Klik saja dinding itu!. Dan teruskan menjerit seperti biasa, okay!

Renung-renungkan. Dan selamat menjerit.

Friday, October 1, 2010

Kisah aku, angin dan budak yang tak dikenali.

Okay! Sekarang angin aku memang tengah naik! Nampak tak?! Masih tak nampak?! Tak nampak ker aku letak semua ayat aku dengan tanda seru! Nampak?!

Dah. Jangan banyak tanya lagi! (Wahh. Betapa punya marah la aku).

Sedap-sedap aku tengah facebook, angin elok baik, bawah takat didih lagi, ditambah pulak cuaca nak hujan, angin-angin memang tengah tiup sepoi-sepoi language. Tiba-tiba aku nampak dekat wall aku ada laa beberapa budak comment dekat satu picture yang aku memang kenali rupa parasnya.

Sekali aku open that folder daa. Memang tak syak lagi. Tuh memang gambar family aku mase family day yang telah diedit sesuka hati dia.

Kawan-kawan, serious aku tak kenali siapa budak itu. Tiada kaitan pun dengan keluarga aku. Tiada kaitan pun dengan kawan-kawan adik-adik aku.

Yang aku marahnya (almaklumlah, aku anak sulung beb!) dia nak jadikan gambar tuh jadi the funniest picture or weird picture atau pape laa yang sehubungan dengannya. Ala, macam gambar-gambar pelik yang appear dekat google image kalau kita search tuh.

Grrr. Betapa panasnya hati aku nieh. Menurut adik aku, kawan dia pun penah kena macam tuh jugak dulu. Dah dah kena marah, baru dia delete gambar keluarga orang tuh. Nieh keluarga aku pulak yang kena? Memang dia nak kena.

Ini di mana aku menjumpai gambar tuh. Bila adik aku pun comment dekat picture budak tuh tanda marah.

Gambar yang budak tuh edit. Berangin tak bila tengok? Berangin kan. Grrr.
Yang jadi masalah nya, dia main-main kan nama arwah atok aku!
Lagi. Dia siap tag lagi tuh kawan-kawan dia. Suka suka jer.



Ini folder dia yang dia konon buat folder weird or funniest picture macam tuh la. Sekali dua gambar keluarga aku dia ambil. 

Aihh! Nie yang rasa macam nak makan orang jer nieh. Ada jugak yang kena makan dengan aku nanti. Afiqah Knizam, watchout!

Aku tak kenal kau, jadi ini tak dikira mengumpat. Kalau dikira, mintak maaf.


Kisah semuanya kerana huruf H.

Baiklah. Saya mengaku saya salah. Selepas sekian lama, kini segalanya terjawab. Kini juga saya mengaku saya sudah kalah.

Dah lah. Kita jangan bertegang urat lagi. Tak perlu jugalah kita perbincangkan isu ini lagi.

Saya dah bincang dengan abah saya. Dan lepas dapat jawapan dari abah, baru lah saya dapat jalan penyelesaiannya.

Awak, saya dah tanya abah saya.

Abah saya cakap, eja Ramadhan yang betul ialah RAMADAN, tanpa huruf H! haha.

Maaf, saya salah dan saya juga sudah kalah. Tapi bet kita tuh tak jadi kan? hehe.

Gambar ihsan flickr.com.
Aku memang dah lama teringin nak buat bunga api gaya cenggini.
Ada lah juga cuba-cuba masa raya ritu, tapi tak penah jadi-jadi pun. =.=