Tuesday, May 31, 2011

Kisah koleksi header.

Salam petang petang cuaca panas terik.

Haii korang! Aku tukar header lagi!

AHAHA. Sengal Zany, kau shout-shout semata-mata nak bagi tau yang kau tukar header lagi. Mengada! haha.

Cop-cop. Sebelum aku berleter lebih panjang, tujuan aku tukar header kali nieh bukan lah sebab tak puas hati dengan header lame, tapi sebab aku baru belajar buat header guna software yang baru. Tuh yang syiokkk tuh!!! HAHA. Buat header bukan lah hobi aku sebenarnya. Tapi aku tak paham, dalam folder HEADER aku dah ade 58 koleksi header untuk blog aku.

Bapak banyak nyer Izzani!!!

Tau takpe wehhh. Aku pun tak paham. AHAHA.

So, nak tak? nak tak? kita review-review koleksi header aku sepanjang zaman blog aku nieh. Tapi memang tak lah aku nak upload semua 58 header. Aku pilih-pilih lah yang mane aku guna lama sikit. Kadang-kadang aku tukar sebab ade something wrong somewhere. A little bit tak kena, so mostly macam lebih kurang jer la. So, yang lebih kurang lebih kurang tuh aku upload yang lebih jer lah okay, yang kurang tak nak. :P














And now sekarang dan kini,


Maap laa. Guna software baru. Macam jakun-jakun sikit. AHAHA!

Orait. Sekian saje lah koleksi-koleksi header aku. Yang pasti semua header-header nieh aku buat sendiri, aku belajar sendiri berdasarkan blog-blog orang terhebat, berdasarkan google yang penuh ilmu di screen, dan aku design sendiri *kadang-kadang ade jer jugak design berdasarkan idea orang lain*. Tengok header orang lain macam cun, aku generate idea sendiri, TAPI, tak copycat lah okay. Takde lah tiru bulat-bulat gitu. Kena jadi diri sendiri jugak. HAHA.

Sorry lah kalau banyak sangat pictue buat korang punya blog loading lame giler. hihihi :)

Monday, May 30, 2011

Kisah social network.

Look like I have three superb social network right now!
I'm happy with this.
Hope you too :)

Facebook. Created since 2009. Promote by classmate. She said that,
 "Izzani, dekat Facebook ramai senior-senior Taiping. Macam matang sikit lah Facebook tuh berbanding yang lain." 
Dari situ, aku meninggalkan dunia Friendster dan Myspace. Mase tuh jugak bukan main ligat aku main kuiz-kuiz dalam Facebook tuh. AHAHA.

Sekarang semua kuiz tuh dah lapuk dek zaman :(


Blog. Created since May 2009. Also promote by classmate. She said that,
"Izzani, buatlah blog cuti panjang nieh. At least kalau kau bosan-bosan ade lah benda kau nak buat."
 Aku pun mula lah sign up blog dan sampai lah sekarang blog aku membesar dah 2 tahun rasanya. AHAHA.

Tapi, satu jer. Aku tak addicted nak update banyak-banyak entri, tapi aku jadi addicted nak edit blog. Background, sidebar, header and all that stuff. Agak membazir masa jugak lah rasanya =.="

Tapi serious, aku happy lah dengan blog aku. Tak tau kenapa. haha.


Twitter. Yayyayy! The newborn social network of mine. Created baru jer beberapa jam yang lepas. Again, promote by my classmate. She said that,
"Izzani, kalau twitter kan, kau boleh tau ape-ape berita tuh cepat gila."
Dan mengikut pengalaman aku beberapa jam yang lepas, memang sangat laju dan pantas. Belum sampai beberapa minit, orang dah keep on tweet tweet dan tweet. AHAHA.

Formspring? erm erm. Macam aku dah tinggalkan sikit lah. Password pun aku dah lupa. HEHE.

Baru aku perasan. Tiga-tiga superb social network aku sekarang nieh classmates yang approach kan. Memang aku senang terpengaruh dengan cakap classmate rupanya. AHAHA. And I've repeated again and again that the classmates are SHE. So, kesimpulannya, aku memang senang terpengaruh dengan classmates perempuan aku kan? AHAHA.

Kelakar lah korang. Thanks sebab approach aku dengan social network nie semua.

At least bila orang tanya, "Izzani, kau ada Facebook/Blog/Twitter?". Aku boleh lah jawab dengan muka comel, "Ada!" :)

Tapi, yang penting, aku tetap tak boleh lupa jasa Myspace. Zaman sekarang nie pun aku ade jer jenguk dan jengah Myspace aku. Saja nak mengimbau memori indah. Ececey. hihihi.

Thursday, May 26, 2011

❝Senyum, tak perlu kata apa-apa❞

Untuk tuan punye badan, you know right, this is for you.


Semoga dipermudahkan segala urusan anda.
Semoga keselamatan dan keselesaan sentiasa menjadi milik anda.
Mulakan langkah dengan doa.
Semoga tidak tersasar dari tujuan sebenar.

Jangan lupa,
Jaga diri dan jaga hati.
Ingatlah, saya akan terus berada di sisi.
Panggilan mu akan ku tunggu setiap hari.
Malah, setiap saat dan setiap detik.
Datanglah dekat aku tiap kali aku ingin merintih.
Mendambakan ayat-ayat kasih.
Kepulangan mu akan ku nanti
Semoga pulang dengan senyuman terukir di bibir.

Doakan saya selamat ke Kuantan untuk mulakan cita-cita. Doakan saya berjaya setiap masa. Dan, doakan saya to be stronger ya :)
Take care selalu. And cerita lah semua dekat saya selalu okay. Saya tunggu. ;)

Tuesday, May 24, 2011

I'm approaching the end of CFS.


Okay. Aku dah lambat sehari untuk post benda nieh. Jangan put the blame on me. Salahkan belogsepot sebab dia loading lambat gilaa bhaii semalam lepas aku cuba ribu-ribu kali. HAHA. Tipu. Semalam aku cuba dua tiga kali lepas tuh tak boleh aku frust, aku sambung baca UNGS2040.

Monday       - 23/05/11 - UNGS2030
Tuesday       - 24/05/11 - UNGS2040
Wednesday - 25/05/11 - UNGS2050

Venue : S3013 - S3014 - S3015.
Time : 9.00 am - 11.00 am.

Maksudnya besok lepas pukul 11.00 pagi aku dah merdeka lah. Yer dok? HAHA.

Sob sob sob. End of CFS beb! Bila lagi nak jejak bumi Centre for Foundation Study Petaling Jaya nieh. Mase melawat adik ipar mungkin. Opss! AHAHA.

Okay. Alang-alang aku dah terlepas terlambat publish entri nie, aku pamerkan terus lah exam setakat dua hari nie.


Rahman tanya, macam mana exam? Mudah.my tak?

Aku jawab, tak de lah Mudah.com sangat, tapi sofarsogood.kot laa. Tapi lenguh. AHAHA. 

Untuk UNGS2030, aku pilih tiga soalan, TAK. Sebenarnya, pilih dua soalan jer, soalan nombor satu WAJIB. Aku pilih untuk jawab pasal secularism and islamic worldview, pasal Sunnatullah and Globalization, dan pasal Liberalism and Extremism. Answer booklet untuk 2030 nie warna biru.

Untuk UNGS2040 pulak, aku ade jawab pasal Islamic and Western civilization, pasal knowledge define by al-Ghazali and pasal al-Sunnah. Yang nie pulak tadi, answer booklet warna pink.

Untuk esok UNGS2050 aku tak tau lagi aku jawab pasal ape. Harap-harap ade keluar pasal family planning. Laju jer jawab nanti. HAHA. Harap-harap answer booklet warna hijau pulak kali nie. Faveret kot. HAHA.

Okay. All the best Izzani! Last paper. Then kite pergi tangkap-tangkap gambar sekeliling CFS untuk kenang-kenangan sepanjang zaman :)

Alamakk! Aku baru perasa aku buat tarik 23/05/10 dekat attendance slip and answer booklet. Oh no! Izzani, tak sedar-sedar lagi ker awak tuh nak menjangkau DUAPULUH. Jangan bajet SEMBILANBELAS lagi lah. HAHA.

Wednesday, May 18, 2011

A letter to lecturer.

*Kadang-kadang aku rasa bukan semua evidence aku boleh ambil sebagai KISAH. Jadi, aku berniat mulai sekarang, selagi aku boleh ambil KISAH, aku pakai. Kalau tak padan dengan keadaan, mungkin tak perlu. Bukan begitu?*


Semalam adalah hari terakhir. Hari terakhir bersama lecturer. Lecturer yang bernama Dr. Abbas.

Beliau sangat baik. Beliau sangat ikhlas. Sometime I feel like he has very very very much knowledge in his brain. He likes reading. Likes all kinds in the field of Psychology. He like to interpret the manner of people in this life. HAHA. Bagus kan beliau? Tak semua orang ada minat macam tuh. Mungkin sebab terikat dengan peribahasa Melayu, "Jangan nak jaga tepi kain orang sangat lah Joyah!". HAHA.

Yang best, beliau suka bercerita sambil buat aksi. Serious, memang tak sempat nak ngantok lah dalam kelas beliau. Aku tak tipu.

Nope! *sambil geleng-geleng kepala*. Kelas UNGS belum habis lagi lah. Cuma ini hari dan hari yang mendatang iaitu besok, Dr. Adil which is another lecturer of my section yang ajar. Yang aku ade cakap aku selalu tak tanye soalan pun bila beliau suruh. HEHE.

So, semalam, hari last dengan Dr. Abbas. He ask us to write something about him on a piece of paper. Something yang membina untuk beliau. Yang beliau boleh guna untuk improve cara mengajar beliau and all.

Tapi. I don't have any idea on that. Tak tahu lah kalau aku memang jenis yang boleh accept anything walaupun benda tuh ade lack on somewhere ker. Tapi aku rasa tak macam tuh lah. Aku cuma rasa, selagi aku selesa dengan sesiapa pun, selagi aku boleh catch his/her word, selagi aku boleh faham dengan sesiapa pun, it just enough for me.

Aku tak suka nak mintak lebih. Nak over-budget. Nak macam-macam lagi lah. Macam ada sesetengah orang, nak lecturer suara kuat lah, nak lecturer lelaki lah, nak lecturer pandai buat lawak lah, nak lecturer yang faham kau lah. Tak perlu lah mintak sampai macam tuh sekali. Ape yang dah dapat tuh, bersyukur lah. Kalau susah nak adapt dengan environment lecturer tuh, it is your responsibility to meet him/her personally ker, because mane lah tau, lain tau bila lectuer treat student dalam kelas as a whole dengan treat personally. Jangan nak malu segan-segan lah jumpa lecturer. Diorang tak makan orang pun. Kalau tak, ape tujuan diorang free kan satu ruang dalam timetable diorang dan isi dengan perkataan 'CONSULTATION HOUR'. Yer dok?

Ishh. Aku melalut jauh dah nie. Dekat mane aku tadi?

Ohh. Aku takde idea nak tulis ape-ape yang membina untuk Dr. Abbas kan, sebab aku rasa dah cukup dah ape yang beliau bagi. Aku faham jer ape beliau ajar. Aku selesa jer dengan cara beliau ajar. Beliau cakap pun jelas jer. Aku yakin sebab aku selalu dapat tempat duduk belakang sekali (orang selalu datang kelas lambat. hehe) pun aku dengar jer suara beliau.

So, aku rasa, aku nak gunakan that piece of paper dengan cara lain. Medium mana lagi yang aku boleh guna untuk express rasa terima kasih aku dekat beliau kan? Facebook? Tak jadi friend beliau pun. Belog? Bukan beliau baca pun. SMS? Nope. Tak sesuai. Email? Banyak lagi email-email penting yang beliau kena baca. Jadi, medium itu tadi mungkin sesuai. Dan seperti di atas lah hasilnya.

Terima kasih Dr. Abbas. Really appreciate you.

I'll always pray for your happiness and blessing from Allah. InsyaAllah.

I like the word that you always say, "GIVE. You will be given more. LOVED. You will be loved more."

Tuesday, May 17, 2011

Kisah. *plus* SMILE ;)

Alhamdulillah.
Akhirnya kelegaan yang dicari telah dijumpai.
Akhirnya keleseaan yang diidami telah ditemui.
Yang penting mood yang merewang itu tadi telah datang kembali :)

Lantas aku memohon, walau bagaimana pun keadaan yang aku lalui, mohon aku tidak lupa diri.
Dari mana aku datang, dari mana aku belajar untuk jadi matang.

Dan. Yang aku harap cuma satu.
Benda yang ditemui itu tadi, jangan lah pergi lagi.
Kekal lah bersama aku, jiwa aku dan hari-hari aku di sisi.
Tak kira aku di sana atau di sini.
Harap akan kekal abadi.
Sampai aku mati.

-Izzani Zulkifle-

"From NOBODY to SOMEBODY. From ZERO to HERO."

*No Fullstop okayy*
=)

Monday, May 16, 2011

Kisah.

Tentang HARI IBU dan HARI GURU.
Aku tak update bukan sebab tak menghargai.
Aku tak update bukan sebab aku tak sudi.
Tapi aku dalam proses mencari.
Mencari mood yang hilang merewang-rewang ke sana sini.

InsyaAllah. Selagi nafas dikandung badan, selagi nyawa dan jiwa bersatu untuk diri sendiri, selagi itu IBU dan GURU terbaik tersemat dalam hati.

Will update about it later ya.
Wait :)

Thursday, May 12, 2011

Kisah tak tau. HEHE.

Malam tadi aku tidur. Tidur dengan cool fever. Mengada kan? Aku rasa macam tak demam, cuma suhu badan aku mungkin meningkat buat seketika. Tuh tak dikira demam kan? Hope so. Sebab aku nak pecah rekod nie lame dah tak demam. Kalau yang semalam tuh dikira demam, habis lah rekod aku. AHAHA!


Lepas aku bangun, aku bukak cool fever. Tapi mase dalam tempoh separa nak bangun tuh aku sempat berfikir kejap, nak bangun ker tak nak. Nak pergi kelas ker tak nak. Setan cakap, "Tak payah lah". Hati cakap, "Pergi lah Zany, kesian lecuter datang dari Gombak, kau nak ponteng pulak". Cewah! cewah! Nak cakap hati kau baik lah tuh. Koyaa jer Izzani. AHAHA!

Jadi, orang cakap, kalau nak buat keputusan yang payah macam nie, guna akal cara terbaik. Guna akal okay. Akal. Jangan guna hati, nanti merana diri. HEHE.

Jadi, lepas lawan dengan cakap Syaitan, setuju dengan cakap hati. Gagah kan jugak lah diri bangun pergi mandi. Dah lah tuh Zany. Kau saje buat-buat tak larat. Padahal kau tough jer kan. HAHA. So, dah tak payah lah nak lemah-lemah sangat. Jadi cool jer lah macam biasa. So, aku mandi cepat-cepat. Sambil tuh exercise, buat warming up sikit sambil mandi, lantas selesai mandi. Baru SEGAR. Yayy!

Aku pun iron baju. Kesian.

Aku pilih baju warna oren hari nie. Sebab orang cakap warna oren tuh nampak sifat agresif. haa. Sesuai lah tuh nak lawan aku yang lemah gemalai malas-malas nak bangun pergi kelas tuh. Mane lah tau kot pakai baju oren tiba-tiba jadi hyper-active pulak kan. HAHA. Ohh. Bukan tuh aku nak cerita. Aku cakap kesian sebab baju tuh dah lama diabaikan dalam loker. Aku suka baju tuh. Tapi nie semua gara-gara iron terlebih panas, kain dia berlubang sikit. Tapi jangan risau, tak nampak pun. Boleh cover dengan baju :)

So, go through kelas macam biasa. Hari nie belajar pasal Shari'ah, Family Planning, Adoption, Abortion and Plastic Surgery. Biasalah, bila bab-bab family planning tuh semua orang segar semacam jer belajar dalam kelas. Senang cakap, tak macam biasa lah. HAHA.

Pukul sebelas. Jangan pelik. Sejak menjak kelas UNGS nieh, waktu lunch aku dah bukan pukul satu dah. Pukul sebelas. Ade rehat setengah jam macam sekolah tuh. So, mase nie semua budak-budak UNGS serbu cafe. Lelaki selalunye dekat E-Cafe. Perempuan dekat A-Cafe. Semua orang bukan breakfast. Tapi LUNCH. Makan nasik. Selalu PEDAS. Tapi hari nie tak pedas. Aku ambik ayam takde cili. Fuhh! Kalau tak, berapi.



Lepas habis lunch, pukul sebelas setengah masuk balik kelas. Sambung belajar lagi. Dengan Dr. Adil nie senang jer nak tau kelas dah habis ker tak. Last sekali beliau akan tanya macam nie, "Okay. Any question you want to ask?". HAA. Bila beliau dah cakap macam nie, aku pun dah prepare dah packing-packing kemas-kemas stationary aku semua. Bukan nak tanya soalan pun. HAHA.

Yang seronok, hari nie kelas petang takde. Yayy! Bahagia.

Selalu, balik kelas mesti nak tiiidow jer. Tapi hari nie, takde kelas petang tak nak tiiidow pulak. Aishh. Mata. Pelik-pelik jer. HAHA.

So, tangan kate malas, kaki kata rajin, duit pun rasa macam nak mengalir. Jadi, aku basuh baju jer lah. HAA. Mesti korang blur kan. Tangan kate malas nak basuh baju pakai tangan. Kaki kata rajin nak panjat sampai tingkat empat. Duit pun rasa macam nak mengalir, jadi, aku basuh pakai mesin dobi :) Siap dryer sekali. Senang. Sejam lebih dah siap kering dah baju tiga baldi. AHAHA. Tapi, duit :'(

Tak pe lah. Berbaloi kot. Tiga baldi. Tiga okay. Bukan satu atau dua. HAHA.

Malam. Lipat baju tiga baldi tadi. Makan dengan roomate. Beli makanan dekat UKC. Aku order bihun tomyam. Tapi dia bagi bihun tomyam tawar. HAHA. Kaler dah macam air jer aku tengok. Nasib lah ade rase masam-masam sikit tuh, okay lah. And aku beli ICE-BLENDED MILO. Haa. Yang nie terbaaaikkk! :D



Aku dah lah tak paham dengan diri sendiri. Makan selalu tak habis jer sekarang nie. Kau sihat tak Zany? *Sentiasa sihat okay* AHAHA.

Kesian makanan-makanan tuh menangis sebab aku. So, aku rase, tiap kali aku tak habis makan, aku kena pujuk lah makanan-makanan tuh jangan nangis-nangis. Waa, bersalahnye.

"Izzani mintak maaf yer nasik putih, nasik goreng pattanya, bihun pattaya, bihun tomyam, telur dadar dan kuah asam ikan bakar."


Gilaa lah aku. Takde motif pun taip entri nieh. Takde kerja, saje cari kerja. AHAHA.

Okay dah. Buhbye. Lain kali cerita lagi. :)

Kisah kelas UNGS pagi tuh.

Okayy. Tak kire tak kire. Nak update jugak ape-ape pun. Tak sanggup pulak tengok belog sunyi tanpe entry beberapa hari. HAHA.

Owhh. Haii. Assalamualaikum!

Seriuos aku teringat lecturer UNGS aku die ajar pasal tanggungjawab Muslim ke atas Muslim yang lain ade enam. Yang first sekali, when you meet, give Salam. Beliau cakap, cara yang betul is Assalamualaikum. Tapi, beliau dengar dekat Malaysia nie ramai yang bagi salam macam nie, "Sekoooommm!" AHAHA!

Lecturer aku tuh dah lah dari Pakistan. Bila dia ajuk cakap orang Malaysia macam tuh, serious comel. Serious jugak bergema satu kelas dengan gelak tawe aku dan classmates. HAHA. *Jangan lah serious sangat*

Okay dah.

Lagi, mase hari Selasa, tengah-tengah kelas, ade orang datang nak bagi kek batik. Segan aku masuk-masuk kelas bawak kek batik orang pandang kan. Nak share, mane boleh! HAHA. Tak de la. Nak share satu kelas kena tunggu orang tuh bawak kek batik sedulang laa. AHAHA. *Tapi rase excited of corse la bertubi-tubi datang dalam jiwe kan* hihi. Aku suke buat ayat melampau en. Gasak lah. Janji orang paham. HAHA.

Nothing else taste better than a handmade kek batik made by him. hehe.

Thank you dear. Kek batik tuh awesome. You are more more awesome! :)

Pssstt. Malu sikit lah sebab aku perempuan, tapi haram tak reti buat kek batik, kek kain pelikat ker ape-ape pun. Die lelaki pun lagi pandai dari aku. Mane aci macam nie. hee.

"Google, nanti cuti panjang tolong aku tau. Carikkan aku resepi-resepi terhebat seantaro dunia. Kah kah kah"

Rahman, kek batik dah habis. Cepat lah anta lagi. EHEHE :P

Thursday, May 5, 2011

Kisah batu satu dua tiga :)


Cuaca agak panas hari ini. Ku sangka hujan di petang hari, tapi panas terik yang berpanjangan. Cewah! Tapi tuh tak halang pun niat aku to be there.

Lame dah tak sampai. At last sampai jugak.

Tak payah tanye lah ape perasaan hari ini. Gembira tak terkata. Serious.

Okayy. Aku gembira tak terkata. Jadi, yelah, gembira tak terkata lah. HEHE.

Okayy lah. Aku nak sambung sembang dengan cinta hati (hehe) dekat facebook pasal perangkaan baju KEBAYA tuh. AHAHA!

Dear, thanks tau. Thank you so much! Hargai sangat sangat sangat. Nak buat jadi selimut boleh tak? Boleh pakai hari-hari time nak tidur :) hee. Takde lah. Gurau saje. I'll show it bile dah siap nanti okayy. LyMy! (.^_^.)

Waahh. Memang gembira tak terkata lah aku kan. Ade jugak tadi moment mate berkaca-kaca. Tapi, nak buat macam mane, orang hebat pujuk, memang cair lah.

Seriuos. Aku bertuah. :)

Kisah takde malware dah.

Yippie! Dah tak payah lah korang pening-pening, cuak-cuak nak patah balik cepat-cepat nak tekan button X sebab nampak notis malware dekat belog aku nieh. HAHA.



Betol kan? Bile korang nampak jer menatang nie keluar dari belog aku, mesti nervous tak tentu pasal kan. haha.

Tak perlu risau lagi. Masalah sudah pun selesai :)

Betol la awak cakap Rahman. Thanks tau sebab tanye hari tuh. Haa. Membuak-buak lah tuh perasaan nak tau ape die tanye dekat aku. AHAHA. Takde lah. Gurau tak berapa kasar sikit.

Takde ape. Die tanye, aku guna wonderbackground.com ker sebab ade notis malware nie.

Aku ingat kan aku tak guna wonderbackground menatang ape jadah ntah nie. Dengan yakin aku reply, "Tak. Tak guna pun wonderbackground tuh. Dah cek dekat google dah. Google cakap takde malware pun. Tak tau lah asal."

Hebat en jawapan aku? AHAHA. =.="

Tapi, lepas berfikir sejenak, mungkin betol jugak ape yang die cakap tuh kan. Dan tadi, aku cek coding untuk background belog aku.


AHAHA!! Memang wonderpet pun. Ehh, wonderbackground pun. No wonder laa. HAHA.

Jadi, tak payah pening kepala lagi dah cek email belog ade malware ker tak.

Tukar jer coding untuk background tuh dengan coding yang baru. So, no wonder lah background pun kena tukar sekali.

Dalam erti kata lain, cari lah background lain, copy paste ganti coding yang bawak malware tuh. Senang :)

*Gambar tak boleh nak kecik lagi ker cik kak?*

HAHA. Malas lah nak resize-resize. Korang klik jer lah pada gambar. Tak pun zoom jer sampai nampak. hee.