Monday, October 31, 2011

Kereta kemek.

Apalah nasib badan. Tak. Badan aku okay. Maksud aku, apalah nasib diri. Aku harap bangun pagi, detik nak pergi kelas adalah detik paling seronok dalam hari-hari aku (aku harap macam tuh) sebab aku nak pergi menuntut ilmu. Tapi, dalam senyum-senyum, gelak ketawa pagi aku menuju ke kereta, terus dipadamkan oleh satu adegan. Grr. Rasa macam geram.

Aku nampak dengan naked eyes aku sendiri pintu kereta aku kemek. Ahh. Lantak lah. Aku tak tau eja 'kemek' atau 'kemik'. Tak. Nada aku tulis memang macam marah, tapi aku tak marah. Aku terima.

Aku faham, pagi tadi hujan, mungkin anda susah nak reverse kereta, tak nampak cermin pandang belakang, side mirror atau apa. Tapi, kalau at least aku pergi kereta, sambil aku nampak pintu yang kemek dan calar ada notes dekat dashboard aku kata, "I'm Sorry" pun takpa. Tuh pun dah bikin hati aku sejuk. Tak nak bagi number phone pun tidak mengapa. Aku tak kisah.

Takpe lah. Aku tak ada keinginan pun nak jadi Detektif Conan, nak cari satu-satu kereta yang ada kesan calar yang ada terlekat cat kereta aku dekat kereta dia. Walaupun adegan itu bagi pakej dekat kereta aku, kemek, calar, cat kereta aku tertanggal malah cat kereta anda yang ditinggalkan, tapi, aku tak ada niat langsung pun nak pergi cari satu-satu kereta. Memang. Memang kereta dekat Tabari nie seciput jer pun, tapi, bukan kerja aku dan bukan minat aku nak siasat semua tuh.

Manusia kalau rasa dia salah, dia akan sedar dan minta maaf sendiri. Aku. Kalau aku yang salah, kalau tabiat parking aku yang salah, buat anda susah nak reverse keluar, aku minta maaf. Tapi, aku rasa aku parking dalam kotak parking aku, dan lurus lah jugak.

Takpe lah. Ini pengalaman pertama aku handle benda macam nie. Aku berani nak ada kereta dekat sini, jadi, aku kena berani sendiri la tanggung benda-benda macam nie. Umur aku pun bukan kecik lagi. InsyaAllah, aku cuba untuk handle sendiri. Orang-orang di sekeliling aku pun ramai, pengalaman-pengalaman diorang pun boleh tolong aku.

Jangan risau. Besok kereta aku dah nak masuk workshop dah. Aku pergi cari berdua dengan roomate aku lepas kelas tadi. InsyaAllah, petang besok dia keluar dengan dah tak ada kemek, tak ada calar, tak ada cat kereta anda dan dah kembali kepada asal. Kereta tuh mesin. Buatan manusia. Buatan manusia tak sehebat ciptaan Allah. Kalau badan manusia ada luka, parut pun boleh hilang. Tapi kereta, entahlah. Tak berani nak yakin seratus peratus yang tak akan tinggal kesan langsung.

Tak tau. Tak tau. Ini baru pengalaman pertama aku. Serba sedikit aku belajar. Syukur jugak tak ada melibatkan nyawa aku. Alhamdulillah.

Monday, October 24, 2011

Ehem.




Feeling like wanna write something jiwang, melayan perasaan, and menusuk qalbu. Are you all right? HAHA.

Do you ever feel you are missing someone so much? And once you meet that person, you feel release so much. And once you come back home, you feel like you are missing that person already, feel like wanna meet again, say Hello to that person again and have a long conversation with that person again?

I think I ever feel it. Can I say I feel it now? HEHE.

"Ya Rab, andai panjang umur, andai ada rezeki, aku pohon, pertemukan lah kami lagi."

The feeling of waiting a day you'll meet again, make your day full of happiness because you are waiting something precious.

InsyaAllah, aku tunggu sampai tiba waktu itu. :)

Friday, October 21, 2011

Sampai.

Alhamdulillah.
Sampai pun rumah.
From Kuantan to KL.

Aku rindu bandar KL.
Yup. Bunyi memang macam agak pelik.
Orang selalu cakap, aku rindu kampung yang aman damai.
Tapi untuk sekarang nie aku tak.
Aku lagi rindu KL. Bukan sebab rindu ke-hingar-bingaran-nya.
Tapi sebab dekat sini ada rumah aku.

Sepanjang 4 jam perjalanan tadi, aku rasa sekali jer aku tidur. Sebab aku rasa macam dah nak sampai KL sangat-sangat. Masa lalu Gombak, nampak UIA Gombak, ohh! Rahman was there! If only I can see you that time :) HEHE. Masa sampai rumah jangan kata lah, kelibut sungguh aku dalam teksi nak keluar dari teksi, nak cepat-cepat masuk pintu rumah. Sampai pakcik teksi cakap, "Takpe takpe. Slow slow." HAHA. Maaf, memang terang dan nyata sangat kah ke-gelojoh-an saya nak balik rumah? HEHE. :P

Orait. I'm home right now. Bagi aku peluang nak lepas rindu dekat orang-orang dekat sini. HEHE. Bye :)

Stu-Dent diary IV.

Okay okay. Cepat-cepat. Nak update blog secara laju nieh sebab nak tidur dah nie. HAHA.

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari nie Izzani nak bercerita lagi. Mahu dengar atau tidak? Ohh. Mungkin Izzani akan biarkan anda mendengar cerita dengan gambar jer lah okay. Set!

Ini minggu nie punya cerita.

Minggu lepas adalah minggu ter-busy sedunia wa cakap lu. Tugas harian; balik kelas, petang practice futsal, malam practice role play. Never end. Sampai lah hari kejadian.

Mula-mula hari Sabtu. Hari Sabtu tuh jangan cakap lah, memang tak jumpa bilik dah sampai tengah malam. Role  play-Role play-Role play. Sangat penat lah okay.

Betapa tersenyum nye Izzani yer sampai kan tak nampak mata. HAHA. Nampak macam ceria gilaa, tapi, tak tau masa tuh tengah kelam kelibut prepare props. HAHAHA.
Yeaahh. This is my group named ECTOPIC.  We present about AMALGAM WARS. Although we can't manage to win best performance that night, but, we managed to win The Best Props. HAHA. The most cheapest props. Pakai kotak-kotak jer, but Alhamdulillah, at least we win one. Dan aku rasa puas hati sangat-sangat dengan persembahan group aku lepas kitorang berhempas pulas beberapa minggu untuk benda nie, akhirnya, SUCCESS! :)
Last but not least from Scientific Night - Role Play.
My Batch with dean. Nampak tak yang kacak bergaya berdiri di depan pentas itu? He is our dean. Sangat-sangat baik dan sangat-sangat enjoy berada dalam Kulliyyah nie. Dean yang sangat caring dengan anak-anak buahnya. Pernah tak korang nampak Dean bergurau senda dengan student-nya? Bertepuk tampar dengan student-nya? Bersembang-sembang, lawak jenaka dengan student-nya? Yes. Our Dean done it :)

Orait. I'm done with role play. Malam habis Scientific Night tuh memang semua orang rasa legaaaa sangat-sangat dan aim untuk besoknya nak bersungguh-sungguh untuk enjoy kelegaan dari role play.

Bersungguh-sungguh untuk apa? Okay. Mari sambung cerita.

Besoknya pulak, Ahad, kitorang ada Interbatch Game. Again, aktiviti Dental Family lah kan. Seperti yang dah dikatakan, aku main Futsal. Tak pilih Netball sebab dah lama tinggalkan zaman netball. Tak main Volley sebab tak pandai main Volley. Tak pilih badminton sebab tak suka main game yang sorang-sorang. Tak pilih ping-pong sebab tak pandai main ping-pong. Pilih futsal sebab rasa enjoy main futsal. HIHI.

As usual, aku dan roomate-roomate memang semangat sampai Sport Complex awal-awal pagi. HAHAHA.
Futsal team.
Menang ker kalah, ehem ehem, tak nak bagi tau laah. Segan okayy. Yang pasti 2nd year, 3rd year, 4th year, and 5th year sangat terror nak dibandingkan dengan kitorang yang 1st year nie. HAHAHA.
Again, US. Dentistry student first year. Masa nie dah petang sangat, ramai yang dah balik. Those hampers antara hadiah yang kitorang dapat dari atlit-atlit kita.
Takpe. Cuba lagi tahun depan. Kita ada empat tahun lagi untuk game Interbatch nie. HAHA.
Habis Interbacth, semua orang balik, mandi dan tidur dengan sangat nyenyak dan lena nya. HAHA. Lepas tuh, pagi besoknya, semua orang pergi kelas jalan macam orang mengandung. Semua orang sakit urat, sakit kaki, sakit badan, sakit tangan dan macam-macam lagi. Kelakar. Semua muka lemau jer masa hari Isnin tuh termasuklah aku. HAHAHA.

Masuk ke hari Selasa. Hari Selasa tuh kitorang ada Screening for Hepatitis B. Kitorang kena ambil darah untuk cek ada Hepatitis B atau tak. Untuk any clinical students which means yang akan deal dengan patient, kitorang tak boleh ada Hepatitis B. If anyone positive, dia terpaksa tukar corse yang non-clinical. Alhamdulillah. Rabu tuh result keluar. Semua batch aku negative for Hepatitis B. Lega semua orang.

AHAHA. Izzani Izzani. Mari aku nak cerita sikit.
Orang lain kena cucuk sebelah tangan, aku kena cucuk dua-dua tangan.
Mula-mula aku hulur tangan kanan. Jarum pun dicucuk. Auch! Pedih sikit lah. Lepas tuh, bila connect dengan tube, darah tak keluar. Orang tuh pun dok gerak-gerak kan jarum tuh, pusing-pusing jarum tuh, darah tak keluar jugak. Masa dia gerakkan jarum tuh, jangan kata lah. Ngilu kot aku rasa. HAHA. Aku pun pandai. Masa kena cucuk, dok gelak-gelak dengan kawan, urat pun lari-lari lah. HAHA.
Lepas tuh, kena lah tukar, cucuk tangan kiri pulak. Nervous masa tuh takut darah tak keluar lagi. Orang tuh inject dan Alhamdulillah, keluar pun darah aku. Fuhh! Fuhh! Legaa. HAHA.
... Khamis ...

Dan Jumaat tiba. Okay. Jumaat tak nak cakap banyak lah. Cukup lah kalau aku kata, aku tak sabar. Aku akan balik rumah hari Jumaat nie. Tiket bas pukul 12.30 tengah hari. Yayayy! Horaaayy! Yippie Yippie! Aku cuti sampai Rabu. Aku nak balik KL jumpa insan-insan tersayang. Bye. :)




Friday, October 14, 2011

Stu-Dent diary III.

Will meet end of this week just another few days. Ahh. Tamat minggu nieh bersamaan juga lah dengan tamatnya hari-hari kepengsanan student-student dentist IIUM Kuantan dari 1st batch sampaaai lah 5th batch. HAHAHA.

Ini bukan bermaksud hari-hari mendatang kitorang akan terus lengang. Maksud aku, minggu nie Kulliyyah of Dentistry akan ada banyak sangat events. Orait, lets start with besok, hari Sabtu, kitorang ada Scientific Evening, which is mainly to introduce us (student first year) to all Dental family. Sorry, tapi, aku akan sentiasa guna term "family" untuk ahli-ahli Kulliyyah aku sebab kitorang adalah satu komuniti yang sangat kecil. Sampai satu masa nanti, kitorang akan boleh kenal semuaaaa students, lecturers, clinincal or other staff dalam Kulliyyah kitorang.

Okay, proceed. Untuk Scientific Evening nie, kitorang kena buat persembahan which is lakonan yang berkisarkan History of Dentistry. Tak kira history of apa sekali pun, yang penting history. So that, we can learn something from it. Fuuhh! Berminggu-minggu dah practice role-play nie. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar nanti. Untuk group aku, kitorang akan cuba buat yang terbaik. Yang kitorang harapkan hanyalah satu kelegaan dan kepuasan hati selepas melalui minggu-minggu practice yang memang agak memenatkan. HAHA.

Secondly, Ahad, kitorang ada Interbatch Game. Yang nie pulak berkisar tentang sukan. Sekarang nie, dalam family dentist, kitorang ada lima batch. So, Interbatch game nie mempertaruhkan game seperti futsal, netball, volleyball, badminton, ping pong, etc. Kitorang akan lawan dengan batch-batch yang lain. Kitorang lah paling junior kan. HAHA.

Aku? Ala, malu la nak cakap. Aku masuk game futsal. HIHIHI. Ade hati nak main futsal. Lantak lerr. Asalkan bola tuh aku sepak, kira valid lah tuh. HAHAHA.

Itu jer lah kot untuk masa nie. Another story, another day orait. Bye! :)

Thursday, October 13, 2011

Swimming yeeehaaa!

Assalamualaikum :)

Hari nie nak cerita satu cerita best. HAHAHA. Best best.

Petang tadi aku pergi swimming pooooool. Best bukan cerita aku? AHAHA. Maaf. Maksud aku best, best untuk aku. Best sebab dah lama gilaa aku tak mandi swimming pool. Tadi pergi mandi swimming pool dalam UIA nie jer. Dekat UIA punye sport complex. Woww. Best gilaa. Air dia dalam. Serious dalam. Aku mandi kena jengket-jengket, kalau tak tenggelam timbul lah aku nampak gayanya. AHAHA.



Nampak tak muka kegembiraan selepas bersuka ria bermandi manda di situ? HAHA. Okay Bye. Sekian, laporan dari aku dari kolam renang IIUM Kuantan. HEHE :)



Sunday, October 9, 2011

Stu-Dent diary II.



Satu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan bila ibu & abah datang Kuantan.

Okay, ayat cilok dari Facebook aku sendiri.

Semalam merupakan satu penantian. Aku menanti ibu dan abah sampai ke sini. Gembira. Serious gembira gilaa. Pagi-pagi lagi aku bangun terus message ibu tanya dekat mana dah? "Baru bertolak", ibu jawab. HAHA. Okay. Tiga jam perjalanan memang tak lama mana pun. Aku bangun, mandi, study, lunch sambil tengok movie Mat Bunga sampaaaaii laah ibu call, "Ibu dah sampai". Memang melompat lah aku pergi basuh tangan, tukar baju bagi handsome cun melecun semua. HAHAHA.

Aku turun. First, aku gembira sebab dapat tengok muka ibu dan abah depan mata. Second, aku gembira tengok kereta tersergam indah *takde la indah mane. biase-biase jer. tapi bagi aku tetap indah* HAHAHA. Yang penting, aku mudah nak pergi kelas, nak cari barang dekat bandar. Kuantan nie bukan macam KL, public transport bersepah. Public transport dekat sini, ade macam takde. So, aku pun pening kepala. HAHA.

Petang tuh, lepas check in hotel, aku, ibu dengan abah pergi ECM, shopping-shopping sikit. HEHE. Aku dapat cadar dan comforter baru. Best tak? hee. Lagi, ibu suruh beli lapik kaki kereta yang baru. Aku pilih warna biru. Amboi, biru tapak kaki kereta kau Zany oii. AHAHA.

Then, hari nie, pagi-pagi lagi dah check out. Pergi breakfast dengan ibu dan abah. Lepas tuh pergi Terminal Bas beli tiket untuk aku balik KL dua minggu lagi, InsyaAllah. Ya Allah. Ini lagi satu benda yang buat aku gembira. Aku nak balik KL dah nie. :)

Lepas tuh pergi cuci kereta kejap dan akhir sekali aku hantar ibu dengan abah pergi Terminal Bas. Tiket diorang pukul 11.30 a.m. Ibu dengan abah tak nak bawak dua kereta sebab datang berdua jer. So, balik KL naik bas jer lah. Kalau bawa adik-adik, baru bawa dua kereta. Macho gilaa kau Kancil boleh sampai Kuantan dengan gagah perkasa. HAHAHA.

Dan aku drive balik UIA. Masa mula-mula drive nak balik UIA tuh, aku sebak seketika dalam kereta. Harap dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Tapi, aku fikir, tak pe lah, aku pun dah nak balik KL dah beberapa minggu lagi. Sabar. Tahan sebak itu dulu. Lagi aku sebak sebab ibu dengan abah sanggup datang bawa kereta ke sini. Beberapa kali juga aku cakap, "Terima kasih". :')

p/s: Dekat atas tuh aku paparkan sikit gambar semasa hari pendaftaran aku dekat UIA Kuantan nie hari tuh. Kelmarin, 6/10/11, genap sebulan dah aku dekat sini :)

Friday, October 7, 2011

Colour.


Colours are many. You are the one who need to choose which one fixed you much.

TURQUOISE time! Yeayeaaahh! :)

Transformation is not really easy. To transform you need to think tooo much. What if this? What if that? What for this? What for that? Etc. Etc. Etc. See. Tak senang kan?

To transform from PURPLE to TURQUOISE pun susah jugak. Serious tak senang. Walaupun benda nampak lebih kurang sama macam yang dulu, taaapiii, kau memang kena sacrifice, kena menyesal di kemudian hari lepas kau terfikir, "Arghh! Kenapa aku habiskan masa yang sangat lama untuk benda nie?". HAHAHA.

Before tukar kepada turquoise, blog aku mengalami transition sebentar tadi. HIJAU. Yes. How hard aku cuba untuk jatuh cinta kepada ungu, NOPE! Green still monopoly kotak fikiran aku. Walaupun hijau bukan cinta pertama, tapi mungkin dia cinta paling lama aku yang membuatkan aku tak boleh nak cuba mencintai UNGU. Perghhh. Pandai pulak aku buat ayat metafora. HAHA.

So, kenapa tukar TURQUOISE? Sebab aku nampak dalam Turquoise ada HIJAU dan ada BIRU. And yess. I love GREEN so much, and I love a person who love BLUE so much. :)

Second, aku nak cuba sesuatu yang lain. Masa mula-mula blog nie lahir, dia lahir dengan HIJAU. Jadi, dalam frasa mematangkan diri, biarlah dia mencuba variasi warna dalam kehidupan. TAMMAT.

You make me happy :)

Satu panggilan diterima. Angkat.

"Hello. Assalamualaikum".

"Waalaikumsalam."

"Takde kelas ker?"

"Owh. Dah takde dah. Pagi tadi jer kelas."

"Besok ade plan ape-ape?"

"Takde pun. Besok ade jer, duduk dekat bilik jer."

"Owh. Okay. Tunggulah nanti abah sampai."

"Abah bertolak pukul berapa besok?"

"Tengok la. Dalam pukul 8.00 or 9.00 pagi ker?"

"Okay. Boleh jer. Kaklong ade jer dekat bilik besok."

"Okay. Abah datang dengan ibu jer tau."

"Orait orait." :)

Begitulah perbualan aku dengan abah tadi. Nampak tak nada gembira aku di situ? Siapa tak happy parents nak datang. Gembira rasa :) :) :) Have a safe journey abah ibu! :)

Wednesday, October 5, 2011

Another story of stu-Dent.

Assalamualaikum :)

Banyak gilaa cerita yang aku postpone untuk blog aku nie yang akhirnya aku rasa, "Ala, tak jadi lah nak post pasal tuh". Cerita pasal aku dengan roomate outing sampai Teluk Cempedak tuh memang best lah. Seronok belajar dekat Kuantan nie sebab tuh lah. Ada pantai, nyaman, tak sibuk macam di kota. Nak outing pun rasa tenang. Tak perlu fikir jam semua bagai. Lagi, cerita pasal kitorang satu kelas konvoi pergi open house rumah classmate kitorang. Gempak. Perempuan semua naik kereta, brothers semua naik motor. Alahai, brothers tujuh orang jer kot kelas kitorang sampai laaaaaaaahh grad UIA nie nanti. HAHA.

Okay. Cukup pasal minggu-minggu lepas dan sebagainya. Sekarang aku nak cerita yang sekarang. Yang sedang berlaku sekarang.

Firstly, hari nie kitorang dapat kelas baru. Lagi luas, lagi selesa, cuma kelas lama dulu lagi sejuk lah. Tapi tak kisah pun. Kelas lama dulu sejuk-sejuk pun at last menggigil bukan main. HAHA. Paling best aku suka part meja tuh. Kalau before this, kelas lama, meja dia yang melekat boleh lipat-lipat dengan kerusi tuh, kali nie dapat meja besar macam sekolah. Selesa beb! Boleh aku letak semua perkakas-perkakas, botol air, cermin mata, handphone atas meja instead of atas riba macam dulu. HAHAHA.

Kelas kitorang kali nie dekat dengan semuaaa benda. Toilet dekat, nak beli makanan dekat, surau pun dekat. So, memang kitorang bertapa dalam kelas tuh dari pagi sampai petang tak gerak-gerak lah. See, lunch pun dalam kelas. HAHAHA. Untuk pengetahuan semua, corse aku best sebab kitorang tak perlu tau subject nie venue mane, subject next venue mane. Tak perlu nak pindah-pindah kelas. Kitorang duduk jer dalam kelas yang sama untuk semua subject, lecturer yang akan masuk. Ala, macam kelas dekat sekolah. Satu kelas jer kan. Jadi dua bila tambah lab. HAHA.


Aku harap kitorang dapat pindah blok Dentistry yang baru tuh secepat mungkin.

Secondly, hari nie kitorang dapat model gigi. Full model for primary and secondary. Ahh, dah lama menanti saat ini. Sebab apa? Sebab sangat susah okay bila lecturer ajar dekat depan tak de model depan mata. Gigi tuh sangat micro saiznya, tak dapat nak bayang bila masuk part yang sekecil-kecil dekat surface gigi kita tuh. Sebelum nie, bila lecturer explain dekat depan, aku dengan kawan-kawan aku bukak cermin tengok gigi sendiri, cari part yang lecturer tuh tengah ajar. Agak kelakar lah juga di situ. AHAHA.


Model gigi nie dapat sorang satu. Loan jer lah dari Kulliyyah. End of year 1, kena pulang balik. So, make sure, jangan hilang sebatang pun gigi. Kalau hilang sebatang jer pun, kena bayar untuk sekotak. RM400. Oooowhaaat? HAHA. Mahal en. Oh! Lupa lah. Kitorang dapat sekali dengan instrument untuk carving. Nanti lah, bila dah start carving aku cerita pasal tuh pulak.

Orait. Itu saja kot yang aku nak cerita untuk hari nie. Actually, aku dah mula rindu semuaaaa orang yang bermakna dalam hidup aku. Yup. Memang tiap hari aku rindu. Tapi, sekarang nie aku dah sangat-sangat rindu.

Aku rindu ibu dengan abah. Aku harap ibu dengan abah jadi datang sini minggu nie. Amin amin amin. Aku rindu adik-adik aku. Nak gurau-gurau dengan diorang. Nak marah-marah diorang. HIHIHI. Adik aku Affiq tuh tengah PMR sekarang nie. Sebagai Kaklong, aku pun tumpang rasa berdebarnya sekali. Kaklong doakan Affiq dapat jawab dengan baik. InsyaAllah. Aku akan call adik aku tuh hari-hari sepanjang minggu exam dia nie. Bagi semangat, tolong-tolong sikit mana yang boleh walaupun jauh. Aku rindu rumah. Entah lah, aku rasa aku macam tak sabar nak balik rumah, nak jejakkan kaki dekat rumah. Dan, ermmm.. aku rindu Rahman jugak. All these people give lot of happiness to me. Aku akan simpan mereka semua dalam hati aku. InsyaAllah :')