Monday, November 21, 2011

Untuk malam ini.



Untuk malam ini :)
Kasi itu semangat Harimau Malaya sikit. HAHA.

Tuesday, November 15, 2011

Dia yakin, dia percaya, kita kena usaha.



"Macam mana exam physio tadi? Boleh jawab tak? I know you can. I have faith in you".


Oh! Thank you so much Ya Allah for giving me him. For giving me such a nice person like him.

Just to remind me, if other person, the person who I love, really have a faith in me, it shows that I need to have a strong faith in my own self, untuk tak nak kecewakan kepercayaan yang dia bagi. So Izzani, in any circumstances that you face, remember, he is always have a faith in you and you need to usaha for him.

"Kepercayaan dan keyakinan adalah elemen penting yang akhirnya akan melahirkan rasa komitmen dalam setiap orang terhadap sesuatu perkara." 

Alhamdulillah. Semangat kembali.

TERIMA KASIH :)


Bila masa nak tenang.

Tadi kan, tadi kan. Yer. Serius. Baru sebentar tadi.
Aku melalui satu moment yang orang sekarang selalu kata "Rasa macam nak surrender jer lah".

Astaghfirullah. Kenapa aku boleh sampai tahap macam itu? TAK BOLEH. Tak boleh sama sekali.

Guys, tomorrow is Physiology exam. And I have lots of things yang belum habis baca lagi. Pukul 8.00 pm, I'm reading first chapter. 9.00 pm, still reading first chapter. 10.00 pm, arrghhh just the same. Bila nak move on pun entah. Masa tuh jangan kata, Einstein pun dah hensem sikit dari aku.

And, one problem. Dah baca, tapi lupa. How? How? How? Macam mana nak overcome benda macam nieh? So, when a question arised in my head, "Have I cover all the topics?". Aku rasa aku dah, tapi kenapa bila cuba nak ingat, jadi tak ingat?

At this moment, memang the best way is we must find dekat mana nak cari ketenangan. If we still proceed dengan study secara tension atau pun secara nak cepat habis, baik tak payah. Tak lekat. So, take some time untuk sedikit ketenangan as our refreshment.

Here are some techniques yang aku guna bila moment macam di atas tiba-tiba datang. Untuk orang lain aku tak tau macam mana, for me, InsyaAllah, it work.


First. ALLAH. Dan kita semua tahu, kita tidak akan pernah kecewa kalau kita selalu berdoa pada Dia. Macam aku tadi, serious, aku tak boleh nak ambil banyak sangat masa untuk refreshment nie. So, inisiatif aku tadi dengan dengar zikir-zikir Ustaz Dzulkarnain Hamzah. InsyaAllah. Ketenangan tuh datang sendiri. Automatik. Tak perlu paksa. Dalam masa yang sama, sambil dengar, aku baca-baca jugak nota secara ringan. Rasa tenang kan masa tuh? Serius.

Manusia yang berfikiran kolot, tolong jangan cakap, "Masa susah baru kau nak cari Tuhan". Tak. Maksud aku dekat sini bukan macam tuh. Maksud aku, kita kena yakin yang bila masa kita susah, kita tau dekat mana kita nak minta pertolongan yang pasti, dan kita yakin Dia sentiasa ada dengan kita. :)

The LOVE of a family is a life's greatest blessing.

Kedua. ABAH IBU. Hari nie hari pertama aku menjalani exam sebagai student degree. Bentuk exam, jenis exam, cara soalan, cara menjawab semua pun masih baru untuk aku. Gementar jangan cakap lah. Bagi aku, suara ibu dengan abah, lagi-lagi bila ibu dengan abah bagi semangat, pohon doa untuk aku, itulah saat yang paling aku hargai. Cukup buat aku terharu. Yang bila aku dengar suara mereka, study yang tadi susah jadi mudah untuk aku. :')

Ketiga. ADIK-BERADIK. Orang yang paling dekat dengan kita dalam rumah, yang tempat kita membesar sama-sama, lahir dari rahim ibu yang sama, siapa lagi kalau bukan adik-beradik kita. Untuk aku, aku ada adik-adik aku. Boleh kata nyawa aku jugak. Tanpa diorang, aku rasa longlai jugak. Bila diorang call tanya exam macam mana, boleh buat ker tak, ape lagi yang sorang kakak boleh jawab selain "okay" untuk buat adik-adik dia berani dan yakin untuk terus belajar mencari ilmu sampai berjaya. Jadi, "okay" tadi, tak boleh hanya pada kata, perlu juga pada realiti nya.

Next. TEMAN. Macam yang aku kata, teman ada dua. Teman yang kawan-kawan dan teman yang istimewa.


TEMAN yang istimewa. Kerana dia insan yang istimewa, dia boleh datang masa moment yang aku cakap tadi datang pada aku. Kerana dia insan yang istimewa, dia boleh tau yang dia perlu datang pada masa itu. Kerana dia insan yang istimewa, dia ada sebab kenapa dia perlu datang pada aku masa itu. Kerana dia insan yang istimewa, dia ada cara untuk bagi balik ketenangan dan semangat pada aku. Kerana dia insan yang istimewa, dia sentiasa yakin pada aku. Kerana dia sentiasa yakin pada aku, aku sendiri perlu yakin dengan diri sendiri. Ketenangan yang dia bagi dah cukup untuk aku ucap Syukur kerana diberi teman sebaik dia. Rahman.

TEMAN yang kawan-kawan. Bagi aku, kehidupan aku dekat sini, nyawa aku untuk apa yang aku belajar, cukup dengan aku ada roomates dan classmates yang saling membantu, selalu memberi semangat tak kira dari segi jasmani atau rohani dan sentiasa memahami antara satu sama lain.

Tiada lebih yang aku boleh cakap lagi. Sebab aku rasa ketenangan yang aku dapat dari mereka semua, cukup untuk bagi semula semangat pada aku.

And one thing, ada orang cakap, kalau kita dah baca tapi kita rasa kita macam lupa tuh perkara biasa. Yang penting kita dah baca dan kita pernah hafal. Sebab benda tuh dah ada dalam otak kita. Jadi, bila dalam exam, bila kita nak cuba ingat, kita akan ingat balik.

Aku harap statement ini benar dan aku yakin ini benar. Ciptaan Allah adalah ciptaan yang paling indah.

Untuk malam ini, orang kata, nak exam jangan tidur lewat. Tapi aku, percayalah, sekarang dah pukul 5.00 pagi, dan aku belum tidur dari tadi. Dan untuk malam ini, terima kasih Allah, terima kasih abah dan ibu, terima kasih kakngah, affiq, dan izzah, terima kasih rahman. I love you all so much!

Friday, November 11, 2011

Bila fikir dalam-dalam.


Alahai. Sebelas hari bulan sebelas tahun dua ribu sebelas. Erm. Boleh jadi aku suka, boleh jadi juga aku sedikit kiok hari ini. HAHAHA. Lawak Izzani. Kata suka, tiba-tiba kiok. HAHA. Entahlah. Aku gembira biasa-biasa saja sampai satu masa aku dapat jawapan yang buat aku terkesima.

Bila fikir balik, rasa macam nak letak perkataan sengal dekat diri sendiri. Entah apa-apa kau Izzani. HAHAHA.

Erm. Aku tak tau nak cakap macam mana lagi nieh. Ahh. Aku rasa kiok sebab sikit lagi macam sejarah nak terkeluar balik dan itu adalah moment yang paling aku tak suka nak dengar balik, tak suka nak ingat balik dan tak suka nak cerita lagi. Kalau boleh yang situ cukup sampai situ.

Ya. Sampai kini, aku masih lagi berdepan dengan masyarakat yang sama. Cuma, sebenarnya banyak yang dah berbeza. Dalam pandangan positif, aku rasa banyak yang berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Jujur. Aku tengah tersenyum masa taip ayat ini, "Dalam pandangan positif, aku rasa banyak yang berubah. Berubah ke arah yang lebih baik". Sedikit sebanyak, ohh, tak tak. Memang sebanyak banyaknya aku lega. Lega gila. Oh Tuhan, syukur.

Cuma, macam mana aku nak bagi tahu yang sejarah itu betul-betul berat bagi aku? Aku suka ulang guna perkataan sejarah sebab aku tak harap ia terbit lagi. Tak nak. Tolong lah TIDAK. Dan macam mana aku nak bagi tahu yang walaupun aku dah campak sejarah jauh-jauh, tapi kesan masih ada sediki terkucil pada aku? Yang buat bila pergerakan harian masih go on dengan masyarakat yang sama, aku rasa tidak boleh terima? Dan macam mana aku nak bagi tahu yang aku betul-betul rasa berat bila terpaksa terima. Bila aku cuba untuk cari jawapan itu lah yang buat aku rasa takut. Takut untuk fikir jauh-jauh. Takut dalam fikir ada yang bukan-bukan. Logik atau tidak jika jawapan aku adalah hasil daripada bekas rasa kecewa? Cuma itu jawapan yang aku jumpa lepas aku cuba fikir dalam-dalam.

Tapi. Tidak boleh terima pergerakan harian macam itu, tidak bermakna tidak boleh terima masyarakat di sekeliling nya. Oh tidak. Tidak sama sekali. Menyimpan dendam dan amarah terhadap orang lain, itu bukan aku. Kalau satu hari aku yang korang jumpa tak sama, tolong bantai aku. Please.

Andai kata tiada jalan dan masih aku yang perlu tarik langkah ke belakang, semua, tolong lah ajar aku macam mana untuk terus senyum dan belajar untuk merelakan.

Last. Dalam setiap aliran hidup aku, dalam setiap liku-liku, satu benda yang aku selalu bersyukur. Keluarga dan teman. Teman yang kawan-kawan, dan teman yang istimewa. Kalau tiba-tiba aku takde ape-ape pun dalam dunia nie, ada kau, dah cukup untuk aku. Aku cukup rasa lengkap. Dan, tak tipu, aku rasa bertuah dapat berkenalan dengan orang yang sabar. Itulah benda paling berharga yang aku ada. Terima kasih untuk satu ayat yang aku terima dalam masa aku tengah menaip entri ini. Cukup untuk buat aku lega. Terus buat aku rasa untuk nak letak smiley dalam hujung entri ini. :)

Tanda aku lega dan gembira. Aku terus berdoa. Sekian.

Tuesday, November 8, 2011

Stu-Dent diary V.

Alhamdulillah. Dah selamat sampai Kuantan. Lebih specific, dah selamat sampai UIA. Lebih specific lagi, dah selamat sampai Tabari. Owh. Jalan raya sangat jam, tapi syukur, jam bukan yang hala ke Kuantan. Jadi, perjalanan 3 jam masih lagi dapat dipertahankan. Tahniah. HAHA.

Nampak tak aku sedang merepek sekarang nie? Maaf. Igauan minggu peperiksaan memang selalu macam ini. Ciss.

Sampai Kuantan, makan mamak (sorang-sorang. ahh. bosannya), kawan datang ambil, pergi workshop ambil kereta (wah. dah polish satu kereta. boleh tahan), drive balik Tabari. Wauu. Gelapnya tabari. Wauu. Lengangnya parking. Wauu. Motor-motor semua berselubung. Okay fine. Budak-budak course lain semua tengah bercuti midsem dekat rumah, dan kami, ya! kami, perlu pulang untuk meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.

Okay. Terus terang, course dentistry takde cuti midsem. Sekarang semua orang faham bukan kenapa kami tak cuti. Jadi, ini pengalaman pertama jadi student dentist yang kena berada terus di UIA di mana student-student lain sedang bercuti. Kena biasakan dengan suasana lengang, takde orang dekat hostel. Kena biasakan dengan gelap gulita di waktu malam. Dan dan dan, kena biasakan dengan cafe yang tutup. HAHAHA.

Entah. Aku takde lah rasa janggal atau pun tak puas hati atau pun tak selesa bila orang lain bercuti dan kami takde cuti. Rasa biasa-biasa saja. Alahai, lima tahun kot nak kena menghadapi situasi ini, mesti lah rasa biasa-biasa saja. Tak perlu ambil pusing sangat. Belajar. Timba ilmu. Apa salahnya. Inilah erti pengorbanan mungkin :)
Dan, lagi seminggu dah nak ada end-block exam. Yeah. Dah takde like mid-sem exam or final exam. End-block exam and Pro-exam. Just it. Anda akan tahu dan akan biasa dengan jenis-jenis exam tersebut jika anda terus follow Stu-Dent diary Izzani :) Tapi, just equal macam course-course lain jugak. Still in one year, kita ada about four to five exams jugak kan. Same jer. Tak jauh beza. Tapi, sistem exam mungkin berbeza. Itu nanti kita cerita. HEHE.

Di tengah-tengah keriangan students lain habis exam mid-sem dan pulang ke rumah masing-masing, kami di sini sedang bertungkuslumus untuk menjalani exam. Ahaa.

Doakan kami. InsyaAllah. Selamat malam :)

Thursday, November 3, 2011

Good morning awesome people!

I'm just having an ENEGERTIC and HAPPENING sahur with roomates. Wake up not so early, but okay la, cukup la jugak masa nak makan-makan sambil sembang-sembang.

We talk talk too much this morning. Talk bout this and that, here and there. Pagi-pagi dah ketawa memang best lah kan. Buat kau rasa segar tak hengat yang kalau biasanya nie waktu tidur kau lagi, tapi hari nie boleh pulak pergi on laptop, connect broadband, update blog siap. HAHAHA.

Bukan takat update blog, kau boleh sanggup berjalan dari hujung ke hujung untuk bertemu washing machine nak basuh baju. Tanpa melengahkan masa, larat pulak kau buka nota Anatomy yang berwarna-warni ini. Pergh. Aku memang. Memang. Memang rasa aku enegertic sungguh pagi ini.

Tapi lihatlah, sampai pukul berapa jer aku boleh bertahan dengan nota Anatomy aku nie. Silap hari bulan, aku sedar-sedar aku dah ada atas katil sambil dilitupi selimut bagai. HAHAHA.

Wednesday, November 2, 2011

Bila kita dah rasa lega.

Rasa macam sekarang nie dah boleh lega. Of corse! Pasal kereta. HAHA. Tiba-tiba aku rasa aku macam perempuan yang dulunya aku fikir tak payah nak ambil tau sangat lah pasal kereta, dah tukar jadi perempuan yang, "Hey! Aku kena ambil tahu jugak pasal kereta." HAHAHA.

Satu. Aku lega sebab kereta aku dah siap. Sebenarnya dah siap dari semalam pun. Aku dah ambil semalam lagi lepas kelas. Aku suka sangat bila tengok kereta aku dah tak concave dan tak calar balar dekat workshop semalam. Oh heyy, rasa macam dapat kereta baru, cumaaa, pintu depan jer lah yang nampak macam baru. HAHA. Aku rasa kelakar bila tengok pintu depan fuhh berkilat macam baru, tapi pintu belakang, aihh berdebu debu.

Asalnya dia polish sebelah sebab tak nak nampak sangat beza cat baru dengan cat lama. Warna cat tuh tak nampak beza pun, cume yelah, benda baru dengan benda lama mesti ada beza SIKIT. Demand tak aku bila aku mintak orang workshop tuh polish satu kereta? Lagi demand tak aku bila mintak orang workshop tuh basuhkan sekali kereta aku? Bertambah demand tak aku bila aku mintak orang workshop tuh wax kereta aku semua sekali? TAPI, tak mintak tambah harga. HAHA. Nak buat macam mana, orang workshop tuh baik, dia setuju nak buat semua yang di atas tanpa minta tambah harga. Memang seronok lah aku. Berkali-kali terima kasih aku lontarkan. HAHAHA. Biasalah, atas nama "student" memang boleh selalu dapat diskaun. Wayang pun bagi kau diskaun bila tau yang kau "student". HAHA. *Tapi basuh dengan wax tuh belum buat lagi. Kena tinggal kereta situ. So, kemudian pun boleh*.

Dua. Aku lega orang yang terlanggar kereta aku tuh dah message aku. Syukur. Aku tau, budak UIA nie semua baik-baik. Sebab tuh aku malas nak emo, nak mencarut (sorry, aku memang tak pandai mencarut kecuali perkataan 'bengong'), nak marah-marah tak tentu pasal. Bagi aku, cukup sekadar aku sedih bila lihat kereta aku kemik, dan tentang siapa kenapa bagaimana dia terlanggar tuh semua aku letak nombor dua. Maaflah, bukan jenis aku nak marah-marah, nak bengang-bengang dekat orang.

Oh ya! Pasal bayaran tuh aku tak fikir pun lagi. Aku cuba tanya abah sebab kereta tuh bukan lah hak milik aku, bukan duit aku, tapi, abah reply, "Bayaran terpulang kepada kaklong". Alamak. Macam mana nieh? Takkan sampai hati aku nak minta orang yang terlanggar tuh bayar full. Kita student semua pun buntu duit. Aku faham tuh. Nanti la aku fikirkan kemudian. Tak perlu nak rushing-rushing sangat pun fikir pasal bayaran tuh.

Okay. Cukup sampai situ. Salam :)