Saturday, January 21, 2012

Brothers and sisters are as close as hands and feet.

Habiskan masa sehari suntuk dengan hantar-ambil ke/dari sekolah, berjalan-jalan dan ber-tutti-frutti bersama memang sangat sangat seronok lah rasanya. Lagi-lagi bila kita yang baru pulang dari perantauan (erk? Kuantan jer pun). HAHA. Yes. It truely makes your world beautiful.



Cuba teka siapa punya paling mahal? HAHA.

Thanks for being around for all the time. Kaklong appreciate semua tau!

The family is one of nature's masterpiece.


Thursday, January 19, 2012

It is one-four-three weeks.







Ya ya. I know I'm late.
Sehari jer. Tak pe kan? HAHA.

Monday, January 16, 2012

Hujung minggu kali ini paling berisi.

Wooaaaaaahhh. Weekend kali ini memang paling berisi rasanya. Dan yang pasti memang weekend nie di-spent bersama budak-budak Dentist sepenuh masa. Malas lah nak taip panjang-panjang. Gambar akan ceritakan segalanya. Okay bye. HAHAHA.

Mula dengan hari Jumaat malam. Hujung minggu selalunya bermula dengan Jumaat malam kan. HAHA. Jumaat malam Izzani sepatutnya kena attend usrah, tapi minta maaf sangat sangat dengan akak usrah tuh sebab tak dapat datang. Izzani kena siapkan carving gigi tuh. Dah tak ada masa dah. Next week kena hantar. Minta maaf sangat sangat kak.

Ini adalah carving aku kali yang ketiga untuk gigi yang sama. First try, tak jadi langsung. Second try, aaahh, kenapa kecik sangat. Then, buat kali yang ketika. Alhamdulillah, dah siap lah rasanya. Walaupun rasa macam besar sikit dari actual size, tapi takpe lah. Tak berani nak continue lagi.

Okay. Then, masuk hari Sabtu pagi. HAHA. Yang ini syok. Mulanya nak berkelah jer, tiba-tiba dapat message kami akan pergi hiking pagi tuh. HAHAHA. Memang bangun lepas Subuh terus mandi, then siapkan makanan sikit untuk breakfast, lepas tuh hiking! Bukit Pelindung. Yeeehaaa!

Mendaki Bukit Pelindung nie serius, betul-betul buat aku teringat zaman mendaki Bukit Larut masa dekat MRSM dulu. Sama. HAHA. Cuaca dekat Kuantan sekarang hujan. Jadi, kitorang mendaki pun sambil hujan. Adventure lah sikit kata orang. Dengan kabus-kabus lagi, indah betul rasa.

Lepas habis mendaki, kitorang pergi Teluk Chempedak. Baca Mathurat untuk pagi sekejap, then bincang-bincang isu usrah dan kemudian, makan! HAHA.
Okay. Aku nak drive balik. Tudung semua dah hancus kena air hujan dan kesan keletihan yang teramat sangat. AHAHA.

Sampai bilik jangan cakap lah. Aku tidur sampai ke petang kot. Bangun untuk solat jer. Then sambung tidur balik. Letih sangat sangat sangat kot. AHAHA.

Malam Sabtu tuh pulak, aku dengan roomates prepare untuk pot-luck sempena nak menyambut birthday classmates kami yang bulan January nie. Disebabkan bilik kami nak buat sandwich telur untuk pagi Ahad tuh, kitorang siap-siap rebus telur malam Sabtu tuh.

Orait done! Sambil rebus telur, sambil study lah kan. Tak baik buang masa begitu saja. Sampai lah ke hari Ahad yang dinanti-nanti.

Pun sama, pagi-pagi Subuh tuh dah bangun nak buat sandwich dengan salad buah. Nasib makanan kitorang ringan sikit lah berbanding bilik lain yang buat nasi goreng, spaghetti, etc.

Dan bila budak Dentist dah mula keluarkan bakat Masterchef masing-masing, beginilah hasilnya. AHAHA.

Kitorang buat dekat dalam Block Tabari 4 nie jer. Dekat area-area bilik kitorang ada satu bilik lapang. Sila abaikan muka-muka masing-masing di pagi hari. Serious. Pagi sangat nieh. HAHA.

Okay. Settle sambut birthday sekali gus bersarapan pagi yang sangat kenyang, kitorang kemas-kemas balik bilik nie, then kembali ke bilik masing-masing. Untuk aku, macam biasalah, sambung tidur itu penting. AHAHA.

Tengah hari pulak, kitorang kena pergi new building of Kulliyyah of Dentistry (KOD). Before this kan kitorang pinjam bangunan Kulliyyah of Sciences. Sekarang dah ada bangunan sendiri. Yay! Bak kata Dean kitorang, "after a long wait...". HAHA. So, tadi, most of dental students form first year untul fifth year datang, plus lecturer-lecturer kitorang pun datang sekali. Mula dengan azan dekat every corner of KOD by brothers, then bacaan Yassin beramai-ramai, solat Zuhur jemaah. Lepas tuh kitorang gerak pergi Auditorium KOD, speech by dean, then lunch together!

Inilah Auditorium KOD. Jangan terkejut, Auditorium ini juga boleh dijadikan hall, dewan exam dan apa-apalah. Hall nie boleh dibahagikan kepada 2. Ada automatic partition yang kita boleh pasang dekat tengah-tengah tuh. Tekan suiz la tapi. Tujuannya, masa exam boleh buat 2 venue.

Okay. Cerita tidak habis di situ. Selagi malam Ahad belum habis, selagi itu cerita weekend nie tak habis. HAHA.

Malam pulak, aku dengan roomates pergi makan steamboat. Simply Steamboat. Promote sikit. HAHA. Sorang RM17.90 for student. Ambil lah, makan lah banyak mana yang kita suka, plus ais-krim lagi. Memang kitorang kenyang yang teramat sangat lah tadi. HAHAHA.

"Jom jom Fahmi, kita lumba menggali steamboat siapa paling banyak". HAHA.

Dan kami pulang, kemas beg untuk kelas besok, iron baju dan hendak tidur lah. Mengah rasa drive masa kenyang. AHAHA.

Kesimpulannya, berisi bukan weekend kali ini?

Aku combine semua cerita weekend kali nie memang panjang lah jadinya. Minta maaf ya semua. Okay. Tataa.



Friday, January 13, 2012

Refresh.

I think I'm done. Done what? Edit blog laaahh. HAHA.


So now, instead of selalu kita bagi theme blog according to colour only, so for now, aku bawa pendekatan TWO-IN-ONE. haha. So, based on what you see now, aku membawa tema pada kali ini DENTAL and ORANGE. haha. entah apa nama tema, pelik jer bunyinya. Tapi takpe, yang penting semua orang faham kan? Faham kan? Ahaa! Good!

As dentistry going to be sehidup semati dengan aku starting from now on, so, apa salahnya kita suntik sikit semangat Assabiah itu dalam blog sendiri. HAHA. Tak. Bukan bermaksud semangat Assabiah dengan kawan-kawan sejenis, oppss! sealiran, sorry. Tapi, Assabiah diri aku individually dengan course ini. Got it? Good again! HAHA.

So, why orange Izzani? Erm. Don't know. Just thinking that orange is so sweet for me.

-Gambar Retro-
caption: Gemuk lagi masa nie oiii. AHAHA.

Okay. Thats it. Bye.

Harapan yang sama. Untuk besok.

Aku rindu mereka.
Kenapa setiap malam perlu rasa hiba bila kita tahu mereka sentiasa bersama kita.

Aku rindu mereka.
Suara. Gelak tawa. Cerita-cerita. Malah, makan minum pun aku nak ada mereka.

Aku rindu mereka.
Bila masa bawa diri sorang-sorang, mesti ingat mereka.
Boleh aku minta supaya mereka juga ingat aku?
Boleh kan?

Ya Allah,
Aku ada satu harapan.
Berhari-hari aku berharap untuk itu.
Dan Kau tau harapan ku.

Terima kasih.
Petang tadi Kau dah bagi aku peluang.
Malam ini..hmm..aku dapat peluang itu lagi.
Dalam waktu begini, itu pun sudah cukup untuk aku.

Sekali lagi, boleh tak aku nak berharap lagi?
Harapan yang sama. Untuk besok.



Ya Allah,
Tolong jaga orang Kuala Lumpur untuk ku.
Tolong jaga orang Shah Alam untuk ku.
Aku rindu mereka.

Wednesday, January 11, 2012

When...



When Izzani sangat sangat teringin nak makan McFlurry, she will repeat "Aku nak makan McFlurry laa" so many times until her classmates reply, "Ish. Berapa kali dah cakap. Pergi jer la beli habis kelas nanti". HAHAHA.

When Izzani sangat sangat teringin nak makan McFlurry, no matter what, rain, cold,  traffic jam, and all are forgotten. Seriously.

When Izzani sangat sangat teringin nak makan McFlurry, thats surely means Izzani is remembering someone. Sure.




p/s: Cannot recall when is the last time Izzani makan McFlurry. Dah lama ker? Erm. Seriously. Tak ingat. Dah lama kot. Sebab tuh teringin sekarang. HAHA.

Tuesday, January 10, 2012

Dr. Ezani for Izzani.



I'm sure. Everyone know her right? Winner of First Masterchef Malaysia. Dr. Ezani. She is a dentist.

Sejujurnya, aku memang tak follow sangat Masterchef Malaysia nie disebabkan ketiadaan TV di sini dan juga ketiadaan masa untuk mem-follow rancangan tersebut. Apa yang aku tau, itu pun lepas adik aku bagi tau,
"Kaklong, ade sorang peserta Masterchef, nama dia Ezani. Die doktor gigi jugak".
HAHA. Kebetulan.

And now, I'm realize, she really inspired me. Seriously, sangat lah jarang aku boleh jumpa nama Izzani-Ezani-Ezany-Izani or etc etc etc yang berjantina perempuan. Sangat rare. Selalunya lelaki. Dan beliau dah membuktikan pada Malaysia yang bahawasanya memang ade perempuan nama Ezani lah! AHAHA.

Okay. Thats not my point why she really inspired me. Boleh guna akal kot. Bila orang dah kata dan bila aku pun fikir sama, nama dah sama, bidang juga InsyaAllah sama, taaapii, bakat memasak tuh macam tak sama. AHAHA. Aku memang tak harap akan dapat bakat memasak yang sama macam Dr. Ezani nie, tapi at least bakat sebagai seorang suri rumah itu perlu lah ada bukan. HAHA. Lagi satu, makan dan makanan bukan kah perkara yang sangat sinonim dengan aku? Jadi, haruslah aku melengkapkan diri terlebih dahulu. HAHA.

Just wanna take some quotes from what she said and I think those quotes are also meant to me. HEHE.

"Ezani meletakkan ibunya sebagai sumber inspirasinya untuk memasak".
Yes! So true! Me too.

Another quote,
"Walaupun belum berkahwin, Ezani ingin sekali memasak untuk suami dan anak-anak yang disifatkannya sebagai orang yang terpenting dalam hidupnya nanti. Di manakah akan dicurahkan sepenuh kasih sayangnya kalau tidak kepada keluarga tercinta."
And again, Yes! So true! Me too. 

Izzani, please learn how to be like Dr. Ezani. Salam.

Monday, January 9, 2012

Semalam dan zaman sekolah.

AGM (Annual General Meeting). Semalam. First AGM yang aku attend selama menjadi dental student dekat sini. Yelah. Baru first year, memang la baru first time. HAHA. DENSS (Dental Student Society). Okay. Thats it. Jangan risau. Aku tak pegang apa-apa jawatan pun. Cuma rakyat biasa. HAHA.

*Alamak. Takde gambar lah pulak*

Ape yang pasti AGM semalam betul-betul buat aku mengimbau zaman sekolah. Hah? Kenapa? HAHA. Mane tak nye. AGM semalam buat aku teringat masa zaman sekolah,

Masa malam itu.

Bila mana semuaaa student kena kumpul dalam dewan, dan BWP (Badan Wakil Pelajar) atau kita panggil SRC (Student Representative Council) masuk dari pintu belakang dan jalan ke depan, ambil sit masing-masing dekat depan menghadap kawan-kawan. Seriously, aku tak ingat malam itu dipanggil malam apa. Tapi, masa malam itulah, kami kena bentangkan laporan setiap biro sepanjang tahun, bentangkan semua aktiviti-aktiviti yang BWP dan setiap biro dah jalankan sepanjang memegang jawatan tersebut.



Dan. Pada malam itu juga lah ter-declare nye pembubaran Badan Wakil Pelajar sesi 2007/2008 sekali gus berlangsunglah perletakan jawatan kami untuk sesi tersebut. Sama macam semalam.

-dalam kenangan-

Cuma, kenangan yang tak boleh lupa. Perletakan jawatan kami diiringi dengan air mata oleh kawan-kawan. Aku tak tau apa yang mereka rasa. Tapi, apa yang aku rasa pada masa tuh adalah satu perasaan release bercampur hiba. Release sebab tanggungjawab sudah selesai, dan hiba sebab tengok kawan-kawan mengalir air mata masa kami bersalaman. HAHA.

Kawan-kawan, baru sekarang aku terfikir, aku harap sepanjang aku pegang jawatan tersebut dulu, aku harap aku dah dapat jaga korang dengan baik, jaga kebajikan korang dan tak jadi BWP yang pentingkan diri sendiri, hidung tinggi etc. HEHE. Tak kan? Tak kan?

Dan perkara-perkara yang dibincangkan semalam, betul-betul buat aku berfikir mengikut pengalaman. Walaupun tak banyak, walaupun hanya pada zaman sekolah, tapi, adalah sedikit. Cuma. Aku diam. Aku tak bersuara walau sedikit pun. Bukan apa. Aku takut. Sebab jawatan yang aku pegang dulu, pengalaman yang aku fikir itu hanyalah masa zaman aku sekolah dulu. Aku tak tau kalau benda-benda tersebut boleh diguna pakai lagi tak untuk zaman universiti ini. Sebab itu aku diam dan hanya mendengar.

Semoga new line-up of DENSS dapat menjalankan tanggungjawab dengan jayanya dan tahniah ex-line-up sebab berjaya jalankan tugas dan amanah dengan baik. Kita dental family tak ramai pun. Benda paling penting mengikut apa yang aku dengar semalam adalah, kita harus bersatu. :)


Sunday, January 8, 2012

Stu-Dent diary 7.

Last post. 15 December 2011. Hari nie, 8 Januari 2012. Argh. Tak sampai sebulan pun lagi tak update. Rasa jer yang macam dah lama. HAHA. At least, last post aku tahun lepas. Rasa jugak lah kehangatan lama tak update tuh. Argh. Merepek lagi.

Cop! Kenapa penulisan aku hari ini macam penuh beremosi? Argh sana, argh sini. HAHAHA. Padahal tak la emosi pun. Mengada. HAHA.

Ramai orang kata, "Jadi budak yang belajar Bio semata nie, life entah ke mana. Mana tak nya. Belajar belajar belajar. Hafal hafal hafal. Itu kehidupan mereka".


Sebenarnya, hidup kami tak lah macam tuh sangat. Tidak lah sampai makan bihun goreng pattaya, minum teh ais, belajar Head and Neck dan skull bone semua terpaksa kena dalam satu masa - sekadar metafora.

Hidup tetap macam orang biasa. Macam aku. Cuba tanya apa jadual aku hari ini. Apa yang aku buat hari ini? Okay. Catatan aku: Bangun pukul 10-11 pagi, start study pukul 12.00 tengah hari, habis study pukul 2.30 petang, then tidur sampai petang. Bangun tidur kepala biul (sama ada sebab tidur petang, atau tidur banyak sangat). Biul sampai pukul 6 petang. Makan dan sambung study semula pukul 8.00 malam. Haa. tak ker sama macam orang biasa? HAHA.

Motif? Saja aku nak bagi tau aku tak lah sibuk sangat, tapi agenda-agenda harian aku buat aku tersekat dan tersumbat untuk menaip dan mengupdate (?)

OkayBye. HAHA.

p/s: Stu-Dent diary aku dah tak pakai number roman sebab baru aku sedar, sampai nombor belas-belas, puluh-puluh nanti bukan aku tau pun nombor roman dia macam mana. haha.


Soalan: Kenapa gambar macam melambangkan hidup busy sesangat?
Jawapan: Sebab malas nak buang masa. Selagi ada masa, masa makan pun boleh jadi masa study. Sebab? Sebab besok tutorial dan banyak tak baca lagi. HAHAHA.