Ehem ehem *clear throat*.
Dengar cerita ada orang tuh dah habis exam. Wink wink. Seronok lah dia kan boleh bersuka-ria, ber-enjoy sakan dah habis exam kan.
Erk. Siapa cakap?
Memang bersuka-ria, memang ber-senang lenang, tapi, dua hari saja sudah lah. Weekend. Thats it. Isnin nie dah masuk Block 4. Means, dah takde nak main-main, nak lagha-lagha sangat. Block 4 dah okay. Professional exam tuh pejam celik pejam celik jer dah tiba. Ohho! Nebes nie, nebes nie.
Okay okay. Mari cerita aktiviti orang yang dah habis exam ini macam mana ya.
Last paperr, last paperr, last paperr hari tuh hari Jumaat. Habis pukul 10.30 am. So, plus minus tunggu pengawas peperiksaan kira-kira kertas jawapan semua membawa lah ke pukul 11 lebih kurang. Kemudian, beli makanan dan lunch dekat bilik.
Entah kenapa, selalunya lepas habis kelas, lepas habis exam before tuh, tengah hari bukan main ngantuk. Ngantuk sangat. Tapi masa hari habis exam hari tuh, fuhh, tak ngantuk, tak tidur tengah hari tuh ya. Magic betul. HAHAHA.
Tengah hari membawa ke petang, petang membawa ke malam, takde apa sangat pun aktiviti. Berehat sajalah kata orang.
Hari ini pun, lebih kurang saja. Berehat rehat dan rehat. Boleh jer sebenarnya nak keluar jalan-jalan. Tapi, aishh, aku malas lah nak letih-letih. Nak landing landing spending spending week-end-ing nie dengan berehat. HAHA. Pemalas punya Izzani.
Yang berisi sikit, yang keluar peluh sikit petang tadi rasanya. Aku kemas kemas bilik, adjust adjust sikit perabot dalam bilik nie, lap lap habuk, sapu sapu sampah, buang buang benda yang tak pakai dan sebagainya. Aku letak celah mana pun barang-barang, pasti takkan boleh mengelak dari gejala berhabuk punya. Confirm. Tiada penyelesaian.
Di awal malam tadi, aku tonton movie. Sambil makan nasi. Charlie and The Chocolate Factory. Alahai, tak boleh lah tengok muka Johnny Depp bila bawa watak innocent innocent. Rasa kesian. Dari Edward Scissorhands lagi. Wuwuwu. T___T
Dan di tengah malam ini pula, aku kemas kini laptop. Tak, maksud aku desktop. Yalah, masa minggu exam hari tuh mana sempat. Download benda jer letak desktop. Bersepah. Rimas rasa. Lagi, aku tukar tukar jugalah wallpaper, dock apa semua. Nak rasa suasana baru pula.
|
Before mouse touch the dock. |
|
After mouse touch the dock. |
Inilah new look. Maaf lah. Aku memang tak berapa minat sangat banyak banyak benda dekat desktop. Selagi boleh hide, aku hide. AHAHA. Tapi yang icons dock tuh tidak mengapa lah. Itu okay saja. Lihat, dock saya ada sparkling sparkling bila mouse touch dia. Ohh. I likeeee this one.
Okay lah. Itu sahaja. Sehari lagi untuk berehat rehat sebelum Isnin. Nak buat apa besok? Haa. Besok kita fikir.
Selamat malam :D