Monday, May 21, 2012

Kata isi untuk rohani si hati.


Bangkit imam ku
Selesaikan solat mu
Buka kitab Al-Quran mu
Panjatkan segala doa mu

Sempurnakan hari mu
Semoga diberkati selalu.


Keputusan sekarang dan 'booomm' untuk akan datang.


Baru lepas dapat keputusan peperiksaan. Sudah immune. Dalam minggu keempat atau kelima satu Block itu, sila lah bersedia untuk Tachycardia. Masa itu lah keputusan peperiksaan ditampal-tampal atas papan notis. Senarai nombor matriks semuaaaa budak Dentistry dari tahun pertama sampai tahun kelima dah ada. Bersama dengan grade masing-masing.

Kalau aku, ada satu petanda yang menandakan keputusan itu bakal ada bila saja buka pintu kelas. Abang Wawan. Opss. Brother Wawan. Beliau salah seorang staff KOD yang pikul tanggungjawab berkaitan akademik anak-anak buah KOD. Senang cerita, dia ibarat Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan dalam KOD lah. Dia sorang sahaja.

Jadi, bila mana nampak dia jalan dari bangunan pentadbiran ke blok akademik membawa kertas-kertas dalam bentuk gulungan dalam genggaman tangan dia, maka, "Ya. Result bakal keluar". Itulah suasana yang terjadi tadi. Pagi tadi nampak dia juga, lega sebab dia jalan lenggang kangkung, tiada kertas dalam tangan. Tapi petang tadi, nampak dia, jalan ke blok akademik, bawa kertas dalam genggaman tangan. Mula lah, apa yang aku baca dalam slide atas meja, berulang kali baca, pun tak dapat tangkap juga. Tangan kaki semua menggigil sejuk beku.

Dasyat betul kan penangan Wawan. AHAHA.

Syukur Alhamdulillah. Tachycardia itu cuma seketika. Bila dapat tengok keputusan diri sendiri, rasa lega. Serta merta lega. Syukur. Inilah hasil apa yang aku dah tulis atas kertas jawapan masa itu. Ini hasilnya. Aku puas hati.

Balik bilik, aku takkan pernah lupa untuk bagi tahu sama abah dan juga ibu. Mereka lah orang yang paling tunggu-tunggu. Setiap kali bercakap telifon, tak pernah miss ayat ini, "Macam mana? Dah keluar result dah?". Maka, aku berhak untuk jadikan mereka orang pertama yang tahu keputusan aku. Kemudian, terus Rahman.

Aku harap, biar rentak persembahan aku dalam dewan peperiksaan, atas kertas jawapan biar macam sekarang atau lebih baik dari sekarang. Asalkan tak merudum.


Aku ada aim nak 'booomm' diri sendiri biar Pro-Exam dapat pacu lebih maju. Depan dan tak tertinggal. Aku ada kurang lebih sebulan plus sikit nak buat persediaan minda, mentaliti, fizikal, peribadi, dan rohani sebelum Professional Exam nanti.

Aku kena sedia. Sedia dari sekarang.

Ayuh.


Kuno dan Modenisasi hidup.


AAAHHH. Sampai sekarang pun aku masih rasa janggal dengan interface baru blogspot zaman sekarang. Aku harap jangan interface Facebook aku transform jadi Timeline pula sudah lah. Sebab itu aku rasa kadang-kadang zaman kuno itu lagi canggih dari modenisasi sekarang. Yalah. Zaman kuno jarang sekali menyusahkan, memeningkan, mengelirukan dan mengiurkan manusia. Erk. Mengiurkan itu tipu. Sengal sangat itu bunyinya. HAHAHA.

Yalah. Aku kasi satu contoh yang baru jadi depan mata aku. Baru saja tadi. Amboi, bunyinya macam gempak habis. Aku tinggalkan komputer riba aku sebentar atas katil. Yalah. Namanya saja komputer riba. Tapi, aku tak pernah pun nak selalu riba, sebab punggung benda alah ini selalu saja panas tahap impak maksima. Tak tahan dek riba aku. Mau melecur. Baik. Selepas itu, aku keluar pergi tandas. Dalam tandas, tepuk dahi, "Laahh. Izzani, lu lupa nak sambung itu wayar pengecas sama lu punya komputer riba maa".

Aku percepatkan urusan dalam tandas.

Lalu, pulangnya dari tandas, aku memang dah agak, belum sempat aku sambung komputer riba aku dengan wayar pengecas, dia dah mati dulu.

Frust sikit. Sebab benda alah riba ini, awal-awal beli bukan main macho. Performance semua hebat, pantas. Tapi, lama kelamaan, nak buka, nak tukar screen hitam jadi biru pun ambil masa. Aku memang pemalas dalam bab 'kena tunggu'. Kena tunggu apa jua sekalipun.

Owh ya. Sebenarnya aku tiada sebarang motif dalam menulis entri kali ini. Aku cuma bual kosong. Apa yang datang dalam tempurung kepala, aku tulis.

Sekarang ini, ya, sekarang-sekarang, aku sedang suka Play it together - Anak Kampung (Jimmy Palikat), Bangun Harimau Bangun (Malique), Bawaku Pergi (Zizan ft. Kaka) & Najwa Latif (Kosong). Entah kenapa. Aku cuma ikut jiwa.

Tengok. Nak tekan button Publish pun aku tak jumpa dekat mana. =_="