Wednesday, February 24, 2010

Rindu.

"Hari Jumaat nie kite balik kampung lepas abah habis tuisyen.."
Dulu, hati gembira. Meronta-ronta tak sabar tunggu hari itu. Hari Jumaat. Seronok tak terhingga bila abah cakap nak balik kampung. Dengan niat nak jumpa orang tersayang di sana.
Tapi kini, perasaan itu biasa saja. Nak balik kampung. Hmm. Nak jumpa siapa? Sedih kan dengan ayat ini.
Yup. Semua rasa begini. Abah, Ibu, Adik2, Sepupu2, PakCik dan MakCik, semua rasa begini.

Aku rasa rindu.
Aku rindu dengan keadaan yang lama.
Aku teringin nak tengok balik suasana yang dulu.
Hari Raya. Cuti-cuti, balik kampung.

Aku rindu sangat.
Aku tak pernah rasa kehilangan yang sangat kuat macam nie.
Maafkanku tak dapat bersamamu sepanjang perjuanganmu di hospital lamenye.
Tapi aku janji aku pulang setiap minggu, teman dirimu di sane.
Ya! dan aku terus berada di situ, sehingga nafas terakhirmu.
Pilu hati, mengucup dahimu bila tahu itu hanyalah jasadmu.

Tik, Tik, Tik....
Bacaan jantung , paru-paru, dan tekanan darahmu terus mencatatkan penurunan.
Risau. Itu sahaja yang berada dalam fikiran semua yang berada di situ.
Aku lihat sekeliling,
Abah dan Andak, teruskan bacaan Yaasiin di sebelahmu.
Uda, terus melafazkan perkataan Allah di sebelah telingamu.
Along, Ucu, Makngah, dan Ibu, terus mengusap tangan dan kakimu, dengan harapan dirimu akan selesa.
Tok Anjang, berada di sisi abangnya itu dengan bacaan-bacaan doa.
Aku? Hanya mampu menangis dan terus menangis.
Menangis kerana apa? Kerana melihat usahamu untuk terus melawan kesakitan yang ditanggung. Berjuang dan terus berjuang.
Kegentalanmu, Kekuatanmu, Kegagahanmu.

Dan sampai satu saat. Saat yang cemas, bacaan tekanan darah itu mula menurun sehingga tidak boleh dibaca lagi.
Bacaan jantung yang sepatutnya turun naik turun naik itu, telah menjadi satu garisan lurus.
Tiiiiitttt......
Dan pada masa itu, kami tahu. Tapi kami masih terus memberi kekuatan pada dirimu.
Sehingga telah disahkan oleh doktor yang bertugas. 11.04 malam, 04/11/2009.
Kaki melangkah keluar pintu wad ICU dengan linangan air mata dan tangisan yang tak terhingga.
Abah, kaklong tahu abah sedih. Tapi abah terus kuat. Berjumpa dan bersalaman dengan doktor lalu mengucapkan terima kasih atas segala usahanya.
Selepas semua diuruskan. Kami membawa dirimu pulang semula ke kampung.
Malam itu, aku teman abah. Tidur sebelah dirimu. Sikit pun aku tak rasa takut.
Sebab aku sayang dan ingin berada di sampingmu di saat-saat perpisahan kita ini.

Bila dah pagi. Dan itulah saat perpisahan kita. Hanya ucapan, Selamat Tinggal atok.
(air mataku menitis di saat menaip titipan ini...)

Sebelum atok masuk ke hospital,
Atok peluk dan kucup dahi atok tina (nenek) terlebih dahulu.
Betapa atok sayangkan atok tina hingga ke hujung hayat atok.
Dan atok tina terus menjaga atok. Bermalaman di hospital menemani atok.
Terharu dan bangga. Kaklong ade keluarga seperti ini.
Cinta hingga akhir hayatmu.
Tak mengenal usia, cinta atok dan atok tina terus berbunga dan sentiasa mekar hingga saat-saat terakhir atok.
Mesti bahagia kan?
Secara jujur, kaklong pun nakkan cinta macam nie.
Cinta dan sayang hingga akhir hayat.
Tak pernah pudar dan terus mekar.
Kaklong pun ade seseorang yang kaklong sayang.
dengan harapan kaklong akan sayang dia sampai bile-bile,
dan dapat capai macam mane cinta atok dengan atok tina.
Cinta hingga ke akhir usia.

Atok,
Thanks sebab datang dalam mimpi kaklong semalam.
Pengubat rindu untuk sekian lama kaklong merindui atok.
Setiap air mata yang kaklong titiskan tiap malam untuk atok, tanda ingatan kaklong dekat atok selalu.
Rinduu atok.

Post ini ditulis dengan ingatan kepada atok.

Al-Fatihah buat atok,
Haji Sidek bin Haji Arshad
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amiin.
Kampung.
Parit 9, Bagan Datoh, Perak.

Monday, February 22, 2010

Yes!

Yes! What i just want to say. I'm happy. ReallyReally happy. VeryVery happy. Soo much happy. When a little drops come from my eyes for you, it's mean i love you. After all, yeah! I'm happy. I feel like wanna smile, wanna senyum, wanna always say cheeese or tigee at all time. Yes. You know now how happy I am right? I belief that yes! you are. And I choose you! Yes! You are! Thanks my dear. Smile (.^_^.)

One Litre of Tears.

Okey. Macam yang semua dah sedia maklum. Aku memang tak minat cerita Korea, or Jepun, or Taiwan and ape-ape yang seumpama dengannye. Kalau suruh aku tengok, memang ntah bila aku akan tengok. Tapi satu cerita ni yang dah berjaya mengalahkan keegoan aku untuk tak tengok cerita korea. One Litre of Tears. Cerita ni bukan pasal cinta or jiwang-jiwang cam uh. Dah la cerita nie berjaya jatuhkan ego aku dan berjaya jugak jatuhkan air mata aku. If ade lagi cerita macam nie, suruhla aku tengok kay. Satu yang aku respect kat Aya uh, aku pun tak bleh tulis diary sebanyak uh. Hee.

In the middle of changging season
I casually feel how long the day is
In the midst of restless busy day
You and I paint our dream
Place our love on the winds of March
A cherry blossom sprout will move on into spring.

Little specs of the overflowing light
Warm up the morning little and little
By your side when you're emberassed
After a big yawn.

Standing at the new entrance to a new world
What i noticed was that I wasn't alone.

By closing my eyes
The you I see behind my eyelids
Has somehow help me become stronger, right?
I too want to be like that for you.

What's wrong with falling down? You can always stand up again.
If you look up at the sky after falling down, the blue sky is also today streching limitlessly and smile at me...I'm alive. I'm alive.