Saturday, October 2, 2010

Kisah zon bebas menjerit.

Okay. Okay. Nampak nya angin ribut dalam badan siang tadi sudah mulai reda. Hari ini punya adik-beradik aku naik angin, hari ini juga SELESAI! Syabas Inspektor Syahab! Opss! Silap. Syabas untuk anak-anak Zulkifle.

Yang tau tentang hal ini, aku, adik aku yang lahir kedua dan adik aku yang lahir ketiga. Kami tak bagi tau ibu dengan abah pasal hal nie. Taknak diorang lagi rusing susah hati kan nanti.

Kanak-kanak tersebut telah minta maaf secara sukarela dan memberikan penjelasan yang panjang lebar tentang kes tersebut. Cewaah. Dia cakap, dia nak tunjuk dekat kawan-kawan dia pasal ape yang dia dah jumpa. Something yang berkaitan dengan nama "Hj. Mat Sri" dan "Marina". Sebab ape? Dia tak kasi tahu.

Mungkin budak nie ada masalah keluarga mungkin. Ya. Memang kami kasihan. Tapi, tabiat dia yang sukati nak ambil dan edit dan upload gambar orang lain. Dan cakap-cakap pasal Hj. Mat Sri (arwah atok aku), tuh yang buat kitorang berangin tuh.

Barangkali, dia ada niat yang baik. Bukan niat buruk nak malukan kitorang ker ape, tapi dia conteng-conteng gambar family orang macam tuh. Grrrr!

Takpe laa. Budak baru 12 tahun. Darjah 6 baru. Maaf kan jer laa. Tapi, kalau dari umur 12 tahun nie dah buat macam nie, dah umur 15 tahun nanti nak buat apa lagi karang?

Kami doa-doa kan laa semoga keluarga budak nie aman-aman sejahtera, biar dia sama-sama dapat merasa kebahagiaan dalam keluarga kan. Dia tak mintak keadaan jadi macam nieh. Dia tersilap langkah mungkin.

Waahh! Aku nieh, tadi bukan main punya marah, sekarangg... Dalam hati ada taman beb!

Agak-agak kalau masuk berita TV3 amacam haa?
Haha. Over!

By the way, berkaitan dengan tajuk. Kalau kau orang rasa kau orang dah tak nampak zon bebas menjerit (Shoutout box)  dalam blog aku ini, kau orang boleh laa melihat di tepi screen yang ade benda kaler biru ada tulis Jerit-Jerit dekat situ. Klik saja dinding itu!. Dan teruskan menjerit seperti biasa, okay!

Renung-renungkan. Dan selamat menjerit.

Friday, October 1, 2010

Kisah aku, angin dan budak yang tak dikenali.

Okay! Sekarang angin aku memang tengah naik! Nampak tak?! Masih tak nampak?! Tak nampak ker aku letak semua ayat aku dengan tanda seru! Nampak?!

Dah. Jangan banyak tanya lagi! (Wahh. Betapa punya marah la aku).

Sedap-sedap aku tengah facebook, angin elok baik, bawah takat didih lagi, ditambah pulak cuaca nak hujan, angin-angin memang tengah tiup sepoi-sepoi language. Tiba-tiba aku nampak dekat wall aku ada laa beberapa budak comment dekat satu picture yang aku memang kenali rupa parasnya.

Sekali aku open that folder daa. Memang tak syak lagi. Tuh memang gambar family aku mase family day yang telah diedit sesuka hati dia.

Kawan-kawan, serious aku tak kenali siapa budak itu. Tiada kaitan pun dengan keluarga aku. Tiada kaitan pun dengan kawan-kawan adik-adik aku.

Yang aku marahnya (almaklumlah, aku anak sulung beb!) dia nak jadikan gambar tuh jadi the funniest picture or weird picture atau pape laa yang sehubungan dengannya. Ala, macam gambar-gambar pelik yang appear dekat google image kalau kita search tuh.

Grrr. Betapa panasnya hati aku nieh. Menurut adik aku, kawan dia pun penah kena macam tuh jugak dulu. Dah dah kena marah, baru dia delete gambar keluarga orang tuh. Nieh keluarga aku pulak yang kena? Memang dia nak kena.

Ini di mana aku menjumpai gambar tuh. Bila adik aku pun comment dekat picture budak tuh tanda marah.

Gambar yang budak tuh edit. Berangin tak bila tengok? Berangin kan. Grrr.
Yang jadi masalah nya, dia main-main kan nama arwah atok aku!
Lagi. Dia siap tag lagi tuh kawan-kawan dia. Suka suka jer.



Ini folder dia yang dia konon buat folder weird or funniest picture macam tuh la. Sekali dua gambar keluarga aku dia ambil. 

Aihh! Nie yang rasa macam nak makan orang jer nieh. Ada jugak yang kena makan dengan aku nanti. Afiqah Knizam, watchout!

Aku tak kenal kau, jadi ini tak dikira mengumpat. Kalau dikira, mintak maaf.


Kisah semuanya kerana huruf H.

Baiklah. Saya mengaku saya salah. Selepas sekian lama, kini segalanya terjawab. Kini juga saya mengaku saya sudah kalah.

Dah lah. Kita jangan bertegang urat lagi. Tak perlu jugalah kita perbincangkan isu ini lagi.

Saya dah bincang dengan abah saya. Dan lepas dapat jawapan dari abah, baru lah saya dapat jalan penyelesaiannya.

Awak, saya dah tanya abah saya.

Abah saya cakap, eja Ramadhan yang betul ialah RAMADAN, tanpa huruf H! haha.

Maaf, saya salah dan saya juga sudah kalah. Tapi bet kita tuh tak jadi kan? hehe.

Gambar ihsan flickr.com.
Aku memang dah lama teringin nak buat bunga api gaya cenggini.
Ada lah juga cuba-cuba masa raya ritu, tapi tak penah jadi-jadi pun. =.=