Thursday, December 30, 2010

Kisah ini minggu baru, masuk bulan baru.

Bulat-bulat bola api,
Hey! Malaysia menang lagi! :)

Tak sia-sia aku ucap selamat dekat player Malaysia semalam. Walaupun tak sempat nak buat press conference untuk mereka kerana kesibukan kerja makan tido makan tido, tapi Safee Sali tetap jadi top scorer. ahaa!

Tahniah korang! Congrates korang! Tak kisah laa kalah dekat tempat lawan dua-satu pun, yang penting menang agrigad (cenggane eja ntah aku tak tau), empat-dua. Aku bajet-bajet tadi kot boleh balas balik lima-satu. Tapi takpe, empat-dua pun dah kira hebat kot.

Kembar Aidil Adha, rugi kau orang tak main. Tula, cenggane boleh injured. Kalau tak, kau orang boleh jadi femes hari ni macam Khairul Fahmi Che Mat tuh. Seyes aku tengok name dia aku ingat dia adik beradik dengan member baik aku tuh. Seyes! Aku tak tipu. Nur Fatin Che Mat. Tak ker serupa gitu? haha.

Terus aku nakkan kepastian aku post dekat wall facebook Cik Pateng.


Haha. Bukan ape, aku tenung-tenung tengok-tengok muke keeper tuh ade sepesen dengan muke Tan Boon Heong laa. Tak gitu? Dulu kecik-kecik (sampai besar) aku minat sama itu badminton player maa. Manyak kiutt maa. Kih kih kih. Lagi-lagi dia main lefthanded maa. Satu dalam seribu kot.

Khairul Fahmi? Tak dapat laa. Dah ade girlfriend kot dia. Jejariruncing tuh laa. Okayy lah, tahniah tahniah tahniah korang. Empat-dua. Suzuki cup. "Bila turn aku nak dapat Suzuki Swift?". Dah. Dah. Aku berangan jer. haha.

Owhh! Aku lupa. Yang paling penting, tahniah Raja Gopal. You punya muka banyak cool laa dari awal sampai habis AFF, dari Bukit Jalil hingga ke Jakarta :)

Yang  atas nie tadi semua intro jer baru. Kisah yang sebenarnya bawah sini.

Kiut Miut jalan kaki,
Jalan kaki pergi MidValley;
Bulan Minggu baru datang lagi,
Happy Weekly and Monthly anniversarry.

 you and me. Kiut bukan? ahaha!

Hai Rahman \(.^_^.)
Selamat Hari Rabu dan Selamat dua puluh sembilan hari bulan pakcik.
Semoga awak cepat bulat macam dinasour dan sihat-sihat selalu okayy.
Pssstt! I love you forever lah!
"Tak kisah laa Boon Heong main tangan kiri cenggane pun, you are THE BEST okayy!"

<3


Wednesday, December 29, 2010

Kisah pasal ayam saja.

Tadi bukan aku ade cerita aku mandi-mandi pergi beli Kentaki ker kan? Seyes ade. Tak caye, bace entri bawah.

Tadi aku pergi beli Kentaki ayam sembilan ketol, makan seisi keluarga. Keluarga aku memang tak berapa minat part yang spicy (bukan tak tahan pedas okayy). Cuma yang ori tuh lagi lemak-lemak gitu rasenye. Hehh! Pandai lah aku. haha.

Aku pun tak tau ape pasal family aku lebih gemar beli original berbanding spicy. Maybe yang spicy tuh pirate kot. Kot laa. Seyes jangan caye. Aku tipu wehh.

Aku pergi beli dekat Damansara.

"Nape sampai ke Damansaranye yg membeli belah? Kat Hartamas takde ker? Takkan la kawasan orang kaye takde mcD..ahaha..", tanye encik Rahman si bulat ikan bilis. wahaha (mintak maap laa) :P

By the way encik, Hartamas jer kawasan orang kaye. Jalan Duta kawasan orang sederhane jer. hahah.

Beli dekat Damansara jer sonang. Tak ramai orang. Takyah beratur lima enam barisan nak tunggu ayam. Dekat Hartamas tuh, kemungkinan besor ramai jugak orang nye. Payah aihh nak beratur-beratur.

Owhh, cerita pasal ayam, tadi dia kasi ayam sikit punya besar. Orang kedai Kentaki tuh bagi semua ayam stok saiz triple X punye laa. Lagi, part dada yang nak ke rangka tuh. Giler best kan?


Ahaa. Ayam atas nie tampak handsome kan. haha. Nie bukan ayam aku tadi. Aku Google jer. Takde mase aku nak snap gambar ayam mase tengah makan. Seyes aku berkonsentrasi lebih mase tengah makan.


Nie lah sebenarnye BUKAN ayam aku. Ayam nie pun ihsan Google jugaa. Bayang kalau ayam Kentaki besaq nie, mau tak wujud dah colonel set, dinner plate, mini bucket ape semua bagai.

"Abang KFC, kasi ayam besaq tak muat bucket satu set!", kata aku bagi nama sendiri dekat set ayam di atas.

Lagi, cerita-cerita pasal ayam, aku Google jugak lagi jumpa gambar kedai Kentaki yang macam bawah nie.


Comel kan kedai Kentaki nie. Ade shape ayam ayam gitu. Nanti kalau ade kedai makan ikan keli, buat kedai shape ikan keli sikit. Kalau jual sayur kangkung, kedai shape sayur kangkung, tapi kalau kedai makan bak kut teh, buat shape?? Piuhh! Piuhh! Nyah kau dari fikiran ku. Itu haram sama sekali.

Tak tau bak kut teh tuh ape? Google laa sendiri wehh. Aku nak link kan jer tadi. Tapi tak mau laa. Tak jadi laa.

Sekian cerita ayam. Kokk Kokk Kokk!

Tuesday, December 28, 2010

Kisah bola lagi.

Besok bola kan? MALAYSIA vs. Indonesia kan? Kali nie dekat Jakarta pulak kan?

Aku bukan pengulas sukan, malah bukan juga blogger sukan. Apetah lagi nak cakap pasal bola. Macam korang semua dah tau memang haram aku tak tau pape pasal bola kan.

Jadinye, yang mampu, "SELAMAT BERJAYA skuad negara. Main bola elok-elok. Jangan sampai luke-luke, injured-injured bagai".

Aku tau, Zaquan Adha tak bace pun belog aku. Takpe. Nanti aku buat press conference khas untuk wish SEMOGA BERJAYA dekat player MALAYSIA.

Okayy lahh. Aku publish post dan sign out sajelah. Nak pergi mandi-mandi dan keluar pergi beli Kentaki.