Tuesday, December 29, 2009

Avatar.


Oh! Movie nie sangat best! Walaupun dekat 3 jam duduk dalam wayang, diselebungi dengan kejejukan, dengan adegan-adegan menggugurkan jantung, tapi tetap menarik mata untuk terus menonton. Best! Kalau suruh tengok lagi sekali pun sanggup. Haha.

Monday, December 14, 2009

Specky.


Sebulan yang lepas,

"Abah, jom pergi buat spec."
"Kenapa? Dah x nampak ker?"
"Bukan. Kaklong boleh nampak lagi. Tapi bile dalam kelas, kalau lecturer pasang slide, kaklong macam kena paksa mata untuk tengok. Tapi boleh jer nampak lagi ape tulisan tuh."
(Tak nak ngaku dah rabun.Haha.)
"Okay. Cuti nanti kite pergi buat spec." Kata abah.

Tunggu punye tunggu, sampaila cuti yang ditunggu-tunggu.

Hari Ahad.
Aku, Abah, Kakngah, dan Izzah, pagi-pagi bute da kene bangun sebab abah suh siap nak pegi buat spec. Takde la pagi-pagi bute sangat. Dalam pukul 10pg cam uh. Haha. Nampak sangat bangun lambat. Hee. Abah bawak pergi Melawati. Kedai spec mata dekat dengan pusat tuisyen abah. Pekerja kedai uh da kenal abah (so, boleh la bodek2 en nak dapat diskaun). Hehe.

Bile dah sampai, mule-mule sekali Cina tuh cek mata aku. First time nieh. Tuh jakun sikit. Selama nie cek mata kat skolah confirm dpt 8/8 en. Clear, Jelas, Nyata. Haha. Tapi semalam, bile cek mata, lawak betol. Kan ade huruf-huruf yang makin ke bawah, makin kecik tuh. Sampai layer ketiga, ada 4 huruf kat situ. Semua aku sebut huruf S. Padahal ade num 3 8 n ape ntah lagi due huruf uh. Ntah nape ntah sume aku nampak macam huruf S. Sampai kene gelak ngan abah n Izzah. Haha. Then bile dah siap, keluar lah result. Mata kanan:150, Mata kiri:100. Silau due2 belah ade 50/180. Ape ntah maksudnye. Aku pun xpaham. Haha.

Dan hari ini. Hari Isnin.
Aku pergi bersama abah untuk mengambil spec yang dah siap tuh. Dan bermulalah sejarah, aku specky. Haha.

Abah kata, "Pakai spec dah anak abah." Haha.

Tapi satu yang aku suke, aku beli spec nie dengan duit aku sendiri. Semoga dengan itu, aku boleh belajar macam biasa. Thanks.

Calling.

Ouh yeah! Thanks for the call. Thanks a lot lot lot. I miss u so2 much. That's 30 minutes call, is really2 bermakna tau! If it is doesn't rain that evening, I'll never stop hear ur voice. Waa, when ur name appear on my phone, makes my heart excited tak terhingga. Happy. Thanks yea! LyMy<3
>


Monday, December 7, 2009

You.

I LOVE YOU! : )


Hanya untuk :
Abdul Rahman Bin Mohamad Zahid.

Tuesday, December 1, 2009

Virus detected.


Tgk nie ha! sedang2 aku b'facebooking, x abis2 kuar bende alah nieh. Nampak sangat PC nieh telah menjadi penternak berjaya. Tahniah la PC. Kau bakal tunggu masa jer nak hang. Haha. Bukan satu dua yang kau ternak, malah berpuluh-puluh. Entah2 beratus-ratus. Mane taknye, selang 2 minit, appear lagi bende nieh. Aku nak heal, malas, banyak sangat, habis la mase aku. Kalau free xpe, kene bayar pulak tuh kt CC nieh. Tapi takpe la. Smoga kau bertahan lame PC. Nasihat aku, jadilah kuat! Zaman da moden, Anti-Virus kan ade.

Thursday, November 26, 2009

ouh! Aku sangat "hensem" ;)

.Anne.Safi.Zany.Amni.

Haha. Smart giler gamba nieh. Taken by Amni's handphone. Mase nieh kelas kami nak snap pic untuk pic kelas la. That thing yang atas kepala tuh is provided by cameramen. Ntah kenapa aku tertarik dengan benda yang atas kepala aku tuh. Sebab matching dengan baju kot. Haha. Style afro mane ntah tuh. Agak "hensem" rupanya aku. Ntah pape aku lakukan.Haha. """""""""

Friday, November 20, 2009

Handphone.

Hey kawan-kawan, bagi aku num phone kalian. Handphone aku tak boleh ON la semalam beb! Tadi baru aku g repair. Kene install software balik. Nombor-nombor yang tersave dalam phone abis hilang. Melainkan bagi nombor-nombor yang aku telah save dalam kotak ingatan aku (yakni otak aku), takpa la.

Mencekik betol. Dala kene tunggu 2 jam lebeyh, kene pulak harga rm120. Saba jer la. Aku tak boleh dok diam tanpe handphone. Sape lagi la yang nak mengacau-ngacau aku kalau bukan handphone. Handphone la penceria hari-hari aku, lagi-lagi bila tyme handphone uh berbunyik. Sehari aku hidup tanpa handphone semalam tak ceria langsung. Bangun-bangun pagi, gosok baju, tangan kene seterika. Amek kau, berparut tangan aku. Tengah hari lepas makan, sakit perut cam ape jer. Berulang-alik ke toilet. Malam pulak dok pening-pening kepala. Nie sume sebab handphone la. Apesal kau tak boleh ON? Kan da tak ceria hari aku. Haha.

Tapi, demi mengembalikan semula keceriaan hari-hari aku, aku menggagahkan juga diri ke MidValley untuk merepair handphone itu. 2 booth Nokia aku pergi untuk mengesahkan apakah penyakit handphone ku. Dua-dua berkata yang sama. Software aku rosak kata mereka. Mereka suruh aku pergi tingkat tiga, Dr. Mobile Clinic name kedai uh. Serius aku fikir mase uh, handphone telah dipersonifikasikan. Handphone pun ada klinik. Haha. Menunggu dan menunggu. Akhirnya handphone aku selamat juga dengan rm120 itu melayang begitu sahaja. Haha. Takpa la. Asalkan handphone aku selamat. Asalkan keceriaan hari-hari aku kembali semula. Rasa macam pakai handphone baru jer. Ahaha.

Ya. Hari ini aku kembali ceria. Kecuali kaki aku masih lenguh sampai sekarang. Haha.

Monday, November 9, 2009

Baru Habis.

Aku baru habis kelas. Malam-malam pun ada kelas. Nasib baik kelas computer. Tak de la penat sangat. Kami belajar cara-cara untuk copy, paste, delete, cut and rename. Lecturer cakap bab-bab nieh student lagi pandai. Ahaha.

Dah. Tu jer nak cakap. Haha. Aku nak balik bilik, sambung buat tutor bio. Daa~

Friday, November 6, 2009

Kenapalah tak boleh?

Oh! Aku tak boleh register WiFi tadi. Geram jer. Nak tau sebab ape? Sebab aku da register da dulu kat laptop lain. Kali ni aku bawak laptop lain pulak, da tak boleh register. Pegi IT Department tadi, da bersedia da on laptop sume, da boleh sign in da, skali dia cakap, "You cannot register. Please sea the pegawai bla bla bla.." Aiyaa..

Aku masuk dalam department uh, jumpa one of the orang dalam tuh, dia cakap ;

"Kenapa?"

"Saya dah register pakai laptop lain dulu. Kali nie nak register pakai laptop lain, tapi tak dapat."

"Oh! Tuh kamu kene buat surat tuh. Buat surat untuk department nieh bagi tau nak buat ID baru ker ape ntah."

"Kenapa yer?"

"Sebab student boleh register sekali jer, kalau nak register lagi sekali, kene bagi tau untuk tukar ID sebab kite pakai system security." Sambil orang tuh mengeluarkan fail dan tunjuk contoh surat yang student lain buat.

"Oh, lepas buat surat, kene hantar kat sini la?"

"A'ah. Hantar kat sini."

"Okay, terima kasih."

Dah pulaaakk, kene buat surat la pulak. Seyes aku tak paham pun ape orang uh cakap tadi. Surat amende la. Ahaha! Kenapalah tak boleh?

Thursday, November 5, 2009

Oi Roqhib!

Wah. 20 hari lagi kau nak balik ea. Bagus-bagus. Cam lame giler da tak jumpa kau. Kate jer nak jumpa aku ritu, tak jumpa pun. Haha. Takpa la, aku tumpang gembire kau nak balik. Tak saba-saba en nak balik umah. Jangan la jeles ngan aku yang bleh balik tiap minggu nieh. Hehe. Pape pun, disebabkan kau cuti lame nanti, jumpa la aku weh!! Belanja aku makan! Ahaha. Okay kawan baik, selamat bercuti lagi 20 hari. Nanti exam buat elok-elok. See you!

Banyak cerita.

Wah! da nak hujung minggu dah. Aku da amek outing card dah. Tengok la besok lusa aku balik rumah. Tanggungjawab pertama, pegi hospital dulu tengok atok. Sebenarnya, minggu lepas aku balik juga. Tapi maaf, x sempat nak menjengah laptop pun. Laptop pun tak bawak balik. Tinggal sini jer.

Tak sabar nak balik rumah kali nie, sebab ada banyak benda aku nak cerita. Ada banyak benda aku nak taip dekat blog nieh. Cuma masa ini belum sesuai lagi. Nak upload-upload picture pun tak boleh lagi (kerana cc nieh takda USB card reader, cane nak upload).

Takpe-takpe. Nanti balik rumah aku cerita lagi banyak-banyak. Oraaaiiitttt! :

Tagged from Nur Fatin Che Mat.

Thanks for taggingtagging aku tin. Aku pun da lame x bukak blog nieh. Busy la katekan...kot.. HAHA.

1 . Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu ?
Handphone. Tanpa handphone tak boleh message.
Credit / Topup. Tanpe kredit tak boleh message jugak.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan duit sendiri ?
Topup Maxis rm10. Untuk SuperSaver malam nieh.
Sebelum tuh, jambu batu singgit. Ngah makan dalam cc nieh.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu ?
Mane-mane je la, janji kawin. ahaa.

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan ?
Biar sampai tua. Biar sampai bila-bila.

5. Adakah anda dilamun cinta ?
Haha. Asal direct sangat soklan nieh? Ya.


6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam ?
Dalam bilik. Kat tingkat 8, Mahallah Khadijah.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli ?
Chemistry, Raymond Chang, 10th edition. rm55.

8. Nyatakan nama penuh kamu
Nurul Izzani Binti Zulkifle bin Mohd Sidek bin Arshad.

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah ?
Both. Ibu ngan abah.
Nak senang mintak duit kat abah.
Nak senang mintak makan kat ibu.
;)

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya
Sama lah dengan Fatin , Our Beloved Prophet , Nabi Muhammad SAW

11 . Christina atau Britney ?
Due-due tak minat. ;(

12. Adakah kamu mencuci pakaian kamu sendiri ?
Oh. Kadang-kadang Ya. Kadang-kadang Tidak. Hehe.
Tiap minggu aku balik umah bawak baju kotor nak basuh.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pergi ?
Tempat yang boleh buat saya ketawa banyak-banyak sampai nak pecah pipi. Haha

14. Pelukan atau ciuman ?
Dua-dua.


15. 8 perkara yang amat saya gilai
- Gila tidur. Pas habis kelas jer tidur.
- Gila makan. Masuk tyming makan, terus makan.
- Gila Tomyam. Rasa cam nak beli Bihun Tomyam lagi cam semalam.

- Gila Laksa. Da berapa hari tak makan laksa. Hebat!
- Gila pegi kelas. Sebab hari-hari kena pegi kelas.

- Gila nak cuti. Cepat la hujung minggu.
- Gila Facebook. Layan sampai habis kredit.
- Gila dia. Bila nak jumpa lagi. ;)

16 . 6 perkataan yang sering diucapkan
- untuk roomate b4 g kelas - kay, saya g kelas dulu. Assalamualaikum.
- pas balik kelas - korang da makan da.
- petang - uisy, lamenye saya tidur hari nieh.
- malam - isyy, asal rase cam malas jer nak bace buku nieh.
- malam dekat-dekat pagi - gudnyte. Ly!

17 . 6 buah buku yang paling terbaru dibaca
- Campbell, Biology, 8th edition.
- Raymond Chang, Chemistry, 10th edition.
- Chemistry Lab Manual.
- Ujang, mase nak tidur ritu.
- Mathurat.
- Maaf, buku-buku ini semua berbunyi skema kerana aku ada di U. Kalau kat rumah takda la skema sangat. Hehe.

18. 8 lagu yang boley saya dengar berulang kali
1. Ku Merindu, Ella ft Shah - tiba-tiba rasa suka lagu nieh walaupun dah lama.
2. You Belong With Me - Taylof Swifft.
3. Yakinlah Aku Menjemputmu - Kangen Band.
4. Cintamu - Dygta.
5. Kiss Me - 6'pence None The Richer.
6. The Climb - Miley Cyrus.
7. Tangga-tangga ke Pintu Bahagia - Alleycats.
8. Lagu-lagu message. Aku masih tak puas hati dengan bunyik message aku.

I am tagging :
- everyone who open my blog. ehehe!

Monday, October 26, 2009

Arture.

HAHA. Sudah lama tak sebut perkataan ini. Art and Culture -Arture-.
Tiba-tiba hari ini aku mencuba menyebutnya semula. Kerana ada seorang insan yang mengingatkan aku kembali tentang kisah-kisah biro ini. HAHA. Tak sangka gila. Dia ada simpan gambar-gambar biro aku. Sedangkan aku pun takda gambar-gambar nieh. Thanks untuk tuan punya camera. Kamu dihargai kerana menyimpan gambar-gambar ini. Thanks untuk apa? Thanks kerana aku memang inginkan gambar kami. Akhirnya aku dapat. Terima kasih.

nurhakimredzuan510. zakwanmakwe506. aslamafzal502. ajimanuar506. akmalsakot515. syafiqhilmi504. azadfaizol511. azad faizal205. kufaez510. adhasetiausaha502. mawitimbalan502. fikriazzim506. hanisinsyirah507. nurhafizah506. farahbendahari503. nuraisyahmokhtar507. syarafinabdaymate502. ainirashidah502. ernafirdzalina512. syazanazainol504. nadhirahaimi502. sitifatimahtim507. nikanis505. nurulizzanizulkifle507.

Sunday, October 25, 2009

Pulang.


Besok. Pengakhiran untuk kali ini. Cuti ini. Besok bermulalah satu sejarah baru, kehidupan sebagai seorang pelajar, bermula kembali. Semester 2 sudah bermula.

Yeah. Aku akan mula kembali membuka buku, memegang pensel dan pen, mencatat nota-nota dan mendengar lecture seperti kembali. Wah! Tak sangka aku sudah hendak pulang. Sudah habis rupanya cuti semester 3 minggu ini.

Laptop ini masih akan aku bawa ke sana, tapi untuk online, mungkin jarang sekali. Bukanya mungkin selalu tetapi hanya untuk urusan-urusan pelajaran sahaja.

Ah! Maaf rakan-rakan yang masih bercuti. Sampai di sini saja aku mampu meneruskan tugas sebagai pengonline tegar. Selepas ini tidak lagi. Mungkin semasa cuti akan datang pula.

Bergembiralah kalian yang masih bercuti kerana cuti memang sangat bermakna.

Okay, aku pulang dula ya!

Khas buat rakan-rakan on9 : Aku sudah mahu gerak nieh. Teruslah mengactivekan diri anda. ;)

Dear facebook : Maaf aku terpaksa berhenti sementara melayari anda. Nanti aku jumpa kau lagi ya facebook.

Untuk fatin dan zafril : Moga you all bergembira di cuti yang masih ada ini. Jangan lupa contact-contact aku.
Tin, jangan sedeyh-sedeyh aku nak balik. HAHA. Goodluck! Aku balik dulu ya! Bye dear.

Saturday, October 24, 2009

Maaf.

Maaf. Bila aku buka blog, tiba-tiba blurr. Tak tau nak update ape. Mungkin sekarang fikiran masih memikirkan atok di hospital. Nak on9 pun macam ntah pape jer. Bukak ms, then sign out blk. Bkk fb, asik tgk bnde same jer. Hmm..apeape jelah. Yang penting skang, aku hanye pk smoge atok cepat sembuh. Seyes, risau.

Wednesday, October 21, 2009

laparnyeee...

Sape nak tau weh. Aku lapar gilaaa nieh..

laapaaaarrrrrr!!!!!

Aku mau makan!...

Haha. Ntah pape en. Lapar pun nak bagi tau. Xpa la. Aku kemaruk nak update blog sebenarnya. Nie yang ada dalam kepala skarang. Aku pun tulis jer la.

Yang penting, seyes aku lapar. Jap g nak kuar makan.

Sekian, terima kasih.

Monday, October 19, 2009

Makan "sikit" aja.

Kereta itu bergerak ke arah Meru. Ada openhouse ya. Sepupu-sepupu aku sudah lama berkumpul di situ. Makanan-makanan pun da lama terhidang menunggu masa diambil, dikunyah, dan dihadam saja. Ntah kenapa, aku rasa makanan-makanan di situ macam melambailambai, macam memanggilmanggil aku untuk mencubanya. Tanpa berfikir panjang, tangan terus bergerak dan memanjang ke arah makanan-makanan itu. Ah! Tak pa. Aku makan sikit saja. Ya benar! Aku makan sikit saja. Ingat kembali antara yang sudah menjadi mangsa aku ;
Sup campbell separuh mangkuk. Nasik impit satu setengah pek dengan ayam 3 ketul. Air sarsi 3 cawan polisterin. Satu cawan teh tarik potong kaki. 3 potong kek coklat. Rambutan 4 bijik. Gulagula fruitplus strawberry 2 bijik.

Wah! Memang sikit sangat aku makan hari nie. Perut gembira.Hati pun gembira sekali. HAHA.

Siapa aku?

Wah. Besarnya!. Tak pa la. Aku sayang buah ini. (.^_^.)

Bangga yang tak pa.


Petang itu.

"Yer.ade ape?", seorang uncle muncul depan pintu gate maktab itu.

"Nie ex-student sini. Nak mintak izin masuk dalam boleh?",,Ibu bersuara sambil menjengah ke luar tingkap kereta.

"Ouh. bekas pelajar..BolehBoleh. Masukla."..uncle guard itu membalas dengan senyuman dan tangan kanan dihulur ke arah car park.

Gembira hati mendengar. Yeah! Akulah ex-student Maktab Rendah Sains Mara Taiping. Aku bangga dengan itu. Aku yakin, sahabatsahabat juga begitu.


Hanya untuk luahan hati.

Thursday, October 15, 2009

Entah kenapa.

Entah kenapa kali ini aku lebih gemar menggunakan bahasa melayu. Di manamana saja. Maksud aku, aku lebih suka menulis menggunakan bahasa kita. Sebijiksebijik aku menulisnya. AKu cuba untuk menulis mengikut pengarang terhebat, namu masih belum terdaya. Aku masih mencuba. Kadangkadang aku tulis, tapi aku juga tak faham apa yang aku cuba sampaikan. Tapi aku akan terus mencuba. Belajar coretcoret bahasa melayu kita. Aku rasa bahasa melayu sangat hebat. Bukan semangat atau apa, tapi cuma perasaan apa yang aku rasa. Ya! Aku berkata benar. :D

Tak sangka.

Bangun pagi. Bersiapsiap dan bergaya. Aku dan kakngah sudah bersedia. Kami teruskan plan kami yang mulamulanya hanya gurauan. Tak sangka jadi kenyataan. Dia berseluar putih,bert-shirt putih dan bertudung purple. Aku tidak tahu mengapa, aku agak lemah dalam memilihmilih pakaian nieh. Selalu terpengaruh dengan orangorang sekeliling. Tengok orang pakai apa cantik, aku juga mahu ikut. Tapi tak sangka juga hari ini aku dapat buat keputusan untuk diriku sendiri. Aku memilih seluar putih, bertali pinggang putih, baju coklat berlengan putih, bertudung putih dan beg putih. Selipar yang ku sarungkan juga putih. Ya! Segalanya putih hari ini. Tak sangka.

Kaki berjalan ke arah ktm. Dan ktm terus meluncur laju mencari arah landasannya. KL Sentral menjadi pilihan aku kali ini. Selalunya lama juga aku menanti ketibaan kenderaan panjang berwarna birukuning itu. Tak sangka hari ini dia datang awal pula.

Kali ini di Sentral aku mencari pula kenderaan itu. Lain sedikit. Landasannya di atas. Pendek sedikit. Berwarna putih. Sudah jumpa. Tak sangka aku sampai saja monorel itu sudah ada. Fuh! Bernasib baik. Meluncur seperti roller coaster gerak rodanya dan berhenti di Imbi. Aku turun dan sudah tentu menuju ke entry Masa EmpatSegi (Times Square).

Sebenarnya tak tahu nak buat apa di sana. Hanya berjalan. Tak sangka idea datang tibatiba. Mulamula beratur beli tiket wayang. Bukan wayang kulit tapi wayang la!. Beratur jer. Tapi tak tahu pun nak tengok cerita apa. Nak tengok papadom, adikku tak nak. Nak tengok momok, adikku tak nak juga. Akhirnya aku mengikut katanya, "Cerita Where Got Ghost, 2 orang, sit C03,C04". Ayat di kaunter. Tiket diserahkan.

Untuk kepuasan perut, kita harus menyumbatkan dulu dengan apaapa isi yang patut. McD menjadi pilihan perut untuk kali ini. Perut puas hati. Dan tak sangka pula perut ini berpuas hati dengan hanya seketul ayam. Selalunya lebih sedikit. HAHA.

Kaki melangkah dan tibatiba terhenti oleh arahan daripada otak yang dibawa oleh mata. Mata tertumpu pada pusat bowling di situ. Tangan pula berkatakata seperti sudah lama tidak menghentakkan bola warnawarni tiga lubang itu. Langkah kaki yang tadinya lurus terus melencong ke kiri. Setelah puas berfikir, hati kata mahu main juga. Walaupun adikku tak nak main, aku nak main juga. Seorang pun xpa. Ke kaunter dan membayar. Ntah kenapa 1st game macam cacamarba. Memang aku tak hebat mana, tapi xde la seteruk itu. Dah 4 balingan aku buat, baru ade 10 point. Bola pink bersaiz 8 menjadi pilihan aku. Dan bola itu lebih memilih longkang daripada pinpin putih yang tersusun rapi itu. Plan asal yang hanya inginkan satu game saja, tak sangka jadi dua game. rm12 aku habiskan hanya untuk bowling. Xpe la. Tak sangka juga, aku sudah boleh berpuas hati dengan game kedua. Aku sudah dapat rentaknya. Walaupun tak begitu hebat, tapi boleh la..Inginkan game yang ketiga. Tapi jangan ikut hati, nanti mati. Ringgit itu ada banyak lagi tujuannya.

Surau. Jam 2.45 ptg. Solat Zohor. Tak sangka surau tidak menempuh waktu kemuncaknya pada waktu itu. Dengan tenang kami menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Itu jangan lupa.

Wayang sudah mula memanggilmanggil. Room3. Berpusupusu orang beratur, menayangkan tiket yang sama sahaja kepada pekerja wayang itu. Kadangkadang aku terfikir. Tidak bosan kah mereka, harihari lihat tiket yang sama. Berwarna putih, bertulisan hitam. Ah! Itu kerja mereka. Sudah tentulah itu yang mereka lakukan.

Tatkala mencari tempat, aku agak hairan, mengapa semuanya Cina. Pelajarpelajar yang baru pulang dari sekolah. Masih berpakaian sekolah. Tidak letihkah mereka? Kenapa tak gunakan masa yang ada untuk berehat sahaja selepas seharian di sekolah. Ah! Itu hal mereka. Mata meliar. Manakah rakanrakan sebangsa ku. Tak sangka akhirnya aku jumpa, wanitawanita bertudung duduk di barisan belakang. Walaupun tidak kenal, at least aku tau, bangsaku masih ada.

Iklan bermula. Tapi kenapa semuanya iklan ceritacerita Cina. Hatiku mula berdetik. Adakah kami duduk di wayang yang akan menayangkan cerita Cina. Namun otak masih positif. Oh! hanya iklan sahaja. Tapi hati masih juga berkata, ini mesti cerita Cina. Bila cerita bermula, dengan spontan tulisan Cina terpampang di layarnya. Wa, Taaakk Saaangkaaa!!. Kami sudah tersalah pilih cerita. Rasa ingin keluar saja. Rasa nak pergi kaunter beli tiket lain saja. Tapi tubuh masih lagi terpaku di kerusi empuk itu memikirkan tak pa la, hari ni rabu, tiket pun murah ja. Akhirnya, Ah! aku mahu tidur saja.

Tapi, mata tak dapat menipu. Masih lagi terbuka. Mulut terkumatkamit membaca subtitle di bawahnya. Ada masanya aku tidak faham, mengapa mereka ketawa, sedangkan aku tak ketawa. Sudah tentulah. Di dalam tu yang ramainya Cina, sudah tentu mereka faham. Kadangkadang aku juga ketawa, tapi ketawa kerana lawak melihat orang lain ketawa sedangkan aku tak tahu apaapa. Tak sangka pula, kemudiannya aku dapat menerima cerita itu. Aku sudah faham jalan ceritanya, dan katakata hendak tidur tadi langsung terkubur begitu saja.

Sekurangkurangnya, aku dapat tahu sedikit sebanyak bagaimana mahu menghormati agama mereka. Yelah, kita tidak tahu tentang kepercayaan mereka. Dan cerita itu juga banyak pengajarannya. Paling aku tertarik dengan cerita ketiga. Melihatkan bagaimana anakanak menghormati ibunya yang sudah meninggal dunia. Mengikut kepercayaan mereka, ibu tersebut akan memberkati kehidupan anakanaknya. Walaupun bukan dalam bentuk kekayaan, tapi dalam bentuk kesihatan dan keselamatan. Kerana kekayaan bukanlah segalagalanya. Dan aku mula memandang positif terhadap cerita itu. Tak sangka ketidak sukaan yang mulamula tadi akhirnya berubah. Tak sangka juga, cerita yang tak pernah terfikir dek otakku seronok juga rupanya.

Tak nafikan, cerita tu memang seram. Aku asik tengok disebalik beg, ataupun di celahcelah kesamaran tudung putihku. Sit sebelahku kosong. Meremang juga bulu roma awalnya. Jeritan orangorang menambahkan pula ketakutanku. Namun aku tahu, aku tidak seorang di situ. Tak sangka juga, dalam keseraman itu, ada diselitkan unsurunsur ketawa yang mengurangkan sedikit ketakutan tadi.

Jalanjalan dan pulang.

Tak sangka, panjang juga cerita ku. Segalanya tak disangka.

Wednesday, October 14, 2009

Kau kuat!

Handphone. 2 messages received. I opened da 1st. Orait. Then replied. 2nd message. Opened. Ouh! My friend. I feel sorry for that message. Really want to be beside of her. Help her. Put away her cried. Make her smile. Make her laugh as usual with me. But sorry dear, I cannot be there.
"Zany!i need some help!give me some support quote 4 me become more btter!crap!i hate tonight!for a long tym i didnt turn into burst of tears.and tonight i was did!i really hate it!crying 4 what is over is very sucked!help me friend!" - message from her.

Kawan,
Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah dengan kekuatan. Kadang sakit yang mendatang, Kadang teman tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, kadang hati dilukakan. Namun itulah ujian dalam mencari iman.

Kadangkadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan datang, kadangkadang kita minta minda cerdik tapi masalah pula yang timbul, kadangkadang kita minta kebahagiaan tapi huruhara pula. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huruhara menjadikan kita tabah. Hebatkan Allah...Semua ada hikmah.

Orait kawan. Jangan nangisnangis lagi. Aku tau kau kuat. Ingat lah, kau tak hilang segalagalanya sebab ramai lagi yang sayangkan kau. Aku kenal kau. Aku tau betapa kuat hati kau. Sebab tu aku yakin kau boleh tempuh semua ni. Bersedih hari ini, sudah tentu ade ketawa satu hari nanti.
Ingat nie, kau kuat! Okay.Senyum kawan!

Khas buat kamu sahabat.

Tuesday, October 13, 2009

Matahari.

Aku suka cuaca tadi. Panaspanas dingin. Matahari kuat memancar. Tapi kepanasannya x terasa. Memang slalu petangpetang aku suka keluar. Jalanjalan dekat taman. Jalanjalan depan rumah. Sambil makan pau. Sambil minum air kotak milo. Tapi tadi lain. Aku buat kelainan hari ini. Selalu aku bawak purse skali keluar. Tapi hari ini aku hanya bawak rm2. Malas nak bawak banyakbanyak. Jadi, terpaksa tangguhkan dulu niat beli kuih pau. Pau kacang merah. Selalu menarik hati aku. rm1.20 harge dia. Besok je la beli. Tu pun kalau ade jodoh dengan pau uh besok. AHAHA!.. Owh! Pasal matahari tadi. Seyes sangat cantik. Matahari dekatdekat senja tu. Rase macam ade depan mata jer. Suke tengok and snap pic kat matahari tu. Berikan cahayanya tanpa kepanasannya. Aku terpikir. Macam tu kot manusia sepatutnya. Sentiasa positif, tanpa menegatifkannya. Ah! Xfaham xpe la. Aku pun xtau ape kaitannya. Tapi itulah yang aku pikirkan dari tadi. Sekian. Seyes aku suke snap pic dalam cuacacuaca macam nieh.

D.R.E.A.M.

As the dream came last night,
I know it's scared you.
As you dream and you dream,
I am still in my sleeping world.
As you wake up this morning,
You got a call. You know who.
It's me.
Yes! I am still being by your side,
Hear your laugh and making you smile.
Just one thing you need to know,
If then the ten years pass,
Keep in mind, Nobody like you.
Because I am still waiting for you,
And because I know you are still looking at me! ;))

P/s : Oh! My English is not really good. But I'm still trying to do this. Pls dont laugh at me ya! HAHA.

Monday, October 12, 2009

Tertarik!

Bila melihat picturepicture. Rase tertarik. Teringin sgt nak belajar care edit picture macam nieh. Colour Splash. Tapi xtau. Wish will know one day. Smart sangat. Picture jadi stylo. Nie antara picture yg I've found at Photobucket yg buat saya tertarik.


Sunday, October 11, 2009

Long distance walking.

Long distance walking. Itu yg boley aku discribekn kami hari ini. Kami berjalan sgt jauh. Tidak sangka juga kami sudah berjalan sejauh itu. Mulamula tujuannya hanya utk beli tiket saja. Sahabatku sudah hendak pulang. Besok 9.30 pagi. Tiket paling awal ada malam ini. Tapi aku yg suruh dy ambil tiket besok. No need to rushing2 n still have time to chating2 tonite. Dari rumah berjalan ke ktm segambut. Sampai di ktm putra. Dari situ berjalan ke hentian bas putra dan seterusnya ke the mall. Utk cuci mata dan cuci dompet. The Mall sgt lawak. Sudahla pening, berpusingpusing pulak tuh. Fatin cop pada satu purse warna putih. Dan aku cop pada satu bag warna putih. HAHA. Burp..burp.. Perot bunyik. Singgah McD. Chicken McDeluxe. Itu mmg fav aku.

Apa yg lawaknya? 2 kali pergi information counter. Mulamula tanya mana ATM. Padahal kami sudah lalu pun. BESARBESAR tulis kat situ ATM. kedua. Kami dtg lagi di kaunter pertanyaan. "Surau kat mane?". Org tuh cakap tingkat 8. Terkejut jgk tgk dekat lif The Mall rupanya ade sampai 33 tingkat. SGT TAK PERCAYA!. Sampai tingkat 8.tgk kosong ajer. Pusingpusing carik surau. Keluar pintu nampak car park jer. Jalanjalan sampai masuk Legend Hotel. utk crk surau. Tak jumpa!. Apa yg kami jumpa. Hanya signboard bertulisan SURAU dan anak panah sahaja. Kami ikut anak panah itu. Masih tidak jumpa. Nampak sagnboard kedua. Masih bertulis SURAU dan ada anak panah. Ikut saja anak panah itu. Kepala sudah pusing. Nampak signboard ketiga. Masih bertulis SURAU dan anak panahnya. Ikut juga. Dan...akhirnyaaaa. Nampak signboard keempat dan masih bertulis SURAU tp tanpa anak panah. Ya! Itulah SURAU. Kami berjaya. Ruparupanya kami salah pintu. Surau depan lif itu aje rupanya. Wa kena beb!

Dan selesai solat. Jam masih awal. Duduk saja depan Starbuck. Merenung jauh dan nampak tandatanda masih byk kedai di hadapan sana. Apa lagi. Kerusi Starbuck pun tak sempat panas. Terus kaki menggatal ke sana. Berjalan. Tautau saja. Aku dan Fatin sudah berada di Chow Kit road. Perghh.. SGT TAK PERCAYA. Sejauh itu kami berjalan. Masuk HariHari.UO. dan kedaikedai lain. Tak beli pun. Tengok aja kerna ringgit tiada. Tengah jalan,aku haus. Fatin kata "Bukan ke baru minum tadi? Cepatnya kau haus". Ya! Itu lah kelebihanku. Perutku TONG AIR. 3 cawan pun senang aja aku habiskan. HAHA. Tadi hanya beli air mineral dan jambu sahaja sambil jalan. Sudah petang. Kami berjalan pulang. Oh! Aku sudah lupa mana satu jalan tadi. Fatin nampak KFC. dan itulah petandanya. Yay! Sudah jumpa. Kami terus berjalan semula dan sampai di ktm putra. Tunggu.Naik.Sampai ktm segambut. Akhirnya sampai di rumah jam 6.30 ptg.
Inilah long distance journey.
rumah - ktm segambut - ktm putra - hentian putra - the mall - chow kit road - ktm putra - ktm segambut - rumah semula.


Saturday, October 10, 2009

uptown :D

hari ini.
kami berjalan.
mulamula abah ajak g raya umah makcik.
pegi beraya.dapat mkn laksa.
yahoooo!
lepas tu.xnak blk umah lagi.
abah bwk jalanjalan uptown Danau Kota.
sajesaje jer.
mase jalan;
abah dgn affiq. ibu dgn kakngah n izzah.
aku dgn fatin.
kami nak crk brg same.yg kami boleh pakai.
penat pk.last2 dcide nak beli cardigan.
aku coklat.fatin purple.
rm25 kami dapat rm22.
ini tanda persahabatan kami.
selamanya! ;))

perut buncit! ;))

fatinizzani ;DD

igt ea tin! kite sahabat selamanya!
take care!

Wednesday, October 7, 2009

webcame <3

this night.
webcame make me happy.
miss you!
thx 4 diz excellent technology.
creating a webcame for us.
i appreciate it.so much!
hehe..



Happy Wednesday - 23rd weekly ;))

Tuesday, October 6, 2009

at last!

yeah!!
at last..i'm home!!!
bestnye... ;)))
semester 1,,thx yea!
semester 2 - gonna meet u.
lepas 3 hari aku kesorgn kat bilik- roomate sume da balik.abis exam cepat.jeles!hehe
daku tinggal sorg di bilik selame 3 malam..bagaikan 3 minggu..haha
1st tyme rase blurrrr sgt2.xtau nak wt pe.
keje xabis2 bkk laptop, ttup laptop.
dok kt katil.bangun.duduk.bangun.duduk.berdiri.
blurr nye tyme uh.boring.
aku kne stay sbb ade speaking test ag isnin uh.
so, hari jumaat mlm uh, xde wt pape..dok jer kt bilik.
sabtu dr pg smpai ker ptg men hp jer (msg..hee)..
hingga aku rase nak kuar dr bilik.aku mlangkahkn kaki keluar.g KFC jap, kt sbelah mahsa uh jer..
beli 3 set.utk dia.aku.n kwn aku kt bilik sblah.dy pun tggal sorg kt bilik.ade exam fizik.
kejap jer g KFC.bape minit jer.meter taxi pun x smpat naek,,haha..
balik.lepak2 jap kat bilik.kol 6 g picnic cam bese bwk 2 set KFC uh td..ahaha!
ahad siang;kemas2 bilik.packing2 baju.
kol 2ptg; g mid kjap, crk adiah annivesary abah n ibu.
kol 5ptg blk, singgah jaya one, makan.
then balik ke bilik..sehingga bertemu hari isnin.aku cukup gembira!
speaking test stat kol ,9.30..kjap jer..10-15 minit cm uh jer.
dpt tajuk - road bullies!..ahaa..
dlm kol 11.00 akudia g mkn jap.isi perut.lapa!..haha..sembang2.
kol 2 lbeyh mjlis bersurai..dia pulang ke rumah.dan aku juga pulang ke rumah.
rase seronok sgt bile dpt ckp ngan org tyme2 sorg uh..once ade org call,,mmg xcited ckp.
yela, 2 hari suntuk x jmpe org..rmi yg da balik awal.
bleh kire.hari sabtu aku ckp ngan 7 org jer.
hari ahad, yg rasmi 3 org,yg x rasmi ade la org2 kat mid uh,,cashier2.tye harge.ckp time kaseh.
pengajaran : hargailah org2 di sekeliling anda bile mereka di situ krn mereka amat b'makna.tanpa mereka sunyilah kita.. ;))

Friday, September 18, 2009

Guiness Book Of Records!

di luar hujan.
di dalam sejuk.
abah baru keluar pergi tusyen.
ibu masih di office.
kaklong (aku la tu) sebok online sambil mnunggu mesen basuh m'cuci baju.
kakngah maseh di biliknya, mlihat bukubuku.
risau PMR yg bkal menjelma.
selalu b'kate "tiade mood raye.nak periksa!"
izzah setia di depan TV.xde citer laen.kartun aje ler.
adikku affiq mule bosan.

fikirannye b'jalan.m'cari jln pnyelesaian m'hilangkan kebosananye.
nak online kaklong tgh gune,
nak tgk TV izzah conquer.
nak study.of corse xnak.cuti katenye.
nak basuh baju.alamak!malas la plk.kaklong jer la basuhkan.

tibetibe affiq masuk bilik.
tunjukkan sesuatu yg wat aku ketawa..ahaha!
Guiness Book of Records katenye.
aku t'fkir.bijak ideanye.cepat akalnye.
itulah care dy hilangkan bosannye.
dgn b'main b'same kurekurenye.

*****

kurekure tu ibu ngan abah beli utk affiq.
mase 9 bulan lepas rasenye.
ritu ade 4 ekor.skg tinggal 2 jer.
2 lagi da t'korban xtau sbb ape.
p'saingan antare mreka 4 ekor kot.
tp mmg nmpak yg 2 ekor uh lemah ckit.
x m'besar2 mcm 2 ekor lagi.


*****

nak tau ape affiq buat ngan kurekure uh?
barangbarang yg dperlukan,
kereta mainan, tali, sekor kurekure.
dy ikat kereta dgn kurekure gune tali uh.
dy letak kurekure dan kereta tu atas meja.
mmg nmpak mcm Guiness Book of Records.
kesian kurekure tu.tp xpe la.
utk adik aku.biarkan ajer la.asalkan dy gembire.
dan aku tau die mmg syg kurekure tu.
slalu bwk mandi samesame dy.slalu cuci bekas kurekure tu.
dan amat concern klu kurekure tu x diberi makan.
jgn risau.kurekure tu maseh selamat dan setia b'same satusatuny adik lelaki aku tu.
;))

HadiahTerbaik! ;))

Rse tertarik dgn quotes ini.
t'jumpe mase searching2 quotes yg best.
nice.cute.i like!

Hadiah Terbaik
Kepada kawan – Kesetiaan.
Kepada musuh – Kemaafan.
Kepada ketua – Khidmat.
Kepada yang muda – Contoh terbaik.
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan.
Kepada manusia – Kebebasan.

Thursday, September 17, 2009

shopping!

hari nie dlm mase 8 jam, kami telah m'habiskan rm300 lbeyh..ahaha!
ibu.kaklong.kakngah.
shopping same2, jlnjln SOGO, jlnTAR..
abis sume kedai kami msuk..
beli nye idak pun..aiyo..
aim sbnar aku nak carik baju kurung jer..
tp bese la..nak carik baju kurung, nmpak baju laen..haha
mulemule nek train dr umah (stesen Segambut), sampai SOGO.
tunggu ibu - dari office amek kakngah kat skolah..
turunnaek escalator.ibu call da sampai.
jumpe ibu kat kedai baju ape ntah..
jlnjln, xde baju best.
jln lagi...........
masuk satu kedai.jumpe baju kurung.lawa.cantek!
warne pink.bunge warnewarni.rm140.
tp still nak survey ag.suh org uh rserve dulu..hee..sukati jer en..
tgk jam.da pkul 7 lbeyh.nak bkk puase da.
kedai sume penoh.minom air mineral.makan kopok lekor dulu.8 ketol aku tibai!lapar beb!haha..
sambung jlnjln.usha2 baju.dpt beli satu baju mcm kmeja blaus kot.beli 2. satu utk kakngah.
2 helai rm60.pas uh g kedai mkn.bru nak bkk pose.order laksa.nie yg aku suke!
makan mmg xigt dunie.dpt laksa la katekan..ahaa..
jlnjln lagi.dan jlnjln lagi.dan masuk sogo balik.ade sale!tu yg penting..
and at last - aku dpt beli due kmeja blaus, satu sluar slack puteh Voir, satu jeans Diesel, satu baju kurung warne hijau dan satu barangan wanita yg x perlu disebutkan..haha..
sume skali utk brg aku shj habis rm261.62..thats what we call shopaholic!

******

sebelum balik, makan yong tau fu kejap.jln pegi keta yg agak jauh parkingny.n sampai ke rumah dgn selamatnye.sampai umah test2 baju.posing2 mcm model dpn ibu sbb ibu nak tgk matching ker x.dan akhirnye selesai..loteyh den!..ahaha! ;))

Wednesday, September 16, 2009

hari ni punye pasal!

ahaha!
hari nie, pagi td aku b'azam nak bgn awal, nak study..
skali..bgn mmg la awal en nak sahur..pas uh tido balik.
pukul 9.40 baru bgn..ahaha!..awal la uh en..hee
tapi....
x study pun..sedeyhnye..rugi mase!
baru skg nak sedar rugi mase..aiya!..haha
buang mase jer aku hari nie..
online jer x abis2..nie sume blok pye pasal la..
m'dorong aku utk edit blog aku..ahaha..
last2..mmg xbkk buku pun rini..
xpe, aku cube utk mlm nie..
jap g kol 4.30, aku kene naek train, jumpe ibu kat SOGO.
ibu daru office terus g sane..utk ape?
shopping la!..kate raye da dekat..pe ag en..ahha
b'buke kat luar la aku rini nmpaknye..laksa..uhuu..laksa..hee ;0

***

Tuesday, September 15, 2009

breakfasting~

date : 14/09/09.
day : monday.
venue : Station Kopitiam , TS.

time : 7.20pm - maghrib.


-rahman.izzani.fatin.zafril-
captured by : Hazim Syahmi - sepupu aku.

hope to be forever! (.^_^.)
.kamijalanjalan.kamisesat.sbbjamsgtlame.kamipusingpusing.
.kamiamekgambabyk2.kamisampai.kamishopping.kamimakan.

.stillI'mhappy.seronok.best!.
;)
thanks sume!

Monday, August 31, 2009

4th month!


yesterday...

i got this very2 nicey thing..

very make me happiest thing..

the story begins,

after English exam..

meet in front of AMF.

before abah take me home.

on 12.15 pm, i guess.

only meet for 15 mnutes - juz a short tyme..huhu

and thus, i get this present,

wrapped in green wrapper;

inside orange bag..

then I opened it in my room,

"wa,its a watch!!! wif green colour! my fav colour.."

1st word: terharu...

2nd word: happynyer...

3rd word: thx a lot!

last n da only word: LyMySm~

  • captured by: me.
  • day: Sunday.
  • date: 31 august 2009.
  • time: 3.47 pm.
  • venue: on my bed, in my room, at my home.
  • mood: maths-exponential function.

merdeka!

Slamat hari merdeka!
Slamat hari bercuti..
p/s : sesungguhnye aku tiade idea utk update blog inih..make aku hanye mnulis ini sahaje..
moge anda gembire!hehe ;)

Wednesday, August 19, 2009

Trime Kaseh kpd fibre~








waa, sape nak tau??
due hari lepas aku xmkn nasik pun.
xtau nape:
perut x sedap, rase nak muntah, tekak pun x sedap,
makan pun x rase pape..
ntah ape la masalahnye..
so, ape yg aku bleh wat,

sapu minyak angin byk2;sampai 3 jenis,
minyakcapkapak.vicks.minyakmastura(xtau la myk ape nieh kaler hijau)
pas uh tido
***
igt en pas tido besok uh da okay,
tp lagi bergetar2 perut.
lagi la x de feeling nak makan.
so, xmakan!
tp pegi kelas jgk cm bese.

tahan jer la getaran dlm perut uh.
then, sumone give me a fibre (sjenis ubat kacau dlm air - dan minum!)
dy suh minum fibre uh - nanti perut boley sehat.
then aku minum mase petang uh;pas abis kelas..
mule2 still xde feeling ag nak mkn.
sampai la mlm uh, pas mandi sume.
-badanpunsegar.getarandahhilang-
.perut terase selesa.
oh my stomach! I luv u~
terus g cafe - bantai bihun tomyam smangkuk..

ehehe..
sehingga ke hari ini, perut aku sudah selesa dan ceria seperti biasa
TerimaKasihSumoneForDaFibre (.^_^.)

Sunday, August 16, 2009

mY biOdaTA;

Saya telah m'jd mangse tag dr lalink saya: FATIIN CHE MAT ;)

the tag rules:
sila bayangkan anda sedang membuat buku biodata/biografi rakan anda semasa anda berumur 12 tahun. lalu jawab soalan2 di bawah ini oke. mudah kan? jadi sila la jawab.

Nama :
Nurul Izzani Binti Zulkifle.

Nama Pangilan :
kaklong (kat umah),, izani (kat mane2 jer),, nurul (doc gigi dulu pgil),, donat (kwn skola)..

Tarikh lahir :
12 July 1991 - Cancer (mase umo 12 thn en, smgt gtw zodiac skali..haha)

Tempat lahir :
Hospital Universiti Kuala Lumpur-HUKL (skg panggil PPUM)

Status :
mase umo 12 thn dulu, maseh single ag ler..baru darjah 6..

Hobi :
membaca buku dan bermain (jwpan mase umo 12 thn); skg nieh xde da hobi uh..haha

Makanan kegemaran :
Laksa (dr kecik ag smpai skg) .

Minuman kegemaran :
Milo ais; yg milo panas pun boley la tyme pagi2..

Cita- cita :
mase umo 12 thn tulis nak jd doktor kot..haha

Pengalaman buruk :
jatuh kat balkoni kat kampong (jatoh b'golek2 uh..)

Pengalaman manis :
makan laksa wlupun laksa masyem, tp ttap manis.,,

Perkara yang disukai :
mase 12 thn suke alat tulis kot..

Perkara yang tak disukai :
kene kejot bgn pagi..ahaha (skg da x la..)

Kawan yang diminati :
Kawan yg comey..haha

Adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda ada? :
Syukur...

Harapan :
dapat makan laksa hari2..wuhuu..

Saya mahu tag:
xtw nk tag sape..
erm..sape2 name stat ngan huruf R; anda di tag! (.^_^.)

Friday, August 7, 2009

choral speaking!

betape sronok ny aku rini,
sbb xde kelas..haha
kalu x jumaat kelas aku dari pkul 8.00 smpi 12.00
kol 8 math, kol 10 eng..
tp rini math sir cancel klas..
bahagie jer bgn tido pkul 9.00..hee
da smangat da nieh siap nak g klas eng kol 10.
sampai kelas madam bg homework then kami memohon agar dbenarkan tgk
choral speaking competition kat AMF..
dat competition is involved of student from level 3 n 4.
tajuk2 choral speaking uh sume ttg ISLAM la..
interesting jgk.
ade yg pkai kain batik ler, tudung merah ler, baju taaruf pun ade, lab coat pun ade..
cam menarik kan nak tgk?
tp..pergh!!
ramai giler org dlm AMF.
aku n classmate terpaksa la dok kat blakang skali, ujong skali..
di ceruk2 dinding uh..
disebabkan t'lalu ramai, n terase cam sesak kat dlm uh,
aku pun da kpanasan, ape lagi..
terus kuar dr AMF - jumpe sir Ng; anta tutor bio..
jap g kol 12 ade study circle, so singgah CC jap..
sempat la post bnde alah nieh..
neway, tok kwn2 yg msuk choral speaking uh;
GUDLUCK kay!!
xdpt nak tgk sume grup present..huu

Wednesday, August 5, 2009

suke hari Rabu~

Kenape aku suke hari rabu?

-Sebab hari Rabu plg best!
-Sebab hari Rabu kelas stat kol 11 - leh tido lame2 - kol 10 baru bgn...haha
-Sebab hari Rabu kelas sampai pkul 4 jer..pas uh leh dok atas katil.
-Sebab hari Rabu ade 2 kelas jer - bio ngan arab.
-Sebabkn ade 2 kelas jer - xler rushing sgt..tenang jer meniti hari..hee
-Sebab sebelum hari Rabu hari Selasa...
-Hari Selasa ade pasar malam - leh jln2 ngan die - mnom air 3 cwn, smalam;mkn apam balik..sedap & crunchy!!!
-Sebab hari Rabu is weekly day <3

Happy Wednesday..!!!

Saturday, July 25, 2009

hendak pulang

hari nie ku bergerak balik kampung.
nak jumpe atok, sedare mare.
tapi gerakny mlm nti, tgu abah balik dlu.
(abah g genting - urusan sekolahny)
nti ibu drive smpi tg malim - amek abah kt c2..
jap g nak g tesco.
ngah tgu ibu balik.
nape nak g tesco?
sbb nak beli stok makanan aku.
stok khidupan aku kt hostel - syampu, ubat gg, etc..
nape kne beli stok makanan?
sbb stok da abis - nti aku klaparan dlm bilik.
(nak g ukc tgh hari ngan mlm jer la)
ukc - Umar Al-Khattab Cafe.
besok dr kampung - direct balik uia.
family pun nak blik umah, anta daku ke uia dulu.
kireny, da abis la cuti honeymoon aku kt umah nieh.
bile lg nak cuti?
entah la..raya nti kot.
pape pun yg penting - isnin; 8.00 mlm - exam mid sem biology.
da ready ker x?
hmm..maseh dlm proses mbace, mhafal, mngingat, etc..
7 chapter kene bace.
neves ade, cuak ade, tkut ade..
hope boley buat!
p/s : kay..saya pulang dulu..daa~

Thursday, July 23, 2009

aiya...




-Bio kene bace 7 chapter..da revise 4 chpt, lg 3 chp belum - 27/07 exam mid-sem paper bio.


-Tutor bio chp 6 & 7 xwat ag..bile nak wat?


-Tutor 2 math pun xwt ag - xkene anta, cume nanti ade tutor test.


-Arab bile nak study? -02/08 exam mid-sem arab; erm..sempat2..haha


-Sabtu balik kg, besok da kne packing.


-Baju da abis basuh ker?..-kay, dah2..baju settle..


-Sabtu siang kuar ngan ibu - beli stok mkanan, etc..


-Ahad dr kg trus balik UIA.


-Abis da cuti...

Monday, July 20, 2009

20 July 2009 ;) - On your birthday...


HAPPY BIRTHDAY TO YOU..!!
-my dear-

Today is the special day
that day is your birthday,
So, it is a perfect time to say,
You are always thought of
in a very special way,
Your birthday is a special day,
A day to have new hopes and dreams,

And now I'd like to take the time to say,
You are very special in every way,
So, I wish you a very Special
Happy Birthday!!

My Quotes:

-selamat hari jadi yg-
-moge panjang umur, moge murah rezeki-
-moge b'jaye dunia akhirat-
-jadi anak yg soleh-
-belajar rajin2-
-gembire2 slalu-
-senyum2 slalu-
-gelak2 slalu-
-ceria2 slalu-
-jage diri baik2-
-maaf yg klu ade tclap kt mane2-
-thx 4 being a great companion of me-
-u r da best dear!-
-LyMy <3->
izzani.



Ur fav choclate cake ;)








Birthday-boy!