Friday, January 21, 2011

Kisah era ayat sastera.

Izzani bakal makan sayur :
Baru tau langit tinggi rendah. haha!

Rahman burtuqol (kah kah kah!) :
Tau lame dah langit tuh tinggi ker rendah. Takyah nak buktikan laa. Dari kecik lompat-lompat tak sampai pun. Ahaha!

First time orang bagi jawapan sempoi macam nieh. Selalu kalau bermadah, taruk peribahasa sikit, goreng-goreng ayat kasi garing, selalunye respond nye serius laah sikit kan.

Aihh. Sakit otot perut nie gelak tau! Ahaha!

"Esok luse p laa try lompat-lompat lagi. Buat ala ala kangaroo gituu. ahaha!"

*Burtuqol itu dalam bahasa arab. Ape maksudnye? Google jer lah sendiri. Aku bagi contoh ayat jer,
: Rahman dan burtuqol kelihatannya agak sinonim rasenye. Hihihi (.^_^.)



Alang-alang dah sampai ke era ayat-ayat sastera untuk entri kali ini, ape kate kite renungkan ayat ini,
"Kalau tak mampu nak 'kejar' impian, 'jalan' pun boleh. Asalkan sampai.", Zahiril Adzim.

Ayat dia. Memang gempak. Gaye bahasa dia. Memang hebat. Siapa dia?

"Eyhh, Rahman Rahman, jiran sebelah rumah awak lah kan dia nie? Merah." :)

Kisah sesi uji keberatan.

Owhh. Semalam pergi jalan-jalan cari makan. *tipu aje*. hehe.

Tak de laahh. Semalam kitorang pergi carik hadiah. Hadiah ape? Hadiah untuk lucky draw. Lucky draw bile? Lucky draw sempena Dinner Hisbah Nusyabah (hisbah aku laahh).

Aku ditugaskan untuk cari hadiah. Well known as Special Task. haha. Korang memang tak berapa paham sangat agihan kerja-kerja dekat UIA nieh kalau korang bukan ahlinya. Aku pun mula-mula tak paham jugak ape kaitan Special Task dengan hadiah. Tapi aku ikutkan sajaa laahh. Bukan begitu?

Jadi semalam, sempat lagi kami merakamkan saat mengada-ngada, tak boleh belah kami di hadapan khalayak yang sedang lalu lalang. Mula-mula nie dekat Carefour Wangsa Maju.

Sesi menguji tahap keringanan Izzani sesi I.

"Waauu. Memang ringan!" :P

Sorang tie merah, sorang baju pengawas, sorang baju macam nak tidur dahh. Ibu jugak yang masih semangat pilih tie untuk abah. hahaaa.

Sesi menguji tahap keringanan Izzani sesi II.

"Amaaazingg. Sangat ringan laaahh." =.="

HAHA!

Okayhh. Macam takde caption jer untuk picture nieh.

Ermm. Ermm. *garu-garu kepala*

Letak caption, Main rambut affiq laaahh. Okayy kan?

Eyhh. Eyhh. Jadi kecik sudaahhh. Otot bekerja keras kot nak bengkokkan kaki tuh.

Macam gambar dalam cermin. Macam luar cermin jugak.

Hahh? Macam mane tuh?


Last last, nak balik, keluar jer dari Giant Batu Caves, tinggal kereta kitorang jer dekat parking tuh. Ahaha! Memang kitorang tolong tutup pintu pagar Giant laah kan. haha!

Nak balik. Diaa punyaa jamm, mak aihh. Sakit kepala nie nyah depa dok parking tepi jalan. Boleh-boleh sepanjang MRR2 rasenye. Nasib arah aku nie awal-awal jer jam. Yang arah belah sane tuh, tak menguap tunggu. ahaha.

Okayy. Dah habis dah. Sorry tau korang kalau gaye bahase aku merapu sikit malam nieh. Aku dilanda masalah mata mengatok mase taip entry nih. Tuh kalau korang bace, korang pun boleh rase mengantok same.

Bosan kan? Okayy byebye.

Thursday, January 20, 2011

Kisah Step Up 3D.

Selamat pagi-pagi bute semua.

Aihh. Jalan batu caves tadi penuh sesak laahh. Aku dah tersilap date pulak pergi Giant batu caves tuh, nak balik memang setengah jam laah terstuck dekat situ. Orang-orang dia dah berkampung dah.

Sepanjang MRR2 memang jadi port parking kereta ler tuh. Tak pe laa. Perayaan mereka. Kita kena hormat jugak. Asalkan semuanye selamat.

Berbalik pada tajuk. Giler dah lame kan movie nieh. Macam biasaa lah. Aku memang tak berbakat nak donlod-donlod movie nieh. Lagi-lagi aku nieh kalau nak tau, mempunyai tahap kesabaran menunggu downloading yang sangat rendah. Baik jangan suruh. Nak donlod lagu tiga empat minit takpe. Tapi kalau kena tunggu sampai belas belas minit uh, mintak maap laa. Aku batalkan terus niat tuh. haha.

Kisahnye, dah lame dah movie Step Up 3D nieh terperap dalam laptop aku. Cuma rasa berbelah bagi tuh selalu ade. Nak tengok, tak nak tengok, nak tengok, tak nak tengok. Sampai laah satu hari, aku sorang dekat bilik, aku bosan, aku tengok.

Sangat bahagiaa aku tengok movie tuh. Ntah laa. Rase terhibur sangat kot. Tak payah nak pikir ape ape. Tengok jer. Sampai bila roomate aku sampai bilik, pung pang pung pang aku cerita pasal movie tuh dekat dia. Baju ade lampu, kasut, air semua bagai.

"Nampak muke zany macam gembira sangat laahh lepas tengok movie tuh", kata roomate aku.

Masuk malam nie, dah dekat puluh-puluh kali jugakk laah aku ulang-ulang part yang aku suke tuh. Lagu dia. Aku suka.

Ade tiga part jer yang aku suka.

SATU.


DUA.


TIGA.


Aku bahagia sebab malam nieh aku dah dapat donlod semua lagu-lagu yang aku suke sangat tuh. Lagu video-video atas nieh laa. 4shared jer laahh beb senang, cepat dan tangkas walaupun tadi dia suruh aku tunggu 213 saat. haha.

Dah. Nak ulang lagi part favorite aku tuh. Lepas tuh nak tidur dengan dodoian lagu yang aku donlod tadi tuh.

*Gilaa ganas lagu dodoian tidur kau zanyy. haha. Gasakk laa.

Monday, January 17, 2011

Kisah Shoutbox.

Semakin hari, semakin banyak spam yang hinggap dekat Shoutbox aku.

Ahh! Pening sekejap. @_@

Makan kuih lopez orang cakap boleh tenangkan diri sebab die kaler hijau.
Dari tengok Shoutbox, dah lah pink, ahh! pening!

Tolong jangan hinggap laagii spam. Pleaseeee.

Bye! Makan Jennifer Lopez jap. Eyhh2, kuih lopez jap!

Sunday, January 16, 2011

Kisah masuk Fun-Fair pun secara tak sengaja.

Okayhh. Sambung chapter sebenar tadi. haha.

Takde ape. Tadi aku dari Rawang rumah mak cik. Nak balik rumah lalu lah Fun-Fair.

Ibu sajelah cakap, "Korang tak pernah rase masuk fun-fair nieh kan?"


Terus abah gerak stering ke kiri masuk parking. Kitorang dengan terpinga-pinganye keluar lah kereta. Masuk fun-fair dengan muke nerd ditambah pulak dengan blur secukup rase nye kan. haha.

Mule-mule main, tak tau laa ape name ntah. Tapi yang macam Eye of Malaysia versi fun fair uh laa.

Nie mase mule-mule nak berlepas. Rase macam buaian di awan-awangan pun ade jugak. Dok goyang-goyang benda alah nie. haha.

Yang dalam bulatan tuh laa aku dengan Kak Ngah kot rasenye. Menjerit-jerit si kak ngah naik benda nieh. Goyang sikit, jerit. Goyang sikit, jerit. Sampai keluar air mate (nangis). hehe. Dia gayat sikit orang nye. Biase lah tuh. Aku pun macam tuh jugak kadang-kadang. haha.

Jaguh menembak kite. Kene memang banyak. Tapi aparaaa. Rule die kene bagi disc yang kite tembak tuh masuk botol. Memang susah laa wehh. haha.

Ade satu hadiah tuh I-Phone. Perghh. Geram aku. Nasib aku tak tembak jer I-Phone tuh. Kalau tak rugi orang kedai. hehe.

Last sekali, main bumper car. Kaklong geng Affiq. Kakngah geng Izzah. Memang berlanggar jer lah keje dah stering pusing main sukati jer. haha! Maap. Gambar nie tak clear sangat lah. Tempat nieh gelap sangat satu. Pakai camera handphone pun satu. Biase lah tuh.

Okayy. Thats all. Really have fun for 45 minutes secare tak sengaja tanpe dirancang masuk funfair. Habis duit abah empat puluh ringgit beli token banyak-banyak. Yang penting, puas. hehe.

*Owhh. Taadi rahman cakap rumah dia buat makan-makan hari nie. Dia cakap anas tahir sama alif satar datang rumah dia sekali tadi. Okayy. Serius nak jumpe jugak, Alif Satar. Please please please, jangan nakal-nakal (lirik sendiri). haha!

Kisah Interlok.

Hai hai hai! Salam.

Aahh. Nie laa orang kite sekarang. Cakap hai dulu baru nak bagi salam. ehee.

Jap ehh. Sebagai intro sebelum masuk chapter yang sebenarnye, aku ade satu persoalan berlegar-legar dalam otak nieh. Kenapa orang India nak persoalkan novel Interlok tuh? Okayy. Diorang cakap novel tuh menjatuhkan maruah diorang.

Sebab ape?

Sebab novel tuh cerita pasal macam mane orang India mule bertapak dekat Malaysia nie. Yakni, mase tuh diorang datang bekerja atau lebeyh kurang senang citer sebab diorang jadi hamba. Sebab tuh diorang marah. Sebab cakap diorang jadi hamba.

Taaapiii. Tuh kan dah memang cerita benar. Kalau tak tulis dalam novel pun, bila belajar sejarah pun tau jugakk kan. Tak perlu lah nak marah-marah, nak pertikaikan ker ape sume beb. Be cool. Kate satu Malaysia (laaahh sangat). hehe.

Melayu pun banyak jer cerita-cerita macam Pak Pandir, Pak Kaduk yang tunjuk pasal sifat orang Melayu. Tapi, kite cool jer. Takde nak pergi boikot Pak Pandir sebab mandikan anaknye dengan air panas. Takde nak pergi marah Pak Kaduk sebab gadaikan kampung dan pakai baju kertas nak lage ayam. Yelah. Yang penting, message sebenar nak bagi pengajaran dekat kite semua. Bukan bertujuan memalukan atau ape. Benar? Macam tuh jugak laa Interlok.

Nak mintak novel tuh dibatalkan? Memang tak laa. Kesian laa dekat Abdullah Hussain. Nak buat novel bukan senang. Nak tulis novel laagii lah tak senang. Takkan nak suruh batalkan macam tuh jer. Tapi terima kasih jugakk lah dekat kaum depa. Buat kontroversi macam nieh, Abdullah Hussain pun untung sama. Banyak novel Interlok, bukan takat budak form 5, semua orang dok pakat beli, baca ramai-ramai. haha.

Lagi satu. Kesian lah jugak dekat student-student tingkatan 5 tuh. Selalu bulan dua, cikgu-cikgu dah suruh habiskan bace novel dah. Takkan tup tup, "okayy, novel Interlok dibatalkan. Kita tukar novel lain". Aihh, aku pun melenting (sebab aku tak suke bace novel). hehe.

Adik sedara aku pun cakap, "Cikgu dah suruh habiskan novel cepat, tiba-tiba nak cakap novel tuh batal. Hmmmphh. Takkan nak baca novel lagi sekali". See. Kasihan mereka.

Dah laa. Aku pun taknak mempolitikkan sangat belog aku nieh. Takut, awak budak bawah umur. Kebebasan bersuara tuh bebas jugakk. Tapi yelah. Yang duduk atas memang atas laa, awak orang bawah, buat cara orang bawah. Lebeyh-lebeyh karang, bawak masalah. haha.

Kenapa depa buat macam nie? Ape tindakan Gapena? dan sebagainye? Rasenye kite rakyat Malaysia, kite boleh google sendiri kot kalau berminat. haha.

Sekian.

*Lepas aku dah taip-taip, baru aku perasan, pasal Interlok nieh jer pun dah panjang. Jadinye, aku sambung chapter sebenarnye yang aku nak cerita dekat next entry okayy.

Saturday, January 15, 2011

Kisah lyublyu. eheee.

Thanks for the orange one. Thanks for the green loved eye one. Thanks for the black and white one. Thanks for the red one. Dapat banyak bebear. Yayyyy! Suke.






*Frust menonggeng sticky note (love note) tertinggal dalam wayang. grrr. ahaha!

Kisah Khurafat.

Salam sejahtera rakyat Malaysia! haha.

Baiklah, pertama-tamanya, aku nak tekan kan dan bagi pesanan awal-awal lah di sini, kepada siapa-siapa yang bakal nak tengok cerita KHURAFAT, tolong lah cek tekanan darah dan tahap kesihatan jantung anda *ayat skema wehh. piuhh piuhh piuhh!*

Haiii laa kau, nasib tak semput jer aku tengok cerita tuh. Pandaiii ehh kamu Syamsul Yusof buat filem bikin aku terkejut twenty four seven. Eceyhh, dah pandai dah anak cikgu BM nieh cakap bahasa omputih. ahaha!

Senang cakap, tiga per empat daripada cerita tuh, aku tengok sambil tutup mate. Hahh? Macam mane tuh? Tak laa, aku tutup mate pakai tangan, dan aku tengok screen melalui celah-celah jari aku. Tak pun, aku pandang jer muke rahman tuh bulat-bulat, lepas tuh aku suruh beliau explain tengah jadi ape dekat screen tuh.

"Hahh? Ade ape tuh?"


"Hahh? Tengah jadi ape tuh?"


"Hahh? Jadi ape dekat dia tuh?"

Sambil tanya, sambil muka tak pandang screen. Aku cuaakkkk!

Selang lima minit nak buat suspen, selang lima minit buat suspen. Tambah sound effect nak kuat biar speaker tuh pecah.

Tiba-tiba aku bersuara.

"Tak boleh ker bila keluar watak hantu jer buat lagu sedeyh-sedeyh, sayu-sayu."

Betol wehh. Seyes aku tak tengok ikut celah-celah jari dah kalau sound effect macam tuh. haha! Aihhh. Penat aku. Keluar-keluar jer aku carik toilet dulu. Cuak punye pasal kan. Uiiihhhh.

Eyhh, jap jap. Aku ade bersuara lagi. "Tolong laa pasang lampu dekat pejabat, wad, rumah dan sebagainye. Kenapa mesti gelap?"

Khurafat. Khurafat. *sambil geleng-geleng kepala*. Jangan amalkan wahai umat Islam. Nescaya parah jadinye. Tau tau tau!

p/s : Kalau Izzani jadi pengarah filem, confirm filem tak cecah angka ratus pun. Box Office?? Ahh. Harapaaaan. Memang tak laahh. Jadi postbox boleh laa. Dah lah suruh buat sound effect lagu sayu-sayu. Suruh pulak tuh pasang lampu. Tak jadi cerita hantu lah macam tuh. Kan kan kan? Cer citer cer citer. haha!

Sunday, January 9, 2011

Kisah Our Room Makeover.

Haha. Tajuk nak gempak jer kan? Bajet macam Eric Leong yang datang bawah set-set perabot rumah, dengan set penghawa dingin dan segala cat warne warni bagaiii. Ape kess??

View dari luar pintu masuk. Harap maap, hamper tuh bukan kitorang, I mean, aku dan roomate aku punye pun. haha.

Haa. Yang atas meja study Izzani. Yang kiri loker Izzani. Dan yang kanan, pintu laahh!

Nie rak buku Izzani. Stok makanan, aihh, jangan cakap lah. Satu rak KHAS dekat atas tuh. hehe.

Eyhh, eyhh. Macam nak zoom sikit jer dekat rak buku yang bawah tuh.

Laaaahhhhh! Komik rupenyee. Ahaha! Mintak maap laa. Nie laah keje waktu LAPANG aku.

Yayy! Yang ini katil Izzani. Teddy B-ear itu, ehem ehem yang bagi :)

Okayyy. Sekian, terima kasih. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman melihat bilik Izzani dan roomate nye. Tak lawa mane pun. Tapi puas hati jugak laah sebab buat tiap-tiap hari lepas habis kelas tak sabar nak balik bilik. Nak tido! haha.

Dan, of courseeee!

Rinduu laahh semua-semua nieh. Yelah. Dulu semua dekat PJ. Tapi lepas nieh, malah sekarang nieh, dah ade yang pergi Gombak and ade yang pergi Kuantan. Takpelaah. Nanti kita buat reunion laahh. Nama dia, Reunion Room 834, 838, 344, 109, 516. Hahahh! Banyak kan room kitorang. Bilik kami, bilik mereka jua. Bilik mereka, bilik kami jua. hehe. Jumpe laagiiii! :)

Sunday, January 2, 2011

Kisah cuti tamat.

Cuti dah habis.
Besok ade kelas.
Hari ini kena balik.
Okayy, Jage diri baik-baik :)

Pssttt! Ini bukan pantun taauuu.

Kisah bukan khas tahun baru.

Aku dah lambat sikit. Pasalnye jam dua belas malam tadi aku ade dekat kampung. Nie sekarang dah balik Jalan Duta dah.

Terus pergi bukak Facebook update status. "Ahh. Terlambat sikit post sebab jam 12 malam ade dekat kampung. Buat kawan-kawan sebaya, selamat 20 tahun. Umur dah PULUH-an. Bukan BELAS-an." Pasalnye, dah dekat sebulan aku perap status tuh dalam kepala aku. Ingatnye nak updatekan mase dua belas malam tadi laa. Tapi apekan daye. Takpe. Sempat lagi. haha.

Selamat tahun baru semua. Selamat DUA PULUH tahun aku dan  rakan sebaya. Kita bukan BELAS-an lagi. Tapi dah PULUH-an. Semoga berjaya dunia akhirat. InsyaAllah.

Sekian saje ucapan tahun baru saya. Jadinye, aku bukanlah nak cerita panjang lebar pasal tahun baru. Takde dok nak kira-kira tarikh cantik satu satu satu satu ape semua. Nak cerita pasal tahun baru? Bace jer lah yang tahun lepas punya, 2010.

Sehari sebelum hari aku balik kampung (hari Rabu), aku kemas-kemas bilik bagai nak rak. Pindah katil, meja, rak buku ape semua. Adik aku yang kecik tuh dah bosan katenye dengan susun atur yang lama. Hidup perlukan variation. Ideas for life. haha.

Sedang-sedang kemas aku jumpa macam-macam yang buat aku ingat dekat MRSM Taiping dulu.


Planner! Owhh yeah! Tanpe planner, bagaimane lah kami. Semua perancangan-perancangan hidup dekat Taiping ade dalam tuh. Lagi-lagi yang paling penting part kaler pink. Cuti! Cuti! dan Cuti!. Part yang paling scary yang kaler kelabu. Exam! Exam! dan Exam! haha!


Kita fokuskan kepada yang warna kuning tuh. Eyh, eyh, due-due kuning yer. Baiklah. Yang hujung sane tuh set-set compilation past sem question sepanjang dekat UIA nieh. Tak masuk yang sem nie punye. Banyak kan? Bukan larat nak buat semua pun. haha.

Kita kembali fokus kepada Jubli Perak tuh. Tiba-tiba aku upload status dekat Facebook cenggini,

Okayy. Aku nak start countdown untuk Jubli Emas pulak. ahaha. Semangat.

Laginye, aku cume selak-selak majalah maktab. Tengok-tengok gambar lama. Pasal majalah maktab tak perlu cerita panjang lah kot. Sebabnye dah banyak dah cerita dekat entri yang di linkan.

Taaapiii, yang link tuh majalah maktab mase form five, meh aku tunjuk sikit gambar mase form four. Tapi mintak maap laa. Gambar tangkap pakai handphone megapixel rendah memang tak clear SANGAT. haha.


Izzani yang beranak panah okayy. Sekian, jangan tenung gambar aku lame-lame. Bukan nampak pun. haha!

Cumanya, aku ade curik satu gambar. Tengok nie?


Gambar agak kabur kerana menggunakan camera handphone bermegapixel rendah. Teka-teki hari ini, siapakah yang bertanda anak panah? Tengok homeroom pun dah tau, Encik Rahman yaa beda beduu. ahaha.  "Maap encik. Tumpang curik gambar kejap boleh?" haha.

Kite bergerak pule kepada proses mengemas almari baju.


Terjumpa lah ini. Ape in? Bajulaahh. haha. Ini lah baju yang aku pakai dekat maktab. Baju kuning kain cokolat. Ade lagi satu, baju biru kain blue black. Tapi tak jumpe laa. Frust. Yang sebelah sane tuh kain hitam. Bila mase pakai? Owhh, kain tuh start pakai lepas perlantikan BWP laahh. Kain hitam baju putih. Tapi baju putihnye dah tak tau pergi mane dah. Ahh. Frust lagii.


Ape pulak nie? Bacelah tajuk tuh sendiri. PERANCANGAN TAHUNAN BIRO KEBUDAYAAN. Owhh yeahh! Ini biro yang aku pegang mase jadi BWP dulu. Mestilah kene ade Perancangan Tahunan kan.



Tapi, almaklumlah, adat kehidupan, tak semua yang kita rancang boleh jadi. Tapi syukur, tak semua, at least ade aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan. Lagi-lagi dengan sokongan ahli biro art and culture, ARTURE :)

Oraitt. Setakat itu sajelah benda-benda yang aku sempat ambik-ambik gambar dan kongsi-kongsi cerita mase dekat maktab dulu. Masa akan datang, cerita pasal kenangan dekat UIA pulak.

Selamat tahun baru tau korang :)