Then, as usually, setiap tahun abah akan bawa kami melihat percikan bunga api di malam Tahun Baru. Selalunya Tasik Titiwangsa jadi port kami sekeluarga. Tapi tahun ini, tukar sikit, plan nak pergi Dataran Merdeka, tapi jam yang tersangat-sangat jam. Tau-tau la, kalau da name KL, takda jam bukan KL la tuh. Lagi-lagi malam Tahun Baru nieh. Sume orang macam bersemangat berada di atas jalan raya. Kalau kereta pun dah berderet, apetah lagi motor-motor. Ade pulak budak-budak yang berbasikal ramai-ramai are ChowKit tuh. Tu la yang dipanggil rempit junior. Umur masih setahun jagung, tapi dah berani merempit kat jalan-jalan. Yelah, nak amek lesen motor belum boleh lagi, sebab tu bawak basikal tuh. At least kalau jatuh, luka nya masih boleh dirawat oleh rakan seangkatan jugak la.
Owh. Not about that sebenarnya nak cakap. So, abah park kereta dekat area kampung baru and kami keluar kereta dan berjalan-jalan dan berlegar-legar di depan tuh. View kami sekarang, direct to KLCC and sebelah pulak Dataran Merdeka. So, bile bunga api tu start, kami dapat lihat bunga api dari side KLCC and dari side Dataran Merdeka. Even we are not there, tapi tempat kami sekeluarga melepak tuh still ramai jugak orang. Rasenye sume tuh orang-orang yang senasib dengan kami kot. Pukul 11.30 baru nak keluar rumah, memang takde can la nak tengok direct kat KLCC or dataran. Haha. Ape yang tertarik, ade sekeluarga berbangsa India di sebelah kami, bila start bunga api tuh, mereka masing-masing saling salam and wish Happy New Year dengan penuh perasaan gembira. Haha.
Walau gembira manapun, walau excited manapun kita menyambut tahun baru nie, yang penting bernyukur pada Allah sebab masih beri kita kesempatan untuk menjengah tahun baru ini. Dan kalau tanya aku ape azam tahun baru aku? Aku takkan ada jawapan tuh. Sebab bagi aku bukan hanya tahun baru jer kita kene berazam, dan takda istilah "azam Tahun Baru", tapi kita boleh berazam bila-bila masa kita terdetik untuk menjadikan yang buruk itu baik, menjadikan yang baik itu lebih baik, menjadikan yang lebih baik itu cantik dan menjadikan yang cantik itu lebih cantik. (.^_^.)
2009 : Aku takkan lupa tahun ini. Tahun yang banyak memorinya. Kalau tanya adakah kegembiraan? Aku jawab, sudah tentu! Beribu-ribu kegembiraan. Kalau tanya adakah kesedihan? Aku jawab, sudah tentu ada, tipu la kalau tak penah sedih dalam hidup. Kalau tanya yang mana lebih, kegembiraan atau kesedihan? Jawapanku Kebahagiaan. Kerana kesedihan akan disembuhkan dengan kegembiraan dan kegembiraan itu sendiri memberikan kebahagiaan. Aku Bersyukur. Terima Kasih. :)
SELAMAT TAHUN BARU
2010.
2010.
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.