Tuesday, November 30, 2010

Kisah P.

Salam petang lepas habis kelas.

Haa. Benarlah, aku baru habis kelas. Sungguh pelajar yang cemerlang aku ini bukan? Sudah dapat cuti, masih mahu ke kelas. Ahh! Merepek saje lah kau zany. haha.

Ingat lagi tak kau orang akan kisah aku yang ini. Betapa aku bersemangat buat surat ambik cuti untuk minggu ni. Haa. Untuk hari ini lah tuh. Pasalnye, pagi-pagi bute tadi aku ade test JPJ.

Giler lah kau zany. Bile mase ntah kau amek lesen. Tarak cerita pun kan. Tak laa. Aku malas nak kecoh-kecoh. Pasalnye segan laa beb orang lain yang sebaya, bah kan lagi mude dah berkurun lame amek lesen, dah siap nak dapat lesen kompiten dah, aku masih terkedek-kedek belajar kereta. haha.

Dua minggu lepas, aku dah pun mengalami test JPJ nieh. Tapi, apekan daye. Pisang berbuah dua kali. Kena attend JPJ lagi sekali. Pasalnye, yang minggu lepas tuh aku tak lepas dekat slope ataupun name senangnye bukit. Sayangkan. Jalan raya dah elok molek lulus, boleh kantoi dekat slope.

Ceritanya, aku dah tarik handbrake, tapi entah kenapa bila angkat kaki kanan nak ke minyak, kereta dengan rase bangga nye mengundur ke belakang. Ohh! Kantoi jugee! Silap aku sendiri. Tarik handbrake tak cukup kot. haha. Segan dengan uncle JPJ.

Tapi hari ini, Alhamdulillah, dapat buat dengan jayanya. Slope, Parking, Three pointer, gonna miss u. hehe.

Bila dah lulus, tiga orang utama saye akan call dulu kan. Tak yah bagi tau sape pun mesti dah boleh agak kan? Untuk tiga orang utama, terima kasih banyak-banyak. Love you always tiga orang utama. :)

Tak lupa jugak dekat adik, adik, adik, dan adik sedara. Thanks tolong teman kaklong tiap-tiap petang dan malam pergi practice bukit dekat sebelah court tennis tuh. haha. Nanti kaklong belanja kopiko. Okayy kan? hee.

"Dah laa kau zany. Dapat lesen jer pun. Cerita nak lebih. Bajet jer", Kate aku dekat diri sendiri.

Dah laa. Aku nak pergi keluar dari CC nieh untuk carik makanan. Ingat nak duduk lame-lame sampai waktu makan, tapi segan lah duduk dekat CC nie lame-lame. Ramai laki.

Sunday, November 21, 2010

Kisah untuk adik SPM

SPM kan minggu depan?

Bila? Bila? Selasa kan?

Adik-adik, tak laa, kau orang dah 17 tahun, dah besar, tak boleh panggil adik dah/ hehe. Tak kira yang ada di rumah, di sekolah, di pusat tuisyen, mahupun di pejabat (ade ker?), semoga berjaya tau nanti.

Nak cakap pasal result macam lambat lagi. Tahun depan baru keluar. Jadinye, cume cakap pasal amek exam dulu lah hendaknye yer. Moge dapat jawab exam dengan tenang dan berjaya.

Haa. Nie ade sikit tips dari akak. Cewahh. Akak haa. Umur tak cecah 20-an lagi. hehe.

1. Sarapan pagi-pagi sebelum exam. Aku nie jenis yang tak suka breakfast. haa. Amek, kelaparan mase tengah jawab exam. Lagi pulak hari first, neves die semacam sikit. Bila perot kosong, nak tulis karangan beribu patah perkataan tuh mula laa menggigil. Makan tau pagi-pagi!

2. Tidur awal malam sebelum exam. Yang nie tak yah cakap sebab ape pun dah tau kan? Nak jawab exam sambil sengguk-sengguk? Tapi dulu-dulu, ade paper yang seyes lame giler waktu die. Kadang-kadang aku tidur jer jugak bila dah tak tau nak buat ape. haha. Mase SPM tak ea. Pengawas yang jage tuh ade aura buat aku tak boleh tidur. wahaha.

3. Bace lah lagi dah last minit tuh. haha. Yang nieh orang selalu tak bagi. Orang cakap, dah last-last minit tuh, takyah bace-bace dah. Tak tau laa. Kalau ikut aku, aku bace jer lagi. Dah tuh, ade 2 jam lagi untuk next paper, sampai hati ker nak bergurau-senda, main teka-teki dalam masa-masa tuh. Tak kan? Bace jer laa. Kot-kot yang last-last minit tuh masuk soalan. Tak ker gembira. haha.

Dah laa. Dah takde tips dah. Tips yang lain-lain tuh mesti cikgu sekolah tak pun penceramah bebas dah bagi kan? Sekian sahaja dari akak yang mude. Pesanan penaja yang tulus ikhlas. Semoga berjaya dapat sepangsa huruf A+ nanti.

Kisah untuk Ayuni.


HAPPY BIRTHDAY,
AYUNI BINTI RAZAK.

Sunday, 21-11-10

My dear roomate, Yun,

Selamat Hari Jadi. Yun dah 19 tahun. Tahun depan 20 tahun. Agak-agak dah boleh makan nasik minyak Yun tak? ehehe. :P

Moge berjaya-berjaya selalu Yun. Thanks for being a nicest roomate ever. Macam nak roomate dengan Yun lagi jer dekat Kuantan nanti.

Okay Yun. May Allah bless you always kay. Moge Yun gembira-gembira selalu tau. Moge business printing Yun pun berjaya jugak tau. hehe.

Saturday, November 20, 2010

Kisah "segala kesulitan amat dikesali".

Selamat hari raya korban ketiga. Sudah cukup kah anda berkorban? Sudah berapa ekor lembu kah yang anda makan? Itu bukan persoalannya untuk entri ini. hee.

Tadi, aku sedang sibok buat surat untuk ambik cuti due minggu depan. Cuti sebab ape? Haa, yang tuh nanti-nanti aku bagi tau okayy. Aku nak ambik cuti pun sehari jer. Bukan nye setahun.

Tapi yelah. Dah name pun _ _ _. Sikit-sikit buat surat. Sikit-sikit buat surat. Aku rase, untuk sepanjang dua tahun aku dekat situ, berapa puluh surat dah aku hantar dekat office tuh. Femes kan aku? Bercinta dengan makcik office. Main balas-balas surat.

Haa. Banyak laahh kamu. Aku suke bagi surat dekat office pasal aku nak balik awal jer. Hari Jumaat aku selalu takde kelas. Jadinye, aku selalu nak balik Khamis. Tuh pun kena surat. Ayoyo. Memang tiap-tiap minggu aku kena buat surat.

Last-last, start sem nie, diorang dah taknak kot bace surat-surat aku. Justeru itu, tidak membenarkan langsung student untuk balik awal. Ape kes?

Dan nieh tadi, aku buat surat untuk ambik cuti sehari jer, pun jenuh pikir ayat. Satu ayat yang aku seyes dah tak tau nak pikir ape. Selalunye tau, tapi tiba-tiba kali nie tak tau pulak. hee :P

Lantas aku Google,



"Segala kesulitan amat dikesali". Ape kau dalam bahasa Inggeris haa? Aku nieh dah laah lemah subject BI. Carik dekat google pun tak jumpe. Nyampah I. hehe. T_T

Last-last aku buka facebook, carik siapa yang boleh dijadikan bahan rujukan. hehe. Ramai yang boleh jadi bahan rujukan, tapi aku nie pemalu sikit. Name nak tegor-tegor orang yang tak biasa aku tegor dekat facebook uh memang jarang sekali laa berlaku. Lagi-lagi sebab nak tanye "segala kesulitan amat dikesali dalam bahasa inggeris ape?". Haaii, memang tak dapat laa.

So, aku ambik keputusan, tanye orang yang dah biasa jer lah dengan aku. Nur Fatin Che Mat.


Dan lepas tuh. Lepas fatin pikir-pikir, dia pun tak tau jugak. haha. Lawak-lawak. Same-same tak tau. Tak femes lah kau "segala kesulitan amat dikesali". haha.

Kemudian, perbincangan diteruskan.


Macam-macam yang keluar haa. Sampai "if there is any mistaken..". haha. Aku tak buat salah kot tin nak ambik cuti. Tapi takpe. Demi mengenang ayat yang boleh tahan sesuai tuh, aku pun lantas bersetuju. ahaha.

Dan last-last sekali. Fatin bagi jawapannye jugak "sorry for all inconvenience" lepas tanye boyfriend die. Yeaahh! Itu yang saya carik. haha. Thank you fatin and boyfriend die. haha.

Akhirnye, siap jugak surat aku. Dan boleh laa diprint dengan selamatnye. Semoga diluluskan. Puhh! Puhh! (tiop dekat surat).

Sebabkan "segala kesulitan amat dikesali" jer pun, bincang sikir punye lame en. haha!


Thursday, November 18, 2010

Kisah 10 benda lepas sapu sampah.

Salam petang.

Pagi tadi aku baru jer selesai menyapu seisi rumah. Jadi, untuk kali ini, aku nak senaraikan 10 benda yang selalu kita jumpa bila tengah sapu rumah. Kejadian ini berlaku dekat rumah aku. Dekat rumah kalian, aku tak sure. hehe.



1. Rambut. Seyes, di merata-rata tempat, sudut dan corok dalam rumah, hatta di bilik air sekalipun, rambut tak pernah lepas dari pandangan aku. Ada jer di atas lantai. Agak-agak bila kumpul-kumpul balik, boleh siap satu set rambut palsu. haha. Almaklum lah, wanita kan. Takpe, nanti pakai syampu Sunsilk elak keguguran rambut.

2. Duit syiling seposen. Benda nieh selalu dijumpai dekat celah-celah almari, bawah meja study dan jugak bawah katil. Aku terlupa lah pulak, nak kumpul-kumpul tadi. Rasenye kalau dikumpul-kumpul, boleh membawa kepada membeli Perodua ViVa sebijik. Over!

3. Habuk pemadam. Pantang kalau sapu bilik study tuh, habuk pemadam maaakk aihh, menggunung capai takat didih dah. haha. Dulu mase zaman kanak-kanak suke sengaje bersuke ria buat habuk pemadam gentel-gentel pakai pembaris kasi dia jadi habuk kecik-kecik. Lagi menarik kalau beli pemadam warna-warni, nanti habuk pun jadi warna warni. Boleh buat perhiasan terus.

4. Manik-manik buat gelang. Haa. Nieh lagi satu. Ade saje manik di mana-mana. Aku pun pelik, mane datang asal-usul manik-manik tuh semua. Kalau jual agak-agak berharga tak? Kalau mutiara takpe lah jugak kan.

5. Pin tudung atau peniti. Hilang sebijik, dan dan pergi ajak ibu Jalan Tar. Ape ntah lagi hilang dua tiga bijik. Tapi bila sapu satu rumah, boleh jumpa lima enam bijik. Tak ke banyak tuh. Membazir itu amalan tak mulia tau. haha.

6. Putik kapas. haha. Bukan ape, kadang-kadang kite terlupa kan. Yelah, betapa nikmatnya korek telinga kan. Dan dan terlepas pulak putik kapas dari tangan. Bila sapu-sapu tengok ade celah sofa, ade bawah katil. haha.

7. Kuku. haa. Kuku pun boleh jadi merata haa. Biase lah, lepas-lepas ketip kuku, halus kan. Kadang-kadang ade yang tertinggal. Kalau aku, tak. Lepas ketip kuku, aku akan kira kasi cukup sampai sepuloh. Kalau potong kuku kaki sekali, kasi cukup sampai dua puloh. Baru lah buang ke tong sampah.

8. Nasik. Nie satu habit aku dan adik-beradik aku. Makan selalu tak kira tempat. Bukan setakat atas meja makan, ruang tamu, atas sofa, kalau tengah online, dalam bilik pun boleh jadi ruang makan. Bila dah kena marah, baru lah terkedek-kedek pergi meja makan.

9. Plastik gula-gula. Yang nie bukan habit aku, tapi, habit adik aku. haha. Beliau suke sangat makan gula-gula sambil tengok TV. Lepas tuh terlupa nak buang sampul gula-gula tuh menghala ke tong sampah. Alangkah naik nya angin bila tengok semut-semut api berkerumun atas lantai. haa. Shieldtox segera berkhidmat.

10. Habuk. haa, yang nieh dah confirm lah kan. Semua tempat pun kalau sapu akan sapu habuk kan. Tak kira lah habuk yang datang dari kipas, dari bawah carpet atau dari kawasan luar rumah.

Jadinye, sebab itulah kite kena sapu rumah selalu. Kalau tinggal dalam habuk, nak nafas pun tak sedap. Bukan setakat sapu sampah, sebab kalau sampah tuh besar-besar macam dekat tempat pelupusan sampah tuh, tak boleh nak sapu, amek jer pakai tangan, campak dengan sopan dalam tong sampah. Tapi kalau habuk-habuk kecil tuh boleh laa disapu, kalau sedikit malas, pakai saje vacuum.

Sekian, selamat menyapu seisi rumah.

Kisah buat rakan belog.

Untuk entri kali nie, aku nak tujukan khas buat kawan-kawan sebelog sekalian.

Yang pertama sekali. Terima kasih yang tak terhingga dan salam terharu buat NAJLA. Penghargaan ditujukan khas untuk entri yang ditujukan beliau untuk aku. haha. seyes terharu.


Ceritanya begini. Aku dah laa kekurangan kawan-kawan AED. Tapi, aku teruja bila tengok hasil-hasil kerja budak AED. Bakal architect laa katekan. Alang-alang aku ade kawan AED macam najla, aku suruh dia buat projek cardboard putih tuh dekat bilik aku. Sebabnya aku nak tengok hasil dia nanti.

Tapi tak boleh, sebab bilik aku tak menyediakan perkhidmatan gam yang boleh bagi benda tuh melekat cenggitu. haha. Kadang-kadang bila dia ada dekat bilik study, tak pun dekat bilik aku, aku suka tenung dia buat kerja. haha. Terpesona. 

Untuk lagi di bawah nieh, aku akan pakai kata ganti diri 'kite' okayy. Jangan gelakkan aku, sebab aku nie pemalu kalau kau orang nak tau. :)

Yang keduanya, untuk FIEYKA.

Thanks for the tag. Really aprreciate it. Tapi kite tak sure lah yang fieyka tag tuh untuk award or untuk contest tuh. Nak ambil award, rasa macam malu-malu kucing jer pulak, sebab kot-kot fieyka tag untuk contest kan. Tapi, kalau nak bagi pun, ape salah nye. hehe. Gurau-gurau.


Yang ketiganya pulak, untuk FARAH AINNA.



Farah, soryy sangat-sangat. Kite baru perasan yang awak Farah sedara kite. haha. Sebelum nie kite follow and approve Farah dekat Facebook, seyes, kite tak perasan. Sebab dah lama tak jumpa, kite tak berapa cam sangat dah muke. hehe.

And lagi satu, kite tak tau name penuh Farah is Farah Ainna, sebab panggil Farah jer kan. Sebab tuh tak boleh perasan. hehe. Seyes mule-mule mase kite follow blog Farah sebab saje blogwalking, terjumpa blog Farah, and nampak menarik. Tak sangka yang kite follow nieh rupenye Farah sedara kite. hee.

Waa. Malunyee. hehe. Farah mesti dah lame perasan kite kan? Mase Farah add dekat Facebook ritu lagi kan? haha. Seyes, kite tak perasan. Ade tengok gambar. Tapi tak semua. Lagipun, muke Farid dah lain, kite jadi tak cam. Sebelum nie jumpe mase muda mudi lagi kan. haha.

Kite jadi perasan, baru jer nie tadi. Lepas tengok entri pasal family dinner Farah tadi. Rase macam kenal jer. Tapi still tak sure. And scroll down lagi nampak gambar mama and abah Farah. Baru lah perasan. hehe.

So, sorry. Nasib baik tau jugak. Kalau tak kite just ingat Farah is kawan blog jer macam biasa. Rupenye sedara kite. Bile-bile jumpe lagi okayy. :)



Kisah salam Aidiladha dan takbir raya.

Salam Aidiladha. Haa, aku dah agak dah. Sign in Sign in jer aku dekat belog nieh, dah agak sure dah dekat dashboard banyak cerita pasal Aidiladha nieh.

Jadinye, aku pun same-same laa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Moga hidup kita sentiasa diberkati Allah dan terus menuju ke jalan yang diredhaiNya. Berkorban lah kita selagi daya. Ingat lah kita, walau sekecil mane pun kudrat yang kita korban kan, InsyaAllah, balasanNya berlipat kali ganda.

Macam-macam pesanan kan untuk hari raya nieh. Dan lagi satu, ingat lah manusia, jangan alpa. Bila dah raya Aidiladha nieh tak boleh lari lah dari daging lembu tiga empat kilo. haa. Jangan main tibai jer makan tak ingat dunia. Bawak-bawak kan mengawal nafsu pemakanan anda. Jangan nanti esok-esok haribulan klinik, hospital, rumah sakit dan farmasi-farmasi berdekatan sibuk orang pergi ambil ubat darah tinggi okayy (Minta dijauhkan. Moge semuanya baik-baik saja) :)

Maaf. Aku agak lambat menyampaikan salam raya nie kan? Almaklumlah, orang busy. haha! owhh. Tidak busy sama sekali. Aku cuma tak sempat jer nak online di awal waktu. Lagi pula, aku baru jer sampai rumah, dari kampung tadi.

Hmmm. Raya-raya macam nieh, dengar takbir dari malam tadi, teringat jugak dekat arwah atok. 14/11/10 hari tuh, genap lah setahun atok pergi mengadap Ilahi. Dah setahun dah atok pergi rupanya. Rasa macam baru kejap jer.

Aku nak jer update pasal ni hari tuh, tapi disebabkan kengkangan masa aku kena balik UIA dan juga kengkangan laptop aku yang bermasaalah, buat aku terpaksa postpone ke hari ini.

Ingat lagi tak kalian akan kisah aku yang ini. Hari tuh aku cerita-cerita dengan kawan aku detik-detik akhir atok. Nak jatuh air mata rasa. Sedih. Syahdu. Pilu. Rindu.

"Assalamualaikum. Esok 14 Nov, genap setahun abah/atok kembali ke rahmatullah. Marilah bersama-sama kita sedekahkan al-fatihah dan doakan allahyarham ditempatkan ke dalam syurga Allah. Al-Fatihah..."
Received: 13.11.10

Ini message yang abah aku sent dekat semua adik-beradik abah dan anak-anak buah bagi sama-sama kami seisi keluarga mengingati atok. Moga atok tenang di sana dan InsyaAllah, ditempatkan di dalam syurga Allah.

Saturday, November 13, 2010

Kisah Puteri Santubong.


Amboi amboi. Bangga rasa aku bila tengok friend request dekat facebook, Puteri Santubong add aku. Tak sangka la pulak Puteri Santubong teringin nak berkenalan dengan aku. Aww. ahaha.

Ape laa. Aku punya lari dari myspace salah satu sebabnya adalah sebab dah terlalu ramai pakai nama-nama glemer nieh. Ada nama Si pencinta kayu manis laa, Sayang che pah laa, Awek laut cina selatan laa, Sayang dia ketat-ketat laa. Allooohaaiii. Dan dan pulak dekat facebook dah bergejala.

Bila dah pakai nama-nama cenggitu, mula lah aku garu-garu kepala, siapa pulak insan yang bernama sekian-sekian nieh. Terpaksa laa pulak pergi new tab bukak profile konon nak tau jugak siapa kan. Ditambah pulak bila letak gambar profile picture tuh dengan gambar si adik kartun sinchan, memang sungguh mendorong setiap manusia untuk terpaksa tekan photo dia daa.

Dan dan pulak segala bagai dalam profile tuh nak private. Tinggal gambar game Farmville (seyes aku tak reti eja) jer yang boleh preview, tak pun gambar jersi bola yang edit-edit mase zaman kegemilangan lagu Waka-waka uh. Lantas, dengan rasa penuh merendah diri nya aku dan mouse aku, terus mendorong beliau ke button X.

Aku bagi tau awal-awal, aku nieh yang jenis sikit-sikit new tab. Sikit-sikit new tab. Kadang-kadang rimas jugak kan melambak sangat tab-tab tuh. Jadi, profile-profile yang dirasakan mendorong mouse ke button X, harapnye bersabar lah yer. Lagipun, aku cuma tekan Not now jer dekat friend request tuh. Not now means bukan sekarang kan. Jadinya, tak semestinya tak di add kan. Kalau facebook sediakan button Next two years ker, nescaya aku akan pertimbangkan request kalian.

Mintak maap laa. Aku bukan nak jadi sombong ker ape kan. Yelah. Kalau dah melambak-lambak kawan (kalau yang kenal takpe, nieh yang tak kenal) dalam friend list tuh, akan mengundang kepeningan di kepala jugak kan. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Bukan begitu?

p/s : Puteri Santubong, harap dapat sampaikan salam dekat Puteri Sejinjang.

Friday, November 12, 2010

Kisah paintball dan RAFEST.

Salam kawan-kawan.

Hai! Hai! Hai!.

Aku dekat rumah nieh korang. Ingat minggu nieh tak balik, taapiii, tak boleh laa. Rumah tuh kan dah macam wajib untuk tiap minggu. haha.

Owhh ya! Nie nak cerita. Sebelum tuh, aku bukan lah FSCC, bukan juga FRC, malah juga bukan MRC. Cuma sekadar pelajar biasa yang duduk dekat KC.

Haa. Yang baca blog nie (kalau ada laa) ada kawan UIA, ada kawan Taiping, ada jugak kawan dari yang lain-lain. Kalau yang UIA tuh mungkin dah cukup paham la kot ape tuh CCCCC segala di atas tuh. Tapi kalau yang selain UIA uh, mungkin lah tengah garu-garu kepala dengan penuh tanda soal tengah pusing-pusing sekeliling kepala tiga ratus enam puluh degree. Kan? (sila bayangkan).

Mari mari aku explain secara kasar ape tuh CCCC segala. FSCC tuh kalau dekat Taiping lebih kurang macam BWP laa. FRC tuh pulak kalau dekat Taiping lebeyh kurang macam naqibah usrah kecil dan besar kita-kita dulu. MRC tuh pulak kalau dekat Taiping macam jawatan penghulu blok kak jannah kita dulu, lagi, naib penghulu dan semuanya yang berkaitan dengan blok asrama kita tuh. Ada paham? Harap paham :)

Jadinye, minggu nieh tengah Raudhah Festival (RAFEST). Haa. Yang nieh aku tak reti nak explain cenggana. Anggap jer la macam festival-festival meriah macam tuh. Meh upload gambar segala bagai jap. Ala, gambar dari top view jer bak kate budak-budak AED. Top tak top uh ade laa membawa kepada tingkat lima bangunan Mahallah Khadijah (bilik aku laa senang).


Haa. Nak tau tak? CFS kita tuh, sekarang dah ada gelanggang paintball. Haa. Percaya tak? Percaya tak? hehe. Tak yah percaya pun. Tuh hanya lah gelanggang sempena RAFEST nieh sajaa. Kalau ada rasa-rasa teringin jemput-jemput lah main. Jangan lupa, sedia-sedia kan lah wang ringgit. haha.

Haa. Dekat khemah bawah tuh macam biasalah, perniagaan yang buat student-student boleh shopping sakan. Tapi sayang, elaun belum masuk lagi. Setakat pegang dan tengok tuh jer mampu laa. Ade jual buku-buku, baju-baju, tudung-tudung, kerongsang, jam dan sebagainya. And of corse, semuanya major about Islam laa terutamanya buku-buku dan juga pakaian-pakaian. Boleh laa nak carik-carik baju yang agak-agak lepas dek pak guard (jubah jer senang). hehe.

And, kalau perasan, bukan takat depan nieh jer, hujung nun belakang sana pun ada khemah jugak kan? Nampak tak? Pakai concave dan convex lens okay kalau tak nampak. Masih tak nampak? Sila-sila lah pakai contact lens. hee.

Macam biasa lah setiap kali RAFEST dia suh tutup itu cafe segala. Macam tahun lepas jugak. Jadinya, kalau nak makan, perlulah merangkak ke sana. Mak aihh. Sungguh jauh. Baru jer aku semangat bangun tidur awal pagi tadi menyimpan azam untuk makan roti canai cafe mamak Ali Bistro baru punya dekat UIA tuh. Dah tersekat selera ku tersayang. haha.

Okay lah. Yang lain-lain pasal RAFEST aku tak tau. Kan dah cakap, aku bukan FSCC. Aku rakyat jelata jer. Tunggu jer lah annoucement kata ada apa-apa, aku ikut jer lah kata mereka. haha.

Baiklah. Semoga bergembira semua. Aku tak reti main paintball. Jadi takyah tanye lah tau aku main ker tak. Aku takut kalau main nanti jadi PAINball, tak pun jadi PENATball. Lagi pulak ringgit Malaysia ball aku tarak. haha.

Panjang kan entri nieh? Ingat pendek dah. Haha.

Sunday, November 7, 2010

Kisah insomnia.

Salam semua.

Lagi hari nie, aku macam tak terasa nak cakap panjang-panjang memandangkan masa mencemburui kita. Cewah. Tak de laa. Masa nak cemburu tuh hak dia. Tak boleh nak elak. Kita manusia nie yang kena kejar dia, guna dia, jage dia elok-elok supaya masa kepunyaan kita tuh tak disia-siakan. :)

Okayy. Picture untuk hari ini, yang dijumpai bila berjalan-jalan dekat tumblr orang (tak kenal pun orangnye). hehe. Just a cute picture, sebab tuh terasa macam nak upload. Bak kata adik aku yang kecik sekali dalam diari dia "dia tuh ciut sangat". haha.

*tengah carik USB handphone nak letak picture nie dalam handphone. Tapi USB tak dijumpai lagi. aiseyman. haha.


Nak buat tumblr. Tak nak. Nak. Tak nak. Nak. Tak nak. haha. memang TAK NAK pun. Cukup lah blogspot nieh kan.

Friday, November 5, 2010

Kisah alkisahnya.

Dear you, lets learn ABC jom! Lets sing along! La la la la la (lagu ABC mase sekolah darjah satu).


Dear you, jom jom bila bangun pagi-pagi kita SENYUM dulu. Baru hari jadi ceria. Senyuuuumm manis. :)

Ahaa. Baby cute senyum cenggitu. Nampak gigi dua batang.

Dear you, you know what.


Betooll. Seriouss! Haha.

One more thing. Jangan lupa tau. Kenapa susah sangat nak suruh nieh? Haha! :P




But actually, i just want to say, Thanks for this. hehe.

Kisah cerita satu dan cerita dua.



Hello! Hello! rakyat Malaysia semuanya.

Ishh. Tak baik aku main hello hello. Hari yang indah selalu nya kena mulakan dengan salam dan senyum. Salam semua. :)

Yahoooo! Aku sudah sembuh. Sudah sembuh. Lalalala..

"Eyh2, zany nie sakit ape pulak?", tanya korang. Kan? Dah tau dah. hee.

Takde. Takde. Aku tak sakit ape-ape, cuma dah sembuh jer.

Aiseyman, seyes, aku dah cakap dah memang tak boleh pakai punya entri nieh. Cakap jer lebeyh, tengok-tengok berblogging-blogging jugak. Haha. Nak buat macam mana beb. Aku memang pantang dapat connection internet.

Wa cakap luu, lepas nieh aku gerenti ade benda lagi aku nak post memandangkan aku dah lame mencarik sumber. Caya lah sama gua.

Okaayy. Dah habis dah cerita satu. Masuk cerita dua.

Eyhh kawan, tadi mase aku dalam bilik adik aku (kakngah), datang adik aku (izzah). Kebetulan pula kakngah tengah jawab soalan Math. Lantas berlaku perbualan macam ini ;

Izzah : Kakngah, tiga ratus enam puluh lima kali lima (365x5) berapa?

Kakngah : (tekan-tekan calculator) Seribu lapan ratus dua puluh lima (1,825).

Izzah : Uisyy. Seribu lebeyh ea.

Kakngah : Kenapa?

Izzah : Tiga ratus enam puluh lima (365) tuh setahun. Lima (5) tuh, solat lima waktu. Hmm. Izzah tak penuh lagi laa. Macam mane nie?

Waa, terharu dengar adik aku macam tuh. Aku yang dulu, mase darjah empat dulu ade ker? pernah ker? fikir macam tuh.

Kisah entri bernada sayu.

Maaf. Entri bernada sayu dan beremosi seketika.

Tuhan bagi kita satu hati. Untuk satu orang. Bukan dua tiga atau empat. Jadi, manusia, jangan salah guna nikmat hati Yang Esa beri.

"Aku tak minta orang jaga hati aku. Aku cuma harap, apa yang aku buat dapat jaga hati orang." Kalau niat ikhlas, InsyaAllah, kebaikan menanti.

Hati kita bukan keras macam batu. Tapi lembut macam angin bayu. Sebab tuh amanah untuk kita kena saling jaga hati manusia supaya nanti tiada yang bersedih sayu.

Buat apa nak benci orang kalau dah tau orang tak de salah dengan kita. Jadi, "aku tak pernah dan tak nak benci orang, sebab aku tau, sifat benci tuh buat diri sendiri yang rugi."


Sekadar renungan sesama manusia.

Tuesday, November 2, 2010

Kisah aku dan blogspot. Babai.

Minggu nie (mungkin minggu-minggu akan datang juga), aku akan sibuk mencari-cari info tentang tajuk bagi subjek EAP aku.

Untuk minggu lepas dan minggu nie saja, sibuk mencarik tajuk. Minggu-minggu akan datang, aku tak tau sibuk ape pulak. Tapi yang pasti, kerjaya mencari tajuk dan info-info seterusnya tuh akan mengganggu sedikit waktu-waktu aku untuk tanggungjawab kepada nusa dan bangsa. HAHA. Over! Bukan. Maksud aku, tanggungjawab aku terhadap blogspot.

Jenguk-jenguk boleh. Update? Tak seactive dulu mungkin. MUNGKIN tau aku kata. Jangan percaya sangat. haha.

Masuk kelas, madam cakap, "I want to see the topics that you have researched". Tapi madam, saya tak de laa berapa research sangat lagi tajuk saya. Sekadar Google kecil-kecilan tuh ada laa. Selak-selak buku (library research) tuh akan datang lah kan madam kan? Tunggu madam approve tajuk saya dulu lah (harap-harap laa).

Jangan tanya lagi aku buat research tajuk apa. Nanti dah approve baru boleh tanya. Buat sementara waktu nieh jawapan aku tetap, "belom sure lagi".

Okay lah. Sekian saja dari aku. Babai (jangan buang huruf A sebelah I tuh. lain jadinya nanti). kueng, kueng, kuenggg. :)