Tuesday, November 30, 2010

Kisah P.

Salam petang lepas habis kelas.

Haa. Benarlah, aku baru habis kelas. Sungguh pelajar yang cemerlang aku ini bukan? Sudah dapat cuti, masih mahu ke kelas. Ahh! Merepek saje lah kau zany. haha.

Ingat lagi tak kau orang akan kisah aku yang ini. Betapa aku bersemangat buat surat ambik cuti untuk minggu ni. Haa. Untuk hari ini lah tuh. Pasalnye, pagi-pagi bute tadi aku ade test JPJ.

Giler lah kau zany. Bile mase ntah kau amek lesen. Tarak cerita pun kan. Tak laa. Aku malas nak kecoh-kecoh. Pasalnye segan laa beb orang lain yang sebaya, bah kan lagi mude dah berkurun lame amek lesen, dah siap nak dapat lesen kompiten dah, aku masih terkedek-kedek belajar kereta. haha.

Dua minggu lepas, aku dah pun mengalami test JPJ nieh. Tapi, apekan daye. Pisang berbuah dua kali. Kena attend JPJ lagi sekali. Pasalnye, yang minggu lepas tuh aku tak lepas dekat slope ataupun name senangnye bukit. Sayangkan. Jalan raya dah elok molek lulus, boleh kantoi dekat slope.

Ceritanya, aku dah tarik handbrake, tapi entah kenapa bila angkat kaki kanan nak ke minyak, kereta dengan rase bangga nye mengundur ke belakang. Ohh! Kantoi jugee! Silap aku sendiri. Tarik handbrake tak cukup kot. haha. Segan dengan uncle JPJ.

Tapi hari ini, Alhamdulillah, dapat buat dengan jayanya. Slope, Parking, Three pointer, gonna miss u. hehe.

Bila dah lulus, tiga orang utama saye akan call dulu kan. Tak yah bagi tau sape pun mesti dah boleh agak kan? Untuk tiga orang utama, terima kasih banyak-banyak. Love you always tiga orang utama. :)

Tak lupa jugak dekat adik, adik, adik, dan adik sedara. Thanks tolong teman kaklong tiap-tiap petang dan malam pergi practice bukit dekat sebelah court tennis tuh. haha. Nanti kaklong belanja kopiko. Okayy kan? hee.

"Dah laa kau zany. Dapat lesen jer pun. Cerita nak lebih. Bajet jer", Kate aku dekat diri sendiri.

Dah laa. Aku nak pergi keluar dari CC nieh untuk carik makanan. Ingat nak duduk lame-lame sampai waktu makan, tapi segan lah duduk dekat CC nie lame-lame. Ramai laki.

1 comment:

  1. congrats!
    jgn jadi mcm fara
    hrp je lesen ade
    g mane2 ayah jgak yg anta
    haha

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.