Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Tips makan murah di kedai mamak.

Inilah rakyat Malaysia. Pantang nampak benda murah, laju jer. Semua benda nak murah (yela. siapa suka beli benda mahal yer dak?) Agak-agak kalau masuk toilet harga 30 sen, minta diskaun 50%, dia bagi tak masuk toilet bayar 15 sen jer? Haha.

"Boleh lah bang. Saya buang air separuh jer, separuh lagi saya tahan bawak balik rumah..."

HAHAHA

* * *

Siapa suka makan mamak?

Aku! Aku! Aku!

Hahaha. Aku tak tahu lah manderem apa yang ada pada masakan mamak yang buat aku terliur setiap kali nampak dada ayam goreng mamak besar-besar bila lalu tepi kedai depa. Hoi. Dada AYAM goreng mamak tau, bukan dada mamak. Erk.

Bila dengar orang cerita kedai mamak ada ini, ada itu, letak ini, letak itu, aku cuma mampu berhusnuzon sebab bau ayam goreng dia sangat menusuk qalbu membuatkan aku terpaksa mengalah.

Tapi, satu masalah aku, makan dekat mamak kalau tak cecah sepuloh rengget atau almost sepuloh rengget tak sah. Mahal weh.

Yala. Mana tak nya, paha ayam dia pun tengok lah. Uummphh. Mantap. Isi tebal. wahaha. (tapi sorry aku tak reti makan part paha), taste aku part isi-isi. Tengok pipi lah. heeeeeee. Tengok pulak nasi dia. Satu pinggan menggunung nasinya.

Jadi, untuk mengurangkan kos sara hidup sebab harga barang dah naik dan demi menyokong saranan kerajaan untuk kurangkan makan ayam sebab harga ayam naik (opss), aku telah come out dengan satu idea dengan jayanya.

p/s: Hidangan ini adalah untuk dua orang makan.

Minta nasi satu pinggan pada orang kedai tuh, kalau agak-agak tak cukup, cakap, "Bos, kasi tambah sikit lagi lah nasi, tara cukup lah" sambil kenyit-kenyit mata sikit (hahahaha. JANGAN! Don't try this at any mamak stall). Dosa dosa. And then kandar kan segala kuah yang ada (maksudnya campur segala kuah kari kepala ikan, kari ayam, sambal ayam masak kicap, sambal udang, kuah ayam masak kurma, etc.) dan pilih seketul ayam yang paling besar sekali rupa parasnya, minta dia potong. Ambik papadom sikit.

Lepas tuh ambil pinggan lebih.

Pergi dekat meja yang anda dan kawan anda telah pilih, tunggu sampai dia kira. Selagi dia tak datang kira jangan usik nasi tuh. Berlakon lah main handphone ka, basuh tangan ka, pergi toilet ka, tengok burung berkicauan ka apa. Lepas jer dia datang kira dan dah bagi harga, apa lagi, kau divide nasi tuh kepada dua dan letak dalam pinggan lebih tadi.

Settled.

Satu pinggan lauk ayam dan papadom RM6.00. Bahagi dua, kos makan sorang RM3.00. Haaaa. Bukan senang dapat makan mamak dengan perbelanjaan hanya RM3.00 seorang.

Tak masuk air lagi lah. Tadi aku order teh ais. Agak manis teh ais dia. Jadi mungkin lepas nie aku akan cuba untuk menyokong saranan kerajaan untuk mengurangkan pengambilan gula untuk mengelakkan penyakit kencing manis.

Mungkin lepas ini aku order teh ais dan air kosong, minta gelas lebih pulak ker. Who knows.



Saturday, February 16, 2013

2 restaurants 1 night.

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak buat cerita jalan-jalan cari makan sikit. Dah lama rasanya tak pergi kedai makan gah gah dekat Kuantan nie. Yalah. Semenjak balik dari cuti nie, aku makan nasi kukus, nasi kukus, dan nasi kukus jer untuk dinner. Weekend bukan selalu kan. So, aku & roomates decide nak pergi makan dekat satu kedai makan yang kawan-kawan kitorang dok sebut sebut jugak before nie. Dekat mana?

Haa. Inilah kedai dia. LilaWadi. Masa kawan aku bagi tau, aku macam, "Apa? Lisdawati? ker Lindawati?". HAHA. LilaWadi rupanya. Kedai nie terletak dekat pekan Kuantan, dekat sebelah Sungai Kuantan. Tapi, tersorok sangat kedai nie. Dekat celah-celah bangunan. Kitorang perasan pun sebab ada cahaya-cahaya lampu.
Basically, kedai nie berkonsepkan steamboat & barbecue. Ada beberapa pilihan lauk yang dia offer.
Kitorang order CHICKEN SET SUPREME untuk 4 orang. Untuk side dishes, kitorang order MANGO CHEESE CAKE (1 slice). Air, aku oder ICED MILO SHAKE lah of course. Padahal air milo ais jer tau. HAHA. Datang kedai mahal-mahal, even makan hotel pun, milo jugak menjadi pilihan. HAHA.
ICED MILO SHAKE.
Dekat mana shake nya pun aku tak tau. Dah macam minum Herbalife dah aku rasa ada 'shake shake' tuh. HAHA.
So, inilah lauk-lauk yang ada dalam menu yang kitorang order tuh. Ada ayam, sotong, udang, hamchicken, cendawan, tomato, carrot, kobis dan salad.
The kuah kita boleh pilih sama ada kita nak sup atau tomyam. So, kitorang pilih tomyam lah. And see, udang-udang yang sedang berenang di dalam tomyam, manakala si udang yang berada di puncak itu adalah udang yang kitorang tengah grill.
Makanan, tomyam, lauk dekat sini semuanya sedap sedap. But, one sad thing is nasi dia sikit. HUHU. Untuk perut ruminant macam aku nie, tak cukup untuk nak sampai ke tahap kenyang. Kita boleh pilih sama ada nak nasi atau mee. Of course lah aku pilih nasi sebab tengah lapar. But then, nasi dah habis, perut tak kenyang. Acane tuh?
And last but not least, The Mango Cheese Cake. Sedap wacakaplu. Atas tuh ada mango, then tengah-tengah cheese as an ice-cream and bawah tuh macam cookies sikit. Ala ala Secret Recipe pun ada.
Disebabkan tak kenyang tadi, jalan-jalan cari makan tadi diteruskan pula ke restoran MonRods yang terletak just opposite to LilaWadi. Kena melintas jalan jer lah. Disebabkan alkisah tidak kenyang tadi, kitorang decide untuk order makanan dekat MonRods and share empat orang. HEHE.
MonRods nie kitorang dah pernah datang makan. Mainly berkonsepkan western and tak menyesal lah datang sini sebab makanan dia memang puas hati. Sebab tuh tanpa ragu-ragu boleh decide nak makan sini pulak. HAHAHA.
Woah! How small I am. Tak nampak kan? HEHE.

Dekat sini kitorang order Sandwich jer. Tapi sandwich JER dia, taraaaa

Sandwich dia lengkap dengan fries and coslow. Air pulak kitorang order air masak jer and share 4 orang. AHAHA. Ini kelakar aku rasa.

& & tak perempuan lah kalau tak main ambil-ambil gambar kan. Perempuan memang pemalu, tapi sifat malu itu seakan hilang apabila berjumpa cermin, untuk ambil gambar. Like seriously. AHAHA.

Eh eh, kaki alien ker apa nieh? HAHA. For tonight, aku just pakai jeans ada orang bagi sebab dia dah tak muat, t-shirt purple, tudung merah 2 tones ikat gaya pergi mengaji, dan Woot! Woot! Kasut baru rasmikan beli dekat Rucini. HEHE.

Fuhh. Akhirnya aku survived update entri ini menggunakan wifi UIA sebab malas nak cucuk broadband.



Monday, January 28, 2013

PILLs is not my bestfriend.

Kenapa aku cakap aku tak boleh jadi BFF kepada pills?


Inilah sebab dia. Arghh. Tensi juga bila ada halusinasi begini. Bila size pill itu S, aku akan rasa ubat itu macam size XXL. Aku sangat lah jarang telan ubat. Aku bukan jenis, sakit sikit, telan panadol, pening sikit, telan panadol, period pain telan panadol pink. Tak tak. Aku bukan macam itu. I would rather choose to go to clinic dan makan ubat yang di-prescribe oleh doktor sahaja. Aku tak berapa yakin sangat dengan ubat yang aku prescribe by my own self. HAHA.

Ini bukan kolot. Tapi, berhati-hati.

Berbalik kepada cerita itu tadi, aku tak ingat sampai umur berapa aku minta doktor tolong bagi ubat berbentuk cecair pada aku. Doktor anggap lah saya ini ibarat kanak-kanak yang teruja melihat ubat cecair bewarna warni ibarat sirap walaupun rasanya errrr. Rasa ubat! Dulu, kalau doktor bagi aku ubat pill, makanya, ubat itu akan tersadai begitu sahaja. Riwayat seketul ubat pill. HAHAHA.

Tetapi sekarang, umur dah 22 kot. Kalau minta ubat cecair lagi, kau ibarat menconteng arang ke muka sendiri. Habis hilang lah ke-macho-an sebagai seorang dewasa. HIHIHI. So, aku terima jer lah apa-apa ubat pun. Confirm ubat pill punya melainkan kalau dapat ubat batuk. Yang tuh selalunya berbentuk cecair hitam.

Jadi, kelmarin kan tidak berapa sihat. Makanya pergi lah ke klinik dan lepas doktor check check itu ini, dapat lah ubat. PILLs lah of course! Habis lah aku. Dah berapa lama dah tak practice makan ubat nie. Serius lama dah. Jadi, dengan tidak semena-mena, setiap kali nak makan ubat, aku akan menggunakan idea bernas aku ini.


Taraaa! Amacam? Idea ini semua muncul dari kecil di mana dulu abah selalu potong ubat jadi kecil-kecil kalau nak bagi aku makan disebabkan aku memang susah nak telan ubat pill. Jadi, bila dari rebung dah dilentur begini, maka buluhnya juga melentur begini lah. HEHE. Bijak tak idea abah saya dan anak sulung beliau ini? HEHE.

Tapi, aku still bangga lah dengan diri sendiri sebab rasanya macam dah improve sikit lah makan ubat pill berbanding dulu. Kalau masa Tingkatan 1 dulu, sanggup pergi makan ubat menyorok-nyorok dari classmate sebab malu diorang tengok aku susah telan ubat pill. Walaupun sekarang pun still makan ubat potong, tapi, ada aku kisah? Janji selamat dan pharmacokinetics & pharmacodynamics ubat itu berjalan lancar.

Cewah cewah, awak sejak dah belajar Pharmaco nie, bila dapat ubat, terus tengok tuh apa nama ubat tuh. Lepas tuh terus fikir apa action dia dekat body and side effects dia and bla bla bla. Kalau exam hari tuh, bukan main tak nak hafal lagi side effects untuk setiap ubat sebab banyak dan lebih kurang sama jer semua ubat pun. Nie dah dapat ubat, baru tau nak tengok side effects. Lepas tuh bukan main aware dengan time interval setiap dose lagi. Berhati-hati lah katakan. HAHA.

Alang-alang, mari kita share benda ilmiah sikit untuk dijadikan pedoman hidup. So, untuk hari tuh, doktor telah prescribes kan aku Paracetamol (relief pain lah kan macam biasa) brand Panadol 650. Biasalah, aku demam pun dapat Paracetamol, period pain pun Paracetamol, cabut gigi pun dapat Paracetamol. Nampak tak betapa effective Paracetamol act as a pain killer? Dan lagi satu dapat Amoxicillin (antibiotics) brand Amoxicap. Amoxicillin does not kill the bacteria, but it inhibit the synthesis of cell wall of the bacteria. So, kehidupan bacteria itu akan terjejas lah.

Sekian, terima kasih. HEHE.

Friday, January 25, 2013

Food love me.


I love going back home. Coz food are everywhere.
Kenapa lah selesa sangat makan dekat rumah nie?
Lagi lagi bila tengah online, menghadap laptop, tengok TV,
kondusif betul suasana untuk makan masa tuh.
Ngup ngap ngup ngap, mulut tak berhenti mengunyah.


& why lah food never stop loving me. Huh.
:P


Tuesday, September 18, 2012

Another way to gain khasiat.

Pengganti sayur aku.


Saturday, July 28, 2012

Cuti.

Malam ini dah tertidur lewat.
Buat apa?
Entah.
Kosong.. kosong.. kosong..

Harap-harap boleh bangkit sahur kejap lagi.
Boleh punya,
pasal makan.
Gelak sikit. HAHA.

Baru betul cuti namanya
bila tidur tiga empat pagi.

Salam.


Thursday, July 26, 2012

Makanan jiwa.

"Have you recite Quran today?"

Read Quran, it will come to the Day of Judgement as intercessor to its reader.
-Narrated by Abu Umamah, Reported by Muslim-



Wednesday, July 25, 2012

Pre Professional Exam.


Kalau kita ada Post, mesti lah ada Pre nya bukan?

Dekat Pre ini aku tak nak cerita panjang sebab semua orang pun tahu, sebelum exam mestilah kena study bukan? Common sense.

Jadi, apa yang teman aku masa study? Haa. Itu lah nak cerita nie.


Ice-Cream moo. Entah kenapa, tiap kali nak makan ais krim nie, mesti aku dengan sengaja suka-suka nak buat bunyi "Moooo...Moooo...Moooo". Ice-cream nie awesome kot. Masa sekolah, masa aku jadi tukang jaga Ko-op (Koperasi), aku selalu makan Ice-cream ini lah. Sepatutnya cerita Vanilla Coklat itu pun pakai Ice-Cream moo nie jer kan? Habit zaman kanak-kanak yang aku bawa tiap kali makan Ice-cream macam nie, mesti nak habiskan makan ais krim cepat-cepat sebab nak tengok kot kot ada tulis "Anda menang Ipad" dekat batang ais krim. Huh. Berangan =.="

Cream-O. Mula dengan yang kakngah bagi lah. Sebelum ini jarang sekali lah aku makan Cream-O atau Oreo kecuali Oreo McFlurry. hehe. Tapi, hari tuh kakngah bagi se- (erm erm, apa nak bagi penjodoh bilangan biskut nie weh? Takkan sebatang biskut pulak). Oh. Se-packet biskut ini. Terus aku suka, dan beli lagi satu packet untuk teman masa study.

Keropok 'Mamee'. Kalau nak sebut "Yusuf Taiyoob" kena bisik, nak sebut keropok "Mamee" kena suara garau sikit. Nak lagi nampak effect, pamerkan gigi taring sekali. HAHAHA. Kelakar lah. Ini semua cerita zaman kanak-kanak lah ini. Satu habit yang aku bawa sampai sekarang, asal buka keropok Mamee, mesti nak cari, ada tak benda/sticker/permainan free. Dan of course, monosodium glutamate dalam tuh kita buang awal-awal.

Syok ah. Nak exam pun ada makanan sudi nak teman. AHAHA.