Monday, January 28, 2013

PILLs is not my bestfriend.

Kenapa aku cakap aku tak boleh jadi BFF kepada pills?


Inilah sebab dia. Arghh. Tensi juga bila ada halusinasi begini. Bila size pill itu S, aku akan rasa ubat itu macam size XXL. Aku sangat lah jarang telan ubat. Aku bukan jenis, sakit sikit, telan panadol, pening sikit, telan panadol, period pain telan panadol pink. Tak tak. Aku bukan macam itu. I would rather choose to go to clinic dan makan ubat yang di-prescribe oleh doktor sahaja. Aku tak berapa yakin sangat dengan ubat yang aku prescribe by my own self. HAHA.

Ini bukan kolot. Tapi, berhati-hati.

Berbalik kepada cerita itu tadi, aku tak ingat sampai umur berapa aku minta doktor tolong bagi ubat berbentuk cecair pada aku. Doktor anggap lah saya ini ibarat kanak-kanak yang teruja melihat ubat cecair bewarna warni ibarat sirap walaupun rasanya errrr. Rasa ubat! Dulu, kalau doktor bagi aku ubat pill, makanya, ubat itu akan tersadai begitu sahaja. Riwayat seketul ubat pill. HAHAHA.

Tetapi sekarang, umur dah 22 kot. Kalau minta ubat cecair lagi, kau ibarat menconteng arang ke muka sendiri. Habis hilang lah ke-macho-an sebagai seorang dewasa. HIHIHI. So, aku terima jer lah apa-apa ubat pun. Confirm ubat pill punya melainkan kalau dapat ubat batuk. Yang tuh selalunya berbentuk cecair hitam.

Jadi, kelmarin kan tidak berapa sihat. Makanya pergi lah ke klinik dan lepas doktor check check itu ini, dapat lah ubat. PILLs lah of course! Habis lah aku. Dah berapa lama dah tak practice makan ubat nie. Serius lama dah. Jadi, dengan tidak semena-mena, setiap kali nak makan ubat, aku akan menggunakan idea bernas aku ini.


Taraaa! Amacam? Idea ini semua muncul dari kecil di mana dulu abah selalu potong ubat jadi kecil-kecil kalau nak bagi aku makan disebabkan aku memang susah nak telan ubat pill. Jadi, bila dari rebung dah dilentur begini, maka buluhnya juga melentur begini lah. HEHE. Bijak tak idea abah saya dan anak sulung beliau ini? HEHE.

Tapi, aku still bangga lah dengan diri sendiri sebab rasanya macam dah improve sikit lah makan ubat pill berbanding dulu. Kalau masa Tingkatan 1 dulu, sanggup pergi makan ubat menyorok-nyorok dari classmate sebab malu diorang tengok aku susah telan ubat pill. Walaupun sekarang pun still makan ubat potong, tapi, ada aku kisah? Janji selamat dan pharmacokinetics & pharmacodynamics ubat itu berjalan lancar.

Cewah cewah, awak sejak dah belajar Pharmaco nie, bila dapat ubat, terus tengok tuh apa nama ubat tuh. Lepas tuh terus fikir apa action dia dekat body and side effects dia and bla bla bla. Kalau exam hari tuh, bukan main tak nak hafal lagi side effects untuk setiap ubat sebab banyak dan lebih kurang sama jer semua ubat pun. Nie dah dapat ubat, baru tau nak tengok side effects. Lepas tuh bukan main aware dengan time interval setiap dose lagi. Berhati-hati lah katakan. HAHA.

Alang-alang, mari kita share benda ilmiah sikit untuk dijadikan pedoman hidup. So, untuk hari tuh, doktor telah prescribes kan aku Paracetamol (relief pain lah kan macam biasa) brand Panadol 650. Biasalah, aku demam pun dapat Paracetamol, period pain pun Paracetamol, cabut gigi pun dapat Paracetamol. Nampak tak betapa effective Paracetamol act as a pain killer? Dan lagi satu dapat Amoxicillin (antibiotics) brand Amoxicap. Amoxicillin does not kill the bacteria, but it inhibit the synthesis of cell wall of the bacteria. So, kehidupan bacteria itu akan terjejas lah.

Sekian, terima kasih. HEHE.

4 comments:

  1. ahha same,,makan ubat pil kecik2 dulu mesti hancurkan dulu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA. Yeker. Sama lah kita. Tapi saya bukan takat masa kecil, dah besar pun makan ubat potong lagi nie haa. HAHA.

      Delete
  2. sesungguhnya Dr Sola, Dr Omer berbangga sbb pharmaco and amoxicillin ada dkt blog awk. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHAHA. Tula. Harap Dr. Sola & Dr. Omer baca post kita ini pleaseeee. HEHE.

      Delete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.