Sunday, January 20, 2013

Respect.

Respect.
Kenapa ada segelintir manusia yang tiada rasa hormat?

Pernah sekali. Ohh tak, beberapa kali juga, aku rasa macam, "Hey, siapa aku di sini?"

Sedih tau. Sangat sedih.

Walaupun aku dah ada di tempat itu, tapi masih ada juga yang membuta tidak melihat aku sebagai seorang makhluk di situ. Tak nampak, buat-buat tak nampak, atau pentingkan diri sendiri. Itu aku tidak tahu.

Aku bukan batu, aku bukan dinding, aku bukan kayu. Tapi aku mahkluk bernyawa bernama manusia. Ada hati, ada perasaan dan masih ada jiwa. Kenapa tidak hormat? Kenapa tidak respect? Aku tidak minta engkau tunduk, ikut cakap aku. Aku bukan ketua. Tapi bila mana engkau sudah tahu aku sudah wujud pada posisi itu, tolong hormat. Jangan langkah aku, buat tidak tahu. Buat rasa tidak bersalah. Siapa aku?

Aku wanita bermaruah. Bila engkau berani melangkah posisi aku, oh, aku rasa seperti terpijak betul kepala.

Mungkin, ya mungkin. Jiwa muda. Tiada rasa apa-apa. Masih rasa hendak bersosial seperti biasa. Tapi ingat, aku masih wujud, belum mati. Hati, perasaan, jiwa aku juga belum mati. Bukan bermakna kepala aku sudah terpijak bertahun yang lepas, aku sudah lupa. Dan aku sedang dalam perjalanan yang serious. Bukan main-main, bukan lagi zaman membenarkan sosial di sana sini. Ini satu perjalanan menuju satu matlamat. Tolong hormat.

Seriously, bila beberapa kali engkau cuba, nampak gayanya macam ya, bagi engkau, aku sudah lupa, aku sudah tiada rasa apa-apa dan aku di sini engkau buta kan saja. Maaf. Manusia yang tidak kenal erti hormat, bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali, bagi aku itu manusia yang aku tidak mahu kenal.

Eyh. Tengah berdendam ker Izzani?
Tidak. Aku sedang minta segelintir manusia tolong faham posisi aku. Jangan buta kan aku. Jangan rasa aku tidak wujud. Aku sedih.

Bagaimana pun, aku sedang dan masih bersyukur untuk satu perkara. Sebabkan perkara ini, aku masih mampu senyum, masih berhak rasa gembira, dan masih boleh teruskan hari-hari seperti biasa. TRUSTWORTHY. This is so far enough untuk buat aku tidak terlalu memikirkannya. Aku cukup hargai. Terima kasih.
"Hormat orang lain, dan InsyaAllah orang lain juga akan hormat hak anda."
How people wanna respect you when you do not respect the others?
Think.



2 comments:

  1. Siapa yg berani buat awak rasa mcm itu?
    seriously! -____-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHAHA. Tak specific pun. Saja lah mengarang cerita tanpa pangkal nya. HAHA.

      Delete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.