Friday, January 11, 2013

Perbualan antara Ali dan Peah.

Ali sangat teruja untuk belanja Peah Choki Choki sekiranya Peah berjaya mengharungi cabaran mencabut gigi. Sedangkan Ali tahu yang Peah sedang trauma akan Choki Choki disebabkan kejadian yang berlaku beberapa tahun lepas yang juga melibatkan gigi.

Peah : Siapa nak pun Choki Choki tuh? Tak heran langsung.

Ali : Congkang congkak nak?

Peah : Ape tuh? Syok nya. Jom main congkak dengan Peah nak?

Ali : Tak nak. Ali gayat.

Peah : Haa. Kenapa pula gayat? Apa kaitannya?

Ali : Yela. Orang gayat kenapa?

Peah : Gayat sebab takut ker? Ahh. Tak paham lah.

Ali : Orang gayat sebab tinggi lah. Adoi.

Peah : Lepas tuh. Kenapa main congkak tinggi pulak?

Ali : Haa. Itu soalan Ali nak tanya pada Peah. *krik krik krik*. Eyh eyh, ala, Ali silap. Ingat Peah cakap pasal jongkang jongket tadi. Dah dah. Nak study nie. Jangan kacau.

HAHAHA. Dan dan si Ali terus hendak pergi study. Ali berniat untuk membahan Peah yang membawa maksud Peah berat, bila duduk atas jongkang jongket, Ali akan sentiasa berada di atas dan Peah di bawah. Kelakar punya Ali. Kan dah maluuuu. HEHEHE.


2 comments:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.