Saturday, December 31, 2016

Recap 2016

Assalamualaikum.

Semoga yang baik-baik saja untuk anda semua.

-Recap 2016-


Alhamdulillah untuk nikmat satu tahun ini.
Alhamdulillah untuk segalanya pada 2016 ini.

2016 merupakan tahun yang sangka ku "Yay dah habis", tapi sebenarnya adalah satu permulaan untuk segalanya. Since lebih setengah tahun pada 2016 ini aku habiskan di UIA, maka recap kali ini aku buat khas untuk aku recall kembali saat-saat perjalanan aku menghabiskan ijazah di sana.

Permulaan 2016 bermula dengan struggle dan preparation untuk research. Mula dengan submission of final research report, mock presentation, etc. Sangat beruntung rasanya dapat supervisor yang sangat bagus dan membantu sepanjang menyiapkan research ini. Dengan adanya beliau lah sifat-sifat seperti menyiapkan kerja last minit dan sambalewa dalam diri ini dapat disingkirkan. Hehe. She's always there setiap kali kitorang ada presentation (research proposal, research progress, mock presentation, and conference day). Alhamdulillah. Report dapat submit on time. Daaannn syukur, we won the "Best Research Report", and the "Grand Prize Award" for 5th Dental Students Scientific Conference. And part yang best adalah the other team, our roomate also won the "1st place for Oral Presentation". Dan malam tu apa lagi, kitorang makan best lah. Hehe.

Kemudian, pada March 2016, kitorang membanting tulang empat kerat (cewah) untuk final year Dental Public Health Outreach Program. Seronok. Satu sebab kerjasama satu kelas dan bantuan dari lecturers. Dua sebab bila buat program dan ramai orang datang. Ohh seronoknya tengok orang ramai datang berpusu-pusu support program kami. Rasa macam satu achievement sangat. Dan harapan kami semoga program itu memberi manfaat pada semua yang datang lah hendaknya ya.

Oh. Cakap pasal DPH, satu lagi pengalaman yang tak boleh lupa masa pergi DPH Posting dekat Perak (Ipoh & Taiping). Tinggal dekat asrama kompleks sukan, tidur ramai-ramai dekat lantai sebab nak kena kipas, naik kereta sewa Myvi 10 orang sebab nak pergi Gerbang Malam. Hahaha. Masa tu baru nampak, oh macam ni rupanya dental services dekat klinik, hospital, rumah orang tua, dan sebagainya. Syok!

Dah habis research, dah habis DPH Outreach Program, dah habis DPH Posting, masa untuk kembali fokus untuk beberapa bulan lagi di polyclinic, siapkan treatment patient, habiskan requirements, dan tak lupa jugak case reports and few presentations. Di samping presentation secara solo, ada juga presentation berkumpulan. Jadi, final year itu juga membuatkan Group 3 macam isi dan kuku sama ada di mahallah, kelas, clinic, dan library (kadang-kadang). Hihi. -untuk menyiapkan presentation.

Dinner. May 2016. Dinner pada tahun ni lain macam sikit perasaan dia. Sedih. Kitorang yang buat persembahan pun sedih dengan persembahan sendiri. Apa lagi bila lecturers buat persembahan khas untuk kitorang. Selalu gambar dinner muka cun, tahun ini punya gambar dinner mata bengkak sebab nangis. Oh ya. Malam tu dapat jugak aku merasa naik pentas ambil award "All-Rounder" katanya. Alhamdulillah. Tak sempat lagi nak cakap Terima Kasih, Thank You, dekat siapa-siapa yang undi kita tu. Terima Kasih ya.

July 2016. Satu bulan yang sangat macam mana eh nak cakap. emm. Yang sangat macam adrenaline rush, butterfly in the stomach, macam tu lah. FINAL PROFESSIONAL EXAM. Dari viva GDP, ke exam paper, ke OSCE. Dan Alhamdulillah sekali lagi dapat merasa pergi viva distinction. Masa tu memang fikir nak buat betul-betul peluang dah ada ni. Last pergi viva masa 1st year dulu, tapi takde rezeki nak dapat distinction.

3rd August 2016, RESULT. Ya Allah, tarikh azimat ni memang tak boleh lupa. Tak boleh lupa perasaan sepanjang hari tu. Lepas Zohor macam tu kitorang kena kumpul dekat audi. Dean akan announce result sorang-sorang. Aaaaa. Masa tu memang tawakal sungguh sungguh pada Allah minta kekuatan untuk apa pun. Air mata gembira tak dapat nak dibendung lagi. Masa dapat tau semua orang lulus tuuu perasaan dia tak boleh nak kata. Gembira dan terharu. Sampai hari Oath Taking, dengan ibu bapa dan keluarga di sisi, nampak kita pakai jubah pakai topi, seronok rasa. Syukur Alhamdulillah untuk "Best Achiever Awards - Conservative, Dental Public Health, Oral Surgery" dan yang paling tak boleh lupa pengalaman pertama bagi valedictorian speech. Teresak-esak bagi speech sampai lecturer datang bagi tissue.

5th November 2016. CONVOCATION DAY. Hari yang paling tunggu-tunggu. Dah lama teringin nak rasa pakai jubah dan topi convo sendiri dengan robe warna dark purple tuuu sambil pegang ijazah ada nama sendiri. Dapat jugak rasa akhirnya. Sekali lagi, Allah murahkan rezeki untuk "Best Student Overall Award". Alhamdulillah.

Dalam gembira, ada juga cerita pilunya. October 2016, aku kehilangan bapa saudara yang baik kerana kemalangan jalan raya. Al-Fatihah untuk uda.

Akhir kata, Alhamdulillah. Untuk segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan sepanjang 2016 ini. Tak terhingga rasanya terima kasih ku untuk kedua ibu dan abah, adik-adik, serta ahli keluarga yang lain atas sokongan dan dorongan selama ini. Jutaan terima kasih khas buat Drs, lecturers, staffs, kulliyyah, dan patients atas bantuan dan didikan anda semua sepanjang kami belajar di situ. Terima kasih juga buat kawan-kawan, seniors, dan juniors atas ukhwah dan semua memori.

This is not the end, but this is just a beginning, untuk aku.

Semoga yang baik-baik saja di 2017 nanti. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.