Thursday, December 1, 2016

Year 5: The Final Year.

Assalamualaikum.

Setahun sekali baru ingat nak tulis blog. haha.

Alhamdulillah. Habis dah undergrad dentistry ni. Lima tahun tuu. Tambah dengan asasi dua tahun. Tujuh tahun kot nak habiskan undergrad ni. Alhamdulillah. Syukur selamat dah semuanya.

Thinking of nak tulis sikit pasal 'Journey of Final Year BDS'. Bukan apa, dekat sini lah aku boleh recall balik moment moment yang dah lepas. Kot kot nanti rindu rindu boleh baca. Hii.

Alright. Basically, bila cakap final year atau tahun akhir, everyone knows that this is the most critical time for you to finish everything and wrap up semua knowledge that you have. Yes. It is. Masa final year tu, dah tak boleh dah tunggu next block lah, tunggu next block lah. Memang all of us, fight from the first week of clinic lah nak panggil patient. Kalau boleh tak nak bazir session langsung. Walaupun of course ada terbazir juga sikit sebanyak, tapi kalau boleh cuba untuk tak bazir lah.

Aku ada dengar/ jumpa/ baca someone tulis, can't remember who. Dia cakap, plan patient as if there are no Block 4. Maksudnya, plan patient or plan untuk siapkan requirement tu by Block 3. So that, anything happen boleh back up masa Block 4. Memang betul sekali. Aku sendiri pun try untuk buat macam tu. Macam impossible sikit lah untuk siap everything masa Block 3, tapi at least kita try plan and anything happen yang tak sempat kita ada back up masa Block 4.

Masa Year 5 ni, dekat kelas still lectures go on macam biasa. Cuma ada sesetengah subjects more kepada presentation, revision, case presentation macam tu.

CONSERVATIVE.
Cons merangkumi operative, endodontics, and fixed prostho kan. Untuk subject Cons, masa Year 5 lebih banyak kepada group presentations as revision jugak lah sebenarnya. Kadang-kadang apa yang kita tak faham sebelum ni, kelas revision ni memang sangat banyak membantu. Lagi satu, sebab dia kerja berkumpulan, so bila nak siapkan slide tu kita ada peluang untuk discuss dengan kawan-kawan. So, lebih faham lah. Selain group presentation, kadang-kadang ada main Kahoot! This what makes the class more interactive. Dalam clinic pulak, akan banyak waktu Endo. Haha. Tipu lah kalau tak pernah stress time clinic Endo. Especially bila patient balik rumah sakit, bila tak dapat working length walaupun dah banyak kali ambil X-ray, dan bila obturate tak sampai apex.

Untuk Fixed Pros pulak, masa Year 5 ada lectures, case presentation, dan demo jugak. Few weeks after dah start clinic baru panggil patient rasa nya. Yupp. Clinic Fixed Pros pun antara yang perlu usaha dan struggle juga. Kita tak boleh estimate everything went well sebab kadang-kadang problems happen. Untuk dua subjects ni, Endo & Fixed Pros, aku bersyukur sangat dengan patients yang beri sepenuh kerjasama, lecturers yang sangat baik sampai kadang-kadang lambat lunch or stay dekat clinic sampai petang sebab nak tolong kitorang, tak lupa jugak staffs dan kawan-kawan yang saling membantu time clinic. Yela. Instruments and materials yang nak guna time clinic ni banyak sangat. Kawan-kawan lah yang datang tolong jadi assisstant selalunya.

Group 3 masa discussion untuk group presentation dekat library.

PROSTHETICS.
Prostho pun sama macam Cons jugak. Time kelas banyak group presentations and discussion. Topics untuk presentation tu benda-benda yang kita dah belajar. So, ini pun sebagai part of revision jugak. Senang kata masa Year 5 ni banyak sangat presentation kena buat. Tapi advantage nya kita akan lebih banyak discussion dengan classmates, banyak sangat benda yang kita lebih faham masa discussion and revision ni. Clinic untuk prostho masa Year 5 ni pulak sampai habis Block 1/ Block 2 kalau tak silap (tak ingat mana satu). Hehe. So, kalau boleh sempat siapkan denture masa Year 4 lagi bagus. Kalau tak sempat, try untuk struggle masa awal-awal weeks Year 5 tu.

PAEDIATRICS.
Paeds time kelas ada journal presentation. Kan. Presentation lagi. Hehe. Presentation ni can be individual atau pun grouping. Setiap orang akan diberi main topic, dan kita kena cari journal yang berkaitan dengan topic kita tu. Macam aku, Main Topic: Paediatric Oral Surgery. And journal presentation aku tentang Impacted Tooth in Paediatrics patient lah. Macam tu lah lebih kurang. Selain itu juga, untuk Paeds ni, masa hujung-hujung Block nanti akan ada case presentation & case report. Yang mana, kita kena pilih satu case dari patient yang kita dah case completed kan. Kita kena present and discuss case tu from the patient's chief complaint sampai lah complete treatment dia depan supervisor. Few Q&As after presentation tu. Lepas tu kita kena siapkan case report tentang patient itu. Semua semua ni penting untuk carry mark kita nanti.

PERIODONTICS.
Perio classes and clinics still go on as usual. Sama juga masa Year 3 and Year 4. Cumanya masa Year 5 ada case presentation jugak. Sama macam Paeds tadi. Kita kena select few cases yang dah completed (sampai Re-evaluation) untuk present dekat supervisor. Pun untuk carry mark jugak. Cases must include gingivitis and periodontitis lah. So, untuk perio ni, case mana yang kita rasa sesuai untuk case presentation, better siapkan awal-awal supaya kita tak terlajak dari due date, atau case tak complete lagi sedangkan due date dah nak dekat.

DENTAL PUBLIC HEALTH.
Kelas masa Year 5 untuk DPH sama jugak. Banyak revision class dan juga presentation. Apa yang menarik tentang subject ni? Sebab masa Year 5 kita akan rasa the real public health. Satunya, kita kena handle batch kita punya Dental Public Health Program sendiri. From the beginning dari nak plan committee, pilih tempat, tentatif, budget, sampai lah habis program. Of course dengan bantuan lecturers. Masa ni kita kena implement kan apa yang kita dah belajar untuk handle program sendiri. Masa ni aku jadi Assisstant Program Manager. Waaa. Takut sangat. Takut program tak jadi, takut tak dapat sambutan, takut budget tak cukup. Macam-macam takut lagi lah. Tapi, bersyukur sangat dengan classmates yang sangat supportive dan sangat membantu. Kerjasama semua orang buat program tu Alhamdulillah, untuk aku, success!

Masa hari situational analysis. Kitorang kena pergi dulu tempat yang kitorang plan untuk adakan program, study tentang penduduk dan environment dekat situ sebelum plan program sepenuhnya. Masa hari ni, kitorang buat survey dekat orang kampung, tengok kawasan, dan sebagainya.

Few photos masa hari program. Ada banyak aktiviti sebenarnya. Ada dental & medical check-up, booths, pertandingan mewarna, senamrobik, toothbrushing drill, puppet show, cabutan bertuah, dan banyak lagi. Nak share semua gambar karang panjang macam kena buat post baru pulak. Hehe.

Terima kasih buat penduduk Kampung Orang Asli Permatang Keledang, Pekan, Pahang.

Eh. Belum habis lagi ni pasal DPH. Lagi yang buat menarik sebab ada DPH Posting. Hihi. Di mana group kelas dibahagikan kepada dua. Macam kitorang hari tu, Group 1 & 2 posting Selangor. Group 3 & 4 posting Perak. Jadinya, aku tergolong dalam group yang posting ke Ipoh, Perak. Posting ni dalam 3 hari macam tu je. Tujuannya lebih kepada untuk kita lihat sendiri macam mana sistem dental clinic di luar sana. Kitorang stay dekat asrama yang disediakan. So antara tempat-tempat yang kitorang pergi seperti Pejabat Daerah bahagian Pergigian Ipoh, Klinik Pergigian Ipoh, Hospital Taiping, Rumah Seri Kenangan, Taiping, Klinik Pergigian Simpang, Taiping, Loji Rawatan Air (apa eh nama tempat nya, tak ingat. hihi), dan beberapa tempat lagi. Share gambar jugak lah.


Di samping belajar, kitorang jugak tak lepas kan peluang untuk jenjalan dekat Perak ni. Seperti...

Mee Udang Kuala Sepetang, Taiping.
Dim Sum dekat Ipoh. Tak ingat apa nama kedai nya.
Gerbang Malam, Ipoh.
ORAL MEDICINE.
Okay. Clinic OM still go on macam biasa. Patient memang susah sikit nak cari untuk OM ni. Tak ulcer, ulcer lagi, dan ulcer lagi. Tapi time OM ni kalau takde patient, Dr akan buat revision dalam clinic. So, walaupun takde pt, sila datang clinic juga ye. Sebab masa ni lah ada chance nak tanya Dr dalam group discussion yang kecil. Oh. OM pun akan ada banyak PBL jugak. Di mana kita akan bincangkan case. Untuk PBL tu kena study dulu sebab Dr dah bagitau topic beberapa hari sebelum PBL. Ada kadang-kadang aku tak sempat nak baca. Sama ada sebab banyak benda yang kena settle, atau pun malas (hiii. Jangan ikut eh). Tapi bila masuk kelas PBL tu rasa macam tak pandai lah. Sebab orang lain semua boleh jawab, aku baru terhegeh-hegeh nak cari jawapan dalam nota. So, sangat tak elok lah untuk ikut. Haha. OM pun ada case presentation jugak. Sama jugak, kita kena present, discuss and ada Q&A untuk satu case yang kita dah review. Selain itu, untuk OM ni, kitorang ada kena buat poster dan present poster tu. Inilah hasil poster group aku.

*Maybe kena zoom sikit. Haha.

ORAL SURGERY.
Untuk OS pulak, classes and clinic continue macam biasa. Kadang-kadang akan ada PBL. Yesss. PBL ni sangat membantu untuk lebih faham dan juga untuk exam. Sangat membantu. Apa yang bezanya, masa Year 5 ni kitorang ada attachment dekat hospital. Untuk OS dan Paeds. Untuk kitorang tengok macam mana hospital based setting untuk OS dan Paeds. Sebab cases yang dekat hospital tak sama macam cases yang kita tengok dekat clinic. Yang paling tak boleh lupa masa masuk OT. Tengok sendiri depan mata macam mana Oral Maxfac Surgeon operate case head injury.

Sebelum masuk OT.

ORTHODONTICS.
Untuk ortho pulak, lectures still go on macam biasa. Clinic pulak, kita kena settlekan satu case presentation dekat Dr. Kitorang diberi patient sorang satu. Kitorang kena buat start dari E&D, impression, OPG & lateral ceph (include tracing), and study model. Lepas tu present case sampai lah treatment plan dekat Dr. Masa present tu akan ada discussion sekali lah. Untuk case aku, treatment plan patient tu kena buat URA followed by Fixed Appliance. Sooo, kalau patient tu kena pakai URA, yup, URA tu kita kena buat. Jadi berwire bending lah kita sehingga lah issue appliance tu dekat patient. Rasa puas hati jugak sebab at least dapat pengalaman buat URA untuk patient. Masa first review tu dah nampak improvement sikit, tu yang lagi best tu.

GENERAL DENTAL PRACTICE.
Sampai lah ke subject yang terakhir sekali yang mana subject ni khusus untuk Final Year student. Bagi aku lah kan, apa yang penting untuk GDP ni adalah macam mana kita nak plan and manage patient tu. Sebab dalam department ni kita kena siapkan treatment patient tu sampai habis. So, apa yang penting adalah plan plan plan. So bila dah ada patient yang compliant and potential untul kita complete kan case dia, aku terus draft apa treatment untuk patient patient tu untuk next next visit sebab nak fit kan dengan 2 weeks interval untuk ambil plaque score. Haa. Faham ke eh? Haha. So bila plan macam tu at least nampak sikit berapa visit yang patient perlu, cukup tak session yang ada untuk complete dan sebagainya. Of course benda tak selalunya sama dengan apa yang kita plan, at least dengan draft tu nampak sikit lah jalannya kan. Haha. Apa lagi satu yang penting untuk GDP ni semua benda kita document dan ambil gambar setiap step. Penting untuk case report kita nanti.

Okay. Ini lah dulu untuk kali ni. Banyak lagi benda nak catat dalam ni. Tapi dah panjang sangat dah ni. Banyak lagi nak cerita pasal research, exam, oath taking, convo, etc. etc. Kesimpulannya, masa final year ni, lebih kepada presentations, revisions, discussions, and outside program which bagi aku semua ni sangat bermanfaat bukan hanya untuk exam, malah sebagai persediaan di luar sana nanti. Masa Block 3 Block 4 tu jangan cakap lah, laptop macam melekat 24 jam. Dekat clinic bawak, dekat kelas bawak.

Okay dah kot ni untuk aku baca balik pengalaman diri sendiri masa belajar kalau rasa rindu-rindu nanti. Heee.

1 comment:

  1. Good luck for your study. Dah final year dah :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.