Tuesday, February 9, 2016

Walau hanya keropok 2 keping.

Hari tu aku naik bas balik dari Kuantan nak ke KL. Bas berhenti kejap di Hentian Sebelah Karak.

Aku turun dari bas sebab lapar sangat. Nak cari makanan lah kononnya dekat mana-mana food truck yang selalu jual dekat tepi-tepi tu kan.

Aku beli bihun goreng dengan aku ambil keropok dua keping letak dalam polystrene sekali dengan bihun tadi tu. Dan aku ambil air mineral sebotol.

"Bihun satu, air mineral sebotol. Berapa ye?". Aku bayar.

Naik atas bas terus makan. Buka-buka je polystrene, ALAMAKK, keropok lupa nak bayar.

Masa tu bas tak jalan lagi. Dalam hati, takpe lah. Halal je lah kot, keropok dua keping je pun.

Tapi dalam hati bolak balik. Tak tenang rasa masa makan tu. Nak turun tak nak turun??

Nasib baik, Tuhan sempat bagi hidayah. Aku terfikir,

"Bas dah nak jalan dah ni sikit lagi. Lain kali tak tau ada berhenti sini lagi ke tak. Kalau berhenti pun orang yang sama ke jual? Probability untuk jumpa orang yang sama tu sangat sangat tipis. Eh. Macam mana kalau sebab keropok dua keping tu menyebabkan aku tarik rezeki dia? Macam mana kalau makanan tu jadi tak halal, lepas tu jadi darah daging aku? Macam mana kalau tu dikira hutang, nanti tergantung perjalanan masa akhirat nanti?"

Takuuuttt. Aku terus berhenti makan, turun dari bas sementara bas belum gerak lagi, bagitau pada orang kedai yang aku terlupa bayar keropok dua keping itu tadi.

Orang kedai tu terus senyum, lalu cakap, "Takpe lah. Tak payah bayar. Ambil je".

Alhamdulillah. Lega dia masa tu rasa macam hilang satu beban dekat hati tau.

Itulah aku nak cakap, walaupun keropok dua keping nampak nilai dia macam sikit, tapi kalau tak betul cara kita dapatkan tu pun tak syok jugak. Besar jugak impak dia dekat hati.

Sekian.



0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.