Sunday, November 21, 2010

Kisah untuk adik SPM

SPM kan minggu depan?

Bila? Bila? Selasa kan?

Adik-adik, tak laa, kau orang dah 17 tahun, dah besar, tak boleh panggil adik dah/ hehe. Tak kira yang ada di rumah, di sekolah, di pusat tuisyen, mahupun di pejabat (ade ker?), semoga berjaya tau nanti.

Nak cakap pasal result macam lambat lagi. Tahun depan baru keluar. Jadinye, cume cakap pasal amek exam dulu lah hendaknye yer. Moge dapat jawab exam dengan tenang dan berjaya.

Haa. Nie ade sikit tips dari akak. Cewahh. Akak haa. Umur tak cecah 20-an lagi. hehe.

1. Sarapan pagi-pagi sebelum exam. Aku nie jenis yang tak suka breakfast. haa. Amek, kelaparan mase tengah jawab exam. Lagi pulak hari first, neves die semacam sikit. Bila perot kosong, nak tulis karangan beribu patah perkataan tuh mula laa menggigil. Makan tau pagi-pagi!

2. Tidur awal malam sebelum exam. Yang nie tak yah cakap sebab ape pun dah tau kan? Nak jawab exam sambil sengguk-sengguk? Tapi dulu-dulu, ade paper yang seyes lame giler waktu die. Kadang-kadang aku tidur jer jugak bila dah tak tau nak buat ape. haha. Mase SPM tak ea. Pengawas yang jage tuh ade aura buat aku tak boleh tidur. wahaha.

3. Bace lah lagi dah last minit tuh. haha. Yang nieh orang selalu tak bagi. Orang cakap, dah last-last minit tuh, takyah bace-bace dah. Tak tau laa. Kalau ikut aku, aku bace jer lagi. Dah tuh, ade 2 jam lagi untuk next paper, sampai hati ker nak bergurau-senda, main teka-teki dalam masa-masa tuh. Tak kan? Bace jer laa. Kot-kot yang last-last minit tuh masuk soalan. Tak ker gembira. haha.

Dah laa. Dah takde tips dah. Tips yang lain-lain tuh mesti cikgu sekolah tak pun penceramah bebas dah bagi kan? Sekian sahaja dari akak yang mude. Pesanan penaja yang tulus ikhlas. Semoga berjaya dapat sepangsa huruf A+ nanti.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.