Saturday, November 20, 2010

Kisah "segala kesulitan amat dikesali".

Selamat hari raya korban ketiga. Sudah cukup kah anda berkorban? Sudah berapa ekor lembu kah yang anda makan? Itu bukan persoalannya untuk entri ini. hee.

Tadi, aku sedang sibok buat surat untuk ambik cuti due minggu depan. Cuti sebab ape? Haa, yang tuh nanti-nanti aku bagi tau okayy. Aku nak ambik cuti pun sehari jer. Bukan nye setahun.

Tapi yelah. Dah name pun _ _ _. Sikit-sikit buat surat. Sikit-sikit buat surat. Aku rase, untuk sepanjang dua tahun aku dekat situ, berapa puluh surat dah aku hantar dekat office tuh. Femes kan aku? Bercinta dengan makcik office. Main balas-balas surat.

Haa. Banyak laahh kamu. Aku suke bagi surat dekat office pasal aku nak balik awal jer. Hari Jumaat aku selalu takde kelas. Jadinye, aku selalu nak balik Khamis. Tuh pun kena surat. Ayoyo. Memang tiap-tiap minggu aku kena buat surat.

Last-last, start sem nie, diorang dah taknak kot bace surat-surat aku. Justeru itu, tidak membenarkan langsung student untuk balik awal. Ape kes?

Dan nieh tadi, aku buat surat untuk ambik cuti sehari jer, pun jenuh pikir ayat. Satu ayat yang aku seyes dah tak tau nak pikir ape. Selalunye tau, tapi tiba-tiba kali nie tak tau pulak. hee :P

Lantas aku Google,



"Segala kesulitan amat dikesali". Ape kau dalam bahasa Inggeris haa? Aku nieh dah laah lemah subject BI. Carik dekat google pun tak jumpe. Nyampah I. hehe. T_T

Last-last aku buka facebook, carik siapa yang boleh dijadikan bahan rujukan. hehe. Ramai yang boleh jadi bahan rujukan, tapi aku nie pemalu sikit. Name nak tegor-tegor orang yang tak biasa aku tegor dekat facebook uh memang jarang sekali laa berlaku. Lagi-lagi sebab nak tanye "segala kesulitan amat dikesali dalam bahasa inggeris ape?". Haaii, memang tak dapat laa.

So, aku ambik keputusan, tanye orang yang dah biasa jer lah dengan aku. Nur Fatin Che Mat.


Dan lepas tuh. Lepas fatin pikir-pikir, dia pun tak tau jugak. haha. Lawak-lawak. Same-same tak tau. Tak femes lah kau "segala kesulitan amat dikesali". haha.

Kemudian, perbincangan diteruskan.


Macam-macam yang keluar haa. Sampai "if there is any mistaken..". haha. Aku tak buat salah kot tin nak ambik cuti. Tapi takpe. Demi mengenang ayat yang boleh tahan sesuai tuh, aku pun lantas bersetuju. ahaha.

Dan last-last sekali. Fatin bagi jawapannye jugak "sorry for all inconvenience" lepas tanye boyfriend die. Yeaahh! Itu yang saya carik. haha. Thank you fatin and boyfriend die. haha.

Akhirnye, siap jugak surat aku. Dan boleh laa diprint dengan selamatnye. Semoga diluluskan. Puhh! Puhh! (tiop dekat surat).

Sebabkan "segala kesulitan amat dikesali" jer pun, bincang sikir punye lame en. haha!


1 comment:

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.