Salam kawan-kawan.
Hai! Hai! Hai!.
Aku dekat rumah nieh korang. Ingat minggu nieh tak balik, taapiii, tak boleh laa. Rumah tuh kan dah macam wajib untuk tiap minggu. haha.
Owhh ya! Nie nak cerita. Sebelum tuh, aku bukan lah FSCC, bukan juga FRC, malah juga bukan MRC. Cuma sekadar pelajar biasa yang duduk dekat KC.
Haa. Yang baca blog nie (kalau ada laa) ada kawan UIA, ada kawan Taiping, ada jugak kawan dari yang lain-lain. Kalau yang UIA tuh mungkin dah cukup paham la kot ape tuh CCCCC segala di atas tuh. Tapi kalau yang selain UIA uh, mungkin lah tengah garu-garu kepala dengan penuh tanda soal tengah pusing-pusing sekeliling kepala tiga ratus enam puluh degree. Kan? (sila bayangkan).
Mari mari aku explain secara kasar ape tuh CCCC segala. FSCC tuh kalau dekat Taiping lebih kurang macam BWP laa. FRC tuh pulak kalau dekat Taiping lebeyh kurang macam naqibah usrah kecil dan besar kita-kita dulu. MRC tuh pulak kalau dekat Taiping macam jawatan penghulu blok kak jannah kita dulu, lagi, naib penghulu dan semuanya yang berkaitan dengan blok asrama kita tuh. Ada paham? Harap paham :)
Jadinye, minggu nieh tengah Raudhah Festival (RAFEST). Haa. Yang nieh aku tak reti nak explain cenggana. Anggap jer la macam festival-festival meriah macam tuh. Meh upload gambar segala bagai jap. Ala, gambar dari top view jer bak kate budak-budak AED. Top tak top uh ade laa membawa kepada tingkat lima bangunan Mahallah Khadijah (bilik aku laa senang).
Haa. Nak tau tak? CFS kita tuh, sekarang dah ada gelanggang paintball. Haa. Percaya tak? Percaya tak? hehe. Tak yah percaya pun. Tuh hanya lah gelanggang sempena RAFEST nieh sajaa. Kalau ada rasa-rasa teringin jemput-jemput lah main. Jangan lupa, sedia-sedia kan lah wang ringgit. haha.
Haa. Dekat khemah bawah tuh macam biasalah, perniagaan yang buat student-student boleh shopping sakan. Tapi sayang, elaun belum masuk lagi. Setakat pegang dan tengok tuh jer mampu laa. Ade jual buku-buku, baju-baju, tudung-tudung, kerongsang, jam dan sebagainya. And of corse, semuanya major about Islam laa terutamanya buku-buku dan juga pakaian-pakaian. Boleh laa nak carik-carik baju yang agak-agak lepas dek pak guard (jubah jer senang). hehe.
And, kalau perasan, bukan takat depan nieh jer, hujung nun belakang sana pun ada khemah jugak kan? Nampak tak? Pakai concave dan convex lens okay kalau tak nampak. Masih tak nampak? Sila-sila lah pakai contact lens. hee.
Macam biasa lah setiap kali RAFEST dia suh tutup itu cafe segala. Macam tahun lepas jugak. Jadinya, kalau nak makan, perlulah merangkak ke sana. Mak aihh. Sungguh jauh. Baru jer aku semangat bangun tidur awal pagi tadi menyimpan azam untuk makan roti canai cafe mamak Ali Bistro baru punya dekat UIA tuh. Dah tersekat selera ku tersayang. haha.
Okay lah. Yang lain-lain pasal RAFEST aku tak tau. Kan dah cakap, aku bukan FSCC. Aku rakyat jelata jer. Tunggu jer lah annoucement kata ada apa-apa, aku ikut jer lah kata mereka. haha.
Baiklah. Semoga bergembira semua. Aku tak reti main paintball. Jadi takyah tanye lah tau aku main ker tak. Aku takut kalau main nanti jadi PAINball, tak pun jadi PENATball. Lagi pulak ringgit Malaysia ball aku tarak. haha.
Panjang kan entri nieh? Ingat pendek dah. Haha.
Friday, November 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
zany, kfc (kelantan fried chicken) ade lagi tak dekat rafest tuh?? hehe :)
ReplyDeleteohh, ade cafe baru ke kat cfs?? dekat maneee??
@anis. haha. ade2. dekat jambatan kfc uh. owhh. cafe baru tuh dekat U-cafe yg lame. org2 u cafe kan dah pergi dekat ZC. best jugak laa kedai mamak tuh. ritu yuni makan roti tisu die. haha.
ReplyDeletewaahhh. best nyee. anis laa kempunan nak makan roti canai zc. punye tunggu sampai gad cfs tade pun roti canai tu. haha.
ReplyDeleterindu nye nak makan dgn korang :(
ni yg buat nak dtg cfs..
wehh asal tempat paintball korg lagi lawa dari tempat paintball dekat nilai.haha
ReplyDeletedekat nilai macam mati segan xmahu je*peribahasa aku*hahaha...
org xnk main pon tau...