Saturday, April 23, 2011

Kisah Mars and Venus.

Tak payah nak intro panjang-panjang. Dah. Jom kite review terus ape perbezaan lelaki dan wanita.

Orang lelaki lebih menumpukan kepada aspek fizikal manakala perempuan lebih menumpukan kepada perasaan dan kemanusiaan. Lantas, perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung tapi lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban. 

Jadi, tak hairan lah kalau aku cepat jadi lembik macam mashmello. Tapi, kalau bab bab nak kesian dekat orang, alahaii, dalam hati ade taman. :P

Bagi perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan, manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi, jangan nak cabar cabar lelaki okayy! 

Tapi kalau same-same berkorban, same-same mengalah, same-same tak cabar-mencabar kan lagi bagus. Aman sentosa. HAHA.

Gerak hati seorang perempuan adalah lebih tajam dari seorang lelaki.

Jadi, kalau ade lelaki nak cuba bohong-bohong dengan perempuan, memang tak dapat laa. Instinct kuat kot. AHAHA.

Orang perempuan, kalau risau atau mengalami ketegangan akan menceritakan masalahnya, manakala lelaki lebih kerap mendiamkan diri apabila menghadapi masalah.

Takpe. Sharing is caring. Masalah awak, masalah kite jugak. AHAHA. *Izzani mengade*. hehe.

Seorang lelaki tidak perlu khuatir akan kesetiaan seorang perempuan. Sebab, orang perempuan apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain.

Ade jugak certain-certain yang tak macam nie. Tapi, nak buat macam mane, depends jugak kan dekat peribadi seseorang tuh macam mane.

Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun.

AHAHA. Comel jer. Sebab tuh lah aku perempuan. HEHE.

Dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, emosi wanita ibarat ombak. Maksudnye, bila seseorang lelaki marah atau merajuk biasanya tak lama, sekitar dua atau tiga jam saje. Tapi perempuan, marah atau merajuknye kadang-kadang sampai berhari-hari, buleh jugak sampai berminggu-minggu.

AHAHA. *Terasa aku. :P

Tapi, tak kira sebenarnya kita lelaki atau perempuan, kecil atau chubby, putih atau hitam manis, comel atau ciut, kita tetap manusia.

Tapi tapi tapi, Dr. Abbas ade cakap, salah kalau kita cakap Man and Woman are same. Maksud beliau, kita tak boleh lah cakap, "ape lelaki boleh buat, perempuan pun boleh buat". Not as easy as that okayy. Kite takde badan toughtough macam lelaki boleh angkat beban berkilokilogram. Simple example. HAHA.

Ohh. Kat mane tadi? Kita tetap manusia yer. Yer, kita tetap manusia. Manusia tuh ade persamaan iaitu masing-masing mempunyai hati dan akal. Jadi, gunakan akal yang ade untuk treat hati of each other. Barulah lidah tak tergigit, hati tak terluka, perasaan tak terkeciwe, dan merajuk tak lame. HAHA.

Terpikat dengan satu ayat,

Perbezaan ini bukan maksudnye untuk bermusuhan, tapi untuk menyedari bahawa betapa pentingnya untuk kita saling melengkapi. :)

*Ishh, aku tak tau lah umur aku nieh dah layak ker tak tulis benda-benda nieh. Tapi, aku cuma terasa nak terfikir pasal nie sebab tadi aku nampak dekat TV ade cerita Mars vs. Venus. Tapi tapi tapi *tapi lagi*, aku tak nak tulis Mars vs. Venus, instead, aku tulis Mars and Venus. Sebab ape? Renung-renungkan lah semula ayat di atas yer. hehe.

Sumber : agesshi.wordpress.com.

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.