Assalamualaikum dan salam perdana (?). Hahh. Ade ker salam perdana?
Ini hari, ohh tidak. Ini petang, aku pergi Solaris. Nak tau dekat mana? Sila Google. Yang pasti dekat dengan rumah aku jer lah tapi. HAHA. Aku pergi berdua jer dengan adik aku, Affiq.
Okay, perjalanan pergi smooth jer. Cuma yang tak smooth nye part nak cari parking. Ciss. Aku benshi part nie. Nak parking dekat basement? Memang tak laah. Aku tak pakar lagi part-part nak parking sempit-sempit macam tuh. Lagi pulak orang kate, kalau ade benda free, baik ambik yang free. Aku rela jalan jauh daripada kena bayar dan sempit kalau parking dekat basement tuh.
So, pusing punye pusing dekat tiga kali, at last! ade satu kereta nak keluar. Cayaalah beb. Terus aku berhenti dan bagi signal nak masuk parking tuh. Kereta belakang, mintak maap. HEHEHE.
Dengan muka riak dan bangganya aku sebab dapat parking (padan muke dekat kereta yang masih mencari parking. HAHAHA), aku keluar kereta dan terus berjalan menuju ke Cold Storage. HAHA. Tuh jer tujuan aku sebenarnye. Memang tak laah nak shoping-shoping makan-makan dekat Solaris tuh. Tempat orang kaya baaii. Aku mane mampu. HAHA.
|
Cold Storage dia besar. Kalah Cold Storage Jaya One. HAHA. |
Dan masuklah ke Cold Storage dengan muka yang masih bangga sebab dapat parking. Kahkahkah! Tak habis-habis. Erm. Erm. Actually, aku nak beli berus gigi jer. HIHIHI. Akhirnya, berus gigi Oral-B yang ku cari telah ku temui. Aku offer jugak Affiq nak ape-ape tak, kaklong belanja *tapi yang murah-murah jer* HAHA. Tapi dia tak nak, takde mood. Tak nak takpe, lagi bagus. AHAHA.
Dan bayar. #kecingkecing (bunyi mesin duit). RM4.50 melayang.
Jalan-jalan lagi. Nampak Guardian dekat depan. Ape lagi, masuk lagi. Nak compare harga berus gigi Cold Storage dengan Guardian. AHAHA. Nasib Guardian tak de jual berus gigi pilihan aku tuh. Kalau ade, dan kalau lagi murah, siap! HEE. Pusing-pusing Guardian, aku beli lah jugak Teeth Whitening seketul. Macam mane nak guna tak tau, nanti baru nak baca manual. HAHA.
Dan bayar. #kecingkecing (bunyi mesin duit lagi). RM25.50 melayang. fiuhhh. Duit aku wehhh.
Okay. Sekarang tengah berjalan nak balik kereta. Tiba-tiba ada MyNews.Com pulak. Memang tak lah kalau tak masuk. Usha-usha komik menarik pun cun jugak kan. Tapi hampeh, komik-komik best dia tak sampai lagi. So, tiba-tiba mood Affiq dah datang. Dia cakap,
"Kali nie, ape Affiq nak, kaklong kene bayar". Sempat lagi aku balas,
"Jangan yang mahal-mahal sangat". AHAHA.
Dia pun ambil lah air tin yang jenama ape ntah, aku tak familiar sangat dengan air-air teh dalam tin nie, tak minat. Dan kaklong sebenarnya mengidam akan Root Beer, tapi Root Beer tin takde lah pulak. Dan kemudian, kaklong teringin kan air kotak milo, dan frustated sikit sebab, aku pantang betul kalau kedai letak air minuman halal satu peti dengan air minuman yang tak halal tuh. Walaupun memang takde ape-ape, tapi ikut kepala hot-ak aku, nanti wap-wap dia masuk dalam air tuh (biarlah-aku-nak-fikir-macam-tuh-pun) HAHA. So, tengok peti ais sebelah, air PEPSI pun boleh laah.
Dan bayar. #kecingkecing (bunyi mesin duit sekali lagi). RM3.50 melayang.
Dan berjalan lah ke kereta yang dibanggakan sangat dapat parking tuh. Tiba-tiba, ceyyttt! Kereta kena block man! Tak pe lah. Masuk jer kereta, pasang-pasang injin ape semua, layan lagu jap, si tuanpunyakereta tak keluar-keluar lagi. Aihh. Mengeluh sikit dah aku. Aku nak sampai rumah before Maghrib nie.
|
Aku tau lah kereta aku jenama Kancil jer. Aku tau lah Kancil aku ade pelekat P yang lame lagi baru boleh cabut pun. Tapi janganlah block cenggini. Aku nak balik rumah jugak. Sobs T___T |
Bosan-bosan dalam kereta, aku keluar kejap masuk kedai laundry depan parking kereta tuh. Usha-usha sikit berapa harga. Kalau murah boleh hantar kalau tiba-tiba aku jadi pemalas. AHAHA. Keluar dari laundry, pun tuan kereta tak keluar lagi.
Masuk kereta, keluar kereta, masuk kereta, keluar kereta. Tiba-tiba aku tertegur abang cina yang dalam laundry tuh,
"Tau tak kereta yang hitam tuh siapa owner die?"
"Owh. Kereta hitam yer. Tak tau lah. You hon lah kaw-kaw punya".
"Ala, saya tak biasalah hon-hon dekat tempat orang nie. Takpe lah. Thank you".
Dan tunggu...
Pun tak keluar lagi. Abang cina tuh pun tumpang bengang kot dengan owner kereta hitam tuh lambat sangat. Dia apa lagi, datang dekat kereta dan hon-hon-hon. Bingit laah wehh! AHAHA.
Tapi takpe lah, hasilnya, owner kereta tuh keluar dengan senyum-senyum sambil cakap "Owhh. Sorry sorry sorry". Sorry sorry. Takde ker McD ker, KFC ker, berbaloi jugak aku tunggu lama. Gula-gula SUGUS pun jadi laah. AHAHA.
Takpe. Aku senyum jer, masuk kereta, reverse, angkat tangan tanda terima kasih dekat abang cina tuh dan jalan. Aku bersyukur jugak lah aku tak dikurniakan sifat hilang sabar lagi setakat nie dan aku harap itu akan jadi tabiat aku yang berterusan. Amin.
Pengajarannya, jangan nak senyum riak dan bangga sangat lah kalau dapat parking. Kan dah kene block. AHAHA.
Sekian. Wassalam :)
p/s: Actually, aku saje jer tak nak besarkan gambar-gambar di atas. Dan aku tak nak jugak lah pakai ayat dulu #SilaKlikUntukTumbesaranBerganda. Aku tak pakai dah tuh. Sekarang aku nak pakai ayat nie, Cube klik jer dekat gambar tuh, tengok ape jadi. HEHE.
Sekali lagi, entri panjang. Kbai!