Wednesday, June 22, 2011

Maaf, aku tiada jawapan.

Kadang-kadang aku ade jugak terfikir, Adekah aku kejam? Sampai kebelakangan nie macam semua benda yang jadi aku tak boleh nak terima, aku tak boleh nak duduk diam.

Ya. Memang aku tengah cuba, perkara yang lepas jangan dikenang. Tapi, macam mane pulak kalau dah jatuh ditimpa tangga? Sakit baaii. Ya. Memang aku tengah belajar untuk redha, tapi sampai bila aku perlu tahan? Melihat orang lain kesenangan, sedangkan aku kesakitan. Ya. Aku sedang cuba untuk tidak pentingkan diri. Aku cuma sayang ape yang aku sedang miliki. Gembira. Gelak. Tawa. Senyum. Riang. Ria. Itu semua harta yang aku ada. Harta yang sangat berharga. Aku tak nak sebabkan satu benda, semua tuh hilang macam tuh saja.

Secara jujur, aku ada berusaha. Berusaha untuk boleh terima. Berusaha untuk pandang lama-lama dan serap rasa boleh terima. Tapi aku pelik. Kenapa, setiap kali aku mencuba, yang keluar hanya air mata? Kadang-kadang aku paksa diri aku dengan ayat biasa, "Takpe lah. Chill dear. Accept and forget it." Tapi, kenapa masih ada rasa janggal yang luar biasa? Baru aku tau, Forget and Forgive dan Accept and Forget itu dua benda yang berbeza. Forget and Forgive maybe can, but Accept and Forget is little bit hard. Seriously.

Tapi, kalau aku terus macam nie, sampai bila manusia nak bertegur sapa, sampai bila?

Sambil tunduk aku jawab, "Maaf, aku tiada jawapan untuk itu buat masa ini."

Diri aku tidak cukup lembut untuk terima semua itu kembali. Ini bukan atas dasar "Perempuan. Memang lah macam tuh. Suka emo-emo tiap masa", atau atas dasar "Biasalah. Manusia. Setiap manusia ada ego masing-masing dan jangan tak tau perempuan pun ada ego tinggi".

Stop blaming perempuan-perempuan or manusia-manusia kerana mereka sama sekali tak bersalah. Yang bersalah itu aku. Sebab semua yang jadi, datang dari diri aku. Sama sekali tak melibatkan orang di sekeliling aku.

Aku cuma mohon, di ruang ini, di waktu ini, dalam kehidupan ini, berikan dulu aku ruang untuk bernafas. Untuk aku sedut udara-udara nyaman. Untuk aku kecapi apa yang aku inginkan. Aku yakin dan aku sentiasa berdoa, satu hari, benda yang keras akan jadi lembut juga.

Cuma aku saja tak tahu bila. Aku bukan Tuhan. Aku tak boleh agak masa depan, aku tak boleh tentu setiap kejadian. Yang aku mampu, sentiasa berdoa untuk kebahagiaan. Amin.

I'm sorry everyone.

p/s: Alamak. Terpanjang lagi entri nie. Aku bajet nak buat dua tiga perenggan jer. Memang tak dapat lah kalau Izzani dah menaip. HAHA :)

p/s/s: Aku ada dengar baca dekat satu blog. Begini bunyinya. "Masalah seakan hilang bila dapat ketawa dengan yang tersayang". Aku rasa yang aku baca dan yang aku rasa memang tak salah. Memang sama. Rahman, I need to say lot of thanks to you. Secara jujur, InsyaAllah, aku dah jumpa lelaki yang betul-betul memahami aku. *Oppss. Terjiwang. But, it is so TRUE. Thank you =]

0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.