Monday, June 18, 2012
Monday, June 11, 2012
Three point nine.
Duduk di ruang tengah
dengan rakan sebilik yang enam
bentang meja kayu paras rendah
duduk bersila.
Aku selalu ambil part
buat paper, minta yang punya printer print
& cakap-cakap apa kena buat
apa kena isi
hari ini aku ambil part yang sama lagi.
Si N jadi secretary, tukang tulis
bersama tulisan bulat font 16 dia
cantik dan berangkai
yang penting, kemas.
Si F selalu jadi sang gadis Google
"F, cuba kau Google kejap nak tau nie macam mana?"
"F, cek kejap macam mana nak diagnose ini?"
itu tugas F
setia dengan notebook dan celcom broadband dia
Si L, A, dan S
kumpul information
perah idea
buat ayat
untuk memudahkan tugas si N.
Dalam serius, ada ketawa
Dalam perbincangan, terselit merepek meraban
Seronokkan,
buat lab report dengan enam sekawan?
What this?
Musim Euro 2012
game pertama Poland vs. Greece
aku depan TV dekat rumah
masa itu baru sampai dari Kuantan
jadi, mata yang tengok bola itu
lalok lalok.
Yang pegang remote
kejap Poland vs. Greece
kejap Malaysia vs. Singapore
lagi tambah lalok.
Sedar-sedar sudah pagi
aku atas lantai
berbantal kan bantal empat segi
tanpa bantal tutup muka
sakit belakang
Yang semalam
Smart scoreboard dia
NED - DEN
tapi jadi tak smart bila
NED 0 - 1 DEN
tengok ramai orang lari-lari jersi oren
macam Rahman dalam jersi Netherland
beli masa Euro yang sebelumnya
masa kami masih di petaling jaya
(CFS IIUM)
Patutlah
aku sedar sudah pagi
tertidur sebab terlalu menunggu
menunggu attempt Oranje yang bertubi-tubi
tapi masih tiada sorakan Goooaaalll!
Next time maybe.
Aku tak nak kacau biological clock aku dulu
buat masa ini
biar normal
& tidur bangkit aku pada jam aku yang biasa.
Friday, June 8, 2012
Dilema sang pemandu di T-junction.
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.
Ambil lesen. Belajar memandu. Sekurang-kurangnya lepas test JPJ, dapat P, dah declare yang kita sekarang seorang pemandu. Dah boleh pegang stereng, dah pandai balance minyak, clutch dan break.
Tapi ingat tak, yang bila dah dapat lesen itu, tambah satu lagi tanggungjawab untuk kita. Tanggungjawab semasa memandu. Keselamatan orang lain, nyawa orang lain, ada pada tangan dan kaki kita. Keselamatan diri, keselamatan penumpang, dan keselamatan pemandu-pemandu dan penumpang-penumpang di atas jalan. Sebahagiannya pun bergantung pada kita.
Apa kisah nya?
Tengah hari tadi, baru habis kelas. Betul-betul baru. Selalunya students dentist nie, pergi mana-mana especially balik dari kelas, memang berbondong-bondong gerak pulang ke Tabari bersama-sama. Kalau ada mana-mana yang terlupa Tabari itu apa, nama penuhnya Mahallah Tabari. Itu adalah asrama UIA yang terletak dekat luar dari kawasan UIA. Kebanyakan penduduknya adalah pelajar Tahun satu intake 2011/2012.
Depan sekali kereta Fatin Azmi, classmate aku yang sorang. Belakang Fatin Azmi sebuah kereta Hilux dan belakang lagi ada kereta Proton Pesona. Belakang Pesona, kereta Anati, juga classmate aku lagi sorang. Jauh sikit dari kereta Anati baru lah kereta aku tiba.
Entah macam mana, selepas sahaja kereta Fatin Azmi selamat melintas, bedebooommm! Kereta Hilux dan Pesona berlanggar. Anati dan penumpang kereta Anati jadi saksi depan mata. Izzani dan penumpang kereta Izzani lambat sedikit, tapi masa sampai, dua-dua masih baru, masih berasap lagi.
Fuh, ketaq lutut kata orang. Lagi-lagi bila tau masih ada orang yang tersepit dalam tuh. Masa tuh, mata pun sibuk-sibuk nak tengok kanan. Tapi, aku fikir, tak boleh tak boleh. Aku ada penumpang-penumpang dalam kereta. Kawan-kawan aku. Fahmi & Liyana. Keselamatan mereka, keselamatan aku. Focus Izzani. Entah kenapa kereta banyak sangat & slow. Biasalah, kereta slow sebab nak tengok accident tuh kan. Syukur, melintas dengan selamat.
Disebabkan aku tak ada chance sangat nak intai-intai, aku ambil keputusan, lepas beli makanan, hantar Fahmi & Liyana ke Tabari, aku nak berjalan kaki sendiri ke tempat kejadian. Nak tengok betul-betul depan mata.
Astaghfirullah. Pelajar UIA. Perempuan. Aku tak tahu ini kali berapa pelajar UIA menjadi mangsa T-junction tersebut.
Drivernya masih kuat. Masih mampu hubungi pihak-pihak tertentu, masih mampu menenangkan sahabatnya itu. Tak kurang juga, pihak security UIA juga jalankan tanggungjawab mereka di situ. Berpeluh-peluh mereka. Appreciate them. Sahabatnya tadi yang tersepit di side pemandu dah selamat dikeluarkan. Aku tabik pada pasukan BOMBA. Sangat pantas. Pantas. Pantas sangat. Si penumpang itu dah selamat dikeluarkan, tapi masih terbaring di atas rumput di tengah-tengah jalan.
Sayup-sayup bunyi dia mengerang kesakitan. Lagi-lagi bila orang ramai nak angkat dia naik atas strecher. Mukanya, tangannya berdarah-darah. Kalau dilihat pada bahagian lain, semuanya nampak macam okay. Harapnya begitulah. Cuma, muka lah yang banyak darah sikit. Dan ingat people, kawasan muka itu lah kawasan yang penting untuk kita jaga sebenarnya. Banyak wayar-wayar halus yang boleh spread infection dari muka ke kepala. Bila dalam kepala, worst.
Orang ramai gagal menghubungi pihak Ambulans hospital. Panggilan di-blocked. Syukurlah. Ambulans dari UIA sampai sebaik sahaja terima panggilan dari seorang lecturer UIA yang turut berada di situ.
Disebabkan pelajar course lain kebanyakannya sudah pulang, maka yang berkerumun di situ kebanyakannya senior-senior dan kawan-kawan dentist sendiri. Macam mana kenal? Kalau jumpa students yang pakai tunic warna-warna dengan seluar putih (uniform kami), maka, warga Dentistry lah tuh. Sempat jugalah aku tanya seorang brother senior dentist tentang kecederaan pada muka. Because you know why, for dental students, area of Head & Neck is our priority. Including face. We learn very deep.
Dekat IIUM Online, dekat IIUM Kuantan Chit-Chat, dah ramai orang pesan dah, hati-hati di simpang empat itu. Please please people. Make it slow slow, pandang kiri kanan, then rasa okay, lintas lah dengan selamat. Mana MPK? Pacakkan sebatang traffic dekat situ boleh? Dulu Tabari ini tiada ramai penduduk. Sekarang dah ramai. Jangan jadikan pelajar UIA mangsa simpang empat lagi.
Takut. Dilema pemandu menghantui. Semoga yang si driver tadi hilang traumanya, yang si penumpang selamat sihat pulih seperti biasa. Dan, Allah, protect all of us. Amin Ya Rab.
Thursday, June 7, 2012
Current hot issue.
Its a hot hot hot summer. La la la la . . .
Abaikan. HAHA.
Hot issue untuk sekarang ini.
Apa ya?
Yang pertama, sekarang dah mula nak masuk minggu hibernasi untuk kami student dentist. Kurang dari sebulan lagi our first Professional exam will begin. Nervous jangan cakap lah. Since it is the very first time, fuh fuh, Tuhan jer yang tau nervous dia macam mana.
Sound like, alah, lama lagi sebulan. Tapi beb, subject yang nak kena cover tuh subject yang belajar setahun ini. The rest of the first year. Tako-tao (takut tau). haha.
So, sekarang ini dah mula lah revision class and just for another one week, there will be the end of first year. InsyaAllah.
Air mata sahabat.
Tak ingat bila kali terakhir mata basah, bergenang dan menitis
untuk seorang kawan.
Dah lama tak.
Semalam cipta sejarah.
Luah dan meluah.
Dah lama tak rasa saat macam itu.
Semuanya kerana tidak berani.
Semalam aku belajar, untuk jadi kawan yang jujur
berani bagi tahu apa yang patut dan tidak patut.
Semalam aku belajar, untuk jadi kawan yang ikhlas
jangan hanya assume dan dengar kata-kata orang.
Tanya, ambil tahu, perjelaskan
semua itu perlu.
Saling meminta maaf.
Itu benda paling indah sekali bila kita sama-sama sedar
paling best bila kita sama-sama rasa yang kita tak boleh tak jadi macam biasa
sebab kita adalah kawan yang selalu kongsi banyak perkara.
Kenapa ada air mata?
Dua sebab. Terharu.
& rasa menghargai dan dihargai.
Aku minta maaf.
Terima kasih.
Allah, perlihara persahabatan kami.
Alhamdulillah.
Wednesday, June 6, 2012
Apa ini sahabat?
Ini kisah apa yang aku buku dalam hati sejak beberapa ketika. Cukup sekadar buku dalam hati, tak perlu buku lima atau buku lali. Hanya buku dalam hati.
Apa ini sahabat?
Kenapa aku rasa suasana ini macam ada sedikit kelam? Singgung sikit tarik muka. Singgung sikit tak bersuara. Singgung sikit diam seribu bahasa, tak bertegur sapa. Kita bukan kanak-kanak lagi. Boleh kata sudah dewasa. Bila tarik muka, diam seribu bahasa, tak bertegur sapa, maksudnya apa? Merajuk kah? Oh. Aku ingat merajuk itu hanya untuk anak-anak kecil.
Perlu dipujuk dengan cara apa kalau untuk kita yang dah dewasa? Ahh. Serius tak selesa. Rasa janggal. Rasa pelik.
Apa ini sahabat? Kita bukan baru kenal. Jangan lah sensitif sangat. Dalam setiap perkara, cari kesilapan diri kita dulu sebelum tarik tarik muka, balas kata-kata dengan sarcasm-nya, perli memerli. Buat orang lain tersinggung sama tau. Orang lempar senyuman, engkau bagi cuka. Sedih. Pedih.
Situasi lain. Aku sahabat engkau. Dia juga sahabat engkau. Kita sahabat, tapi bila aku dia ada buat benda yang engkau tidak suka terus terpampang benda itu atas laman sosial. Habis satu dunia tahu. Yalah, mustahil satu dunia tahu sebab yang tau siapa yang engkau tuju hanyalah aku. Tapi jangan lupa, dia juga tahu. Malu sahabat. Aku malu. Aku malu ditayang-tayang.
Apa ini sahabat?
Jika ia ditayang kerana amarah, sabar lah sahabat. Tegur cara baik. Aku tau, itu bukan emosi, tapi hanya mahu nasihat. Nasihat cara baik sahabat. Aku terima. Bukan dengan buat aku rasa malu begitu. Tapi, bila berdepan seperti tiada apa yang berlaku.
Situasi lain. Bila mana dia sedang ada masalah, dia cari engkau untuk cerita. Dengan harapan kau bagi dia kekuatan. Sebab dia percaya dekat engkau. Tapi, masa dia ada masalah itu lah engkau push dia, force dia. Berat kepala dia fikir macam-macam sahabat. Dia nangis sahabat. Dalam kereta dia menangis. Seorang diri. Kesian dia. Aku sahaja yang tau.
Apa ini sahabat?
Sahabat. Aku pernah cakap ayat ini pada seseorang. "Aku bersyukur juga ada kawan macam dia. Sebab dia lah aku pandai kawal diri tak terlalu bersosial, jaga diri, dan jaga tingkah laku". Tak pernah sikit pun aku pandang jelik pada engkau sahabat. Sebab aku respect engkau.
Tapi, mungkin dunia kita sedikit berbeza. Ada benda-benda pada aku yang engkau tidak suka. Aku sendiri sedar, aku tidak seperti engkau. Lain sangat. Kadang-kadang saja ada sama. Maafkan lah aku kalau apa yang engkau tidak suka itu ada pada aku. Walaupun aku ada dalam dunia aku sendiri, aku tak lupa. Aku akan sentiasa ingat apa yang aku perlu ingat.
Apa yang aku buku dalam hati ini bukan rasa marah, dendam atau apa. Cuma satu sahaja. Sedih. Sebab kita sahabat, tapi dimalukan dengan tindakan sahabat. Dan aku tak nak terus tersinggung dengan kata-kata sahabat.
Ingat masa kita ditemukan? Gembira semuanya. Tapi, yalah. Makin lama kenal, makin tau baik buruk perangai. Termasuk aku. Sebab itu aku harap buruk perangai aku itu, sabar lah sahabat. Setakat ini, aku terima sahaja turun naik emosi sahabat-sahabat aku semua. Tak pernah rasa panas pada siapa-siapa.
Aku cuma rasa sedih. Mungkin apa yang berlaku selepas ini ada hikmah untuk kita semua. Semoga masa itu kita belajar ya.
Salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)