Wednesday, June 6, 2012

Apa ini sahabat?


Ini kisah apa yang aku buku dalam hati sejak beberapa ketika. Cukup sekadar buku dalam hati, tak perlu buku lima atau buku lali. Hanya buku dalam hati.

Apa ini sahabat?

Kenapa aku rasa suasana ini macam ada sedikit kelam? Singgung sikit tarik muka. Singgung sikit tak bersuara. Singgung sikit diam seribu bahasa, tak bertegur sapa. Kita bukan kanak-kanak lagi. Boleh kata sudah dewasa. Bila tarik muka, diam seribu bahasa, tak bertegur sapa, maksudnya apa? Merajuk kah? Oh. Aku ingat merajuk itu hanya untuk anak-anak kecil.

Perlu dipujuk dengan cara apa kalau untuk kita yang dah dewasa? Ahh. Serius tak selesa. Rasa janggal. Rasa pelik.

Apa ini sahabat? Kita bukan baru kenal. Jangan lah sensitif sangat. Dalam setiap perkara, cari kesilapan diri kita dulu sebelum tarik tarik muka, balas kata-kata dengan sarcasm-nya, perli memerli. Buat orang lain tersinggung sama tau. Orang lempar senyuman, engkau bagi cuka. Sedih. Pedih.

Situasi lain. Aku sahabat engkau. Dia juga sahabat engkau. Kita sahabat, tapi bila aku dia ada buat benda yang engkau tidak suka terus terpampang benda itu atas laman sosial. Habis satu dunia tahu. Yalah, mustahil satu dunia tahu sebab yang tau siapa yang engkau tuju hanyalah aku. Tapi jangan lupa, dia juga tahu. Malu sahabat. Aku malu. Aku malu ditayang-tayang.

Apa ini sahabat?

Jika ia ditayang kerana amarah, sabar lah sahabat. Tegur cara baik. Aku tau, itu bukan emosi, tapi hanya mahu nasihat. Nasihat cara baik sahabat. Aku terima. Bukan dengan buat aku rasa malu begitu. Tapi, bila berdepan seperti tiada apa yang berlaku.

Situasi lain. Bila mana dia sedang ada masalah, dia cari engkau untuk cerita. Dengan harapan kau bagi dia kekuatan. Sebab dia percaya dekat engkau. Tapi, masa dia ada masalah itu lah engkau push dia, force dia. Berat kepala dia fikir macam-macam sahabat. Dia nangis sahabat. Dalam kereta dia menangis. Seorang diri. Kesian dia. Aku sahaja yang tau.

Apa ini sahabat?

Sahabat. Aku pernah cakap ayat ini pada seseorang. "Aku bersyukur juga ada kawan macam dia. Sebab dia lah aku pandai kawal diri tak terlalu bersosial, jaga diri, dan jaga tingkah laku". Tak pernah sikit pun aku pandang jelik pada engkau sahabat. Sebab aku respect engkau.

Tapi, mungkin dunia kita sedikit berbeza. Ada benda-benda pada aku yang engkau tidak suka. Aku sendiri sedar, aku tidak seperti engkau. Lain sangat. Kadang-kadang saja ada sama. Maafkan lah aku kalau apa yang engkau tidak suka itu ada pada aku. Walaupun aku ada dalam dunia aku sendiri, aku tak lupa. Aku akan sentiasa ingat apa yang aku perlu ingat.

Apa yang aku buku dalam hati ini bukan rasa marah, dendam atau apa. Cuma satu sahaja. Sedih. Sebab kita sahabat, tapi dimalukan dengan tindakan sahabat. Dan aku tak nak terus tersinggung dengan kata-kata sahabat.

Ingat masa kita ditemukan? Gembira semuanya. Tapi, yalah. Makin lama kenal, makin tau baik buruk perangai. Termasuk aku. Sebab itu aku harap buruk perangai aku itu, sabar lah sahabat. Setakat ini, aku terima sahaja turun naik emosi sahabat-sahabat aku semua. Tak pernah rasa panas pada siapa-siapa.

Aku cuma rasa sedih. Mungkin apa yang berlaku selepas ini ada hikmah untuk kita semua. Semoga masa itu kita belajar ya.

Salam.


0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.