Apa yang membuat aku tergerak untuk post pasal ini adalah bila lihat respond orang ramai terhadap pasangan kahwin muda Syafiq (16 tahun) & Yana (14 tahun). Ada pihak yang ambil positive, sokong, support. Ada juga pihak yang bukan main bantah, tak suka, tak puas hati dan sebagainya.
Izinkan aku mengutarakan pendapat aku pula.
Kalau difikir-fikir, ya, pasangan mereka ini boleh dikatakan masih bawah umur. Kata orang, masih bersekolah. Jika difikir lagi, bila kita letak tempat kita dekat tempat mereka, masa kita tingkatan dua dah berumah tangga, ohh, jauh sekali rasanya. Aku, masa tingkatan dua masih terasa seperti budak hingusan.
Itu cerita yang belasan tahun.
Ada pula yang mengkategorikan kahwin awal adalah pada usia 19, 20, 21, tahun macam itu. Senang kata, lepas SPM. Ataupun masa tahun pertama atau tahun kedua di universiti. Ada lagi yang berpendapat, kahwin awal adalah sebelum habis belajar.
Yalah, jika kita sendiri, aku sendiri lah senang. Aku fikir, semasa masih belajar, dari mana nak datangnya duit. Memang lah kahwin bukan duit semata-mata, tapi, untuk walimatul urus perlukan duit, untuk kehidupan harian juga perlukan duit. Duit poket aku sendiri masih lagi bergantung pada ibu bapa. Adapun duit biasiswa JPA digunakan untuk belajar dan sekali sekala digunakan untuk memenuhi napsu shopping yang kadang kala membuak-buak. Kadang-kadang saja.
Tahap pemikiran macam aku ini jelas menunjukkan yang tahap ini masih belum matang, masih tidak pandai untuk fikir jauh. Sebab itu adanya masa. Perlukan masa. Melalui pengalaman, didik diri jadi matang. Belajar masak terutamanya. AHAHA.
Jadi, aku rasa titik tolak untuk setiap orang bersedia ke alam perkahwinan adalah kematangan. Kalau rasa diri dah sedia, dah pandai urus hidup, dah boleh jaga-menjaga, tiada masalah. Selain itu, sistem kewangan. Kalau rasa dah mampu untuk menstabilkan sistem kewangan bila hidup berdua, plus pada masa akan datang tambah bertiga, bereempat dan beberapa lagi, silakan. Tiada salahnya.
Yang masih belajar, jika rasa dah boleh balance belajar dengan rumah tangga. Agak-agak tak mengganggu exam, tak menggangu waktu study. Boleh boleh. Lagipun, selalunya pelajar di universiti berada dalam kelompok umur 19 atau 20 tahun ke atas kan? Jadi, kalau dah 20 tahun ++ itu dah cukup umur lah tuh. Setiap orang menjadi matang pada lain-lain usia. Ada yang kematangan lebih dari usianya. Ada yang kematangan datang tepat pada masanya. Yang sedih adalah apabila usia lebih dari kematangannya.
Jika hendak mengikutkan arus kehidupan masa kini, satu, mesti lah ada agamanya. Yang itu paling penting. Jangan goyah sedikit pun. Kemudian, biarlah dah ada kerja dulu. Orang zaman sekarang tak tanya, "Dia dapat pointer berapa?". Tapi, orang akan tanya, "Kerja apa mereka itu?". Dan, at least tahu yang kehidupan masing-masing dah stabil. Ini bukan point materialistik atau duniawi semata-mata, tapi inilah yang diambil kira untuk dihormati oleh masyarakat, orang sekeliling kita. Pandangan orang pun kadang-kadang penting juga kan.
Tepuk dada, tanya iman, tanya hati, tanya diri.Sebenarnya, banyak. Banyak benda yang nak kena sedia sebelum masuk alam perkahwinan. Aku tidak lah berapa pandai lagi. Nak bagi tahu semua pun belum mahir lagi. Jadi, apa kata kalian study sendiri lah ya.
Yang masih bersekolah itu, erm, mungkin mereka lebih tahu apa yang lebih baik untuk mereka. Mungkin kematangan itu dah datang dalam usia mereka itu. Apa yang penting, semoga mereka bahagia dan belajar rajin-rajin. Kehidupan masih jauh. PMR, SPM, semua itu masih perlu ditempuh.
Mengambil pendapat sesetengah orang yang berkata, kahwin awal dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Ya. Betul.
Pada aku, fikir macam ini. Kahwin bukan lah bertujuan untuk mengelakkan benda yang tidak baik berlaku sahaja, tetapi, dalam perkahwinan juga ada tanggungjawab.
Jika kita pilih kahwin, hanya untuk mengelakkan perkara yang tidak baik, tetapi tahu diri masih belum mampu pikul tanggungjawab, baik jangan.
Perkara yang tidak baik itu kita boleh elak, tetapi tanggungjawab kita tak boleh elak. Ia wajib.Apa-apa pun, jangan lupa, restu ibu bapa. Penting. Paling paling paling penting.
Akhir sekali, dalam apa pun, berlandaskan Islam adalah cara paling mudah. Dalam hal ini mungkin boleh bertanya lebih pada Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, dan tiga orang Asyraf (Imam Muda Asyraf, Hilal Asyraf & Asyraf Muslim). Mereka lebih pakar.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.