Monday, September 17, 2012

Review: Teman Pengganti.

Lelaki dengar lagu suka dengar muzik, jarang peduli dengan lirik. Perempuan lain. Dapat lagu, suka faham bait maksud lirik, jarang kisah dengan muzik. Biarlah muzik tunggang langgang, asalkan lirik dia best, mantap, ada maksud, enough. Ini fakta.

Aku. Dari dulu punya satu hobi. Bukan hobi sangat lah, tapi benda yang aku suka buat. Bila dapat satu lagu, yang boleh masuk kategori 'Lagu Favourite', aku akan buat lagu itu macam lagu aku yang punya. Aku nak ulang banyak kali, aku nak faham maksud lagu sekali & kadang-kadang terhafal sikit-sikit.
Entah kenapa aku rasa terpanggil untuk nak buat review lagu Teman Pengganti oleh Black ft. Malique nie. Bagi aku lagu ini unik. Bagi penggemar lagu 90-an macam aku, dah tentu dengar sekali terus tertarik dengan intro lagu ini. Ada unsur lagu lama. Tiba-tiba ada rap di celah-celah lagu. Aku pernah bagi tahu kan? Rap adalah lagi satu genre muzik yang aku suka. Kadang orang kata rap itu, "Menyanyi ker bercakap nie?". Bagi aku, no hal.
Lagi-lagi dari Malique. Lagu-lagu yang dia bawa selalu ada maksud tersirat yang tersimpul rapi. Especially words dia. Kena baca, kena luas vocab, baru boleh tangkap. & lagi satu, Malique selalu bawa unsur Islam atau keTuhanan dalam lirik dia. Bagus.
Lagi satu. Lagu ini macam lagu tak sedih. Tapi, kalau tau makna lagu ini, confirm, lu boleh dengar sambil menitis. Makna dia. Sayu.
Okay dah. Jangan cerita intro panjang-panjang. Orang tak minat. Orang nak tau isi. Aku review lagu ini, bukan dalam bentuk fakta, tapi aku bercerita.


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Kita sangat akrab. Semua, semua jatuh bangun, semua suka duka aku, kau, semua kita kongsi sama-sama. Ada juga harapan biarlah hujung nyawa kita juga membawa kita bersama.

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, bila juga mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Kebelakangan ini, selalu terbit satu bayangan dalam fikiran ku. Tak kira bila terjaga, kadang-kadang masa sedang tidur juga. Ada engkau dalam bayangan itu. Tapi, tiada aku. Teman pengganti itu menjaga, membelai, menyentuh kau dalam hubungan yang sah. Semuanya kau setuju dan biarkan. Aku redha walaupun ini bukan apa yang aku ingin kan. Sedikit hampa tapi aku dah dapat agak dari awal.

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Cinta kita terjalin sejak sekian lama. Segalanya telah kita bina bersama. Dengan gelak ketawa, kadang dengan air mata, semua itu kita bina untuk kenangan indah kita bersama. Tapi, dalam diam ini, ada gundah yang aku sembunyikan dalam diri. Tidak mudah untuk aku sembunyikan. Kau perlu tahu yang semua ini akan berubah. Ini, apa yang aku mahu sampaikan.

Rahsia ini telah lama aku pendam kan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti
Dengar ini, aku ingin luah. Masa untuk aku tidak lama. Sampai masa aku akan pergi, dari dunia ini. Sudah sampai masa, engkau, cari teman lain sebagai pengganti diri ini.

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dialami, dan mengalami
Dunia yang sebenar, sebenarnya banyak tipu, banyak berat sebelah. Ketidakadilan. Aku dan mungkin engkau juga tak terlepas. Juga terkena cacian, kata sinis manusia. Tapi, tidak pernah sekali pun engkau ia kan kata mereka, tak pernah sekali pun engkau berpaling dari kasih sayang kita. Kerana engkau sahaja yang tahu diri aku, yang faham. Kadang kau dalam tidak kemengertian, tapi kau masih mengikut apa yang benar. Sudi rasa bersama apa yang aku rasa. Hanya kau.

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kau lah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi Dia yang sempurna
 Aku hargai. Kau selalu ada, menjadi teman bercerita, menjadi tukang mendengar. Setiap tarikh istemewa, kau ingat, tak pernah lupa. Engkau yang pertama tiba bila pagi Syawal. Aku hargai. Apa daya, ini mungkin Syawal terakhir untuk aku. Aku sudah perlu menyingkap hijab, dekat pada Al-Quran. Aku perlu lengkap kan diri untuk sesuatu yang pasti. Dalam diri aku, ada engkau yang teristimewa, yang pasti ada Allah yang cukup sempurna.

Sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Aku mula belajar, aku mula mencari, mengkaji fungsi hidup, nikmat hidup & tanggungjawab dalam hidup dalam dunia yang penuh kehinaan sebagai hamba-Nya. Aku makin keliru. Syukur ada kau, menjadi sang penghibur, hilang suram. Kadang, aku tetap murung, masih hendak berkurung. Aku makin rapuh, tinggal sisa tubuh, menunggu sampai masa. Aku mula tiada daya. Komplikasi penyakit ini makin menular. Aku sudah mula susah hendak bernafas. Bergerak, berdiri, juga aku hilang daya.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti boleh lah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Kekasih, ini pesanan terakhir aku. Masa untuk aku pergi bakal tiba. Lagu ini akan menjadi yang terakhir. Nyanyi lah bila kau rasa rindu. Jangan sedih, jaga diri selalu. Jangan risau, yang hilang akan ada yang ganti. Aku sudah sedia. Persiapan semua aku sudah sedia. Bilik, barang-barang, semua aku dah simpan rapi. Aku tinggalkan sikit wang, moga cukup untuk majlis tahlil nanti.

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Kekasih, aku pergi. Allah lebih sayang kan diri ini. Sudah sampai masa, cari lah pengganti diri ini. 
 -End of story-

Everyone hope that their love story will end up they both live together. Yes. Me also hope. Sebagai manusia, kita berpijak atas bumi yang nyata bukan? Kita boleh cakap kita hendak hidup bersama sampai bila-bila. Tapi adakah dunia yang nyata ini akan meng-ia-kan? Kita tidak tahu. Kita semua tidak tahu. Jadi, cukup lah dengan kita bersedia. Mungkin salah seorang akan pergi dulu. Mungkin kita dulu, mungkin dia. Mungkin juga bersama. Kalau boleh pilih, sudah tentu nak yang bersama. Tapi jangan risau, semoga ditemukan semula di syurga. InsyaAllah.

& selagi ada masa, hargai, selami, rasai bahagia itu. Kita berhak untuk itu semua. Ingat, diri kita bertuah.

*Dah dah. Jangan lah touching sangat layan lirik lagu tuh. HAHA :)



0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.