Sunday, February 17, 2013

Ais dan igloo.

Hari ini aku berada di Kuantan
seperti hari semalam & hari kelmarin.

Musim tengkujuh.
pagi hujan, petang hujan, malam hujan lagi
hujan seperti tidak bosan membasahi bumi
Yalah, Kuantan kalau panas, panas betul
kering kontang.

Hujan tak berhenti ini
buat aku berhibernasi
duduk terperap dalam bilik sendiri

Mandi dah macam mandi ais,
tidur dah macam tidur dalam igloo.


Saturday, February 16, 2013

2 restaurants 1 night.

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak buat cerita jalan-jalan cari makan sikit. Dah lama rasanya tak pergi kedai makan gah gah dekat Kuantan nie. Yalah. Semenjak balik dari cuti nie, aku makan nasi kukus, nasi kukus, dan nasi kukus jer untuk dinner. Weekend bukan selalu kan. So, aku & roomates decide nak pergi makan dekat satu kedai makan yang kawan-kawan kitorang dok sebut sebut jugak before nie. Dekat mana?

Haa. Inilah kedai dia. LilaWadi. Masa kawan aku bagi tau, aku macam, "Apa? Lisdawati? ker Lindawati?". HAHA. LilaWadi rupanya. Kedai nie terletak dekat pekan Kuantan, dekat sebelah Sungai Kuantan. Tapi, tersorok sangat kedai nie. Dekat celah-celah bangunan. Kitorang perasan pun sebab ada cahaya-cahaya lampu.
Basically, kedai nie berkonsepkan steamboat & barbecue. Ada beberapa pilihan lauk yang dia offer.
Kitorang order CHICKEN SET SUPREME untuk 4 orang. Untuk side dishes, kitorang order MANGO CHEESE CAKE (1 slice). Air, aku oder ICED MILO SHAKE lah of course. Padahal air milo ais jer tau. HAHA. Datang kedai mahal-mahal, even makan hotel pun, milo jugak menjadi pilihan. HAHA.
ICED MILO SHAKE.
Dekat mana shake nya pun aku tak tau. Dah macam minum Herbalife dah aku rasa ada 'shake shake' tuh. HAHA.
So, inilah lauk-lauk yang ada dalam menu yang kitorang order tuh. Ada ayam, sotong, udang, hamchicken, cendawan, tomato, carrot, kobis dan salad.
The kuah kita boleh pilih sama ada kita nak sup atau tomyam. So, kitorang pilih tomyam lah. And see, udang-udang yang sedang berenang di dalam tomyam, manakala si udang yang berada di puncak itu adalah udang yang kitorang tengah grill.
Makanan, tomyam, lauk dekat sini semuanya sedap sedap. But, one sad thing is nasi dia sikit. HUHU. Untuk perut ruminant macam aku nie, tak cukup untuk nak sampai ke tahap kenyang. Kita boleh pilih sama ada nak nasi atau mee. Of course lah aku pilih nasi sebab tengah lapar. But then, nasi dah habis, perut tak kenyang. Acane tuh?
And last but not least, The Mango Cheese Cake. Sedap wacakaplu. Atas tuh ada mango, then tengah-tengah cheese as an ice-cream and bawah tuh macam cookies sikit. Ala ala Secret Recipe pun ada.
Disebabkan tak kenyang tadi, jalan-jalan cari makan tadi diteruskan pula ke restoran MonRods yang terletak just opposite to LilaWadi. Kena melintas jalan jer lah. Disebabkan alkisah tidak kenyang tadi, kitorang decide untuk order makanan dekat MonRods and share empat orang. HEHE.
MonRods nie kitorang dah pernah datang makan. Mainly berkonsepkan western and tak menyesal lah datang sini sebab makanan dia memang puas hati. Sebab tuh tanpa ragu-ragu boleh decide nak makan sini pulak. HAHAHA.
Woah! How small I am. Tak nampak kan? HEHE.

Dekat sini kitorang order Sandwich jer. Tapi sandwich JER dia, taraaaa

Sandwich dia lengkap dengan fries and coslow. Air pulak kitorang order air masak jer and share 4 orang. AHAHA. Ini kelakar aku rasa.

& & tak perempuan lah kalau tak main ambil-ambil gambar kan. Perempuan memang pemalu, tapi sifat malu itu seakan hilang apabila berjumpa cermin, untuk ambil gambar. Like seriously. AHAHA.

Eh eh, kaki alien ker apa nieh? HAHA. For tonight, aku just pakai jeans ada orang bagi sebab dia dah tak muat, t-shirt purple, tudung merah 2 tones ikat gaya pergi mengaji, dan Woot! Woot! Kasut baru rasmikan beli dekat Rucini. HEHE.

Fuhh. Akhirnya aku survived update entri ini menggunakan wifi UIA sebab malas nak cucuk broadband.



Monday, February 11, 2013

My other half.



"He is truly a man"
Thank you.


Saturday, February 9, 2013

Cuti CNY.

Cuti CNY
Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa
rugi lah kalau cuti panjang-panjang tak balik rumah.

Walaupun baru jer seminggu balik Kuantan, tapi here I am. In Kuala Lumpur! Woha! Just arrived here dalam pukul 11.30 am tadi. Tapi malam baru dapat jejak kaki dekat rumah sebab sampai-sampai jer me and family terus gerak pergi Salak Tinggi & Putrajaya sebab ada kenduri kahwin.

Hari tuh masa mula-mula balik Kuantan tak sure lagi nak balik rumah ker tak cuti CNY nie. So, tak beli tiket lagi. Tapi seriously niat masa tuh membuak-buak kata, balik lah rumah. Then, lepas berfikir fikir, hari kedua dekat Kuantan, terus pergi stesen bas nak beli tiket balik KL hari Jumaat.


"TIKET HARI JUMAAT KE SEMUA DESTINASI HABIS."

Woaahh! Tiket KL yang boleh kata paling banyak sekali jual dekat terminal pun dah habis hari Jumaat. Hilang arah sekejap lah masa tuh. Call kawan-kawan ada siapa-siapa tak yang drive balik KL. Mostly kereta dah full. Tak boleh jadi nie, suspen suspen. Then, dapat idea untuk balik hari Sabtu pagi. Syukur, ada beberapa lagi lah tiket Sabtu pagi. Memang aku ambil yang paling awal sekali lah, pukul 8.00 am.

Sehari sebelum tuh, my brother, Affiq called. "Kaklong, besok balik pakai baju kurung terus tau sebab nak pergi kenduri kahwin terus."

Memang pagi-pagi aku naik bas pakai baju kurung manik-manik macam nak pergi mana jer. Sepanjang dalam bas, aku tidur. HAHAHA. Serious, tidur all out. Terjaga sekejap bila Rahman call tanya dekat mana dah. Cakap cakap, aku reply message kejap, then tertidur lagi. Sampai lah abah pula call tanya dekat mana. Masa tuh dah rasa segar sikit dah. Terjaga lah beberapa minit sebelum sampai stesen bas.

& akhirnya selamat juga aku sampai KL walaupun ada tragedi suspen tiket bas hari Jumaat habis. Walaupun rasa rugi sebab rugi sehari untuk tidur dekat rumah, but I tried to be positive. Cewah. Aku fikir, kalau balik Jumaat, akan sampai malam, sampai rumah terus tidur, bangun pagi Sabtu pun lebih kurang time sampai tadi. So, tak rugi sangat lah. (Ayat tenangkan hati). HAHA.

Yang penting, I'M HOOOMEEEEE!

Meghah nya mak ngah! HAHA.

'Budak sekolah'

"Suddenly I missed all the time when I wore white, blue and yellow baju kurung, white and blue tudung, blue black, blue and black kain, and somehow blazer. #School"

You know, as now I am 22, I've gone through 8 schools along my journey as budak sekolah. Lapan okay, Lapan! Mesti ada yang lagi gempak dari ini, tapi bagi aku, ini dah cukup gempak untuk diri sendiri since siapa sangka aku boleh hidup nomad pindah pindah sekolah, biasakan diri dekat tempat baru sebanyak lapan kali. Woha!

Excluded tadika lah kan. Kalau masuk tadika, aku pun dah tak ingat nama-nama tadika itu. See, nama-nama. Means that tadika aku pun ada beberapa buah juga.

So, lets see how my journey as budak sekolah begin and end.

SK Jalan Kuantan 2, Kuala Lumpur (January 1998 - April 2000)
Here was my very first step entering school. Dekat sini lah kenangan nangis nangis dalam kelas masa minggu pertama sekolah darjah 1. Dekat sini lah belajar pergi balik sekolah naik bas dari darjah 1. Sekolah nie ada dua sesi. Pagi dan petang. SK Jalan Kuantan 2 akan jadi sesi petang untuk first half, dan sesi pagi untuk another first half. So, dekat sekolah ini lah belajar main tangkap-tangkap belalang masa balik sekolah petang sementara tunggu bas sampai. & & & Dekat sini lah ada tragedi ter-berry dalam kain. Opss! Masa darjah 1 weyhhh. HAHAHA. Paling penting, dekat sini aku ambil test PTS dan melayakkan aku untuk jadi salah sorang calon untuk ambil exam PTS.

SK Desa Pandan, Kuala Lumpur (April 2000 - December 2001)
Bila dah biasa pergi balik sekolah naik bas, tiba-tiba kena pindah sekolah sini di mana pergi balik sekolah abah hantar dan abah ambil. Kalau dulu naik bas, ramai kawan-kawan tunggu sama. Kali ini, tunggu abah sendiri, bila one by one kawan-kawan dah balik, mula lah nak nangis sebab ramai kawan dah balik. Beberapa kali nangis juga lah. Sampai kan pernah sekali berani suruh orang yang tidak dikenali hantar aku pergi office ibu. Woaahhh. Bahaya gila kan. Asal berani sangat masa tuh tak tau. Masa itu darjah 3. Then, dekat sini aku ambil exam PTS. Tapi, tak dapat lompat pun. Lompat si katak lompat saja lah. HAHA.

SK Putrajaya 1, Presint 8, Putrajaya (Januari 2002 - December 2002)

Berhijrah lah pula dari kota raya KL ke Putrajaya. So, masa nie aku duduk dekat Presint 16, tapi sekolah Presint 16 dalam pembinaan, so sekolah lah dulu dekat Presint 8. Masa nie first time lah aku masuk sekolah canggih, ada komputer dalam kelas. Pergi balik sekolah naik bas Nadi Putra. Alah, bas yang dekat Putrajaya tuh lah. Syok oo. Petang petang sementara tunggu koko start, aku dengan kawan-kawan makan chicken chop dekat Medan Selera sebelah sekolah, kadang lepak Library Awam dekat situ. Habis koko, naik bas, balik rumah. HAHA.

SK Putrajaya 3, Presint 16, Putrajaya (January 2003 - December 2003)
Then, the next year, sekolah dekat Presint 16 dah siap. So, kitorang budak-budak Presint 16 mostly pindah lah sekolah yang dekat dengan rumah nie kan. Pergi balik sekolah jalan kaki. Dekat sini aku dapat merasa satu sekolah dengan dua orang lagi adik aku, Izzati & Affiq. So, pergi balik kelas selalu jalan kaki dengan diorang dan kawan-kawan ramai-ramai. Serius kitorang selalu balik ramai-ramai sebab rumah kitorang semua dalam kawasan yang sama. HAHA. Sini best sebab dah lah pioneer, senior pulak tuh. HEHE. I took my UPSR here.

SMK Putrajaya 3, Presint 16, Putrajaya (January 2004 - August 2004)
Then naik Form 1, just pindah jer lah ke sekolah menengah sebelah kan. Kawan-kawan pun mostly dah kenal dah sebab rumah dekat satu, sekolah rendah sama pun lagi satu. Masa sekolah sini best lah sebab walaupun kitorang junior, tapi sangat rapat dengan seniors. Sebabnya, senior senior tuh pun kawan-kawan kitorang dekat area rumah tuh. Petang-petang kalau keluar jalan-jalan pun nampak muka yang sama. Ingat lagi, even masa nak dekat hari sukan, setiap rumah sukan mesti lah kena prepare untuk kawad lah, apa lah. Kitorang semua gather dekat taman rumah kitorang jer untuk buat preparation, buat props semua. HAHA. Time nak pindah dari sekolah nie lah paling sedih sekali sebab aku ada ramai sangat kawan-kawan dekat sini. Dari darjah 5 sampai form 1 sekolah sama, rumah kawasan sama, so, memang rapat dengan semua. Time nak pindah dari sini lah menangis gila gila. Sedih tinggalkan kawan-kawan baik.

SMK Kiaramas, Kuala Lumpur (August 2004 - April 2005)
Orait, kita berhijrah semula ke kota raya KL. Sekolah nie dekat dengan rumah aku sekarang. Masa masuk sekolah nie, aku dapat ramai kawan-kawan baru. Tapi, mostly kawan-kawan dekat sini pun yang dari kawasan dekat-dekat rumah jugak. So, pergi balik sekolah pun jalan kaki dengan kawan-kawan. Masa aku masuk, sekolah nie baru jer 8 bulan beroperasi. Baru lagi lah. So, students pun tak ramai lagi. Masa tuh cuma ada Form 1, Form 2, dan Form 4. Disebabkan sikit, so, kitorang rapat dengan semua students dalam sekolah nie, even dengan seniors pun. Ingat lagi, masa tuh ada camping dekat sekolah di mana semua students kena involve. Masa camping nie lah kitorang jadi rapat dengan semua orang.

SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur (April 2005 - February 2007)
Orait. Pindah lagi sekolah. Dekat sini pergi balik sekolah again abah hantar dan abah ambil. Dekat sini, aku dapat lagi kawan baru. Cuma, kawan-kawan dekat sini bukan dari kawasan rumah aku. So, apa-apa hal sekolah memang dekat sekolah jer lah. Gambar dekat atas nie tapak perhimpunan kitorang, dan tingkap tingkap tuh kelas lah. Masa mula-mula masuk, aku rasa janggal juga lah sebab ramai sangat student Cina dekat sini since aku sebelum-sebelum nie memang sekolah yang majoriti Melayu. But then, dekat sini lah terasa bahang persaingan dalam belajar. Here I took my PMR.

MRSM Taping, Perak (February 2007 - December 2008)
My very first time being in boarding school. Sebelum masuk asrama, macam-macam fikir, dari macam mana nak hidup tak boleh tengok TV, sampai lah macam mana nak balik rumah selalu. Semua ada. Tipulah masa awal-awal masuk, walaupun dah Form 4, still touching kot nak kena tinggal dekat sini sebab dah biasa duduk dengan family. But, Alhamdulillah. Berjaya overcome! & tak dinafikan, dekat sini lah aku belajar sangat banyak benda dalam perjalanan nak jadi dewasa, nak berjaya, dalam masa yang sama menjaga diri dengan baik untuk jadi orang yang berguna. Kalau nak cerita pengalaman dekat sini, I need one single entri to tell all the moments here. Lagi-lagi bila dah tahun akhir sekolah kan. Lagi lah. Banyak moments yang memang tak boleh lupa. Daripada asalnya serius aku culture shock sikit sebab students semua memang kaki study, buku timbun timbun atas meja. Tapi, lama-lama, aku cuba biasakan diri dan cuba tergolong dalam cara hidup diorang juga. I learned so many things here. As this is my last place as budak sekolah, my SPM was done here!

And that was my journey of being BUDAK SEKOLAH...


Wednesday, February 6, 2013

Apa ada dalam piramid?

Kelas DPH (Dental Public Health) hari ini kitorang belajar pasal Nutrients. Biasalah. Jaga gigi tuh jaga jugak, tapi makan pun kena jaga jugak.

Well. Bila dapat tajuk yang leisure macam ini, memang tak mengantuk betul lah dalam kelas. Dapat concentrate. Walaupun kelas petang. Yalah. Tajuk lepak lepak cakap pasal makan, makanan apa yang baik, yang banyak Monosodium Glutamate apa semua. Ditambah pula dengan foods love me, memang ngam sangat lah tuh. HAHAHA.

So, salah satu yang appear dalam slide Dr tadi,


"Based on the food pyramid, what do we have in the bottom?", tanya lecturer.

Dengan yakin aku menjawab, "Tepung,....."

Belum sempat aku habiskan ayat aku, budak-budak kelas serta lecturer ketawa ketawa. Aku tengah blur. Rupanya, faham lah aku yang lecturer itu tanya nutrient class apa yang ada dalam food pyramid bawah sekali tuh & jawapannya carbohydrate.

Mana lah aku tahu. Aku ingat kan dia tanya, apa yang ada dalam food pyramid bawah sekali tuh. Baru nak jawab; tepung, biskut, roti, jagung, kentang etc etc etc.

Begitulah kisah aku memalukan diri sendiri pada hari ini. HAHAHA.




Tuesday, February 5, 2013

Sanah Helwah, Dr.

Lepas cuti 2 minggu, tangan tiba-tiba jadi awkward gila nak pegang handpiece. Nak handle untuk buat cavity. Nasib baik Cons Block 3 dimulakan dengan buat Class IV restoration. So, macam simple sikit lah sebab gigi depan, nipis jer, berbanding buat gigi belakang yang banyak sangat wall yang perlu diletakkan in consideration bila buat cavity preparation.

Macam biasa lah, setiap kali settle satu step, kena tunjuk dekat doktor, and doktor gives us marks. Sambil-sambil doktor bagi markah dekat aku punya cavity preparation,

"Doctor, they said that yesteday is your birthday."
"Owh. Seems like that."
"Wah. Happy Belated Birthday doctor."
"Thank you, thank you 'Izzani"

Haaa. Tak pasal-pasal aku tambah apostrophe dekat nama aku sebab he is from Iraq, dan bunyi 'I' tuh pekat sikit. Style arab gitu.

* * *

Petang tadi ada kelas dengan doktor. Doktor pun mengajar lah dekat depan, sambil kami di belakang cuba menumpukan perhatian.

Sebelum kelas habis, one of our classmates stand up and said, "Dr. Can you wait for a while. We have something for you."

Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi Dr. Kais,
Selamat Hari Jadi!

Sambil doktor tersenyum-senyum di depan, kami yang menyanyi juga tersipu-sipu malu kerana maaaaluuuuu nak nyanyi. Nyanyi sambil tunduk-tunduk muka siap. Saja nyanyi lagu dalam bahasa melayu sebab tahu doktor memang suka cari vocab malay yang baru each time.

"Owh. Again, what? Selamat Hari Jadi? In arabic Jadid is 'Baru'. Thanks everyone. May you all success always", said Dr. Kais.

And that is how we appreciate our teacher / lecturer.


Sunday, February 3, 2013

Balik UIA dah weiii.

Thanks for the 2 weeks holiday. Of course, rasa kejap sangat. Padahal before cuti bukan main, Yay yay! Cuti dua minggu. Lamaa tuuuuhh. Pejam celik pejam celik, Hah? Dua minggu dah? Macam tak percaya. Rasa macam tak cukup lagi masa golek golek dengan si katil, lepak lepak dengan si TV, mesra mesra dengan si makanan. Hmm. Dah kena balik UIA.

Walaupun UIA pun ada katil, pun ada TV, pun ada makanan, tapi tak se-heaven apa yang ada dekat rumah. Apa yang pasti, dekat UIA nie, kena lah peluk peluk dengan si buku-buku dan manja manja dengan si nota-nota. Fuhh. Adat seorang pelajar dan belajar.

Aku sampai UIA semalam. Kira awal lah tuh. Orang balik Ahad, awak balik Sabtu. Sebab nak bawa balik kereta, so, kena balik awal sikit sebab abah teman. Tak sampai hati nak minta abah hantar ahad sebab biar lah abah berehat jugak hari Isnin nak kerja kan. So, Sabtu aku sampai UIA. Takde orang lagi of course. Ada juga lah beberapa, tapi bilik aku kosong lagi lah.

Sabtu semalam seharian aku keluar sampai petang beli-beli barang. Sabun lah, pencuci muka lah, apa lah haiii. Petang aku pergi basuh kereta. Malam aku duduk bilik jer lah layan movie sorang-sorang. Sobs sobs. Lepas tuh tak tau sedar-sedar dah Subuh, roomate lagi sorang dah balik.

"Izzani, dah bangun dah. Kau tidur tak kunci pintu ker semalam?"

Aku macam hahhhh?!!! seriously?? gila membahayakan kesihatan betul aku nie. Nampak sangat aku tidur pun tanpa sedar semalam sampai terlupa nak kunci pintu. Syukur Alhamdulillah aku dan harta benda aku masih selamat di sini.

Then hari Ahad, aku menjangkakan ramai lagi kawan-kawan akan balik, tapi siang tadi tak ramai sangat pun lagi. So, aku pun memalaskan diri dengan bangun hampir tengah hari, bangun-bangun mandi, cari makanan dan layan movie lagi sambil makan. Petang aku pergi basuh kipas aku yang berhabuk mengalahkan sarang labah-labah.

So, besok kelas untuk Block 3 akan bermula. Hari besok seharian kitorang ada INVENTORY. Habis lah kena spotcheck barang-barang instruments dan handpiece, dan kebersihan workplace kitorang nie. Ayoyoyoyo.