Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa
rugi lah kalau cuti panjang-panjang tak balik rumah.
Walaupun baru jer seminggu balik Kuantan, tapi here I am. In Kuala Lumpur! Woha! Just arrived here dalam pukul 11.30 am tadi. Tapi malam baru dapat jejak kaki dekat rumah sebab sampai-sampai jer me and family terus gerak pergi Salak Tinggi & Putrajaya sebab ada kenduri kahwin.
Hari tuh masa mula-mula balik Kuantan tak sure lagi nak balik rumah ker tak cuti CNY nie. So, tak beli tiket lagi. Tapi seriously niat masa tuh membuak-buak kata, balik lah rumah. Then, lepas berfikir fikir, hari kedua dekat Kuantan, terus pergi stesen bas nak beli tiket balik KL hari Jumaat.
"TIKET HARI JUMAAT KE SEMUA DESTINASI HABIS."
Woaahh! Tiket KL yang boleh kata paling banyak sekali jual dekat terminal pun dah habis hari Jumaat. Hilang arah sekejap lah masa tuh. Call kawan-kawan ada siapa-siapa tak yang drive balik KL. Mostly kereta dah full. Tak boleh jadi nie, suspen suspen. Then, dapat idea untuk balik hari Sabtu pagi. Syukur, ada beberapa lagi lah tiket Sabtu pagi. Memang aku ambil yang paling awal sekali lah, pukul 8.00 am.
Sehari sebelum tuh, my brother, Affiq called. "Kaklong, besok balik pakai baju kurung terus tau sebab nak pergi kenduri kahwin terus."
Memang pagi-pagi aku naik bas pakai baju kurung manik-manik macam nak pergi mana jer. Sepanjang dalam bas, aku tidur. HAHAHA. Serious, tidur all out. Terjaga sekejap bila Rahman call tanya dekat mana dah. Cakap cakap, aku reply message kejap, then tertidur lagi. Sampai lah abah pula call tanya dekat mana. Masa tuh dah rasa segar sikit dah. Terjaga lah beberapa minit sebelum sampai stesen bas.
& akhirnya selamat juga aku sampai KL walaupun ada tragedi suspen tiket bas hari Jumaat habis. Walaupun rasa rugi sebab rugi sehari untuk tidur dekat rumah, but I tried to be positive. Cewah. Aku fikir, kalau balik Jumaat, akan sampai malam, sampai rumah terus tidur, bangun pagi Sabtu pun lebih kurang time sampai tadi. So, tak rugi sangat lah. (Ayat tenangkan hati). HAHA.
Yang penting, I'M HOOOMEEEEE!
Meghah nya mak ngah! HAHA.
0 comments:
Post a Comment
Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.