Tuesday, July 30, 2013

Malaysia masih aman? (tanda soal)

Dalam hidup ini tak boleh lah banyak sangat lagha kan. Asyik nak enjoy sini sana. Kalau boleh banyak-banyakkan makanan rohani itu lebih baik. Dan jangan asyik nak enjoy sini sana sampai tak ambil kisah apa jadi dekat sekeliling kita.

Ambil sedikit masa doakan saudara-saudara kita di Mesir, Palestin, dan Syria itu.
& juga jangan lupa ambil tahu pasal negara kita sendiri, Malaysia.

Walaupun Malaysia pada zahirnya tampak seperti aman, tiada peperangan seperti negara-negara lain, tapi jangan kita lupa, masih ada dari segi fitrahnya kita masih belum aman.

Aman ini membawa banyak erti. Bukan semata-mata berkaitan dengan peperangan, rusuhan, dan sebagainya. Kesejahteraan jiwa, iman, Islam, juga diertikan sebagai aman.

Malaysia.

Saban hari kita dengar tentang pelbagai isu. Berita? Surat khabar? Entahlah. Tidak kiralah aku berpihak pada mana-mana parti sekalipun, dari segi generalnya aku sendiri sudah berasa berita dan surat khabar kita belum capai takat aman. Masih terkongkong. Masih lagi berpihak pada satu pihak sahaja. Kesannya, masyarakat tidak mendapat sumber yang adil dan seimbang.

Okay okay. Sekarang bukan masa untuk berpolitik.

Belum lagi habis kehangatan isu Alvin & Vivian dengan 'Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh' nya, hari ini, ada lagi, kali ini video yang diupload dengan tajuk '1 Hari di Hari Raya' dengan isu yang sama seperti sebelum ini. Bezanya, kali ini tentang raya dan menggunakan anjing pula.

Astaghfirullahalazim. Berkali-kali aku bagi tahu adik aku, "Kaklong sedih. Kaklong sedih tengok semua ini". Kenapa rakyat Malaysia? Kenapa? Kenapa rakyat Malaysia sudah berani memain-mainkan agama Islam? Mana pergi rasa takut? Mana pergi rasa gentar memainkan isu sensitif seperti itu? Siapa yang perlu disalahkan sekarang?

Tidak kira lah agama apa sekali pun, isu agama adalah isu sensitif. Kita tidak berhak untuk menghina atau memainkan mana-mana agama sekali pun. Tidak kiralah kita berjawatan, datuk, hatta menteri sekalipun, jangan lah sekali-kali kita berani mengusik ataupun mengata agama, dan bangsa yang lain. Malah kita harus menghormati agama dan bangsa yang lain.

Sudah dikatakan agama, kaum, ini semua isu sensitif. Yang diusik itu kenapa? Kesannya lihat, rakyat Malaysia sendiri dah berani sentuh tentang Islam sendiri. Sedih.

Masuk pula isu 4 finalist Miss Malaysia yang digugurkan daripada pencalonan. Fatwa pada tahun 1996 telah dikeluarkan dengan mengatakan wanita Islam tidak boleh memasuki pertandingan Miss Malaysia ini. Tapi kenapa masih ada yang hendak pertahankan? Dengan alasan, mereka diberikan kelonggaran dari segi berpakaian. Tidak kisah lah berpakaian bagaimana sekali pun, balik kepada basic, dah hukum membuka aurat itu haram, maka haram juga lah ia. No tapi tapi.

Ada juga yang memberi alasan, "Wanita Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan Miss Malaysia, tetapi mengapa wanita Islam boleh memasuki pertanding renang, gimnastik, dan sebagainya?" Ya. Benar apa yang dipertikaikan ini. Maksud aku, cara si pemberi pendapat ini, benarlah. Kita haramkan wanita Islam memasuki Miss Malaysia, tetapi kita memberi kebenaran untuk wanita Islam memasuki acara sukan renang, gimnastik, yang juga pada ideologinya memegang konsep yang sama, iaitu membuka aurat. Siapa-siapa pun akan pertikaikan juga.

Sebab itulah, pada pendapat aku, untuk mengambil sesuatu keputusan ataupun kata putus, biarlah secara menyeluruh. Bukan sikit-sikit, untuk perkara yang tertentu sahaja. Kembali kepada asas nya yang utama, Islam mengharamkan umatnya membuka aurat dan ditunjuk-tunjuk. Maka semuaaaaa perkara-perkara seperti sukan yang memakai pakaian ketat, seluar pendek, rancangan televisyen yang mendedahkan aurat, memperlihatkan aksi-aksi tidak elok harus juga diambil tindakan.

Lagi satu, tentang Shisha. Fatwa telah dikeluarkan bahawasanya shisha adalah haram. Tapi kenapa perkara yang lebih utama lagi seperti arak dan judi yang memang dah terang-terang dikatakan haram itu dibiarkan terus berleluasa? Kerana ia memberi pulangan wang? Wang tidak menjamin apa-apa di akhirat kelak. Sebab itulah, untuk mengeluarkan sesuatu keputusan, biarlah secara menyeluruh. Barulah adil untuk semua, dan masyarakat tidak mempertikaikan tentang sesuatu perkara.

Last sekali, tentang isu tembak menembak yang sekarang juga sedang terus berleluasa. Aduh. Hilang rasa aman jiwa. Rakyat hidup dalam keadaan takut-takut. Kenapa ini boleh berlaku? Dah ada pembunuh upahan macam dalam drama TV itu kah? Aku harap pihak kerajaan, sudah-sudah lah dulu dengan Akta Hasutan yang tak habis-habis, eloklah tumpukan perhatian kepada kejadian ini supaya benar-benar menjaga keselamatan rakyat dan rakyat boleh hidup aman.

Emmphh. Akta Hasutan. 'Apa lagi Cina mahu' itu tak kena pun Akta Hasutan. Tak faham. Ini lagi satu tindakan yang tak menyeluruh.

Sekarang tanya pada diri sendiri. Benarkah, Malaysia masih aman?


0 comments:

Post a Comment

Sebijik comment anda amatlah berharga untuk saya.