Saturday, June 11, 2011

How I miss Putrajaya soooo much! - Part II

Okay. Ini sambungan dari How I miss Putrajaya soooo much!-Part I. InsyaAllah, entri kali nie tak sepanjang macam Part-I hari tuh kot. Hope so! HEHE.

Aku just nak cerita apa benda yang aku sangat-sangat rindu dekat Putrajaya yang benda-benda tuh masih segar mekar indah menyala *okay. dah dah. cukup.* dalam ingatan aku.


First sekali, of corse, sudah tentunye SEKOLAH. Aku pun tak tau laah. Sekolah akan jadi tempat paling diingati sekali sampai mati. Serious cakap. HAHA.

Okay. Aku tak dapat kumpul banyak benda dekat sini. Satu, gambar sekolah rendah presint 8 aku, lagi satu, lencana sekolah rendah presint 16 aku.

Actually, selama 3 tahun duduk Putrajaya, aku ada TIGA sekolah. Each for each year. AHAHA. Amacam? Hebat tak? HAHA.

Aku tak jumpa gambar Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1, Presint 8 aku. Sobs T.T Jumpa lencana pun jadi laah. Aku sekolah sini masa darjah 5. Even setahun jer dekat situ, serious best sebab padang sekolah dia best (ada track warna merah tuuh), lagi pulak time sekolah rendah aku agak active jugak lah dengan sport. Aku cakap AGAK ea. Tak terlampau dan tak terkurang. AHAHA. Aktiviti aku time tuh, kelab kebudayaan, menari-nari lentok-lentok alaaaaah haaai! and sprinter kecil-kecilan. 100m or 200m laah yang aku selalu join.

Aku agak jakun mula-mula masuk sekolah tuh sebab dalam kelas dekat setiap group ada komputer. Bapaakk canggih laah kau sekolah! AHAHA. Mula-mula jer ea. Lama-lama dah tak. HAHA.

Sekolah Presint 8 tuh bagi kenangan dekat aku, salah satunya masa sambutan malam kemerdekaan buat dekat Putrajaya, dekat sekolah aku. Masa siang tuh sekolah, sambil orang-orang kerajaan buat persiapan pasang pentas, bom bunga api apa semua. Cikgu bukan main pesan, jangan pergi blok nie, blok tuh, sebab ada bunga api. AHAHA. Malam tuh aku pergi lah meraikan dengan family aku dengan sepupu-sepupu aku. Bukan main seronok tengok bunga api yang cikgu dok tegah dari siang hari tuh. HAHA.

Then, macam yang aku dah cerita, darjah 6 aku kena pindah Sekolah Kebangsaan Putrajaya 3, Presint 16 pulak. Time nieh is my glory-glory time laah lebih kurang. Ececey. Dapat masuk kelas first, duduk sekelas dengan budak-budak hebat memang syok. Dapat pulak guru kelas yang sangat bagus, suka hias-hias kelas kitorang bagi cantik molek. No wonder laah bila perhimpunan, kelas 6 Intelek selalu dapat kelas terbersih ker terceria ker ape ntah. ^___^

Glory-glory lagi bila dapat jadi prefect. Kih kih kih. Aku tak mintak pun nak jadi. Aku tak pergi ambil borang pun untuk jadi. Tiba-tiba cikgu pengawas datang jumpa aku time perhimpunan offer jadi pengawas. Orang cakap, rezeki jangan ditolak >__< HEHE. Lagi seronok bila dalam organisasi pengawas, budak-budak lantik jadi S/U. AHAHA. Padahal, surat ker ape ker, haram tak pernah buat pun. Budak darjah 6 laah katekan. Mane laah tau lagi nak buat surat-surat nie. HAHA.

Masuk sekolah nie dah tak jakun dah computer ade sepuluh bijik pun dalam kelas. Kerja, bila cikgu tak masuk kelas, masing-masing main game. KAH KAH KAH.

Okay. Naik form 1, aku pindah sekolah lagi. Pindah laaagiii!

Tak yah kecoh laah. Sekolah sebelah jer. HAHA. Nampak kan gambar sekolah yang ada menara jam tinggi tuh? Haa. Tuh lah sekolah presint 16 aku. Sekolah kat Putrajaya nie semuanya bercantum, melekat. Kalau SK dekat sebelah, SMK dekat sebelah satu lagi. So, untuk sekolah aku nie, aku letak menara jam dia jer lah sebab tuh yang dekat tengah-tengah. Sebelah kiri sekolah rendah, sebelah kanan sekolah menengah. Dewan, padang, bookshop apa semua, kena share laah sekolah rendah dengan menengah. Kantin jer lain-lain tak silap aku.

Yang pasti, menara jam tuh jadi tempat kumpul bila latihan loceng kebakaran dalam suasana panas terik nak terbakar rasa kulit. =.="

Aku dah lali dah dengan keadaan computer berbijik-bijik dalam kelas yang kitorang selalu guna untuk main game. Cuma ada sorang classmate aku, Khairul Farhan, kitorang panggil Paan jer, selalu guna computer dengan bagus. Dia selalu Google pasal MTD (Maktab Tentera Diraja) sebab dia sangat rakus nak masuk sana. AHAHA. Last-last, naik Form 2, memang dia dapat masuk pun. Tahniah untuk kau Paan. HAHA.

Masa Form 1, Alhamdulillah lah, aku masih lagi boleh duduk dalam kelas dengan budak-budak hebat. Time Form 1 aku tak tau kenapa aku active semacam, untuk sukan, aku main 100m dgn 200m jugak, plus pernah try sekali kot 400m lepas tuh pengsan and first time jugak cuba-cuba main lompat tinggi. Tau-tau dapat gangsa. Okay laah tuh kan ;) Cop-cop, tak lupe jugak mase hari sukan aku join cheerleading main pom pom sebab ade pertandingan cheerleading rumah sukan. Tapi nie cheerleading so-so jer. Takde pakai skirt-skirt nye. Pakai track-suit dengat T-shirt jer. Awak nak lari lepas tuh kan. AHAHA.

*Lepas beberapa tahun pindah, aku dapat tau, sekolah-sekolah dekat Putrajaya nie tukar nama. SMK Putrajaya Presint 16 (1), lebih kurang macam tuh lah.

Lepas tuh, dah syok-syok, kena pindah. Tuh yang tak syok tuh. :'(


Next. Yang aku rindu kawasan rumah. Tak yah nak gayat sangat laah. Rumah aku tingkat bawah sekali jer. Sangat jarang menggunakan lif yer. Guna lif bila nak pergi rumah kawan, bila nak pergi rumah mengaji, dengan bila nak beli ais-krim dekat rumah orang jual ais-krim jer. HAHA.

Seronookk. Dekat rumah ada taman yang selalu kitorang lepak petang-petang dengan kawan-kawan. Dekat rumah jugak ade pondok 2 bijik, dekat depan blok A3 dengan B3 yang selalu kitorang duduk-duduk bila nak study. Ingat lagi, masa hari sukan, kitorang, budak-budak rumah MERAH (bukan kitorang jer lah, rumah sukan lain pun) carik port nak settlekan prop rumah sukan masing-masing sampai malam.

Rumah aku sangat sebelah dengan Alamanda ea korang. Kawan-kawan aku dekat sini pun pergi Alamanda jalan kaki jer. Tak yah nak ambik Nadi Putra nye. Aku dapat tengok proses tumbesaran Alamanda tuh directly dari balkoni rumah aku. Tapi, ape kan daya, dan-dan Alamanda nak siap, aku kena pindah KL. Grrrr. Tak dapat rasmikan Alamanda =.="

Lagi yang syiokkknye, dekat Presint 16 ada Taman Warisan yang aku dengan family selalu pergi semata-mata nak makan Sate Kajang. Taman Warisan best. Ala-ala hutan Malaysia jugak lah. Ada pokok getah, pokok buah semua laah. Paling best, Presint 16 ada kolam renang. Wink Wink! Yang nie best, sebab aku dengan kawan-kawan dapat rasmikan masa swimming pool baru siap. EHEHE.


Look. Best kan kolam nie. Masuk memang laah kena bayar. Tapi berbaloi laah, aku boleh berenang sampai bila aku suka. Kononnye laah berenang. Padahal, tenggelam timbul tenggelam timbul jer sebab aku tak reti berenang. AHAHA. Bocor rahsia!

Kalau nak free, ada satu kolam dekat atas, kolam untuk baby-baby, air takat betis jer aku rasa, tak pun buku lali. HAHA.

Memang kerap kali laah aku adik-beradik datang sini. Dah sebelah rumah kan. Jalan kaki, sampai. HAHA.

Lagi, aku rindu Medan Selera, Presint 8. Nie cerita masa darjah 5 laah. Tempat aku dengan kawan-kawan melantak makan kenyang-kenyang sementara tunggu waktu ko-ko atau pun lepas habis ko-ko. Tak jauh, sebelah sekolah jer. Nak tunggu ko-ko takkan balik rumah kan, bawak laah baju sukan siap-siap ganti dekat sekolah, lepas tuh pergi makan medan selera. Lepas habis ko-ko pun makan lagi. Sebab tak yah risau tertinggal bas ker ape. Bas Nadi Putra tuh beratus ade dekat sane. AHAHA.

Kalau tak lapar, sementara tunggu ko-ko pergi jalan-jalan kedai D-Mart beli Chips More atau pun pasar Presint 8 tuh. Dekat bawah memang jual ikan ayam sayur buah bagai. Dekat atas, ade kedai jual barang-barang best. Best untuk tengok jer laah. Budak darjah 5 mane pegang duit banyak-banyak. HAHA.

Lagi satu, aku tak boleh lupa tempat bila lepas habis sekolah tak nak balik rumah lagi sebab dekat rumah duduk blur tak tau nak buat apa selain tidur, stay-back dekat Presint 8, pergi Library dengan kawan-kawan. Waaaah. Bestnye. Library tuh pun dekat jer dengan sekolah. Jalan kaki jer semua orang. Pergi duduk library baca buku, dapat air-cond, aman. Dah petang, ambik bas, balik rumah. ^___^

Masa duduk Putrajaya, kawasan Bangi, Kajang, Balakong, dan Sungai Besi tuh, pergghh, memang dah expert laah. Lagi-lagi kedai makan. AHAHA! Makan jugak yang penting kan. Aku tuisyen dekat Bangi dulu. Mengambil masa kurang lebih sejam dari rumah aku ke tempat tuisyen aku dekat Bangi tuh. Gilaaa jauh. HAHA.

Fuhh! Kalau ikut nak cerita, memang banyak lagi benda-benda dekat Putrajaya yang aku rindu. Tapi, cukup lah tuh for now kan. Kang semput semua orang nak baca. HAHA.

Wooahh! How I miss Putrajaya sooo much. Dah termimpi-mimpi dah nie kaki nak jejak Putrajaya setelah sekian lama. Nak bajet-bajet masa dengan wang ringgit dulu ape-ape hal pun. Yelah! Nak balas dendam dekat Alamanda sebab tak tunggu aku yang rasmikan. AHAHA!

Kisah aku di pagi hari.

MORNING!

Haha. First time aku tulis belog wish morning-morning gituu. AHAHA.

Aku baru bangun jer. Pukul 9.00 tadi. HEHE. Tak lah teruk sangat. Okayy lah tuh kan bagi remaja baru nak atas umur. ^.^

Orait, aku ade tugas nie. Dalam mamai-mamai tengah tidur, aku dengar lagi apa abah aku pesan, "Kaklong, abah dengan ibu nak pergi jogging nie. Kalau tak sempat balik pukul 9.45, tolong hantarkan Izzah pergi tuisyen yer." Dengan mata kuyu *tak bukak mata pun sebenarnya*. Aku dengar jer pakai telinga. AHAHA. Aku pun angguk-angguk tanda setuju laah tuh.

Kakak yang comel memang kena hantar adik pergi tuisyen laaaah. AHAHA.

Dah lah kereta parking dekat court tennis nuunn. Waahh, dukung aku pleasee. Tak pun heret jer aku pergi sana. Malas nak jalan =.="

Harapnye balik tak salah masuk lorong laah yer. Aaaahh. Tak nak aku ikut jalan highway, ikut jalan belakang rumah jer sudaah. SELAMAT. Taaapii, tolong laah jangan jam atas bukit. Aku bawak manual wehhh. Puhlishhhhh. >.<

Hari tuh pernah sekali aku pergi tuisyen adik aku, nak balik rumah kononnye tak nak ikut jalan belakang sebab jam yang amat. So, ikut jalan besar dekat depan, bantai silap masuk lorong, pergi laah aku masuk ke highway DUKE. AHAHA. Highway mana ada U-turn U-turn dah nyee. Nasib kau laah bawak sampai Melawati Zoo Negara sana, sebab tak pandai nak pusing dekat Setiawangsa, Gombak dan sebagainya. Taman Melawati tau, sebab hidup dah sebati dekat situ. Dari kecik, tuisyen darjah 4 sampai form 3 dekat situ, and adik-adik pun semua tuisyen dekat situ sampai sekarang dan abah pun ajar tuisyen dekat situ dah berapa belas tahun dah. HAHA. Cuma Izzah jer belum start tuisyen dekat situ. Sekolah menengah nanti maybe.

Melayang fulus RM4.00 pergi balik semata-mata demi kesesatan yang sementara. =.="

Okay laah. Sekarang dah 9.21 a.m. Izzah dah mandi, kaklong nye belum lagi. Nanti bantai dia emo dengan kaklong dia sebab lambat siap kan dah tak comel kaklong dia kena marah dengan adik sendiri. KIH KIH KIH. ^___^

Malam tadi aku mimpi, aku ada dekat kawasan yang aku agak familiar *tapi tak ingat dekat mana* penuh dengan KATAAAAKKK ong! ong! ong!

Dan-dan dalam mimpi lepas mengharungi lautan katak aku update status dekat Facebook, "AAAAAAA. Banyaakk nye kataaakkk!"

Canggih betul mimpi aku kan? Siap ada Facebook lagi.

Okay dah. Bye! :)

Kisah Maharaja Lawak minggu-11.

Hari nie punya Maharaja Lawak memang tipp topp habis laaah! Wa cakap luu. AHAHA.

Untuk persembahan pertama, aku paling suka part JOZAN dengan remote Astro Beyond dia, dengan TV bapaakk besarnye lah haai. Siap boleh tukar-tukar channel Oasis, Prima, Awani dan Warna. AHAHA.

Canggih giler lawak diorang.

Okay. Yang part Oasis tuh dah pernah tengok dah dalam Chaparela. Fadzilah-Come-To-Me. Aku tak tahan part Prima, kononnye channel Video TV ker ape jadah name nye ntah yang tunjuk video clip lagu-lagu Malaysia tuh. Serious tak boleh blaa. Hafiz!

Beginilah awan nano nano nano nano nano.......

Tak tahan nak ketawa sampai hentak-hentak kaki dah aku nie mase tengok tuh. Satu family pun same jer. Gelak terbahak-bahak sampai terkeluar anak tekak! HAHA! Okayy. Itu over. Bila part Awani, aku blur kejap, sebab aku tak kenal siapa orang yang dia tiru tuh. Jelas di sini, aku jarang sekali tengok berita. EHEHE. Sambung pulak part warna kan, tak habis-habis dengan, "Abang, abang, abang rasa...."

Pandai sungguh si Johan tuh tiru orang kan. Agak-agak kalau aku suruh tiru watak aku dia buat macam mana yer? Aku rasa, dia jalan sambil buat pipi kembong sambil senyum mata tak nampak kot. T___T

Part persembahan kedua, of corse laah Sepah beb! Lagipun prop diorang memang tak susah sangat kot. KOT laah. Dapat kat aku, memang blur taktahunakbuatapa laah aku atas pentas tuh kot.

Diorang dapat raket dengan beg roda. Bantai jadi, sudip aii nasi goreng, bantai jadi cermin, sudu, kunci kereta, side mirror dan macam-macam lagi. HAHA. Yang beg roda pulak paling tak tahan. Boleh jadi laptop, oven, peti ais, meja, kereta pun boleh. Paling tak tahan jadi ambulans masa time AC keluar tuh. AHAHAHAHA!

Korang-korang yang tak tengok lagi, apa laagi, Youtube laah minggu nie punya. Confirm! Youtube tuh lagi pantas, lagi advance dari siaran berulang Astro. Malam nie dah confirm ade orang upload punya dalam Youtube. Tak caye, cer gi tengok. HAHA.

Takde penyingkiran dah kot aku rasa lepas nie. Minggu depan last before final. Kalau ada pun, juri guna imuniti jadah tuh lah kot. Bila lagi nak guna kan. Tahun depan? Memang tak laah. HAHA.

Aihh. Ape lah rancangan realiti kita nie, siap nak ada imuniti-imuniti bagai. AF pun imuniti, Maharaja Lawak pun imuniti. Aku tengok channel reality luar, steady jer dah singkir, singkir laah. Tak dak undi masuk, imuniti-imuniti bagai. HAHA. Apee pun takk boleehh. =.="

Ape-ape pun, overall, persembahan PartI dengan PartII tadi, JOZAN mantaaaaappp! I loikee!

Ececey, macam juri pulak dah yer kau Zany. Aishh. Ape pun tak boleh! =.="