Dah baca status Facebook aku yang latest? Kalau belom takpe. Meh aku print screen jer.
Hmmpphh. Tak tau nak cakap ape lagi lah. Terkedu. Terkelu. Terkentu*. Ohh. Yang itu TAK.
Tadi tengah hari, lepas habis exam final paper Mathematics II code SHF1124 (haa, habis semua nak bagi tau), aku keluar pergi mid. Aku agak rase selesa lah lepas keluar dari exam sebab soalan, aku rase Alhamdulillah, aku boleh jawab, tapi ape-ape pun ketentuan Allah. Aku hanye mampu berdoa untuk yang terbaik.
Jadinye, tanpa rase ragu, aku pergi mid dan menjalankan aktiviti seperti manusia biasa di mid. Selama nie jadi manusia tak biasa ker? Hahh?
Sampai waktu nak solat zuhur sebelum makan tengah hari. Kami decide nak solat dekat surau Jusco jer sebab surau tuh lagi dekat dan memandangkan aku dah bawak telekung sendiri, tak de masalah laa kot kene tunggu lame ker ape.
Okayy. Solat.
Habis jer solat, aku toleh nak ambil balik beg aku.
"Hahhh! Mane beg aku?". Terkejutt mak aihh tengok beg takde dekat situ. Dengan dah lupe rase segan tegur orang kenal ker tak, aku sapa orang yang duduk sebelah tempat aku letakkan beg.
"Ermm, tumpang tanye (sambil tepuk bahu dia)
, ade nampak tak beg coklat dekat sini tadi?"
Argghh. Geram rase bila dia cume geleng kepala dan sambung main handphone (tengah message kot). Grr.
Tiba-tiba,
"Eyhh! My bag? Mane??!", dengan nada agak menjerit (nak kuat-kuat tak boleh, dalam surau) dari arah belakang aku. Rupe-rupenye ade lagi seorang insan wanita yang senasib dengan aku. Beg die pun dikebas orang jugak.
Padahal, aku tak de lah letak beg tuh jauh sangat dari aku. Sebab selalunye aku letak di samping atau di depan. Tapi surau Jusco tuh kecil sikit, kita nak ambik ruang banyak-banyak nak letak beg pun tak boleh kan. Orang lain nak solat jugak.
Tolong laa. Aku sangat takut mase tuh sebab hilang barang-barang. Handphone. Dalam purse jangan cakap lah, cash (tak sampai beratus laahh), IC, Matric card, Kad Bank, Touch N Go, lesen mandu. Kunci bilik, kunci rumah semua ada dalam beg tuh.
Bercelaru sikit lahh kepala tadi. Pening. Nangis jangan cakap lahh. Bertitik-titik dah jatuh. Aku bersyukur sangat sebab ade Rahman dekat samping aku tadi. Nasib aku tak bilang jer berapa kali dia dok ulang,
"Sabar laah kay. Sabar yer. Kalau kita tak dapat tangkap orang tuh dekat sini, nanti dekat sane (akhirat) dia kena jugakk.."
Thanks for caring. Sampai last-last awak berjaya jugak buat saya gelak-gelak macam takde ape-ape yang jadi.
Kalau aku sorang lah tadi. Ahh! Tak tau. Nak balik naik bas, dengan satu sen haprakk pun takde kat tangan.
Thanks Rahman. Thanks thanks thanks a lot. Maaf, dah menyusahkan jer. Thanks teman jer sepanjang tengah sediihh tadi. Ikut jer bila Izzani cakap nak pergi surau tuh tiga empat kali, awak ikut jer. Awak tolong report dekat pihak Jusco sekali. Awak bagi tambang bas. Dan paling penting sekali, awak tolong teman mase buat report polis tadi. Sebenarnye, saya takut kalau jumpe polis sorang-sorang. Cuakk.
Okaiihh. Sambung.
Lepas kami pergi report dekat pihak Jusco, security tuh punye lah cakap pung pang pung pang tengah tengok CCTV lah, ape lah. Hmm. Sampai kesudah pun tak dapat cam. Dia cuma cakap, memang nampak dalam CCTV uh ade gambar aku nak masuk surau bawak beg, tapi bila keluar dah takde beg. Takpe laa. Yang tuh tak yah CCTV pun aku tau, aku masuk bawak beg, keluar dah takde beg sebab dah hilang.
Tapi takpe. Aku hormat kerja semua orang. Kita takde kat tempat dia kan. Mane lah kita tau susah senang nak cam kan orang dalam CCTV tuh. Takpe. Takpe. Sambung kerja.
Untuk kepastian lagi, aku ajak Rahman pergi surau lagi sekali nak tengok. Tiba-tiba dalam surau, ade sorang perempuan baye-baye macam aku jugak lah tengah terduduk macam menangis gituu. Aku tanye kawan dia kenapa. Kawan dia cakap, purse dia hilang. Hmmhh. Lagi. Mangsa.
Dah lepas makan tengah hari ape semua (pukul 4 lebih baru makan tengah hari merangkap breakfast untuk aku), kami pergi report dekat polis. Polis pun ambik report tanye-tanye, suh tulis itu ini. Aku ikut. And polis tuh sempat cakap.
"Emphh. Awak kes yang keLIMA report untuk kejadian yang sama, tempat yang sama, waktu yang sama dengan empat orang terawal yang report sebelum tuh."
Terkilan. Waauu! Ramainyaa.
Itu lah ceritanya. Lepas report ape semua and tau ramai lagi mangsa yang kena plus dengan ketenangan dari teman, aku agak selesa and dah boleh lah nak senyum-senyum, gelak-gelak, walaupun hati sikit gundah-gulana.
Aku sayang purse dalam beg tuh. Tolong laahh pulangkan. Tak pun tinggal jer lah kan dekat mid tuh. Nanti pakcik guard bagi aku. Aku sayang perfume dalam beg aku tuh. Tuh pun kau nak ker pencuri hahh?!
Then, aku balik rumah parents aku ambil dari UIA. So, sekarang, report dah settle cume nak kene pergi jumpe IO (Investigation Officer) dulu. Kad bank dah block dah. Nak buat IC baru, Lesen Memandu baru, Matric card baru, Card bank baru, Kunci bilik baru, Touch N Go baru, and num handphone kalau boleh aku nak pakai num yang dulu tuh jugak. Nanti nak call celcom suruh block dulu num tuh, then buat sim baru dengan num yang lama. Fuhhh.
Jaga keselamatan masing-masing yer semua orang. Malang memang tak berbau. Be aware okayy! Jangan jadi macam aku. Kan susah nie haa semua nak kena buat baru.
Thanks Abah, Ibu, Adik-adik (aku sampai-sampai rumah jer adik-adik aku terus serbu,
"Kaklong, jangan lah sedihh tauu.."), Rahman, kawan-kawan UIA (bagi pinjam handphone semua), pihak Jusco, polis-polis, dan semua yang berkenaan. Jasa baik kalian, amat amat amat saya hargai.