Saturday, March 24, 2012

Dari hati.



Everyday he asked me,



"Macam mana hari nie? Dah sihat ker?"



* * *

Such a great person I ever met in my whole life.

Bertuah lah dan rasa bersyukur lah kita bila ada orang lain yang sudi fikir tentang kita. Tak semua orang ada tuah yang macam itu. Terima kasih ya.

Friday, March 16, 2012

Gua rasa enjoy.



Itu hari gua pergi main dekat Bukit Gambang Water Park memang gila-gila. Semua game serious gila. Tapi satu game nie serious gila-gila. HAHA. Serious. Gua rasa kurang sopan asik sebut perkataan 'gila'. Maaf.

Kalau game lain, gua main, first time jer gua cuak teramat. Masuk second, third time, gua rasa enjoy sangat. Tapi, game yang atas nie, gua tak tau apa nama dia. Yang pasti gua kena meluncur gelongsor itu sambil meniarap. Tak kira lah, first time ker, second time ker, third time ker, still jantung gua rasa macam tertinggal dekat belakang. Woah woah! Tapi, satu benda, game nie lah yang paling buat gua rasa addicted. Lepas main, rasa nak main lagi. HAHAHA.

Jom gua kasi zoom sikit satu gambar.

Haa. Itu gua yang sedang leading. Bila landing, gua tengok, dua jejaka, adik lelaki dan adik sedara lelaki gua dah ke depan. Besar betul inertia mereka. HAHAHA.

Selepas sahaja keluar dari medium cecair ke darat, gua terus cari makanan. Gua lapar beb dah rendam dalam air lama-lama. Selain itu juga, gua cari handphone dengan pantas. AHAHA. Berdasarkan gambar, multi-tasking jugak lah gua ini rasanya.

Serious. Gua rasa enjoy gila sangat, lagi-lagi bila enjoy itu adalah apabila gua bersama dengan keluarga. Balik bilik, gua sunburn habis. Muka mengalah kan orang pakai blusher. Biarkan saja. Beberapa hari kemudian, kulit muka gua mengelupas. Biasalah, nak buang kulit yang sunburn itu mungkin. Maka, gua biarkan saja. Dan sekarang, normal. Gua rasa lega. Syukur.

Abaikan baju Angry Bird sebab gua pinjam baju adik gua. Gua tak bawak baju yang mencukupi untuk dibasahkan ke hotel.

Wednesday, March 7, 2012

Dental Intervarsity Games 2012

Itu hari kami ada Dental Intervarsity Games 2012. Baru sahaja. Sabtu lepas. Tiga haribulan tiga hari tuh. Apa jadah? Intervarsity itu sendiri sudah membawa maksud "antara universiti". Makanya, Dental Intervarsity Games 2012 itu bermaksud, "Sukan antara universiti untuk pelajar jurusan pergigian untuk tahun 2012". Lebih kurang begitu lah ghupenye.

Kontinjen terdiri daripada UIA sendiri, USIM, UiTM, USM, UM dan UKM. Agenda ini sebenarnya diadakan pada setiap tahun, tiba-tiba pula pada tahun ini UIA menjadi tuan rumahnya. Bagus juga. Berpatutan lah juga dengan Sport Complex yang baru siap itu. Kalau tidak, mahu gelabah mana nak cari gelanggang futsal, netball, basketball, volleyball, badminton dan ping pong.

Pada hari itu aku sedikit busy. Tidak lah terlalu busy. Saja busy body sebagai yang menjaga catering. Bukan jadi bos besar pun, sebagai penjaga bawahan saja. Dan petang pula, aku bertugas sebagai linesman. Pengalaman pertama aku tuh. Masih terkapa-kapai di garisan badminton, mengambil masa yang lama untuk fikir shuttle in or out. HAHAHA.

Selanjutnya, aku membenarkan gambar lah yang bercerita.

Masa pagi-pagi. Tengah semangat lagi nie angkut-angkut makanan, air semua. Penjaga catering lah kata kan.

Bila semua gerak pergi stadium. Bila semua nyanyi lagu universiti masing-masing. Tak ke semangat membara-bara itu. Nampak tak betapa purple nya warga KOD pada hari itu. HAHA.

Hye! Saya tak ada sit pun. Duduk dekat tangga jer. Kena kutip-kutip sampah, plastik roti, botol air, lepas semua orang dah gerak keluar dari stadium nie. Penjaga catering lah kata kan.

Kami bertugas pagi. Petang nanti tukar shift pulak. Nampak tak betapa banyak nya air sirap yang buat aku menyirap sebab tertumpah-tumpah atas lantai. HAHAHA.

Penjaga catering lah kata kan. HAHA.

Yang merah itu kawan MRSM Taiping saya. Merangkap kawan BWP juga. Dia kontinjen dari UKM. Anis Athia. Kami tiga-tiga budak MRSM Taiping dulu. Si Fatin Azmi nie pulak dah lah satu maktab dengan aku dulu, sekarang nie pun satu kelas dengan aku dekat UIA nie. HAHA.

Hye. Saya Izzani penjaga garisan di waktu petang. Masa ini tugas catering saya di-hold-kan sebentar kerana saya perlu menjaga garisan di waktu petang. Orang kata saya sepet. Okbai.

Haa. Kalau mana gambar yang ada muka aku dan muka Fatin Azmi, maka yang muka lagi satu itu tentu sajalah kawan semaktab kami. Lagi sekali, ini Ain Najwa, kawan MRSM Taiping dulu. Dia merangkap kontinjen dari UiTM.

Disebabkan waktu pagi tersangat lah free kerana makanan lunch belum sampai, dan si Ain Najwa ini datang sebagai penyokong, makanya, aku mengajak nya berjalan-jalan keliling UIA sekali gus membawa nya masuk melawat Kulliyyah Of Dentistry ini. Gambar di atas kami sedang berada di polyclinic. Attractive bukan? Jemput lah datang jadi patient kami. HEHE.

Ini masa dah nak habis. Semua kumpul dekat bawah stadium macam hari sukan sekolah. Penyampaian hadiah semua-semua. Aku tukang sorak-sorak, tepuk tangan sahaja. HAHA.

Gambar terakhir ini adalah gambar yang paling aku suka. Kami semua ini bekas pelajar MRSM Taiping. Kami semua ini mengambil course yang sama, iaitu Dentistry. Kami semua dari universiti lain-lain, tapi cita-cita kami semuanya sama. Nak jadi doktor gigi. InsyaAllah. One day.

Tak dapat nak ambil gambar banyak sangat sebab bateri kamera buat hal. Habis bateri di waktu awal-awal majlis baru bermula. Makanya, ada gambar dari kamera Nikon itu, ada gambar dari handphone aku yang memang langsung tak cantik, ada gambar yang bluetooth dari handphone kawan aku, dan ada gambar dari DSLR senior yang aku ambil dari Facebook.

Seronok juga lah aktiviti ini. Serious aku balik bilik dalam keadaan penat, tapi perasaan rasa sangat puas hati dan seronok.


Last but not least. Bila UIA bawa imej UIA itu sendiri. Dalam seronok suka-suka bersukan, bila masuk waktu solat, kita solat. Biarlah atas gelanggang itu sendiri pun.



Zaman sekarang, everything are being exposed.

Kalau kita ada email masing-masing, itu tak salah.
Tapi kalau kita guna email untuk blackmail, ya, itu salah.

Kalau kita ada account Myspace, itu tak salah.
Tapi kalau kita guna Myspace untuk dapat market lebih,
upload gambar tak tentu hala sana sini,
ya, itu salah.

Kalau kita ada account Facebook, itu tak salah.
Tapi kalau kita guna Facebook untuk ber-sayang-sayang,
ber-abang-abang, ber-manja-manja,
yang sampai semua orang pun kena baca,
yang sampai dekat wall orang lain penuh kisah berkasih sayang kita,
bagi kita tak salah, tapi bagi orang lain,
ya, itu salah.

Kalau kita ada account Twitter, itu tak salah.
Tapi kalau kita guna Twitter untuk caci maki, kutuk kutuk orang lain,
dalam erti kata lain, kita buka aib orang lain,
bila orang baca timeline masing-masing, penuh caci maki dari kita,
bila orang baca timeline masing-masing, orang terasa dengan kita,
walaupun kita tak maksudkan dia, tapi sekali dia terasa, tetap,
ya, itu salah.

Kalau kita ada Blog, itu tak salah.
Tapi kalau kita guna Blog untuk lepas geram, untuk beremosi,
untuk marah-marah, untuk gaduh-gaduh,
ya, itu salah.

Kesimpulannya, semuanya sama sahaja. Laman sosial. Kita tak boleh lari dari pandangan orang lain bila kita dah terbitkan satu laman sosial untuk diri kita. Semuanya sama sahaja. Kita ada email, orang boleh contact. Kita ada Myspace, ada Facebook, orang boleh add. Kita ada Twitter, ada Blog, orang boleh follow. Sekali kita ada account, ingatlah, satu dunia boleh lihat kita.

Manusia ini sebenarnya semua baik, tapi bila dah jadi terlalu bebas untuk ber-reaksi di laman sosial, kadang-kadang terbit juga side yang tak baiknya. Kita mungkin boleh minta manusia lain untuk tidak judge kita melalui penulisan kita, tapi kita tak boleh halang manusia untuk membuat anggapan tentang kita. Sebab manusia dikurniakan otak dan akal untuk berfikir.

Betul. Kalau dah besar-besar nie pun masih ada musuh, susah hidup. Kalau kita nak semua orang baik dengan kita, at least berpandangan baik dengan kita, don't make people annoyed, don't caci maki, don't gaduh-gaduh, don't be too emotional, and lastly, don't be too exposed to laman sosial. Sikit-sikit sudah.

"Jadi matang adalah apabila kita tidak menampakkan apa yang tidak perlu dinampakkan."

Ayat di atas adalah ayat sendiri. Bukan ayat ciplak dari mana-mana. Dan untuk semua yang baca blog aku ini dah cukup matang rasanya untuk faham apa yang aku cuba sampaikan dari maksud ayat di atas.

Okay people. We have Allah kan. Kalau rasa tak puas hati dengan orang, kalau rasa tengah terlalu sedih, even kalau rasa rindu atau sayang sangat-sangat pun pada pasangan kita, kita ada Allah kan. Kita boleh mengadu pada Allah kan. He knows everything. Berbanding mengadu pada laman sosial yang tidak tahu apa-apa.


Nasihat untuk aku sendiri juga. Nasihat untuk diri sendiri pun salah satu cara untuk men-tarbiyah diri.

Salam.


Friday, March 2, 2012

ZA.

Merah. Watak antagonis. Antagonis selalunya watak yang jarang-jarang orang lihat. Orang akan selalu pandang enteng, busuk dan hilang minat. Berbeza dengan watak protagonis yang orang akan selalu sayang, puji puji melambung sampai kembang punggung. Ahaha. Dah. Tipu jer.

Tapi, bagi aku, kalau dapat watak apa sekali pun, kalau lakonan jadi, walaupun watak antagonis, tapi bila berjaya buat orang benci, itu dah cukup terbaik. Dah nama dia, pelakon. Kerja dia juga adalah berlakon. Dari mana aku tau dia? Dari watak Merah.

Masa itu memang gila-gila. Kalau ada dia dalam kaca TV, dari bilik pun aku sanggup berlari-lari. Yelah. Masa tuh zaman muda. Tahun 2009 lagi. Lagi-lagi bila aku tau rumah dia dekat mana. Tak sangka, sebelah dengan rumah orang yang aku sayang itu.

Pernah jadi Khalil, paling famous masa jadi Daim. Satu Malaysia kenal siapa Daim. Dan sekarang pegang watak sebagai Adil Bunga Lalang. Dari Gadoh kepada Juvana kepada Bunohan. Boleh nampak tak sekarang pergerakan wataknya di situ macam mana? Kalau orang yang tak tau apa-apa, boleh kata, "Gangster sekolah dia nie". HAHA.

Aku tetinggal masa zaman Klip 3GP dengan 6 Progresif dulu. Aku juga tertinggal Bogel Menuju Tuhan (BMT) sebab baca novel tak pernah jadi hobi aku. Tapi, tak apa lah. Tak kisah pun.

Satu lagi, mungkin sebab kebanyakan cerita dia ada unsur-unsur underground itu. Aku kurang berminat sedikit pada cerita-cerita Melayu yang cintan cintun, hantu mantu, yang jalan ceritanya semua orang boleh teka. Filem underground, walaupun simple, tapi rasa ada makna. Ya betul. Selalu ada makna.

Apa-apa pun, jangan risau. Aku dah sedikit slow down. Tak terlampau fanatik sampai semuanya kena follow, kena ikut. Tak ada dah berlari-lari. Cuma, yang paling latest, aku ada like page Facebook. Tidak ada niat untuk stalk, dia dah jadi suami orang. Aku cuma nak tau kalau ada filem-filem underground yang baru keluar dari situ. Masih belum berani untuk follow blog dia semula. Tidak perlu mungkin.

Sebenarnya aku cuma nak buat promo untuk filem BUNOHAN, 8 March 2012, di pawagam berhampiran anda. Harap-harap aku dengan roomate aku sorang lagi yang tengah tak sabar tunggu 8 March nie dapat book ticket wayang awal-awal. Bagi yang nak serap semangat tengok filem BUNOHAN ini boleh lah pergi ke Youtube lalu taip Bunohan. Di situ ada lima versi VideoBlog yang cerita semua pasal Bunohan. Dari filem trailer sampai di sebalik tabir pun ada.

Okay. Bye. Assalamualaikum.