Kontinjen terdiri daripada UIA sendiri, USIM, UiTM, USM, UM dan UKM. Agenda ini sebenarnya diadakan pada setiap tahun, tiba-tiba pula pada tahun ini UIA menjadi tuan rumahnya. Bagus juga. Berpatutan lah juga dengan Sport Complex yang baru siap itu. Kalau tidak, mahu gelabah mana nak cari gelanggang futsal, netball, basketball, volleyball, badminton dan ping pong.
Pada hari itu aku sedikit busy. Tidak lah terlalu busy. Saja busy body sebagai yang menjaga catering. Bukan jadi bos besar pun, sebagai penjaga bawahan saja. Dan petang pula, aku bertugas sebagai linesman. Pengalaman pertama aku tuh. Masih terkapa-kapai di garisan badminton, mengambil masa yang lama untuk fikir shuttle in or out. HAHAHA.
Selanjutnya, aku membenarkan gambar lah yang bercerita.
Masa pagi-pagi. Tengah semangat lagi nie angkut-angkut makanan, air semua. Penjaga catering lah kata kan.
Bila semua gerak pergi stadium. Bila semua nyanyi lagu universiti masing-masing. Tak ke semangat membara-bara itu. Nampak tak betapa purple nya warga KOD pada hari itu. HAHA.
Hye! Saya tak ada sit pun. Duduk dekat tangga jer. Kena kutip-kutip sampah, plastik roti, botol air, lepas semua orang dah gerak keluar dari stadium nie. Penjaga catering lah kata kan.
Kami bertugas pagi. Petang nanti tukar shift pulak. Nampak tak betapa banyak nya air sirap yang buat aku menyirap sebab tertumpah-tumpah atas lantai. HAHAHA.
Penjaga catering lah kata kan. HAHA.
Yang merah itu kawan MRSM Taiping saya. Merangkap kawan BWP juga. Dia kontinjen dari UKM. Anis Athia. Kami tiga-tiga budak MRSM Taiping dulu. Si Fatin Azmi nie pulak dah lah satu maktab dengan aku dulu, sekarang nie pun satu kelas dengan aku dekat UIA nie. HAHA.
Hye. Saya Izzani penjaga garisan di waktu petang. Masa ini tugas catering saya di-hold-kan sebentar kerana saya perlu menjaga garisan di waktu petang. Orang kata saya sepet. Okbai.
Haa. Kalau mana gambar yang ada muka aku dan muka Fatin Azmi, maka yang muka lagi satu itu tentu sajalah kawan semaktab kami. Lagi sekali, ini Ain Najwa, kawan MRSM Taiping dulu. Dia merangkap kontinjen dari UiTM.
Disebabkan waktu pagi tersangat lah free kerana makanan lunch belum sampai, dan si Ain Najwa ini datang sebagai penyokong, makanya, aku mengajak nya berjalan-jalan keliling UIA sekali gus membawa nya masuk melawat Kulliyyah Of Dentistry ini. Gambar di atas kami sedang berada di polyclinic. Attractive bukan? Jemput lah datang jadi patient kami. HEHE.
Ini masa dah nak habis. Semua kumpul dekat bawah stadium macam hari sukan sekolah. Penyampaian hadiah semua-semua. Aku tukang sorak-sorak, tepuk tangan sahaja. HAHA.
Gambar terakhir ini adalah gambar yang paling aku suka. Kami semua ini bekas pelajar MRSM Taiping. Kami semua ini mengambil course yang sama, iaitu Dentistry. Kami semua dari universiti lain-lain, tapi cita-cita kami semuanya sama. Nak jadi doktor gigi. InsyaAllah. One day.
Tak dapat nak ambil gambar banyak sangat sebab bateri kamera buat hal. Habis bateri di waktu awal-awal majlis baru bermula. Makanya, ada gambar dari kamera Nikon itu, ada gambar dari handphone aku yang memang langsung tak cantik, ada gambar yang bluetooth dari handphone kawan aku, dan ada gambar dari DSLR senior yang aku ambil dari Facebook.
Seronok juga lah aktiviti ini. Serious aku balik bilik dalam keadaan penat, tapi perasaan rasa sangat puas hati dan seronok.
Last but not least. Bila UIA bawa imej UIA itu sendiri. Dalam seronok suka-suka bersukan, bila masuk waktu solat, kita solat. Biarlah atas gelanggang itu sendiri pun.
ok dental chair pink tu menarik serius n jealous :)
ReplyDelete